Showing posts with label drama korea 2005. Show all posts
Showing posts with label drama korea 2005. Show all posts

Monday, January 05, 2009

KDrama : Fashion 70s (2005)



Synopsis

Fashion 70's focused on the lives of four young people, from their childhood during the Korean War, to their careers and love lives within the booming fashion world of the seventies. When Joon Hee was young, she befriends a little girl called Kang Hee, this two girls always get into trouble because of Kang Hee's greedy mother. At the same time, Joon Hee also makes friends with two boys, Dong Young, the son of a military general and Jang Bin. But when North Korean forces invade their town, both girls are separated from their parents and Joon Hee's mother is killed in an explosion. Believing his daughter to have died, Joon Hee's father adopts Kang Hee and raises her as his own daughter. Joon Hee is discovered at an orphanage by Kang Hee's mother, and is also adopted. The trauma of the events causes Joon Hee to block out her childhood memories and she grows up on a small island as Doe Mi, unaware of her true identity.

Total episode : 28

Credit : http://wiki.d-addicts.com/Fashion_70's


Kang hee (kiri), Joon Hee (kanan)
mana dia carik budak-budak ni gak nya? very de menghayati watak


Kejap ingat balik citer ni. Sudah lama ketinggalan. Dah tengok kan citer ni?

Mengisahkan 2 kanak-kanak perempuan terpisah sewaktu kecil selepas perang dan bertukar identiti dan keluarga. Part budak-budak tu kena tembak dengan tentera Amarika memang kagum sebab tak mati hehehe

Sebuah citer yang menarik kerana kedua-dua nya adalah mangsa keadaan.

Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan?

Mereka dan keluarga mereka??

Oh tidak. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana jalan citer nya sudah itu machiem.




Citer ni agak komplikated untuk diulas secara keseluruhan sebab mereka saling berkait antara satu sama lain. I ols sendiri pon pening macam mana nak citer, jadi kita terus ke watak-watak pelakonnya untuk ulasan selanjut nya. Sebab dalam citer ni banyak adegan bertemu dan berpisah kemudian ehh...bertemu kembali kemudian berpisah balik. Kemudian jumpa balik bila dah besar dan baru la konflik bermula. Rahsia dan misteri rumah tua terbongkar satu per satu.

Seperti lirik dalam lagu "bertemu dan berpisah adat manusia biasa..."


Lee Yo Weon as Han Duh-mi (Ko Joon-hee)


Pertama beliau ini. Siapakah dia?

Nama asal dia ialah Joon Hee. Dia terpisah dengan mak bapak dia selepas perang. Selepas perang dia bertemu dengan seorang unni bernama Kang Hee yang juga sebatang kara berasal dari kampung yang sama. Teman sekampung la ni. Mereka berdua kemudian hidup sendiri kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebab keluarga semua telah terpisah. Dipendekkan citer satu hari mereka berdua masuk kem tentera untuk curi seluar tentera untuk dijual. Malang tidak berbau, kelibat mereka dapat dilihat oleh sorang abang askar dan lantas menembak mereka.

Tembak punya tembak (peng peng peng) *bunyik tembakan* Joon Hee dan Kang Hee terkena das tembak di dada belah kiri tapi belah atas sikit. Joon Hee pingsan, manakalah Kang Hee berjaya melarikan dirik.

Dan Kang Hee membuat konklusi dan anggap bahawa Joon Hee telah mati terkena tembakan itu.

Duh Mi bila mendapat ingatannya semula dan orang pertama di rindui ialah Kang Hee itu 

"Unni, kau tak wendu ka sama aku?" Duh Mi berkata di dalam hati

Tapi sebenarnya Joon Hee tidak mati. Dia berhidup dan mengalami trauma dan hilang ingatan dan ditempatkan di sebuah rumah ank-anak yatim. Kemudian mak Kang Hee mengambil beliau sebagai anak angkat kerana Kang Hee telah menjadi anak angkat bapak Joon Hee.

Sudah tukar la mereka.

Dan nama Joon Hee juga ditukar kepada Duh Mi kerana mak angkat beliau tidak mahu beliau dapat kembali ingatan dan dijumpai oleh bapa nya sendiri nanti. Mak ni dah jumpa anak dia Kang Hee tapi dia tak nak ambek Kang Hee supaya Kang Hee hidup mewah dan senang tinggal bersama bapak Joon Hee. Dan mak Kang Hee dan Joon Hee pindah menetap di sebuah pulau yang jauh dari kesibukan kota dan papa kepada razi.


Kim Min Jung as Ko Joon-hee (Kang-hee)


Dia ni pula. Watak paling simpati dan kesian. Mempunyai mak kandung yang tamak haloba dan bermata duitan. Sebab tu mak dia nak dia tinggal dengan bapak Joon Hee. Mak dia ni boleh geng dengan Kanda Kasim Baba. Seorang satu bawak lori pi curi harta karun dalam gua. Sure happenning.

"Aku nak yang ini, kau amek yang itu, satu untuk kau, satu untuk aku"

Hehehehehe


 

Kang Hee sungguh tidak sangka bahawa orang yang rindui berada di sebelah nya. "Apa betul kau Joon Hee?" Kang Hee plak berkata di dalam hati sewaktu mereka di dalam kelas

Beliau dibesarkan oleh bapak Joon Hee dengan memakai nama "Joon Hee" sebab bapak angkat dia kata,

"Tak pe lah. Kau kehilangan mak manakala aku pula kehilangan anak. Kita jadi lah anak beranak dan melupakan kisah silam yang pahit itu. Mulai harini nama kau Joon Hee. Bukan Kang Hee. Ingat tu. Buat macam bapak betul tau"

Kemudian bapak beliau membuat satu sidang media memberitahu orang ramai bahwa Kang Hee telah menjadi anak dia menggunakan nama "Joon Hee". Kang Hee membesar sebagai anak orang ada-ada sebab bapak Joon Hee orang kaya. Ada rumah besar, kereta besar, ada faktori dan ada orang gajian.


Joo Jin Mo as Kim Dong-young

Dia ni pula sebagai seorang anak Jeneral Tentera yang kendo. Masa kecik dia ada simpan perasaan pada Joon Hee. Kemudian mereka berpisah disebabkan perang itu. Kang Hee pon dia kenal sewaku dari kecik.

Tak sangka dia ni. Nampak seorang serious, rupa nya boleh tahan lawak jugak dibelakang tabir. Congmal...hahaha Saba je la

Saksikan NG klip ini (NG bermaksud No Good. Take-take yang tak jadik)


NG 1 (JJM buat orang tergelak)NG 2



Chun Jung Myung as Jang Bin

Dia ni pula sebagai anak pereka fesyen yang tersohor pada masa itu. Masa kecik dia ada telah berkenalan dengan Joon Hee dan kemudian berpisah. Dan ke-empat mereka saling mengenali antara satu sama lain

Apa kaitan nya dengan fesyen pulak?


Mereka berempat sedang berdiskusi fesyen apa yang sesuai di pakai. Fesyen baju bunga seluar yengki atau....

Mak Jang Bin merupakan seorang pereka fesyen yang telah membuka sebuah sekolah fesyen di zaman itu. Kemudian Duh Mi dan Joon Hee menyertai sekolah itu kerana kedua nya mempunyai cita-cita menjadi pereka fesyen terkenal di satu hari nanti. Di sekolah fesyen itu la rahsia mereka di tahun 70an akan terbongkar. Sebab tu tajuk drama ni Fesyen 70s. Hehehehe

OST

Fashion 70s OST Playlist Lagu-lagu dia sangat meletop. Salah sorang penyanyi OST ialah Hwanhee dan FTTS. Sangat sedap la suara mereka

MV : gaseum apado (though my heart breaks) with subs

Lagu peberet nyanyian Park Hwayobi sewaktu adegan di atas dalam episode 27. Saat Kang Hee akan dihukum gantung. *sob*sob*

Ending

Monday, January 28, 2008

KDrama : Resurrection (2005)



Synopsis
 
Yu Gang-Hyuk was only 7 years old when his father was murdered in a car "accident" and separated from his identical twin, Yu Shin-Hyuk. He forgot his name and family and given the name Suh Ha-Eun by his adopted father Suh Jae-soo. He falls in love with his adopted sister, Eun-ha and tried to be very honorable about it. He was led to become a cop because of his father’s badge. While investigating an alleged case of suicide, he eventually learns of his twin brother.

Against the warnings of his peers, Ha-Eun becomes more and more involved in this suspicious case. As a part of a larger scheme, Ha-Eun is targeted for a hit by unknown individuals. And when Ha-Eun and Shin-Hyuk finally meet for the first time after twenty years, the murderers kill Shin-Hyuk accidentally mistaken him for Ha-Eun. As a result, Ha-Eun vows to get revenge by giving his enemies psychological torture and takes on his brother's persona as an undercover cop and that is where the drama begins.

This is a wonderful detective drama with a psychological twist.


Cast : Uhm Tae Woong , Han Ji Min , So Yi Hyun , Ko Joo Won


Total episode : 24

Credit : DramaWiki, KBS


Ok kita ke citer revenge seterusnya. Citer ni ada mirip sedikit dengan Green Rose dan Time of Wolf & Dog dari segi orang yang bangkit membalas dendam rupa wajah dia sama tetapi identiti yang berlainan. Tapi citer genre sebegini anda jangan berharap sangat ianya akan heppy ending yek.

Citer mengisahkan abang kembar membalas dendam di atas kematian adek kembar nya yang dia terpisah selama 20 tahun. Adek kembar itu dibunuh pada hari mereka bertemu buat pertama kali dalam masa 20 tahun. Sebenarnya orang jahat tersalah bunuh orang. Nak bunuh abang tapi terbunuh adek sebab wajah mereka serupa.

Maka berdentum la guruh di langit * tum tum tum * (pinjam sound efek bunyi guruh Bollywood) dan gunung berapi pon meletop la. Si abang mahu membalas dendam dan menegakkan kebenaran di atas kematian adek kembarnya yang sekaligus membongkar misteri-misteri lampau yang tragis.


Sebelum citer lanjut mari kita tengok profil kembar itu.

Kembar A iaitu abang dibesarkan oleh keluarga angkat sebab terpisah dengan keluarga sebenar dia masa kecik. Mendapat pendidikan di dalam negeri sahaja dan berprofession sebagai polis. Pegawai polis pangkat apa pon tak pasti. Pegawai polis biasa je kot. Sebab atas dia ada small bos, atas small bos dia ada big bos. Karekter ceria, mudah mesra, sempoi, tidak cerewet, agak serabai siikit tetapi tanggungjawab di dalam menjalankan tugas kepolisiannya amat bagus sekali. Pendek kata dia seorang anggota polis yang bersih cekap dan amanah hingga para penjenayah semua gentar dan merasa takut kewibawaan dia menjejak penjenayah.

