Showing posts with label Kim Ha Neul. Show all posts
Showing posts with label Kim Ha Neul. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

A Gentleman's Dignity - Episode 1 & 2


 Banyak benau drama yang nak tengok. Antara nya drama terbaru oppa ni.

  

 Owh oppa yang sekarang dah jadi ahjussi. Tampak begitu kurus dan cengkung sekali. Ini kah oppa pojaan yang merembeskan semua gadis dan wanita dalam kdrama All About Eve suatu ketika dolu? Faktor usia barangkali

  

Drama ni mengisahkan 4 sahabat baik ini yang berusia 40 tahun. Orang kata life starts at forty. Makanya drama ini berkisar mengenai depa pat orang ni di kala usia memasuki 4 series. Ada yang masih bujang, ada yang sudah duda dan ada yang takut binik. Mereka telah berkawan sejak dari kecik. Sejak dari dalam perut hehe


Tapi tumpuan ofkos ler kat kapel yang ni huhu



Pengenalan membuka bicara. 

Di satu petang yang sepoi-sepoi gangnam, heroin berbaju merah itu sedang leka membelek buku di sebuah gerai di tepi jalan. Tiba-tiba oppa yang sedang leka membelek kemra itu lalu pula ditepi heroin yang sedang sedang leka membelek buku itu. Laluan oppa itu sangat hampir ditepi heroin sehengga zip beg sandang oppa itu telah menyangkut benang baju heroin itu. Benang itu pula jenis benang yang kait, maka berterusan la benang itu mengikut perjalanan oppa itu sehingga telah menampakkan pakaian dalam heroin sedikit demi sedikit. Benang yang tersangkut itu ditanda dengan anak panah




Bermula bicara empat mata oppa ini dengan heroin



"Weh la cik adik. Awak tak perasan ke yang benang baju awak telah tertarik oleh zip beg saya ini? Silap silap berbogel awak di tepi jalan ni. Pecah rekod karang"




"Apaa awak cakap? Ottoke? Ottoke? Ottoke?"

Dalam citer ini, heroin sangat banyak cakap ottokeeeee

"Mari sini ikut saya" kata oppa 

"Awak nak bawa saya ke mana?"

"Ikut saja la. Jangan banyak cakap"

Lantas oppa dengan aksi macho nya pon membeli kain alas meja di gerai tersebut dan memakaikan heroin skirt buatannya sendiri seperti gambo di atas. Terselamat la heroin pada hari itu dari mendapat malu sebab pakai baju tak cukup benang. 

Begitu la pengenalan mereka.
 


Ini pula heroin sedang menerai test mekap cingu dia. Kerjaya nya sebagai seorang guru tidak mengizinkan dia nak bermekap sedemikian ropa. Bila ada peluang apa lagi. Sangat menawan pulak mekap matanya itew.



Empat sekawan sedang berhoyeh hoyeh di semua pub. Sebenarnya nak cover line orang kawan nya yang takut bini itu. Yang tengah duduk tu. Bini dia tiba-tiba nak terjah nak  tau sominya sedang berhoyeh hoyeh dengan sapa



Beliau ni sebenarnya sedang mengalami chenta ku bertepuk di sebelah tangan.  Dan hal ini di ketahui oleh hero dan hero selalu mengejek dia

"Kau  ni tak malu ke kisah chenta kau bertepuk di sebelah tangan? Pipi tak mancung hidung tersorong sorang sorang" kata hero

" Aku punya kisah chenta yang sebelah pihak itu biar la aku yang tanggung sendiri. Aku tak perlukan penonton untuk mengetahui kisah chenta aku. Kau tak payah sibuk sibuk. Aku bukan ada kacau pusat kau pun" balas heroin pula





Heroin ni sebenarnya telah kuch kuch hota hei dalam diam sama kawan hero yang belakang tu. Adegan ini adalah adegan kaver line di nama hero nak inform kat kawan dia yang  heroin syiok dengan dia. Heroin yang terasa amat malu pada kawan hero itu dan tidak mahu perasaan chenta nya di pecahkan, lantas meluahkan perasaan chentanya kepada hero dalam terpaksa. Dan ini telah melopongkan kawan nya yang dibelakang itu.

Gitu la kisah intro nya yorobun.

Wednesday, October 28, 2009

Filem : My Girlfriend is an Agent (2009)





Synopsis

Disguised as a travel agent, "Su-ji" is a government spy with six years’ experience who can’t reveal her career to her boyfriend "Jae-joon." After she lies again, her boyfriend breaks up with her and leaves without notice, leaving her struggling alone with her sadness. Three years later, while chasing an industrial spy in disguise as a cleaning lady, she happens to run into Jae-joon. He’s become an international certified accountant, and seeing him throws her feelings into doubt.

Jae-joon has become tired of his girlfriend’s constant and suspicious lies. In one phone call, he tells her he’s leaving Korea to study in Russia. Three years later, disguised as a distinguished international accountant, he enters the NIS (National Intelligence Service) as an agent in its overseas branch. He’s a newbie who got a late start, but he’s highly motivated and takes off on his first field mission, chasing a Russian crime organization, when he runs into Su-ji. It’s shocking to see her now as a hotel cleaning lady, but his affections for her are as strong as ever…

Lying is part of the job, secrecy is the name of the game in "My Girlfriend is an Agent".

Credit : http://asianmediawiki.com/My_Girlfriend_is_an_Agent


************************************************

Jeng jeng jeng. Salam secret agent. Lepas 2 kali tengok baru dapat ribiu. Sebab masa pertama kali ambe tengok citer ni, ambe terkedu sebab ambe dapati citer ini tak de la lawak seperti yang digembar-gemburkan oleh orang yang dah menonton citer ni. Adakah kerana ambe terlupa baca sarikata? Terlupa baca sarikata kerana khyusuk menatap wajah kesayangan hamba ni? Ahaks. Boleh jadi juga. Tengok kali kedua dengan penuh penghayatan baru la feel komedi nya. Hehehe.

Antara tajuk lain citer ni ialah "Secret Agent" dan juga "7th Grade Civil Servant'. Biasalah Korea , kalau tajuk takde 2-3 tak sah. Tak kisah la berapa tajuk sekali pon, yang pasti cite ni sangat lucu. Selain lucu, citer ni sungguh laku di pasaran sewaktu tayangan di Korea. Mungkin sebab lucu maka ianya laku. Ada kaitan jugak tu.

Seperti kata Kang Ji Hwan,

"Saya rasa bersyukur pilem ini balik modal dan tidak merugikan penerbit yang ambil saya blakon filem ini. Saya pun tumpang gumbira. Cukup puas hati. Malah lebih dari itu. Andai ada sumur di ladang bole kita menumpang mandi. Andai ada filem baru, ambil la saya blakon lagi. Pasti berbaloi"



Mari la kita selami ribiu filem ni. Ribiu yang bias, sebias biasnya hahaha

Kisah mengisahkan hubungan gelpren dan boipren. Gelpren ni salu tipu boipren dia. Yang si boipren ni pulak, disebabkan terasa asek kena tipu lantas mengambil keputusan mahu memutuskan hubungan dua hala dan pergi ke luar negara membawa dirik yang lara dek selalu diabaikan oleh gelpren nya itu.

"Apa barang salu kena tipu nak tunggu lagi. Aku pun bukan nya tak ensem" antara kata hati boipren itu

Boipren ni sangka mesti gelpren dia main kayu tiga bersama lelaki lain. Sebab asal call je sibuk, asal dia sibuk mesti boipren dia call. Maka nya dia pun pasrah dan menyumpah agar gelpren nya akan bertemu dengan lelaki yang suka menipu macam dia jugak

Ucapan buat boipren itu, aweks bukan sekuntum. *ehem*

Sebenarnya gelpren nya itu menipu ada sebab. Gelpren nya itu seorang ejen rahsia seperti tajuk pilem ini "My Girlfriend is an Agent". Bila dah rahsia makna nya segala info mengenai tugas tidak boleh didedahkan kepada orang lain waima boiprennya sendiri. Sebab jika terdedah bahaya menanti sebab musuh ada di mana-mana.

Mari kita ke ribiu bergambo pula





Sewaktu gelpren itu membuat tugasan under kaber, boipren itu telefon. Tangkap penjahat dengan jet ski dengan memakai gaun pengantin. Cool




Si boipren ni hangin sebab gelpren tu salu tipu dia ada kat Pulau Jeju bawak pelancong haha. Dengan wajah yang hangin, boipren itu bagi seranah dua kata dalam voice mail sebelum boipren itu berangkat ke luar negara untuk sambung belajar




3 tahun selepas itu mereka bertemu kembali di dalam tandas. Boipren tu sedang membuang, manakala gelpren itu sedang cuci lantai tandas. Terkezut nya dia bila lihat wajah mat tahir nya itu seperti ekpressi di atas. Apa lagi dihambat nya boipren itu dengan mop lantai sebab meninggalkan dia tanpa pesan.





Pergaduhan di tandas berakhir di balai polis. Di sini mereka bertekak lagi. Boipren itu tambah yakin gelpren nya itu memang suka menipu sebab kali ni dia jadi pencuci tandas pulak.





Dipendekkan citer boipren ini juga seorang ejen. Beliau ke luar negara sebab ada misi nak berkas penjenayah dari Russia. Ejen vs Ejen la ni. Boipren ni pon kemudian dihantar masuk ke sebuah pasukan polis di Korea untuk membantu berkas penjenayah. Setiap file dia ada "password". Bab password ni pon lawak jugak. Di akhir citer dapat tahu apa password dia






Dipendekkan citer lagi sewaktu sedang memberkas penjenayah, beliau kena tembak tapi terselamat (Biasa la kan hero mana boleh kena tembakan walau 1000 peluru datang sekali pon haha *pakcik elakk*). Dia balik ke markas dan sound Chief dia, kenapa dia tidak dibekalkan pistol. Dia pun team Harimao jugak. Nama team polis ni ialah Harimao ye. Boleh dengar la KJH cakap Melayu Harimau hehehe




Kemudian misi under kaber lagi. Sorang wanita Russia menjadi sasaran. Dengan karisma kasanova yang ada pada beliau, beliau mengorat wanita Russia itu untuk mengorek info hingga tersembam di dada empuk wanita Russia itu (Heppp!) Sewaktu adegan ini gelpren nya itu masuk ke dalam bilik. Gelpren itu juga sedang intip penjenayah juga di situ. Bergaduhan berlaku dan mereka di bawa ke balai sekali lagi dengan pegawai polis yang sama melayan depa.





Di balai polis. HAHAHAHA. Cong ceng cong ceng bertekak terkeluar la isu dada empuk wanita Russia itu.


"Damn right!! They're bigger than yours" tempik boipren itu

"Size isn't important. Having two is what matters!" balas gelpren itu dengan hangin sekali sebab boipren nya membuat perbandingan saiz dada

"No, they have to be big too..." sampuk pegawai polis itu dengan tiba-tiba.

Hahaha. Kuang asam.




Lepas bertekak di balai polis, gelpren itu nekad mahu berpisah dengan boipren nya itu





Rahsia pon terbongkar.





Masing-masing ingat mereka dipergunakan antara satu sama lain





Dipendekkan citer lagi, keadaan menjadik bertambah getir. Penjenayah sudah berjaya dapat virus yang bakal merosakkan dunia. Boipren ni lari nak pi kejar penjenayah itu. Tapi dia nak beberapa info dari dalam laptop dia. Terpaksa Chief dia yang bukak kan laptop dia dan cari maklumat. Masa ni password terbongkar hahaha. Password dia "Chief Asshole" sebab masa mula-mula boipren ni masuk tim Harimau dia kena buli dengan Chief itu. Masa ni boleh tengok air muka Chief itu yang nak marah tak boleh marah sebab keadaan tengah getir nak kejor penjenayah.




Gandingan yang kimia sekali. Gandingan buat kali kedua selepas drama air mata sepupu sama sepupu tak boleh kawin 90 Days To Love





Akhir nya misteri ejen rahsia terjawab jua.

Moral of the stori, jika anda ada boipren yang comey macam ni jangan la menipu. Tak berbaloi rasanya hehehe

Hero seperti biasa lakonan mantop. Dengan pitching menjerit yang sedap di dengar kekeke. Harap beliau akan raih anugerah di dalam pesta anugerah yang akan datang 6 November nanti menerusi filem ini. Fighting Kang Ji Hwan sshi! Saranghae ^^^

Monday, July 28, 2008

KDrama : On Air (2008)



Synopsis

This drama is about the behind the scene in TV drama productions. It also portrays how the whole production team and performers complete a project in a tight schedule as well as how actors, actresses, and entertainment agencies handle rumors surrounding them. Jang Ki Joon (Lee Bum Soo) used to be a top manager in the business but he went bankrupt as he couldn't compete with other powerful agencies. He was 'rescued' by Oh seung Ah ( Kim Ha Neul) a top star who agreed to join his agnecy after breaking off with her former one. Lee Kyung Min (Park Yong Ha) was a drama PD who got his first chance at being a director. Seo Young Eun (Song Yoon Ah) is a much sought after script writer who was divorced and has a young son.

Total episode : 21

Credit : DramaWiki, KST, Soompi


oh i ols amat menyukai rumah nya ini...cantik bukan...tapi siap la nak mengelap dinding cermin kaca iteww kalu takde maid...ini umah Oh Seung Ah

Intro

Drama ini juga tidak kurang best dan hebat jugak ya. Rating drama ini juga tinggi menjadikan drama ini antara drama 2008 yang ngetop di Korea.

Berikut saya sertakan beberapa alasan yang telah menyumbang kepada ke-best-an drama ini mengikut 2 bijik mata saya yang tidak memakai kaca mata mahupun contact lens.

1. Pelakon-pelakon dia best-best belaka. Favorite actress saya juga turut belakon di dalam drama ini yang mana turut menyumbang drama ini menjadi best.

2. Al-kisah citer nya menarik. Saya suka akan kisah cerita nya. Kita dapat lihat bagaimana kdrama dibikin

3. Skrip dia merbeles dan bagus

4. Seterusnya, anda menonton la sendiri drama best ini. Semoga hidup kita lebih bermakna apabila menonton hasil tangan yang best ini. Drama best, kita pon tumpang jadi best walauponnn...kita takde kena mengena dengan ke-best-an itew sebenarnya hehehe.





Drama ini mengisahkan kisah disebalik tabir pembikinan drama Korea. Kita dapat saksikan bagaimana proses drama-drama Korea ini di bikin. Merangkumi dari segala aspek utama seperti :

1. Pemilihan penulis skrip
2. Pemilihan jalan cerita
3. Pemilihan pelakon - oleh pengarah atau penulis skrip
4. Pengarah drama
5. Penerbit

6 Rating
- Kat Korea kan depa berlawan-lawan rating drama sapa paling tinggi di antara 3 stesen TV utama - KBS, MBC & SBS. Jadi kita boleh lihat apa mereka buat untuk menaikan kan rating melalui drama ini

7. Masalah yang dihadapi
- Masalah disiplin
- Pelakon buat hal tarik diri dari projek drama
- Pelakon wanita berebut nak watak utama
- Pengurus artis lebih sudu dari kuah
- Dan sebagainya

8. Dan lain-lain faktor persekitaran

Rentetan pembikinan KDrama dapat dilihat di sini

Para pelakon:





Song Yoon Ah as Seo Young Eun

Beliau sebagai penulis skrip yang glamer dan disegani. Skrip drama yang ditulis oleh beliau pasti akan meletop mendapat rating yang tinggi melepasi 20%. Sebab tu beliau tergolong dalam kategori penulis skrip yang ngetop. Sebagai penulis skrip ngetop beliau juga bertindak memilih pelakon untuk skrip drama beliau dengan bertekak-tekak dengan ramai orang.

Seorang ibu tunggal beranak satu.

Dalam citer ini, beliau terlalu over-acting sebab mengikut kehendak skrip. Bukan skrip yang dia tulis tapi skrip drama sebenar. Jadi jangan menyampah kat dia ye. Hehe.

Bila skrip telah terhasil, skrip itu akan dibawa kepada tuan direktor untuk di-audit / di-edit / di-rombak jika perlu.

Siapakah tuan direktor itu? Tuan direktor itu seorang yang sangat comey seperti di bawah hehe


Park Yong Ha as Lee Kyung Min

Beliau sebagai Pengarah drama 'Ticket to the Moon' tulisan cik puan penulis skrip di atas. Pertama kali mengarah drama. Mereka berdua berkolobrasi dan kerja sama untuk menyiapkan drama itu hingga tamat. Saban hari kerja sama demi kerja sama sehingga la mereka kuch kuch hota hey. Hehehe. Tapi mak dia tak suka teman wanita nya kerana status janda beranak satu. Mak dia mengaku yang mak dia kolot sedikit, tidak dapat menerima menantu janda beranak satu.


Sedih tidak keruan apabila pilihan hati direjek oleh ibu tersayang. Tengah sedih pon comey

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, bagaimanakah kisah percintaan mereka seterusnya? Saksikan la sendiri.


Kim Ha Neul as Oh Seung Ah

Dia ni pula sebagai aktres terkenal no.1 di Korea konon²nya. Dalam masa 7 tahun beliau berjaya mengukir nama di industri seni. Bila sudah terkenal dan popular, beliau sangat angkuh dan berlagak.

Dia punya watak saya ada moskel sikit. Saya tak paham kenapa beliau memilih menjadi artis yang angkuh, sombong, demanding selepas beliau bersusah payah menapakkan diri dalam bidang lakonan hingga hampir kena rakam aksi bogel masa pi interview nak jadi artis lepas tamat sekolah. Macam familiar je scenario ni. Artis dan berbogel memang tak dapat di pisahkan gak nye ek. Moral of the stori, jangan jadi artis, nanti kena bogel huhu

Terkasima kejab tengok wajah beliau yang semakin jelita di dalam drama ini. Jelita tapi dagu tak berapa nak runcing hohoho


Lee Bum Soo as Jang Ki Joon

Beliau sebagai pengurus artis bernama Pengurus Jang. Satu hari syarikat nya sedang diambang bengkrap dan hampir menyebabkan beliau kehilangan bisnes. Kemudian datang aktres popular di atas itu yang mahu menggunakan khidmat pengurus artis ini walaupun syarikat Pengurus Jang ini akan bangkrap. Sebenarnya ada sebab aktress itu mahu pengurus ini menguruskan diri nya.




Lee Hyung Chul as Jin Sang Woo (SW Entertainment President)

( Luca Toni lepas Azzurri tewas Euro 08 telah berhijrah ke Korea dan menjadi pelakon drama wahahaha. I ols nampak dia ni ada iras LT la plak ahaks)
Dia ni pula bekas pengurus aktres popular Oh Seung Ah itu. Lepas kontrak nya bersama aktres itu tamat, aktres itu lari mencari pengurus lain yang boleh dipercayai. Pengurus Jin namanya. *jin lapar tuanku* Pengurus Jin ini mengamalkan pengurusan ala diktator sebab itu aktres dia lari dengan pantas selepas kontrak tamat. Seme nak kena ikut cakap dia. Tak bole jadik men.

Disebabkan Oh Seung Ha merupakan lubuk emas dia telah lari ke syarikat pengurus artis lain, maka dia sakit hati dan mula menggunakan strategi keji untuk menggelapkan karier Oh Seung Ah.

OSTOn Air Playlist Turut menyumbang kan lagu FT Island dan Park Yong Ha sendiri dan keduanya lagu sedap lazat dan berkrim

Fan made MV (credit astralyz)
Bad Love - Park Yong Ha
If - Naby

Rating
: Also recommended

Friday, January 04, 2008

KDrama : 90 Days, Time to Love (2006)



Synopsis

A fate that surpasses taboo, a love that surpasses morality...


Hyun Ji-seok (
Kang Ji Hwan) is at the peak of his life at thirty-one year old he is fated to leave this earth in three short months. he is married to Park Jung-ran (Jung Hye Young), but it's not shes not his true love. The one and only thing this man wishes for is to find his one true love and spend the remaining 90 day's that he has left with her.

