Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Thursday, May 15, 2014

Jalan nak ke Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang


Minggu bila tah ada tertengok rancangan Makan Angin di TV9. 

Dalam rancangan tu dia pergi makan mee udang Mak Jah. 

Sebelum tu pernah terbaca di blog Kak Jee  bahawa mee udang Mak Jah ni pesen mee dia selak-selak udang baru nampak mee.

Aigoo perasaan pon teruja nak terai test makan. 

Kebetulan cuti Wesak lepas nak pergi utara, maka kami pon singgah makan tengahari mee udang di gerai Mak Jah ni. 




Bagi orang luar Perak yang teringin nak makan mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang macam teman ni haa

Laluan dia begini :

1) Exit tol Changkat Jering

2) Lepas bayo tol jalan depan sikit ada trafik light

3) Masuk simpang ke kiri yang nak gi Taiping

4) Terus dan terus lapan lagi

5) Akan jumpa signbod nak ke Taiping dan Kuala Sepetang

6) Ikut signbod nak ke Kuala Sepetang

7) Terus dan terus lagi. Semasa terus akan nampak pelbagai papan tanda mee udang. Mee udang Mak Teh, mee udang Pak Salih, mee udang Kak Limah balik rumah, mee udang Mak Jemah dan sebagainya

8) Sabar dan teruskan perjalanan sampai jumpa papan tanda buatan sendiri mee udang Mak Jah

9) Terus lagi sampai jumpa gerai Mak Jah

10) Kalau tak jumpa tanya lah orang. Segan bertanya akan sesat jalan. 

Tips nak ke Kuala Sepetang. Pastikan anda pergi belah petang, senang sikit jumpa. Hehehe




Lepas makan kami sempat bertanya kepada salah seorang pekerja di situ.

"Mak Jah masih ada ke?"

"Ada kak. Rumah dia kat belakang tu. Kalau nak pergi boleh ajak cucu dia tu. Mak Jah dah umur 90 tahun"

Di sebabkan kami nak cepat dan hujan semakin menurun, maka kami tidak sempat nak melawat Mak Jah. Semoga Mak Jah sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah hendaknya.

 


Pantun sempena Hari Ibu (amek dari fesbuk)

Petang petang ke kuala sepetang
Ke kuala sepetang makan mee udang
Makan mee udang bersama ibu
Betul ke harini hari ibu

Orang kata harini hari ibu
Bukan ke hari2 hari ibu
Kadang anak terlupa ibu
Kerna sibuk cari duit beribu

Syurga di bawah telapak kaki ibu
Ok bai nak pegi shopping dulu


Mee udang Mak Jah ni ada cawangan di Wangsa Maju KL. Untuk info lanjut sila la gogel. Macam tak biasa. 

Friday, January 03, 2014

JJCM @ Pokok Ciku


Baru-baru ni pegi makan di Pokok Ciku lepas tengok JJCM@TV3. Nama tempat makan ni Pokok Ciku sebab tempat masak dia di bawah pokok ciku.


Lokasi di belakang restoren Full House di Jalan Yap Kwan Seng, sebelah Klinik 1 Malaysia.


Belah belakang nya pula garaj motor-motor beso bernama Red Garage. 

Gambo makanan?

Tiada.

Sebab dah usia-usia begini rasa macam malu pulak nak snap gambo makanan sebaik makanan tiba di kedai makan. 

Dah bawak keluar kemra, lepas tu masukkan balik. Huhu.

Lagi pun, tempat makan dia gelap. Bila dah gelap nyamuk pon suka.

Saya makan bahu lamb grill, mak makan ayam grill dan Maryam makan sup cendawan dan roti bawang putih. 

Maryam nya makan main-main. Akhirnya mak dia  yang bedal semua. 
  

Thursday, November 14, 2013

JJCM @ Laman Grill


"Kanda nanti lepas mandi kita makan dekat laman.."

"Apaaa?  Mata-mata datang bawak saman..."

Boleh tahan telinga kanda Jamil itu...hehehe 


Ya mari lah kita makan dekat laman.

Berkesempatan menjamu selera di restoren milik Chef Zubir di Seksyen 13 Shah Alam. 


Keratan akhbar yang melibatkan Chef Zubir menjadi salah satu hiasan dinding di restoren nya


Makanan yang di oder oleh mak dan ayah saya. Fish & chip

Mak puas hati dengan kualiti makanan nya. Ikan nya sedap. Salad itu juga sedap. 

Ini saya oder...fetucci apatah. Oder sebab tulis kat menu ada letak cili padi. Overall rasanya kureng

Budak ni makan kentang goreng saja. 


Selang sebuah kedai dari Laman Grill terdapatnya restoren Oppa Gangnam


Homemade ceasar salad. Terhasil sebab tak puas makan kat restoren Chef Zubir haritu. Senang je buat nya rupanya.

Bahan-bahan : 
Romaine lettuce
Kentang (di stim atau rebus)
Mayonis
Pepper
Garam
2-3 bawang putih (dicincang halus)
Perahan lemon sikit
Parmesan cheese

Cara buat : 
Gaulkan semua bahan kecuali cheese di dalam mangkuk. 
Bila nak hidang tabur parmesan cheese kat atas.
Peh lazatttt.

Selain letak kentang boleh letak cruton (kepingan roti bakar).

Lepas ni nak try makan kat satu lagi restoren Chef Zubir yang terletak di Wangsa Maju. Katanya menu berlainan. 

Thursday, March 14, 2013

JJCM @ Songket


Selepas menonton rancangan JJCM di TV3, hasrat untuk menjamu selera di Songket membuak-buak. Apatah lagi lokasi nya tidak jauh dari rumah.

*Kalau naik kereta sekejap je sampai tuanku*

Maka di suatu hari yang sepoi-sepoi bahse saya telah berpeluang untuk makan di sini. 

Yess.

Masa lalu pertama kali di Jalan Yap Kwan Seng tak jumpa restoren.

"Eh kat mana restoren dia ni? Ada jalan lain ke? Tak nampak pon restoren. Huk aloh. Ok tak pe kita cuba lagi sekali"

Cobaan kedua. Pusing satu kali lagi ke Jalan Yap Kwan Seng. Mujur tak jem waktu itu. 

"Mak tengok kanan, orang tengok kiri"

Sambil pusing stereng sambil terngiang lagu ni di tepi telinga. 

Kain songket pakaian anak melayu
Tapi sayang tak boleh pakai selalu 


Tapi sayang tak boleh pakai selalu

.
.

Alkisahhh.

Lokasi nya di belakang Old Town Coffee itew. Papan tanda sungguh cinonet. Mana lah nak perasan kalau datang pertama kali. Lain la kalau laluan itu laluan hari-hari kita. 





Tiba di restoren lagi 5 minit nak ke pukul dua belas tengahari. 

Masa untuk makan tengahari. Ada buffet. Ok lah try buffet dia. 

Masa we ols sampai ada satu grup pelancong dari Jepun. Adalah dalam 8-10 orang.

Malangnya, ada hidangan yang belom terhidang lagi. Kesian pelancong-pelancong Jepun itu semua. 

Dan para pekerja kelihatan kelam kelibut ke sana ke mari.  
 
Buffet berharga RM22 seorang. Kanak-kanak macam Maryam percuma saja.


Sedang makan nasi impit feveret. Suka beno makan bendalah ni

Komen tang makanan

Sebeno nya kan...

Kita tak boleh sangat nak komen-komen negatip mengenai makanan. Sudah  tertulis bahawa itu lah rezeki kita untuk hari itu. 

Kita terima lah dengan redho. Di mulai dengan Bismillah, di sudahi dengan Alhamdulillah. 

Sebeno nya kan...

Ambe belajar akan hal ini daripada Hilman Yong, jejaka novel idaman Malaya. *Oh Abe Hilman*

Rujuk muka surat 583 perenggan 2, novel Awak Suka Saya Tak?

"Hilman, kenapa awak tak  komen masakan saya? Sedap ke tak? Masin ke pedas ke? Awak diam saja."

"Saya jarang komen makanan. Kalau sedap saya makan, kalau tak sedap saya ketepikan. Jaga hati orang yang memasak. Lagi satu, tak elok nak komen sedap atau tak sedap, ia rezeki dari Allah. Sudah Allah tetapkan untuk kita, ini rezeki kamu hari ini." 

Jadinya kepada yang suka kondem dan kritik makanan secara negatip, insof lah wahai ummah. 

Sesungguhnya, harta kekayaan, kemewahan, rezeki, makanan datangnya dari Allah. Bukan dari bapak. 

Eh ni dah macam Ahmad Albab. Hehehe
  
Yang pasti saya akan kembali menjamu selera di Songket lagi untuk coba makanan ala-cartenya pula.

Untuk info lebih lanjut layari : http://www.songketrestaurant.com/

Monday, April 23, 2012

Mendimsamkan dirik


Salam Isnin

Cantik tak dimsam ni?

Semalam saya telah pergi mendimsamkan dirik di Hotel Quality Kuala Lumpur sempena dengan promosi dimsam halal di sana.  Dimsam dihidangkan secara buffet RM31.50++ untuk dewasa. Harga kanak-kanak pula separuh la kot.

Saya sungguh teruja dengan promosi ini sebab :

1) Ia nya dekat dengan rumah

2) Dah lama mencarik dimsam halal yang dekat dengan rumah

3) Saya suka makan dimsam terutama yang dekat dengan rumah hehehe

Sedap 

Chinese tea. Kira ikut kepala. Sekepala 3 hengget, tak kira minum banyak kah, atau minum sikit kah. Ampeh ingatkan dah termasuk dalam buffet. Sebab sejurus kita duduk waiter akan tanya nak air apa

Dimsam iras cup cake

Sesi menjamu selera

Sesi termenung sebab perut dah penuh dan kenyang
 
Bagi sapa yang berminat makan dimsam boleh la berkunjung ke sini sebab promosi ini katanya di dalam surat khabar akan berlangsung sepanjang tahun 2012. Dan sebelum pergi tipon dulu untuk booking sebab kalu datang walk-in macam saya semalam kena menungguuu aisheteru sampai orang lain habis makan dan tanya

"Meja ni kosong tak?"

"Takde. Meja ni sudah ada worang" kata waiter sambil tukau alas meja. 

Sebab tempat terhad dan mereka yang datang makan akan duduk berjam-jam sambil berbincang dan bersembang-sembang panjang. 

Sekian.

P/S : Hmm tak bestnyaaaaa format baru nak taip post baru kat blogger ni. Aigooo

Monday, April 09, 2012

JJCM @ Rosdet


Malam Sabtu lepas we oll pergi makan di luar disebabkan ada tetamu dari JB datang. Kepala otak ni cuma ada 1 tempat makanan Siam yang nak direkemen iaitu restoren Rosdet yang terletak di Chokit. Jalan apa saya lupa tapi landmark dia dekat dengan ofis Novelle Visage kepunyaan arwah Datuk Sosolawati.

Pegi hujung minggu meja semua penuh. Kena tunggu giliran daa.


Udang goreng kunyit. Benda ni yang buat hati tertarik menarik de boom. Simple je masakan dia tapi sedap sehingga kulit udang pon kunyah juga sebab rangup.


Kerabu sotong. Pilihan adik saya. 1st time makan. Sedap juga


Kerapu stim halia. Sedap juga.


Tomyam seafood. Kureng sedap kata adik ambe. Pekat sangat katanya. Kalau saya yang datang makan bersama cik asben, kami tak oder tomyam. Sebab tomyam ni kan berkuah nanti perut cepat penuh hehe. Saya cuma oder udang kunyit, ikan stim dan sayur. Sudah memadai. Sambal belacan dia pon power.

