Showing posts with label Tamaki Hiroshi. Show all posts
Showing posts with label Tamaki Hiroshi. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Nodame Cantabile - Lesson 2

Episod 2 ini berkisar pada :

1) Chiaki nak tukar fakulti dari piano ke Conduktor 

2) Nodame dapat sertai S-Oke sebagai mascot sebab dalam orkestra mana ada piano daa

3) Nodame dan Masumi (yang rambut afro tu) berlawan siapa dapat ngedate dengan Chiaki sebab masing-masing menaruh hati terhadap Chiaki

4) Hujung-hujung Chiaki dilantik sebagai Conduktor S-Oke


 Strezeman (stress tengok dia nih huhu) seorang Conduktor yang boleh tahan miangnya
 

Strezeman menolak  permohonan Chikai untuk menukar falkulti

"Kenapa kau tidak terima prmohonan aku untuk masuk ke fakulti Conduktor haa?" tanya Chiaki

"Sebab aku tak suka kau" jawab Strezeman

"Aik itu saja ke?"

"Suka hati aku la. Jika satu orang aku tak suka, segala benda berkaitan dengan dia aku tak suka. Paham!! Sebab aku adalah Conducting Professor"


Chenta pandang pertama Masumi terhadap Chiaki. Siap pake klip rambut munga lagi huhu 


Yang rambut kuning tu nama dia Mine, seorang pelajar violin yang berjiwa rock. Dia akan jalani satu exam di mana dia harus  bermain violin dengan iringan piano dan dia terjumpa lah dengan Nodame. Tapi di kala itu Nodame takde mood sebab cinta nya bertepuk sebelah tangan. 

Bila tengok Nodame takde mood dia cuba untuk menyelesaikan masalah Nodame. Mine pon teropong sapa  yang telah membuat Nodame sedih.

"Apaaa kau suka Chiaki? Kenapa kau suka lelaki yang seperti itu Nodame?"

"Kau apa tahu hati dan perasaan aku. Tolong lah aku"

"Baik lah"


Mine mencadangkan supaya Nodame dan Masumi berlawan sapa dulu yang dapat ngedate dengan Chiaki. 

Siapa yang berjaya maknanya dia cempien. 

*Do mati dulu. Minah yang mati dulu*


Masumi berjaya menarik Chiaki untuk menyaksikan orkestra yang mana dia selaku pemain timpani ada perform dalam tu, dengan hasrat perasaan kuch kuch hota hei dia dapat sampai kepada Chiaki yang berada di dalam dewan itu. Haha


Manakala Nodame pula berpakaian seperti Marilyn Monroe untuk mengorat Chiaki. Seperti selalu Nodame gagal menambat hati Chiaki


 Chiaki menunjukkan kepada Mine bahawa dia juga reti menggesek violin


Pada hari Mine akan menduduki exam penting (yang tah kali ke berapa gagal)  Nodame jatuh sakit justeru tidak dapat mengiringi persembahan Mine. 


Terpaksa lah Chiaki mengambil alih posisi Nodame secara bidan terjun


Sementara di dewan, S-Oke sedang  menjalani latihan dan sedang menunggu Conduktor Strezeman. Tapi orang lain yang muncul


"Apaaaaaaa....(diselang seli sound efek guruh tanda terperanjat yang amat sangat)
 
...aku akan jadi Condokter orkestra ini...?

Kwang kwang kwang

Bersambung....


Nodame Jepun vs Korea 

Kawaiiii

Monday, September 29, 2014

Nodame Cantabile - Lesson 1

Ok throwback ribiu sikit huhu

Ribiu ni nak kasi represh memory mengenai drama ni sebab tak lama lagi versi remake Korea akan keluar. Akak dah lupa kisah sebenar dalam drama ini. Ingat secara am je. Pasal pelajar muzik di sebuah kolej muzik. Kemudian mereka tubuhkan orkestra kemudian ending dia mesti happy. Kemdian bersambung pulak ke drama Special, mereka melanjutkan pelajaran di Eropah. 

Dan paling tak boleh lupa raut wajah hero dia hahaha

Drama ni dulu saya tengok 3 kali kat dvd sebab konduktor dia punya pasal huhu. Lepas tu baru jumpa yang versi donlot yang mana saya lebih suka simpan koleksi yang donlot banding dengan DVD.

Ribiu terdahulu kat SINI  

Peh...7 tahun dah usia ribiu yang lepas. Hehehe 

Drama dia tak guna episode2. Tapi guna Lesson. So kita ke Lesson yang pertama. 



 
Intro dimulakan adegan di Prague di mana Chaki-senpai (waktu kecil) telah menonton sebuah orkestra yang di konduk-kan oleh konduktor pojaan beliau iaitu Viera-sensei. Dari situ dia telah menyimpan satu cita-cita untuk menjadi Conduktor juga bila dah besar.

 Tapi beliau sering mengeluh, 

"Kenapa aku harus berada di sini (Jepun)??? Sejak dari kecil aku telah menyaksikan persembahan orkestra bertaraf dunia di serata dunia. Kenapa aku masih berada di sini juga? Adakah aku sayang untuk meninggalkan sushi dan bento? "

Sebab untuk menjadi seorang Conduktor yang berjaya dan bertaraf antarabangsa, pengalaman harus ditimba di Eroprah. Kalau setakat di Jepun tak berkembang sangat bakat Conduktor beliau. 

Al-kisahnya beliau mempunyai masalah fobia menaiki kapal terbang. Sewkatu kecil kapal terbang yang dinaiki pernah mendarat cemas dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan hingga dewasa. 

Naik kapal laut? Beliau jugak fobia sebab pernah lemas. Jadinya, tak kemana lah dia. Terperok saja di Jepun. Melainkan kalau dia pelajari ilmu ghaib. Pejam mata baca-baca jampi serapah terus boleh sampai ke Eropah dengan skali plinggg.

Bapa dia merupakan seorang pemain piano yang terkenal. Lepas parents dia bercerai, dia ikut mak dia balik dok Jepun.


Walaupun dia pelajar jurusan piano tapi dalam senyap-senyap dia mempelajari ilmu Conduktor. Hal ini disedari oleh pensyarah kelas piano beliau. Pensyarah itu sangat garang. Masuk kelas dia bawak pe-libas. Bukan rotan, macam bentuk kipas tangan yang besar, sekali libas boleh terpelanting jugak Chiaki.

"Chaki, kenapa ko belajar score Conduktor ni? Ko nak jadi Conduktor ke? Ko jangan nak berangan la. Abes kelas piano ko ni macam mana? "

"Watashi sudah bosan masuk kelas ko Eto-sensei. Ngajor terjerit terpekik macam Along mintak hutang. Sensei tau tak, gaya ngajor macam ni ada harapan kertas periksa bocor. Kami ni umpana cempedak di luar pagar, kalau salah tolong tunjukkan kami. Bukan herdik kami Sensei" Chiaki bagi sedas dua kepada pensyarah itu.



"Walaupun aku belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi Conduktor yang professional, tiada gunanya"

"Kau ni loser. Aku benci loser macam kau walaupun kau kacak. Mulai harini kita putus" kata teman wanita nya. 



Lantas Chiaki minum wine itu sebab kuciwa putus cinta dan keesokan pagi nya bila tersedar dia berada di dalam longgokan sampah sarap. 

Al-kisahnya dia berjiran dengan pelajar satu kolej dan pelajar itu sangat pengotor. Dan nama pelajar itu ialah Noda Megumi atau nama glamer dia Nodame. 


Manakala di kolej Chiaki sering menjadi sebutan ramai kerana ke-tereran dia bermain piano. Dah la terer main piano, kacak pulak tu. 

Yang meminati dia termasuk la golongan hadek-hadek berambut afro itu.


Satu hari Chiaki telah ditugaskan untuk menjalani latihan piano berdua. Duo berpiano dan partner dia ialah Nodame. 


Chiaki bertambah kuciwa dan geram kerana pada dia Nodame bukan level dia untuk digandingkan bermain piano. Boleh tahan eksyen jugak Chiaki-senpai ni ala-ala diva hamboi hamboi hamboi yang asek dok gebang level dia bila kena tegur huhu

Mereka kena perform Mozart punya masterpiece yang melibatkan 2 piano.

"This is the only piece for two pianos that Mozart composed in his whole lifetime"



Kemudian pada satu hari lain, telah datang ke kolej seorang tua yang misteri ni (yang baju merah itu). Identiti dia misteri. Dia curi-curi hendap kelas muzik dan snap gambar pelajar. Tah macam mana Nodame telah membawa beliau pergi ke rumah Chiaki-senpai untuk menjamu selera. Hal ini lagi mendatangkan amaroh kepada Chiaki. Memandai bawak masuk stranger ke dalam rumah. 

Sewaktu di dalam rumah orang tua itu telah ternampak buku nota Conduktor kepunyaan  Chiaki.

"Kau nak jadi Conduktor?" tanya dia kepada Chiaki

"Suka hati aku lah nak jadi apa pon" jawab Chiaki yang baru lepas memasak sebab tu pakai apron merah

"Kau tungguuu. Aku akan realisasikan impian mu. Realitinya di sini..pada aku" kata orang tua itu di dalam hati


Chiaki-senpai bagi tips pada Nodame untuk , kalau tak boleh hafal dengan melihat not muzik, hapal menggunakan telinga. 

Itu lah kelebihan Nodame, belajar menghapal main piano menggunakan telinga saja.


Dalam pada tengah mengajar Nodame, Chiaki-senpai tiba-tiba mendapat kesedaran bila tengok Nodame monyok. Monyok sebab Chiaki garang.

"Dulu aku tak suka orang ajar aku marah-marah tengking-tengking, tapi sekarang aku pulak yang mengajar Nodame dengan cara yang sama. Macam cara Along mintak hutang. Oh Tuhan ampuni la aku"

Kannn. Mujur tersedar. Kita tak suka orang ajar kita marah-marah tapi bila kita jadi cikgu kita pulak marah-marah. 

Kita nak orang hormat kita, tapi dalam masa yang sama kita tak hormat orang.

Kita ingin disayangi tapi dalam masa yang sama, kita benci orang tu, kita benci orang ni. 

Dulu kita suka bila cikgu tak masuk kelas, bila cikgu tak masuk kelas anak kita, kita nak saman cikgu. 



Selepas insaf Chiaki-senpai bagi personal class piano kepada Nodame di rumah. Sedang  gigih mengajar tiba-tiba Chiaki-senpai terbau satu bau yang menusuk hidung.

"Apa yang bau busuk ini?" tanya Chiaki

"Apa dia? Oh rambut aku mungkin dah berbau. Aku hanya syampoo rambut 3 hari sekali"


Tanpa banyak bicara Chiaki  terus angkut Nodame ke dalam bilik mandi dan mandikan Nodame dengan geram. Kekeke

"Apa pasal ko pemalas sangat Nodame? Unta padang pasir pon takde malas macam ko daa"


Dipendekkan citer, Nodame mulai rasa kuch kuch hota heii kepada Chiaki-senpai di atas keperihatinan dan layanan Chiaki-senpai terhadapnyeee.


Berbalik pada citer pokcik tua yang misteri ini, rupa-rupa nya beliau adalah seorang Conduktor yang hebat. Beliau datang ke kolej itu untuk wujudkan sebuah pasukan orkestra yang mana pelajar nya dia yang pilih sendiri. 

"My Oke. With my own choice of students"

Ini sungguh memeranjatkan semua tenaga pengajar sebab pelajar yang terpilih adalah pelajar bawahan yang hampir-hampir kena sorong beg diiringi dengan muzik latar 

*percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnnn*



Versi Korea
Cantabile Tomorrow

Thursday, November 28, 2013

Jiken Kyumeii - IMAT no Kiseki (2013) - Part 1


Ribiu kontot

Drama ni mengisahkan sekumpulan dokter khas yang ditugaskan ke kawasan berlakunya jenayah seperti rompakan atau ada orang awam yang dijadikan tebusan untuk mereka memberikan perkhidmatan perubatan dengan kadar segera kepada tebusan atau anggota polis yang cedera. 

Kumpulan dokter khas ini bernama IMAT (Incident Medical Assistance Team).


 Dan ketua IMAT-nyaaaaaaaaaa...ehem


"Ini adalah kerja aku. Kau shadap" kata dokter itu dengan jelingan tajam kepada seorang abang polis yang sibuk nak masuk bilik pembedahan seorang suspek bom tempat awam.


Salah satu tugas mereka menyambut kelahiran bayi yang nak terkeluar cepat dari tarikh due semasa berlaku rompakan di bank dan ibu itu merupakan tebusan. 

Bila tengok bayi tu molek tersenyum lepas bersalin tingat kat bayi buatan bawah ni.  Macam sama jek

 

Friday, October 19, 2012

Kekkon Shinai - Episode 1



Ok kita kembali ke segmen ribiu meribiu drama amalan kita.  Kepada peminat abang Senpai kita ini jangan ketinggalan menyaksikan derama baru beliau yang berjudul Kekkon Shinai, yang bermaksud "Unmarried" atau "Wonderful Single Life". Kekkon membawa maksud kawin. 

Kredit : http://wiki.d-addicts.com/Kekkon_Shinai

Drama ini baru saja bermula. 

Ada satu teka teki untuk anda.

Satu banyak banyak
Dua sedikit sedikit
Tiga kaddang kaddang
Ampat jarang jarang kita jupe 

Apa kah dia? 

Yaaa betol kawin.

Citer ini mengisahkan kisah individu-individu yang bujang atau dengan kata lain individu yang belom berkahwin. 

Kenapa mereka belom berkahwin?

Adakah mereka suka hidup membujang?

Adakah mereka terlalu memilih pasangan mereka hingga sampai la ni belom kawin-kawin lagi?

Adakah jodoh mereka belom sampai lagi?

Atau,

Kau pedulik apa kalu aku tak kawin? Aku ada kacau pusat kau ke?

Semuanya akan dikupas dalam drama ini. 
  


Berdasarkan statistik di Jepun, peratusan orang bujang yang belom berkahwin di Jepun sekarang adalah tinggi.  Ramai  yang dah kertu tapi masih belom mendirikan rumahtangga lagi. Wanita yang dah cecah umur 30an dan 40an masih ramai yang bujang. Lelaki pula 50an ramai masih bujang.

Fenomena ini amat seriyes. Mengapakah fenomena ini terjadi? Sama-sama lah kita terjah dan saksikan drama ni hingga tamat.


Ramai wanita bujang kebanyakkan nya mahukan jodoh suami mereka seorang bujang yang kaya raya, yang makan di pinggan minum di cawan.  Harta nya berkoyan koyan. Tapi adakah ini semua merupakan faktor utama kebahagian sesebuah perkahwinan? 

Kalau kita orang Islam ni tidak la ya. Sebagai seorang Muslim banyak faktor yang perlu diambil kira jika mahu mencari jodoh selain dari mempunyai harta yang berkoyan koyan dan juga hengsem. Seperti sekufu, beriman, keturunan yang  baik dan sebagainya.

  

Macam akak ni dia rasa macam dia tak perlu kawin sebab dia dah bahagia dengan kerjayanya yang tidak pernah belot kepadanya. Beliau merupakan seorang designer yang berjaya. 


 Macam brader ni pulak, perkahwinan adalah mustahil bagi dia


 Sebab dia rasa dia tidak dapat nak membahagiakan pasangan jika dia berkahwin nanti. Aisemen kenapa pulak cakap macam tu Senpai. Cuba Senpai ketip jari pasti 10 yang datang taw. Kekeke

Salah satu matapelajaran di Uni juga turut membahaskan isu ini. Kenapa masyarakat Jepun ramai yang kertu tidak berkawin-kawin lagi. Zaman di mana mereka berada sekarang adalah zaman yang susah untuk berkahwin, salah satu dari asalan nya.
 
Akak ni pula dah nak masuk usia 35 tahun pun belom berkahwin yang mana turut menyedihkan beliau bila rakan-rakan sebaya telah berkahwin dan menimang cahaya mata
 

Beliau juga sering ditanya soklan mengenai perkahwinan oleh orang sekeliling

 Akak ni umo dah 44 tahun dan masih bujang. Sekali mak dia tanya, 

"Adakah kau tidak berkahwin di sebabkan kami?"

Nenek nya sakit dan mak nya ibu tunggal. Dia mahu menjaga mereka barangkali. 

Sekali akak tu jawab,

"Eh tak de la mak. Saya tak berkahwin sebab saya rasa tak nak berkahwin. Itu saja"

Mungkin dia tak de feel nak berkahwin kot


Dipendekkan citer, kedua akak itu di landa stress akibat tidak berkahwin. Dan mereka meluahkan perasan di sebuah kolam air pancut yang ada patung dan menjerit,

"Apa salahnya dengan tidak berkahwin?"

Sekian dulu untuk epsiode intro derama ini. 

Nak tahu jugak kenapa brader tu tak mau kawin. 

Adakah beliau pernah kecundang di dalam jerat percintaan?

Adakah beliau tidak berminat dengan kaum hawa?

Atau...

Berapa banyak atau daa. Tengok je la nanti. 

Hehehe ok bye. 

Wednesday, January 12, 2011

Nodame Cantabile The Movie - Part 1 (2009)



Synopsis :


Saya menonton citer ni dengan perasaan yang bosan lagi fedap. Sebab banyak pengulangan benda yang sama yang kedapatan di dalam drama dan jugak Spesel nya. Nyaris-nyaris nak givap tengok tapi ku tahan jebat. Demi kerna sang konduktor itew ku gagahkan jua....kekekeke

Berlokasi di Eropah sama macam drama Spesel. Jalan citer pon lebih kurang. Chiaki-senpai di beri amanah untuk meng-konduk sebuah orkestra di France. Macam biasa mula-mula kena booo lepas tu final konsert baru meletop dan gedebas. Memang bosan.

Kami mahu jalan cite lain *mogok tepi jalan sambil angkat sepanduk*

Disebabkan bosan kita layan gambo je la. Gambo dia tak bosan. Malah memberi semangat dan iltizam...haha



"I'm a permanent conductor, terima la bunga-bunga cinta dari ku untuk mu"


Ini bukan biola...piano


Mereka bershopping di LV


Chiaki-senpai meminta Nodame untuk bermain piano di dalam konsertnya akan datang. Tetapi Nodame dengan rasa rendah dirik menolaknya

Chiaki-senpai pon sedey.

Masih ingat lagi adegan ini? Episode terakhir di dalam drama yang mana scene ini telah menyelinap berdesup ke dalam sanubari tuan tanah waktu itew...pehhh :P


Otomen pon nak enterprem jugak. Nama pun citer Jepun...kekeke


Sebelum konsert bermula, orang tua tu meluahkan isi hatinya pada Chiaki-senpai. Walaupun Chiaki-senpai seorang konduktor yang muda, tapi jangan lupa pada orang yang lebih tua. Bla, bla bla...jangan derhaka dengan orang tua. Ok acah je. Tah apa depa sembang ambe pon dah lupa


Konduktor mengambil tempat


Ambek feel


"Kita bako jer. Sapa setuju angkat tangan macam saya..."

Hahaha


Perasaan Nodame yang bercampur baur sewaktu menyaksikan orkestra. Chiaki bermain piano tapi tanak ajak dia


Ini saja kelainan yang kedapatan dalam citer ni yang belom pernah dilakukan oleh Chiaki sebelum ini. Keluar 10 minit terakhir. Bermain piano dan menjadik konduktor dalam masa yang sama. Bravo senpai.

Ok nak sambung tengok Part 2. Nampak macam ada kelainan. Ada reunion dengan pelakon-pelakon drama.


Akhir kata, selamat menyambut besday kepada Chiaki-senpai pada 14 Jan. Semoga menten hengsem sepanjang zaman. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.