Showing posts with label Lee Dong Wook. Show all posts
Showing posts with label Lee Dong Wook. Show all posts

Monday, January 18, 2010

KDrama : Partner (2009)



Synopsis

"Who is your partner?" When you take a look at the definition of ‘Partner’, it gives you synonyms such as colleague, sharer, spouse, and accomplice. Partner is a person who is strongly associated with me; the one who knows me very well and stays by my side. The word ‘Partner’ takes a different meaning when it is used in law firm. Partners are the people who survived from the power struggle. They are executives who are on the top of the law firm pyramid. Enterprises are law firm’s partners. Law firms fight each other to become a partner of business. They struggle to be close to power and to become a slave of money. There are some lawyers who want be the partners of commoners as well. They are willing to be the spokesperson for the underprivileged. It is a story about partner; the one who is going to stay by your side and fight together in front of law.

Total episode : 16





Drama ni tidak banyak yang boleh diperkatakan melainkan menontonnya kerana Abang Wook yang dikasihi. Heroin dia pon ambe suka, jadi ambe menonton nya dengan suka sekali. Jalan citer dia pun biasa saja

Kisah mengenai kisah hidup peguam. Watak utama merangkap peguam lelaki dan peguam perempuan dan mereka diletakkan di dalam satu bilik pejabat dan bekerjasama sebagai satu team maka terbit la "Partner". Partner di dalam menyelesaikan masalah peguam-peguam. Terdapat beberapa masalah dan kes yang ditimbulkan dalam drama ini.

Tapi dah hero dan heroin nya loyer, maka segala kes, segala kesulitan, segala masalah dapat diselesaikan dengan mengikut jadual.


Kemuncaknya episode akhir di mana peguam Lee Tae Jo telah dituduh membunuh sahabat baiknya sendiri 5 tahun yang lepas.

Adakah beliau di dapati bersalah?


Kalau tidak bersalah kenapa menangis? WAE? WAE? Wat hapen Abang Wook? *hulur sapu tangan*


Sambil menangis sambil berkata sedap. Antara adegan syahdu bila beliau disuapkan makan tengahari oleh Partner beliau di dalam bilik pesalah. 




Saya suka kes wanita ni. Beliau dituduh membunuh gelpren suami nya yang bermain kayu tiga. Tapi seperti biasa la beliau menafikan nya sebab beliau orang kaya dan banyak wang. Dengan wang yang banyak beliau telah mengkambinghitamkan pemandu peribadinya supaya mengaku membunuh. Jika tidak anak pemandu itu akan dibunuh.

Ambe suka makcik ni membawakan watak beliau dengan begitu berkesan sekali. Dalam drama You Are My Destiny beliau sebagai mak Subin, kelihatan lawak sket, tetapi dalam drama Partner ni, karakter beliau sungguh menakutkan dengan wajah bengis dan jelingan nya yang tajam dan padu menusuk ke sanubari.

Tapi yang pasti cincin dia tu ambe berkenan la. Hehehe




Ni adegan pilihan yang saya suka dalam episode 9. Abang Wook hangin satu badan dengan Partner dia sebab masih pakai henfon lama yang dah nyawa-nyawa ikan. Abang Wook ambek henfon tersebut dan campak ke luar kereta. Partner dia pergi carik semula henfon tersebut

"Awak ni pelik la. Kenapa masih nak pakai henfon cap ayam ni lagi? Kan saya dah suruh buang. Aigooo, didn't I tell you I'd buy you a new one?"

Maka jawab la Partnernya itu dengan perasaan hiba dan syahdu sambil membelek-belek henfon cap ayamnya yang telah musnah itu

"If someone does something strange, there must me a reason for it"

Ya benar sekali Yang Arif. Jika seseorang itu melakukan sesuatu yang pelik atau aneh, pasti ada sebab mengapa dia berkelakuan begitu.

Yang sebenarnya henfon cap ayam itu telah dibeli oleh mendiang hasbennya. Sebab itu la satu-satunya tanda kenangan hasben nya.

Maka terkedu la Abang Wook untuk beberapa saat seraya menyesal dengan sikapnya itu.

Tapi jangan pelik sangat. Nanti orang akan ingat kita gila pulak kan. Sebab orang gila / kurang siuman banyak buat perkara-perkara pelik kan?

Tapi kalau ada orang yang tanya-tanya jugak bila kita buat sesuatu yang nampak pelik bagi dia tapi tidak pelik bagi kita, kita boleh lah jawab macam ni,

"Ini henfon, aku punya henfon, aku punya suka, bukan kau punya henfon" (jawapan ala abang motor ekzos buluh dalam Seniman Bujang Lapok) Kekeke

Happy ending. Tapi tak berapa happy sangat sebab mereka takde bercinta sangat. Kuch kuch hota hei dalam diam saje. Mungkin sebab sorang oppa dan sorang lagi ahjumma ibu tunggal beranak 1

Mari kita lihat para pelakonnya : 


Lee Dong Wook as Lee Tae Jo

Sudah tentunya berbaloi-baloi

Kim Hyun Joo as Kang Eun Ho

Salah sorang heroin yang ambe suka jugak. Antara drama beliau yang dah ditonton :
Kkotboda Namja (Boys Over Flowers) - Ribiu coming soon

Choi Chul Ho as Lee Young Woo (Tae Jo's older brother)

Pakcik ni sungguh laris di tahun 2009 (Queen of Housewives, Partner, Hot Blood)

"Ahjussi, dulu keje apa? Tak penah nampak pon dalam drama sebelum ni"

Lee Honey as Han Jung Won

Cik Ratu Cantik Korea ni jua turut memeriahkan drama. Sapa cakap ek dia ni mempunyai sepasang mata yang senyum. Kalau dia senyum, mata dia ikut senyum. Kak Hood kot. Memang ayu sekali. Kena layan "Pasta" (MBC) pulak tahun ni. Drama terkini beliau

OST

Antara lagu-lagu sedap dalam drama ini ialah :
1. A Dreaming Hero - Super Junior KRY
2. Love Me - Rumble Fish
3. Somebody - Cha Soo Kyung
4. Timid Love - Lee Hyun Min


Akhir kalam, selamat menonton Partner sambil makan ABC. ABC Korea ada taruk cornflakes lah. Macam sedap je kan. Boleh la tiru nanti. Ni dalam episode 15

Friday, March 06, 2009

Filem : Heartbreak Library (2008)








Synopsis

Eun-soo, a librarian watches for book vandalism that currently happens in the library. One day, she catches Jun-oh tearing off certain page of books. Eun-soo accuses him of vandalism but soon discovers the complex story behind his actions. Jun-oh’s girlfriend suddenly leaves him with only a mysterious note. “Look up page 198”. Jun-oh’s girlfriend was a bibliophile and she checked out books regularly at the library. Jun-oh goes to the library and tears out page 198 from every book he comes in touch. As Eun-soo has just broken up, she gives him an advice saying that he has to let her go if she really meant it. However, looking at Jun-oh torn apart by his love, Eun-soo starts to help him decipher the messages on page 198 of all the books

Alternative title : "Page 198 in His Book", "198th Page of That Man's Book"

Cast : Lee Dong Wook, Eugene


reaksi sewaktu ditangkap

Setelah berpuluh-puluh episode menyaksikan Lee Dong Wook (bukan orang sebenar) di dalam East of Eden, kali ni kita layan sebuah filem baru Lee Dong Wook (orang sebenar). Penampilan yang dinanti-nanti oleh para peminat nya.

Filem ni diadaptasi dari sebuah novel. Gandingan sekali lagi Lee Dong Wook dan Eugene selepas drama Loving You 6 tahun lepas. Disebabkan dalam Loving You mereka menjadi pasangan tidak kesampaian, maka pengarah pilem ini bagi can mereka berchenta di dalam filem ini. Namun kisah chenta perpustakaan ini tidak begitu menyentuh perasaan, hati dan peparu. Cite dia mendatar saja. Ala-ala bosan gitu. Tak de watak yang mencabar yang bisa mengusik emosi dan mood penonton. Tengok boleh, tak tengok pon boleh.



Kisah mengenai seorang lelaki yang mengalami trauma Toma selepas mengalami kemalangan jalan raya yang telah menyebabkan kekasih nya maut. Selepas dari eksiden itu beliau ala-ala hilang ingatan dan tidak berpijak dibumi yang nyata akibat tekanan emosi yang maksimum. Beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa teman wanita sudah tiada lagi.

Bagi melayan jiwa nya yang kacau beliau selalu lepak di perpustakaan atau nama klasiknya 'khutubkhanah'. Semasa berada di perpusatakaan beliau cilok beberapa buah buku dan koyak satu helaian di dalam buku itu. Memang itu hobi dia bila berada di perpustakaan. Asal datang perpustakaan beliau akan koyak kan sehelai muka surat. Satu hari beliau berjaya ditangkap oleh seorang pustakawan perempuan yang memang dah lama aim gelaja vandalisma beliau iaitu merosakkan buku perpustakaan. Dan misteri berlaku bila mana pihak perpustakaan mendapati hanya muka surat 198 saja dikoyakkan. Kenapa muka surat 198 saja dikoyakkan? Apa spesel nya nombor 198 ini?



Dipendekkan cite misteri, al-kisah teman wanita nya ada meninggalkan mesej sebelum mati.

"Kalau kau nak tahu perasaan aku, kau carik mesej di muka surat 198 di dalam buku di perpustakaan ini"

Aigoo berapa banyak buku mau carik daa. Dipendekkan cite lagi pustakawan perempuan itu membantu beliau mencari mesej di dalam muka surat 198. Teman wanita nya memang seorang ulat buku dan selalu lepak di perpustakaan itu. Cek punya cek, teman wanita itu ada telah meninjam sebanyak 900 buah buku sepanjang hayatnya di perpustaakan itu. Dan mereka pun togede gede berjemaah mencari misteri mesej di muka surat 198 seperti gambar di atas.




Akhirnya happy ending. Tapi tak berapa umphhh sangat.

Mari kita layan beberapa wajah Abang Wook kita ni


wajah garang yang tak tak bape garang



wajah sedang mengunyah telur rebus di dalam ketapi

wajah sedey lagi syahdu



imajin Lee Dong Wook memakai songkok dan memakai baju melayu hitam beserta sampin...kekeke

Friday, October 17, 2008

KDrama : Loving You (2002)



Synopsis

Jin Da Rae (
Eugene) is the daughter of a female diver in Cheju Island. After her father mysteriously passes away she tries to uncover the truth about his death. One day she coincidentally saves Hyuk (Park Yong Ha) from torrent waters. Hyuk works for an orange farm opposed to his father's wish that Hyuk should take over his resort development business. Da Rae and Hyuk gradually fall in love. However, their love is put to a risky test after Hyuk's half-brother (Lee Dong Wook) also discovers his love for Da Rae. While all 3 of them get entangled in a complicated love triangle, Da Rae finds out that Hyuk is connected to her father's death.
Total episode : 12

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Loving_You_(KBS)


Kita layan drama lama pula. Drama yang diterbitkan dalam tahun 2002. Mungkin ada yang dah tengok. Episode cuman 12 saja. Tak banyak. Lama baru seme nak tengok. Akhirnya sendiri stress sebab tatau mana satu nak tengok. Hiks.

Motif utama saya menonton drama ini kerna 1st hero nya yak itu Park Yong Ha. Lepas menonton beliau di dalam On Air, rasa tak cukup pulak. Hehe. Dan tak tahu pulak Lee Dong Wook turut berlakon dalam drama ini. Dan ada lagi sorang hero yang turut serta memunculkan diri beliau dalam arena lakonan drama. La ni dia pon dah jadi 1st hero. Siapakah beliau? Nanti sesama kita saksikan para pelakon-pelakon nya.

Jalan citer.

Bapa heroin telah menemui ajal sewaktu di dalam perkhidmatan di tempat dia bekerja. Pihak polis mengatakan punca kematian bapa heroin adalah bunuh diri. Kemudian pada satu hari sewaktu heroin sedang mengemas barang-barang peninggalan bapanya sambil mengingat momen-momen indah bersama bapa nya dulu, heroin telah menjumpai diari peribadi bapanya. Di dalam diari itu terkandung ayat-ayat cinta eh ayat-ayat yang memoskelkan. Ayat-ayat tersebut yang jika difahami dengan betul mendatangkan kecurigaan pada heroin.


Photobucket


Isi hati heroin telah menyesyaki seswatuh yang kurang enak selepas membaca diari bapanya. Beliau dapat merasakan ada udang disebalik mee sedap. Dia rasa bapanya telah difitnah sehingga mati. Maka heroin pon pergi la ke pejabat lama bapanya dan cuba bersembang dengan pekerja di situ kot-kot dia boleh mendapat info misteri yang diperlukan yang ada kaitan dengan kematian bapanya. Ya heroin berjaya mendapatkan sedikit gambaran dan klue dari seorang pekerja senior di situ. Pekerja senior itu menasihati heroin supaya tidak mengorek kes kematian itu dengan lebih mendalam kerana master mind dia seorang yang merbahaya lagi berpengaruh. Terima saja la kematian itu dengan pasrah. Ditakuti heroin akan diapa-apakan seperti mana yang telah berlaku pada ayahnya.

Peel manusia ni jika orang kata tak boleh, jangan, lagi la bertambah teruja dia nak buat. Heroin bilang dia akan menyiasat kes kematian bapa nya hingga ke akar umbi dengan sendiri. Dia tidak pedulik. Apa nak jadik, jadik lah. Dia mahu juga teruskan siasatan.

"Jangan monyet jangan"
selam punya selam berjumpa dengan orang...boleh nampak ke dalam air tak pake gogel? tipu nih...mata pedih lagi adoo (dari pengalaman orang yang baru lulus kelas renang hehe)

Kemudian heroin berchinta pula dengan hero. Bapa hero adalah seorang yang kaya, seorang CEO syarikat dan syarikat ini juga merupakan tempat kerja bapa heroin dulu.

Dipendekkan citer, bapa hero adalah master mind yang merbahaya itew.

Lantas, apakah yang terjadi dengan hubungan mereka?

Bapa hero yang menyebabkan kematian bapa heroin.

Dapatkah heroin menerima hero di dalam hatinya selepas mengetahui bapa kekasihnya itew telah menyebabkan kematian bapanya sendiri?

Dapatkah heroin menerima bapa mertua seperti itu yang telah membunuh besannya sendirik?

Harapkan besan, besan tak boleh harap.

Kwang kwang kwang

Anda saksikan la citer ni.

Citer ni berlokasi kebanyakan nya di Pulau Jeju yang kelihatan amat mengujakan untuk ke sana.

Para pelakon pula :




Park Yong Ha as Lee Hyuk

Beliau sebagai anak yang paling tua. Dan seperti biasa beliau akan kelihatan comey pada setiap masa hehe. Bercita-cita untuk menjadi pengarah pilem. Tetiba cita-cita itu terputus ditengah jalan kerana kawan dia mati lemas sewaktu tengah shooting di Jeju. Bot mereka di landa ribut taufan. Beliau nyaris mau lemas tetapi diselamatkan oleh heroin yang sedang menyelam di lautan pada ketika itu. Selepas bersara mengarah pilem, beliau kerja di syarikat bapa nya sebagai pengurus. Dan sini la berlaku nya konflik bila mana kekasih hatinya mahu menyiasat kes kematian bapanya di syarikat itu.

Bak kata pepatah, 'ditelan mati bapak, diluah mati mak'

Episode akhir baru dia tahu bahawa heroin lah orang selama ini dicari yang telah selamatkan beliau dari lemas. Sepanjang episode tak ketahuan, sebab ada pihak ketiga potong jalan yang cuba memisahkan beliau dengan kekasih hatinya.


Eugene as Jin Da Rae

Beliau adalah orang tempatan di Pulau Jeju dan hobi suka menyelam di dasar lautan. Dicintai oleh 2 jejaka kacak. Beliau jugak menjadi mangsa tikam belakang oleh rakan sekolah nya yang syiok jugak sama hero. Drama ni drama pertama lakonan beliau.


Lee Dong Wook as Lee Min

Ni paling tak larat tengok nih ekekeke. Beliau sebagai adik tiri kepada hero. Beliau bersama geng nya mahu menyiapkan sebuah filem sebaba mereka semua adalah pelajar jurusan filem. Semasa menetap di Pulau Jeju beliau berkenalan dengan heroin dan akhirnya kuch kuch hota hai tatapi hati heroin telah terlebih dahulu dimiliki oleh abang tirinya.

Kemudian beliau pon membawa hati yang lara sambil menyanyikan lagu Pupus ini di tepi pantai Jeju


'Baru ku sadariii cintakuu bertepuk sebelah tangannnn'
huk huk

More pics



Lee Yoo Ri as Cho Su Kyong

2nd heroin. Drama lastest dia Mom Dead Upset di KBS World

Dalam ni beliau sangat evil dan hasad dengki terhadap Da Rae. Misi dalam kehidupan dia mau cari pakwe yang kaya raya. Mula-mula dia suka adik. Kemudian bila tahu adik itu ada abang, beliau beralih pula cinta pada abang. Sebab abang yang akan mewarisi lebih harta ayahanda nya.

Walaupun dia sangat jahat tetapi dari segi lakonan, ekspresi wajah nya sangat berkesan.


Photobucket
Kim Ji Hoon as Choi Sung Wook

Hero seterusnya yang sekarang sudah menjadi lead hero juga. Drama terbaru beliau Match Makers Lovers kat KBS World.

Dalam citer ni watak dia tak berapa menonjol. Sekadar nasik tambah



Yang ni pula, Master Hong Gil Dong hehe. Jadik samseng dalam citer ni. Ganasszzz


Kesimpulan yang boleh didapati melalui pemerhatian dalam citer ni ialah pada tahun 2002 warna rambut hero semua kaler perang kekaratan. Kecuali watak samseng berambut hitam hahaha

Saturday, April 28, 2007

Filem : The Perfect Couple (2007)



Synopsis

Soo-Jin, a young news reporter, takes a break from her job by indulging in one of the finest of Korean street vendor delicacies - the skewered fish sausage (odang). While talking on her cellphone and eating the skewered fish sausage, Soo-Jin is in for a rude awakening of sorts. A cop named Jae-Hyuk is frantically chasing a drug dealer on foot when he inadvertently crashes into Soo-Jin. The skewered fish sausage becomes lodged into Jae-Hyuk’s abdomen.


To make matters worse, Jae-Hyuk suffers from an acute fear of sharp pointed objects. He finds it difficult to even look at a fork or knife and was barely able to get into the police department because of his phobia. When Jae-Hyuk sees the fish sausage lodged into his abdomen he passes out immediately. Soo-Jin causes a minor storm by reporting this incident on her television show and on the Internet.

Thus the romance between Soo-Jin and Jae-Hyuk begins.

Credit synopsis

Cast : Lee Dong Wook ,
Hyun Young


Citer ni genre action komedi dan ada 3 tajuk jugak. The Strongest Romance, The Best Couple and The Perfect Couple. So anda jangan konpius pulak yek.



Lee Dong Wook sebagai Detektif Kang, seorang detektif polis yang bersih, cekap dan amanah serta berdedikasi lagi komited terhadap professionnya. Dia kemdian mengalami phobia pada benda tajam selepas tertikam lidi fish cake stimbot di perutnya sewaktu mengejar pengedar dadah hahaha. Sejak dari kejadian itu bila tengok objek tajam seperti pensel, pisau, garpu, maka dia akan seram sejuk tapi terpaksa control hensem supaya tak de orang perasaan terutama kalau pihak penjenayah tahu dia phobia pisau. Mati lah dia.

Jalan citer mengisahkan pihak polis gerak gerak khas ;p yang mahu menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di kelab-kelab malam. Dari satu intipan ke satu intipan di lakukan untuk menangkap saspek. Dan kesemuanya menemui kegagalan kerana suspek lebih lick dari pihak polis. Biasala bila nak abis citer baru polis berjaya hehe.

Kemdian seorang wartawan perempuan enterprem lantas menggembleng tenaga bersama-sama turut membantu membenteras kegiatan pengedaran dadah itu. Wartawan perempuan tersebut pada awalnya secara tidak sengaja sering menimbulkan huru hara sebab dia turut mahu mancari bahan untuk surat kabarnya dan tidak mempunyai hubungan baik dengan Detektif Kang sebab lidi dia lah yang tercucuk kat perut Detektif Kang hahaha. 



Mereka saling mendengki antara satu sama lain hingga la akhir nya mereka menjadi "perfect couple" seperti tajuk citer ini. Mende yg perfect pon tak paham sebab asal jumpa je bertekak...hehe

Moral of the stori dalam citer ni, wartawan sesuka hati dia boleh memutar belitkan fakta mengenai orang yang dia tak suka. Dia interbiu banyak-banyak kemdian edit menjadi sebuah karangan yang tidak tepat dan tidak betul hingga menimbulkan salah faham orang lain.

Kalau nak tengok Lee Dong Wook dalam pose gedebak gedebuk dusyum, tengok la citer ni yach. Heroin tak berapa familiar. Suara heroin mcm cipan sket dengar. Suara kepit hidung hahaha


ni adegan lawaks...bila rasa phobia Detektif Kang akan pegang kepala patung Spiderman kat bawah meja dia...konon nak dapat semangat super hero kots...muahahaha



Wednesday, December 13, 2006

KDrama : Island Village Teacher (2004)




Synopsis
 
Hong Eun Xiu (Han Ji Hye) accidentally witnessed a murder by a ruthless gangster and was placed under the protection of the police. Chiu Hao Tai(Kim Min Jong) was assigned to protect her and their relationship start off badly since she always tries to runaway from him. After numerous attempts by the gangster to silence her, they have to runaway to an island whereby they were mistaken by the local as the new teachers and the volunteered doctor, son of a famous doctor Chong Jai Do (Lee Dong Wook) falls for Eun Xiu.


Starring : Han Ji Hye , Kim Min Jong,
Lee Dong Wook , Park Eun HyeTotal episode : 16

Credit : SBS, Drama Wiki

Citer ni pon nak kata tak best, boleh tahan la. Nak kata best sangat pon idak ler. Cam biasa drama Korea makin di layan makin makin syok dan nak tahu apa kesudahan citer dia. Tak macam drama Melayu makin di layan makin tah pape dan terus givap nak tengok (baca : Mitosastras) Boleh tahan tengok 2-3 episod yg awal. Mungkin tak de tahyul mcm Bawang Putih Bawah Merah kot hahaha.

Berbalik pada kdrama ni, disebabkan kualiti vcd Island Teacher yang saya ada ni tak berapa bagus makanya saya tak tahu ending nya gi mana sebab cd dia tersekat-sekat. Adegan dekat nak abis pada setiap cd dia akan terus stop sendiri. Brengsek punya cd haha Nasib baik cd pinjam.

Walaupun banyak komen kata citer ni 'kureng', saya hanya nak tengok Han Ji Hye dan Lee Dong Wook hehe.

Citer ni mengisahkan heroin yg dengan tidak sengaja telah menyaksikan satu pembunuhan yg tak berapa kejam di tempat letak kereta dalam sebuah bangunan. Pembunuh telah menikam perut mangsa dengan sebilah pisau dan kemdian pembunuh terus melarikan diri. Pembunuhan sedemikian mungkin boleh masuk katergori pembunuhan tidak berapa kejam kalu nak dibandingkan dengan pembunuhan yang melibatkan bom mayat dan juga membungkus mayat dalam plastik sampah dan kemdian membaling mayat dari atas beranda umah pangsa.

Kerana terperanjat melihat adegan tikaman tersebut maka heroin pon termenjerit lah hingga pembunuh pon terperanjat mendengar jeritan heroin itu.

'Cesss ada saksi plak nampak aku bunuh. Sajen tangkap itu pompuan sampai dapat kemdian potong dagingnya kita buat sate' mungkin kata ketua pembunuh

Malangnya pembunuh itu tidak dapat mengejar heroin kerana di halang oleh pihak polis. Sejak dari kejadian pembunuhan tersebut heroin telah dikawal rapi oleh seorang inspektor polis iaitu hero untuk menjadi saksi penting pada kes perbicaraan pembunuhan nanti

Dalam masa nak tunggu hari perbicaraan kehidupan heroin tidak lagi bebas seperti dahulu. Nak pergi kemana-mana harus ditemani oleh incik inspektor itu kerana nyawa heroin dalam bahaya. Telah ada beberapa percubaan menculik heroin tapi gagal.

Kemdian lari punya lari...lapan lagik...lari untuk selamatkan diri sebab orang jahat tak henti-henti mengejar mereka untuk hapuskan saksi, hero dan heroin telah tersesat di sebuah pulau. Sampai di pulau tersebut mereka telah disalah sangkakan sebagai guru yang baru datang dari Seoul. Kebetolan pihak sekolah dipulau tersebut sedang menantikan kehadiran cekgu baru. Maka jadi la hero dan heroin cekgu pelesu di sekolah di pulau sana.

Bagaimanakah kesudahnya? Saya pon tak pasti samada hero mati atau tidak. Saya hanya sempat tengok adegan hero kena tikam pada episod akhir dan kemdian bunyik cd krek krek krek...terus keluar mesej 'bad disc' yak ni cd jahat. Ni musti penjahat yg sabotaj haha.

Kalau anda dah tak de citer sangat nak tengok boleh tengok citer ni.

Mari kita tengok para pelakonnya pula




Han Ji Hye. One of my faveret actress. Dalam citer ni dia keje bahagian jaga makanan kat spital. Apa org pangge kos ni? Food nutritious ke hapa. Kemdian dia mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Masa last day keje tu la dia menyaksikan pembunuhan dan proses dia nak ke obesi terbantut sebab kena jadi saksi pembunuhan. Kendiam seorang doktor syok kat dia dan hampir bertunang. Masa hari tunang dia telah di kidnap oleh orang jahat iteww.


Kim Min Jong. Nama hero ni nak sama ngn actress heroin Fashion 70's ni Kim Min Jung
. Jadinya anda jangan konpius. Adek bradek kembo ke diorang ni mek pon tatau la hehe. Tengok muka hero ni musti ramai yg tak suka kan sebab tak ensem hahaha. Dalam citer ni dia seorang inspektor polis. Dalam dia dok jaga heroin dalam diam-diam dia telah menaruh harapan jeton sameon kat heroin. Hingga la dia sanggup meletak jawatan dia sebagai polis demi keselamatan heroin.


Lee Dong Wook. *wink kat makincik* huhu. Dalam citer ni dia seken hero watak sebagai doktor. Agaknya dia ni kalau tak jadi pelakon mesti jadi doktor kan hahaha. Dalam Hanoi Bride pon dia jadi dokter. Muka dia ada aura dokter gaknya hehe. Mula intim dengan heroin sewaktu bertugas di pulau. Dalam citer ni dia tak se-ensem dalam citer My Girl hehehe




Park Eun Hye. Watak jahat lagi. Sebagai doktor pelatih kemdian syok sama second hero dan akan buat apa saja untuk merampas kembali chentar hatinya. Also dia menipu pasal latar belakang nya. Untuk tidak mahu malu dia kata parents dia ahli perniagaan sakses yg kaya raya. Bila tembelang dia pecah dia bertindak aggresif dengan joint venture sama pembunuh tangkap heroin.

Tamat.

Tuesday, October 17, 2006

Filem : Arang (2006)



Synopsis
Veteran detective So-young and her rookie partner Hyun-gi happen onto an incendiary homicide case. While Hyun-gi is goofing up and distracting So-young, So-young senses that there is something wrong in the case. They discover that the present case is somehow related to the mysterious death of a girl ten years previously. At this point, So-young becomes plagued with nightmares in which the girl appears. And the serial killings continue...
Starring : Lee Dong Wook , Song Yun Ah

Laman web


Tajuk citer ni Arang. Tapi sampai habis citer seketul arang aram pun tak de enterprem hahaha Acah je.

'Arang' dalam citer ni merujuk kpd sebuah hikayat seram zaman dulu kala di Korea. Hikayat hantu, dendam dam menuntut bela. Citer ni kategori seram yg konpius lagi mengkonpiuskan huhu

Filem ni merupakan filem pertama lakonan Lee Dong Wook, hero drama My Girl. Dalam citer ni dia bergandingan dengan Song Yun Ah, heroin Hotelier.

Kisah mengenai seorang pompuan yang dah mati yg bangkit menuntut bela atas kematian nya setelah 10 tahun. Lama tu. Yang menarik ialah setiap mangsa yg akan dibunuh akan menerima emel. Emel bersebut mengajak mereka ke Rumah Garam. Rumah Garam ni di mana perempuan tersebut mati. Kat umah garam tu memang ditempatkan banyak garam. Kira macam gudang garam la tapi tapi bukan gudang yg proses rokok gudang garam yach huhu. Tak larut plak garam² tersebut bila ari ujan ek. Sebab atap gudang ada kelihatan rongak di sana sini.

Perempuan tersebut mati tertimbus dengan garam dalam kuantiti yg banyak. Sebelum perempuan ni mati dia telah dirogol berjemaah dan kemudian hamil. Yg peliknya dia tak plak bunuh org yg timbus dia ngn garam sampe mati. Dia cuma mau bunuh orang² yg merogol dia saje. Konpius sungguh haha.

Bila dah ada kes bunuh maka pihak polis pon akan sibuk la menyiasat. Seorang polis perempuan lakonan Song Yun Ah bersama Lee Dong Wook pon menyiasat la kes bunuh yg pelik tersebut di mana cara pembunuhan hampir serupa. Siasat punya siasat berjaya la mengorek rahsia sebenar yg mana Lee Dong Wook juga ada kaitan dengan kes bunuh tersebut. Dia pernah suka kat pompuan tu suatu waktu dahulu tapi cintanya hanya bertepuk sebelah tangan *bek ground muzik lagu Pupus :P* Dan dia juga yg menjadik tukang rakam video sewaktu perempuan tersebut dirogol.

Citer ni kedapatan adegan tergantung dimana sebab Song Yu Ah mau menjadi polis kerna mau mencari sesorang dan membunuh org itu. Org itu telah merogol dia sewaktu remaja. Org yg bunuh dia itu ada parut kat tangan. Tapi sampe abis citer tak berjumpa dengan org itu. Saya teka musti ia menjadi salah satu dr jalan citer dalam citer ni tapi nan ado gamaknya. Dan juga kehadiran Lee Dong Wook dalam tim polis menjadi tanda soal kerna kehadiran dia dalam tim polis bukan untuk membantu pihak polis tetapi turut menyumbang kepada kekonpiusan polis menyelesaikan masalah hahaha.

Elemen seram yg biasa di mana hantunya perempuan berambut panjang dan mata yg menakutkan. Sebagai seorang yang tak berapa berani, pada saya citer ni menakutkan lelebih ada adegan tengah drive tertengok cermin keta dari dalam nampak hantu kat cermin. Uwaaaa. Seram. Maknanya ada hantu lam keta dok follow dia. Seram sebab mek salu drive sensorang balik dari berembun tetengahmalam huhuhu.

Makanya saksikan la citer ni untuk mengetahui siapakah pembunuh yg sebenarnya dan boleh saksikan Lee Dong Wook yg kurang smart berbanding lam citer My Girl hehe.

Monday, July 31, 2006

KDrama : Hanoi Bride (2005)



Synopsis

Hanoi Bride is a very special, two-part K-Drama, filmed to commemorate the 30th anniversary of the end of the Vietnam war. It tells the story of Eun Woo (Lee Dong Wook), a Korean doctor who meets and falls in love with Tib, a half-Korean, half-Vietnamese woman (played by Kim Ok Bin) whilst in Vietnam. However, Tib's sister is opposed to the match, as she was hurt by a Korean man in the past, and so persuades her Tib to break off the relationship.

Eun Woo returns to Korea broken hearted, only for his older brother Sok Woo (Lee Won Jong) to head off to Vietnam in search of a bride himself. But when he returns with a young woman on his arm, Eun Woo is horrified to discover that it is Tib!


Starring :
Lee Dong Wook, Kim Ok Bin

Total episode : 2
Credit : DramaWiki


Drama yang paling pendek dan cepat abis di antara drama-drama Korea sebelum ni. Hanya ada 2 episod. Katanya drama ini dibikin sempena dengan ulang tahun ke 30 penamatan Perang Vietnam.

Kat kulit vcd akan tulis 'sebuah filem....' Tapi bukan filem ya u ols tapi drama. Den pun memula beli vcd dia pon konpius sebab tau Hanoi Bride ini drama. Vcd bole dibeli di Speedy.

Citer lakonan iteww hero My Girl yang taste gitew hik hik. Blakon sebagai dokter di Korea kemdian di transfer ke Vietnam. Semasa bertugas di Vietnam dia mendapat sorang tukang penterjermah bahasa Vietnam-Korea yang ayu. Penterjermah bahasa ni akan berada dalam bilik dokter translate apa cakap dokter pada pesakit.

Hari-hari jumpa maka dokter iteww pon tangkap cintan sama itu pompuan translator bahasa. However chentar depa terhalang dek akak itu pompuan yang tak suka lelaki Korea. Somi kakak dia orang Korea yang telah lama menghilangkan dirik tak bagi nafkah. Umpama habis madu sepah di buang bersepah-sepah. Maka kakak dia tidak suka mendapat adek ipo lelaki Korea yang pada dia tidak bertanggung jawab. Walaupun bakal adek ipo dia ensem pun dia tak kasik can…hehe

Suatu hari hero terpaksa pulang ke Korea sebab apak dia meninggal dunia. Hero meninggalkan pesan kat kakak pompuan tu tapi pesanan tidak disampaikan. Maka salah faham berlaku di sini.

Yang lelaki ingat pompuan tu tak suka dia, yang pompuan plak ingat dokter tu memang betol tarak guna punya lelaki seperti yang kakak dia cakap. Pergi tanpa pesan.

Kemdian abang hero lak pi ke Vietnam untuk mencari jodoh. Bertemu dengan heroin. Heroin ikut abang hero balik Korea dan diperkenalkan sebagai bakal isteri abang dia.

Maka adek dia pon sentap la tengok bakal kakak ipo dia.

Seterusnya apakah yang akan terjadik? 

Adakah dua beradik tersebut bergado-gadoan disebab kan pompuan Hanoi tersebut? 

Abang dia memang nak kena kawen segera sebab umo dah 40 tahun. Sebelum mak depa mati mak dia mau menantu. Yang si adek tammo kawin selagi abang dia tak kawin. 

Pompuan Hanoi tersebut datang Korea sebab ada misi. Saksikan la apa misi nya. Klue misi...balas dendam...yaa balas dendam kerna sakit hati. Ala² cam dialog ni la hik hik

Adinda bersumpah
Jikalau kekanda tidak kembali
Adinda akan menyusul kekanda
Menginjak pada tanah yang sama
Bernapas pada udara yang sama
Hehehehe

Friday, June 09, 2006

KDrama : My Girl (2005)


*Pemberitahuan 20/03/08 :
 
Ribiu My Girl akan digubah semula (chewah gubah katanya) sebab saya mendapati ribiu sebelum ni macam cipan sket ribiu nya. Maka saya akan membuat balik karangan My Girl selepas menonton cd versi muaturun demi kepuasan manifesto diri sendiri dan kebaikan kita bersama penduduk kampung sekalian haha. Actually ada beberapa citer yang saya tidak berpuas hati dengan ribiu saya sendiri. Sebab itu kalu anda lihat senarai ribiu drama saya tidak disusun mengikut abjad drama tetapi mengikut tarikh ribiu untuk penilaian saya sendiri. Bak kata pepatah, lain hulu lain parang. Lain dahulu lain sekarang. Hehehe.
Fightingggg!

Synopsis

Ju Yoo-rin (Lee Da Hae) is an imposter proficient in English, Chinese, and Japanese. Seol Gong Chan (Lee Dong Wook) second generation heir of a big corporation. Because of his grandfather's illness, he's forced to ask Yoo-rin to be his long-lost cousin so that his grandfather's last wish can be fullfilled. So therefore, they both are bound in a lie that no-one in the family knows the truth

Starring : Lee Da Hae, Lee Dong Wook, Lee Joon Ki

Total episode : 16

Credit : DramaWiki



ini hero skali tengok tarak ensem...16 kali tengok adalah manis hehe