Showing posts with label cerita siam. Show all posts
Showing posts with label cerita siam. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

I Fine Thank You Love You (2014)


Ok akak nak rekomen sangat uoll tengok citer ni. Thai movie. Komedi romantik. Katanya filem ni box opis di Thailand. Sabtu lepas tertengok kat Astro Citra. Tertengok plak masa mula-mula nak start so boleh la layan. Biasa kalau bukak tv citer dah main tengah-tengah atau nak abis. Tu yang malas nak  tengok. 

Tengok pertama kali tak puas sehhh. Almaklum tengok kat rumah banyak gangguan kiri kanan. Kejap orang ni nak air la, kejap nak susu la, kejap nak berak lah. Memang terganggu konsentrasi. Jiwa kacau tak boleh konsentret tengok hero hahahaha. So semalam akak gigih donlot. Puas hati aku hahaha


Kisah mengenai cikgu bahasa inggeris dan anak murid yang tak reti cakap omputeh sepatah haram. Cikgu nama Tutor Pleng. Atas tu kelas dia di dalam sebuah bangunan


Satu hari seorang studen pompuan Tutor Pleng ni jumpa dia. Studen pompuan ni nama Kaya. Dia nak mintak tolong dengan Tutor Pleng ni supaya sampaikan mesej dekat boipren dia bahawa dia nak putus sebab 

"He can't speak English and I can't speak Thai"

Tutor Pleng kata "Eh tak nak la aku. Urusan korang aku nak campur"

Kaya pon sogok sebuah beg LV yang bukan macam Dato Vida punya kepada Tutor Pleng. Lantas Tutor Pleng berubah fikiran dan setuju nak jadi orang tengah.

(Ada satu sarikata akak jumpa direct translation "Kaya" kepada "Rich". Eh ada watak Rich ke dalam citer ni. Akak terkonpius. Aigoo)


Tu la diaaaa boipren nyaaa. Tak menahan betul tenungan nya. Hahaha
 

Tutor Pleng pon translate la mesej Kaya kepada boipren dia. Translate English ke Thai
 

Mamat ni tak puas hati terus mengekori Tutor Pleng hingga ke parking kereta. 

"Kau ni siapa yang nak menyibok hal aku dengan Kaya?" 

Bla bla bla dia marah

"Aku tak kira. Aku nak kau pulak ajar aku English. Aku nak pujuk Kaya balik" kata mamat tu. Nama dia Jim.



Dipendekkan citer Tutor Pleng ni give up nak ngajor Jim cakap omputeh sebab Jim ni bebal sangat.  Tu dia beg LV yang Kaya bagi ke Tutor Pleng.

Disebabkan satu insiden terjumpa buku Cinderella yang Jim translate guna tulisan tangan, Tutor Pleng nampak akan kesunggohan Jim nak belajar English dan bersambong lah ajar Jim bahasa English. Jim ni dia beriya nak belajar English sebab dia ada interview untuk kerja di Amerika di mana tempat kerja Kaya. Sebab dia nak rujuk balik dengan Kaya. 


Tutor Pleng ni pon bawak la Jim pergi party orang ada-ada supaya Jim dapat bersembang omputeh dengan warga asing yang ada di situ. Tutor Pleng bagi syarat Jim mesti cakap omputeh dengan at least 3 orang warga asing. 

"Baik kau tikam je la aku dari aku bercakap omputeh ni" balas Jim

"Itu la pentingnya English edukesyen" sampok Usup Wilca


Ni sesi men-translate lagu English. Lirik lagu ni yang membawa kepada kuch kuch hota hei di antara mereka. Akak sukaaaaa huhu


Lepas abis party Jim pon hantar Tutor Pleng ke parking kereta dengan motor nya. Penunggang motor relek tak pakai helmet. Kekeke
 

Kaya ni rajin jugak berskype dengan Tutor Pleng. Satu hari dia skype Jim ada di rumah Tutor Pleng. Jim nak mintak tolong buatkan dia resume. 

Dari conversation itu Kaya dapat detect bahawa Tutor Pleng macam suka kat Jim. Dan Jim pon perasan.


Tutor Pleng dah kepanasan pipi tambahan Jim ada di depan dia. Terus Jim tanya direct

"Awak suka saya ke Tutor Pleng? Awak seharusnya tidak jatuh cinta kepada orang yang macam saya ni. Saya ni bodoh. English pon tak reti. Kerja pon cuma kerja kilang. Saya tak mampu nak bagi hantaran tinggi-tinggi nanti"



 Sedih la Tutor Pleng bila mendengar pengakuan rendah diri Jim itu.


