Showing posts with label Takuya Kimura. Show all posts
Showing posts with label Takuya Kimura. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Priceless - Episod 1



: Credit Dramawiki

Kimura Takuya returns to Monday nights at Fuji TV as an ordinary salary man, Kindaichi Fumio, who is loved by colleagues and trusted for his ability to protect subordinates. One day, however, things take a 180 degree turn and his life becomes completely flipped upside down. His superiors fix their eyes on him and concoct a plot to bring him down. He is held responsible for a crime he has no recollection of, and is forced to leave his position. More unfortunate events follow as Kindaichi loses literally everything from his cellphone to his home, ending up without a penny in his pocket. 

Shocked by his losses, he one day meets two children in the park by chance who teach him how to get by without any dependency on money. The greatest thing about Kindaichi's character is that his character never fails him. He always has a carefree attitude and is driven by those people he meets, who love and support him, not by inflicted pain or grudge against others.

Despite being the man who has lost all his possessions, Kindaichi continues to move forward, inspiring his former boss, Moai Kengo, and conservative office co-worker, Nikaido Aya, resulting in a big turning point for each of them. 

What is it that money can't buy? 

What is the most precious thing in life? 

A man tells the story of finding that "priceless" something in life, through unpredictable turns and twists with a light comedy touch. --Fuji TV




Drama ini telah memenangi Best Drama dan Best Actor award.

 

Kisah bermula di hospital. 

Presiden sebuah syarikat Miracle Thermos telah nazak. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau sempat  meninggalkan wasiatnya yang terakhir kepada anaknya. Hanya dia sorang saja yang tahu isi kandungan wasiat itu. 


Anaknya dengan wajah yang masam keluar daripada hospital selepas mendengar wasiat terakhir ayahnya. (Boleh tahan jugak muka crook brader ni. Ahaks)

Lalu bertanya kepada pegawai kanan nya,

"Kau kenal tak staf yang nama Kindaichi Fumio?"

"Oh Kindaichi ni baru ditugaskan bahagian projek baru syarikat and I think he is pretty worthless"

"Worthless?? Apa maksud kau?"

"Dia telah bekerja di sini selama 17 tahun, dan cuma jadi manager saja. Actually taking a slow promotion path. But his charisma has earned the love of his employees"



Sembang punya sembang mereka telah naik lif yang sama. Yang orang tua belah kanan tu dok bagi signal, eh tu la dia Kindaichi sambil angkat-angkat kening.


Keesokkan harinya. Sewaktu Kindaichi masuk pejabat semua warga pejabat memandang serong kepadanya. 

Beliau telah dihadapkan ke lembaga disiplin pejabat dan dituduh menjual maklumat rahsia syarikat dan dibuang kerja.
  
"Eh saya tak buat semua tu lah. Saya telah difitnah. Tolong la saya" beliau membela diri

Tapi adakah kata-katanya didengari?

Tidak sama sekali. 

Sebab beliau cuma seekor semut merah manakala orang  yang memecatnya pula seekor gajah.

Aku orang kecil
Engkau orang besar 
Kau ibarat gajah 
Ku hanya semut merah

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah

http://musiklib.org/Meggy_Z-Aku_Semut_Merah-Lirik_Lagu.htm

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah




Selepas dipecat beliau pulang ke rumah. Dalam perjalanan menuju ke rumah, tiba-tiba rumah ditingkat 4 itu telah meletop. Kira punya kira tingkat, rupanya rumah yang kena bom itu ialah rumah dia daa. 

Kini, tinggal lah dia sebatang kara sehelai sepinggang.



Merempat tidur di  padang dalam kesejukan. Hanya berselimutkan kotak


Hidup mesti diteruskan. Jalan punya jalan beliau berjumpa dengan 2 budak ni. Sebelum kena buang kerja beliau pernah jumpa dengan budak ni dan telah memberi 500 yen kepada bebudak ni sebab mereka menangis tak de duit nak bayar tambang keretapi. 

Rupa-rupanya hanya lakonan saja.  Budak-budak ni memang kerja dia pau orang setiap hari. Pau pun tak banyak, hanya 300 yen. Ada sebab mereka cuma mahu 300 yen itu. 

Disebabkan dia telah jatuh miskin papa kedana satu sen haram takde, maka dia mintak balik 500 yen daripada budak-budak tu. 

"Bagi balik duit aku 500 yen"

"Eh mana boleh buruk siku tu. Dah bagi mintak balik"

"Ahh pedulik apa aku. Bagi cepat"

"Kami tak de duit sebanyak tu sekarang"

Teringat adegan dalam Tiga Abdul

"Bagi balik duit aku"

"Tuan saya mahu ke tandas"

"Bagi balik duit aku, lepas tu kau nak pergi mana kau punya pasal"

Kehkehkeh


Kemudian Kindaichi mengikut budak-budak itu balik rumah. Dia mohon untuk tinggal di situ sementara nak cari kerja baru. 

Sewa bilik dia kena bayar ialah sebanyak 500 yen. 500 yen ni bersamaan lebih kurang RM16.


Bertebaran la dia mencari keja untuk mendapatkan 500 yen. Dari satu tempat ke satu tempat dia pergi mintak kerja, satu pon tak berjaya. Akhirnya dia dapat idea nak kutip tin minuman. 

Lepas dapat kutip beberapa tin (part ni macam tak percaya je orang Jepun buang sampah merata), dia pun nak pergi timbang tin.

"Berapa ni?" dia tanya

"30 yen"

Tak cukup dia nak bayar duit bilik sewa.

"Kau kutip kat mana tin-tin semua?" tanya orang timbang tin tu

"Kat area-area sini lah"

"Hey ini kawasan aku. Maknanya tin-tin ni aku yang punya"

Ha ha nak kutip tin pon kena mintak izin dengan abang kawasan daa. 

Brader-brader kutip tin kawasan situ semua keluar sebagai tanda tak puas hati ada pengutip tin baru ceroboh kawasan mereka.



Seterusnya beliau pergi mintak kerja di cafe yang selalu dia lepak dulu. Tokei cafe tu kira kamcing jugak dengan dia. 

Tokei tu nak bagi duit tapi dia kata dia nak kerja.

"I want to work for the money. Please"

Jadi orang miskin rambut kena kusut masai tak pakai krim rambut GATSBY.


Selaku heroin dalam drama ni. Karina Kapor Jepun hehehe



Di akhir episod dapat la tahu akan wasiat terakhir itu.

"I leave Miracle Thermos to Kindaichi Fumio. You can't be the President. Fumio is better for it. Fumio is your long lost brother."

Oooo patut la brader yang muka crook tu sentap dan terus pecat Kindaichi Fumio.

Bersambung la...

Monday, March 24, 2008

Filem : Hero (2007)




Synopsis

After six years of professional exile to local District Attorney Offices in Okinawa, Sapporo and Yamaguchi, Kuryu Kohei returns to Tokyo Prosecutors Office Josai Branch. Kuryu is immediately asked to prosecute a seemingly open-and-shut case of manslaughter. However, the defendant changes his plea to not guilty in the midst of trial. All these are spin from a more serious political bribery conspiracy. To pursuit the truth, Kuryu and his loyal assistant, Amamiya, went to Busan, South Korea. In the midst of finding evidences, they receive great help from an elite Korean Chief Public Prosecutor, played by Lee Byung Hun. While pursuing the truth, the romance sparks between the couple rekindles after the years.

Cast : Takuya Kimura, Takako Matsu, Abe Hiroshi, Lee Byung Hun (special appreance)



Ok dah tengok citer ni. Citer "Hero" ni alkisah peguam-peguam ek. Kira ni Hero yang menyelesaikan kes-kes mahkamah la kan. Ganteng sungguh Hero nya. Hehehe.

Lanjutan drama dan SP nya, citer Hero The Movie ini ada melibatkan lokasi di Korea. Mungkin untuk meluaskan pasaran filem ini di Korea. Bukan filem usahasama tetapi kemunculan istimewa Mr. Lee Byung Hun di mana kemunculan beliau hanya ciput sahaja.

Filem ini mengisahkan pendakwaraya Kuryu Kohei dan geng nya diberikan satu kes kematian untuk diselesaikan. Kes kematian itu mengundang beberapa spekulasi di mana di syaki ada menteri yang terlibat yang telah salah guna kuasa rasuah. Yang menyebabkan depa ke Korea kerana mencari satu bahan bukti yang berupa sebuah van langgar lari yang telah dieksport ke Korea untuk dihapuskan.

Gitu la kisahnya. Hehehe.

Bagi yang sudah menonton drama Hero, jangan ketinggalan menyaksikan filem ini.

pose pilihan penulis...ahakss


situasi dalam court 

watashiwa mau kemukakan satu lagi bukti yang arif...


barisan pelakon yang sama dalam jdrama Hero...

nak beli la benda ni...multi language translation device

kegunaan nya...
contoh : bila anda cakap bahasa korea nnti dia translate ke bahasa pilihan anda...seperti bahasa jepun ka or english ka or sepanyol ka...tekan butang bahasa pilihan belah kiri tu...oh ya dalam citer ni hero ada cakap sepanyol sket...

canggih kan...tu dia keluar terjemahan nya...mudah untuk digunakan sebagai alat komunikasi jika anda melancong ke jepun dan juga korea...mudah juga untuk bersembang dengan Takuya Kimura ke, Chiaki-senpai ke, Lee Jun Ki ke, atau Kim Rae Won ke...hehehehe

Adegan tersebut di atas dimana heroin berkata sesuatu dalam bahasa Korea. Di sebabkan nak tahu apa heroin cakap maka sang hero telah menggunakan alat terjemahan ini. Bila dah tahu terjemahan, hero ter-shy shy cat. Kekekeke.

Untuk mengetahui apakah yang diperkatakan oleh heroin, anda saksikan la filem ini. 

Thursday, November 29, 2007

JDrama : Karei-naru Ichizoku (2007)



Synopsis

Originally a novel by
Yamazaki Toyoko, and later a 1974 movie. The book depicts the conflicts within the Manpyo family, which is famous in Kansai's financial circles, amidst the tumultuous reorganisation of the financial industry of the late 1960s. Unlike the book, the eldest son, Teppei, and not the father, Daisuke, will be the central character of the drama.

This drama is set in the late 1960s decade of Japan. The main rivalry depicted in the story is between Manpyo Daisuke (Kitaoji Kinya), a powerful banker, and his eldest son, Manpyo Teppei (Kimura Takuya), the executive managing director of a steel firm. For some reasons, Daisuke seem to dislike his own son and as Teppei seems to find out the reason for Daisuke's hatred, his whole life is turned upside down with fatal consequences.
 
Total episode : 10

Credit :
DramaWiki



rumah dia sangat cantik pemandangan

Citer ni ada pelbagai tajuk romanji. "The Grand Tribe", "A Spendid Family", "A Family" dan juga "A Wealthy Family". Kalau u all nak carik kat kedai tajuk versi pasaran Malaysia is "A Wealthy Family" yach. Cover depan muka Takuya Kimura. Mesti jumpa carik punya lah.

Ok citer ni merupakan debut buat saya terhadap drama lakonan Kimura Takuya / Takuya Kimura. Sedap pangge Takuya Kimura la (TK) Agak ketinggalan komuter kan. Sebelum-sebelum ni belum terbukak hati saya mahu menonton drama-drama TK walaupun ada beberapa kawan telah mempromosi kemachoan dan keenseman TK pada saya hehe dan meminjamkan beberapa cd drama lakonan TK. Nanti-nanti la saya tengok, saya kata. Tapi saya tahu TK merupakan aktor hebat Jepun. Terbukak nya hati saya mahu menonton citer ini kerana TK telah memenangi 2 anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Jepun dan juga di Korea di
Seoul Drama Awards yang berlangsung bulan Ogos aritu.
Betapa wataknya dalam citer ni amat menonjol-nonjol sekali hingga tertonjol pada saya untuk menonton. Habis dia pukul bersih calon-calon lain dari Korea, US dan China.

Sapa yang belom tengok citer ni dan mahu menontonnya disarankan jangan membaca spoiler di mana-mana untuk mengetahui ending dia tau sebab nanti u all tak meraung macam saya semasa menyaksikan ending citer ni hahaha. Ending dia saya percaya bakal menyentuh hati, peparu, pankreas anda semua.

Antara jdrama yang best dan hebat bagi saya. Tapi citer nya agak komplikated sket dan tema nya agak berat. Juga di awal-awal episode menonton agak memeningkan pala sebab banyak watak nak kena ingat dalam sekelip mata. Drama Jepun kan pendek-pendek so dalam satu episode akan mengandungi banyak pengenalan watak-watak yang very de kelam kabot jika anda mempunyai daya pikap slow macam saya. Sebab kita macam...eh dia ni sapa ek tadi...dia plak sapa ek...so kena lah patah balik episode awal untuk confirmation watak tersebut. Tetapi biarpun citer nya komplikated namun demi Abang Takuya Kimura iteww u all sahut saja apa jua ke-komplikated-an nya yach hehehe


Son : From the very start you have intended to sell my company, haven't you? That's why you didn't lend us the additional fund, with the intention of crashing my company?
Father : Don't make such a silly speculation. Why would a father want to crash the company of his own son?
Son : Yes, if father ................. (fill in the blank) supriseeeee huhu




Citer diadaptasi dari sebuah novel Jepun. Citer berlatar belakangkan tahun 1970-an. Novel ini juga pernah difilem pada tahun 1974 kalu tak silap.

Antara inti-inti yang kedapatan di dalam citer ialah :


1. Bukan kisah cinta romeo and juliet. Kisah mengenai konflik seorang bapa dan anak lelaki sulungnya. Bapa itu tidak menyukai anak lelaki nya dan tidak boleh melihat muka anak lelaki nya. Bila melihat akan wajah anak lelaki nya itu, semacam ada satu obor menyala dari dalam badan dia menyebabkan dia benci teramat lantas dendam mengusai diri bapa itu. Yang lebih menyedihkan zahirnya bapa itu berkelakuan seperti tiada dendam, namun secara batin nya, cewah batin, secara dalamannya bapa itu mahu memusnahkan karier anak lelaki nya itu perlahan demi perlahan ala musuh dalam selimut la ni. Takut u all. Imajin apa perasaan kita jika bapak kita tak suka kat kita dan menganggap kita musuh. Persoalan nya kenapakah bapa itu berkelakuan zalim terhadap anak nya sendiri? Itu u all kena nonton celita ini sampai abis.


2. Yang kedua, mengenai 'bank merger' atau menggabungan bank. Accounting people suka la ni. M&A huhuhu. Penggabungan antara bank dan bank biasa kita dengar. Penggabungan melibatkan bank besar menelan bank kecil juga mungkin biasa kita dengar. Tapi dalam citer ni anda dapat melihat bagaimana bank kecil menelan bank besar untuk bergabung yang mana bank kecil ini cuba berlagak hero cuba menewaskan bank besau ini. Bank kecil di sini merujuk kepada bank yang berada di ranking bawah, manakala bank besau merujuk pada bank yang berada di ranking atas. Menteri Kewangan Jepun pada masa itu sendiri tokojut, apoo ekau bank kocik nok makan bank besau? Camno eh caranya? So bole la lihat bagai mana si bank yang kecil ini bernapsu serakah dan rakus membuat apa saja demi mencapai objektifnya iaitu mahu menguasai yang besar sekaligus memiliki kuasa mutlak selepas bank baru ditubuhkan iaitu selepas bank merger.


3. Lanjutan dari point 1 & 2 di atas, kisah seorang bapa yang tergamak mem-bankrupt-kan kilang anak nya demi mahu merealisikan impian bapa itu untuk menggabungkan bank nya. Selain dari itu akibat angkara kerakusan bapa itu mahu mempertahankan bank nya, beberapa individu kesayangan anak lelaki nya itu mati.





4. Lanjutan dari poin 1, 2 & 3 di atas, lebih kurang sama je isi dia sebenarnya hahaha. Tapi yang ni dari anak punya point of view. Kisah seterusnya ialah kisah anak yang dipilih kasih, tidak mendapat kasih sayang bapa nya sebab bapa nya ada menyimpan dendam dan rasa tidak puas hati terhadap anak lelaki sulung nya itu. Anak itu telah berusaha untuk memberi imej yang baik pada bapa nya supaya bapa dia memberi sedikit kasih sayang dan senyuman pada nya. Dia belajar pandai, dia seorang berdikari, dia berpotensi besar untuk menjalani perniagaan, mempunyai rupa paras yang ensem lagik tetapi bapa nya langsung tidak mengendahkan nya.

4.1. Bab ni yang membuatkan saya tersentimental lebih sket. Sebab hal ini mirip terjadi pada seorang rakan baik saya yang mana dia dipilih kasih oleh emaknya. Penah sekali bila dia merasa sedih dan kecik hati dengan sikap pilih kasih emak nya dia sms saya 'ko bila ada anak nanti jangan pilih kasih...perit wooo'. Jadi saya dapat merasakan kesedihan dan kekuciwaan hero menjadi anak yang tidak dapat perhatian bapanya. Dan hero melakonkan watak tersebut dengan superb sekali.

4.2. So kepada ibu bapa sekalian jangan la pilih kasih dalam menyayangi anak-anak ye. Kesan nya akan membawa sehingga anak itu dewasa. Anak itu akan sedih la senang citer. Buat ini tak kena, buat itu tak kena. Apa la dosa anak itu jika berpandukan pada kes hero dalam citer ni dan rakan saya tu. Kalau bapak tak suka anak dia mungkin bole diterima sebab bukan bapak yang susah payah melahirkan. Ini emak plak tak suka anak, i ols very de tak faham.

5. Pada akhir nya, anak itu beralah sebab "masalah" yang timbul di antara dia dan bapa nya jalan penamatnya salah seorang harus melakukan pengorbanan. Jika tidak, seluruh ahli keluarga akan terkena tempias perbalahan bapa dan anak lelaki sulung nya itu sehingga kiamat. Adegan paling dan teramat sedih. Huwaaa. Owh tidakkkkk. Teppei-San, aisheteru :P Apakah yang terjadi pada Teppei-San itu? Apakah pengorbanan yang telah dilakukan nya? Jangan ketinggalan menyaksikan drama keluarga menyayat hati ini.

Secara ringkas, citer ni bertumpu pada sebuah keluarga ahli perniagaan lagi elit dan kaya bernama Manpyo. Dari luar kelihatan elit dan berjaya tetapi di dalam nya serabut, umpama neraka jahanam, kacau bilau, tiada ketenangan dan tiada kebahagiaan. Anak-anak keluarga Manpyo ini semua nya berkahwin dengan jodoh yang ditentukan oleh bapak nya. Jodoh ini bukan orang kebanyakan tetapi terdiri dari golongan ada-ada, yang dapat memberi manfaat terhadap perniagaan bapak itu kelak seperti anak menteri ini, anak menteri itu, anak sedara perdana menteri, anak menakan duta dan sebagainya. Tiada siapa yang berkahwin dengan pilihan masing-masing. Ada udang galah disebalik perkahwinan. Sebagai anak yang hormat dan gerun pada bapa mereka, anak-anak ini menuruti saja kemahuan bapa mereka. Kang bantah dapat cop mohor anak derhaka plak kat dahi kan.

Mari la kita tengok siapa kah para pelakonnya :



Kimura Takuya as Manpyo Teppei

Sebagai Teppei-San. Anak sulung dalam keluarga Manpyo. Pekerjaan sebagai Pengarah Urusan kilang besi kepunyaan atok dia. Dia mahu meneruskan dan mengembangkan perniagaan atuk dia tetapi ditimpa dengan bermacam halangan seperti bekalan bahan mentah tidak cukup dan tidak mendapat sokongan dari pengeluar bahan mentah yang diperlukan, kemdian apply loan dari bank bapak dia, bapak dia kasik separuh saja, kemdian kilang dia terbakar, kemdian bapak mentua dia mati dan seterusnya. Namun segala halangan itu tidak mematahkan sedikit pon semangat dia untuk memajukan kilang besi itu. Memajukan kilang itu seorang diri tanpa bantuan seorang pon dari ahli keluarga beliau. Untuk pengetahuan u all, semua musibah tu datang dari bapak dia sendiri. Memang jahat tau bapak dia ni.

Dipendekkan citer, Abang Teppei kita ni dalam citer ni sebagai mangsa keadaan. Mangsa yang tidak bersalah di atas kejadian silam datuk dia, bapak dia dan juga mak dia. Tu yang kesian tu. Oh very de heart breaking yew hik hik.

So sediakan tisu banyak-banyak jika anda mahu menonton citer ni yach

TK ni ada iras Won Bin sket kan and yang pasti suara dia sedap sket la dari Tamaki Hiroshi hahaha



Kitaoji Kinya as Manpyo Daisuke

Ye inilah dia bapa yang kijam itu. Hati dan muka kering. Seorang pemilik bank. Bank dia di ranking 10. Bila slow talk dengan Menteri Kewangan mengenai penggabungan bank, Menteri tersebut menyuruh En. Daisuke ni cuba naikkan kedudukan bank dia kepada 1 angka saja. Maknanya nomo 9 ke bawah la. Makanya berusaha gigih la En. Daisuke ini menaik tarafkan kedudukan bank dia dengan apa cara sekali pon.

Antara salah satu sebab mengapa En. Daisuke ini tidak menyukai anak lelaki sulung nya iaitu Teppei-San adalah kerana Teppei-San ni banyak mengikut sikap datuknya dalam serba serbi dari mengikut acuan bapa nya. Dari gaya bercakap, gaya membawa diri, gaya menguruskan perusahaan banyak menurun dari atok dia. Bukan mengikut seperti kata pepatah "like father like son" atau "bapa borek anak rintik". Bila En. Daisuke ni pi majelis dinner, function-function orang bank, orang banyak komen "eh anak awak yang sulung tu serupa macam datuk dia kan...bla bla bla...keje kilang besi...bla bla bla dot com dot my" So bila bapak dia banyak terima komen sebegitu, dia punya blood pon go upstairs. Semakin benci la dia dengan Teppei-San. Lembu punya susu, sapi yang dapat nama. Tetapi Teppei-San tidak tahu mengapa bapa dia benci sangat kat dia. Sehingga la ending citer ni u all akan dapat jawapan nya. Tapi saya faham sebab apa bapa itu bekelakuan begitu pada Teppei. Sebab ego. Yang ni susah sket la nak ignore pada lelaki yang menghadapi masalah begini. Bukan masalah tak ikut acuan bapak tapi 'masalah' satu lagi.

Selain itu bapak ini mempunyai sorang pompuan simpanan yang juga menetap bersama keluarga Manpyo. Ahli keluarga lain tidak dapat berkata apa kerana bapak itu adalah ketua keluarga yang bengis.



Hasegawa Kyoko as Manpyo Sanae

Ini isteri kepada Teppei-San. Anak kepada Menteri MITI (Ministry of International Trade & Industry) Teppei juga berkahwin melalui perkahwinan yang diaturkan oleh bapak dia dan terpaksa meninggalkan aweks dia. Depa ada sorang anak lelaki yang comel bernama Taro
(Teppei masa kecik minat tgk citer Ultramen kot ekekeke)
 


Harada Mieko as Manpyo Yasuko

Emak Teppei. Dia hanya melihat saja suami dia bermesra dengan pompuan simpanan di dalam rumah. Ada misteri rumah tua tersimpan di sebalik kerelaan nya membiarkan suami nya bermain kayu tiga.



Suzuki Kyoka as Takasu Aiko

Sebagai perempuan simpanan Daisuke. Lagak nya seumpana dia adalah first lady di dalam keluarga Manpyo. Teppei amat bengang dan marah pada dia ni hingga menghalau dia dari umah banglo keluarga Manpyo.

Kemdian dia menjawap,
"Mari kita bertaruh, antara kau dan aku, mana yang bapak kau paling sayang? Kalu dia sayang kau, aku keluar dari umah ini"
 
Sebab dia tau bapak Teppei tak sayang kat Teppei.



Yamamoto Koji as Manpyo Ginpei

Adik kepada Teppei merangkap anak lelaki kesayangan En. Daisuke dan orang harapan En. Daisuke untuk meneruskan empayar perbankan dia sebab Teppei tidak berminat menguruskan bank.



Aibu Saki as Manpyo Tsugiko

Adek pompuan Teppei yang terselamat dari perkahwinan terancang tanpa rela. Ada lagi 3 orang ahli keluarga. Banyak sangat nak citer. U all tengok sendiri nanti.

Antara favourite scenes huhu...







anak dia cuter gilerrr...

Akhir kalam, sangat sangat di-recommend citer ni ditonton untuk tontonan seisi keluarga.

Arigato gozaimas!