Showing posts with label My 2 sen. Show all posts
Showing posts with label My 2 sen. Show all posts

Thursday, November 07, 2013

Pengalaman bank minta penyata KWSP di tengah jalan



Hari Jumaat lepas dan lepas saya ke Emkop Mall di PJ untuk membeli barang. Selesai adegan membeli barang perut merayu mintak di isi. Dah lama tak makan di Resepi Rahsia, maka saya pon membuat pilihan untuk makan petang di situ. Lagi pun kalau nak balik itu jam sekitar jam 5.30 petang memang menguji kesabaran sebab kesesakan luar biasa dijangka akan berlaku di Lebuhraya Persekutuan.

Lepas oder makanan saya SMS seorang rakan yang bekerja di bangunan bersebelahan. Malangnya beliau tiada di pejabat. Sudah bergerak ke suatu destinasi pilihannya.

Pasrah la saya...(dengan segalanyaaaa). Kengkonon nak buat seprais  tapi tak menjadi pula.

Selesai makan saya bercadang untuk ke kedai buku yang terletak di tingkat 2.

Sebelum sempat saya meneruskan perjalanan saya menuju ke kedai buku yang popular itu, saya telah disapa oleh seorang pekeja bank yang berjenama "Standed" di pintu masuk Emkop Mall.

"Kakak ada epf tak?" tanya amoi yang manis itu

Saya pon terjawab "Ada."

"Ok ini  teddy bear percuma untuk kakak"

"PERCUMA??? Betul ke? Saya tak percaya lah."

"Betul kak. Saya tak tipu punya."

"Sebab mana ada benda yang PERCUMA sekarang ini di dalam dunia yang fana ini."

"Akak minta IC saya cek kan epf stetmen."

Saya pon akur tanpa banyak cakap. Perut pon dah kenyang. Tapi dalam pala otak dah terpikir mesti dia nak sesuatu daripada saya. 

Ok tak per. Mari kita lihat sapa yang kenaaa...

Lepas tu dia tunjuk saya risalah mengenai kredit kad keluaran bank tersebut.

"Kalau akak kolek poin sekian sekian... bla bla bla... u boleh pergi luar negara" sambil menunjukkan tempat-tempat menarik luar negara yang boleh saya kunjungi.

"Akak u ada pakai kredit kad?"

"Takde. Saya sudah tutup semua kredit kad sebab tak mampu nak berhutang lagi" jawab saya

"Akak u ada bisnes kad?"

"Takde" jawab saya

"Ok tak pe kak, u duduk dulu. Tulis nama kompeni dan telefon sini" amoi itu menghulurkan saya sebuah buku untuk menulis.

Belum sempat saya menulis nama kompeni, saya lihat dia potostat IC saya.




"Eh kenapa fotostat saya punya IC?"

"You jangan risau kak, saya cop palang IC kak" amoi itu pon cop palang 2-3 bahagian di IC fotostat saya.

Cop palang itu berbunyi "For the use of bank jenama Standed only"

Saya pon bersetuju dengan tindakan dia memalang IC fotostat saya sambil berkata, "Aaa IC fotostat pon tak boleh simply bagi sapa-sapa sebab boleh berlaku penipuan dan pemalsuan."

Kemudian dia cop palang penyata KWSP saya pula.

"Eh kenapa awak cop epf saya pulak?"

"Oh ini untuk bank punya."

"Kenapa bank nak epf stetmen saya?"

"Bank nak tengok tiap bulan majikan ada buat pemotongan epf tak."

Dari sini saja sudah boleh kesan sesuatu yang tak kena bakal berlaku tanpa rela.

Saya tanya lagi,

"Kenapa bank nak tahu?"

"Bank nak tahu betul ke majikan ada buat pemotongan."

Aik jawapan yang sama diulang.

"Saya rasa bank tak perlu tahu. Cukup sekadar saya tahu dan saya BAHAGIA sudah cukup" kata saya lantas bangun dan mengambil kembali salinan IC dan penyata KWSP saya.

Ya saya tercakap "bahagia". Ala-ala romatis gitu. Pasangan bahagia... kekeke

"Minta maaf. Saya tak boleh bagi epf stetmen saya" kata saya senyum sambil menepuk-nepuk lengan tempat BCG nya itu. Ketika itu dia memakai kemeja tidak berlengan.



Teddy bear percuma tadi juga saya tidak ambil.

KAN. Mana ada benda percuma dalam doniya sekarang. Sabsidi kena tarik balik lagi ada.

Wajahnya tampak kuciwa sebab tak dapat menambah komisyen barangkali.

Saya lantas berjalan laju menuju kedai buku di tingkat atas. 

Bagi meraikan rasa puas hati sebab berjaya ambil balik penyata KWSP, saya telah membeli 3 novel yang muka suratnya lebih dari 1000 muka surat. Huhu



Puas hati!

*Yes! Yes! Yes! Say it again. I’m the best, I’m the best, I’m the best!* (Salah satu lirik lagu pilem Shahrukh Khan yang dia perasan dia best)

Ketika itu saya juga perasan saya best sebab tidak termakan umpanan sebijik teddy bear percuma yang berkebolehan mengumpul habuk itu. Hihihi

Ok moral of the stori

1. Pesen begini pulak kah bank nak paksa kita amek kredit kad?

2. Ini pertama kali saya mengalaminya. Mujur saya cepat bertindak. Jika saya tidak ambil kembali penyata KWSP itu, ada malam hari saya tak boleh tido memikirkan hal ini.

3. IC / kad pengenalan asli atau salinan kita tidak boleh sewenang-wenang diberi kepada pihak ketiga seperti yang penah saya tulis sebelum ini. Antara IC dan ID . Salinan IC juga mesti dipalang.

4. Penyata KWSP juga pada saya tidak boleh diberi kepada pihak ketiga sewenangnya sebab ianya P&C. Pada saya lah. Melainkan atas urusan peribadi yang berkaitan.

5.  Pihak bank boleh menjual info peribadi kita kepada pihak lain. Seperti yang pernah kupas oleh sedara Mazidul di  SINI

Sekian kisah pengalaman saya.  

Saya akhiri dengan pantun dua kerat

Kalau nak buat paspot atau IC
Pergi la ke UTC

Friday, February 22, 2013

Amaran kepada Guru


Kisah 1


  

BUTTERWORTH: A father claimed his daughter suffered emotional distress after she was allegedly caned and sent out of class by a female teacher for failing to complete her homework.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, said his daughter, Year Six pupil Nur Emilia, 12, had since refused to return to school because the teacher had allegedly also told her to fill up a transfer form and move to another school.

“The teacher contacted me at 9.30am on Friday to say my daughter had returned home for failing to finish her homework,” he said, adding that Emilia did not come home although their house was less than 100m away from the school.

“I later found her crying in the village. She didn’t tell me what had happened until her friend, who dropped by, related the incident to me,” Syahrul Asmawi, a self-employed, said here yesterday.

He lodged a police report on Tuesday.

Penang education director Tarmizi Kamaruddin said he had ordered the school head to investigate the allegation.

“Maybe, the teacher was overcome by emotion. However, it is against teaching principles to send pupils out of class for they have the right to remain in class to learn,” he added. — Bernama


(The Star  Thursday February 14, 2013)


Tak buat kerja rumah, kena rotan dan di hantar keluar kelas lantas distress. Bapak buat laporan polis. Bapa berumur 35 tahun.
 
Lemah sungguh antibodinya. Distress segalak.


 
Kisah 2



Suruh anak dia duduk rumah belajar dengan fesbuk & tuiter.



Kisah 1 kenapa saya tuliskan umur bapanya 35 tahun?

Sebab lebih kurang seusia saya. Remaja 30an hehehe

Nombor IC pangkal 7.

Bagaimana persekolahan kita dulu?

Saya pernah kena rotan kat tangan sebab tak siap kerja rumah Geografi. Masa ni Tingkatan 4. Tingkatan 4 uols. Malu gila. Sebab jatuh la saham kena rotan depan boipren. Ahaks.

Pernah berdiri atas kerusi dan kena cubit kat perut sebab tak hafal ayat Kursi. Sampai sekarang kalu baca ayat Kursi saya akan ingat wajah Ustazah saya. Masa ni darjah 6

Dan di mana saya sekarang?

Di sini lah saya sekarang hasil didikan cekgu yang merotan dan mencubit bila saya buat salah.

Tak pernah mengadu dekat mak bapak sebab bukan kena beking dengan mak bapak, lagi kena bahan ada.

"Padan muka kau. Sapa tak suruh buat homework. Pukul dia lagi cekgu"

Sebab mak bapak kita dulu sangat menghormati guru, walau tak sekolah tinggi.

Mak bapak saya tak sekolah tinggi.

*Sekolah Melayu pass darjah 4, lepas tu tak sekolah sebab Jepun attack Malaya*

Tapi kegigihan mereka untuk pastikan kami mendapat ilmu yang baik-baik sangat tinggi. Dapat tahu kat mana ada cekgu tuisyen garang, kat situ la kami adik beradik akan dihantar. Cekgu tuisyen ni kalau tak hafal  sifir dia akan lempang anak anda. Anda mampu hantar anak anda kat sini?

Mak bapak sekarang?

Sekolah tinggi sampai masuk unibersiti, tapi pandang profession cekgu ni rendah dan bawahan. Mentang-mentang dia kerja best.

Tak semua mak bapak macam tu. Tapi yang kita nak citer ni mak bapak yang kekwat tu.

Sebelum dapat kerja best, dulu penah kena rotan dengan cekgu tak?

Interbiu la bekas-bekas pelajar sekolah yang sekarang dah kerja best-best. Apa sumbangan dan jasa guru kepada mereka? Ada ke tak de?

Biasa ucapan terharu dari bekas pelajar ini kita akan dengar sewaktu tiba Hari Guru.

"Terima kasih cekgu kerana merotan saya dulu"

"Terima kasih cekgu sebab bla bla bla kalu tak cekgu denda saya dulu saya tak jadi macam ni"

Tapi zaman sekarang bila cekgu denda anak sikit, dah macam-macam amaran keluar. Hantar mesej kat surat kabo.

Bila dah beso nanti agak-agak anak itu akan jadi apa?

Adakah akan sama dengan masa depan kita yang pernah dirotan, dicubit, berdiri atas kerusi, di arah berdiri luar kelas sebagai denda?

Padahal kita telah melalui pengalaman itu dan hasil nya kita telah tahu macam mana.

Kalau tak belajo dari pengalaman, tak tahu lah Senah oii.

Mengaku la jika anak kita berada di tempat yang salah. Tak perlu mem-beking dia sehingga akan merosakkan masa depan anak dan menjadi seperti Sazali.

"Ini semua salah bapak. Bapak telah membesarkan Sazali secara meng-khinzir buta"

Ujung-ujung anak akan salahkan mak bapak juga.

Jadi di manakah silapnya?

Adakah ...

1. Mak bapak terlalu sayang kat anak sampai tidak boleh disentuh oleh orang lain. (Sayang yang boleh merosakkan masa depan anak)

2. Mak bapak memandang rendah profession guru dan tak hormat guru. (Tak berkat kehidupan tak hormat guru. Tahu tak ni?)

3. Mak bapak tak ajar anak hormat  guru. ("Boi, kalau cekgu marah kau, cakap kat papa. Nanti papa saman dia. Come to papa, come to papa")

4. Mak bapak kekwat, eksyen, berlagak sebab kerja sedap dan gaji beso dari guru. (Tak sedo diri padahal guru la  yang didik dia sampai dapat keje gaji beso.)

5. Anak-anak zaman sekarang banyak sangat makan makanan segera sampai antibodi jadi lemah dan mudah stress bab sekolah. (Tapi cuba bagi dia Ipod, Ipad, Ipon, dan suruh dia berfesbuk doploh pat jam, konpem sihat walafiat dan tak stress langsung)

6. Kebanjiran warga asing yang mengganggu tumpuan pelajaran anak-anak kita. (Belajo malas, buat homework malas tapi rajin lari ikut boipren Nepal dan Lombok)

7. Penularan gejala k-pop yang semakin menjadi-jadi menyebabkan anak-anak tidak minat belajar tapi mahu menjadi retis ala k-pop. (K-pop jugak yang salah. Padahal retis k-pop ni cari makan cara dia. Yang kita mendewa dewikan sapa suruh. Nak minat, minat la tapi belajo kena la pandai dan rajin. Arasso?)

8. Profession guru merupakan pilihan terakhir dan pilihan terpaksa selepas pilihan nak jadi jurutera, dokter, arkitek, loyer, mejistret, wakil rakyat di rijek sebab tidak memenuhi piawai. Jadinya guru bekerja dengan terpaksa, tidak ikhlas dan pantang tengok pelajar bermasalah nak di bantainya.

9. Lagi satu tolong lah jangan cakap,

"Saya kenal sapa anak saya. Anak saya takkan buat macam tu"

Antara skrip bila anak hilang atau ghaib. Salahkan penculik, padahal anak lari ikut jantan.

Anak-anak ni pandai berlakon. Pandai menipu. Depan kita pijak semut tak mati. Alah macam kita menipu mak pak kita masa zaman remaja kita dulu. Tipu sunat.

Antara lakonan yang paling superb sekali, anak remaja nya mengandung luar nikah tapi mak bapak boleh tak perasan. Terer tak anak itu berlakon?

10. Sistem edukesyen kita yang asek bertukar-tukar bila tukau menteri pelajaran sampai pelajar dan guru jadi stress dibuatnya.

11. Ini semua salah syaiton yang direjam yang asek menggoda anak Adam melakukan kemungkaran!