Sampai la masa sesi interview kerja Jim. Kenapa dia nak kerja di Amerika...bla bla bla
 

Last soalan di tanya. Ni soalan bocor Kaya dah bagi tau masa skype dengan Tutor Pleng tempohari.

Nak tau Jim jawab apa??

Jim jawab Doremon hahaha

Founder dia memang orang Jepun. Bukak kilang di Thailand


Rupanya Jim sengaja jawab salah supaya dia gagal interview. Sebab kalau dia berjaya dia akan meninggalkan sesuatu yang berharga buat dirinya. Yak itu Tutor Plenggg huhu


Jim pon tersipu-sipu malu bila ditenung oleh Tutor Pleng cam tu sampai menggaru kepala nya yang tidak gatal itu. Sukanya tengok adegan ni. Reaksi natural bila orang yang kita suka tengok kita camtu. Mula la tergaru-garu apabende nak kurangkan nerves hahaha
 

 Akhirnyaaaa...yehaaaa
Tak kan ler tanak


Chemistry terbaik


*indahnya ciptaan Allah*
 
Akak tengok ada la iras pelakon Leftenan Adnan Hairi Othman dalam citer ni la
Nama pendek dia Sunny
Nama panjang ni ha ni dia 

Harus la akak korek citer lain dia pas ni hihihi

Thursday, May 03, 2012

Somtum (2008)


Sawadikap. Pernahkah anda memakan somtam? Ejaan sebenar "somtum" tapi bunyik nya "somtam" ya. Somtam adalah sejenis makanan yang femes di Thailand. Somtam merupakan nama dalam bahse Siam. Nama terjemahan bahse melayu dia oleh Mak Jemah ialah kerabu betik dan nama inglish dia ialah papaya salad. Ambe pernah la jugak terai buat somtam ni tapi tak bape menjadik sebab betik dia separa muda. Dia kena guna betik muda. Muda belia gitu. *Carik yang muda muda tanya haa*

Biasa betik muda ni ambe akan masak lauk bening betik. Guna separuh masak lauk bening, lagi separuh buat somtam. Bila dah tinggal lagi separuh tu, jangka masa nak masak lagi tu akan mengambil masa yang lama, so betik tu pon jadik la tak muda lagi. Tu yang tak menjadik somtam tu. Lepas kita parut betik separa muda tu dia akan jadik lembik dan benyek. Tapi masih boleh di makan lagi la. Tapi rasa dia kureng sikit la. Tak pe lepas ni boleh terai buat somtam lagi sekali.



Somtam yang lazat dan meletop

Sebenaunya nak citer pasal movie Somtum yang ambe nengok semalam di Estero Citra bersempena dengan tayangan free Estero kepada semua pelanggan. Ambe tak de la melanggan Estero Mustika sebab rasa macam buang duit je sebab bukan tengok sangat pon. Terlanjur dah free ni kita pon usha-usha la channel Citra ni. Hujung-hujung nanti citer kat Estero Warna akan masuk ke Estero Prima jugak. Macam Maharaja Lawak yang sekarang sedang ditayang di Estero Prima setiap hari Ahad 9 malam. Tak lama lagi Super Spontan akan datang ke Prima juga. Lambat pon lambat la janji tak bayo lebih. Kalau nak tengok cepat carik je la kat utube.


Nama lain filem ni ialah Muay Thai Giant

Citer Somtum...pehle tum pehle tum tum tum ni mengisahkan sorang mamat salih Australia yang gergasi yang telah berkunjung ke Pattaya Thailand untuk bercuti. Nama beliau ialah Barney. Sampai di Pattaya, Barney telah di rampok dan segala harta benda nya telah dirampas oleh perampok Pattaya. Tinggal la beliau sehelai sepinggang dan berkaki ayam. Beliau pon buat repot kat balai polis dan polis kata depa akan siasat. Barney cakap dia nak paspot dia saja sebab dia nak balik ke kampong halaman dia. 


Sementara nak tunggu siasatan polis, Barney pon membawa diri berlegar-legar di sekitar bandar Pattaya. Di sana beliau telah dipertemukan dengan 2 beradik yang merupakan watak utama dalam ini gambar. Yang kakak bernama Dokya, cempien muay thai pompuan dan si adik bernama Katen, seorang pencopet dan boleh berbahse Inglish lite-lite. So si Katen ni yang jadik tukang terjemah dialog sepanjang Barney menumpang duduk di rumah Katen sampai paspot dia diketemui.
 

Upacara keagamaan sebelum mula pektis muay thai

Apakah kaitan Somtum dalam ini gambar? 

Kaitan dia ialah, Barney telah diperkenalkan dengan somtam oleh keluarga Katen. 

"Kau mesti cuba ini somtam. Sedap tau" kata Katen kepada Barney

"Ye ke? Baik la aku akan makan"

Lepas makan Barney menjadik hulk merah sebab kepedasan. Semasa menjadik hulk beliau tak sedar apa-apa. Habis semua kosi meja, periuk belanga terbang dan punah ranap dek penangan Barney yang kepedasan mahu mencarik air.  

Dipendekkan citer rosaklah gerai somtam mak Katen. 

Barney kata dia akan bayar ganti rugi kerosakan yang dibuat olehnya dalam keadaan yang tidak sengaja sebab kepedasan yang teramat sangat. 

Tapi Barney nak bayo dengan apa? Satu sen pon dia takde. So pakat punya pakat, 2 beradik tu menyuruh Barney masuk pertandingan muay thai yang boleh mendapat wang yang lumayan. Tapi si Barney ni badan saje beso, tapi satu hapa pon tak reti. Maka Dokya pon mengajar la Barney muay thai dengan betul.




Citer ni bergenre komedi dan aksi. Sapa minat aksi gedebak gedebuk saksikan la citer ni sebab dalam citer ni Dokya seorang remaja pompuan sangat terer ber-muay thai. 

Bila melihat Dokya seorang remaja perempuan sangat terer bergasak melawan orang jahat dan menyelamatkan diri dia, tersemat di dalam fikiran ambe Maryam nanti ambe akan hantar ke kelas muay thai atau tomoi ke atau silat ke atau boksing ke untuk mempelajari seni mempertahankan dirik. Selain itu Maryam akan ambe dedahkan menonton filem-filem sebegini. 

Kalu boleh kurangkan la anak-anak menonton rancangan realiti seni yang nyanyi-nyanyi yang melambak-lambak dalam tv tu sebab rancangan itu tidak membantu dalam seni mempertahankan diri. Walaupun seni nyanyi tergolong dalam cabang seni juga. 

Pandangan saya saja.


Owh mamat ni ahli gusti ropanya. Patut la bagak

Sebab saya rasa remaja perempuan sekarang kena terer seni mempertahankan diri. Sebab di negara kita sekarang ramai beno warga asing dari pelbagai genre dan keinginan seks mereka juga bergenre-genre. Dengan warga tempatannya lain kerenah.

Ada yang minat budak-budak.
Ada yang minat remaja.
Ada yang minat mak budak macam orang Nigeria yang taste dia perempuan berusia yang gemok.

Kita fikir buruk je la sebab kita ni manusia biasa kan. Yang baik dah tentu nya datang dari Allah.

Kalau ada lelaki asing yang tidak dikenali cuba membuat sesuatu yang tidak elok pada tubuh badan kita, cepat-cepat terajang orang itu. Terajang dia punya ANU. Tendang kaw kaw taw…baik punyer. Walaupun lelaki itu pakcik sedara, abang sedara, sepupu nak bergesel-gesel mesra dengan kita, cepat-cepat tepis. Waima bapak sendiri, abang sendiri, atok, tok wan pon jangan bagi sentuh diri kita ini. Beritahu siap-siap dekat anak pompuan kita. Cakap haram, haram, haram. Setkan minda dorang begitu. Biar haram sekarang, dari menjadi mangsa lelaki haram zadey di kemudian hari. Mintak dijauhkan Ya Allah.

Sebab sasaran perogol, pencabul sekarang ialah budak-budak / remaja perempuan yang pada hemat mereka golongan ini lemah tidak tahu melawan. Orang dewasa tahu melawan jadik macam dah tak best dah nak kacau.

Sekurang-kurangnya kalau remaja pompuan itu tidak hadiri kelas seni mempertahankan diri, dia dah ada idea macam mana nak elakkan diri melalui menonton filem-filem aksi. Filem aksi yang positif la. Bukan aksi gengster-gengster tu.

*Pakcik elak. Sekali pakcik ketis kakinya, gedebab dia jatuh*

Sekian edisi khas somtam buat harini. 

Sunday, November 15, 2009

Phobia 2 (2009)





Lama tak tengok cite seram. Tadi pegi tengok ngn GO Ruha Pyo kat Midveli. Ruha ada teket GSC percuma. Boleh tengok apa-apa citer. 2012 dah tengok minggu lepas masa tayangan premiere. Free jugak. So kali ni kita decide nak tengok citer hantu pulak. Phobia 1 dah muat turun tapi belom tengok lagi.


Mula-mula nak tengok cuak jugak. Sebab dah lama tak layan cite seram Thai. Last tengok cite Coming Soon kot. Cite seram Thailen memang seram ya amat. Tak senang duduk dibuat nya haha


Phobia 2 meneruskan konsep banyak citer pendek dalam 1 movie panjang seperti Phobia 1. Ada 5 kisah seram yang berlainan jalan citer


Moral of the kisah semuanya buat jahat di balas jahat. Bagus betul konsep ni. Hantu bangkit balas dendam terhadap orang yang melakukan dosa. Kalau di-apply di alam realiti pon bagus. Mana-mana pesalah jenayah yang terlepas hukuman, nanti hantu datang terus bunuh. Tak kasik can langsung. Tiada maap bagi mu.



Kisah 1. Kisah hantu lapar dan karma. Budak ni ada buat kesalahan masa lampau. Dia dengan kawan dia merempit lepas tu baling batu kat windcsreen keta tengah jalan untuk mencuri. Lepas tu mak dia hantar dia dok kat tempat sami untuk insap. Kat sini dia berdepan dengan hantu lapar



Kisah 2. Kisah di wad hospital. Mamat tu ditempatkan di sebuah wad selepas eksiden motor. Katil dia besebelah dengan sorang pakcik yang koma yang menanti saat untuk mati. Di waktu malam beliau diganggu oleh pakcik yang banyak tatu tu. Saspen gile.



Kisah 3. Backpackers. 2 pelancong dari Jepun menumpang sebuah lori kontena. Rupanya dalam kontena itu ada manusia-manusia yang dah mati. Lepas tu manusia-manusia itu bertukar menjadik zombie. Kenapa? Anda saksikan sendiri.


Hero dia, yang baju kotak biru tu 2 kali pandang macam Daniel Hanney (My Lovely Samsoon, Spiring Waltz) la pulak. Kekeke



Kisah 4. Kisah kereta 2nd hand. Ambe rasa kisah ni paling menakutkan sebab keta 2nd hand tu semua asalnya kereta yang terlibat dengan eksiden yang maha teruk. Ada penumpang mati. Tapi bila jual balik tokei kedai keta 2nd hand tu tipu cakap kondisi kereta semua baik. Tak pernah terlibat dalam kemalangan. Di waktu malam, tokei kedai itu dihantui oleh hantu sebab dia dah tipu ramai kastemer. Ada sorang tu nama Tipah datang balas dendam sebab Tipah dah tertipu (yang pompuan gemuk tu) hahaha


Moral of the stori, hati-hati sewaktu beli kereta 2nd hand.



Kisah 5. Ending cite. Kisah paling lawak. Hilang semua keseraman 4 kisah sebelum nya. Kisah komedi seram. Mesti ramai suka kisah akhir ni. Tetap ada hantu tapi hantu jadian. Hahaha

Masa di kisah 3, ambe cakap kat orang sebelah,

"Eh kenapa dorang ni ensem-ensem ek?"

Jika anda mau lihat mamat-mamat ensem Thailen, tonton la filem ni. Pasti berbaloi. Kekeke

Wednesday, March 18, 2009

Filem : Coming Soon (2008)




Synopsis


What kind of scenes in a horror film scares you the most?
 
When a ghost appears totally unexpectedly?

 
When the main character does not see the ghost lurking up behind him?

 
When at the very end you find out that the main character was actually a ghost all along?

 
None of this compares to the feeling of arriving home alone and suddenly being struck by a feeling of déjà vu that you are reenacting the very same scenes in the horror movie you just saw!

 
This movie will scare you from the second you step inside the movie theatre. It will get you wondering if "something" or "someone" might be waiting for you to let your guard down.

 
The horror movie that you just saw is about to happen to you in real life!



Sori u ols. Hantu tak de yg rambut curly. Hantu kali ni ala-ala separa botak. Banyak makan ajinomoto agaknya


Perghhh meletop seram citer ni. Jangan konpius u all. Tajuk filem ni ialah Coming Soon.

Bila sebut pasal coming soon atau akan datang, apakah terlintas difikiran kita? Ya bener, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah mungkin movie baru yang akan ditayangkan di pawagam. Ye dak? Perkara kedua, ketiga, ke empat mungkin benda lain pulak

Filem ini berlokasi di sebuah panggung wayang. Dia main kot tu je la. Masuk, keluar, lari, merangkak, berguling, mengesot semua dalam bangunan cineplex. Senang citer pawagam ada hantu. Harus lepas ni ala-ala seram gitu nak pergi wayang sorang-sorang di waktu malam hari.



full house

Sebuah citer seram dari Thailand. Kalau citer hantu Siam ni memang syiok gitu nak tengok sebab elemen seram dia menjadi sungguh. Sampai kadang tu tak sempat nak kaber mata hantu dah tersembul keluar. Apa lagi melatah ler. (kong kreng medai medai tomyam kung) Melatah dalam bahse siam. Ahaks. 

Dan tidak dilupai ya peringatan sewaktu menonton citer seram supaya tidak rasa takut dan seram. Ingat!!! Tepi-tepi pelakon ada krew-krew sedang bertugas. Dia tak takut hantu jadik kita pon jangan takut dek non. Berani-berani takut. Hehehe.



Ini Chen
Subjek citer. 

Pawagam 

Filem baru akan datang / coming soon

Cetak rompak – staf panggung wayang sendiri yang buat cetak rompak. Orang dalam punya kerja yang sebenarnya kan cetak rompak nih. Harapkan tin, tin makan beskot.




Chen cakap kat aweks Chen "Ini hantu benar-benar kejadian. Bukan cobaan"

Kisah 1
Citer mengisahkan sebuah filem seram akan datang di pawagam. Citer seram itu berjudul "Evil Spirit". Filem "Evil Spirit" ini dibuat berdasarkan kisah benar. Kisah benar yang terjadi di sebuah kampung di mana seorang wanita gila di saspek menculik anak-anak orang kampung dan mata mereka dibutakan oleh perempuan gila bernama Somba ini. Tujuan dia butakan mata budak-budak itu ialah supaya budak-budak tu tidak boleh pulang ke rumah dan tinggal menetap dengan dia. Kemudian orang kampung dapat tangkap Somba dan Somba digantung hingga mati oleh orang kampung. Tapi sebenarnya dia tak mati. Dia berjaya di selamatkan oleh seseorang dan dimasukkan di hospital mental.


"Kasem Selamat la aku lepas ni...uwaaa" jerit Chen
Kisah 2
Seorang jejaka bernama Chen bekerja di pawagam itu. Boleh tahan taste jugak Chen ni. Tapi rambut dia tak curly. Satu hari collegue Chen bernama Peoll ni ajak Chen buat video cetak rompak filem baru yang akan datang di pawagam iaitu "Evil Spirit". Lanun-lanun cetak rompak dah bayar mereka untuk lanunkan filem Evil Spirit ni. Chen yang karekter hero baik ni tidak sanggup pecah amanah walaupun dalam hati nak jugak duit. Mata Chen tidak berjaya digelapkan dengan duit. Lantas si Peoll ni pergi la melanun sorang-sorang dalam pawagam lepas semua orang dah balik.

Keesokkan hari Peoll di dapati hilang. Chen carik-carik tak jumpa. Selongkar semua seat pawagam tak jumpa jugak si Peoll ni. 

Yang Chen jumpa adalah video kamera yang Peoll guna untuk mencetak rompak filem Evil Spirit itu. Chen pon on kan video kemra dan tengok apa yang telah di rakam oleh Peoll. Chen nampak Peoll dalam kemra video itu. Eh orang upah dia rakam filem, dia rakam diri dia sendiri plak. Chen berkata dalam hati. Chen lihat Peoll seperti dihambat oleh seseorang. Ada orang lain plak rakam aksi si Peoll. Firasat Chen menjadi tidak sedap.


"Ooo korang nak sangat tengok aku mati ya? Siappp lepas ni semua orang mati" *mengilai setan* warghhhahahaha



Siapakah yang merakam Peoll itu? Yaaa misteri bermula. Jangan biarkan hidup anda di dalam misteri. 

Kisah 1 + kisah 2 = misteri coming soon. Apakah misterinya? Dipendekkan citer, hantu Evil Spirit tu keluar dari skrin pawagam dan mengacau penonton yang tonton filem Evil Spirit. Dia kacau penonton sebab...jeng jeng jeng sepraissss

Bila citer hantu mesti ada kaitan dengan roh si mati tak tenteram. Dan persoalan nya pula, kenapa roh nya tidak tenteram?? Ini yang nak kena tonton. Disebab kan citer ni akan masuk panggung bulan depan, maka ambe tak mo citer panjang. Nanti tak saspeng. Tengok la sendiri ya. Yang pasti citer ni best buat ambe.

Wednesday, March 07, 2007

Filem : 13 Beloved (2006)



Synopsis
The film monitors to a challenging game show which everyone can play it everywhere. The players determine to accept some offers that the show provides; doing some tasks, and get big reward. The great amount of money will be increased as the tasks are accomplished. Too many levels of tasks await to be done from the easiest to the hardest tasks. It is very daring to do something you've never done in life before. But if you fail, you won't get anything back.
Starring : Krissada Terrence

Directed by : Chukiat Sakveerakul

Credit : 13 Beloved_Wikipedia , Laman web

Melalui bacaan beberapa artikel di laman web, pilem ini merupakan salah satu best thriller pilem Thailand dan dibuat dengan bijak. Pelakon utama nya turut memenangi award Best Aktor di atas kecemerlangan lakonan nya dalam ini pilem.

Citer ni bukan citer hantu ya. Citer ni bergenre psychological thriller and black comedy. Pilem ini diadaptasi dari sebuah game show 13th Quiz Show

Citer mengisahkan sorang mamat ni bernama Phucit (kalau mamat tu nama mamat jadi la 'seorang mamat bernama mamat' hehehe) yang mengalami masalah kewangan tahap cipan. Keje pon nak di berhentikan disebabkan prestasi nya kurang memberangsangkan. Mak kat umah plak salu tepon mintak duit.

Tengah pusing kepala dilanda masalah kewangan, satu hari dia terima phone call dari penganjur sebuah rancangan game show yang menawarkan wang 100 juta bhat kalu berjaya. Awalnya dia tammo layan tapi lepas dia cuba tugasan yang pertama dan berjaya dapat duit dia bertambah teruja Ella. Pihak penganjur pon pandai untuk mengumpan peserta supaya sertai game show tersebut. Untuk tugasan pertama, kedua, ketiga yang berjaya dia terus bank in kan duit dalam akaun itu jam jugak. Untuk tugasan seterusnya Phucit kena consistent buat sampai abis, kemdian baru akan dapat duit 100 juta bhat. Seme tugasan ada 13. Bunyik nya macam menarik bukan. Ikut je la apa yg dia suruh buat janji dapat duit. Bijik mata Phucit pon udah terjojol lambang RM eh Bhat sebab dia memang butuh uang kok (sambil nyanyi lagu duit duit di mana kau duit versi siam ;p)



Tugasan seme maha mencabar fizikal dan mental. Mari kita liat apa tugasan-tugasan nya :

Pertama – Bunuh lalat yang sedang terbang di depan mata Phucit. Lawak tang ni sebab tetiba datang lalat. Lalat remote control kot hahaha. Arahan semua dibuat melalui enpon. Lepas selesai tugasan Phucit dapat sms kata wang anda telah di bank in ke dalam akaun. Sila semak baki wang anda sekarang. Dengan pantas Phucit pi cek akuan bank dia dan ternyata sejumlah wang telah di bank in kan.

Kedua – Makan lalat yang di bunuh tadi dan wang Phucit semakin bertambah dalam bank

Ketiga – Pukul sorang opis mate yang paling dibenci

Keempat – Pergi sekolah tadika dan buat 3 orang budak menangis.

Untuk tugasan seterusnya Phucit kena habiskan tugasan sampai 13 baru dapat duit. Kalau berhenti separuh jalan dan hebahkan tentang game ini pada orang, maka Phucit akan disqualified dan tak dapat duit 100 juta bhat iteww.

Kelima – Curi duit pemintak sedekah

Keenam – Naik bas dan bergaduh dengan beberapa penumpang bas untuk dapat klue seterusnya

Ketujuh – Angkat mayat yang dah berulat keluar dari dalam telaga

Kelapan – Culik sorang nenek tua dari spital dan bawak lari

Ketujuh – Bunuh anjing ke lembu cam tu la

Kelapan – Buat ampai kain di tengah jalan raya. Contoh cam ni...amek dawai besi yang halus yang biasa org guna wat ampai kain dan ikat pada tiang letrik kiri dan kanan jalan raya. Kemdian mat-mat rempit akan lalu jalan raya tersebut dengan laju hingga boleh terpotong sikit kepala mat-mat rempit tersebut dan boleh la nampak otak-otak mereka berdarah.

Tugasan yang last sekali ialah tikam ayah dia sendiri. Adakah Phucit sanggup nak tikam ayah nya demi untuk 100 juta bhat? Jawapannya ialah...jeng jeng jeng
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Kalau anda tammo spoiler berhenti baca takat ini saja ye
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Jawapan nya adalah Phucit tak sanggup nak tikam ayahnya TATAPI sebalik nya…sebaliknya ya tuan-tuan dan puan-puan...SEBALIKNYA...bapak dia plak yang tikam Phucit dan menang 100 juta bhat itu. Tak boleh harap nye bapak. Harap kan tin, tin makan beskot. Paling mengejutkan game show tersebut 'dimainkan' oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang 10-11 tahun. Kui kui kui.

