Showing posts with label Kim Hyun Joo. Show all posts
Showing posts with label Kim Hyun Joo. Show all posts

Monday, January 18, 2010

KDrama : Partner (2009)



Synopsis

"Who is your partner?" When you take a look at the definition of ‘Partner’, it gives you synonyms such as colleague, sharer, spouse, and accomplice. Partner is a person who is strongly associated with me; the one who knows me very well and stays by my side. The word ‘Partner’ takes a different meaning when it is used in law firm. Partners are the people who survived from the power struggle. They are executives who are on the top of the law firm pyramid. Enterprises are law firm’s partners. Law firms fight each other to become a partner of business. They struggle to be close to power and to become a slave of money. There are some lawyers who want be the partners of commoners as well. They are willing to be the spokesperson for the underprivileged. It is a story about partner; the one who is going to stay by your side and fight together in front of law.

Total episode : 16





Drama ni tidak banyak yang boleh diperkatakan melainkan menontonnya kerana Abang Wook yang dikasihi. Heroin dia pon ambe suka, jadi ambe menonton nya dengan suka sekali. Jalan citer dia pun biasa saja

Kisah mengenai kisah hidup peguam. Watak utama merangkap peguam lelaki dan peguam perempuan dan mereka diletakkan di dalam satu bilik pejabat dan bekerjasama sebagai satu team maka terbit la "Partner". Partner di dalam menyelesaikan masalah peguam-peguam. Terdapat beberapa masalah dan kes yang ditimbulkan dalam drama ini.

Tapi dah hero dan heroin nya loyer, maka segala kes, segala kesulitan, segala masalah dapat diselesaikan dengan mengikut jadual.


Kemuncaknya episode akhir di mana peguam Lee Tae Jo telah dituduh membunuh sahabat baiknya sendiri 5 tahun yang lepas.

Adakah beliau di dapati bersalah?


Kalau tidak bersalah kenapa menangis? WAE? WAE? Wat hapen Abang Wook? *hulur sapu tangan*


Sambil menangis sambil berkata sedap. Antara adegan syahdu bila beliau disuapkan makan tengahari oleh Partner beliau di dalam bilik pesalah. 




Saya suka kes wanita ni. Beliau dituduh membunuh gelpren suami nya yang bermain kayu tiga. Tapi seperti biasa la beliau menafikan nya sebab beliau orang kaya dan banyak wang. Dengan wang yang banyak beliau telah mengkambinghitamkan pemandu peribadinya supaya mengaku membunuh. Jika tidak anak pemandu itu akan dibunuh.

Ambe suka makcik ni membawakan watak beliau dengan begitu berkesan sekali. Dalam drama You Are My Destiny beliau sebagai mak Subin, kelihatan lawak sket, tetapi dalam drama Partner ni, karakter beliau sungguh menakutkan dengan wajah bengis dan jelingan nya yang tajam dan padu menusuk ke sanubari.

Tapi yang pasti cincin dia tu ambe berkenan la. Hehehe




Ni adegan pilihan yang saya suka dalam episode 9. Abang Wook hangin satu badan dengan Partner dia sebab masih pakai henfon lama yang dah nyawa-nyawa ikan. Abang Wook ambek henfon tersebut dan campak ke luar kereta. Partner dia pergi carik semula henfon tersebut

"Awak ni pelik la. Kenapa masih nak pakai henfon cap ayam ni lagi? Kan saya dah suruh buang. Aigooo, didn't I tell you I'd buy you a new one?"

Maka jawab la Partnernya itu dengan perasaan hiba dan syahdu sambil membelek-belek henfon cap ayamnya yang telah musnah itu

"If someone does something strange, there must me a reason for it"

Ya benar sekali Yang Arif. Jika seseorang itu melakukan sesuatu yang pelik atau aneh, pasti ada sebab mengapa dia berkelakuan begitu.

Yang sebenarnya henfon cap ayam itu telah dibeli oleh mendiang hasbennya. Sebab itu la satu-satunya tanda kenangan hasben nya.

Maka terkedu la Abang Wook untuk beberapa saat seraya menyesal dengan sikapnya itu.

Tapi jangan pelik sangat. Nanti orang akan ingat kita gila pulak kan. Sebab orang gila / kurang siuman banyak buat perkara-perkara pelik kan?

Tapi kalau ada orang yang tanya-tanya jugak bila kita buat sesuatu yang nampak pelik bagi dia tapi tidak pelik bagi kita, kita boleh lah jawab macam ni,

"Ini henfon, aku punya henfon, aku punya suka, bukan kau punya henfon" (jawapan ala abang motor ekzos buluh dalam Seniman Bujang Lapok) Kekeke

Happy ending. Tapi tak berapa happy sangat sebab mereka takde bercinta sangat. Kuch kuch hota hei dalam diam saje. Mungkin sebab sorang oppa dan sorang lagi ahjumma ibu tunggal beranak 1

Mari kita lihat para pelakonnya : 


Lee Dong Wook as Lee Tae Jo

Sudah tentunya berbaloi-baloi

Kim Hyun Joo as Kang Eun Ho

Salah sorang heroin yang ambe suka jugak. Antara drama beliau yang dah ditonton :
Kkotboda Namja (Boys Over Flowers) - Ribiu coming soon