"Licin licin...macam kepala bapak mertua aku jugak"

Wednesday, February 16, 2011

Sesi lunche di Spring Potato


Selepas keluar di dalam sokkabar tempohari, kami pon berdesup ke restoren ini bagi menikmati juadah makanan Korea halal yang menjadik pojaan ramai gara-gara banyak sangat menonton citer Korea. Hiks

Berlokasi di No.11, Jalan SG1/1, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor. GPS je la uols pada sapa yang nak pegi tempat ni. Nak eksplen pon ambe tak mahir sangat. Kalau ternampak kedai Sekinchan Ikan Bakar tu, dah dekat dah tu. Terus naik atas lagi naik bukit. Sekinchan belah kanan, Spring Potato belah kiri. Kalo agak-agak sesat tipon la Spring Potato sendiri di talian 03-6188 4471


Jajangmyeon aka black bean noodle. Harga RM11 semangkok. Boleh tahan sedap. Serasi dengan tekak. Cuma jeruk lobak yang kuning tu ciput sangat


Ini pula Kimbab semida. Harga RM6 sepinggan. Sepotong tu singgit uols.


Ini pula Bibimbab, makan banyak pon tak debab. Terjemahan nama lain Korean mix rice. Ala kalu dalam drama depa gaul-gaul nasik dengan kimci, sayur-sayuran dan minyak bijan, makan tengah malam atau makan bila taim tensen tak leh tidur atau tensen boipren deting dengan awek lain. Semangkok RM11 juga


Ini Kalguksu aka seafood noodle, juga RM11. Harga makanan Korea seme stended RM11 kecoli Kimbab semida itew.


Ini namanya Perfect Taste. Tapi ambe asek tersasaul nak sebut Personal Taste je. Drama Lee Min Ho yang ambe belom katam lagi. Tinggal lagi 6 episod


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut conteng dinding sesuka hati.


Autograp dinding Spring Potato

Cik asben tanya, "Ottoke tu apa?"

"Ottoke tu maksud dia macam mana"

"Geng macam mana?"

"Geng macam ni la.."

Hehehe

Congmal kamsahamnida bagi yang hadir memeriahkan mejelis.

Tuesday, November 30, 2010

Malam malam cari ciken chop


Malam Sabtu lepas pegi makan malam di luar bersama keluarga. Family outing gitu. Niat di hati seme nak makan ciken chop. Ciken chop best kat Shah Alam kat mana? Saya pon tak pasti. Nama je dok Shah Alam tapi tempat makan best tak bape pasti le teman. Sebab tak bape gemor makan di luar.

Lantas teman pon sajes le pi makan ciken chop kat restoren Zainal Abidin Hasan, Lagenda 17 di Seksyen 13 Shah Alam. Sebelum ni penah makan kat sebelah restoren Lagenda 17, skali member cakap sebelah ni restoren Zainal Abidin. Ooo alkisahnya

Sampai-sampai tengok papan tanda Hainanese Chicken Rice. Aiseh ciken rice pulak. Ahli jemaah seme pakat tak nak sebab misi utama kami pada malam itu nak makan ciken chop jugak. Seme bajet konfiden takde ciken chop kat Lagenda 17. Suh pi tanya menu kat Zainal Abidin yang sedang menanti pelanggan kat restoren semua takmo turun kreta. Melepas den nak bergambo dengan Zainal Abidin masuk dalam facebook.

Pancarian ciken chop diteruskan dengan sabar dan hati yang cekal. Kita ke Sekyen 9 pulak. Ronda punya ronda carik tempat makan sekali ternampak la sebuah restoren yang tersergam indah di penjuru koner bangunan yang bernama Pine 83.

Misi sukses!

Bila tengok menu selera bertukar pulak. Kalau seme oder ciken chop macam tak best pulak kan. Tak dapat nak rasa makanan lain.


Ini lamb chop


Ini namanya spegeti cabonara. Ambe oder ni


Ini lah watak utama dalam misi makan kali ni iaitu ciken chop


Fish and chip


Nasik goreng kampung


Kekaguman melanda bila terlihat restoren ala-ala ekslusip ini menggunakan sos Aminah Hassan. Jarang sekali kejadian seumpana ini hamba temui. Memang rare


Sesi ngap bermula


Ngap ngap

Lapan lagi

Lepas ni kita berjumpa di restoren Jepun O-Shima pula. Dah tau dah Oasis 9 di Seksyen 9 kat mana. HQ dia kat Seksyen 26. Yipeee

Tak de sapa ke nak bukak restoren Korea halal kat Shah Alam ek? Dekat sikit teman nak gi melantak bulgogi ke atau kimbab semida ke atau nasik arang ke

Photobucket