Kembar B iaitu adik dibesarkan oleh mak dan bapak tirinya dan profession sebagai ahli perniagaan yang sukses. Karekter pendiam, bersikap dingin dengan orang sekelilingnya, agak cerewet (susun baju dalam lemari kena ikut warna tidak bole bercampur aduk ). Dia jadi pendiam sebab dia rasa bersalah dengan "kematian" abang kembar nya yang mati kemalangan kereta bersama ayahnya 20 tahun yang lalu. Tapi sebenarnya abang kembar dia tidak mati. Ada orang selamatkan. Bapak dia mati sorang. Lepas bapak dia meninggal, mak dia kawin dengan lain. Kawin dengan kawan bapak dia.

Dengan kata lain, kembar tersebut mempunyai 2 perwatakan yang kontra.



amaroh teramat sangat hingga mati pon bertuko kaler merah ala anak pontianak :P


Gambaran jalan citer


Intro citer, adalah satu kes kematian berlaku di bandar itu. Kematian itu diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai bunuh dirik. Kalu mengikut mata kasar ianya nampak seperti kes bunuh diri tetapi berdasarkan bukti-bukti yang dijumpai ditempat kejadian, kes bunuh diri itu meragukan. Adakah ianya benerrr bunuh diri atau dibunuh perampok. Tambahan maklumat yang diberi oleh saspek juga meragukan. Pendek kata macam ada udang di sebalik mi.

Disebabkan macam ada udang disebalik mi, Kembar A tidak puas hati lantas menjalankan siasatan terperinci. Siasat punya siasat, Kembar A menapat pertunjuk bahawa kes bunuh itu bukan bunuh diri tetapi dibunuh orang.

Sekarang persoalan nya :

1) Kenapa orang itu dibunuh?
2) Siapa yang membunuhnya?
3) Apakah pekerjaan orang itu sehingga dia dibunuh?
4) Siapa sebenarnya identiti orang yang dibunuh itu? Hartawan? Jutawan? Ahlil muzik? Loyer? Along? Atau peminjam duit Along?

Ini la antara persoalan yang timbul untuk pihak polis menggali kes bunuh ini dengan lebih mendalam lagi. 

seketul je public phone dia kat situ...

Dipendekkan citer, (spoiler) , si mati itu terlibat dengan satu kes bunuh terancang 20 tahun yang lampau. Kes bunuh seorang pegawai polis yang sedang menyiasat kes rasuah ahli politik. Pada malam si mati sebelum dia mati dibunuh, dia mahu mengaku kesalahan nya tetapi beliau dihalang lalu dia dibunuh.

Nak jadikan citer lagi, pegawai polis yang mati dibunuh 20 tahun lalu adalah bapa si kembar itu. 

Disebabkan takut rahsia 20 tahun terbongkar, ahli politik dan kuncu-kuncunya mahu menghapuskan Kembar A juga. Tapi tersilap bunuh orang seperti diperenggan di atas yang orang jahat tersilap bunuh adik bradik kembar itew.

Intermisi

Semasa Kembar B mati, Kembar A berada bersama di tempat kejadian. Seperti orang histeria Kembar A meraung sebab dia baru tahu dia ada adek kembar. 20 tahun tunggu baru dapat berjumpa buat pertama kali. Dah tu mati kena bunuh plak. Memang tiada maap bagi mu. Dan tiada esok bagi mu juga. Siap kau orang pembunuh sekalian. Tapi dalam citer dendam Korea tak de adegan jumpa bomoh atau santau menyantau orang. Balas dendam cara tersendiri menggunakan akal fikiran. Bomoh dukun tak popular kot kat sana.

* idea idea idea *

Kembar A
menukar pakaian dengan Kembar B dan dengan rasmi nya "Kembar A" diistiharkan mati dan bertepuk tangan lah semua orang jahat apabila mendapat tahu Kembar A aka pegawai polis itu sudah mati. Mereka bole la bersenang lenang kerana tiada lagi gangguan. *Malam ini kita menari rumbaaa*



(ending)
dialog versi korea 'oppaaaa ahndey...ahndey...oppaaaaa uwaaaa...'
translate versi melayu 'abanggg jangan bangggg...bangun banggg...tidakkkkkk uwaaa...'


Oh no no no. Belom bole menari rumba lagi. 

Selepas Kembar B mati, Kembar A menyamar menjadi Kembar B untuk menegakkan kebenaran dan membalas dendam. Itu saja cara untuk dia membalas dendam. Nak membalas dendam menggunakan identiti polis, agak susah sebab big boss polis sudah dirasuah oleh ahli politik dan kuncu-kuncu nya supaya menghalang Kembar A itu teruskan siasatan kes bunuh itu. 

Dan bermula lah kisah baru di dalam hidup Kembar A yang mana dia menjadi Kembar B dan terpaksa berpisah dengan keluarga angkat dia, teman wanitanya dan rakan-rakan polis dia dan gerak geri dia harus terkawal supaya tidak disyaki menjadi Kembar B.

Seterusnya saksikan la bagaimana Kembar A+B itu menjalankan misi dendam nya. Very de interesting. Untuk menangkap orang jahat dan tidak bertamadun kena buat gini caranya yek. Siot saja kan. Kalau orang jahat nak aniaya orang baik senang aja. Ermm jadi orang baik pon susah * hidup susah mati pon susah *
 
Tapi dendam dalam citer ini tidak sekejam dendam The Devil. Oleh itu saksikanlah kedua-dua citer ini yek.

Dan para pelakon nya terdiri :




Uhm Tae Woong as Yoo Shin-Hyuk and Suh Ha-Eun (real name: Yoo Gang-Hyuk)

UTW lagi. Left detektif, right pengarah syarikat. Mesti ramai tak suka dia dalam Sassy Girl Chunyang. Tapi dia best sebenarnya walaupun kurang gorjes.


Han Ji Min as Suh Eun-Ha

Jo Ma Ja sshi hahaha.

Sebagai adik angkat detektif itu yang kemdian jatuh cinta sama oppa nya. Begitu juga oppa nya. Saling terpesona antara satu sama lain. Hidup dalam sedih selepas oppanya (Kembar A) mati.


Ko Joo Won as Jung Jin-Woo


First time tengok dia ni. Sebagai pengarah syarikat bersaing dengan syarikat Kembar B.

So Yi Hyun as Lee Gang-Joo

As a reporter. Dia juga berminat menulis kisah pembunuhan Kembar A dan kemudian mengetahui bapak dia juga ada terlibat sama dalam kes pembunuh 20 tahun lalu.



My favourite ahjusshi ada jugak dalam citer ni haha Salah satu sebab menonton citer ni sebab dia ada.



Dia pon salah satu sebab saya menonton citer ni sebab dia kelakar dalam Capital Scandal. Dalam citer ni dia watak serius. Merupakan member baik kepada Kembar A.

Lee Jin Wook, cameo in EP19 /20



Watak jahat 1. Bapa kepada reporter itu



Watak jahat 2. Bapa tiri si kembar.



Watak jahat 3. Bapa kepada 2nd hero.



Watak jahat lite-lite. Nak kata jahat tak jahat. Nak kata baik tak baik. Dalam The Devil dia jadik detektif yang baik.



Watak jahat 4. Muka dia buat orang rasa nak lempang-lempang dia.



PA Kembar B


Kembar A sewaktu remaja. Dalam The Devil peguam Oh Seung Ha sewaktu remaja.

OST.
Lagu-lagu dia agak meletop² jugak. Especially track No.5. Sangat kena dengan setiap scene berlaku. Tengok citer ni baru anda bole relate akan ke-best-an lagu no. 5 itew hingga berdesup ke paru-paru anda.

Rating 9.5/10
Kalau anda suka The Devil, mesti tonton jugak citer ni sebab dua-dua sama best. Tajuk lain citer ni adalah 'Rebirth' kalu tak jupe 'Resurrection'

Saturday, October 14, 2006

KDrama : Spring Days (2005)




Synopsis

Miniseries about a woman who was given up for adoption as a child falling in love with 2 brothers during 2 different time periods.
Starring :
Ko Hyun Jung , Jo In Sung , Ji Jin Hee

Total episode : 20

Credit : DramaWiki , SBS

Citer ni sad ending bagi saya. Uwaa sidih lah. Tapi biasala kan yang tua akan beralah dengan yg muda.Citer mengenai 2 orang adik bradik tiri yg berketurunan dan berprofession dokter yang jatuh cinta dengan sorang pompuan. Sebab bapak depa juga doktor. Abang yang jupe ngn pompuan tu dulu kemdian baru adik potong jalan lepas abang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya. Selain drpd itu boleh lihat hubungan adek bradik lelaki tiri yg saling sayang menyayangi dan cemburu antara satu sama lain.

Saya suka olehan jalan citernya.
Ji Jin Hee sebagai Go Eun Ho

Sebagai abang dan seorang doktor. Mak dan ayah dia udah bercerai dan dia terpisah dengan mak dia sejak kecil. Ayah dia janji boleh berjumpa dengan mak dengan syarat abiskan blaja medical sampai jadik doktor. Bila dah berjaya jadi doktor, ayah dia tak bawak juga jumpa mak dia. Makanya dia berusaha mencari sendiri mak dia. Semasa bersembang dengan mak dia dalam keta, depa mengalami kecelakaan yg mana mengakibatkan mak dia mati dan dia hilang ingatan. Bila dia dah sedar diri, semua ahli keluarga tidak sanggup nak beritahu bhw mak dia dah mati kerna takut dia tidak boleh menghadapi kenyataan.


Ko Hyun Jung sebagai Suh Jung Eun

Seorang anak angkat kepada seorang doktor disebuah pulau. Awalnya dia 'bisu' mengambil keputusan tak mo cakap seumur hidup sebab dia kuciwa bila melihat kehidupan sebenar ibu nya. Dia nak sangat berjumpa dengan mak dia tapi bila dan jumpa dia kuciwa sebab kehidupan mak sebenar dia tidak seperti yg dia harapkan. Mak dia ignore dia. Kemdian datang Eun Ho paksa dia bagi boleh bercakap. Jung Eun berterima kasih banget sama Eun Ho. Bila Eun Ho eksiden koma dia volunteer nak jaga kat spital sebab dia udah suka sama Eun Ho la. Bila dispital berjumpa dengan adik Eun Ho dan dari situ mereka saling mengenal hingga adik Eun Ho tersuka juga sama Jung Eun. Dengan satu ciuman kasih Jung Eun terus beralih ke adik Eun Ho...ngecesss huhu

Penampilan pertama heroin ni lepas bergelar janda. Biasa la ka aktress bila dah kawin low porfile tak blakon. Bila dah bercerai kembali aktif sebab nak wat keje lain tak mahir. Blakon je yg tera maka kembali la blakon.

Jo In Sung sebagai Go Eun Sup

Mak dia seorang GRO berkahwin dengan bapak Eun Ho. Disebabkan bapak dan abang dia doktor, maka dia juga dipaksa menjadi doktor. Dia menjadi doktor dengan paksa rela. Minat dia lebih pada muzik *Apaaaa ahlil muzik...pantang datuk nenek aku berkahwin dengan ahlil muzik...* :P
Sebab dia tak mau teruskan jadi doktror adalah dia sangat takut tengok darah hahaha. Lawak tengok. Nampak darah dia akan termuntah muahaha. Hingga la satu hari dia kena maki ngn heroin, slowly dia boleh tengok darah dan teruskan menjadik doktor yg berdedikasi.

Karektor dia lam citer ni mirip karektor lam citer Memories in Bali. Kelakar kan dia ni. Salu kena marah ngn mak ayah dia pasal dia jenis tak serius di dalam pekerjaan nya. Hanya tahu nak pakai keta besar. Tiap hari paksa mak dia belikan keta. Lakonan veri de impressive. Men watak serius boleh bikin org tergelak tengok gelagat dia. I like ;) Rekemen tengok Jo In Sung dalam citer ni.


SPOILER
Abang terpaksa melepaskan heroin kerana adik dia suka banget sama heroin dan dalam masa yg sama heroin juga chentar sama adik. Tak aci nyee ending. Mencikkk. Huhu.

Monday, August 28, 2006

KDrama : Green Rose (2005)



Synopsis

Lee Jung-Hyun (Go Su) is accused for murdering Oh Soo-Ah's (Lee Da Hae) father. He runs away and becomes a fugitive. Later, he returns and seeks out revenge. Oh Soo-Ah who is the successor of the enterprise "First Electronic" falls in love with Lee Jung-Hyun.

 
Starring :
Go Soo , Lee Da Hae , Kim Suh Hyung

Total episode : 22

Credit :
DramaWiki, SBS

Pada saya ini cerita best. Saya suka banget keseluruhan jalan citer dia. Penuh dengan saspen dan membuat jantung anda dag dig dug terutama 10 episod yang terakhir.

Adegan paling suka mcm mana hero memberitahu heroin secara tersirat bahawasa nya dia la chentar hati heroin sebenarnya. Jenuh gak meneka sorang diri mcm mana hero akan membuka rahsia dirinya yang sebenarnya selepas 3 tahun tidak berjumpa dan dilaporkan telah mati.

Moral of the stori : Kita kena kaya dan ada kuasa baru akan dipandang orang dan boleh membalas dendam dan menegakkan keadilan. Segala keje pun senang nak buat sebab ada kuasa dan duit. Tapi jangan salah guna kuasa sudahla yek. Tak baik Tuhan marah :)



hero menten dahi berkerut hahaha


Citer ni mengisahkan hero yang difitnah kerana cubaan membunuh bapak heroin dan dihukum penjara seumur hidup. Hero cuba mempertahankan diri tapi tiada bukti yang cukup menunjukkan dia tak bersalah di atas rencana terancang pembunuhan bapak heroin. Emak nya sangat sedih dan tak tau cemana nak buat lantas membunuh diri. Hero diberi pelepasan menghadiri upcara pengkebumian mak dia. Alang² mandi biar basah. Alang² dah diberi lepas keluar dari penjara maka hero pun melarikan diri untuk membuktikan diri dia tak bersalah. Maka dia pun mencari suspek sorang demi sorang. Suspek yg paling utama sekali ialah seksitari kepada bapak heroin.

Carik punya carik dapat tahu itu suspek telah dihantar ke cawangan di Shanghai. Hero bagaimanapun telah berjaya dari tidak diberkas pak polisi dan terjun ke dalam sungai. Seramai-ramai polis yg lengkap bersenjata tak berjaya menangkap hero sorang yang tak de senjata hiks. Selang beberapa minggu satu mayat telah dijumpai di sungai tersebut dan pihak polis yakin hero telah mati. Gumbira lah semua orang yg telah menganiaya hero. Tammat la riwayat hidup hero di Korea.

Arakian hatta sebenarnya hero belum mati. Kalu mati abisla citerkan hehe. Hero cuma menukar baju dengan orang lain yg dah mati kemdian hanyutkan ke sungai untuk buat silap mata ala David Koperfield hehe.


Maka hero berazam mahu mencari juga suspek yang dapat membuktikan dia tidak bersalah. Dengan gigih hero telah menyeludup pegi ke Tanah Besar China secara haram. Tang ni mek kagum hero dapat baca tulisan Cina dengan fasih hahahaha.

Hero telah berjaya survive orang diri di China. Kemdian berjaya jumpa dengan suspek seksitari iteww dan telah berbaik dengan sorang lagi warga Korea dan berbaik la mereka bertiga warga² Korea tersebut. Suatu hari mereka berjaya menumpaskan cubaan membunuh sorang tokoh konglemerat yg terbesar di China. Tokoh konglemerat tersebut telah memberi hadiah kepada mereka bertiga kerna telah berjaya menyelamatkan dia. Melihat pada raut wajah hero yg ala² jujur lurus bendul dan boleh buat keje, tokoh konglemerat tersebut telah menyerap masuk hero ke dalam syarikat nya. Bermula dari jawatan kecil dan akhirnya ke posisi tinggi dan akhirnya layak mewakili syarikat China tersebut dalam urusan perniagaan di seluruh dunia. Amek kau dari pendatang haram boleh jadik boss di syarikat yang besar dan berpengaruh di China.

3 tahun telah berlalu

Satu mesyuarat wakil² syarikat elektronik Asia Tenggara akan di adakan di Korea. Hero mewakili syarikat terbesar China dengan nama dan identiti baru. Kemunculan nya menjadi kejutan ramai tapi hero menten kool.

Hero kembali ke Korea dengan satu tujuan utama untuk membaik pulih nama asal nya yg diberi oleh ibunya juga menuntut bela atas kematian ibunya

Kembali untuk mengerjakan manusia yg telah memfitnahnya

Juga kembali bertemu chentar hatinya yang sangat dirindu serindu rindunyaaaa ala² kumpulan Sepoong huhuhu

Dan akan terbongkar la satu lagi rahsia di sebalik kisah pembunuhan bapak heroin. Misteri di sebalik misteri. Ala² cam disebalik kuetiaw kerang ada kerang, udang dan juga taugeh hohoho

Monday, July 31, 2006

KDrama : Hanoi Bride (2005)



Synopsis

Hanoi Bride is a very special, two-part K-Drama, filmed to commemorate the 30th anniversary of the end of the Vietnam war. It tells the story of Eun Woo (Lee Dong Wook), a Korean doctor who meets and falls in love with Tib, a half-Korean, half-Vietnamese woman (played by Kim Ok Bin) whilst in Vietnam. However, Tib's sister is opposed to the match, as she was hurt by a Korean man in the past, and so persuades her Tib to break off the relationship.

Eun Woo returns to Korea broken hearted, only for his older brother Sok Woo (Lee Won Jong) to head off to Vietnam in search of a bride himself. But when he returns with a young woman on his arm, Eun Woo is horrified to discover that it is Tib!


Starring :
Lee Dong Wook, Kim Ok Bin

Total episode : 2
Credit : DramaWiki


Drama yang paling pendek dan cepat abis di antara drama-drama Korea sebelum ni. Hanya ada 2 episod. Katanya drama ini dibikin sempena dengan ulang tahun ke 30 penamatan Perang Vietnam.

Kat kulit vcd akan tulis 'sebuah filem....' Tapi bukan filem ya u ols tapi drama. Den pun memula beli vcd dia pon konpius sebab tau Hanoi Bride ini drama. Vcd bole dibeli di Speedy.

Citer lakonan iteww hero My Girl yang taste gitew hik hik. Blakon sebagai dokter di Korea kemdian di transfer ke Vietnam. Semasa bertugas di Vietnam dia mendapat sorang tukang penterjermah bahasa Vietnam-Korea yang ayu. Penterjermah bahasa ni akan berada dalam bilik dokter translate apa cakap dokter pada pesakit.

Hari-hari jumpa maka dokter iteww pon tangkap cintan sama itu pompuan translator bahasa. However chentar depa terhalang dek akak itu pompuan yang tak suka lelaki Korea. Somi kakak dia orang Korea yang telah lama menghilangkan dirik tak bagi nafkah. Umpama habis madu sepah di buang bersepah-sepah. Maka kakak dia tidak suka mendapat adek ipo lelaki Korea yang pada dia tidak bertanggung jawab. Walaupun bakal adek ipo dia ensem pun dia tak kasik can…hehe

Suatu hari hero terpaksa pulang ke Korea sebab apak dia meninggal dunia. Hero meninggalkan pesan kat kakak pompuan tu tapi pesanan tidak disampaikan. Maka salah faham berlaku di sini.

Yang lelaki ingat pompuan tu tak suka dia, yang pompuan plak ingat dokter tu memang betol tarak guna punya lelaki seperti yang kakak dia cakap. Pergi tanpa pesan.

Kemdian abang hero lak pi ke Vietnam untuk mencari jodoh. Bertemu dengan heroin. Heroin ikut abang hero balik Korea dan diperkenalkan sebagai bakal isteri abang dia.

Maka adek dia pon sentap la tengok bakal kakak ipo dia.

Seterusnya apakah yang akan terjadik? 

Adakah dua beradik tersebut bergado-gadoan disebab kan pompuan Hanoi tersebut? 

Abang dia memang nak kena kawen segera sebab umo dah 40 tahun. Sebelum mak depa mati mak dia mau menantu. Yang si adek tammo kawin selagi abang dia tak kawin. 

Pompuan Hanoi tersebut datang Korea sebab ada misi. Saksikan la apa misi nya. Klue misi...balas dendam...yaa balas dendam kerna sakit hati. Ala² cam dialog ni la hik hik

Adinda bersumpah
Jikalau kekanda tidak kembali
Adinda akan menyusul kekanda
Menginjak pada tanah yang sama
Bernapas pada udara yang sama
Hehehehe

Thursday, July 20, 2006

KDrama : To Marry a Millionaire (2005)



Synopsis

To a girl, what is real prince? A warm love story like this may tell you the answer. A poor young guy with no money, but pretend as a millionaire, is hoping to find his fate next half. And then he meets her...

Total episode : 16

Credit : SBS, DramaWiki

Komen saya citer ni sebuah kisah cinta yang sungguh touching dek lakonan sangat berkesan hero nya. Banyak memainkan emosi. Tapi ada kala rasa cam nak masuk lam tibi jap cuit bahu hero cakap

'Elo elo uppa jangan banyak kerot dahi bleh tak? Mek rengsa la tengok u ols asek kerot dahi' haha ('rengsa' adek bradek 'rimas' gak la dikalangan org johor)

Buat kita ikot mengerut dahi sebab dia banyak mengerutkan dahi melakonkan ini watak. Tambahan lagi saya terus ingat sama amma saya yg sokmo tego kalu saya kerot dahi sebab dia kata tak bagus salu kerot dahi. Nanti cepat nampak tua ke hapa mak cakap.

Selain daripada itu gandingan hero ngn heroin veri de kimia umpama gabungan H + 2 + O = H2O = air hehehe

Ada beberapa adegan yang bisa membuatkan saya meneteskan ayor mata kerna dek terlalu menghayati *gelak getik* (kekekek)




kawen bleh naik keta kuda :P


First time menonton lakonan dan gandingan hero sama heroin. Mungkin lepas ni saya boleh nonton drama Green Rose. Muka heroin sangat mengingatkan saya pada aktress Cina Singapura yang fofular sikit masa dulu dan menten fofular skrg yak itu Zoe Tay (dulu saya fanatik drama Cina tv SBC/TCS/MediaCorp)

Citer ini diadaptasi dari realiti tv Joe Millionnaire yg rancangan tersebut saya tak berkesempatan tengok. Ala² Akademi Fantasia pon ada sebab dalam bilik tido pon ada kemra untuk merakamkan aksi peserta mana yang kita nak Afundi. Eh silap tiada Afundi. Ada 8 peserta pompuan hanya sorang akan dipilih dan kawin sama iteww 'jutawan pelesu'. Identiti sebenar 'jutawan pelesu' tersebut akan dibongkar pada akhir rancangan.

Tetapi yang lebih menjadi tumpuan bila mana si hero yang muka bleh tahan taste kena rejek ngn heroin sebab hero dapat nombor corot dalam kelas masa depa satu kelas sekolah menengah dulu. Memula hero jejak kaki ke sekolah heroin suka kat hero terus tulis surat cinta. Pas tau hero dapat nomo corot terus tak suka...muahahaha bleh plak cam tu ek. Peristiwa tersebut membawa hingga depa dewasa yang mana heroin masih tak dapat terima hero kunun bodoh la dari dia. Dah la bodoh skola tak abis, miskin lak tu. Keje pon tah pape tak de keje tetap.

Kemdian bila hero dapat tahu heroin pandang rendah dan tammo kawan sama dia, hero terasa hati dan menjauhkan diri. Buat hal memasing hingga mereka ditemukan kembali dalam satu rancangan realiti tv 'To Marry a Millionnaire' yang mana hero terpilih 'melakonkan' watak seorang jutawan sebab memiliki ciri-ciri yang diperlukan 'Yahoo pakcik kayo'

Ada satu stesen tv yg hampir nazak mahu meninggikan rating maka depa create rancangan tersebut. Lokasi penggambaran bertempat di sebuah daerah di Perancis.
(Huh Perancis? takotnyaaa...takot kena tandok ekekekek...:P)


ini seken hero pon ada taste muka...iteww misai fake sangat potong stim lahhh huhu...tapi tak pe nnti half citer misai ilang

Hero dalam citer ni cam lurus bendul orang nya dan muka salu konpius. Tiap episod musti ada dahi berkerut sebab blur² apa org cakap. However dia seorang yang baik dan kuat keje sebab dalam famili dia yg seramai 5 orang dia yang dok tanggung famili. Ada abang pon tak guna. Asek blaja blaja sampe tua tarak keje. Tang ni rasa cam nak flying kick abang dia.

Yang membuatkan touching pe tau...hero tetap chentar seratus persen sama heroin sebab itu pes lap dia walaupun heroin tak suka dia dan sanggup buat apa saja yg heroin request. Heroin kata tammo jupe hero dah...ok maka hero pon menjauhkan diri as long as heroin puas hati. Kira idop ngn mati dia kerna itu heroin. Kerna iteww heroin pemangkin semangat dia tok terus idop dan berkerja keras.

Heroin ada bilang begini pada hero lepas ditokok tambah. Kalu tiru style Mak Dara lagi ada kesan hehe
'Sudah ko jangan pedulik kan sama aku dan jangan kaco sama aku. Aku tatap tidak sukak sama ko walau engkau kaya jutawan punya misai tebal skali pon. Berambus ko dari sini''Anak ko tak de aku sudah kasik sama orang lain'
'Kashi shama shiapa?'

Eh tu 2 dialog yang las tu iklan :P

Bila heroin dah cakap itew machiem maka hero tatap menten kool dan tidak pedulikkan heroin sebab dia sedar ruang
'oh ok tak pe aku sedar diri aku bodoh tak sepadan dengan kau'
Bila berjumpa ngn heroin dia tak tengok pon muka heroin. Tapi yang sebenarnya lam ati heroin mau dipedulikkan. Cam mentel la giteww kan. Muahaha.

Sehengga la hero bebetol mengambil keputusan menjauhkan diri pergi ke sebuah daerah terpencil demi kebaikan heroin sebab ada satu insiden berlaku. Heroin terasa kehilangan yg amatsss sambil nyanyi lam ati *aku merinduiiiii muuuuuu...ting tong* Lantas dia pon menjalan misi mencari hero. Pas dah jupe hero plak rejek heroin berkata (lepas di alih bahse + merapu)
'Aku miskin tak de pe bleh kasik kat kau Azizah. Dan lagi aku kurang pandai dari kau. Sudah la pergi la kau dari sini. Biarkan aku sendirian di sini''Uwaaa sampe ati kau cakap cam tu. Aku dah tak kisah itu seme...aiman tak kisah...aku cintak sama ko Amran...terima la aku kembali...owh Amran'
Saya sangat sukak part yang mana hero kelihatan hero sejati tidak tunjuk pras menonggeng dia seperti yang salu ditunjukkan dalam kebanyakan love story bila heroin tak layan hero, hero meraung mcm org mati anak sampai air idong seme terkuo, atau tak bermaya mau teruskan idop lantas mau tejunkan diri dari tingkat 20 umah pangsa atau mabok menom brandi sampai lupa dirik atau jupe bomoh ala² Haji Labu bomohkan Manisah...hahahaha

Oh ada lagi satu, lepas hero tammat ngn rancangan realiti tersebut dia terus malatop dan fofular. Dia di-offer blakon iklan dan pilem. Jadik la di bintang pilem menuju puncak gemilang cahaya. At one time dia berada di puncak, dan kemdian dia berada di bawah sebab ada insiden berlaku. Apakah insiden tersebut? Saksikan la sendiri.

Saya amat berpuas hati ngn olahan citer ni. Skrip dialog hero saya sangat suka especially tang dia membalas percakapan. Kita teka dia jawap cam ni tapi lain jawapan diberikan. However lelagu lam citer ada kureng sket. Direkemen tengok watak hero dia juga heroin nya. Nama hero dia Go Soo. Dedekat ngn Gosok daaa 'Gosok jangan tak gosok...sampe berkilat...'

Thursday, July 13, 2006

KDrama : Let's Go To The Beach (2005)




Synopsis

This drama is about a hotel's lifeguards. The story will be based on the love between an illegitimate son, Jang Tae-pung and his half brother (different mothers), Jang Tae-hyun and the hotel owner's grand daughter, Yoon So-ra.

Total episode : 14

Credit info : DramaWiki
Credit gegambar : Homepage ini drama
Credit VCD : Org umah GX

hero yg kiri penyanyi ropanya...bakal keluarkan album tak lama lagik

Marey pegi ke pantai yiehaaaaa. Citer ni mengajak kita pergi ke pantai dan bermain air. However saya pobia ngn air. Air laut, air sungai dan sewaktu dengannya. Adalah dulu ada insiden berlaku masa pi kemping kat Taman Negara hingga mem-pobiakan saya ngn air masa main ala water rafting. Nak pi snorkeling pon pikir 10-20 kali duluk walaupun orang kata tak de pape, tak bahye, ada life gad taste seme. Ohhh nehi inspekter sahab. Mek belom bersedia menghadapi air hehe

Citer ni mengenai kerjaya life guard di sebuah hotel di persisiran pantai Korea kepunyaan sorang usahawan kaya yang tak de misai yang ada 2 isteri (1 dah jadik bekas) dan 2 anak lelaki yang ensem² (sorang anak tiri). Yang anak sulung tu cam ada ropa Kaer AF2 lak tengok. Dah kaya dia mau tambah kaya lagi dengan menganiaya penduduk tempatan di situ demi meluaskan empayar perhotelannya. Seluruh kawasan atau umah yang berada di tepi pantai dia mau takluk dengan apa cara sekalipon termasuk motel turun temurun kepunyaan famili heroin. Kengkunun nak wat ala Disney Land la itu tempat.

Anak yang sulung lebih kepada watak tokoh korporat keje di pejabat yang berhawa dingin manakala anak yang kedua memilih keje yang selamba dan sempoii di luar pejabat yang berhawa panas ala² cik mat poi iaitu sebagai life guard.





Kedua-dua mamat ni sukak sama pompuan yang sama dan berlaku perebutan antara dua beradik ni. Padahal itu pompuan bukan la vogue mana tapi attitude dia menggoda hati.

Saya suka akan heroin dia sebab lakonan dia begitu mencuit hati dan peparu saya. Bisa membuat saya mengalirkan ayor mata bila mana dia menangis (dedekat nak abis episode part sedih) tapi bila cek cek biodata dia drama ini merupakan drama pertama beliau. Aiyah. Mengapa tak de org amek dia blakon lagi? Adakah dia bermasalah disiplin atau demand lebih atau dia tak minat blakon drama? Ntah la saya kurang periksa. Nak kata tak cantek, sweet ada. Skali tengok mcm adek Kuza pon ada hehehe


Dekat nak abis episode ada saspen sket bila mana dah syiok² hero ngn heroin berchentar tup tup depa disaspek adek bradik sebapak. Heroin dengan pantas mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke obesi bagi tidak sanggup menghadapi realiti depa adek bradek.

Bapak hero alkisah merupakan anak lelaki atok heroin yang telah lama menghilang. Memang haraboji tu tunggu tunggu tok kelik anak dia kembali sebab dia yakin anak dia tak mati.

Adakah depa betol adek bradek? Saksikan la ini celita. Watak hero ngn heroin bole diibarat seperti hero heroin Full House. Gado gado sayang tapi tak de kena masak nasik yg ni hahahaha Owh tak citer lagi Full House. Later la.

Ok la citer ni samting different jalan citer dia. Itu hero kisahnya adek kepada heroin Loves Story in Havard. Adek badek darah seni la ni.

Monday, July 03, 2006

KDrama : Bad Housewife (2005)



Synopsis

The story is about Su-han, a fatherly man in his mid-thirties, who becomes a full-time home manager after voluntary retirement, while his wife Mi-na becomes the breadwinner who had only concentrated on household chores up until then.

The writer of the drama Kang Eun-jeong says that the purpose of her show is to make people laugh, happy and appreciate the value of family.

Total episode : 18

Credit : DramaWiki
kecit bukan sebarang kecit...lakonan malatop kalah era pajira yew


Ini citer mengenai seorang suami yang terpaksa menjadik 'suri rumah' sementara sebab kena buang keje. Sementara nak dapat keje baru dan isteri dia plak beriya nak keje sebab dah boring dok umah maka dia benarkan isteri dia pi keje dan dia dok mengemas umah dan juga menghantar dan mengambil anak dia dari tadika.

Pada awalnye kehidupan rumah tangga depa kelam kabut sebab hal mengenai si somi tu kena buang keje cuba dirahsiakan dari ibubapa kedua belah pihak.

Pertengahan citer si somi nanti ada affair dengan binik jiran sebelah umah dan si isteri nye bos plak cuba pikat dia hingga timbolkan salah faham cemburu kedua belah pihak hingga hampir nak bercerai.

hero muka cam jeki chan sket

Ok la citer ni sebab suka tengok anak dia yang sangat pandai blakon yang kuciwa ngn mak pak dia yang hari² asek gado. Kalau citer Full House ada lagu '3 beruang', lam citer ni plak ada lagu 'tahi' sebab anak dia bila nak berak mak dia kena nyanyi lagu tahi sebab anak dia ada masalah nak buang air besar ha ha.