Showing posts with label ribiu novel. Show all posts
Showing posts with label ribiu novel. Show all posts

Thursday, March 01, 2018

Penghuni




Kita ke genre seram pulak. Buku terbitan Roman Buku. Belom pernah baca buku mereka. Nak bagi feel sis pilih genre seram sebagai pembuka jalan membaca buku terbitan Roman ni. Sangat suka font dan spacing dalam buku ini. 

Jalan cerita diilhamkan dari kisah seram benar yang berlaku di UiTM Lendu Melaka.

Tak tahu yang mana benar dan yang mana yang direka. Ternyata ianya serem. Hantu tarik roh. Peh.

Ada 2 penceritaan. Alam manusia dan alam makhluk asing. Alam makhluk asing atau bangsa hantu ni kita boleh selami apa masalah sebenarnya terjadi pada kaca mata hantu ni. Kenapa dia mengamuk dan mengacau manusia.

Ilyas menuntut di UiTM Lendu. Satu hari ada siswi kena histeria di asrama. Ilyas pon kontek abang dia Adam suruh datang sana dan buat siasatan. Adam  kerja sebagai penyiasat paranormal. Kira macam Uncle Seekers la ni. Sekarang Adam dan rakan dia Raime tengah siapkan video untuk rancangan di TV bertajuk Misteri Semenanjung. So adik dia pon cakap mana tahu kes histeria kat UiTM Lendu ni boleh menambah episode untuk rancangan Adam nanti.

Adam bersetuju. Bermalam la Adam dan Raime di asrama sama bilik dengan Ilyas. Mereka masuk secara haram. Dan mereka memasang alat-alat rakaman video untuk rakam hantu ni. Sebelum tu Adam buat homework sikit. Dia gogel dan baca twiter mengenai kes histeria di UiTM Lendu 20 tahun yang lalu.

Kawasan yang disyaki tempat lepak hantu di sekitar tasik dan 2 tangki air.

Dipendekkan citer, Adam bermimpi sebijik macam kisah yang dia baca di twiter tu. Kisah berlaku 20 tahun dulu. Dan muncul la nama Dayang dalam mimpi itu.  Bukan Dayang Norfaizah, Dayang Senandung atau Dayang kek lapis Sarawak. Cuma Dayang saja. Dan siasatan terperinci dilakukan hingga ke akar umbi oleh Adam dan Raime.

Siasat, throwback, siasat, hantu ni ada 2 rupanya. Adik beradik. Abang nama Maarid, adik nama Dayang. Maarid berumur 1000 tahun, manakala Dayang berumur 300 tahun. Peh. Dah macam drama Korea, Black Knight. Tak tua dan tak mati. Terkena sumpahan.

Dayang ni nak cari kawan sebab dia selalu bosan tinggal sorang-sorang. Abang dia garang, muka bengis, berbulu, tangan berurat-urat. Memang Dayang tak nak lah kawan dengan abang dia. Hantu pon tahu bosan.

Hujung cerita, Dayang pilih nak kawan dengan Ilyas, tapi sebab Adam sayang adik dia dan masa depan adik dia masih jauh perjalanan, Adam suka rela menggantikan tempat Ilyas dan ikut Dayang dengan syarat Dayang jangan bawak roh dia saja, bawak sekali jasad dia supaya tidak menyusahkan adik dia nanti. Biar Adam hilang dan ghaib dengan misterinya. Misteri terkena jampi.

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi

Rupanya makhluk halus ni dia suka kacau mereka yang kuat pendinding. Kuat pendinding seperti yang dikabor Ustaz dalam buku ni ialah masa lahir kita diazankan, kan kan. Itulah pendinding kita. Sapa yang tak pernah kena kacau hantu maknanya masa lahir dia tak diazankah. Jadi jangan risau. Hehe.

Kisah UiTM Lendu ni terjadi sebab tempat tinggal makhluk halus dikacau sebab nak buat universiti. Biasa dengar kan citer macam ni. Betul jugak. Habis depa nak dok mana? Harap Soltan Melaka amik serius akan hal ini.

Tombiruo (Novel)




Lepas baca novel, kalau nak banding dengan filem, boleh kata filem tersangatlah short cut dari novel. Patut ramai pembaca tegar novel Tombiruo ni sentap bila tengok filem.

Dengar cerita katanya, filem Tombiruo merupakan ‘dari perspektif lain’. Maknanya lain kali kena maklumkanlah kat poster samada filem yang diangkat dari novel ini merupakan samada “adaptasi” atau “inspirasi” atau “dari perspektif lain”. Cakap biar terang. Jadi pembaca juga penonton sudah bersedia fizikal dan mental semasa berada di luar panggung.

Adaptasi pula ada 3 jenis. Loose, faithful dan literal. Sis tanya Prof Gogel. Maka filem Tombiruo ni boleh kata dalam kategori loose adaption rasanya. Adaptasi yang longgar.

Kalau adaptasi yang ketat pula seperti contoh drama Lafazkan Kalimah Cintmu Ku Ryan. Mengikut sebijik novel. Cuma ada penukaran beberapa dialog yang minima mengikut kesesuaian keadaan barangkali. Terutama dialog Kak Bong. Haha. Ke-detail-an lain sis sangat berpuas hati, malah lebih dari itu.

Itu la serba sikit info adaptasi dari kaca mata penonton dan pembaca.

Membaca novel Tombiruo ini di tahun 2018 tersangatlah campak belakang. Ada scene terima telegram. Bila dapat surat telegram bermakna ada sesuatu yang mustahak dan penting telah berlaku. Zaman Telegram Jabatan Telekom Malaysia. Kau ada di zaman ni?  Kemudian ada scene pasang kaset dalam kereta. Ada scene hantar surat kepada makwe. Pakwe kat Sabah, hantar surat cinta ke makwe di KL. Hehehe.

20 tahun dah usia novel Tombiruo ni. 1998-2018. Kita citer sikit lah apa yang tiada dalam filem.

1. Baizura merupakan watak penting juga. Selepas kematian ayahnya Tuan Berham, wasiat ayahnya menyuruh Baizura mengambil alih syarikat bersama Amiruddin. Amiruddin awalnya tidak berminat sebab lebih suka jadi Renjer Hutan. Baizura pula ada konflik dengan ayah dia sebab berkahwin tanpa restu dengan orang belah Semenanjung di Ganu. Dok Ganu jual kapok lekor. Tapi sebelum mati ayah dia insof dan mahu Baizura balik di hari raya nanti. Tak sempat bermaafan di hari raya yang mulia, Tuan Berham telah menemui ajal bersama Salina.

2. Watak nama Juslan, adik kepada Tuan Berham tiada dalam novel. Sebalik nya yang ada ialah Omar, adik kepada Bonda (Marlia Musa). Ini lah kot “dari perspektif lain” nya.

3. Wan Suraya. Semasa membuat tugasan kes bunuh di KL membawa ke Sabah, Wan Suraya telah berkenalan dengan keluarga Baizura dan Baizura dan mak dia mempelawa Wan Suraya bermalam di rumah mereka. Lama juga Wan Suraya menumpang di rumah Baizura hingga terjebak dengan semua hal misteri keluarga itu. Juga ter-kuch kuch hota hei sama Amiruddin. Kikiki.

4. Amiruddin tak puas hati dengan kes kematian ayah mertua dan isteri dia. Firasat dia mengatakan mereka mati dibunuh dengan pembunuhan terancang. Amiruddin mahu masuk hutan cari bahan bukti. Diajak sekali kawan dia Ondu. Wan Suraya pon ikut sama. Ondu ni pulak penakut dan mahu minta tangkal azimat dari nenek dia di kampong sebelah sebelum masuk hutan. Takut terserempak dengan Tombiruo. Nenek itu bernama Monsiroi. Masa pergi mintak tangkal, Monsiroi terkedu melihat Amiruddin sebab ada iras mak dia Tobugi. Monsiroi raba belakang cuping Amiruddin dan ada tanda lahir. Konpem. Inilah bayi yang dia sambut 31 tahun dulu. Monsiroi pon nanges sambil tepok-tepok dada di rumah. Aku berdosa bah, aku berdosa.

5. 2 kali Ejim pergi ke rumah Amiruddin. Jauh jugak dia berjalan kaki tu yek. Nak cari rumah lagi. Tak de la dia duduk dalam hutan setiap masa.

6. Disebabkan nak tahu asal usul Amiruddin, Wan Suraya cadang mereka pergi berjumpa dengan Monsiroi. Amiruddin ni membesar di rumah anak yatim. Dia dengan Salina merupakan kawan sekolah. Masa pertama kali jumpa, Monsiroi telah memberi reaksi yang mengejutkan bila tengok Amiruddin. Dan Monsiroi pon bercerita panjang lebar mengenai kelahiran Amiruddin dan abang kembar dia Ejim. Mak dia kena rogol dengan anak penghulu. Bila bersalin mak dia mati. Ejim dibuang ke sungai sebab takut membawa bala kat kampong. Sebab wajah dia bukan wajah manusia. Manakala Amiruddin diberi pada orang untuk dibesarkan.

7. Omar ni jahat bebenor. Dia rogol gadis-gadis di KL dan kemudian bunuh mereka. Juga musuh dalam selimut keluarga Tuan Berham. Jaga-jaga species macam ini. Dia hangin dengan Tuan Berham sebab ubah wasiat 3 kali dan membuang nama dia. Walaupun dia adik ipar yang berdedikasi membantu perniagaan keluarga. Kat depan cakap rendah diri dan zuhud, tak pe lah saya tak harapkan balasan. Saya ikhlas menolong. Kat belakang rupanya dia menyimpan dendam kesumat mahu membunuh Tuan Berham.

8. Kemudian Baizura diculik oleh koncu Omar dan mintak tebusan 10 juta. Bonda Baizura bayar 5 juta dulu. Lagi 5 juta kemudian kasi dan Wan Suraya sukarela nak ganti tempat Baizura sebagai mangsa culik sehingga lagi 5 juta habis dibayar. Wan Suraya dibawa ke dalam hutan. Dan macam biasalah Ejim datang rescue.

9. Ejim pon terkejut bila diberitahu bahawa dia mempunyai adik kembar. Dari adik kembar Amiruddin, Ejim belajar mengenal Allah selepas semuanya berakhir dengan baik dalam tempoh 7 tahun. Tempoh itu juga kisah cinta Amiruddin dan Wan Suraya  tergantung diawang-awangan. Sis tak puas hati tang ni. Kenapa 7 tahun? Lama sangat buang masa. Wan Suraya bukan makin muda. Amiruddin ni slow betul lah.

10. Kalau bapak sis tokei kayu balak, mau sis suruh sponsor balak ke tuan RAM 5 ke 6 batang balak ke buat modal bikin drama. Sebab kita paham masalah utama is bajet dalam industri kita ni. Buat la 100 episod macam Dendam Aurora ke. Sebab memang sesuai buat drama novel ni. Puas sikit boleh tengok Ejim dan Amiruddin. Kekeke. #KakiDrama

Thursday, November 02, 2017

Titian Cinta



Tamat sudah dramanya. Yess. Jenuh nak terkejor kejor haha. Awalnya memang tak melayan drama pukul 7 ni, apatah lagi membaca novel. Last follow drama pukul 7 ialah drama 7 Hari Mencintaiku. Sebab Syukri Yahya dan Pak Samad. Ya ampun Pak Samad, bergegor tv teman kikiki. Scene dia marah Mak Leha. Dan gigih jugak mencari novel sebelum menonton drama.

Berbalik kepada Titian Cinta. Kemudian akak ternampak 3 rakan fesbuk beli novel. Yang sorang tu tak pernah nampak dia baca novel sebelum-sebelum ni, tup tup dia beli novel Titian Cinta ni. Aik sesuatu sungguh ni. Bagi menjawab segala sesuatu yang berlegar-legar di kepala, saya pon membeli novel dari penulisnya sendiri di fesbuk.

Selepas membaca, alamak eii boleh tahan jalan ceritanya. Dan lantas menonton drama pula. Ini lah juga kali pertama menonton lakonan Zul Aripin secara serius, fokus dan penuh konsentrasi haha. Drama-drama Zul Aripin sebelum ni tak berapa nak kimia dengan akak. Lepas tu berjangkit pula ke Tombiruo. Lepas ni tunggu Tombiruo 2 pulak. Ahaks.

Sebelum tu nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kena tembak tu. Mula-mula rasa macam lawak jugak. Ko baca novel lepas tu tembak orang. Tapi ianya ternyata serius ya. Sebab satu nyawa telah melayang. Bukan main-main. Tapi nak buat macam mana kan. Yang akak terpikir dari mana dia dapat pistol? Senang benor nampaknya nak dapatkan pistol sekarang.

Jalan cerita Titian Cinta ini mengenai kisah rumahtangga, suami baran pukul isteri, lepas tu isteri lari. Kemudian suami itu pon insaf dan mahukan kembali isterinya di sisi. Juga banyak campur tangan pihak ketiga, keempat yang boleh merosakkan hubungan sesebuah rumahtangga. Pihak ke tiga, keempat boleh jadi manusia, hobi terlampau dan juga pasangan obsess dengan parti politik.

Ketika menulis rebiu ni, ada sorang puan peguam menuntut cerai dengan suaminya yang katanya taksub sebuah parti politik. Sedih sebenarnya baca. Anak-anak pon ramai. Tapi dia yang melaluinya, dia yang merasainya. Biar lah dia buat keputusan. Kita tolong doa dari kejauhan saja.

Jangan kata taksub parti politik, kalau suami terlebihkan keluarga belah dia pon isteri ada terasa hati sikit. Padahal bukan orang lain. Keluarga dia sendiri. Itu pun nak sentap. Huhu. Bila ada anak lelaki sendiri, baru boleh neutralkan perasaan itu. Sebab nya…, sebagai mak, kita juga mahu anak lelaki kita nanti melayan, mengasahi kita seperti mana ayah dia buat kat nenek dia dulu. Benda ni kan seperti roda. What you give, you get back, kata Scorpions.

Sebagai isteri, saya boleh faham perasaan isteri-isteri yang suaminya ada pihak ketiga. Taksub main game, taksub melepak ngeteh dengan kawan-kawan, taksub nak menghias kereta, taksub bola (anak kat spital pergi juga ke stadium) dan lain-lain taksub yang ada. Membiarkan isteri terkontang-kanting dengan anak-anak di rumah. Tu yang bila isteri stress, anak akan jadi mangsa melepaskan amarah. Isteri sangat memerlukan suami di rumah, bantu buat kerja rumah, tapi suami tiada. Suami bukan keluar mencari rezeki tapi ber-huha huha dengan kengkawan. Boleh faham tak perasaan ini? Orang lelaki memang takkan faham. Ini pon bukan perkara main-main ya tuan-tuan. 

Ingat filem P.Ramlee Do Re Mi, isteri Masdo bawak parang kat kedai kopi sebab suami dia taksub main dam haji sampai tak kisahkan rumahtangga? Dapur tak berasap, hutang keliling pinggang. Pengakhirannya, gugur lah talak satu. P.Ramlee dah lama fikir akan hal ini. 

Kan dah melarat ke lain lain hal. Huhu.




Ok berbalik kepada Zul Aripin. Eh Zul pulak. Berbalik kepada Titian Cinta.

Dalam novel tak nampak Rayyan ni jahat. Dah hujung novel baru tahu. Dalam drama boleh nampak ekspresi muka dia yang tak pueh hati tu dari episod mula.  Itu lah keistimewaan drama adaptasi novel. Maka dengan ini akak menyokong novel yang best diadaptasi ke drama. Novel yang best  je tau. Kekeke

Begini kisahnya.

Hero, Haris bertunang dengan Sofea.
Heroin, Aisy pula bertunang dengan Rayyan.
Sofea pula sedang digilai oleh mamat obses bernama Danial.
Danial kawan sekampung Aisy cinta gila dengan Sofea dan sanggup buat apa saja yang Sofea suruh. Danial, Sofea dan Aisy, sahabat baik sekolej.

Lepas tu Sofea dan Rayyan kena tangkap khalwat. Putus tunang. Haris pula kena kawin dengan Aisy sebab nenek Haris ni berkenan sangat dekat Aisy, yang cantik, lemah lembut, sopan santun. Memang ciri-ciri menantu idaman lah Aisy ni. Namun, Aisy tidak disukai oleh mak mertuanya, yakni Puan Sri Nora, si rambut lipan. Manakala bapak Haris, Tan Sri Hakim hanya pak turut, pak pacak, patung cendana melihat perbuatan isteri nya terhadap anak dan menantu. Jessica Arabica betul la.

Maka bermulalah episode-episod ujian, dugaan, godaan, cobaan di dalam rumahtangga Aisy dan Haris. Pihak ketiga mahu meruntuhkan masjid yang telah dibina tanpa cinta itu.

Sofea menggunakan Puan Sri Nora untuk mendapatkan semula Haris dengan memburukkan Aisy. Manakala Rayyan terus berbuat baik dengan Aisy, supaya  Haris salah paham, salah sangka, siapa sangka siapa menduga, kata Liza Hanim.

Rayyan telah membuat satu video lucah dengan mengupah seorang model Siam yang menyerupai Aisy, dan sebarkan video tersebut kepada Haris. Bila melihat video lucah isterinya, Haris tanpa usul periksa telah naik singa dan membantai Aisy dengan kejam. Sehingga menyebabkan keguguran. Dan dihalaunya Aisy dari rumah. Esoknya Haris telefon Aisy kata, tunggu ketibaan surat cerai dari aku.

Rayyan ni seorang yang kaya, hartawan yang makan dipinggan, minum di cawan. Hartanya banyak berkoyan-koyan. Dibesarkan oleh bapa angkat keturuan omputeh. Sebab tu nama dia Rayyan Smith. Ropanya dia lah mastermind dalam ini cerita. Untuk membalas dendam nya. Saya kira lojik la dendam dia tu. Sapa tak marah dan cemburu kan. Kalau saya jadi Rayyan pon saya akan dendam. Dendam sipitung, lurah dendam segala.

Aisy pasrah akan nasib yang menimpa dirinya. Aisy mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 4 tahun.

Dalam masa 4 tahun ketiadaan Aisy, Haris telah mendapat hidayah dan telah tahu akan hal yang sebenarnya melalui kawan baik Aisy yakni Sakina. Sakina dalam drama dilakonkan oleh Dotty. Enjoiii betul tengok lakonan dia. 



Kredit OST yang sangat ohsem. Dari syarikat Rusa rupanya.


4 tahun kini.

Haris menunggu Aisy di airport dan mengikut balik ke kampong Aisy. Dalam drama, lari betul gambaran dia. Aisy balik dari London jumpa Sakina dulu, lepas tu baru balik kampong. Macam tak berapa kena. Gigih turun KLIA dulu, jumpa kawan lepas tu baru balik kampong lepas 4 tahun. Patut jumpa le parents dulu.

Maka bermula lah sesi memohon maaf dan memujuk isteri pula.

Adakah maaf diterima? Atau tiada maaf bagi mu?

Walaupun esok ada mentari, apakah secerah harini? Pahit akan manis akhirnya? Mode Saari Amri pulak dah.

Bacalah novel dan tengok lah drama sekali.

Lanje sikit gegambar dari drama.

Umayr Haris, seorang yang bengis lagi menakutkan. Tengok urat kat dahi. Selalu sibuk dan penat bila mak dia ajak bincang.  

"Haris penat ni. Haris nak tidur."
Haris yang berang bila melihat video lucah fitnah lagi palsu isterinya.

"Aku ingatkan Sofea tu teruk. Rupanya kau lagi s***"

Antara skrip yang terpaksa di tuuttt kan untuk pendengaran halwa telinga di tv.
Danial dengan fesyen kuih koci atas kepala. Hilang habis imej hero Azura 2012 yek. 
Aisy selepas dimaklumkan oleh doktor mengenai keguguran. Sakina menenangkan. 

Antara pelakon yang tak kontrol ayu dan nak pakai lipstik manjang masa adegan kat spital.
Rayyan yang manis bersongket. Scene try baju perantin. Cantik juga warna hijau mint ni. 
Sesi makan bersama keluarga. Kemain banyak nasi goreng. Orang kaya bukan makan sikit-sikit ke? Al maklum nak jaga badan. 
Pertemuan pertama suami isteri selepas 4 tahun. Haris tahan kereta Aisy yang nak balik kampung.  

Tengok urat-urat kat tangan. kalau lempang isteri ni boleh terpelanting dibuatnya. 

"Bapak saya besar, bengis, tangan berurat-urat." kata Sopia kat Abang Ajis (Bujang Lapok).
Akak dah tahu rahsia Aisy kelihatan cantik, manis dalam drama ni. Dia pakai bedak nyonya 4 segi tu. 
Antara scene meruntun jiwa. Ahaks. Permohonan maaf dari suami kepada isteri.
 Dalam drama ni Haris seorang yang tak pro-poligami. Pasri ramai isteri-isteri menyanjung Haris termasuk lah akak. Hik hik.

"Sayang tak paham ke? Abang nak anak dari darah daging kita. Kalau ada anak, itu rezeki. kalau tak de, nak buat macam mana? Suruh abang kawin lain buat apa?"

Antara konflik dalam novel ni.
Haris sound Danial kerana cuba membantu Sofea yang telah tikam mak Haris. 

"Kalau kau cinta dia, patut kau bawak dia ke jalan yang elok. Itu bukan cinta Danial. Itu adalah obsesi."


Obsessiii...depressiii...oh anok anok tokleh meraso mandi laukk...(lagu latar)
Ini scene yang sangat mengecewakan akak. Hanya sebaris saja skrip. Terbanding dengan skrip drama Korea. Kalau scene minta maaf mak mertua-menantu ni mesti meleret-leret skripnya. 

Bab-bab kepakaran contoh medical, kita boleh paham memerlukan kos tinggi kalau nak ikut macam drama luar. Ahli panel skrip terdiri dari doktor kalau nak buat drama medikel misalnya. 

Persoalannya : Buat skrip panjang-panjang juga memerlukan bajet tinggi ke camne?
Farah Nabila ni sekali imbas muka gabungan 2 pelakon. Memey Suhaiza dan Aida Aris. Hehe
Penutup
(1)
(2)
(3)
(4)

Cantik betul lokasi ni dalam gambar. Katanya pantai di Banting.

Tahniah dan syabas buat semua tim produksi drama dan juga penulis novel.