Friday, May 04, 2007

KDrama : Lovers (2006)


Synopsis
Kang Jae is a wealthy businessman and gangster and Mi Joo is a plastic surgeon. These two meet after Mi Joo mistakens Kang Jae as being her sleazy brother-in-law. Kang Jae just happens to be the boyfriend of Mi Joo's pregnant neighbor, Yoo Jin. Sae-yeon meets Mi-Joo and falls in love with her feisty attitude. Kang-Jae works for the father of Sae-Yeon who is a gangster. Mi-Joo and Kang-Jae fall in love
Starring : Kim Jung Eun ,
Lee Seo Jin , Kim Kyu Ri , Jung Chan
Total episode : 20

Credit : DramaWiki ,
Soompi-Lovers , SBS , WITHS2


Citer ni kesinambungan dari citer siri Lovers in Paris dan Lovers in Prague. Kali ni judul nya pendek saja iaitu "Lovers" tanpa 'in' di mana-mana heheh

Kdrama Lovers mengenai kehidupan gangster merangkumi kisah cinta uda dan dara, kisah keluarga yang berlainan bapa, kerjaya sebagai gangster yang menakutkan dan digeruni orang dan akhir sekali kisah gangster yang mahu insaf dan kembali ke pangkal jalan lantas menjalani kehidupan yang baik. Kesemua terhimpun menjadi satu. Adegan ketua gangster ingin insaf menyuntik elemen komedi dan lawak kering dalam citer ni walaupun citer ni bukan genre komedi. Hahaha.

Hero bernama Kang Jae seorang anak yatim piatu yang telah diambil mejadi anak angkat oleh satu keluarga saudagar kaya dan kemdian dilatih oleh 'bapa angkat' nya untuk menjadi gangster sewaktu remaja bagi meneruskan perjuangan perniagaan 'bapa angkatnya' itu.

Setelah sebati jiwa dan raga Kang Jae dengan profession gangster itu, tiba-tiba pada satu hari yang tenang Kang Jae telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai ketua gangster kerana ingin menjalani kehidupan yang baik yang bebas dari gedebak gedebuk, sepak, terajang, menumbuk dan membelasah orang. Mungkin dah sampai seru jadi orang baik agaknya. Ya seruan mahu bertukar menjadi orang baik adalah disebabkan perkenalan nya dengan seorang wanita pakar plastic surgeri yang telah bisa mencairkan hati ganas gangster nya itew huhu.

Keputusan untuk meletak jawatan sebagai ketua gangster telah diterima baik oleh anak-anak buahnya. Tetapi sebelum meletak jawatan secara rasmi Kang Jae harus melaksanakan satu misi mengenal pasti siapa dalang yang telah membelot nya, yang ingin bolot keuntungan dari perniagaan haram mereka

ni part lawak...anak buah gangster berjemaah mempersembahkan koir sempena majlis perpisahan ketua gangster dan di akhiri dengan tanda 'saranghae' kat ketua gangster...muahahaha

Apakah sesudahan misi sesama gangster itu? Dapatkah Kang Jae dapat menjejaki siapakah gerangan yang telah membelotnya? Juga dapatkah Kang Jae membebaskan diri nya dari aktiviti gangster selamanya? Semuanya akan terjawab di dalam drama 20 episod ini.

Selepas meletak jawatan sebagai ketua gangster, Kang Jae bekerja di pejabat. Di alam pejabat dia mengalami kesukaran menggunakan computer dan membaca buku. "Power Point" bertukar menjadi "Selling Point", orang suruh drag mouse, dia pi drag computer muahahaha. So anda boleh la nanti menyaksikan adegan-adegan lucu bagaimana bekas ketua gangster bekerja di pejabat hahaha.

Mari kita lihat siapakah yang menjadi ketua gangster itu dan pelakon-pelakon yang turut menjayakan drama ini.

Lee Seo Jin as Ha Kang Jae

First time tengok dia ni. Tak berapa ensem tapi manes adaaa hehe. Digelar oleh heroin sebagai 'dimpled gangster'. Heroin sangat cemburu akan lesung pipit nya itu hahaha Ada misteri di sebalik kebaikan 'bapa angkatnya' itu hingga menimbulkan cemburu pada anak bapak nya. Sebagai seorang gangster yang nampak keras dan kejung di luar tetapi di dalam berhati lembut seperti agar-agar jelly manes.


Kim Jung Eun as Yoon Mi Joo

Sekali lagi terpilih untuk menjayakan drama lovers-lovers ni. Kalau tak kerana kawan mempengaruhi suruh tengok citer Lovers, mungkin saya takkan tengok citer ni sebab kureng sket ngn heroin ni. Citer Lovers in Paris pon terbantut tengok sebab heroin ni walaupun ramai yg kata citer Lovers in Paris best. Nasib baik dalam citer ni heroin tak gedik ala-ala nak jadik cute tapi tak cute mcm dalam citer Lovers in Paris haha.

Seorang pakar pembedahan plastik. Kemdian terjebak dengan chentar tiga segi sama sisi di mana kedua jejaka suka dengan dia. Kerana kasih sayang yang ikhlas diberikan pada hero telah menyebabkan hero mahu meninggalkan dunia gangster nya.

Suka tengok di mana dia tinggal bersebelahan dengan umah kekasih hero. Dan dari situ plot berkembang dan terus mekar bak mekar sejambak hehehe.


Jung Chan as Kang Sae Yeon

Dia ni sebagai nak kata musuh bukan musuh, nak kata kawan bukan kawan dengan hero. Mereka dibesarkan di rumah yang sama. Dia ada simpan rasa tak puas hati dan dendam pada hero sebab bapak dia lebih bagi tumpuan pada hero berbanding diri dia. Lantas dia melaku kan penggalian yang mendalam bagi mencari sebab apaa pasat bapak dia lebihkan hero dari dia dan akhir nya dia temui jawapan nya. Misteri yang tersimpan sekian lama terlerai juga. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.


Kim Kyu Ri as Park Yoo Jin

Dia ni kekasih pada Kang Jae selama 8 tahun. Kemdian Kang Jae terpaksa memilih antara satu di antara dua pompuan dan Kang Jae memilih untuk meninggalkan pompuan ni.


Lee Ki Young as Uhm Sang Taek (Kang Jae's right-hand man)
Orang kanan Kang Jae. Episod akhir sedih melibatkan ajuhsshi ni.


Lee Han as Tae San (Kang Jae's left-hand man)
Sebagai orang kiri hero yang dedikasi lagi setia lagi menurut perintah lagi sedap mata memandang hehehe. Sekrang tengah usha citer lain dia ni. Antara nya kdrama 'When Spring Comes' dan filem gay Korea 'No Regrets' (huh?? kwang kwang ;p)
Kesimpulan nya, Lovers sebuah citer yang menarik untuk ditonton sebab tema jalan citer dia lain sket la dari kebiasaan. Biasa citer gangster banyak dalam movie tapi kali ni dalam drama bersiri.

Kelas bahse Korea (dari observasi waiem)

hyung = abang (panggilan adek lelaki pada abang...kalau adek pompuan pangge oppa kan...lain jantina lain panggilan nya...oppa panggilan pendek tak formal...yg formal nya ada panjang sket...tunggu ribiu Hello Miss...brapee banyak panggilan ada daaa...huhu)
hyungnim = panggilan untuk abang long / elder brother
hyungsoonim = panggilan kepada kekasih / isteri kepada abang long

Sekian saja omelan. Majulah minyak masak untuk negara ;)

No comments: