Monday, April 09, 2012

JJCM @ Rosdet


Malam Sabtu lepas we oll pergi makan di luar disebabkan ada tetamu dari JB datang. Kepala otak ni cuma ada 1 tempat makanan Siam yang nak direkemen iaitu restoren Rosdet yang terletak di Chokit. Jalan apa saya lupa tapi landmark dia dekat dengan ofis Novelle Visage kepunyaan arwah Datuk Sosolawati.

Pegi hujung minggu meja semua penuh. Kena tunggu giliran daa.


Udang goreng kunyit. Benda ni yang buat hati tertarik menarik de boom. Simple je masakan dia tapi sedap sehingga kulit udang pon kunyah juga sebab rangup.


Kerabu sotong. Pilihan adik saya. 1st time makan. Sedap juga


Kerapu stim halia. Sedap juga.


Tomyam seafood. Kureng sedap kata adik ambe. Pekat sangat katanya. Kalau saya yang datang makan bersama cik asben, kami tak oder tomyam. Sebab tomyam ni kan berkuah nanti perut cepat penuh hehe. Saya cuma oder udang kunyit, ikan stim dan sayur. Sudah memadai. Sambal belacan dia pon power.

"Licin licin...macam kepala bapak mertua aku jugak"

No comments: