Thursday, April 05, 2012

Antara IC dan ID




Hari Sabtu lepas saya ke IJN melawat seorang bapa rakan yang sedang sakit. Dan bapa itu telah mengadap Ilahi pada hari Selasa lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. 

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah prosedur melawat di IJN. Ini pertama kali saya ke IJN. Bersama saya ialah mak saya yang telah kali kedua melawat di IJN. Disebabkan kali kedua ke IJN maka mak saya ada sedikit eksyen sebab dia dah tahu serba sedikit prosedur melawat di IJN, naik lif ikut mana, wad ICU belah mana etc etc. 

"Kena bagi IC kat kaunter lepas tu pak gad itu akan bagi pas melawat" kata mak saya

Kami pon bagi IC dan cakap nama wad segala. 

Dalam perjalanan menuju ke lif saya bersembang dengan mak, "Mak, mana boleh bagi IC, nanti depa salah guna, fotostat lepas tu pinjam duit Along kang kita yang kena bla bla bla dan sebagainya"

"Betul jugak kan. Nanti balik kang kita tanya" jawab mak saya. 

Selepas selesai melawat kami pon turun ke bawah untuk memulangkan pas lawatan dan mengambil kembali kami punya IC. 

Selepas mendapat kembali IC-IC kami, mak pun tanya pada pak gad itu, 

"Boleh tanya, kenapa mintak IC ek?"

Sekali pak gad itu pun menjawab, 

"Saya tak mintak IC, mak cik yang bagi saya IC. Saya mintak ID" pak gad itu menjawab dengan nada sedikit angkuh memberi maksud tersirat yang kami boleh faham iaitu bahawasanya sekiranya berlaku apa-apa seperti contoh kehilangan IC kami, jangan ada hati nak tuduh dia bawak lari IC itu, dia tidak bertanggungjawab sebab dia TIDAK mintak IC. Dia mintak ID. Pelawat yang sukarela memberi IC nya itu. Adoyainya pun.



Menggolek dulu sebelum ke IJN

Kami bagi IC sebab mak kata sebelum ni dia pegi IJN pon dorang mintak IC. Lepas tu kami tengok ramai orang tinggal IC jugak. Maka kami pon folo jugak la tanpa berfikir panjang. Lepas bagi IC baru dapat fikir panjang. 

"ID tu apa?" tanya mak saya

"Pengenalan diri macam lesen memandu ke..."

"Ooo ok terima kasih" saya menjampuk dan terus tarik mak sebelum mak saya meng-argue dengan lebih lanjut sebab mak saya ni memang minat ber-argue untuk mendapatkan hal sebenar selagi dia tak berpuas hati. 

"Habis kalau orang tua yang dah tak de lesen memandu nak bagi apa?" bebel mak masa we all jalan nak ke kereta.

Bagi pelempang je mak. 

Ok acah jew :P

"Buatnya masa kita tinggal IC tu tiba-tiba bangunan terbakar, tak sempat nak amek IC macam mana?" mak sambung bebel. 

"Tu la kan, nak kena komplen dorang ni. Apa pasat nak melawat orang sakit pon nak kena tinggal ID/IC segala?"

Lantas kami terus bersegera ke tempat letak kereta sebab Maryam dah bangun tidur dan telah sukses menghasilkan seswatuh. 

Masuk dalam kereta Ya Allah, bau telur rebus sekuat alam. Alkisahnya, Maryam berak bau telur rebus sebab pagi tadi dia makan terus rebus separuh masak. Perghh bau dia. Pakkal je la anak sendiri kan kekeke

Sebenarnya perkara yang ingin saya bangkit kan ialah mengenai memberi IC atau meninggalkan IC kita pada pihak ketiga. 

Apa yang telah membuatkan saya berfikir panjang sikit akan perkara ini selepas membaca entri ini 


Mohon baca uols. 

Selama ini saya pon tak berapa ambil berat atau kisah sangat mengenai hal ini. Orang mintak original IC terutama kalu pegi perumahan yang ber-pak gad ni. Yang nak kena amik pas pelawat. Guard akan mintak IC, kita pon kasi. Mungkin ID boleh kasik tapi kita dah terbiasa bagi IC kan. 

Orang mintak fotostat IC 2-3 salinan pon saya akan kasik tanpa berprasangka buruk. Dalam hati kata alahh setakat fotostat IC apa yang dorang boleh buat. Sebab kalu buat urusan rasmi mesti dorang nak tengok original IC jugak. 

Namun selepas membaca entri tersebut, saya rasa saya kena amik kisah akan hal ini selepas ini. Kalau dorang mintak IC, cakap tak boleh. Kita kasik ID saja (seperti contoh lesen menandu atau kad pengenalan diri yang lain). Saya rasa kalu student mungkin bole bagi kad student. Kalau yang ada kad perniagaan direct selling boleh bagi kad itu. Janji ID yang ada gambo dan butir-butir mengenai diri kita. Rasanya la. 

Manakala jika IC itu dalam bentuk fotostat, IC itu hendak lah dipalang dan ditulis "Untuk kegunaan blog waiem sahaja" (Contohnya)

Waima nak perbaharui lesen kewangan juga kementerian suruh palang salinan IC itew.




Akhir kata ya sedara sedari cikebum cikebum, 

Mungkin kita boleh simpulkan atau andaikan bahawa kata-kata pengawal atau staf IJN itu kita boleh anggap sebagai ungkapan bukti penting bahawasanya pemberian IC kepada pihak ke-3 adalah sama sekali tidak boleh dan berisiko tinggi. 

Kalau kita nak bagi jugak, jawabnya sendiri yang tanggung lah. 

Bayangkan suatu hari tiba-tiba rumah kita kena simbah cat merah dari Along sebab tak bayau hutang. Padahal kita takde buat pinjaman dengan Along. Al-kisahnya orang lain yakni pihak ke-3 yang telah menpergunakan IC kita untuk buat pinjaman. 

Moral of the stori, selain IC bawak la juga ID anda kemana jua anda pergi. 

P/S : "ID" tu apa sebenonya? Identiti Diri kah?

Sekian. 

No comments: