Showing posts with label drama korea 2012. Show all posts
Showing posts with label drama korea 2012. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Arang and the Magistrate - Episode 1 & 2



"Oh Lee JunKi kamu sudah pulang. Yipeeeeeeeeeeeee"


Baru berkesempatan menonton drama baru hero wajah kesayangan hamba ini. Drama baru sekembali dari khidmat tentera. Drama terakhir beliau sebelum berlepas ke kem tentera ialah Hero

Jalan cerita macam menarik. Penuh dengan misteri lagi men-saspenkan. 

Drama mengisahkan hero yang berkebolehan melihat roh-roh orang yang telah meninggal dunia yang berkeliaran di atas muka bumi atau dengan kata lain hantu.

Maka ramai la hantu-hantu ni datang kepadanya untuk minta tolong pada beliau untuk menuntut bela di atas kematian mereka tetapi hero tak berminat nak layan. Kang tolong hantu ni, hantu tu kecik ati. Jadi untuk memuaskan hati semua pihak, hero tak layan satu pun permintaan hantu-hantu.

Hero cuma ada 1 misi yak itu untuk mencari mak dia yang telah lama dia tak jumpa. Dengar citer mak dia telah menghilangkan diri tatau pergi mana.



Satu hari hero telah pergi mengembara di dalam hutan. Sewaktu dalam perjalanan sempat la dia menyaksikan beberapa adegan hantu berlari-lari menyelamatkan diri dari di tangkap oleh penangkap hantu. Kemudian beliau bermalam di sebuah pondok sebab hari hujan. Hantu perempuan itu yang bernama Arang turut bermalam di situ. Hero pon nampak la hantu perempuan itu baring bersebelahan dia, tapi dia purak-purak tak nampak dan berkata

"Jangan dekat dengan aku, kau hantu gila. Pergi tido sana"



Perjalanan diteruskan lagi bila hari dah siang untuk mencari ibu nya. Hero memasuki sebuah kampung. Di sana beliau telah diekori oleh beberapa hantu yang merayu supaya hero menolong mereka.


Dan Arang ini telah mendapat tahu bahawa hero sebenarnya dapat melihat hantu tatapi purak-purak buat tak nampak. Tipah rasa tertipoo.


Bukan setakat lihat, hero juga berkemampuan memegang hantu...hihihi


Hantu perempuan itu juga mahu minta pertolongan hero. Dia telah hilang ingatan, tak ingat nama dia, asal usul dia, anak sapa, macam mana dia boleh mati dan seterusnya. 

Hero sekali lagi buat dek tamau layan permintaan hantu. 

Sekali hantu perempuan itu pon berkata, 

"Aku tahu kau mancari ibu mu yang hilangkan? Sekilas ikan di laut aku dah boleh tahu yang mana betina, yang mana jantan"

"Kau jangan nak memandai-mandai. Aku bek hen kau karang" herdik hero pada hantu perempuan itu.

Bab-bab mak ni hero emo dan sensitip. Sebab mak dia tak nak jaga dia sewaktu kecil dan tinggalkan dia. Mak dia suruh dia ikut bapak dia yang berjawatan tinggi. Sebab mak dia adalah perempuan simpanan.

Tapi dah nama nya wanita itu ibu/mak, seorang anak tetap akan merindui ibunya dan mahu mencarinya. Buruk baik dia tetap ibu ku.


Part ni macam lucu sikit. Pakai hanbok tapi bila lari haa kau kain angkat sampai atas. Nasib baik pake seluar panjang. Hehehe

Adegan ini Arang melarikan diri sekuat hati dari di tangkap oleh penangkap hantu kat belakang tu. Arang tidak mahu kembali ke alam barzah selagi dia tidak dapat jawapan kenapa dan macam mana dia boleh mati.

Dalam drama ini heroin banyak lari berbanding hero. hehe


Lari punya lari, lapan lagi. 

