Sunday, April 29, 2007

Filem : Zombi Kampung Pisang (2007)




Synopsis

The peace and serenity of Kampung Pisang (Banana Village) is shattered one night with the sudden death of Pak Abu, father of the lovely village belles, Maimon and Munah. In the ruckus that follows, more villagers turn up dead, puzzling the villagers. Upon initial investigation, the source of the problem seemed to be Pak Menawer’s restaurant, where anyone who ate at the restaurant during the day would turn up dead. Chaos ensues as no one wants to admit that they’ve been to the shop and the situation worsens with the dead coming back to life in the form of zombies. Locating Pak Menawer is proving to be fruitless and fighting off the zombies is proving to be a chore… and the night is still young! What is to become of Kampung Pisang now? Will local hero Usin be able to save his village and win the heart of Maimon? (credit synopsis gsc.com.my)

Cast : Awie, Ezlyn, AC Mizal, Que Haidar, Nadia Mustapha, Sofi Jikan, Hamid Gurka, Jalil Hamid dan lain-lain kroni Mamat Khalid

Director : Mamat Khalid

Citer ini mengisahkan beberapa warga kampong pisang yang sudah mati kemdian hidup semula menjadi zombie. Suasana di kampong itu tiba-tiba menjadi huru hara dan kacau bilau dengan kehadiran zombi-zombi itu. Lebih menakutkan orang-orang kampong ialah kerana zombi-zombi itu mahu membunuh mereka dan makan otak mereka. Lantas orang-orang kampong yang masih hidup itu bersatu padu menggembleng tenaga mencari idea dan mencari jalan bagaimana mahu menghentikan aura-aura zombie dari terus melarat dan berjangkit pada orang kampong yang tidak bersalah dan berdosa itu. * jalan sudah ada...jalan pahang, jalan johor, jalan ipoh..;p *

Yang menjadi persoalan nya, apakah punca mayat-mayat orang kampong itu menjadi zombie?

Al-kisah punca nya dari makanan di warung Pak Munawer. Makanan tersebut telah tercampur dengan sejenis toksik bahan buangan merbahaya pada tubuh badan yang boleh menyebabkan manusia mati menjadi zombie menurut Mamat Khalid.

Secara kasar filem ini menceritakan sikap tolong menolong di kalangan orang kampong di saat malapetaka melanda kampong mereka. Tanpa kerjasama fardu kifayah ini tiada masalah yang dapat diselesaikan jika masing-masing bersikap penting diri sendiri, ‘jual ikan’, berat tulang dan sebagainya. Terdapat juga iklan nasihat khidmat masyarat mengenai jauhi vandalisme terhadap harta-harta awam kerana ianya menyusahkan umat. Kalau nak menjahanamkan harta, jahanamkan la harta sendiri yach. Isu merempit juga turut diselitkan sedikit.


Secara halus saya ternampak pasal isu dadah, penggunaan otak dan orang berpelajaran tinggi. Kita diberi otak akal dan pikiran untuk membezakan mana yang baik dan mana yang memudaratkan diri sendiri. Jika kita tidak menggunakan akal di jalan yang betul maka berkemungkinan kita menjadi 'zombi' atau 'jerangkung hidup' yang hidup tiada wawasan, tiada hala tuju dan hidup dalam keadaan yang menyedihkan. Mempunyai otak dan akal yang membezakan kita manusia dengan haiwan.

Kenapa zombi-zombi kampong pisang tersebut mahu makan otak? Dalam banyak-banyak organ tubuh badan kenapa otak yang dipilih nya? Kenapa tidak kaki atau tangan atau jari atau mata atau hati atau jantung ke? Sebab otak-otak memang sodap di makan. Terutama otak-otak kempas ;p hehehehe Kerana otak sangat bernilai buat manusia. Serangan musuh Islam terhadap umat Islam di zaman millennium ini juga diserang terus ke otak supaya otak umat Islam lemah dan tidak boleh menyerang balas dan hidup dalam khayalan.

Seterusnya pengedaran dadah banyak dilakukan di kampong-kampung, felda-felda supaya orang-orang kampong dan orang felda menjadi sampah masyarakat. Ini digambarkan oleh urusniaga Mamat Kalid dan Sofi Jikan di kampong. Sofi Jikan sebagai orang terpelajar menjadi gunting dalam lipatan mahu menghancurkan bangsa sendiri. Tergamak si Hospital Attenden yg ada SPM itu melihat dan mentertawakan bangsa dia sendiri menjadi 'zombi'.

Seterusnya...u all tengok la sendiri citer ni.

Satu yang tak kena cite ni, penduduk kampong pisang Kuala Kangsar ada yang boleh cakap loghat utara, loghat kelantan, loghat negeri sembilan. Caya lah orang perak...huhuhu

Moral of the stori, gunakan lah akal dan otak anda ke jalan yang benar, ke jalan yang suci murni yang dapat membantu agama, bangsa dan tanah air anda berada di dalam paradigma yang betol. Jangan mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang tidak baik untuk akal fikiran anda.

'I will not fall in love until when when'
kata Loloq...hehe

No comments: