Showing posts with label drama korea 2004. Show all posts
Showing posts with label drama korea 2004. Show all posts

Monday, January 08, 2007

KDrama : Sunshine of Love (2004)





Synopsis


 
Yeon Woo grew up happy in a loving family. One day, her father had died mysteriously, and her mother remarried a man who was 10 years younger than her. Misfortunes never come singly. Her mother died of Wilson's disease and her step-father ran away with money. Min-ho, an old friend of hers, is always there to comforther. Min-ho decided to be a policeman to catch a murderer who killed Yeon Woo’s father. Eun-sup came back to Korea with the sole purpose of stopping his lover Soo-ah from getting married, but Soo-ah gave him an outright denial. To make matter wose, his father sent people over to his hotel to catch him. He ran away from the hotel and he accidentally fell into the subway track and became unconscious. Yeon Woo saw the whole scene in the platform and saved his life. Eun-sup asked her if he could stay in her place temporarily since he had no place to go. So Yeon-wu, Min-ho and Eun-sup all started living in a same house...
 

Starring : Song Hye Gyo , Jo Hyun Jae , Ryu Seung Beom
 
Total episode : 16

 
Credit : DramaWiki ,
Hancimena, SBS


Tengok citer ni rasa terus nak buat kek jam tu jugak hehe sebab citer ni sabjek utama dia mengenai pembuatan kek dan roti juga perebutan kilang gula yang menjadi idaman ramai juga idaman semut-semut sedunia.

Jalan citer to me boleh tahan best. Yang tak meng-best-kan citer mungkin hero dia kurang menawan. Cian dia kan haha.

Kisah mengenai heroin yg bapak dia mati kena bunuh. Heroin mempunyai seorang sobat baik dari zaman sekolah iaitu hero pertama yang sanggup buat apa saya untuk heroin. Hero itu bercita-cita mahu menjadi polis kerna mahu menangkap pembunuh bapak heroin. Hero berjaya lah jadi polis akhirnya iaitu polis trafik hahaha. Maka dia ada kesukaran untuk menangkap penjenayah kes berat. Tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Kemdian pada suatu hari yang kusam heroin terserempak dengan hero kedua yang sangat kasihan. Hero kedua kewarganegaraan Perang-cis datang ke Korea sebentar kerna urusan peribadi. Kemdian hero kedua mengalami masalah di mana dia dikejar oleh beberapa gengster yang berkot itam dan terpaksa menumpang di umah heroin untuk berapa hari. Tumpang punya tumpang sampai la hero kedua terpikat sama heroin dah tamao balik Perangcis balik dan ini mendatangkan kejelesan pada hero pertama.

Kenapakah hero kedua di kejar oleh gengster sebaik saja tiba di Korea?

Berjaya kah pembunuh bapak heroin di temui?

Mengapa hero kedua menukar kewarganegaraan dari Korea ke Perangcis? Ada sebab nya u ols.

Adakah sedap kek-kek yang di sediakan dalam citer ni? Nampak macam sodap.

Adakah semut-semut itu semua mogok apabila kilang gula itu ditutup? Rasanya cip dia musti Semut-D ni wahahahaha

Saksikan kdrama ini untuk jawapannya.

Mek suka tengok relationship yang di tunjukkan oleh kedua hero iteww.

Song Hye Gyo sebagai Ji Yeon Woo

Boleh dikatakan 'hero' dalam citer ni sebab terpaksa survive sendirian. Seorang yang garang. Kisah hidup dia sangat mengharukan dan dipenuhi dengan stress. Lepas bapak dia mati kena bunuh, mak dia kawin lain dengan lelaki 10 tahun lagi muda dari mak dia. Kemdian dapat adik tiri yang sangat comel. Kemdian mak dia mati. Bapak tiri dia tak keje suka melepak habiskan duit sampai pinjam duit Along. Kemdian tak bayar duit Along, Along datang umah ugut bikin kacau. Maka terpaksa dia bekerja keras untuk melangsaikan utang bapak tiri dia yang tak guna iteww tapi boleh tahan taste kalu dressing esmem-esmem huhu.

Ryu Seung Beom as Kim Min Ho

Sobat baik heroin dari zaman skolah. Dia syok ngn heroin tapi heroin cuma anggap kawan tiada perasaan chentar. Seorang yang baik hati, tak berapa kaya dan sedia berkhidmat 24 jam 365 hari pada heroin. Seperti cacing kepanasan jika dapat tahu heroin dalam kesusahan. Awalnya seorang polis trafik dan akhirnya berjaya masuk unit jenayah berat. Paling lawak tengok dia menjodohkan mak dia dengan pakcik polis iteww hahaha.

Rasanya ni first dan akhir drama beliau kot. Dia banyak blakon pilem. Drama tak seswai la untuk dia. Cian dia nnti kena kutuk teruk (dari komen di forum). Mek belek muka dia ni tengok kot mana dia wat plastik surgeri pon rasa tetap tidak boleh kelihatan ensem hehe tapi lakonan dia hebat. Dalam citer Arahan pon dia watak polis trapik jugak. Kalau kat Mesia musti dia blakon citer Gerak Khas kan hehehe


Jo Hyun Jae as Jung Eun Sup

Cam besa la gorjes hehe. Dalam citer ni dia ada konflik ngn bapak dia lantas melarikan diri ke Perangcis bersama mak dia. Dia sangat kuciwa dengan perbuatan ayah dia dan mahu putus hubungan sama bapak dia. Dia pulang ke Korea sebab ex-mak we dia kawin dengan orang lain dan kononnya mahu menghalang perkahwinan itu tapi gagal menyebabkan dia frust terlentang hingga hampir maut di langgar LRT. Seorang tukang buat kek yang handal. Kerana dia heroin bernapsu nak makan roti dan kek semula juga kembali membuat kek resepi ayah heroin yg telah sekian lama terperam sebab sedih punya pasal.

Thursday, December 28, 2006

KDrama : Tropical Nights in December (2004)



Synopsis
 
It's a drama about a woman who is ignored by her husband and his family. She falls in love with a handsome young man who truly loves her back. Her husband, a seemingly perfect man, can not forget his first love and he always regret marrying an uneducated wife of his. However, he thinks twice and gets jealous when he finds out his wife is cheating on him.

Starring : Uhm Jung Hwa , Kim Nam Jin , Choi Jung Won , Shin Sung Woo

Total episode : 17


Credit : DramaWiki , MBC


Citer ni nampaknya tidak mendapat rating yang bagus dikalangan peminat kdrama. Mungkin pelakon² nya tidak berapa ngetop.

Tatapi suprisingly jalan citer dia best u ols. Saya amat sukak akan jalan ceritanya. Begitu juga dengan komen kawan saya. Dia kata citer ni best dan sedih giler.

Jalan citer dia menepati pepatah, "Satu hari bersama dengan orang kita sayang dan sayang kita, walau mcm mana penat dan susah pun, lebih bermakna dari seumur hidup bersama dengan orang yg tak sayang dan tak suka kita"



Citer ni banyak bermain dengan emosi ya. Siap sedia kan tisu secukupnya hehe

Citer mengisahkan seorang surirumah yang sangat kasihan (spt substitle selalu tulis haha) yang diabaikan oleh suami dia sendiri seorang dokter dan di layan dengan begitu terok seperti hamba abdi oleh keluarga mentua nya. Walaubagaimana pun dia tetap bersabar sebab dia seorang isteri dan menantu yang baik. Dia sedar diri nya seorang perempuan kampung yang lurus bendul tapi berjaya juga dapat suami dokter.

Ini yang sangat mendatangkan kemarahan mak mentua dia. Mak mentua dia tidak dapat menerima menantu sedemikian. Dihina nya menantu itu lagi dan lagi. Nasib baik bapak mentua nya best. Veri de sporting. Suaminya pula lepas kahwin masih berhubungan dengan gelpren lama dia hingga membuat dia kecik hati. Bila gelpren suaminya sakit, suami nya sanggup pakai apron masuk dapur dan masakkan untuk gelprennya. Pahadal kat umah sendiri haram apron pon tak kenal. This happened btol² depan bijik mata dia.

Kemudian pada satu hari nak dijadikan citer isteri tersebut berjumpa dengan sorang mamat ni yg muda belia yang baru keputusan cinta di kampung isteri tersebut. Sekampung rupanya mereka. Lepas berkenalan, boleh ngam sekepala terus la berkawan baik sehingga kemuncaknya isteri tersebut jatuh chentar dengan mamat belia itu. Kemdian dengan tidak disangka oleh isteri itu mamat belia itu juga mencintai dia.

Bila suami nya dapat tahu akan kecurangan isterinya, suami nya jeles. Tau pun jeles. Ko curang tak pe. Tapi isteri itu masih sedar diri yang diri nya isteri orang dan ibu kepada 2 orang anak. Maka isteri itu pon menarik diri dan tidak mahu berhubungan dengan mamat belia itu lagi.

Seterusnya…jeng jeng mamat belia itu telah dikonpemkan oleh dokter mengidap sejenis barah yg cuma ada beberapa bulan untuk berhidup. Tak dapat diselamatkan lagi. Mamat belia itu jumpa dengan suami si isteri tersebut dan mohon jangan kasi tau kat isteri dia tentang penyakit dia dan mamat belia itu berjanji tidak akan berhubungan dengan isteri itu lagi.

Dipendekkan citer, isteri itu terdengar tentang berita itu dan minta izin unutk jaga mamat belia tu sampai dia mati. Famili mentua menghalang tapi si isteri itu dengan nekad keluar rumah juga. Umah yang dah umpama neraka. Kalau terpaksa bercerai pun dia sanggup. Bunyi nya macam isteri itu tidak berhati perut. Tapi tu la kenyataan dia. Kenyataan dalam citer ni la hehe

Bila tengok keadaan boipren nya sangat tenat, si isteri tersebut merayu kepada suami nya tolong ikhtiar bagi sembuhkan boipren dia sebab suami dia kan dokter. Suami itu pula terpaksa rela menerima kenyataan yg dalam hati isteri nya sudah ada orang lain dan dia sanggup tunggu isteri nya kembali pada dia sebab dia sudah sayang sama isteri lah. Selama 10 tahun berumah tangga dia langsung tak sayang isterinya.

Adakah isteri tersebut kembali ke pangkuan suami nya lepas boipren dia mati?

Barah apakah yang dihidap oleh mamat belia tersebut?

Sebab apa kah isteri itu beralih arah suka sama itu mamat belia ? Mamat belia tu miskin, keje tetap pon tak de. Suami nya doktor, umah besar, kereta besar, kaya, esmem lagik hehe.

Temui jawapan nya dalam kdrama ini.

Jarang sekali dalam drama Korea dapat notis umah yang sama digunakan berulang kali (tak mcm drama rasid sibir boleh kenal sampai pedang samurai skali hahaha). Tapi dalam citer ni saya pasan umah dia mcm umah Beautiful Days

Empat watak utama yang saling berkait antara satu sama lain.


Uhm Jung Hwa sebagai Oh Young Shim

Pertama kali tengok lakonan dia. Sebagai isteri surirumah yang tidak educated yang ditindas dengan famili mentua. Anak adik ipar dia pon dia kena jaga seolah-olah org gajian dan adik ipar dia anggap dia sebagai orang gaji bukan nya kakak ipar. Memasak dia, kemas umah dia, basuh baju dia, basuh bilik kecik pon dia. Pendek kata selagi belom tutup mata, keje, keje, keje. Dia tau suami dia ada perempuan lain. Perempuan kesukaan keluarga nya lagi. Tapi dia nak buat macam mana. Pada awalnya dia bersyukur dapat kawin dokter dan tinggal di umah yang besar. Later berjumpa dengan mamat belia dan terpikat dan seterusnya…

Kim Nam Jin sebagai Park Jung Woo aka mamat belia ahaks

Ini cerita dibeli sebab mau tengok dia ni sebab dia boleh tahan taste hehehe. Watak seorang pelajar. Famili orang miskin. Banyak buat keje part time untuk sara hidup dan kumpol duit nak sambung study. Memula dia hanya nak balas dendam dengan ex-gelpren dia dan berpoya-poya dengan pompuan lain. Sekali dia betul terpikat dengan pompuan tu. Tapi baru nak kecapi kebahgiaan, dia disahkan mengidap sejenis barah. Sedih u ols. Dah lah orang susah, dapat sakit kronik plak tu. Hai sungguh la malang nasib mu si ikan kaloi
Shin Sung Woo sebagai Dr. Min Jing Hwan

Seorang doktor. Watak dia ni pon best. Biasala manusia dah ada depan mata tak dihargai. Bila dah tak de baru menyesal.

Choi Jung Won sebagai Song Ji Hye

Skali tengok mcm heroin Jewel Palace. Watak pompuan ni paling jahanam dalam citer ni. Mamat belia tu boipren dia masa kat kolej. Kekasih awal dan akhir la katanya. Tapi disebabkan mamat tu miskin tak de keje gedebas dia mintak putus dan kawin dengan adik doktor di atas yang doktor jugak. Famili depa seme doktor. Bapak doktor tu pon doktor dan ada spital sendiri. Dalam pada dia dah kawin dia masih cinta dengan ex-boipren dia dan tak sanggup lihat ex-boipren dia kawan dengan pompuan lain. Jeles dan marah dia meluap². Boleh gitu ek? Lelebih lagi dia dapat tahu ex-boipren dia chentar sama biras dia, dia cuba sedaya upaya menggagalkan hubungan depa secara gunting dalam lipatan. Cuma tak puas ati sampai abis citer laki dia tak tahu yg mamat belia tu ex-boipren kesayangan bini dia.

Citer ni pun ada lagu tersendiri. Kalau citer Full House popular dengan lagu 3 beruang nya, citer ni dengan lagu nombor nya.

'Satu ialah satu, bukan dua'
'Dua ialah dua, bukan tiga'
'Tiga ialah tiga, bukan empat'
'Empat ialah empat, bukan lima'

 
Dan nombor² seterusnya. Lagu ni dinyanyikan bila heroin tengah nervous atau tengah runsing fikiran. Sangat comel bukan. Haha.

Sapa yang feeling-feeling nak tangkap leleh boleh la layan citer
ni :)

Wednesday, December 13, 2006

KDrama : Island Village Teacher (2004)




Synopsis
 
Hong Eun Xiu (Han Ji Hye) accidentally witnessed a murder by a ruthless gangster and was placed under the protection of the police. Chiu Hao Tai(Kim Min Jong) was assigned to protect her and their relationship start off badly since she always tries to runaway from him. After numerous attempts by the gangster to silence her, they have to runaway to an island whereby they were mistaken by the local as the new teachers and the volunteered doctor, son of a famous doctor Chong Jai Do (Lee Dong Wook) falls for Eun Xiu.


Starring : Han Ji Hye , Kim Min Jong,
Lee Dong Wook , Park Eun HyeTotal episode : 16

Credit : SBS, Drama Wiki

Citer ni pon nak kata tak best, boleh tahan la. Nak kata best sangat pon idak ler. Cam biasa drama Korea makin di layan makin makin syok dan nak tahu apa kesudahan citer dia. Tak macam drama Melayu makin di layan makin tah pape dan terus givap nak tengok (baca : Mitosastras) Boleh tahan tengok 2-3 episod yg awal. Mungkin tak de tahyul mcm Bawang Putih Bawah Merah kot hahaha.

Berbalik pada kdrama ni, disebabkan kualiti vcd Island Teacher yang saya ada ni tak berapa bagus makanya saya tak tahu ending nya gi mana sebab cd dia tersekat-sekat. Adegan dekat nak abis pada setiap cd dia akan terus stop sendiri. Brengsek punya cd haha Nasib baik cd pinjam.

Walaupun banyak komen kata citer ni 'kureng', saya hanya nak tengok Han Ji Hye dan Lee Dong Wook hehe.

Citer ni mengisahkan heroin yg dengan tidak sengaja telah menyaksikan satu pembunuhan yg tak berapa kejam di tempat letak kereta dalam sebuah bangunan. Pembunuh telah menikam perut mangsa dengan sebilah pisau dan kemdian pembunuh terus melarikan diri. Pembunuhan sedemikian mungkin boleh masuk katergori pembunuhan tidak berapa kejam kalu nak dibandingkan dengan pembunuhan yang melibatkan bom mayat dan juga membungkus mayat dalam plastik sampah dan kemdian membaling mayat dari atas beranda umah pangsa.

Kerana terperanjat melihat adegan tikaman tersebut maka heroin pon termenjerit lah hingga pembunuh pon terperanjat mendengar jeritan heroin itu.

'Cesss ada saksi plak nampak aku bunuh. Sajen tangkap itu pompuan sampai dapat kemdian potong dagingnya kita buat sate' mungkin kata ketua pembunuh

Malangnya pembunuh itu tidak dapat mengejar heroin kerana di halang oleh pihak polis. Sejak dari kejadian pembunuhan tersebut heroin telah dikawal rapi oleh seorang inspektor polis iaitu hero untuk menjadi saksi penting pada kes perbicaraan pembunuhan nanti

Dalam masa nak tunggu hari perbicaraan kehidupan heroin tidak lagi bebas seperti dahulu. Nak pergi kemana-mana harus ditemani oleh incik inspektor itu kerana nyawa heroin dalam bahaya. Telah ada beberapa percubaan menculik heroin tapi gagal.

Kemdian lari punya lari...lapan lagik...lari untuk selamatkan diri sebab orang jahat tak henti-henti mengejar mereka untuk hapuskan saksi, hero dan heroin telah tersesat di sebuah pulau. Sampai di pulau tersebut mereka telah disalah sangkakan sebagai guru yang baru datang dari Seoul. Kebetolan pihak sekolah dipulau tersebut sedang menantikan kehadiran cekgu baru. Maka jadi la hero dan heroin cekgu pelesu di sekolah di pulau sana.

Bagaimanakah kesudahnya? Saya pon tak pasti samada hero mati atau tidak. Saya hanya sempat tengok adegan hero kena tikam pada episod akhir dan kemdian bunyik cd krek krek krek...terus keluar mesej 'bad disc' yak ni cd jahat. Ni musti penjahat yg sabotaj haha.

Kalau anda dah tak de citer sangat nak tengok boleh tengok citer ni.

Mari kita tengok para pelakonnya pula




Han Ji Hye. One of my faveret actress. Dalam citer ni dia keje bahagian jaga makanan kat spital. Apa org pangge kos ni? Food nutritious ke hapa. Kemdian dia mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Masa last day keje tu la dia menyaksikan pembunuhan dan proses dia nak ke obesi terbantut sebab kena jadi saksi pembunuhan. Kendiam seorang doktor syok kat dia dan hampir bertunang. Masa hari tunang dia telah di kidnap oleh orang jahat iteww.


Kim Min Jong. Nama hero ni nak sama ngn actress heroin Fashion 70's ni Kim Min Jung
. Jadinya anda jangan konpius. Adek bradek kembo ke diorang ni mek pon tatau la hehe. Tengok muka hero ni musti ramai yg tak suka kan sebab tak ensem hahaha. Dalam citer ni dia seorang inspektor polis. Dalam dia dok jaga heroin dalam diam-diam dia telah menaruh harapan jeton sameon kat heroin. Hingga la dia sanggup meletak jawatan dia sebagai polis demi keselamatan heroin.


Lee Dong Wook. *wink kat makincik* huhu. Dalam citer ni dia seken hero watak sebagai doktor. Agaknya dia ni kalau tak jadi pelakon mesti jadi doktor kan hahaha. Dalam Hanoi Bride pon dia jadi dokter. Muka dia ada aura dokter gaknya hehe. Mula intim dengan heroin sewaktu bertugas di pulau. Dalam citer ni dia tak se-ensem dalam citer My Girl hehehe




Park Eun Hye. Watak jahat lagi. Sebagai doktor pelatih kemdian syok sama second hero dan akan buat apa saja untuk merampas kembali chentar hatinya. Also dia menipu pasal latar belakang nya. Untuk tidak mahu malu dia kata parents dia ahli perniagaan sakses yg kaya raya. Bila tembelang dia pecah dia bertindak aggresif dengan joint venture sama pembunuh tangkap heroin.

Tamat.

Friday, November 10, 2006

KDrama : Ms. Kim's Million Dollar Quest (2004)




Synopsis

On the day of Eun-jae’s wedding, the groom, Young-hun, fails to turn up and the delivery man hands her a letter from him saying “sorry.” The photographer, Moo-yeol, takes Eun-jae by the arm as she stands panicking in front of countless guests and runs out of the hall. Unable to bring herself to admit the annulment of her wedding, Eun-jae pleads Moo-yeol to play the role of her husband at the housewarming party, and Moo-yeol does a splendid job. Meanwhile, Eun-jae finds out that the reason for the break-up of her wedding was because of her poor financial situation. Young-hun had gravely worried about reality issues if he were to marry Eun-jae and Seo Wu-gyung had suggested just on time full financial support if he drops the wedding with Eun-jae. Eun-jae makes up her mind to make money, thinking that she’d be able to get Young-hun back if she becomes rich.

Starring : Ji Jin Hee , Kim Hyun Ju , Park Gun Hyung

Total episode : 16

Credit : DramaWiki

 
Citer ni mengisahkan Ms Kim yang ditinggalkan sewaktu hari nikah. Dah siap dengan gawon pengantin ropol-ropol tetapi malangnya pengantin lelaki membuat dajal mahu putuskan hubungan pada hari nak kawin. Pengantin lelaki tak hantar sms batal majlis kahwin tapi hantar surat. Maka sedih banget la Ms Kim sebab dia chentar banget sama boipren nya itu. Boipren nya itu tetiba telah berjumpa dengan seorang wanita lain yang kaya yang bapak dia juga kaya. Maka dia ingat dia ada can nak jadi menantu orang kaya. Lepas kaya nanti boleh la carik perempuan lain. Perempuan Mongolia pon boleh. Apa ada susah. Jantan macam ni kalau dapat kita pancung kan dia aja huhu. Jumpa pompuan yg tah datang daripada mana, tak kenal hati budi terusan sanggop putuskan hubungan dengan bakal isteri nya yang telah dikenali nya selama 3 tahun sekelip mata.

Ms Kim kemdian dilarikan oleh jurugambar kawin bernama Encik Park sebab Encik Park kasihan melihat Ms Kim sedih bermuram duka dan takut Ms Kim alami gangguan mental hehe. Encik Park cuba menenangkan Ms Kim dan menempatkan Ms Kim di sebuah hotel.

Keesokan hari nya kawan-kawan sepejabat Ms Kim yang tak dapat hadir majelis perkahwinan Ms Kim ingin berkenalan dengan suami Ms Kim. Ms Kim gawat. Mana dia ada suami. Lantas dia tingat kat Encik Park dan minta tolong Encik Park menyamar menjadi suaminya.

Keesokan hari nya di hari yang lain Encik Park mengalami masalah yang mana bapak nya telah di penjarakan akibat tak bayar pinjaman duit dan rumah banglo nya akan di tarik oleh pihak Along sebab bapak dia pinjam duit dengan Along daaa buat cagaran. Maka Encik Park pon dah jatuh miskin papa kedana satu sen haram tak de duit nak sewa umah lain. Maka Encik Park mendapat idea mau menumpang umah Ms Kim.

Tumpang punya tumpang Ms Kim dan Encik Park pon menjadi kawan baik. Ms Kim mempunyai cita-cita mahu mengumpul wang sebanyak mungkin dan membuka perniagaan.




Dalam pada mau berjaya dalam perniagaan nya Ms Kim menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Ada pihak ketiga yang sengaja tidak mahu lihat dia gembira dan sakses. Pelbagai tektik keji dilakukan oleh pihak ketiga itu untuk menjahanamkan perniagaan Ms Kim.

Siapakah pihak ke tiga itu? Dia ialah seorang jejaka A yang minat kat Ms Kim secara senyap. Jejaka A itu telah bekerja sama dengan mak we bekas boipren Ms Kim untuk menghalang Ms Kim dari berjaya. Dengan alasan bila Ms Kim gagal, Ms Kim akan mintak tolong dengan jejaka A sebab jejaka A orang ada-ada, banyak wang mas. Hehe. Tapi Ms Kim tidak memerlukan pertolongan sesapa. Dia boleh berdikari sendiri.

Saya geram tengok perbuatan jejaka A pada Ms Kim tapi dalam masa yang sama saya tergelak tengok muka dia sebab selama ni dia tak penah jadik jahat mcm ni. Selalu watak dia kalu tak jadi kawan hero, musti jadi lelaki lurus bendul muahahaha. Potong stim betul dia jadi ketua kongsi gelap kali ni hahaha.

Encik Park kemudianya jatuh cinta dengan Ms Kim tapi Ms Kim macam tak paham sebab Ms Kim masih menyimpan hasrat mau kembali pada bekas kekasih nya itu. Tapi nanti bila Encik Park mengambil keputusan mengundurkan diri dan berpisah dengan Ms Kim, Ms Kim meraung bagi nak rak sebab dia rasa dia tak boleh kehilangan Encik Park. Encik Park lah selama ini yang membantu Ms Kim di saat perniagaan Ms Kim dikhianat.

Citer ni ketegori komedi romance. Memang setiap episod akan tergelak dengan gelagat mereka yang baik dan juga yang jahat hehehe. 

Thursday, September 14, 2006

KDrama : Save the Last Dance for Me (2004)



Synopsis
Eunsoo (Eugene) is a pure but unsophisticated woman who runs a small resort inn with her father. Eunsoo is just an ordinary girl, but her life changes when she meets a man (Ji Sung) who's completely lost his memory. She takes him in and cares for him, and even gives him a name: "Baek Changho". Love blossoms, and soon wedding bells can be heard. But on the night of their wedding ceremony, Eunsoo's father passes away. And soon after, Changho disappears too! In the blink of an eye, the two people Eunsoo loves most in the world have left her. But Changho had his reasons for disappearing: his real name is Kang Hyunwoo, and he's heir to a large conglomerate. Even more, someone is plotting to kill him...

Starring :
Ji Sung , Eugene , Lee Bo Young, Ryu Soo Young
Total episod : 20

Credit :
SBS , DramaWiki

Ending citer ni agak menyedihkan dan ada ala² citer industan citer 'Mann' sket hehe. Heroin berkerusi roda dan jumpe semula kerana sebuah potret gambar. Ku pikirkan ending nya bakal stret to the point rupanya tidak. Ada belok² naik turun bonggol hehe

Sabjek utama tersirat citer ni tentang membalas dendam. Sabjek yg jelas lagi nyata tentang hero 2 kali hilang ingatan. Brape banyak ilang ingatan daaa. Sebuah jalan citer yang tipikal.

Fokus utama yang merupakan kemuncak citer adalah macam mana 'rantai cinta' iteww akan dijumpai oleh hero. Aaa yg tu nak tau sangat cemana dia akan jumpa. Dan saya rasa iteww olahannya cantik dan tersusun. Mek suka.

Pertama kali menonton lakonan hero dan heroin. Boleh tahan kimia jugak la.

Mari kita lihat citer selanjutnya.

Babak 1
Hero yang sedang melanjutkan pelajaran di US dipanggil pulang oleh keluarga dengan alasan ayahandanya sedang sakit tenat. Tapi sebenarnya ayah nya tipu sebab kalu tak cakap cam tu dia tak akan balik sebab dok US lagi best dari Korea. Kat US tak de mak bapak nak berleter hehe. Ayahnya mahu dia mengambil alih pengurusan syarikat sebab ayah nya sudah mau pencen. Bagaimanapon hero tidak berminat dengan syarikat ayahnya sebab dia ada minat dan cita² sendiri iaitu menjadik jurugambar yang professional lantas bertekak dengan ayahnya. Maka hangin la ayahnya satu badan lantas dihempasnya kemra kesayangan anak nya itu hingga jahanam. Maka merajuk la si anak lantas keluar rumah hingga menemui kecelakaan eksiden jatuh gaung yang membuatkan dia hilang ingatan.

Moral of the story babak ni, melawan lagi cakap mak bapak kan dah eksiden.

Babak 2
Lepas dah jatuh gaung dia tak mati. Of kos la tak mati. Kalau hero mati abis citer hiks. Lepas tersedar dari pingsan hero berjalan² tak de arah tujuan sambil pegang perut yang ditikam bagi menahan darah terusan keluar. Hasrat dihati untuk minta bantuan sesapa yg dia jumpa di jalanan. Kemdian terserempak dengan heroin dan ayah nya ditengah jalan. Kemdian mereka membawa hero ke spital. Lepas mendapat rawatan, hero tak ingat nama dan asal usul dia bila dokter tanya. Maka dokter pon berkata pada heroin dan bapak nya supaya membawa hero pulang sebab depa yang jumpa hero dan jaga hero hingga pulih balik ingatan dia. Maka menetap la hero bersama keluarga heroin dalam jangka masa setahun di daerah luar Seoul.

Dalam masa yang sama upacara pengembumian hero telah dilakukan oleh keluarga nya sebab mayat hero telah dijumpai dalam keretanya yang telah terbakar hangus. Mak hero histeria sebab anak kesayangan tunggal mati. Tapi yang sebenarnya itu mayat orang lain sebab hero kena rompak sebelum kena tikam dan semua harta benda telah dirampas oleh perampok.

Babak 3
Dalam masa setahun hero dan heroin dah bleh ngam dan berkuch kuch hota hey sesama depa. Dan telah janji setia sehidup semati. Hero beli sepasang 'rantai' sebagai tanda chentar agung kekal abadi. Dalam loket ada nota ikrar cinta 'I lap u, u lap me. Sapa tanggalkan rantai akan dihukum...bla bla bla...' Dihukum 3 tahun kerja berat...eh bukan hehe. Kemdian mereka bertunang bagi memenuhi hasrat ayah heroin yang mengidap kenser hati. Kemdian lepas majlis pertunangan mati lah bapak itu.

Kemdian satu hari seken hero dapat tahu hero belom mati cuma hilang ingatan. Lantas dia menghantar kunconya untuk menyulik hero. Sebab kalau hero kembali ke syarikat maka itu seken hero tidak akan dapat kuasa syarikat. Seken hero telah dianggap seperti keluarga sendiri oleh keluarga hero. Tapi dalam hati seken hero ada menyimpan dendam membara dan ada sebab mengapa dia mendekati keluarga hero.

Masa hero diculik, heroin tak de kat umah. So tunggu la heroin akan hero. Tunggu tunggu tok kelik gak hero. Heroin sangat berduka cita dan mengganggap hero telah pulih ingatan dan berjumpa dengan ahli keluarga dia dan pulang ke rumahnya lantas melupai dia.

Babak 4
Masa hero diculik berlaku pergaduhan hingga menyebabkan hero terhantuk dan dapat balik ingatan dia. Kemdian dia tahan teksi dan balik ke umahnya di Seoul dalam keadaan cedera. Lagi sekali mak hero pengsan buat kali kedua melihat anaknya yg telah disangka mati telah pulang. Kemdian hero dibawa ke spital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Masa kat spital 'rantai cinta' kena bukak dan diberi pada teman wanita hero (merangkap heroin ke dua) yg hanya bertepok sebelah tangan. Ini wanita telah sembunyikan 'rantai' tersebut dari pengetahuan hero dan dia telah mulai mensyaki sesuatu. Maka nnti dia pergi edisi siasat apa sebenar telah berlaku pada hero sewaktu hilang setahun yg lepas.

Babak 5
Heroin secara tak sengaja pegi ke Seoul dan dengan tak sengaja juga terserempak dengan hero. Tapi hero tak kenal dia. Maka berlaku la intermisi heroin berusaha sin chan mau kembalikan ingatan hero pada dia dengan memasuki syarikat hero sebagai pekerja. Dan berlaku la berebutan cinta 4 segi.

Eh brape banyak babak daa haha. Penat citer. Ok u ols saksikan lah babak babak seterusnya dalam ini drama yach bagi yg belom nonton. Ok la citer dia. Rasa nya cite ni dah penah main kat ntv7.


2nd hero sebab dia jadi jahat maka kelihatan tidak ensem berbanding citer 18 vs 29 hehe
2nd heroin pula lead heroin dalam citer Mr. Goodbye yg kebetolan saya sedang nonton.

Adegan saya suka bila mana kawan kepada 2nd hero tidak sanggup nak melakukan last job jahat yg 2nd hero suruh sebab dia sayangkan sahabat dia dan tak sanggup lihat sahabat dia musnah. Tinggi nilai bersabahatan dia. Bak kata orang berhati-hati dalam memilih kawan. Silap langkah kerna kawan juga kita boleh binasa. Fren eat fren bak kata omputeh.




SPOILER



Episod 20. Seken hero telah dengan tidak sengaja melanggar heroin hingga cedera kakinya dan tak boleh jalan. Sebenarnya dia nak langgar hero tapi yg datang heroin sebab nak halang dia membunuh hero. Kemdian heroin membawa diri sebab dah cacat. Seken hero cakap bitau la hero kat mana dia berada tapi heroin refuse sebab dia tak mahu bebankan hero. Dia pun sedih sebab telah melanggar chentar hatinya. Dia akhirnya ketahui bahawa bukan bapak hero yg membunuh bapak dia. Ada saspek lain. Sebab tu dia nak balas dendam pada syarikat bapak hero. Dia akhirnya masuk penjara sebab ada salah guna beli saham syarikat.

Kemdian setahun berlalu. Heroin menetap di sebuah umah anak² yatim dan mengasuh budak² kat situ. Kemdian sertai pameran untuk mencari sumbangan. Heroin telah melukis gambar rumah kenangan dia bersama hero. Kendian hero datang ke pameran tersebut dan lihat gambar tersebut sangat familiar dan dari situ dia dapat bertemu kembali chentar hatinya yang telah lama menghilang. Kan ada iras citer Mann bagi sapa yg ada tgk itu citer industan. Hehe.

Wednesday, August 23, 2006

KDrama : Memories in Bali (2004)




Synopsis
Lee Soo-jung (Ha Ji Won) is a travel agent who is seeking her good luck in Bali after a harsh and unforgiving childhood. She meets Jae-min (Jo In Sung), Kang In-wook (So Ji Sup), and Young-joo (Park Ye Jin) in Bali, three seemingly perfect people entangled in a triangle of love. When Lee Soo-jung finds herself back in Seoul, her desire for success leads her to seek Jae-min for a job, unwittingly setting off a course of events that further complicate the love triangle.

What Happened in Bali is a drama that reveals the inner materialistic desires of people. It reflects upon the sometimes ugly (but truthful) side of man where nothing matters more than money

Starring : Ha Ji Won, Jo In Sung, So Ji Sup, Park Ye Jin
Total episode : 20

Credit :
SBS,
DramaWiki


Berapa kali saya terlelap sewaktu menyaksikan drama ini. Satu malam hanya bole habiskan 2 episod saja. Biasa kalau citer best kita tidak akan rasa mengantuk tapi terpaksa gak mengantukkan diri tidur sebab keesokan hari nya mau bekerja. Tapi citer ni membuatkan saya rasa mengantuk sebelum waktu nya. Pi mai pi mai tang tu jugak citernya.

Tapi yang belum tengok direkemen menonton juga supaya dapat sesama rasai kebuhsannya hehehehe

Watak hero pertama So Ji Sup pun agak buhsan

Watak heroin lakonan Ha Ji Won jugak tak bape menonjol

Yang mencurik tumpuan saya ialah watak hero kedua, Jo In Sung, dari segi pakaian pi opis dia, ekpressi muka dia termasuk beg sandang dia yang dia bawak pi opis. Rasa cam cute jek hahaha. Next citer dia nak tengok Spring Day.

Sorang lagi watak mencuit hati kawan kepada heroin yang asek kontrol ayu bila bercakap ngn mamat ensem wakakakak.

Citer mengenai 4 orang yang bertemu di Bali. 2 orang saling mengenali manakala lagi 2 orang tidak saling mengenali pada awalnya.

Saudari A, menetap dan bekerja di Bali sebagai pemandu pelancong kemdian berhijrah ke Seoul. Sorang yang tahan kena maki, tiada pendirian. Mempunyai seorang abang yang tak guna suka berjudi dan berhutang. Dia yang nak kena setel hutang piutang abang nye iteww. Kemdian suka ngn Saudara B kemdian suka plak ngn Saudara D. Last skali baru ada jawapan sapa yang sebenarnya dia suka.






Saudara B, menetap dan bekerja di syarikat cawangan Jakarta dalam masa yang sama mambawa hati luka lara dek di tinggal kekasih iaitu Saudari C. Syarikat yang dia pekerja kepunyaan keluarga Saudara D. Seorang yang tak banyak cakap. Mempunyai sepasang mata yang amat kecik. Berasal dari keluarga yang sederhana. Ibu nya seorang ibu tunggal dan bekeja disebuah gerai makanan kepunyaan sendiri. Mak dia selalu kena pukul dengan boipren dia.



Saudari C, seorang anak sudagar kaya, akan dijodohkan dengan Saudara D untuk mengeratkan tali perniagaan keluarga. Satu hari dia telah pergi ke Jakarta atas tujuan melancong tapi sebenarnya dia mahu ketemuk sama bekas cowoknya, Saudara B di Jakarta buat kali terakhir sebelum ke jinjang pelamin sama Saudara D. Selepas berkahwin sama Saudara D dia cuba menambat hati sominya namun gagal kerna dlm hati somi nya telah terukir wajah kesayangan hamba yak itu Saudari A.

Saudara D, seorang anak manja yg tak melawan cakap mak ngn ayah dia. Selalu kena pukul ngn kayu golf oleh bapaknya yang cute cam pakcik popeye yg suka makan hambeger iteww haha. Mendapat perkhabaran bahawa Saudari C berada di Jakarta lantas dia menuruti Saudari C ke Jakarta. Kemdian percintaan nya sama Saudari A mendapat tentang hebat dari keluarga kerana berlainan kasta.
Di Jakarta, Saudara B mengajak Saudari C berholiday di Bali sebab dia kata Bali seswai untuk berasmaradana. Saudara D pun ngikut sama ke Bali.

Dah pegi Bali melancong tentu la berjumpa dengan pemandu pelancong kan? Yaa depa bertiga berjumpa sama Saudari A yg memandu mereka meninjau kawasan persekitaran Bali.

Walaubagaimanapun Saudara B dan Saudari C merasa kurang selesa dengan kehadiran Saudara D yang seolah kaco daun dan juga khuatir perhubungan mereka akan pecah lobang. Tapi tak pecah kat Bali nanti balik Korea baru picah.

Ok tammat la sudah sesi melancong ke Bali.

C dan D balik ke Korea. B plak telah dinaikkan jawatan dan akan transfer semula ke Korea satu pejabat dengan D.

A plak terpaksa ke Korea sebab nak cari tokei syarikat pemandu pelancong yang dia keje telah melarikan wang nya hingga licin. Dia mahu menuntut kembali wang nya (Tang ni tak paham, citer Korea ni sokmo kan, sesapa saja boleh keluarkan wang simpanan orang lain melalui buku bank hahaha. Nak kena csi nih )
Hingga la berlaku intermisi A yg meskin papa kedana terpaksa meminta bantuan D yang kaya raya. Tolong punya tolong D jatuh hati sama A sebab dalam masa yang sama tunang dia C masih menaruh hati dengan B. Sebab dia kuciwa sama tunang dia maka dia beralih menolong A.

B bagaimanapun tak mahu menerima C kembali sebabnya si C sesukati nak putus hubungan kemdian sesuka ati nak teruskan balik hubungan. Apa kes la ko minah.

B pun suka sama A sebab kasihan A orang susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tambahan lagi depa berjiran tinggal umah sewa sebelah menyebelah. Jiran dalam kesusahan kita kena tolong. Jiran sepakat membawa berkat. Sebab nanti kalau nak balik raya cuti panjang boleh tinggal kunci kat umah jiran tolong tengok² kan umah, pasangkan lampu supaya umah tidak bergelap sepanjang minggu bagi mengelak umah di-aim oleh perampok :P


Maka bergaduh la nanti B sama D kerna merebutkan A manakala si C sakit ati sebab dedua jejaka idaman telah jatuh hati sama A yang asal usul tidak ketahuan, pendidikan pon tak de, cantek tak de tapi manes ada hehe.

Dah penat tengok sebanyak 19 episod kan dengan sabar tak skip cd terus tengok ending...masuk episod ke 20 merangkap final episod...muahahaha...ending dia paling 'kelakar' dan paling tragis dalam banyak² ending. Ada adegan tembak menembak. Anda saksikan la sendiri bagi yang belom tengok.

Kalu anda tak paham dengan citer saya, abaikan saja sebab saya pon tak bape konsentret dengan citer ni senornya. Banyak tengok fast powed kan dia sebab nak bagi cepat abis...ahak ahak.

***Kemas kini 2012
 
Hahaha sendiri pening baca

Tuesday, August 08, 2006

KDrama : Sorry, I Love You (2004)



Synopsis

Cha Moo Hyuk (So Ji Sup) was adopted by an Australian family, but is abused and leaves home at an early age. Growing up on the streets, he meets all sorts of people until one day he comes upon Song Eun Chae (Im Su Jung). Eun Chae is the coordinator for Choi Yune, a famous singer in Korea whom she secretly loves. Her fateful encounter with Moo Hyuk ends up affecting not only her life but that of her precious Yune's as well.

