Showing posts with label surah al-quran. Show all posts
Showing posts with label surah al-quran. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Tajwid : 31.Surah Luqman

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Surah ini diturunkan di Mekah dan mengandungi 34 ayat. 

Nama Luqman diambil dari nama seorang yang di anugerah kearifan yang tinggi, yang nasihat-nasihatnya terungkap dalam ayat 13 sampai 19. 

Kandungan surah ini antara lain :
  • mengemukakan fungsi Al-Quran sebagai petunjuk sekaligus rahmat bagi orang yang beriman yang selalu melihat alam sebagai bukti adanya Allah Yang Maha Agung
  • amal yang berdasarkan iman sahaja yang akan memberi manfaat pada hari kiamat kelak dan amal yang tidak berdasar iman akan sia-sia 
  • seseorang harus menghormati dan mentaati ibu bapanya selagi tidak menyuruh untuk mensyirikkan Allah
  • dan hendaknya setiap orang bersedia menghadapi hari yang tiada pertolongan 

*Copypaste taip semula dari Tafsir Al-Quran Rasm Uthmani Jilid 7

Di dalam surah ini TIADA hukum tajwid tanwin berjumpa hamzah wasal

Wallahua'lam.
 

Friday, June 28, 2013

Tajwid : 26.Surah Asy-Syu'araa' (Para Penyair)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah Asy Syu'araa' turun di Mekah dan mengandungi 227 ayat. 

Surah ini dimulai dengan beberapa huruf, seperti beberapa surah yang lain. 

Di dalam nya dijelaskan : 
  • peranan Al-Quran sebagai petunjuk yang nyata
  • orang kafir diingatkan bahawa Allah berkuasa untuk menghancurkan mereka, disamping menghibur para nabi yang sebahagian besar kaumnya yang mengingkari mereka
  • tentang pertemuan Nabi Musa dan Nabi Harun dengan Firaun
  • tentang Nabi Ibrahim, kemudian Nabi Nuh dan kaumnya...Ad, Saleh dan Thamud, Lut dan Syuaib 
  • kisah ketujuh-tujuh Nabi tersebut dapat diambil pengajaran bahawa dakwah mereka dalah satu, dan cara menolak orang kafir juga sama
Surah ini akhiri dengan anjuran untuk memperhatikan Al-Quran dengan baik, juga peringatan kepada para penyair agar tidak hanya bermain dengan kata-kata tetapi juga dilandasi atas iman dan amal soleh sehingga karyanya dapat memberi manfaat.

*Copypaste taip semula dari Tafsir Al-Quran Rasm Uthmani Jilid 7

Bersambung kembali surah yang mempunyai tanwin bertemu hamzah wasal. 

Di dalam surah ini ada 3 ayat yang mengandungi hukum tajwid ini iaitu :






Ayat 105

 ******************************



Ayat 123

*****************************


Ayat 160

****************************

Nota 1 : 

1. Ayat yang berwarna oren tu saya perolehi daripada SINI . Di dalam sini ayat tersebut telah dibubuh siap nun baris bawah untuk memudahkan kita baca. Tapi tak semua surah ada contohnya surah Al-Jumuah ayat 11 (tidak dibubuh nun baris bawah)

2. Saya dapat kesan ada kesalahan nombor di situ . Setelah disemak "nombor 1" menjadi "nombor 2" (nombor Arab). Cer tengok

Nota 2 :

1. Pencerahan hukum tajwid tanwin bertemu hamzah wasal

1.1 Surah Maryam

1.2 Surah Al-Jumuah

Wallahualam.

Sama-sama kita belajar. Kalau ada silap mohon perbetulkan. Saya pon dalam proses nak kilatkan semula ilmu tajwid yang dah nak pudar ni. Tambahan Ramadhan Al-Mubarak pon dah nak sampai (maksud kena banyakkan ngaji) :)

Friday, June 14, 2013

Tajwid : 62.Surah Al-Jumu'ah (Hari Jumaat)

As-salam

Beberapa bulan lepas, saya ada terima satu emel yang meminta saya senaraikan surah-surah yang di dalamnya terdapat hukum tajwid "tanwin bertemu hamzah wasal" (di baca dengan huruf nun berbaris di bawah)

Hukum tajwid ini pernah dijelaskan di SINI


Saya balas kepadanya Insya Allah jika da kesempatan saya akan buat. 

Alhamdulillah kesempatan itu sudah datang. Dan harap ianya berterusan lah.

Kita mulai dengan surah Al-Jumu'ah ini. Kebetolan harini pon hari Jumaat, penghulu segala hari.

Di dalam surah ini terdapat 1 hukum tajwid tersebut. 

Yak itu di dalam ayat 11 seperti di bawah



Kredit : Al-Quran Melayu (Al-Jumu'ah)





Bacaan sebenar (Au lahwanin faddhuu)

Kredit :  SINI



Surah Al-Jumu'ah (Hari Jumaat)

Surah ini termasuk surah Madaniyyah, mengandungi 11 ayat dan turun sesudah surah Ash Shaff. 

Di antara isinya : 
  • Seluruh makhluk bertasbih kepada Allah, dan kerasulan Muhammad adalah kurnia Allah yang sangat besar.   
  • Kematian itu ada di tangan Allah dan bukti kekuasaan Nya, setelah kematian itu, Allah akan memberitahukan kepada setiap insan segala yang pernah dilakukan, dan membalasnya dengan sempurna
  • Perintah untuk melakukan solat Jumaat, dengan meninggalkan sebentar kegiatan berdagang kerana di tangan Allah jua reseki yang baik

Monday, June 27, 2011

Tajwid : 19.Surah Maryam (2)


Lanjutan kisah Surah Maryam (1)




Hukum tajwid yang harus dititik beratkan ialah bila mana "tanwin bertemu hamzah wasal" perlu dibaca dengan huruf nun berbaris di bawah

Penerangan terperinci boleh baca SINI

Di dalam Surah Maryam ada 2 ayat yang ada melibatkan hukum tajwid tersebut iaitu ayat 7 dan ayat 61





Atau kalau nak senang ingat dan mudah hapal seperti dieksplen oleh cik asben,

Tanwim bila bertemu hamzah wasal lepas tu dia mati sebab lepas tu ada tanda mati.

Bila dia sudah mati di kala itu, harus ditambah nun dan dibaca baris bawah hehe





Tapi macam mana jika tanwin bertemu hamzal wasal lepas tu bertemu sabdu dan baris atas sepeti ayat 61 di atas??

Pon mati jugak keadaan nya dan perlu ditambah nun dan dibaca baris bawah.

Ok ada paham?

Kalau masih kurang paham, rujuk lah kepada pakar tajwid yang berhampiran anda.

Wallahualam.

Monday, July 20, 2009

Tajwid : Al-Fatihah


Tahukah anda ada berapa hukum tajwid dalam Surah Al-Fatihah?


Mari kita terjah

Sebelum tu kita lihat dulu hukum tajwid yang ada dalam bacaan Bismillah


Boleh dilihat di gambarajah, ada 9 tempat hukum tajwid kesemuanya yang nombor bulat-bulat tu. Dan jika kita senaraikan pendekkan nombor-nombor itu terdiri daripada :

7 - Idgham Syamsi Bila Ghunnah

16 - Mad Asli Mutlak
19 - Mad Arid Lissukun
31 - Ro dibaca tebal
34 - Lam dibaca nipis

Jumlah keseluruhan ialah 5 jenis hukum tajwid

Berikut kita ke Surah Al-Fatihah pula


Ada 39 tempat kesemuanya sebab ada pengulangan hukum. Dan jika disenarai pendekkan hukum tajwid yang ada di dalam Surah Al-Fatihah adalah seperti berikut :

1 - Izhar Halqi

2 - Izhar Syafawi
4 - Izhar Qamari
7 - Idgham Syamsi Bila Ghunnah
16 - Mad Asli Mutlak
19 - Mad Arid Lissukun
27 - Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
31 - Ro dibaca tebal
32 - Ro dibaca nipis
34 - Lam dibaca nipis

Kesemuanya berjumlah 10 jenis hukum tajwid. Jadi lepas ni kalau ada soalan pop kuiz tanya berapa hukum tajwid ada dalam Surah Al-Fatihah, dah tau dah berapa ya. Hehe

Sebenarnya ada kisah disebalik entri saya pada kali ini.

Kisah nya begini. Yang membuat saya berfikir sejenak. Baru-baru ni saya berjumpa dengan sorang kenalan. Sembang punya sembang terbuka la citer bahawa adik lelaki beliau masa kecik tamau belajar mengaji dengan mak dan kakak beliau atas alasan :

"Mak ngn kakak ajar ngaji tidak ikut tajwid yang betul. Ustaz kata berdosa kalau mengaji tidak ikut hukum tajwid dengan betul"

Kecik mana budak tu, idak le ambe tanya. Mesti dah besar sikit kot sehingga dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu.

"Abes tu dia blajo tak ngaji bila dah beso?" ambe tanya

"Tak de. Malu dah beso tak reti ngaji"

"Abes tu macam mana solat dia?" soalan tak abes-abes

"Dia hapal surah"

"Dia nak tunggu ilmu tajwid tu datang bergolek-golek atas riba dia ek"

Gitu la kisahnya serba sikit yang buat saya tak faham orang bijak pandai ni. Disebabkan mak dan kakak ajo ngaji tak mengikut hukum tajwid, dia sampai ke beso tatau mengaji. Bila dah beso hanya hapal surah saja. Jadi bersangka baik lah dia hafal surah dengan hukum-hukum tajwid nya sekali.

Mak bapak kita dulu biasa la kan mengaji dari turun temurun dengan datuk nenek kita. Dulu mana ada sangat belajo-belajo tajwid ni kan. Yang penting boleh kenal huruf dan mengaji kan.

Moral of the stori, kepada adik, kakak, abang, makcik, pakcik, pastikan la ya anak-anak atau adik-adik kita tahu mengaji. Al-Fatihah, rukan solat saja ada 10 hukum tajwid yang mesti diketahui. Ambe pon baru tahu ni disebabkan conversation tersebut.

Sedih la kalau hanya hafal ayat Al-Quran semata-mata sedangkan dia sendiri tahu "berdosa mengaji tak ikut hukum tajwid yang betul"

Kita sama-sama la ya memperbaiki bacaan Quran kita dari masa ke masa.

Selamat menyambut Israk Mikraj!