Sewaktu Arang berlari menyelematkan diri, hero ternampak cucuk sanggul yang di pakai oleh Arang. Cucuk sanggul itu adalah kepunyaan hero yang diberi kepada ibunya.

Macam mana cucuk sanggul itu boleh berada dengan Arang

Itu la misteri yang akan di kupas dalam drama ini satu persatu sampai episod 20.

Dan kerana cucuk sanggul itu, hero bersetuju untuk menolong Arang mencari info kematian Arang. Dari situ pada hematnya akan membawa dia kepada ibunya barangkali. 

Hero kena jadi Mejistret baru boleh memulakan penyiasatan. 

Nyonya Mansur mesti suka nak buat hero menantu ni. Kekeke

Bersambung lah... 

Tak penah tengok lagi drama manusia tolong siasat kematian 'hantu'.

Thursday, April 25, 2013

KDrama : The Moon That Embraces the Sun (2012)


 Credit : 



Drama ini sungguh hit sewaktu penayangan nya tahun lepas sehingga cecah 40% ke atas.

Wow apa  yang best sangat citer ni. Maka saya pon menontonnya.

Kisahnya mengenai :

1) Percintaan putera raja yang tidak kesampaian. Sikit lagi nak bersatu, namun akhirnya pelamin angan ku musnah dek orang ketiga. Orang ketiga itu terdiri dari ahli keluarga dia juga iaitu nenek dia yang tak restu sebab nenek ada calon lain.  

2) Perebutan kuasa di dalam istana. Biasa lah ni kan. Sapa yang tamau berkuasa. Kerana kuasa manusia sanggup membunuh.

3) Pembunuhan terancang yang melibatkan ilmu hitam. Orang hidup di matikan sementara, kemudian di kebumikan dan kemudian di gali balik kubur nya dan orang itu pon berhidup balik. Hidup sebagai orang baru yang tidak ingat akan masa lampaunya. Tapi akhirnya ingat jugak, sebab berlaku kejadian serupa devaju dan berkata,

"Eh macam pernah aku datang sini, tapi bila ya?" *sambil buat aksi gwiyomi mengingatkan sesuatu*

"Eh mimpi sapa yang aku mimpi ni? Anehnya. Aigooo"

"Omo sapa orang-orang dalam mimpi aku nih? Tak pernah aku jumpa pon sebelum ini"

Gitu la sedikit dialog untuk menggambarkan ingatan beliau satu per satu kembali terjalin semula.

4) Beliau (heroin) telah dibunuh menggunakan ilmu hitam untuk menyelamatkan beliau dari terus ditindas oleh pihak yang membenci dia

5) Hero dan abang hero kuch kuch hota hei pada wanita yang sama, tapi macam biasa la hero yang akan menang. Abang beralah pada adik walaupun abang lagi hengsem dari adik. Kekeke

6) Kalau nak kawin, kawin la dengan orang yang suka dan sayang kita. Jika tidak makan hati la hidup kita kerana kasih dan sayang si dia tetap utuh kepada bekas kekasihnya yang seorang itu. Seperti watak Permaisuri dalam citer ini. Kesian tengok. Kawin kerana nak duduk dalam istana dan jadi Permaisuri. Dapat lah jadi Permaisuri tapi realitinya jiwa dan raga tidak bahagia kerana tidak diendahkan orang suaminya walaupun berhidup di dalam istana yang besau.



Di mulai dengan cinta monyet. Masing-masing berusia 13 tahun dan akan berkahwin. Putera Raja yang muda belia itu di perintahkan supaya berkahwin untuk meneruskan keturunan diraja. Mereka saling berkasihan dan bila tiba waktu nak di satukan, heroin telah dihalau keluar istana kerana telah di sahkan mengidap penyakit misteri. Misteri rumah tua. Penyakit yang tidak boleh di ubati. Bila dah dihalau keluar dari istana, maknanya tak dapek la mereka berkahwin suka sama suka.


Watak yang paling kijam dalam drama ini. Semua penghuni istana harus mendengar cakap beliau. Beliau ialah bonda kepada Sultan. Dan beliau lah yang tidak menyukai heroin kerana beliau sudah ada calon sendiri. Bila pilihannya ditolak oleh Sultan, muka nya masam mencuka dan mula lah beliau memikiorkan sesuatu yang diluar jangkaan.


Lantas beliau mengarahkan mak bomoh perempuan ini untuk menyantau angin heroin yang masih remaja ketika itu sehingga membawa maut.


Putera raja yang sedih banget bila pilihan hatinya di halau keluar dari istana. Seterusnya nak tak nak terpaksa lah beliau berkahwin dengan pilihan neneknya, yang mana mereka tidak bahagia hingga ke akhir drama. 

Adegan ini juga telah membuatkan anak saya Maryam turut menangis di depan tv masa tengok adegan ini di 8TV. Lama dia tenung tv. Bila tengok dia turut sama menghayati watak nangis. Aigoo. Sebab abang nangis katanya. Hahaha kau. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik. Kekeke


Mak bomoh ni lepas dah selesai tugas, beliau mintak cuti panjang untuk berehat dan bersihkan jiwanya. Menggunakan ilmu hitam terhadap nyawa manusia ni penangan dia lain macam sikit katanya.

Beliau kemudian pulang ke kampung dengan misi nak gali balik kubur untuk menyelamatkan heroin.  Heroin tak boleh duduk lama dalam keranda. Bila dah cukup taim dia kena di keluarkan dari kubur. Heroin kemudian menetap bersamanya dan membesar sebagai anak angkat mak bomoh dan di latih menjadi bomoh junior yang bernama Wol. Wol ni tidak ingat akan ingatan silam dia. Jadi dia cuma ikut cakap mak angkat dia saja.  


Abang tiri kepada Putera Raja. Bapak sama, mak lain-lain. Beliau mengambil keputusan tidak mahu mencampuri urusan istana. Lantas beliau membawa diri jauh-jauh berhidup sebagai orang biasa di sebuah perkampungan. Beliau turut jatuh chenta sama heroin. 

"Walaupun adik kau dah lama mati, tapi pada aku adik kau tetap menten umur 13 tahun sampai bila-bila" kata beliau kepada abang heroin.

Menten muda sampai bila-bila. Kalah Kak Ton. Kekeke


Ya ini lah dia heroin yang bernama Yeon Woo sebelum kena bunuh. Anak orang baik-baik. Lepas mati hidup semula nama dia Wol. Seorang yang cantik manis lagi gwiyomi. 

Sedih mengenanglan nasib badan. Mula-mula ingat tak nak tengok drama ni sebab gandingan hero muda belia, manakala heroin dah ahjumma. Sebab rating tinggi tengok jugak huhuhu Pertama kali menonton beliau ni. 

Watak paling menceriakan. Orang kanan Putera Raja yang taat


Mohon neneknya letak jawatan dan berundur dari politik. Tapi nenek masih lagi tamak kuasa walau rumah dah kata pergi, kubur kata mari. Tak puas lagi berhidup dengan politik kotor.


Endingnya tak pueh ati sebab orang jahat mati mudah. Cesss huhu

Sekian cerita :) 

Thursday, November 01, 2012

A Gentleman's Dignity - Episode 5


 Ok episode ni ada lawak sikit




 4 jejaka ini sedang berdiskusi sapa yang mereka suka



 Masing-masing menjawab pilihan masing-masing kecuali yang sorang tu yang berkata 'idiots' kepada rakan-rakan nya kerna berdiskusi isu sebegini



Beliau yang kerjaya seorang loyer telah men-sound rakan-raka nya supaya berbicara hal-hal negara dari berbicara hal-hal k-pop haha




Tiba-tiba semua mata sepakat memandang tanpa berkelip kelibat seorang perempuan seksi di pintu masuk kafe



"Aigoo malunya aku nak mintak otograp"



Tiba-tiba sorang rakan itu hilang. Rakan yang tak minat k-pop secara terangan



Kehkehkeh




Sabo je la ahjussi


Siapakah artis k-pop innew?

Thursday, October 25, 2012

A Gentleman's Dignity - Episode 1 & 2


 Banyak benau drama yang nak tengok. Antara nya drama terbaru oppa ni.

  

 Owh oppa yang sekarang dah jadi ahjussi. Tampak begitu kurus dan cengkung sekali. Ini kah oppa pojaan yang merembeskan semua gadis dan wanita dalam kdrama All About Eve suatu ketika dolu? Faktor usia barangkali

  

Drama ni mengisahkan 4 sahabat baik ini yang berusia 40 tahun. Orang kata life starts at forty. Makanya drama ini berkisar mengenai depa pat orang ni di kala usia memasuki 4 series. Ada yang masih bujang, ada yang sudah duda dan ada yang takut binik. Mereka telah berkawan sejak dari kecik. Sejak dari dalam perut hehe


Tapi tumpuan ofkos ler kat kapel yang ni huhu



Pengenalan membuka bicara. 

Di satu petang yang sepoi-sepoi gangnam, heroin berbaju merah itu sedang leka membelek buku di sebuah gerai di tepi jalan. Tiba-tiba oppa yang sedang leka membelek kemra itu lalu pula ditepi heroin yang sedang sedang leka membelek buku itu. Laluan oppa itu sangat hampir ditepi heroin sehengga zip beg sandang oppa itu telah menyangkut benang baju heroin itu. Benang itu pula jenis benang yang kait, maka berterusan la benang itu mengikut perjalanan oppa itu sehingga telah menampakkan pakaian dalam heroin sedikit demi sedikit. Benang yang tersangkut itu ditanda dengan anak panah




Bermula bicara empat mata oppa ini dengan heroin



"Weh la cik adik. Awak tak perasan ke yang benang baju awak telah tertarik oleh zip beg saya ini? Silap silap berbogel awak di tepi jalan ni. Pecah rekod karang"




"Apaa awak cakap? Ottoke? Ottoke? Ottoke?"

Dalam citer ini, heroin sangat banyak cakap ottokeeeee

"Mari sini ikut saya" kata oppa 

"Awak nak bawa saya ke mana?"

"Ikut saja la. Jangan banyak cakap"

Lantas oppa dengan aksi macho nya pon membeli kain alas meja di gerai tersebut dan memakaikan heroin skirt buatannya sendiri seperti gambo di atas. Terselamat la heroin pada hari itu dari mendapat malu sebab pakai baju tak cukup benang. 

Begitu la pengenalan mereka.
 


Ini pula heroin sedang menerai test mekap cingu dia. Kerjaya nya sebagai seorang guru tidak mengizinkan dia nak bermekap sedemikian ropa. Bila ada peluang apa lagi. Sangat menawan pulak mekap matanya itew.



Empat sekawan sedang berhoyeh hoyeh di semua pub. Sebenarnya nak cover line orang kawan nya yang takut bini itu. Yang tengah duduk tu. Bini dia tiba-tiba nak terjah nak  tau sominya sedang berhoyeh hoyeh dengan sapa



Beliau ni sebenarnya sedang mengalami chenta ku bertepuk di sebelah tangan.  Dan hal ini di ketahui oleh hero dan hero selalu mengejek dia

"Kau  ni tak malu ke kisah chenta kau bertepuk di sebelah tangan? Pipi tak mancung hidung tersorong sorang sorang" kata hero

" Aku punya kisah chenta yang sebelah pihak itu biar la aku yang tanggung sendiri. Aku tak perlukan penonton untuk mengetahui kisah chenta aku. Kau tak payah sibuk sibuk. Aku bukan ada kacau pusat kau pun" balas heroin pula





Heroin ni sebenarnya telah kuch kuch hota hei dalam diam sama kawan hero yang belakang tu. Adegan ini adalah adegan kaver line di nama hero nak inform kat kawan dia yang  heroin syiok dengan dia. Heroin yang terasa amat malu pada kawan hero itu dan tidak mahu perasaan chenta nya di pecahkan, lantas meluahkan perasaan chentanya kepada hero dalam terpaksa. Dan ini telah melopongkan kawan nya yang dibelakang itu.