Moo Hyuk's path takes him to Korea, on a road that leads to revenge. He's filled with anger and hurt about his birth mother, but also feels love and happiness with someone he didn't expect to love. Although he wreaks havoc on the lives of those around him, he wishes with all his heart someone would stop him.

Starring : So Ji Sup, Im Su Jung, Jung Kyung Ho , Suh Ji Young

Total episode : 16

Credit : Hancinema, DramaWiki, SBS
Motif citer ni mengajak kita mengalirkan ayor mata tak henggat especially pada episod² terakhir. Ampess. Hahaha.
Ini disahkan lagi dengan artikel ni


Makanya pada siapa yang belom menonton citer ni sila la berbuat demikian.

Citer ini sangat kijam pada hero yang mana dia tidak akan hidup lama sebab ada sebijik peluru tersemat kat lam kepala dia. Peluru sesat tersebut berada di kepala hero dari episode pertama. Bayangkan seksa yang dia tanggung selama 15 episod haha. Peluru tersebut tidak boleh dicabut keluar kerana bole membawa maut dengan serta merta. Sekiranya perluru tersebut terus berada dalam kepala, maka ada harapan hidup dalam beberapa bulan. Sempat la bertaubat, tulis wasiat pape yang patut, minta maaf pada sesiapa yang kita telah buat salah pada dia, makan makanan peberet buat kali terakhir juga mencari ahli keluarga yang telah lama terpisah dari kecil dan sebagainya.





Citer ni mengisahkan hero yang hidup sebatang kara di Australia setelah dibuang oleh maknya. Ya hero beranggapan dia telah dibuang oleh emaknya semasa kecil. Bukan sorang anak yang mak dia buang. 2 anak sebab dia ada akak kembo. Tapi...bukan mak dia yang buang anak yach...jeng jeng jeng...kena tengok sendiri

Semasa di sana dia berhidop dengan menjadik perampok bagi meneruskan hidupnya. Umah kediaman pon tak de. Semasa berada di sana lah dia terkena tembakan sewaktu menyelamatkan bekas kekasihnya lantas meninggalkan sebutir peluru dalam kepala dia. Dokter pon kata kes mcm ni miracle sejuta dalam satu. Dalam drama pape pon bole jadik. Hik Hik.

Kemdian dia pulang ke Korea untuk mencari keluarga nya. Awal nye dia memang tak hinggin nak carik keluarga dia tapi disebabkan dia tak lama akan hidup maka dia mau membalas dendam pada emak dia yg telah meninggalkan dia dari sejak lahir sebelum dia mati.

Maka berjaya la dia mencari emaknya yg dibenci tetapi dia tidak memperkenalkan diri sebab melihatkan keluarga emaknya sangat bahagia bersama sorang lagi anak lelaki nya seorang artis terkenal.

Maka hero pon menjalankan misi dengan mendekati keluarga emaknya dengan menawarkan diri jadik drebar anak dia. Macam² agenda balas dendam yang telah direncanakan agar keluarga mak dia kucar kacir dan tak bahagia.



makan pop corn sambil tgk sinchan...sinchan pon ada lam ini gambar hehe

Saya sangat sukak watak hero dalam ini citer. Sungguh berkesan lakonan menahan sakit. Saya dapat merasai kesakitan iteww mcm mana sakitnya kalu terkena 'period pain'. Hanya Tuhan saja yang tau kesakitan itu. Juga watak hero menjadik pemuda yang terbiar kurang kasih sayang. Tingkah laku nya agak kuang ajo, sangat baran dan menengking orang sesuka hati mak bapak dia.

Tang heroin, ya saya ada sket masalah penglihatan bila tengok dia hehe. Air muka dia seswai untuk watak orang sakit, murung, muram dan anti sosial. Tapi ternyata watak ni amat seswai dengan dia. Mungkin kalu boleh pas ni saya nak tengok dia membawa watak cam heroin Full House atau My Girl hehe.

Watak lain yang menarik perhatian saya ialah watak kanak², adek bongsu heroin sama anak sedara hero. Sangat la bagusnye lakonan. Juga lakonan seme plakon tambahan lam citer ni boleh dikatakan superb!!!

Adegan tak larat tengok bila seken hero nak bunuh dirik bila cintanya tak dibalas. Poyo nye jantan hahaha

Kesimpulannya, ia adalah sebuah kisah keluarga yang menyayat hati la saya boleh kata. Kisah cinta nombor 2. Bagaimana hero dibuang masa kecil. Bagaimana mak dia hidop dengan menyangka anak dia mati sewaktu dilahirkan. Bagaimana orang yang buang hero masa kecil terima balasan bila anak dia sendiri mati. Dan bagaimana hero hendak menuntut haknya.

Friday, July 28, 2006

KDrama : Full House (2004)




Synopsis

Han Ji-eun lives alone in the house that she inherits from her parents. Her parents named the property 'Full House.' She has two close friends who end up selling the house behind her back to Lee Young-jae. Through a series of incidents, the two make a contract to marry, so that Ji-eun can stay in the house that her parents built. Although not in love with each other when they marry, a love between them develops slowly over time. The feelings of love are constantly interrupted by Gang Hye- won, Young-jae's love interest for quite some time and by Yu Min-hyeok, a man that Han ji -eun likes

Total episode : 16

Credit : WikiDrama

Taraaaaa tora datang lagik muahahaha. Baru ada idea mau tulis pasal ini citer setelah sekian lama tertangguh. Begitu susah idea mau datang dengan perut yang kosong hehe. Dapat idea sebab tadik terdengar Muzik FM lagu saduran lagu tema citer ni (rasanya)
'Eh mcm penah ku dengar ini lagu tapi di mana yach?' *benti sat wat keje konsentret dengar lagu sampe abis dengan riak muka moskel*

'Owh lagu Full House ropanya'

'Ku pasti yakin dan pasti lagu tema Full House'

Malangnya tak sempat dengar DJ tu cakap sapa penyanyi yang menyanyi. Penyanyi kumpulan rasanya. Sapa ada penah dengar? Yang pasti bukan suara Hazami, penyanyi lagu Winter Sonata versi Melayu itoo

Citer komedi lomatik yang bersahaja lagi ngetop dan buat kita lapa tengok sebab banyak adegan makan hahaha. Mungkin ramai yang dah tengok. Awalnye dulu tengok sapa la mamat hero Rain ni mcm muka budak skolah plak. Terus macam...ermmm...ok la nanti tengok. Nanti punya nanti sampai la membawak ke tahun 2006 hehe.

Kisah mengenai heroin yang kehilangan rumah pusaka kesayangan bernama 'Full House' milik keluarga nya dek dijual oleh 2 kawan baik nya. Haha part ni mcm klakar plak umah kita sewenangnya orang lain bole jualkan pindah milik tanpa kehadiran tuan punya umah. Tak perlu sign-sign dokumen bagai ek hahaha.

Nak dijadikan citer umah tersebut dibeli oleh hero membawa watak sebagai seorang artis popular Korea. Dia berminat beli umah tersebut sebab kedudukan lokasi umah tersebut yang jauh dari orang supaya dapat berprivisi.

Maka heroin pon berusaha Sinchan untuk mendapatkan kembali rumah pusakanya hingga terpaksa kawen kontrak bersama hero. Sekiranya heroin mematuhi klausa-klausa yang terdapat dalam kontrak kawen tersebut dia berjaya mendapat umah nya kembali.

Hero kawen paksa sama heroin sebab kuciwa wa wa sama gelpren dia yang menat sama hero lain.

Paling best tengok lakonan hero yg begitu notti dan heroin yang ayu jelita disamping lagu 3 beruang hahaha. Saya suka tengok mekap heroin masa nak kawen. Sangat cantik la depa mekap.

Dan umah tersebut dibina khas bagi drama ini yang berharga hampir 4 juta ringgit kalu kombet duit mesia. Huh? Mahal nyeee. Tu belom masuk kos penggambaran, kos beli beras, kimchi, penyapu dan juga mop muahahaha. Kaya kaya *lebih kaya dari Abdul Wahab...lebih kaya dari Abdul Wahib* :P Kalu buat umah tu kat Mesia musti dah lama dimasuki perampok dengan mudah hehe

Sapa yg belom menonton citer ni boleh la menonton sebab anda pasti menyukai nya.

Apdet 01 Ogos 06
Penyanyi dia nama Izwan Filus dengan tajuk Erti Kasih. Lirik ditulis sendiri oleh Izwan. Boleh dapatkan albumnya di pasaran sekang

Wednesday, June 21, 2006

KDrama : Ireland (2004)


Synopsis

A westernized Irish adoptee, Joong-Ah inevitably flies back to Korea to confront her past and to see the country she is really from, only to fall in love with her brother, Jae-Bok. Their love is painful, as they are never meant to be together as lovers, but merely as brother and sister. The show’s message is that there is no such thing as noble innocent love and that love is adversity itself. Therefore, love mustn’t be impeded by so-called "destiny" or family, no matter how ironic or difficult the case may seem. Although destiny is cruel and arduous, the two young lovers radiate pure happiness. The show describes how love survives the tragic bondage of family, destiny and romance.


Total episod : 16

Yiehaa dah abis tengok citer ni. Dah lama aku carik citer ni sebenarnya sebelum kemuncolan Sam Soon lagik. Tatau nape tapi rasa cam nak tengok citer ni sebab nak tengok hero dia huhuhu.

Pas citer Sam Soon moncul baru citer ni berada di pasaran. Sebuah citer yang 'sweet' aku rasa. Jalan citer pon not bad. Lain gak dari citer² dah yang dah tengok sebelum ni. Yang lagik best tak de watak² anak org kaya atau waris tunggal tokoh konglomerat Korea atau anak org kaya saudagar intan berlian dan sewaktu dengan nya. Kadang buhsan gak kan balik² citer anak org kaya, dah la kaya ensem plak tu. Dah kaya, ensem plak tu pas tu happy ending. Tak aci kan...muahahahaha

Ending yang anti-kemuncak dan suh kita wat andaian sendirik. Kita harap hero ni akan berakhir dengan heroin tu dan sebaliknya tapi tidak menjadik ye u ols. Tatau sapa first hero lam citer ni sebab nama Hyun Bin kuo las sekali masa intro. Tapi sebab kenal Hyun Bin lebih maka kita letak dia sebagai first hero ok hehe.

Citer ni dia tak bape focus pada menda yang tak sepatutnya diberi focus sangat. Yang aku pasan la. Contoh macam perkahwinan hero ngn heroin. Dia tak tunjuk depa kawin masa bila, mcm mana hero propos etc etc. Tetau dia tunjuk gambar kawin dan dok serumah. Ok understood depa dah kawin. Kemdian dapat tau minik dia peknen. Tak de la tunjuk hero terlompat² kegumbiraan dapat tau minik dia peknen atau tlefon orang² kampong bitau minik dia peknen. Kemdian depa bercerai. Pon tak de tunjuk depa bersedih ke, tak rela nak berpisah ke, rujuk semula ke...tak de ye u ols. Saya suka jugak style citer cam ni.

Walaupun tajuk dia Ireland tapi ciput je dia shooting kat Ireland. Tah ye tah tak kat Ireland. Cuma relevansi Ireland lam citer ni ialah iteww heroin dibela oleh keluarga angkat orang Ireland dari umur 3 tahun kemdian blajar medical kat sana sampai jadik dokter dan kemdian balik ke Korea pas keluarga angkat dia mati kena tembak untuk mencarik keluarga sebenar dia. Kenapa Ireland jadik pilihan? Hanya pengarah saja yg tau.

Tang citer ni rasa nak ulas satu persatu plak watak² mereka ni sebab lam citer ni ada 4 watak penting yang tersendiri yang sama kuat wataknye. Marey kita selami watak² mereka.

Sebagai Kang Gook. Bawak watak sebagai pengawal peribadi kepada boss lelaki. Kemdian di pecat dan keje di sebuah syarikat pengawal keselamatan (pengawal keselamatan dia pake kot u ols) Bos lelaki itu ekceli sayang sama dia tapi ada sket salah paham tanpa pikir panjang dipecatnya hero mek yg kiyut miyut innew hehe. 

Seorang yang tak banyak cakap dan serious sewaktu keje. Kawin ngn heroin pon tak serupa orang dah kawin. Mungkin atas dasar 'kasihan' dia kawin ngn minik dia yg sebatang kara tak de famili dan dalam masa yg sama dia tau minik dia ada suka kat lelaki lain. Sebabkan minik dia ala² mental tak bape betol sket, ada sindorm penyakit amnesia so dia tak amek pot sangat sapa lelaki pojaan minik dia iteww. 

Tapi bila dia dapat tau sapa lelaki pojaan ati minik dia, dia kuciwa sama pilihan minik dia sebab pilihan minik dia seorang lelaki yg tak de stended hehehe. Sangat dukacita bila minik dia mintak cerai sebab dia suka banget sama minik dia. Tapi bila minik dia tetap tak dapat melupakan bopiren dia maka dia pon setuju lah mau cerai. Tambahan lagik definisi 'cinta' dan 'kebahagiaan' dia ngn minik dia berlainan. Bercerai masa minik dia mengandung tah brape bulan. Rasanya dalam 6-7 cam tu kot. 

Mek suka tengok dia senyum nampak lesung pipit. Kekadang cam nampak senyum paksa cam ada ketul emas lam mulut dia daa hahaha. 

Sebagai Lee Joong Ah. Dia ni terpisah ngn famili dia masa kecik umur 3 tahun dan diambil oleh keluarga angkat orang Ireland. Dok Ireland sampe besar. Bila famili angkat Ireland dia mati dia pulang Korea untuk carik famili sebenar dia. Kerjaya sebagai seorang dokter. Berjumpa dgn Kang Gook masa lam kapal terbang sampai la kat hotel tempat hero keje hingga la membawak ke alam perkahwinan. 

Kemdian bertermu ngn hero kedua pas kawin lantas jatuh cinta. Saspen ingat depa dua adik bradik yg terpisah skali bukan lah (kalo ye pon bagus gak) Mek tengok dia ni dipotraykan sebagai seorang yg kurang bermaya dan lembik la. Rasanya kurang bitamin C dia ni *binatang afa bitamin C*:P Walaupun dah bercerai sama Kang Gook, depa masih baik demi tok kebaikan anak mereka nnti yg tah bila akan keluar. Tunggu sambungan Ireland 2 kot hehehe. Tapi watak dia menyampahkan sebab abaikan somi dia yg baik iteww...gerammm

Kim Min Joon sebagai Lee Jae Bok. Awal kehidupan nya sangat cincai dan serabai. Tak de hala tuju, misi dan visi lam idop dia. Keje main². Muka pon tak supe orang (tapi realiti nye bleh tahan taste hehe) Tinggal bersekedudukan ngn famili heroin kedua. Sebelum dia dapat keje, seken heroin dok sara dia *tak leh arap nye jantan* 

Kehidupan dia bertukar seriyes dan komited lepas jumpa ngn Kang Gook. Dengan hero dia blajar jadik seorang pengawal yang cemerlang gemilang dan tak de temberang. Kira Kang Gook ni idola lam kerjaya dia dan dia sangat respek sama hero. Bila dapat tahu dia telah jatuh chentar sama minik idola dia, dia undur ke belakang dan tammo meneruskan hubungan sama itu pompuan sebab dia suka sama hero gak. Suka dalam erti kata hero ni banyak bagi perangsang pada dia. Juga dia sedar ruang yg dia tak de keje stabil tak padan ngn itu pompuan. 

First time tengok dia blakon cam berkenan plak lah hehehe. Juga blakon lam citer Lovers in Prague TV2 6.00 petang.


Kim Min Jung sebagai Han Shi Yan. Seorang plakon citer lucah kecil² an huhu dan cita² dia nak jadik plakon pilem terkenal sebab jadik bintang pilem lagi bleh glamer dan salu kuo surat kabar. Seorang yg sayang akan famili dia. Dia sorang dok tanggung famili dia yg seramai 7 org. 


Suka ngn seken hero. Kecik molek je orangnya. Kemdian bila seken hero rejek dia, dia berjumpa ngn Kang Gook dan suka plak kat Kang Gook walaupun dia tau Kang Gook dah kawin. Kang Gook pon selesa kawan dia ni. Meletops gak lakonan dia ni. Juga blakon lam citer Fashion 70s kat 8TV jam 8.30 malam.

Satu aku tak puas ati citer ni, rahsia Han Shi Yan bersekedudukan sama Lee Jae Bok tak terbongkar sampai ke sudah. Makanya hero sama heroin tatau depa dua tu penah kenal rapat sebelum ni. Mungkin heroin akan tawar ati sket kot sket Jae Bok kalu dapat tau Jae Bok dan Shi Yan ada 'hubungan baik' sebelum tu...ciss *tumbok² tangan tak pueh ati * :P

Sapa minat Hyun Bin harus tengok citer ni. Secara tak langsung anda akan minat hero kedua jugak hehehe

P/ S : Tunggu kuo citer tajuk Lovers in Kuala Lumpur atau Love Story in Kuala Lumpur atau Memories in KL. Depa tanak mai shooting sini ke ek. Kat KL ada Menara Kembar tertinggi di dunia pe. Kembar lagik tau bukan satu. Brape manyak mahal itooo menara...hik hik.

Friday, December 09, 2005

KDrama : Oh! Feel Young (2004)



Starring: Ahn Jae-Wook, Chae Rim, Ryu Jin, Park Sun-young

 
Total Episod : 16

Summary :

Korean Drama juggernaut KBS brings us Oh Pilseung Bong Soon Young, an upbeat, crowd-pleasing television drama about an ordinary guy who finds great, but unexpected success. Oh Pil-seung (An Jae Wook of The Garden of Heaven) is a free-spirited, but somewhat lazy regular joe who suddenly finds himself heir apparent to a top-level logistics company! With rivals and detractors simply waiting for him to foul up, will Pil-seung be able to rise to the challenge? Or will white-collar intellectuals and their snobby ways force this blue-collar everyman out?

Bong Soon-young (charming Chae Rim of the hit MBC drama All About Eve) is the manager of a large discount store, and strives to find the perfect love with white-collar pretty boy Yun Jae-ung (Ryu Jin). A veteran of disastrous relationships, Soon-young wears her heart on her too-emotional sleeve, and is willing to die for love. The stable, well-educated, and intelligent Jae-ung looks to be a perfect catch. But there's just one obstacle: a boorish, uneducated guy named Pil-seung…

Oh Pilseung Bong Soon Young is a colorful, youthful drama about unselfish love, trying your hardest, and above all being a decent, warm-hearted human being. An Jae Wook recently won an award for Best Actor at the 2004 KBS TV Drama Awards, and co-star Park Sun Young (who plays secretary Noh Yu-jeong) was honored with Best Supporting Actress.

Credit to dvdasian.com


Citer ni kan mengisahkan mengenai seorang nenek yang kaya raya yg ingin mencari warisnya untuk mengambil alih syarikat sebab nenek ni dah nak pencen dan anak lelaki dia telah meninggal dunia sehari sebelum di tabalkan menjadi presiden syarikat. Sebenarnya nenek ni ada sorang cucu yang dulunya dia benci dan tak iktiraf cucu tersebut sebab dia tak restu perkahwinan amma dan appa cucu iteww. (Cucu ni hero la lam citer ni) Disebabkan tiada pilihan dan tidak ingin syarikat jatuh ke tangan org luar maka misi mencari cucunya bermula.

Si cucu yak itu hero, Oh Phil Seoung, adalah hanya seorg penjual ikan di pasar dekat Pusan. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hutang pun keliling pinggang. Satu hari dia nak pi Seoul nak cari bapak dia. Masa di Seoul ni la kisah bermula di mana dia ditemukan dengan nenek dia dan ahli keluarga yg lain dan juga buah hati dia.

Daripada seorang penjual ikan di pasar tetiba dia kena menjadi pengarah syarikat terbesar di Seoul, musti dia tak biasa nak ubah cara hidup...serba serbi la berubah. Seorang sekretari telah di tugaskan utk membantu dia membiasakan diri ngn kehidupan korporat.

Diringkaskan citer walaupun Oh Phil Seoung ni seorang yg tidak educated tetapi dia banyak mempunyai ciri² kemanusiaan mulia yang mana dia disenangi oleh ramai pekerja disebabkan cara dia mengendalikan syarikat mengikut acuan beliau. Dia juga seorg boss yang mesra alam dengan pekerja menyebabkan semua org sayang dia. Akhir citer dia di calonkan utk menjawat presiden syarikat (walaupun syarikat tu nenek dia yg punya dia kena gak bertanding) dan majority pemegang saham bersepakat pilih dia jadik presiden. Walau bagaimana dia memilih untuk tidak memegang jawatan tinggi dan kembali hidup seperti org 'biasa'.

Semasa berucap bila ditabalkan jadik presiden antara ucapannya :

'Selamat pagi....terima kasih pengerusi majelis.....terima kasih pada nenek saya...bla bla bla....saya tiada apa yang istimewa....anda semua yang buat saya istimewa...terima kasih kerna menyokong saya....bla bla bla'....
(jgn taksub saya...eh eh tersasul lakss:P)
 
Best la citer ni sebab hero peberet aku berlakon hehe. Heroin Chae Rim aku rasa ni drama pertama dia blakon pas kawen. Very derr cute ini heroin. Soundtrack dia pun aku dah beli sebab lagu² dia boleh tahan best. Ada 11 track kesemuanya. OST seterusnya aku beli lepas OST Stairway to Heaven.

OST

Friday, April 08, 2005

KDrama : Sweet 18 (2004)


Image hosted by Photobucket.com

Atas saranan beberapa rakan aku pi carik citer ni. Best dan kelakar citer ni depa kata. Ya citer ni boleh dikategorikan sebagai kelakar. Ada kelakar yang serius, ada yang kelakar yang tak di sengajakan, juga ada adegan yang tak kelakar tapi kita tengok nak ketawa hahaha. Pendek kata terhibur la tengok citer ni.

Ok kita citer jalan citer dulu. Mengisahkan hubungan 2 buah keluarga bermula dari pangkat datuk yang ingin mengeratkan lagi ukhwah kekeluargaan lalu membuat wasiat untuk mengkawenkan cucu mereka bila depa dah besar nanti. Jarak usia cucu² depa ni kemain jauh lagik 10 tahun yewww. Hero ngn heroin lah nii.

Image hosted by Photobucket.com

Bila dah beso hero seorang yang berjaya dan bekerja sebagai pendakwaraya terkenal di Seoul manakala heroin masih menuntut dalam tingkatan 5 la cenggitu kalo kat Mesia ni. Seorang pelajar yang nakal dan tak begitu cemerlang dalam pelajaran. Pas SPM malas nak further study, pegi U, dapat lak bakal tunang yang esmem meletop, menggeletis lah dia nak kawen :)

Dipendekkan citer hero bersetuju gak kawen dengan heroin yang baru berumur 18 tawon atas desakan datuk dia dengan syarat pas kawen memasing buat hal memasing. Datuk dia ni pun satu, budak pompuan tu budak lagi tak nyenyabor nak suh kawen dengan alasan dia dah tak lama nak idop. Veri der tak seswai tau atok ni. Depa kawen ikut cara traditional orang kampung Korea iaitu di daerah bernama Andong (dan dan tingat kat Anding hehe)

Image hosted by Photobucket.com
cubit² pipi diaaa gerammnyeee

Kehidupan selepas kawen kena lah tengok sendiri. Kedapatan banyak adegan² yang mencuit hati. Aku paling suka tengok expresi muka terkejut malu depa. Veri the real wan lakonan. Adegan kelakar serius yang aku boleh ingat bila mana geng penjahat nak melarikan ke Amerika. Sempat bawak buku bahasa inggeris sebab nanti senang nak berkomunikasi kat Amerika especially bila nak oder makanan...muahahahaha * terus ingat kat cip pelanduk :P *

Adegan tak kelakar tapi nak ketawa bila tengok bila mana hero balik dari kampung pas atok dia mati memakai tali leher. Mcm nak pi opis daaa padahal nak balik umah je. Kemudian heroin yang doplohpat jam bersanggul tak bukak² waima waktu tidur sekali pun. Sanggul tetap maintain pas bangun tido :D Overall sangat direkemen nontonin nya sambil makan kopok cikedis.

Pelakon utama :

Image hosted by Photobucket.com
Lee Dong Gun (Lovers in Paris, Stained Glass, filem My Boyfriend is B Type)

Image hosted by Photobucket.com
Han Ji Hye (Summer Scents, Scent of a Man, filem My Boyfriend is B Type, Singles dll) sepet ya amaatsss

Jumlah episod : 16
Lagi gegambars