Showing posts with label Nodame Cantabile. Show all posts
Showing posts with label Nodame Cantabile. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Nodame Cantabile - Lesson 2

Episod 2 ini berkisar pada :

1) Chiaki nak tukar fakulti dari piano ke Conduktor 

2) Nodame dapat sertai S-Oke sebagai mascot sebab dalam orkestra mana ada piano daa

3) Nodame dan Masumi (yang rambut afro tu) berlawan siapa dapat ngedate dengan Chiaki sebab masing-masing menaruh hati terhadap Chiaki

4) Hujung-hujung Chiaki dilantik sebagai Conduktor S-Oke


 Strezeman (stress tengok dia nih huhu) seorang Conduktor yang boleh tahan miangnya
 

Strezeman menolak  permohonan Chikai untuk menukar falkulti

"Kenapa kau tidak terima prmohonan aku untuk masuk ke fakulti Conduktor haa?" tanya Chiaki

"Sebab aku tak suka kau" jawab Strezeman

"Aik itu saja ke?"

"Suka hati aku la. Jika satu orang aku tak suka, segala benda berkaitan dengan dia aku tak suka. Paham!! Sebab aku adalah Conducting Professor"


Chenta pandang pertama Masumi terhadap Chiaki. Siap pake klip rambut munga lagi huhu 


Yang rambut kuning tu nama dia Mine, seorang pelajar violin yang berjiwa rock. Dia akan jalani satu exam di mana dia harus  bermain violin dengan iringan piano dan dia terjumpa lah dengan Nodame. Tapi di kala itu Nodame takde mood sebab cinta nya bertepuk sebelah tangan. 

Bila tengok Nodame takde mood dia cuba untuk menyelesaikan masalah Nodame. Mine pon teropong sapa  yang telah membuat Nodame sedih.

"Apaaa kau suka Chiaki? Kenapa kau suka lelaki yang seperti itu Nodame?"

"Kau apa tahu hati dan perasaan aku. Tolong lah aku"

"Baik lah"


Mine mencadangkan supaya Nodame dan Masumi berlawan sapa dulu yang dapat ngedate dengan Chiaki. 

Siapa yang berjaya maknanya dia cempien. 

*Do mati dulu. Minah yang mati dulu*


Masumi berjaya menarik Chiaki untuk menyaksikan orkestra yang mana dia selaku pemain timpani ada perform dalam tu, dengan hasrat perasaan kuch kuch hota hei dia dapat sampai kepada Chiaki yang berada di dalam dewan itu. Haha


Manakala Nodame pula berpakaian seperti Marilyn Monroe untuk mengorat Chiaki. Seperti selalu Nodame gagal menambat hati Chiaki


 Chiaki menunjukkan kepada Mine bahawa dia juga reti menggesek violin


Pada hari Mine akan menduduki exam penting (yang tah kali ke berapa gagal)  Nodame jatuh sakit justeru tidak dapat mengiringi persembahan Mine. 


Terpaksa lah Chiaki mengambil alih posisi Nodame secara bidan terjun


Sementara di dewan, S-Oke sedang  menjalani latihan dan sedang menunggu Conduktor Strezeman. Tapi orang lain yang muncul


"Apaaaaaaa....(diselang seli sound efek guruh tanda terperanjat yang amat sangat)
 
...aku akan jadi Condokter orkestra ini...?

Kwang kwang kwang

Bersambung....


Nodame Jepun vs Korea 

Kawaiiii

Monday, September 29, 2014

Nodame Cantabile - Lesson 1

Ok throwback ribiu sikit huhu

Ribiu ni nak kasi represh memory mengenai drama ni sebab tak lama lagi versi remake Korea akan keluar. Akak dah lupa kisah sebenar dalam drama ini. Ingat secara am je. Pasal pelajar muzik di sebuah kolej muzik. Kemudian mereka tubuhkan orkestra kemudian ending dia mesti happy. Kemdian bersambung pulak ke drama Special, mereka melanjutkan pelajaran di Eropah. 

Dan paling tak boleh lupa raut wajah hero dia hahaha

Drama ni dulu saya tengok 3 kali kat dvd sebab konduktor dia punya pasal huhu. Lepas tu baru jumpa yang versi donlot yang mana saya lebih suka simpan koleksi yang donlot banding dengan DVD.

Ribiu terdahulu kat SINI  

Peh...7 tahun dah usia ribiu yang lepas. Hehehe 

Drama dia tak guna episode2. Tapi guna Lesson. So kita ke Lesson yang pertama. 



 
Intro dimulakan adegan di Prague di mana Chaki-senpai (waktu kecil) telah menonton sebuah orkestra yang di konduk-kan oleh konduktor pojaan beliau iaitu Viera-sensei. Dari situ dia telah menyimpan satu cita-cita untuk menjadi Conduktor juga bila dah besar.

 Tapi beliau sering mengeluh, 

"Kenapa aku harus berada di sini (Jepun)??? Sejak dari kecil aku telah menyaksikan persembahan orkestra bertaraf dunia di serata dunia. Kenapa aku masih berada di sini juga? Adakah aku sayang untuk meninggalkan sushi dan bento? "

Sebab untuk menjadi seorang Conduktor yang berjaya dan bertaraf antarabangsa, pengalaman harus ditimba di Eroprah. Kalau setakat di Jepun tak berkembang sangat bakat Conduktor beliau. 

Al-kisahnya beliau mempunyai masalah fobia menaiki kapal terbang. Sewkatu kecil kapal terbang yang dinaiki pernah mendarat cemas dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan hingga dewasa. 

Naik kapal laut? Beliau jugak fobia sebab pernah lemas. Jadinya, tak kemana lah dia. Terperok saja di Jepun. Melainkan kalau dia pelajari ilmu ghaib. Pejam mata baca-baca jampi serapah terus boleh sampai ke Eropah dengan skali plinggg.

Bapa dia merupakan seorang pemain piano yang terkenal. Lepas parents dia bercerai, dia ikut mak dia balik dok Jepun.


Walaupun dia pelajar jurusan piano tapi dalam senyap-senyap dia mempelajari ilmu Conduktor. Hal ini disedari oleh pensyarah kelas piano beliau. Pensyarah itu sangat garang. Masuk kelas dia bawak pe-libas. Bukan rotan, macam bentuk kipas tangan yang besar, sekali libas boleh terpelanting jugak Chiaki.

"Chaki, kenapa ko belajar score Conduktor ni? Ko nak jadi Conduktor ke? Ko jangan nak berangan la. Abes kelas piano ko ni macam mana? "

"Watashi sudah bosan masuk kelas ko Eto-sensei. Ngajor terjerit terpekik macam Along mintak hutang. Sensei tau tak, gaya ngajor macam ni ada harapan kertas periksa bocor. Kami ni umpana cempedak di luar pagar, kalau salah tolong tunjukkan kami. Bukan herdik kami Sensei" Chiaki bagi sedas dua kepada pensyarah itu.



"Walaupun aku belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi Conduktor yang professional, tiada gunanya"

"Kau ni loser. Aku benci loser macam kau walaupun kau kacak. Mulai harini kita putus" kata teman wanita nya. 



Lantas Chiaki minum wine itu sebab kuciwa putus cinta dan keesokan pagi nya bila tersedar dia berada di dalam longgokan sampah sarap. 

Al-kisahnya dia berjiran dengan pelajar satu kolej dan pelajar itu sangat pengotor. Dan nama pelajar itu ialah Noda Megumi atau nama glamer dia Nodame. 


Manakala di kolej Chiaki sering menjadi sebutan ramai kerana ke-tereran dia bermain piano. Dah la terer main piano, kacak pulak tu. 

Yang meminati dia termasuk la golongan hadek-hadek berambut afro itu.


Satu hari Chiaki telah ditugaskan untuk menjalani latihan piano berdua. Duo berpiano dan partner dia ialah Nodame. 


Chiaki bertambah kuciwa dan geram kerana pada dia Nodame bukan level dia untuk digandingkan bermain piano. Boleh tahan eksyen jugak Chiaki-senpai ni ala-ala diva hamboi hamboi hamboi yang asek dok gebang level dia bila kena tegur huhu

Mereka kena perform Mozart punya masterpiece yang melibatkan 2 piano.

"This is the only piece for two pianos that Mozart composed in his whole lifetime"



Kemudian pada satu hari lain, telah datang ke kolej seorang tua yang misteri ni (yang baju merah itu). Identiti dia misteri. Dia curi-curi hendap kelas muzik dan snap gambar pelajar. Tah macam mana Nodame telah membawa beliau pergi ke rumah Chiaki-senpai untuk menjamu selera. Hal ini lagi mendatangkan amaroh kepada Chiaki. Memandai bawak masuk stranger ke dalam rumah. 

Sewaktu di dalam rumah orang tua itu telah ternampak buku nota Conduktor kepunyaan  Chiaki.

"Kau nak jadi Conduktor?" tanya dia kepada Chiaki

"Suka hati aku lah nak jadi apa pon" jawab Chiaki yang baru lepas memasak sebab tu pakai apron merah

"Kau tungguuu. Aku akan realisasikan impian mu. Realitinya di sini..pada aku" kata orang tua itu di dalam hati


Chiaki-senpai bagi tips pada Nodame untuk , kalau tak boleh hafal dengan melihat not muzik, hapal menggunakan telinga. 

Itu lah kelebihan Nodame, belajar menghapal main piano menggunakan telinga saja.


Dalam pada tengah mengajar Nodame, Chiaki-senpai tiba-tiba mendapat kesedaran bila tengok Nodame monyok. Monyok sebab Chiaki garang.

"Dulu aku tak suka orang ajar aku marah-marah tengking-tengking, tapi sekarang aku pulak yang mengajar Nodame dengan cara yang sama. Macam cara Along mintak hutang. Oh Tuhan ampuni la aku"

Kannn. Mujur tersedar. Kita tak suka orang ajar kita marah-marah tapi bila kita jadi cikgu kita pulak marah-marah. 

Kita nak orang hormat kita, tapi dalam masa yang sama kita tak hormat orang.

Kita ingin disayangi tapi dalam masa yang sama, kita benci orang tu, kita benci orang ni. 

Dulu kita suka bila cikgu tak masuk kelas, bila cikgu tak masuk kelas anak kita, kita nak saman cikgu. 



Selepas insaf Chiaki-senpai bagi personal class piano kepada Nodame di rumah. Sedang  gigih mengajar tiba-tiba Chiaki-senpai terbau satu bau yang menusuk hidung.

"Apa yang bau busuk ini?" tanya Chiaki

"Apa dia? Oh rambut aku mungkin dah berbau. Aku hanya syampoo rambut 3 hari sekali"


Tanpa banyak bicara Chiaki  terus angkut Nodame ke dalam bilik mandi dan mandikan Nodame dengan geram. Kekeke

"Apa pasal ko pemalas sangat Nodame? Unta padang pasir pon takde malas macam ko daa"


Dipendekkan citer, Nodame mulai rasa kuch kuch hota heii kepada Chiaki-senpai di atas keperihatinan dan layanan Chiaki-senpai terhadapnyeee.


Berbalik pada citer pokcik tua yang misteri ini, rupa-rupa nya beliau adalah seorang Conduktor yang hebat. Beliau datang ke kolej itu untuk wujudkan sebuah pasukan orkestra yang mana pelajar nya dia yang pilih sendiri. 

"My Oke. With my own choice of students"

Ini sungguh memeranjatkan semua tenaga pengajar sebab pelajar yang terpilih adalah pelajar bawahan yang hampir-hampir kena sorong beg diiringi dengan muzik latar 

*percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnnn*



Versi Korea
Cantabile Tomorrow