Hyun Ji-seok was fated to meet Mi-yeon (
Kim Ha Neul) but their hearts were destined to be broken in the end. Through an unexpected turn of events, Mi-yeon turns out to be his his first cousin. They are now desperately pleading for 90 days in which to love each other for the last time on earth.

Will their love be able to overcome the harsh realities of society?

 
Total episode : 16


Credit :
DramaWiki

Ok u all citer ni kan bole ditonton sekiranya anda minat dengan hero atau heroin nya. Jalan citer agak meleret dan tangkap leleh. Sebab saya mahu melihat Kang Ji Hwan dalam pelbagai watak yang berbeza, maka saya pon dengan semangat jitu menonton citer ni. Citer yang pada awalnya tiada dalam senarai nak nonton selepas baca sinopsis. Letih la citer leleh-leleh. Tapi selepas menonton Capital Scandal terangau overdose plak kat Kang Ji Hwan ;p

Citer mengenai seorang lelaki yang hanya mempunyai masa hidup selama 90 hari selepas disahkan oleh dokter beliau mengidap penyakit barah perut. Sakit barah lagi. Penyakit yang sinonim dengan drama korea untuk membuatkan penonton membazirkan ayor mata. Lepas ni kita buat senarai hero / heroin mana yang belum pernah lagi melakonkan watak pesakit barah dalam drama korea yach hahaha

Bila dapat tahu bahawa dia mempunyai masa yang singkat untuk hidup, maka dia mahu mengakhiri hayatnya selama 90 hari itu bersama orang yang paling dia cintai.

Photobucket

Alkisah bermula bila seorang pemuda sekolah bernama Ji Seok terjatuh cinta dengan rakan sekolah nya yang bernama Mi Yeon. Cinta mereka bertepuk kedua belah tangan dan mereka pon menjalani kehidupan yang gumbira. Pergi sekolah pon hepi-hepi naik basikal bersama.

Hingga la di suatu hari nenek Mi Yeon meninggal dunia. Ramai yang datang melawat mendiang nenek Mi Yeon. Dan salah sorang dari orang yang datang itu ialah bapak Ji Seok iaitu anak nenek yang telah lama terputus hubungan. Dan dari situ ketahui lah Mi Yeon bahawa dia dan Ji Seok merupakan sepupu. Bila sudah ada ikatan status sepupu, hubungan Ji Seok dan Mi Yeon menjadi renggang kerana jika mereka teruskan bercinta juga, hubungan cinta mereka tidak akan kemana-mana kerana di Korea adalah "illegal" katanya sepupu kawin dengan sepupu mengikut dalam citer ni. Mungkin sebab dah jatuh dalam kategori adik bradik kot (ni soklan nak tanya kat org Korea nanti hehe) Sebab nanti ada adegan depa nak pi kawin lari kat US sebab kat Korea depa tidak boleh berkawin.

Tambahan lagi bapak Ji Seok tidak merestui Ji Seok berkawan dengan Mi Yeon kerana bapak Ji Seok mempunyai dendam dengan bapak Mi Yeon. Tak dapek den nak nolong eh.

Dipendekkan citer mereka terpaksa juga berpisah sebab bapak Ji Seok ugut nak bunuh diri kalu Ji Seok tammo kawin dengan menantu pilihan dia. Sabar je si bapak ni pong main ugut-ugut. Ji Seok pon berkawin lah dengan orang lain yang direstui oleh keluarga nya sebagai menebus rasa bersalahnya sebab bapak dia mati eksiden bila Ji Seok kata nak lari dok US. Dan manakala Mi Yeon juga berkawin plak dengan orang lain setelah dikuciwakan oleh Ji Seok.


father & daughter dating...



6 tahun berlalu.

Ji Seok disahkan dokter mengidap barah dan mempunyai 90 hari saja untuk hidup. Impian terakhir nya sebelum dia mati ialah untuk hidup bersama chentar hati awal dan akhirnya iaitu Mi Yeon di akhir-akhir hayatnya. Bila dapat tahu dia ada barah, Ji Seok dengan berkobar pi la jejak kasih Mi Yeon sampai dapat. Rupanya dengan mendapat penyakit barah dapat menemukan kembali Ji Seok dan Mi Yeon yang telah sekian lama terpisah.

Jeng jeng jeng seterusnya...

Bagaimanakah reaksi dan perasaan suami Mi Yeon dan isteri Ji Seok bile mengetahui keadaan sebenarnya? Di sini la plot-plot hangat dan konflik bermula.

1) Ji Seok mempunyai seorang anak perempuan yang comel dan seorang isteri yang baik

2) Suami Mi Yeon juga sangat baik, penyayang dan bertanggungjawab.

3) Mi Yeon benci pada Ji Seok kerana meninggalkan nya tetapi perasaannya berubah cair bila dapat tahu Ji Seok akan mati tidak lama lagi hingga terpaksa membuat keputusan logika samada mahu meninggalkan suami nya atau tidak.

4) Suami Mi Yeon pula bila dapat tahu bahawa Mi Yeon mahu bersama Ji Seok, dia buat-buat tidak tahu sebab dia tammo kecewa dan takut Mi Yeon akan tinggalkan dia sebab dia sayang giler kat Mi Yeon.

5) Paling kesian ialah isteri Ji Seok sebab isterinya langsung tiada bertahta di hati Ji Seok langsung. Tak patut tak patut.



6) Keputusan paling sukar untuk dibuat oleh suami Mi Yeon ialah nak tak nak dia terpaksa izinkan isterinya berdating dengan Ji Seok sebab dia tidak mahu kehilangan Mi Yeon. Lagi pun Ji Seok dah nak mati. Hal ini diberitahu sendiri oleh suami Mi Yeon kepada Ji Seok di hospital

7) Bila Ji Seok pula dapat tahu bahawa suami Mi Yeon adalah seorang yang baik, dia plak rasa bersalah dan menjauhkan diri dari Mi Yeon. Tetapi di lubuk hati nya yang paling dia mahu bersama Mi Yeon.

8) Isteri Ji Seok juag tidak mahu kalah turut menggunakan taktik-taktik sendiri supaya Ji Seok tidak kembali kepada Mi Yeon. Antaranya menggunakan anak dan berpakat dengan suami Mi Yeon.

Hahahaha berapa banyak konflik daaa. Sat cukupkan sampai 10. Apa lagi ek?

9) Part paling tak suka dalam citer sakit-sakit barah ni bila dapat tahu sakit, mesti nak rahsia rahsia kan. Suka macam tu kan. Dengan mak sendiri pon rahsia. Kalau beritahu kan senang sikit orang nak jaga, kawal pemakanan, boleh orang tolong cari tempat-tempat berubat kat mana etc etc.

10) Mana yang harus didahulukan, menunaikan hasrat terakhir seorang yang akan mati atau mengorbankan kebahagiaan sendiri buat sementara tetapi boleh kah kita dengan senang hati melihat mereka bersama dari jauh?

Ya masalah nya cuma satu je yak itu tak boleh kawin sepupu. Kalau tidak semua setel. Tak de pening-pening kepala. Hehehe.

Mari kita saksikan para pelakon nya :



Kang Ji Hwan as Hyun Ji-seok

Macam biasala outstanding, kacak, gaya, mutu dan keunggulan haha. Watak dalam citer ni sebagai professor di universiti, pesakit barah yang berjaya dan seorang bapa.


Kim Ha Neul as Go Mi-yeon

Kata-kata menghiris qolbu somi "If that person didn’t exist, then I probably wouldn’t love you in the first place. Can you understand me?"


Yoon Hee Suk as Kim Tae-hun

Suami Mi Yeon

Jung Hye Young as Park Jung-ran

Isteri Ji Seok

Sorang lagi pelakon pembantu peberet...


Ahjumma ni seperti biasa outstanding...



Ni dia tengah histeria kat spital bila dapat tahu anak lelaki dia akan mati tak lama lagi...

Ji Seok 's gallery

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

OST. Boleh tahan. Turut memuatkan lagu Smokes Get In Your Eyes.

My rating (out of 10)
10 for Kang Ji Hwan :P
6.5 for story line