Showing posts with label drama jepun. Show all posts
Showing posts with label drama jepun. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Nodame Cantabile - Lesson 2

Episod 2 ini berkisar pada :

1) Chiaki nak tukar fakulti dari piano ke Conduktor 

2) Nodame dapat sertai S-Oke sebagai mascot sebab dalam orkestra mana ada piano daa

3) Nodame dan Masumi (yang rambut afro tu) berlawan siapa dapat ngedate dengan Chiaki sebab masing-masing menaruh hati terhadap Chiaki

4) Hujung-hujung Chiaki dilantik sebagai Conduktor S-Oke


 Strezeman (stress tengok dia nih huhu) seorang Conduktor yang boleh tahan miangnya
 

Strezeman menolak  permohonan Chikai untuk menukar falkulti

"Kenapa kau tidak terima prmohonan aku untuk masuk ke fakulti Conduktor haa?" tanya Chiaki

"Sebab aku tak suka kau" jawab Strezeman

"Aik itu saja ke?"

"Suka hati aku la. Jika satu orang aku tak suka, segala benda berkaitan dengan dia aku tak suka. Paham!! Sebab aku adalah Conducting Professor"


Chenta pandang pertama Masumi terhadap Chiaki. Siap pake klip rambut munga lagi huhu 


Yang rambut kuning tu nama dia Mine, seorang pelajar violin yang berjiwa rock. Dia akan jalani satu exam di mana dia harus  bermain violin dengan iringan piano dan dia terjumpa lah dengan Nodame. Tapi di kala itu Nodame takde mood sebab cinta nya bertepuk sebelah tangan. 

Bila tengok Nodame takde mood dia cuba untuk menyelesaikan masalah Nodame. Mine pon teropong sapa  yang telah membuat Nodame sedih.

"Apaaa kau suka Chiaki? Kenapa kau suka lelaki yang seperti itu Nodame?"

"Kau apa tahu hati dan perasaan aku. Tolong lah aku"

"Baik lah"


Mine mencadangkan supaya Nodame dan Masumi berlawan sapa dulu yang dapat ngedate dengan Chiaki. 

Siapa yang berjaya maknanya dia cempien. 

*Do mati dulu. Minah yang mati dulu*


Masumi berjaya menarik Chiaki untuk menyaksikan orkestra yang mana dia selaku pemain timpani ada perform dalam tu, dengan hasrat perasaan kuch kuch hota hei dia dapat sampai kepada Chiaki yang berada di dalam dewan itu. Haha


Manakala Nodame pula berpakaian seperti Marilyn Monroe untuk mengorat Chiaki. Seperti selalu Nodame gagal menambat hati Chiaki


 Chiaki menunjukkan kepada Mine bahawa dia juga reti menggesek violin


Pada hari Mine akan menduduki exam penting (yang tah kali ke berapa gagal)  Nodame jatuh sakit justeru tidak dapat mengiringi persembahan Mine. 


Terpaksa lah Chiaki mengambil alih posisi Nodame secara bidan terjun


Sementara di dewan, S-Oke sedang  menjalani latihan dan sedang menunggu Conduktor Strezeman. Tapi orang lain yang muncul


"Apaaaaaaa....(diselang seli sound efek guruh tanda terperanjat yang amat sangat)
 
...aku akan jadi Condokter orkestra ini...?

Kwang kwang kwang

Bersambung....


Nodame Jepun vs Korea 

Kawaiiii

Monday, September 29, 2014

Nodame Cantabile - Lesson 1

Ok throwback ribiu sikit huhu

Ribiu ni nak kasi represh memory mengenai drama ni sebab tak lama lagi versi remake Korea akan keluar. Akak dah lupa kisah sebenar dalam drama ini. Ingat secara am je. Pasal pelajar muzik di sebuah kolej muzik. Kemudian mereka tubuhkan orkestra kemudian ending dia mesti happy. Kemdian bersambung pulak ke drama Special, mereka melanjutkan pelajaran di Eropah. 

Dan paling tak boleh lupa raut wajah hero dia hahaha

Drama ni dulu saya tengok 3 kali kat dvd sebab konduktor dia punya pasal huhu. Lepas tu baru jumpa yang versi donlot yang mana saya lebih suka simpan koleksi yang donlot banding dengan DVD.

Ribiu terdahulu kat SINI  

Peh...7 tahun dah usia ribiu yang lepas. Hehehe 

Drama dia tak guna episode2. Tapi guna Lesson. So kita ke Lesson yang pertama. 



 
Intro dimulakan adegan di Prague di mana Chaki-senpai (waktu kecil) telah menonton sebuah orkestra yang di konduk-kan oleh konduktor pojaan beliau iaitu Viera-sensei. Dari situ dia telah menyimpan satu cita-cita untuk menjadi Conduktor juga bila dah besar.

 Tapi beliau sering mengeluh, 

"Kenapa aku harus berada di sini (Jepun)??? Sejak dari kecil aku telah menyaksikan persembahan orkestra bertaraf dunia di serata dunia. Kenapa aku masih berada di sini juga? Adakah aku sayang untuk meninggalkan sushi dan bento? "

Sebab untuk menjadi seorang Conduktor yang berjaya dan bertaraf antarabangsa, pengalaman harus ditimba di Eroprah. Kalau setakat di Jepun tak berkembang sangat bakat Conduktor beliau. 

Al-kisahnya beliau mempunyai masalah fobia menaiki kapal terbang. Sewkatu kecil kapal terbang yang dinaiki pernah mendarat cemas dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan hingga dewasa. 

Naik kapal laut? Beliau jugak fobia sebab pernah lemas. Jadinya, tak kemana lah dia. Terperok saja di Jepun. Melainkan kalau dia pelajari ilmu ghaib. Pejam mata baca-baca jampi serapah terus boleh sampai ke Eropah dengan skali plinggg.

Bapa dia merupakan seorang pemain piano yang terkenal. Lepas parents dia bercerai, dia ikut mak dia balik dok Jepun.


Walaupun dia pelajar jurusan piano tapi dalam senyap-senyap dia mempelajari ilmu Conduktor. Hal ini disedari oleh pensyarah kelas piano beliau. Pensyarah itu sangat garang. Masuk kelas dia bawak pe-libas. Bukan rotan, macam bentuk kipas tangan yang besar, sekali libas boleh terpelanting jugak Chiaki.

"Chaki, kenapa ko belajar score Conduktor ni? Ko nak jadi Conduktor ke? Ko jangan nak berangan la. Abes kelas piano ko ni macam mana? "

"Watashi sudah bosan masuk kelas ko Eto-sensei. Ngajor terjerit terpekik macam Along mintak hutang. Sensei tau tak, gaya ngajor macam ni ada harapan kertas periksa bocor. Kami ni umpana cempedak di luar pagar, kalau salah tolong tunjukkan kami. Bukan herdik kami Sensei" Chiaki bagi sedas dua kepada pensyarah itu.



"Walaupun aku belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjadi Conduktor yang professional, tiada gunanya"

"Kau ni loser. Aku benci loser macam kau walaupun kau kacak. Mulai harini kita putus" kata teman wanita nya. 



Lantas Chiaki minum wine itu sebab kuciwa putus cinta dan keesokan pagi nya bila tersedar dia berada di dalam longgokan sampah sarap. 

Al-kisahnya dia berjiran dengan pelajar satu kolej dan pelajar itu sangat pengotor. Dan nama pelajar itu ialah Noda Megumi atau nama glamer dia Nodame. 


Manakala di kolej Chiaki sering menjadi sebutan ramai kerana ke-tereran dia bermain piano. Dah la terer main piano, kacak pulak tu. 

Yang meminati dia termasuk la golongan hadek-hadek berambut afro itu.


Satu hari Chiaki telah ditugaskan untuk menjalani latihan piano berdua. Duo berpiano dan partner dia ialah Nodame. 


Chiaki bertambah kuciwa dan geram kerana pada dia Nodame bukan level dia untuk digandingkan bermain piano. Boleh tahan eksyen jugak Chiaki-senpai ni ala-ala diva hamboi hamboi hamboi yang asek dok gebang level dia bila kena tegur huhu

Mereka kena perform Mozart punya masterpiece yang melibatkan 2 piano.

"This is the only piece for two pianos that Mozart composed in his whole lifetime"



Kemudian pada satu hari lain, telah datang ke kolej seorang tua yang misteri ni (yang baju merah itu). Identiti dia misteri. Dia curi-curi hendap kelas muzik dan snap gambar pelajar. Tah macam mana Nodame telah membawa beliau pergi ke rumah Chiaki-senpai untuk menjamu selera. Hal ini lagi mendatangkan amaroh kepada Chiaki. Memandai bawak masuk stranger ke dalam rumah. 

Sewaktu di dalam rumah orang tua itu telah ternampak buku nota Conduktor kepunyaan  Chiaki.

"Kau nak jadi Conduktor?" tanya dia kepada Chiaki

"Suka hati aku lah nak jadi apa pon" jawab Chiaki yang baru lepas memasak sebab tu pakai apron merah

"Kau tungguuu. Aku akan realisasikan impian mu. Realitinya di sini..pada aku" kata orang tua itu di dalam hati


Chiaki-senpai bagi tips pada Nodame untuk , kalau tak boleh hafal dengan melihat not muzik, hapal menggunakan telinga. 

Itu lah kelebihan Nodame, belajar menghapal main piano menggunakan telinga saja.


Dalam pada tengah mengajar Nodame, Chiaki-senpai tiba-tiba mendapat kesedaran bila tengok Nodame monyok. Monyok sebab Chiaki garang.

"Dulu aku tak suka orang ajar aku marah-marah tengking-tengking, tapi sekarang aku pulak yang mengajar Nodame dengan cara yang sama. Macam cara Along mintak hutang. Oh Tuhan ampuni la aku"

Kannn. Mujur tersedar. Kita tak suka orang ajar kita marah-marah tapi bila kita jadi cikgu kita pulak marah-marah. 

Kita nak orang hormat kita, tapi dalam masa yang sama kita tak hormat orang.

Kita ingin disayangi tapi dalam masa yang sama, kita benci orang tu, kita benci orang ni. 

Dulu kita suka bila cikgu tak masuk kelas, bila cikgu tak masuk kelas anak kita, kita nak saman cikgu. 



Selepas insaf Chiaki-senpai bagi personal class piano kepada Nodame di rumah. Sedang  gigih mengajar tiba-tiba Chiaki-senpai terbau satu bau yang menusuk hidung.

"Apa yang bau busuk ini?" tanya Chiaki

"Apa dia? Oh rambut aku mungkin dah berbau. Aku hanya syampoo rambut 3 hari sekali"


Tanpa banyak bicara Chiaki  terus angkut Nodame ke dalam bilik mandi dan mandikan Nodame dengan geram. Kekeke

"Apa pasal ko pemalas sangat Nodame? Unta padang pasir pon takde malas macam ko daa"


Dipendekkan citer, Nodame mulai rasa kuch kuch hota heii kepada Chiaki-senpai di atas keperihatinan dan layanan Chiaki-senpai terhadapnyeee.


Berbalik pada citer pokcik tua yang misteri ini, rupa-rupa nya beliau adalah seorang Conduktor yang hebat. Beliau datang ke kolej itu untuk wujudkan sebuah pasukan orkestra yang mana pelajar nya dia yang pilih sendiri. 

"My Oke. With my own choice of students"

Ini sungguh memeranjatkan semua tenaga pengajar sebab pelajar yang terpilih adalah pelajar bawahan yang hampir-hampir kena sorong beg diiringi dengan muzik latar 

*percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnnn*



Versi Korea
Cantabile Tomorrow

Friday, February 14, 2014

Priceless - Episod 1



: Credit Dramawiki

Kimura Takuya returns to Monday nights at Fuji TV as an ordinary salary man, Kindaichi Fumio, who is loved by colleagues and trusted for his ability to protect subordinates. One day, however, things take a 180 degree turn and his life becomes completely flipped upside down. His superiors fix their eyes on him and concoct a plot to bring him down. He is held responsible for a crime he has no recollection of, and is forced to leave his position. More unfortunate events follow as Kindaichi loses literally everything from his cellphone to his home, ending up without a penny in his pocket. 

Shocked by his losses, he one day meets two children in the park by chance who teach him how to get by without any dependency on money. The greatest thing about Kindaichi's character is that his character never fails him. He always has a carefree attitude and is driven by those people he meets, who love and support him, not by inflicted pain or grudge against others.

Despite being the man who has lost all his possessions, Kindaichi continues to move forward, inspiring his former boss, Moai Kengo, and conservative office co-worker, Nikaido Aya, resulting in a big turning point for each of them. 

What is it that money can't buy? 

What is the most precious thing in life? 

A man tells the story of finding that "priceless" something in life, through unpredictable turns and twists with a light comedy touch. --Fuji TV




Drama ini telah memenangi Best Drama dan Best Actor award.

 

Kisah bermula di hospital. 

Presiden sebuah syarikat Miracle Thermos telah nazak. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau sempat  meninggalkan wasiatnya yang terakhir kepada anaknya. Hanya dia sorang saja yang tahu isi kandungan wasiat itu. 


Anaknya dengan wajah yang masam keluar daripada hospital selepas mendengar wasiat terakhir ayahnya. (Boleh tahan jugak muka crook brader ni. Ahaks)

Lalu bertanya kepada pegawai kanan nya,

"Kau kenal tak staf yang nama Kindaichi Fumio?"

"Oh Kindaichi ni baru ditugaskan bahagian projek baru syarikat and I think he is pretty worthless"

"Worthless?? Apa maksud kau?"

"Dia telah bekerja di sini selama 17 tahun, dan cuma jadi manager saja. Actually taking a slow promotion path. But his charisma has earned the love of his employees"



Sembang punya sembang mereka telah naik lif yang sama. Yang orang tua belah kanan tu dok bagi signal, eh tu la dia Kindaichi sambil angkat-angkat kening.


Keesokkan harinya. Sewaktu Kindaichi masuk pejabat semua warga pejabat memandang serong kepadanya. 

Beliau telah dihadapkan ke lembaga disiplin pejabat dan dituduh menjual maklumat rahsia syarikat dan dibuang kerja.
  
"Eh saya tak buat semua tu lah. Saya telah difitnah. Tolong la saya" beliau membela diri

Tapi adakah kata-katanya didengari?

Tidak sama sekali. 

Sebab beliau cuma seekor semut merah manakala orang  yang memecatnya pula seekor gajah.

Aku orang kecil
Engkau orang besar 
Kau ibarat gajah 
Ku hanya semut merah

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah

http://musiklib.org/Meggy_Z-Aku_Semut_Merah-Lirik_Lagu.htm

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah




Selepas dipecat beliau pulang ke rumah. Dalam perjalanan menuju ke rumah, tiba-tiba rumah ditingkat 4 itu telah meletop. Kira punya kira tingkat, rupanya rumah yang kena bom itu ialah rumah dia daa. 

Kini, tinggal lah dia sebatang kara sehelai sepinggang.



Merempat tidur di  padang dalam kesejukan. Hanya berselimutkan kotak


Hidup mesti diteruskan. Jalan punya jalan beliau berjumpa dengan 2 budak ni. Sebelum kena buang kerja beliau pernah jumpa dengan budak ni dan telah memberi 500 yen kepada bebudak ni sebab mereka menangis tak de duit nak bayar tambang keretapi. 

Rupa-rupanya hanya lakonan saja.  Budak-budak ni memang kerja dia pau orang setiap hari. Pau pun tak banyak, hanya 300 yen. Ada sebab mereka cuma mahu 300 yen itu. 

Disebabkan dia telah jatuh miskin papa kedana satu sen haram takde, maka dia mintak balik 500 yen daripada budak-budak tu. 

"Bagi balik duit aku 500 yen"

"Eh mana boleh buruk siku tu. Dah bagi mintak balik"

"Ahh pedulik apa aku. Bagi cepat"

"Kami tak de duit sebanyak tu sekarang"

Teringat adegan dalam Tiga Abdul

"Bagi balik duit aku"

"Tuan saya mahu ke tandas"

"Bagi balik duit aku, lepas tu kau nak pergi mana kau punya pasal"

Kehkehkeh


Kemudian Kindaichi mengikut budak-budak itu balik rumah. Dia mohon untuk tinggal di situ sementara nak cari kerja baru. 

Sewa bilik dia kena bayar ialah sebanyak 500 yen. 500 yen ni bersamaan lebih kurang RM16.


Bertebaran la dia mencari keja untuk mendapatkan 500 yen. Dari satu tempat ke satu tempat dia pergi mintak kerja, satu pon tak berjaya. Akhirnya dia dapat idea nak kutip tin minuman. 

Lepas dapat kutip beberapa tin (part ni macam tak percaya je orang Jepun buang sampah merata), dia pun nak pergi timbang tin.

"Berapa ni?" dia tanya

"30 yen"

Tak cukup dia nak bayar duit bilik sewa.

"Kau kutip kat mana tin-tin semua?" tanya orang timbang tin tu

"Kat area-area sini lah"

"Hey ini kawasan aku. Maknanya tin-tin ni aku yang punya"

Ha ha nak kutip tin pon kena mintak izin dengan abang kawasan daa. 

Brader-brader kutip tin kawasan situ semua keluar sebagai tanda tak puas hati ada pengutip tin baru ceroboh kawasan mereka.



Seterusnya beliau pergi mintak kerja di cafe yang selalu dia lepak dulu. Tokei cafe tu kira kamcing jugak dengan dia. 

Tokei tu nak bagi duit tapi dia kata dia nak kerja.

"I want to work for the money. Please"

Jadi orang miskin rambut kena kusut masai tak pakai krim rambut GATSBY.


Selaku heroin dalam drama ni. Karina Kapor Jepun hehehe



Di akhir episod dapat la tahu akan wasiat terakhir itu.

"I leave Miracle Thermos to Kindaichi Fumio. You can't be the President. Fumio is better for it. Fumio is your long lost brother."

Oooo patut la brader yang muka crook tu sentap dan terus pecat Kindaichi Fumio.

Bersambung la...

Thursday, November 28, 2013

Jiken Kyumeii - IMAT no Kiseki (2013) - Part 1


Ribiu kontot

Drama ni mengisahkan sekumpulan dokter khas yang ditugaskan ke kawasan berlakunya jenayah seperti rompakan atau ada orang awam yang dijadikan tebusan untuk mereka memberikan perkhidmatan perubatan dengan kadar segera kepada tebusan atau anggota polis yang cedera. 

Kumpulan dokter khas ini bernama IMAT (Incident Medical Assistance Team).


 Dan ketua IMAT-nyaaaaaaaaaa...ehem


"Ini adalah kerja aku. Kau shadap" kata dokter itu dengan jelingan tajam kepada seorang abang polis yang sibuk nak masuk bilik pembedahan seorang suspek bom tempat awam.


Salah satu tugas mereka menyambut kelahiran bayi yang nak terkeluar cepat dari tarikh due semasa berlaku rompakan di bank dan ibu itu merupakan tebusan. 

Bila tengok bayi tu molek tersenyum lepas bersalin tingat kat bayi buatan bawah ni.  Macam sama jek

 

Tuesday, June 04, 2013

Osozaki no Himawari - Episod 1

Ok kita ke citer Jepun pulak.  Di sebabkan telah menonton drama hantu berturut-turut (Ghost  & Arang dan Yang Arif)  yang sangat menguji fizikal dan mental (cewah) maka saya memerlukan drama yang ringan sikit untuk meredakan emosi saspen saya ketika menonton drama-drama hantu tersebut. Lupakan seketika drama yang mendebarkan-yang- tak-sabar-nak-tahu-ending. Kehkehkeh

Dan terjumpa lah drama ini. Kisah dalam drama ini juga macam menarik terutama lokasi penggambaran dia di luar kotaraya Tokyo. Dan tempat ini saya dah aim nak pergi jika saya berkesempatan ke Jepun suatu hari ini. (Ye ye oo je)

Kisah mengenai seorang anak muda bandar yang bekeje di sebuah syarikat di tengah ibu kota Tokyo. Beliau bekerja sebagai part time saja. Dengar citer bos dia akan naikkan beliau ke full time. Sangat happy la beliau. Tapi sebaliknya berlaku. 

Bos dia cakap dia hanya boleh rekemen beliau ke full time, tapi dia bukan pembuat keputusan. Keputusan sebenarnya ialah beliau gagal naik ke full time.



Lama tak nampak mat tahir ni. Beliau terkejut bila mendengar kebenaran.

"Apaaa saya telah gagal???? Ini tidak adil"

Dan nama dia  ialah Kodaira Jotara.

Hai Kodaira Jotara, 
Nama saya Azura

Boleh buat pantun dua kerat daaa. Kekeke


"Sabar lah. Kumbang bukan sekor, bunga bukan sekuntum, pekerjaan pon bukan ada satu ni je. Watashi yakin tak lama lagi dikau akan dapat pekerjaan baru dengan rupa paras kau yang sebegini. Jangan berputus asa. Gambate ne" pujuk bos itu kepada Jotara


Di satu tempat yang lain, seorang doktor yang iras Natasha Hudson ni telah dihantar untuk bekerja di sebuah daerah kecil di selatan Jepun iaitu di daerah Shimanto dalam daerah Kochi. 

Beliau terpilih kerana beliau merupakan anak jati Shimanto dan hospital di sana amat memerlukan dokter yang muda dan segar kerana hospital di sana kekurangan dokter.

Awalnya dia memprotes tapi apa kan daya dia hanya sebiji mentimun, manakan dapat melawan sebiji durian musang king. Hasratnya untuk bekerja di sebuah hospital gah ditengah bandaraya Tokyo musnah. Dia kena balik kampung. 

*Wohooo hooo balik kampung hati girang*

Orang lain girang nak balik kampung tapi dia tak girang.


Memandangkan gaji beliau yang ciput tidak akan naik, Jotara pon mula untuk mencari bilik sewa yang murah sikit di lawan sesawang bagi menjimatkan kos. Cari punya cari, lapan lagi, sekali beliau ternampak sebuah iklan yang memerlukan pekerja sosial berkhidmat untuk warga mas di Shimanto.

"Alang-alang takde keje apa salah nya aku terai keje ni" kata hati beliau

Dan Jotara berjaya mendapat pekerjaan baru dan harus menetap di Shimanto. 

Kat Shimanto ni kebanyakan penduduknya terdiri dari warga mas yang tengah RTM. 

RTM = Rehat Tunggu Mati

Kerja beliau ialah menolong warga mas itu meneruskan kehidupan. Keadaan geografi Shimanto adalah bergunung ganang dan pengangkutan awam juga sukar di sana. Jadi tugas beliau ialah menjadi drebar kepada warga mas di sana. Tolong bawak mereka pergi ke hospital, tolong mereka angkat barang dan sebagainya.


Ini dia Sungai Shimanto yang terkenal di kawasan itu.  Dan jembatan dia macam ngeri je nak lalu sebab terlalu terbuka. Tak tahu la jalan dia sehala atau dua hala.

Dia dibekalkan dengan sebuah van untuk mengangkut penumpang warga mas itu.



Satu hari ada kematian seorang makcik. Makcik ni tinggal berdepan dengan rumah sewa Jotara. Walaupun baru tapi Jotara boleh ngam dengan makcik tu dan selalu makan di rumah nya dari hari mula beliau tiba di Shimanto.

Jotara merasa sangat sedih dan bersalah sebab sebelum makcik itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, makcik itu telah ajak Jotara untuk makan malam bersama tapi Jotara tolak atas faktor kepenatan. Rupanya itu la kali terakhir Jotara bercakap dengan makcik tu.
  


Yang ni tak paham, boleh bergelak riang ria di majlis pengkebumian sahabat mereka. Mungkin mereka tahu mereka pasti mati suatu hari nanti tapi tak tahu bila. Yang mati biarlah mati, yang berhidup harus la beriang gumbira. Malam ini kita menari rumbaaaa


Bagi mengobat rasa kesedihan Jotara pon pergi berkenu kenu reeves di sungai Shimanto bersama dokter itu


Ala shomei shomei nya dia huhu