Friday, April 13, 2012

Tips mengelak PTPTN jika...




Orang lain dok komplen, carut, sentap mengenai PTPTN ni, di sini saya ingin berkongsi tips bagaimana anda bole mengelak dari membuat pinjaman sewaktu belajar bagi golongan student yang mak pak dia tak berapa nak kaya sangat yang boleh sponsor duit belajar selain membuat pinjaman PTPTN macam saya ini. Sebab sekarang ni tengah hangat tentang isu ini di beberapa blog yang saya baca oleh penulis blog merangkap peminjam PTPTN. Jadik saya pon nak menyampuk jugak la sikit hehehe

Untuk melaksanakan tips ini, ada beberapa syarat yang perlu ada dalam diri anda. 

Anda mesti ada semangat juang yang tinggi dan anda mesti ada semangat belajar yang tinggi hingga ke titisan peluh yang terakhir. Pendek kata tinggi-tinggi belaka la semangat yang anda kena ada. Setinggi KLCC hehe. Tanamkan semangat Malaysia Boleh dalam diri anda. Ini hasil sampingan dia yang tidak ternilai. Jika anda berjaya melepasi cabaran dan dugaan di tahap ini, Insya Allah, apa jua jenis cabaran dan dugaan yang muncul selepas itu terutama sewaktu di alam pekerjaan, anda mampu menangkisnya. Adek bradek dengan tagline "Anda mampu mengubahnya" hehehe

Kesian jugak kan muda-muda lagi korang dah menanggung beban hutang. Tak dapat nak joli duit gaji. Tapi masa dapat duit PTPTN dulu ada yang dah menjoli kan...kan. Haa sekarang ni merasa la membayo nya pulak hehe

Nanti di alam pekerjaan, beban hutang piutang lain pulak yang akan muncul. Hutang kredit kad, hutang kereta, hutang rumah, hutang personal loan, hutang kotmemot, hutang AEON dan sebagainya.

*Orang beli sofa baru, dia mau sofa baru. Orang beli tv baru, dia mau tv baru* :P

Zaman ambe belajar dulu takde PTPTN u ols. Aigoo betapa kertunya diri ini...kekeke

Dulu perkataan PTPTN ni pon saya tak tahu. Apakebenda yang yang orang dok bising pasal PTPTN, PTPTN ni. Sebab masa kita belajar dulu guna duit sendiri. Hasil titik peluh sendiri. Nak meminjam takut tak mampu nak bayar. Sebenarnya pernah jugak buat pinjaman masa buat diploma dulu masa belajar di ITM. Sejak pada tu macam serem dah meminjam dah. Bab nak membayo tu yang payah. Bab menjoli memang senang kan. Hehehe. Padahal jumlah pinjaman bukannya banyak pon. Cuma RM3000. Tapi taim tu RM3000 dah macam beso sangat dah. 

Pinjaman di buat dengan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Masa tu pinjaman dengan yayasan pelajaran negeri yang femes sekali kot. 

Masa diploma di akhir semester Part 6 ramai la rakan-rakan sekelas yang sudah mula isi borang untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat gedeban…advance daa. Zaman dulu panggil advance. ADIA. Advanced Degree in Accounting

Ambe dan 2-3 rakan yang tak mampu nih hanya tersengih melihat rakan-rakan giat mengisi borang sambung belajar. 

"Peah (bukan nama sebenar), ko tanak further study ke?" saya tanya seorang kawan yang dok relek tak isi borang

"Aku ingat aku nak keje dulu la. Lepas tu nanti sambung belajar. Kalau sambung belajar la ni, mana aku nak cekau duit. Hang pon tau family aku macam mana"

"Eh aku pun nak ikut macam hang la. Nanti kita further study sama-sama ek"

"Ok set"

Maka saya dan sahabat saya Peah pon meng-setkan diri untuk sambung belajar selepas setahun bekerja. Peah kemudian balik kampong di Parit Buntar dan saya balik ke Johor Bahru selepas tamat pengajian di Mache Klate. 

Selepas setahun, kami bertemu di Shah Alam untuk bekerja dan sambung belajar dengan izin Allah. 

Cabaran pertama, tentangan pertama daripada mak. 

"Kau buat apa nak sambung belajar lagi. Keje dah elok-elok nak berhenti. Pi KL sana. Nak dok dengan sapa kat sana? Kau tahu tak kat KL tu...bla bla bla...kota metropolitan...ramai orang jahat" mak memulakan mukadimah syarahan nya. 

Tambahan kena cucuk dengan pakcik, adik kepada mak, "Awak bagi si waiem tu dok keje kat KL????? Kang jadik apa-apa kang. Dia tu pompuan. Dok kat KL kalo tak ya ya sangat, lain jadiknya"

Tambah mak susah hati. 

"Alah mak orang nanti dok sewa dengan Peah. Mak bukan tak kenal dia. Kami dah berjanji nak sambung belajar...bla bla bla...Nabi pon kata belajar la hingga ke liang lahat. Nanti mak datang la melawat kami" saya memberikan hujah-hujah saya pula. 

Apa pon restu mak bapak nombor satu dalam membuat apa juga benda. Setelah di pujuk dengan hujah-hujah yang bernas, akhirnya mak dan ayah mengizinkan saya merantau ke Kolumpo sorang diri. Sorang diri u ols. Nasib baik saya tak de jumpa dengan mana-mana bapak ayam yang menawarkan keje yang lumayan sebab saya tak de lepak kat bus stop bila sampai KL macam adegan dalam citer Melayu. 

Pertama kali sampai bandar besar dari kampong mesti tersesat kat bus stop. Nanti ada brader tegur nak pegi mana cik adik. Cik adik pon jawab baru sampai dari kampong. Tak tahu nak pegi mana. Lantas brader tu pon tumpangkan cik adik itu di rumah nya atau rumah kawan nya dan kemudian tawarkan keje. Jeng jeng jeng…bermula lah episode baru cik adik itu. Kalau dapat orang yang baik, bermula la episod putih. Kalau tak bermula la episod hitam macam Izzah, kena jual di kelab malam. 

Eh dah melalut pulak aku nih. Kekekeke

Ok dipendekkan citer, penat pulak nak citer panjang-panjang ni. 

Moral of the stori untuk mendapatkan tips nya, selaku akak senior cewahh, saya amat-amat menggalakkan korang adik-adik (yang hadek hadek pon bole jugak) untuk sambung belajar sewaktu tengah bekerja. Belajar part time sambil bekerja jika ada pilihan berbuat demikian. Ahkak dulu buat PLK (Pengajian Luar Kampus) yang mana belajar malam lepas waktu kerja di ITM uoll. Kalau nak buat PJJ pon boleh. (Pengajian Jarak Jauh). 

Kelebihan belajar separuh masa 

1. Gaji dapat, segulung ijazah pon dapat. Bila dah dapat grad, dah ada pengalaman kerja dan boleh demand tinggi. Juga tidak dilupai EPF pon ada

2. Bila anda belajar sambil bekerja, cara jawab soklan pon nampak matang sikit sebab anda bole kaitkan dengan kerja anda. Tak perlu hapal jawapan bulat-bulat dalam buku. Jawab bole hantam saja janji logik dan tak tersimpang dari soklan yang ditanya hehehe

3. Dalam kelas senang tangkap apa yang pensyarah ajar sebab boleh relate dengan keje. Kalu tak banyak pon sikit kaitannya pasti ada

4. Anda akan belajar bersungguh-sungguh tanpa membuang masa sebab guna duit sendiri maa. Guna duit titik peluh sendiri anda akan lebih menghargainya. Duit gaji bayar yuran. Feel dia lain macam banding dengan belajar pinjam duit orang atau mak bapak sponsor. Merasa lah time hujung bulan kena bayar yuran, kena ikat perut. Gaji masa mula-mula masuk keje baru berapa sen la dapat. Nak bayar duit sewa rumah lagi. Memang perit, terbelit dan sembelit.

5. Bila time grad tu perrghh, memang hepi giler dan bersyukur sesangat. Lantas air mata kegembiraan menitis membasahi bumi. Segala penat lelah, usaha, keringat, duit yang dilaburkan berbaloi. Grad tanpa fikir beban hutang PTPTN nak bayar selepas tu.Yipeeee

Tatapi, lekin lekin (cakap industan jap). Tapi sebelum anda bole kecapi kebahagian itu semua, ada berapa cabaran yang perlu anda tempuhi. Ada beberapa perkara yang perlu anda korbankan. Biasalah kan, bak kata pepatah, kejayaan tidak datang bergolek, duit pon tak de jatuh sendiri dari langit. 

Jika tak kuat semangat bole kecundang ditengah jalan. Ramai jugak rakan-rakan yang berhenti belajar di tengah jalan dengan alasan tak boleh nak bawak, sibuk, masa tak de dan sebagainya. 

Ada yang majikan tak menyokong langsung macam saya. Ye la kan kita baru masuk keje, terus nak mintak cuti panjang. Cuti panjang sebab nak exam. Pernah bos cakap macam ni masa hulurkan borang cuti

"Kalau saya tak benarkan awak cuti, macam mana?"

"Terpaksa la saya repeat paper" sambil buat muka kesian dan sedih. 

Bak kata pepatah lagi, hendak seribu daya. Tanak satu dalih pon dah cukup sebenarnya. 

Di sini kita boleh la mengukur kemampuan fizikal dan mental kita. Di mana kekuatan kita bila menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang. 

Alhamdulillah, segalanya berlaku dengan izin Allah. 

Sekarang ni pon saya telah mula menabung untuk Maryam untuk dia belajar nanti. Kalu boleh tak mo dia pinjam-pinjam. Buat serabut kepala hotak saja. Segala napsu-napsu shopping yang serakah yang tak perlu itu kita tolak ke tepi supaya ada baki sikit untuk menabung pengajian anak-anak kelak. Paling penting ada keberkatan dalam kehidupan yang kita kecapi dan nikmati ini. 

Bak orang selalu kata, gaji beso mana pon kalau tak de keberkatan takkan cukup. Begitu la sebaliknya. 

Macam mana nak carik keberkatan itu, anda tahu sendiri la kan. Semua dah beso panjang, bole fikir sendiri. 

Segala rezeki semua daripadaNYA. Jangan lupa mensyukuri nikmat yang dipinjamkan sementara buat kita. 

Akhir kalam, sekian kisah pengalaman ahkak merangkap bukan peminjam PTPTN untuk renungan adik adik di luar sana dan katakan tanak kepada PTPTN. Hehe




1 comment:

Nakamura Kazuki said...

panjangnya noona... hahaha good advice ... tambah skit lg ... klu family susah juga tapi nak blaja tinggi juga takpa bleh ambik ptptn tapi score 1st class insyaallah convert scholarship... tp time ni semangat juang kina tinggi mcm gunung everest klu tak still bayo utang juga