Jadi anda saksikan la citer ni nanti sebab citer ini sememangnya best. Di samping bole menambahkan pemahaman anda tentang apa itu 'dark comedy' atau 'komedi gelap' bagi yang masih kurang paham hehe

Sekian. Sawadikap ;)

Thursday, December 07, 2006

Filem : Colic (2006)






Synopsis

Colic is a syndrome found in infants, which causes infants to cry continuously for hours. The reason behind this illness is usually credited by medical expects to a number of factors. However, some people believe that it's linked to something supernatural.

"Colic" tells a story of a couple (Pong and Prae) who have a shotgun wedding upon discovering that Prae has unexpectedly become pregnant. After the wedding, Pong brings Prae to his mother's suburban home. The night before Prae delivers the child, the house next to theirs catches on fire. When the baby is delivered, and is brought to their house, he screams and cries with no reason. The doctor considers the baby has colic, and tells the couple that the ailment will disappear when the baby turns 3 to 6 months old. Several months later, the baby still hasn't stopped crying...while the family's members encounter to mysterious and unexplained experiences.

Cast :
Pympan Chalayanacupt
, Vittaya Wasukraipaisan 

Credit : IMDB


Semalam mek tengok citer ni sensorang u ols. Pas beli teket CINTA mau balik kl ujan lebat. Mau jem nak balik ke Subang nih makanya mek telah memilih buang masa menonton wayang sementara nak tunggu ujan reda dan citer menjadi pilihan ialah ini citer Colic. Dag dig dug jugak kan nak menonton citer seram sensorang. Dah la penakot, ada hati plak nak tengok citer seram sensorang. Terpikir cemana kang nak pegi kat paking keta sensorang. Takut jugak. Tapi mek dah redi pepper spray jenama Combat di tangan masa nak gi paking selain berdoa tiada apa² kejadian buruk menimpa.

Ini pepper spray bos yg belikan. Jangan jeles haa. Satu opis dapat tau. Rege dalam RM100++. Telah dicop sirim oleh PDRM. Sayang sungguh boss dengan staffnya. Mana mau cari kompeni cam ni dalam doniya. Wah doniya lagik hehe. Tiap tahun dapat bonus ngn juga increment. Dapat pepper spray free lagik. Nak apdet blog hari² pon boleh tak de halangan. Boleh keep aside keje kejap semata-mata mau apdet blog hahaha Syhhh jangan repot sama boss saya haaa :P Kena pikir sejuta kali kalu mau resign dari ini kompeni.
Ok sat kita citer pasal pepper spray tu sat. Fungsi itu pepper spray kan, bila kita spray kat muka mangsa dia akan pengsan selama 45 min dengan tiada side effect kata bos saya lah. Cuma pingsan saja. Mungkin pingsan pesen baru ala Hj Bakil kot haha. Makanya dalam masa 45 min tu bole la kita panggil polis tok tangkap itu penjahat. Dalam masa nak tunggu polis datang bole la kita amek kesempatan lempang penjahat tu sat sebab dia ada niat nak mengapa-apakan kita. Bau itu pepper sparay ala bau lada hitam. Dah try test spray sket opis, bau dia menusuk ke idong toink...terus naik ke kepala memang tak tahan dan boleh mengakibatkan batuk kokol dan tersedak-sedak dengan serta merta.

Persoalan yg timbul dalam kepala saya ialah bagaimana sekiranya itu pepper spray disalah guna oleh penjahat untuk melakukan kejahatan? Mintak² kita semua dilindungi oleh Allah s.w.t selalu yach.

Berbalik pada citer Colic. Colic kalau tengok pada kamus dwi bahse bermaksud kembung. Kembung perut kot yg selalu terjadi pada seorang bayi. Bayi akan menangis tak henti-henti bila rasa tak sedap perut, bila rasa lapar juga bila ternampak 'sesuatu' yg kita orang dewasa tak nampak. Org kata baby boleh nampak hantu. Explanation lain ttg colic boleh la baca
sini

Dalam citer ni bayi itu menangis sebab ada makhluk halus kacau dia. Sebab apa itu makhluk kacau itu bayi sebab makhluk tersebut mahu tunjukkan sesuatu. Ending dia buat saya gelak.

Citer mengenai watak 3 P. Bapak nama Pong, mak nama Prae, anak nama Pan. Maka nanti mereka boleh lah form band anak branak Pong Prae Pan lawan ngn Peter Pan hahaha. Prae dan Pong pasangan kekasih. Dengan tak sengaja Prae mengandung sebelum kawin. Prae nak lahirkan bayi tapi Pong belom bersedia untuk menjadik bapak. Disebabkan Prae beriya nak lahirkan bayi tersebut, Pong dengan tak sampai hati nak tinggalkan Prae sebab dah sayang Prae, maka mereka pon mengambil keputusan berkahwin. Lepas kahwin mereka berpindah dan menetap di umah mak Pong yg jauh nya beribu batu dari bandar.