Gitu la kisah intro nya yorobun.

Friday, July 06, 2012

K-Drama : Feast of the Gods (2012)



1. Citer ni mengisahkan sebuah restoren yang bernama Arirang, yang menyediakan makanan asli dan tradisonal Korea. 

2. Seorang Master Chef yang berkaliber akan di lantik pada setiap penggal tertentu untuk mengawal selia kualiti dan tahap kesedapan makanan sentiasa terjamin di restoren Arirang itu agar tidak diciplak atau di plagiat oleh restoren lain. 

3. Biasalah bila lawan masak akan ada sorang pemenang dan sorang pengalah. Pengalah ni dia berdendam hingga ke sudah terhadap pemenang selama 22 tahun. Dia tak puas hati kenapa dia boleh kalah. Padahal dia kalah di atas kesilapan dia sendiri hingga menyebabkan anaknya mati, sebab terlalu taksub mahukan tahta Master Chef di Arirang. Kiranya sapa yang dapat jadik Master Chef pada time itu dia la diva, meletop dan vass ala Master Chef Selebreti gitu sambil berkata "kau ado?"


 
4. Maka di sini la bermulanya jalan cerita drama ini. Ada terselit misteri sikit-sikit. Ada kisah hilang anak, kisah tertukau anak, kisah anak dendam sama mak, kisah chef dengki sesame chef hingga sanggup meletak racun di dalam makanan pesaing dia dan tidak dilupai kisah chenta 4 persegi. 

5. Mari kita saksikan watak-watak yang terdapat dalam drama ini. 


 
Sung Yu Ri as Go Joon Young

Sebab utama nak tengok drama ni ialah sebab kecomelan beliau. Tak kisah la comel plastik atau comel asli. Janji mata sedap memandang bila menengok wajahnya. Kalau tengah ngandung anak pompuan, mana lah tau kot-kot baby dapat tempias muka Sung Yuri sikit-sikit kekeke. 

Sewaktu kecik nama beliau lain. Bila dah besau, nama dia lain. Sebab apa…sebab dia telah terjatuh dari sebuah kapal cruise dan terdampar di sebuah pulau dan dijumpai oleh sepasang somi isteri. Maka dia pon menjadik la anak angkat mereka dengan di beri nama Go Joon Young. Dia tahu dia anak angkat tapi dia tak amek pot sangat. Janji dia ada mak dan bapak walaupun anak angkat.  

Sejak kecil minat memasak telah terserlah di dalam diri beliau. Tak payah pergi kelas masak pon dia dah terer memasak. Ke mana tumpahnya lauk kalau tidak ke nasik. Bakat semula jadi diperolehi daripada mak kandung dia. Disebabkan bakat masak semulajadi dia itu, satu hari dia telah dijemput untuk berkhidmat di Arirang untuk belajar memasak secara professional dan tercalon untuk menjadi pelapis Master Chef Arirang yang ke-5 di penggal akan datang. Di sana nanti la dia berkenalan dengan pakwe-pakwe yang terpikat dengan dia. 


 
Seo Hyun Jin as Ha In Joo / Song Yeon Woo

Di dalam kapal cruise itu terdapat sorang lagi kanak-kanak yang sedang makan malam bersama maknya yang bernama Song Yeon Woo. Sebenarnya mak dia nak bunuh diri dengan terjun kapal di tengah lautan sebab mak dia kuciwa bila dapat tahu ada cancer tahap akhir. Jadi sebelum mak dia menghembuskan nafas nya yang terakhir, dia mahu meraikan nafas-nafas terakhir nya di dalam kapal mewah bersama anak nya.

Dipendekkan citer, anak ini telah disalah anggap oleh seorang isteri (yak itu mak kandung Go Joon Young) sebagai anak dia dan diberi nama Ha In Joo. Maka membesar la Song Yeon Woo sebagai Ha In Joo bersama-sama keluarga angkatnya. Haowever pakcik Ha yang merupakan seorang dokter tahu bahawa Song Yeon Woo itu  bukan anak kandung dia. Tapi disebabkan isteri dia yang telah mengalami kehilangan akal, sebab hilang anak masa dalam cruise, jadik dia bawak balik Song Yeon Woo dan suruh jadik anak beliau bernama Ha In Joo.

Dalam masa yang sama dokter Ha dengan senyap-senyap tidak putus asa untuk mencari anak kandung dia yang hilang itu tanpa pengetahuan isterinya yang merupakan Master Chef ke -4 restoren Arirang. 

Jika dihayati watak beliau ni, watak beliau yang paling mencabar sekali sebab :

1) terpaksa pura-pura berlakon jadik anak kandung

2) rasa takut dan tak selamat jika anak kandung sebenar dijumpai

3) maka timbul la rasa dengki dan iri hati kepada anak kandung itew yang merupakan saingan chef nya

Dalam ramai-ramai watak dia ni lah yang banyak tahu rahsia dan misteri dulu. Kadang geram dengan dia ni, kadang tu kesian pulak hehe


 
Jun In Hwa as Sung Do Hee

Kita ke watak mak pulak. Beliau seorang chef di Arirang dan begitu obsess dan komited dengan kerjaya chef nya. Beliau la pemenang Master Chef Arirang yang ke-4. Dia punya workaholic terhadap kerjayanya sehingga mengabaikan suami nya di rumah. Suami nya itu ialah dokter Ha.

Suaminya cakap "Aku mahukan isteri di rumah, bukannya Master Chef. Sekarang aku akan ceraikan kau"

Disebabkan terabai maka suaminya itu pon bermain kayu tiga dan mengugut mahu menceraikan makcik Sung ini dan akan mewar-warkan hal perceraian mereka kepada wartawan kolum gossip. Bila dapat tahu akan diceraikan dan masuk kolum gossip, makcik Sung merayu kepada suami nya agar tidak memalukan dia sebab dia baru saja menang title Master Chef ke-4 Arirang.

Di sini lah titik permulaan tragedi Oktober, tragedi kehilangan anak. Makcik Sung tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan diceraikan dan wartawan semua tahu sebab selama ini dia begitu menjaga status dan kerjayanya sebagai seorang chef yang dihormati. Walhal dalam masa yang sama dia ada masalah rumahtangga yang kronik.

Makcik Sung bertindak mahu bunuh diri dengan kelar tangan nya. Kemdian anak nya pula nampak mak dia bunuh diri, maka anak itu sedih dan keluar bilik merayau-rayau tiada hala tuju sambil menangis. Masa ni mereka berada di dalam kapal cruise sempena sambut besday anak perempuan mereka dan juga meraikan kemenangan makcik Sung menang Master Chef ke-4 Arirang.

Mungkin ajal belom tiba, makcik Sung tidak mati tapi hilang ingatan. Dia pun mencari-cari anak dia di dalam kapal tetapi tidak ketemui.

Dipendekkan citer, dia jumpa dengan sorang budak Song Yeon Woo ni yang dianggap anak kandung dia Ha In Jo. Dia pon bela la Ha In Joo ini sampai besar dan train dia jadik chef jugak untuk menggantikan diri dia di Arirang satu hari nanti. 


 
Kim Bo Yun as Baek Seol Hee

Watak mak yang seterusnya. Watak mak-mak ni penting sebab mereka adalah rival musuh ketat dalam ini citer. Bermusuhan selama 22 tahun. Walaupun bermusuhan tapi mereka tetap menten professional.

Tapi dalam hati dia "Kau tunggu Sung Do Hee kau tunggu. Aku akan balas dendam di atas kekalahan aku dan kematian anak aku. Awas kamu"

Nama panggilan dia ialah Presiden Baek. Walaupun nama dia Baek tapi dia tidak la sebaik namanya sebab dalam hati nya tersemat dendam.

Di hari pertandingan masak 22 tahun lepas, sorang anak lelaki beliau mati. Dia ada 2 orang anak lelaki. Mati sewaktu dia sedang di dalam pertandingan. Dan sehingga hari ini dia tetap menyalahkan makcik Sung Do Hee yang menyebabkan kematian anak lelakinya itu dan bukan salahnya yang taksub sangat nak jadik Master Chef ke-4 Arirang.

However dia ada bukak restoren sendiri yang diberi nama Sanare, yang merupakan pesaing kepada Arirang.

Ekspressi watak yang mengkagumkan saya ialah watak makcik Baek ni. Dia berhidup di dalam dendam dan stress. Makan dalam. Luaran dia buat-buat ceria dan baek hati. Anak lelaki dia sendiri tak suka dengan dia dan mereka saling bermusuhan. Anak lelaki dia menyalahkan mak dia yang menyebabkan abang dia mati. 


 

Joo Sang Wook as Choi Jae Ha

Hero pertama. Mula-mula ingat nak tengok dia berkapel dengan Sung Yuri.

Watak dia biasa-biasa saja sebagai pegawai Kerajaan yang terlibat di dalam exhibition yang melibatkan makanan tradisional Korea. Dan ini ada kaitan nya dengan Arirang. Nenek dia merupakan Master Chef otai di Arirang. Jadi secara tidak langsung dia juga tolong promot Arirang untuk ke peringkat seterusnya yak itu peringkat antarabangsa.

Beliau hero pertama yang berjumpa dengan Go Joon Young dan jatuh hati kepada nya. Dan Go Joon Young pon suka terhadapnya. However, dia sangkakan panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Cintanya putus di tengah jalan sebab tidak mendapat restu nenek nya dan beberapa individu lain. Ingatkan dia akan buang keluarga kerna kekasih ku turutkan, tetapi skrip telah menentukan sebaliknya. Dengar khabar para peminat mahu Go Joon Young berakhir dengan hero yang seorang lagi. 



 
Lee Sang Woo as Kim Do Yoon

Beliau merupakan anak kepada Presiden Baek. Beliau sangat amarah kepada omma nya sebab menyebabkan abang dia mati. Yang paling dia geram sangat ialah mak dia tidak mahu mengaku akan kesalahan itu dan asek menyalahkan orang lain. Disebabkan itu, dia dengan mak dia tak sebulu walau pon bulu roma lebih kurang sama dan rambut sama hitam. Dia juga tidak suka cara mak dia nak kontrol hidupnya.

Dia ni yang paling banyak misteri dan rahasia dalam drama ni. Lepas satu, satu. Watak beliau dalam ni cool, macho dan tak banyak cakap. Pendiam orangnya. Sesuai di buat menantu hehehe

Saya kureng sikit dengan dia ni sebelum-sebelum ni. Penah tengok 2-3 drama beliau. Watak dia selalu bawak watak sampingan. Namun kali ini segalanya berubah. Sekali air bah, sekali hati waiem berubah. Kekeke



Cameo Celebrety Chef Edward Kwon yang telah bertandang ke Kuala Lumpur baru-baru ini untuk promosi rancangan masak.

Rasanya dia ni yang ajar para pelakon masak kot.
 
Kalau nak tahu apa misteri dan rahsia dalam drama ni, saksikan la drama ni. Walaupun panjang 32 episode tapi rasa macam tak lembab.

Tambahan diselang seli dengan suara lunak Lee Sung Chul. Peh gandingan yang mantop.

Antara OST nya :





2.  Sad Love – Lee Jung (ciptaan Junho 2PM & Kim So Eun - terer jugak awek ni tulis lirik)