Showing posts with label drama korea 2002. Show all posts
Showing posts with label drama korea 2002. Show all posts

Friday, October 17, 2008

KDrama : Loving You (2002)



Synopsis

Jin Da Rae (
Eugene) is the daughter of a female diver in Cheju Island. After her father mysteriously passes away she tries to uncover the truth about his death. One day she coincidentally saves Hyuk (Park Yong Ha) from torrent waters. Hyuk works for an orange farm opposed to his father's wish that Hyuk should take over his resort development business. Da Rae and Hyuk gradually fall in love. However, their love is put to a risky test after Hyuk's half-brother (Lee Dong Wook) also discovers his love for Da Rae. While all 3 of them get entangled in a complicated love triangle, Da Rae finds out that Hyuk is connected to her father's death.
Total episode : 12

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Loving_You_(KBS)


Kita layan drama lama pula. Drama yang diterbitkan dalam tahun 2002. Mungkin ada yang dah tengok. Episode cuman 12 saja. Tak banyak. Lama baru seme nak tengok. Akhirnya sendiri stress sebab tatau mana satu nak tengok. Hiks.

Motif utama saya menonton drama ini kerna 1st hero nya yak itu Park Yong Ha. Lepas menonton beliau di dalam On Air, rasa tak cukup pulak. Hehe. Dan tak tahu pulak Lee Dong Wook turut berlakon dalam drama ini. Dan ada lagi sorang hero yang turut serta memunculkan diri beliau dalam arena lakonan drama. La ni dia pon dah jadi 1st hero. Siapakah beliau? Nanti sesama kita saksikan para pelakon-pelakon nya.

Jalan citer.

Bapa heroin telah menemui ajal sewaktu di dalam perkhidmatan di tempat dia bekerja. Pihak polis mengatakan punca kematian bapa heroin adalah bunuh diri. Kemudian pada satu hari sewaktu heroin sedang mengemas barang-barang peninggalan bapanya sambil mengingat momen-momen indah bersama bapa nya dulu, heroin telah menjumpai diari peribadi bapanya. Di dalam diari itu terkandung ayat-ayat cinta eh ayat-ayat yang memoskelkan. Ayat-ayat tersebut yang jika difahami dengan betul mendatangkan kecurigaan pada heroin.


Photobucket


Isi hati heroin telah menyesyaki seswatuh yang kurang enak selepas membaca diari bapanya. Beliau dapat merasakan ada udang disebalik mee sedap. Dia rasa bapanya telah difitnah sehingga mati. Maka heroin pon pergi la ke pejabat lama bapanya dan cuba bersembang dengan pekerja di situ kot-kot dia boleh mendapat info misteri yang diperlukan yang ada kaitan dengan kematian bapanya. Ya heroin berjaya mendapatkan sedikit gambaran dan klue dari seorang pekerja senior di situ. Pekerja senior itu menasihati heroin supaya tidak mengorek kes kematian itu dengan lebih mendalam kerana master mind dia seorang yang merbahaya lagi berpengaruh. Terima saja la kematian itu dengan pasrah. Ditakuti heroin akan diapa-apakan seperti mana yang telah berlaku pada ayahnya.

Peel manusia ni jika orang kata tak boleh, jangan, lagi la bertambah teruja dia nak buat. Heroin bilang dia akan menyiasat kes kematian bapa nya hingga ke akar umbi dengan sendiri. Dia tidak pedulik. Apa nak jadik, jadik lah. Dia mahu juga teruskan siasatan.

"Jangan monyet jangan"
selam punya selam berjumpa dengan orang...boleh nampak ke dalam air tak pake gogel? tipu nih...mata pedih lagi adoo (dari pengalaman orang yang baru lulus kelas renang hehe)

Kemudian heroin berchinta pula dengan hero. Bapa hero adalah seorang yang kaya, seorang CEO syarikat dan syarikat ini juga merupakan tempat kerja bapa heroin dulu.

Dipendekkan citer, bapa hero adalah master mind yang merbahaya itew.

Lantas, apakah yang terjadi dengan hubungan mereka?

Bapa hero yang menyebabkan kematian bapa heroin.

Dapatkah heroin menerima hero di dalam hatinya selepas mengetahui bapa kekasihnya itew telah menyebabkan kematian bapanya sendiri?

Dapatkah heroin menerima bapa mertua seperti itu yang telah membunuh besannya sendirik?

Harapkan besan, besan tak boleh harap.

Kwang kwang kwang

Anda saksikan la citer ni.

Citer ni berlokasi kebanyakan nya di Pulau Jeju yang kelihatan amat mengujakan untuk ke sana.

Para pelakon pula :




Park Yong Ha as Lee Hyuk

Beliau sebagai anak yang paling tua. Dan seperti biasa beliau akan kelihatan comey pada setiap masa hehe. Bercita-cita untuk menjadi pengarah pilem. Tetiba cita-cita itu terputus ditengah jalan kerana kawan dia mati lemas sewaktu tengah shooting di Jeju. Bot mereka di landa ribut taufan. Beliau nyaris mau lemas tetapi diselamatkan oleh heroin yang sedang menyelam di lautan pada ketika itu. Selepas bersara mengarah pilem, beliau kerja di syarikat bapa nya sebagai pengurus. Dan sini la berlaku nya konflik bila mana kekasih hatinya mahu menyiasat kes kematian bapanya di syarikat itu.

Bak kata pepatah, 'ditelan mati bapak, diluah mati mak'

Episode akhir baru dia tahu bahawa heroin lah orang selama ini dicari yang telah selamatkan beliau dari lemas. Sepanjang episode tak ketahuan, sebab ada pihak ketiga potong jalan yang cuba memisahkan beliau dengan kekasih hatinya.


Eugene as Jin Da Rae

Beliau adalah orang tempatan di Pulau Jeju dan hobi suka menyelam di dasar lautan. Dicintai oleh 2 jejaka kacak. Beliau jugak menjadi mangsa tikam belakang oleh rakan sekolah nya yang syiok jugak sama hero. Drama ni drama pertama lakonan beliau.


Lee Dong Wook as Lee Min

Ni paling tak larat tengok nih ekekeke. Beliau sebagai adik tiri kepada hero. Beliau bersama geng nya mahu menyiapkan sebuah filem sebaba mereka semua adalah pelajar jurusan filem. Semasa menetap di Pulau Jeju beliau berkenalan dengan heroin dan akhirnya kuch kuch hota hai tatapi hati heroin telah terlebih dahulu dimiliki oleh abang tirinya.

Kemudian beliau pon membawa hati yang lara sambil menyanyikan lagu Pupus ini di tepi pantai Jeju


'Baru ku sadariii cintakuu bertepuk sebelah tangannnn'
huk huk

More pics



Lee Yoo Ri as Cho Su Kyong

2nd heroin. Drama lastest dia Mom Dead Upset di KBS World

Dalam ni beliau sangat evil dan hasad dengki terhadap Da Rae. Misi dalam kehidupan dia mau cari pakwe yang kaya raya. Mula-mula dia suka adik. Kemudian bila tahu adik itu ada abang, beliau beralih pula cinta pada abang. Sebab abang yang akan mewarisi lebih harta ayahanda nya.

Walaupun dia sangat jahat tetapi dari segi lakonan, ekspresi wajah nya sangat berkesan.


Photobucket
Kim Ji Hoon as Choi Sung Wook

Hero seterusnya yang sekarang sudah menjadi lead hero juga. Drama terbaru beliau Match Makers Lovers kat KBS World.

Dalam citer ni watak dia tak berapa menonjol. Sekadar nasik tambah



Yang ni pula, Master Hong Gil Dong hehe. Jadik samseng dalam citer ni. Ganasszzz


Kesimpulan yang boleh didapati melalui pemerhatian dalam citer ni ialah pada tahun 2002 warna rambut hero semua kaler perang kekaratan. Kecuali watak samseng berambut hitam hahaha

Monday, May 16, 2005

KDrama : Romance (2002)


Image hosted by Photobucket.com


Summary :


Kim Hae Neul is a enthusiastic, mischievous young high school teacher from Seoul. When she goes on an errand to another city for her mom, she gets into an accident with Kim Jae Won and his four friends. They are all hurt with a broken leg, neck, or arm. Kim Jae Won falls in love with Kim Ha Neul, and falls for her false crying (she was crying so that she wouldn't have to pay the $50,000 the group of guys wanted for the injuries). They meet again, and through their night at an island and a walk in the park, they become closer. The only thing is, Kim Ha Neul thinks Jae Won is a college senior when he's a high school senior, and Jae Won thinks Kim Ha Neul is not a teacher (he hates teachers most).

On the other hand, Kim Jae Won's dad committed suicide when his jeans company was taken away by another company. That other company happens to be Jung Sung Hwan's, a guy that knew and loved Kim Hae Neul for 20 years. Kim Ha Neul's mom also works for Jung Sung Hwan. Kim Jae Won's sister, Kim Yoo Mi is a college student, who is a confident person with high "ja-john shim"- she also hates Jung Sung Hwan, but they become strangely attracted to each other. When Jae Won's family goes bankrupt the whole family move to Seoul. Jae Won eventually meets Kim Ha Neul again, except this time, he meets her as his teacher.


Starring :Kim Jae Won, Kim Ha Neul
 
Total episod : 20
Credit :




Image hosted by Photobucket.com

Citer ni berkisah mengenai anak murid jatuh chentar dengan cekgu. Oh kebetolan...hari ni 16 MEI 2005 adalah hari guru. SELAMAT HARI GURU *tabik hormat kat seme cekgu² di mesia ni * Mulia keje cekgu ni. Sekiranya cekgu yang mengajar ilmu yang betul tetiba mati, mati syahid dia. Dan lagi ilmu yang diajar kpd murid kemudian murid tersebut mempraktikkan nya ke jalan yang betul, berterusan pahala cekgu tu dapat hingga dia mati. Sebab Nabi pernah bersabda lebih kurang bermaksud,

"Apabila mati anak Adam akan terputus segala hubungannya kecuali 3, anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya, sedekahnya dan ilmu amalan yang diajar dan dipergunakan dengan betol"

Bayangkan satu ilmu yang baik yang dapat memberi manfaat kita ajarkan pada A, kemdian A sampaikan lak pada B, kemdian B ajarkan lak pada C, C ke D sampailah urup Z dan urup² yang seterusnya. Berganda² pahala kita dapat...Insya Allah. Maka kita jangan lah kedukut ilmu yach. Sesiapa jua la yg punya ilmu harus dikongsikan bersama :)

Berbalik pada citer ni, cekgu pompuan tu serba salah dibuatnya. Dia pun cam suka gak lah ngan anak murid dia iteww. Mau tak suka anak murid esmem dam macho hehe. Namun etika perguruan juga harus di jaga supaya tidak di pandang serong oleh murid² lain juga ibubapa. Anak murid dia plak tak putus² ngorat cekgu dia. Walaupun beza umur 6 tahun dia tak pedulik. Ada apa pada umur. It’s just a number. Akhirnya bagi menjernihkan keadaan yang maha kelam kabut dan dicucuk² tang sana tang sini oleh keluarga, akhirnya cekgu mengambil keputusan berhenti mengajar dari sekolah dan pergi dok oversea selama 3 tahun tenangkan pikiran.

Image hosted by Photobucket.com

Anak murid dia seedy tapi paham tindakan yang dibuat oleh cekgu dia. Kata² akhir sebelum cekgu dia meninggalkannya, dia berjanji akan belajar bersungguh² dan mendapat kerja yang baik supaya tidak menghampa cekgu a.k.a aweks kesayangan dia. Dan mereka berjanji akan berjumpa semula 3 tahun selepas tu iaitu pada 6 Jun di tempat pertama kali mereka berjumpa. (6 Jun adalah public holiday di Korea iaitu
Memorial Day. Ari memperingati mereka yang terkorban dalam perang. Depa ingat org mati, aku lak ingat kat mak tengah mengerang kat spital nak keluarkan aku hehe)

Dan bermula la kisah baru mereka selapas anak murid iteww dah abis belajar dan bekerja dan cekgu balik semula ke tanah air selepas 3 tahun. Juga penerimaan keluarga memasing sebab famili cekgu ni ada kaitan dengan kematian bapak anak murid tu.

Friday, April 15, 2005

KDrama : My Love Patzzi (2002) featuring Explorace Korea



Image hosted by Photobucket.com

*iklan kopipes* :P kebetolan tuan guru kebetolan…sekarang saya adiahkan kedai ini utk dijadikan umah sekolah anak² yatim* :D


Kebetolan dek non...pas je aku abis tengok citer ni, Explorace Episode 13 plak berlokasi di Korea Selatan, jadik aku tau la nama tempat shooting drama ni iaitu di Taman Tema Everland ;)

Makin teruja mao menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Tengok Explorace Kamis lepas, aiyo ma nak termuntah pun ada tengok derang makan sutun kurita idop² yang dipotong patblas cicah ngan cili sos. *nyam nyam * (Maksud tersurat aku tak layak masuk Explorace ni hehe) Bukan sutun yang kecik iteww u ols yach. Sutun seperti dibawah.


Image hosted by Photobucket.com

Dialog Dani pas sutun² iteww dipotong "eee idop lagik siot". Amir dah muntah dah. Apa raaa org pompuan stedi jek makan hehehe (dalam ati tuhan aja la yang tau ek). Tapi aku tak puas ati beza wang tunai tempat pertama dan kedua. Macam tak ikhlas jek bg adiah. Penat lebih kurang sama, dah lah tasks dia mcm nak 'bunuh' orang, jarak masa pon tak jauh. Yang menang tu nasib dia kira baik la menang…hmmm (hanya pendapatan saja)

Tahniah pada yang pemenang!

Image hosted by Photobucket.com

Mungkin ada yang dah tengok lama citer ni sebab dah penah tayang kat TV3 sikit masa dulu. Aku tak tengok laie. Citer dia cam Cinderella ala² versi Korea la. Seorang anak majikan kaya, bergaya, ensem, berkaca mata dan suka pakai baju kot. Bapak dia la empunya Everland tu. Suka akan seorg pompuan, Gadis A yang selalu bernasib malang dan serabai. Yang buat dia suka Gadis A ni sebab dia baik hati dan telah menyelamatkan dia sesama keretapi berhias terbakar. Gadis A ni ada sorang kawan baik iaitu Gadis B bersama² satu sekolah, tinggal bersama dalam satu bilik tetapi menjadi musuh dalam selimut. Gadis B ni pulak sorang yang cantek, lemah lembut, ada keja bagus tapi iri hati dengan Gadis A. 

Terbalik kot la plak. Patutnya Gadis A yang iri hati dengan Gadis B. Busuk ati punya olang. Memacam komplot si Gadis B ni buat untuk bagi semua di Taman Tema tu tak suka kat Gadis A. Satu je dia tak buat antor emel layang fitnah Gadis A. :P. Memang mencik tol nengok Gadis B ni walaupun dia ahh cunnyaaaaaaa. Mereka ni semua bekerja di Taman Tema Everland.

Pelakon :

Image hosted by Photobucket.com
Jang Nara sebagai Gadis A(Successful story of Bright Girl)

Image hosted by Photobucket.com
Kim Jae Won (lain drama Romance, 100 days with Mr. Arrogant) esmemnye dia pake spek ngn kot..mcm familiar ini ayat..dengar di mana yaa? huhuhu

Image hosted by Photobucket.com
Kim Rae Won (lain drama Attic Cat, Love Story in Harvad, pilem '...ing', My Little Bride) Ekceli mau nengok seme citer² lakonan dia nih.