Pong yg taste...ahaks ;P

Umah mak Pong ni seram sket sebab bila sampai kat umah mak Pong muzik latar pon bertukar muzik saspen seram. Makanya kita akan tahu umah tersebut mesti ada misteri dan ada hantu hehe

Disebelah umah mak Pong ada sebuah rumah yang didiami oleh Benn yg kematian suami. Kira depa ni berjiran la. Lepas suami Benn mati, Benn telah mengalami tekanan jiwa dan mengurung diri dalam umah tersebut seorang diri. Muka Benn ni pun menakutkan. Kemdian Benn telah mati dalam kebakaran di umah dia. Prae yg sarat mengandung ingin membantu selamatkan Benn tapi gagal. Prae terkejut melihat wajah Benn yg terbakar lantas Prae jatuh terduduk (adehh sakit) dan terus dihantar ke spital tok bersalin.

Makna nya di sini anak Prae telah lahir sebelum waktunya dengan erti kata lain lahir tak cukup bulan. Rupanya kelahiran anak Prae yg tak cukup bulan itu dengan kematian Benn ada kaitan. Roh Benn telah menggunakan anak Prae untuk membongkar kejahatan silam suami nya. Tah pape tah tang ni hahahaha. Kesian baby yang tak bersalah telah disalah gunakan. Ending dia tipah rasa tipah tertipu kui kui kui.

Yang best tok di lihat dalam citer ni ialah :

1) Tangisan bayi dan ekpresi muka bayi itu tersangat la kena dan real nya. Lepas ni kalu saya dengar bayi menangis sure tingat kat Pan.

2) Pong surf internet cari info mengenai penyakit colic. Saya suka adegan ni sebab dalam keadaan bimbang dan runsing pada anak dia yg tak henti-henti nangis, Pong telah menggunakan kecanggihan teknologi mencari info lepas berjumpa doktor. How to relate ek? Tak reti la mek nak cakap. Rasanya pilem kita belom ada adegan cam ni. Cth kalau citer cinta asek masyuk la dengan cinta tak de buat keje lain, kalau citer rebut harta berebut la sampai abis citer hahahaha.

3) Watak Prae sebagai ibu yang bimbang, takut, sedih, runsing terhadap keselamatan anak dia sangat terserlah dan juga kekeciwaan dia terhadap suami dia yg perlekeh cakap dia bila dia kata rumah tersebut berhantu.

Antara dialog yg diingati :

Prae : Pong, saya rasa umah kita berhantu. Anak kita di ganggu oleh makhluk halus. Saya turut merasakan nya

Pong : Ahh mengarut la. Saya tak percaya hantu-hantu ni seme
Prae : Betul Pong. Tiap kali anak kita nangis tiap kali tu la ada kecelakaan berlaku
Pong : Ooo awak nak kata mendiang bapak saya yg jadi hantu dan nak bergurau dengan cucu dia. Kalau cam tu mendiang mak bapak awak pon sama jadik hantu nak main dengan cucu dia
'Pangg'

Pong kena lempang dengan Prae.

Nasib bek Prae tak kata 'ini betol² kejadian bukan chobaan' muahaha






Adegan ngeri tok di lihat :

1) Blender kosong sedang berputar tetiba seorang bayi memasukkan tangan nya hingga terkena pisau blender tersebut. Seterusnya boleh la anda imajin sendiri blender yg penuh dengan darah

2) Mesin jahit hidup sendiri dan hantu itu telah mengambil tangan Prae hingga mengena mesin jahit terebut. Imajin tangan dimesin jahitkan.

3) Hantu mengamuk kemdian hempas pintu dengan kuat berkali ke muka kawan Prae hingga mati

Adegan geram yg mengundang carutan. Boleh call radio Era tok ruangan lepas geram

1) Dah tau umah tu berhantu ada hati lagi nak menetap kat umah tu. Geram sangat geram tengok hahahaha. Ye u ols depa tak pindah² setelah pelbagai kejadian ngeri berlaku.

Sekian la saja citer nya.

Moral of the stori :

1) Jangan bikin anak luar nikah nnti akan diganggu makhluk halus huhu

2) Kalu bayi anda menangis baca kan la ayat-ayat Quran. Mudahan bayi tersebut berhenti nangis.

3) Kalau tak benti jugak nangis tukar la nama bayi tersebut kepada Ahmad Pintu hahaha.