Synopsis
Based on the hit comic book by Tomoko Ninomiya, this is a fun-filled quirky romantic story of 2 very opposite people.
Noda Megumi, or “Nodame” is a piano student at Momogaoka College of Music. An extremely talented pianist who wants to be a kindergarten teacher, she prefers playing by ear rather than reading the music score. She is messy and disorganized, takes baths several days apart and loves to eat, sometimes stealing her friend’s lunchbox when it is filled with delicacies.
Chiaki Shinichi, is Momogaoka’s top student. Born into a musical family, he is talented in piano and violin and has secret ambitions to become a conductor. An arrogant multi-lingual perfectionist who once lived abroad in the music capitals of the world as a young boy, he feels mired in Japan because of a childhood phobia.
They meet by accident. Nodame quickly falls in love, but it takes much longer for Chiaki to even begin to appreciate Nodame’s unusual qualities. Their relationship causes them both to develop and grow. Because of Nodame, Chiaki transfers into the Conductor Division, leads a student orchestra and begins to have a broader appreciation of people's musical abilities. Because of Chiaki, Nodame faces her fears and enters a piano competition. Opportunities open up as both begin taking risks, stretching themselves far more than they ever thought possible
Cast : Ueno Juri , Tamaki Hiroshi , Eita , Koide Keisuke , Mizukawa Asami , Saeko , Takenaka Naoto
Total episode : 11
Director : Takeuchi Hideki
Music Director : Hattori Takayuki
Awards :
Best Drama
Best Actress
Best Director
Best Music Director
Credit : DramaWiki , Wikipedia , Nodame Cantabile Music Info
Based on the hit comic book by Tomoko Ninomiya, this is a fun-filled quirky romantic story of 2 very opposite people.
Noda Megumi, or “Nodame” is a piano student at Momogaoka College of Music. An extremely talented pianist who wants to be a kindergarten teacher, she prefers playing by ear rather than reading the music score. She is messy and disorganized, takes baths several days apart and loves to eat, sometimes stealing her friend’s lunchbox when it is filled with delicacies.
Chiaki Shinichi, is Momogaoka’s top student. Born into a musical family, he is talented in piano and violin and has secret ambitions to become a conductor. An arrogant multi-lingual perfectionist who once lived abroad in the music capitals of the world as a young boy, he feels mired in Japan because of a childhood phobia.
They meet by accident. Nodame quickly falls in love, but it takes much longer for Chiaki to even begin to appreciate Nodame’s unusual qualities. Their relationship causes them both to develop and grow. Because of Nodame, Chiaki transfers into the Conductor Division, leads a student orchestra and begins to have a broader appreciation of people's musical abilities. Because of Chiaki, Nodame faces her fears and enters a piano competition. Opportunities open up as both begin taking risks, stretching themselves far more than they ever thought possible
Cast : Ueno Juri , Tamaki Hiroshi , Eita , Koide Keisuke , Mizukawa Asami , Saeko , Takenaka Naoto
Total episode : 11
Director : Takeuchi Hideki
Music Director : Hattori Takayuki
Awards :
Best Drama
Best Actress
Best Director
Best Music Director
Credit : DramaWiki , Wikipedia , Nodame Cantabile Music Info
mascot Nodame Cantabile
Judul lain yang dijual dipasaran Mesia ialah 'Concerto Love' yach. Mungkin kalu cari judul Nodame Cantabile tak berjumpa kot.
Jalan citer
Cerita ini di adaptasi dari komik popular di Jepun berjudul Nodame Cantabile.
Kisah mengenai pelajar-pelajar jurusan muzik di sebuah kolej muzik iaitu Momogaoka College of Music yang mana kesemua mereka bercita-cita mahu menjadi ahlil muzik seperti Kasim Selamat ;p
Jurusan muzik atau jurusan bermain alat muzik yang para pelajar tersebut mengambil bahagian terbahagi kepada beberapa fakulti seperti fakulti piano, cello, biola, timpani (sejenis alat gendang) dan lain-lain. Empat fakulti ni saja yang akan ditekan lebih dalam citer ni. Yang lain tu nasik tambah saja.
Selain dari cita-cita depa nak jadi pemuzik, mereka juga berimpian mahu bermain di orkestra supaya mereka lebih dikenali dan dapat melangkah lebih jauh dalam bidang muzik orkestra ini seperti buat persembahan di luar hegara.
Segalanya sudah ada, ilmu, peralatan muzik, premis bermain muzik semua sudah ada. Hanya menanti peluang untuk beraksi di orkestra.
Para pelakon
Ehemmmsss...;p
Tamaki Hiroshi as Chiaki Shinichi (Piano/Violin/Conducting)
Ya ini dia Chiaki-senpai (senpai mungkin bermaksud senior kot) atau nama penuh dia Chiaki Shinichi. Sangat taste bukan. Haha.
Beliau merupakan pelajar senior ngetop fakulti piano. Boleh bermain violin juga. Tetapi dalam diam dia bercita-cita mahu menjadi seorang konduktor orkestra mengikut jejak mentor dia iaitu Sebastino Viera, seorang konduktor termasyur di Eropah. Digilai oleh pelajar-pelajar pompuan di kolej nya dan juga ada 'sekuntum kumbang' juga syok sama dia.
Bagaimanapun si beliau ini mempunyai satu kesukaran dan masalah problem utama yang telah menghalang beliau dari memasuki fakulti konduktor sekali gus menjadi konduktor iaitu dia mempunyai fobia menaiki kapal terbang dan juga kapal laut disebabkan insiden kapal terbang terjatuh dan kemdian hampir lemas di lautan sewaktu dia kecil. Waktu itu dia dari Eropah dan mahu kembali ke Jepun. Sejak dari insiden itu dia teroverdose dengan phobia menaiki pesawat dan juga kapal laut. Dan masih belum bertemu dengan penawar phobia itu.
Apakah kaitan phobia menaiki kapal terbang dengan menjadi konduktor itu?
Ya ada kaitannya ya tuan-tuan dan puan-puan. Kaitan nya ialah, bila dia sudah bergelar konduktor dia pasti akan travel ke luar Jepun terutama ke Eropah untuk menimba lagi banyak ilmu kerana muzik klasik dan orkestra berasal dari Eropah. Jadi bila memikirkan phobianya itu dia menjadi kecut perut dan kancing gigi. Justeru hasrat mahu menjadi konduktor orkestra diperamkan saja sebab dia rasa dia hanya dapat meneruskan profession nya di Jepun saja.
Tapi nanti dia berjaya juga menjadi konduktor orkestra dengan bantuan sorang mentor konduktor yang telah mencabar dia meng-conduct sebuah orkestra.
Ueno Juri as Noda Megumi aka Nodame (Piano)
Nama panjang dia Noda Megumi tapi dia cantum jadi Nodame. Kabar nya remaja kat Jepun suka cantum-cantum nama awal ngn akhir supaya jadi short-short.
Seorang pelajar fakulti piano tapi cita-cita dia mahu menjadi cekgu sekolah tadika. Nodame tidak suka baca note muzik tetapi hanya menggunakan telinga nya untuk bermain piano. Dia mendengar muzik dan lagu dan kemudian tekan piano ikut rentak muzik yang dia dengar. Seorang yang pengotor lagi pemalas. Keadaan di dalam rumah dia seperti tongkang pecah. Tinggal bersebelahan umah Chiaki-senpai dan jatuh sama Chiaki-senpai dek kerana ketampanan Chiaki-senpai hehe. Hazab jugak hidup Chiaki-senpai sebelum dapat ngam dengan Nodame sebagai kawan sekolej dan jiran sebab Chiaki seorang perfectionist. Ada satu adegan di mana kerana tidak tahan dek bau busuk rambut Nodame yang beberapa hari tidak mandi, Chiaki-senpai terpaksa memandikan Nodame hehe.
Untuk watak ni dia telah memenangi Aktres Terbaik.
Eita as Mine Ryutaro (Violin)
Pelajar fakulti violin. Kawan baik kepada Nodame dan Chiaki. Bapa dia ada bukak café berdekatan kolej yang menjadi para pelajar dan pensyarah melepak minum kopi.
Koide Keisuke as Okuyama Masumi (Timpani)
Ni dia 'sekuntum kumbang' yang dimaksudkan tadi. Orangnya nampak keras di luar tetapi ayu di dalam. Syok juga sama Chiaki. Bila dia dapat tahu Nodame suka sama Chiaki, Nodame telah masuk carta pertama senarai orang yang mahu dibunuh haha. Jepun suka noo ngn rambut afro kan (afro lagi sorang dalam filem Waterboy)
Major di dalam alat muzik timpani (gendang / drum). Lama-kelamaan dia menjadi penyelamat kepada Chiaki dari insan-insan yang mahu menggoda Chiaki selain Nodame haha.
Mizukawa Asami as Miki Kiyora (Violin)
Aweks kepada Mine Ryutaro dari fakulti yang sama violin. Kemdian nya mengajak Chiaki menubuhkan orkestra sendiri.
Saeko as Saku Sakura (Contrabass)
Aktres bersuara itik serati ni juga turut menjayakan drama ni haha. Sungguh terharu la dengar suara dia ni. First time dengar suara dia dalam citer Hotelier. Pelajar fakulti contrabass. Banding contrabass ngn badan dia, lagi besar contrabass.
Takenaka Naoto as Franz Stresemann (Milch Holstein by Nodame)
Pakcik ni pon glamer dalam citer Jepun ek. Mentor kepada Chiaki. Seorang konduktor yang berjaya dan popular dari Jerman. Beliau datang ke kolej muzik itu sebagai tenaga pengajar. Dalam masa yang sama beliau mahu menubuhkan sebuah orkestra baru yang terdiri dari para pelajar yang tiada pengalaman. Seorang yang kaki pompuan.
Segmen orkestra classical muzik
Dalam citer ni banyak lagu-lagu classical muzik orkestra popular digunakan dan disusun semula oleh pengarah muzik Hattori Takayuki Meletop muzik dia. Seperti lagu-lagu ciptaan Beethoven, Brahms, Bach, George Gerswhin (Rhapsody in Blue), Rachaminoff, Sarasate (solo violin) . Secara tak langsung bertambah tahu lagi la pasal pencipta-pencipta lagu classical muzik ni.
Senarai penuh lagu-lagu classical yang digunakan dalam Nodame Cantabile ni boleh rujuk di link di atas yach.
Persembahan S-Orchestra dengan lagu Beethoven Symphony No.7
Persembahan S-Orchestra dengan 'Rhapsody in Blue '
Persembahan A-Orchestra dengan Piano Concerto No. 2 (Rachmaninoff)
Finale konsert R*S-Orchestra dengan opening Sarasate (violin solo) and closing again Beethoven Symphony No. 7 (symphony favourit Chiaki). Tempat Tokyo Symphony Hall
Turut ada lagu / muzik solo piano seperti Schubert, Debussy, Chopin, Mozart, Petruskha dan lain-lain lagi.
Turut ada lagu / muzik solo piano seperti Schubert, Debussy, Chopin, Mozart, Petruskha dan lain-lain lagi.
Nodame semasa pertandingan piano solo yang melayakan di sambung belajar di Paris
Kesimpulan
Citer ni amat bagus ditonton oleh semua lapisan penonton. Terlebih bagus ditonton pada sapa yang minat dengan muzik klasik dan orkestra atau sedang belajar dalam aliran muzik dan bercita-cita mahu menjadi ahlil muzik seperti Kasim Selamat ;p hehe. Saya sudah menonton 3 kali berturutan. Kali kedua tengok sebab nak cam kan lagu. Kali ketiga sebab nak tengok Chiaki-senpai lagi dan lagi hahaha Memula tengok komen apa kebenda la citer ni tang part lawak ala animasi ada ketuk-ketuk pala, kepala terselit kat celah pintu lah hahaha.
Bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak mahu menonton drama Jepun, direkemen sangat tengok citer ni.
Yang paling best tiada sapa pon yang rekemen kat saya bahawasanya citer ni best. Dengan sendirinya rasa nak tengok sebab tengok senarai award memang Best Drama. Mungkin juga nak 'berjodoh' dengan Tamaki Hiroshi kots hahaha.
Belakang tabir
Kalau u all beli DVD ada diselitkan sekali Behind The Scene. Yang mana hanya Nodame saja yang reti sket main piano in real life. Yang lain seme tak reti main alat muzik dan depa hanya miming. Miming dengan begitu baik sekali. Dan semua pelakon berlatih keras untuk menjayakan watak masing-masing. Dah nama pon pelakon kan. Dan Chiaki-senpai begitu yo yo an sebagai konduktor yang gorjes hehehe.
Penutup : Detik-detik penulis terjatuh hati sama Chiaki-senpai buat pertama kali...muahahaha.
Nodame dan Chiaki-senpai akan melanjutkan pelajaran di Eropah. Chiaki ke Prague dan Nodame ke Paris. However Chiaki mahu tukar tempat pengajian ke Paris bersama Nodame
Kita berjumpa dalam sambungan Nodame Cantabile Special in Paris pada Januari 2008. Bagus betul pengarah macam tau² jek penonton mahu sambungan kisah Chiaki dan Nodame.
Tak sabar nyeeee nak jupe Chiaki lagi hehehe ;p
Sayonara.
Sayonara.
**Updated January 2008**
No comments:
Post a Comment