Choi Chul Ho as Lee Young Woo (Tae Jo's older brother)

Pakcik ni sungguh laris di tahun 2009 (Queen of Housewives, Partner, Hot Blood)

"Ahjussi, dulu keje apa? Tak penah nampak pon dalam drama sebelum ni"

Lee Honey as Han Jung Won

Cik Ratu Cantik Korea ni jua turut memeriahkan drama. Sapa cakap ek dia ni mempunyai sepasang mata yang senyum. Kalau dia senyum, mata dia ikut senyum. Kak Hood kot. Memang ayu sekali. Kena layan "Pasta" (MBC) pulak tahun ni. Drama terkini beliau

OST

Antara lagu-lagu sedap dalam drama ini ialah :
1. A Dreaming Hero - Super Junior KRY
2. Love Me - Rumble Fish
3. Somebody - Cha Soo Kyung
4. Timid Love - Lee Hyun Min


Akhir kalam, selamat menonton Partner sambil makan ABC. ABC Korea ada taruk cornflakes lah. Macam sedap je kan. Boleh la tiru nanti. Ni dalam episode 15

Thursday, February 14, 2008

KDrama : Insoon is Pretty (2007)



SynopsisPark In Soon accidentally killed someone years ago when she was in high school. After serving her time in prison, she tries to rebuild her life. However, she cannot seem to find a job because of her criminal record. Discouraged, she goes to her high school teacher for help. She confesses her love for him and tells him she wants to be his son’s mother. However, he too rejects her. With a criminal record and a broken heart, In Soon decides her life isn’t worth living. During her attempt to commit suicide, she is stopped by Yoo Sang Woo, her childhood friend who moved away before her accident. Through a series of events, In Soon is reunited with her mother, who is the famous actress Lee Sun Young. However, even with fame and fortune, she still isn’t happy. Also, she finds herself falling in love with Sang Woo.
 
Cast :
Kim Hyun Joo , Kim Min Joon , Seo Hyo Rim , Lee Wan

Total episode : 16

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/In-Soon_is_Pretty , WITHS2

Photobucket

Sebelum kita ke drama super duper best TWSSG, kita bercerita mengenai drama yang suam-suam best ni dulu. Keseluruhan average sahaja drama ini bagi saya. Menonton drama ini kerana hero nya. Namun dalam drama ini dia ala-ala lemau la pulak. Seumpana tiada daya dan momentum yang bisa mengusik emosi penonton seperti saya. Heroin nya pula merupakan salah seorang heroin kegemaran saya juga.

Storyline agak menarik jugak walau dalam ke-lemau-an heronya. Tapi ada satu adegan yang telah membuatkan saya gelak guling-guling. Lihat di akhir ribiu nanti.

Beberapa isu semasa dalam kehidupan harian menjadi plot jalan citer dalam drama ini. Senario kehidupan yang kita akan berjumpa dalam hidup seharian kita selagi kita bernama manusia.

1. Kisah masyarakat yang sering memandang serong dan bias pada insan yang keluar dari penjara atau kata nama gantinya ialah bekas banduan. Kita selalu mempunyai fikiran orang yang masuk penjara ni adalah orang jahat sebab telah melakukan kesalahan atau jenayah. Tapi ya bener orang yang telah disahkan bersalah akan di masuk kan ke dalam penjara. Tetapi cuba incik-incik dan puan-puan renung kan sejenak. * Pejamkan mata anda seketika * (Kita assume la ye majority bekas banduan insaf dan tammo buat jahat lagi)

Orang yang disumbatkan ke dalam penjara ini telah menjalani hukuman yang setimpal atau mungkin 2 timpal dengan jenayah yang telah dilakukan. Mereka menjalani proses keinsafan dan muhasabah diri supaya bila telah tamat tempoh penginapan di penjara mereka akan keluar menjadi insan baru dengan modal insan yang baru. Bukannya mereka sesuaka hati main pondok-pondok atau main masak-masak di dalam penjara itu. Makanya kita sebagai insan 'mulia' yang tiada melakukan jenayah kononya harus lah memberi peluang pada bekas-bekas banduan yang ada rekod jenayah ini untuk menjalani kehidupan yang baru. Jadi saya tidak nampak mengapa kita harus mendiskriminasikan mereka bekas-bekas banduan ini. Adakah mereka jatuh hina kerana pernah menghuni dipenjara? Anda nilaikan sendiri. Sebab dalam citer ni memaparkan kebanyakan masyarat memandang bekas banduan itu seperti makhluk asing tanpa memberi peluang kepada bekas banduan itu yang ingin memulakan hidup yang baru.




Situasi dia ala-ala kalu kita pegi mintak keje. Asal pi interbiu bakal majikan anda tanya ada pengalaman keje tak? Majikan memerlukan pekerja yang ada experience saja. Jadi nya kita yang fesh graduate ni akan kesukaran mendapat kerja dengan mudah. Dan saya pernah menjawab kepada bakal majikan seperti itu

"Kepala hotak kau. Ko ingat aku lahir-lahir terus ada pengalaman keje ke? Kalau korang tak amek kitorang yang baru nak stat keje macam mana kitorg nak ada pengalaman keje. Ingat pengalaman keje jatuh dari langit kah etc etc etc"

Tapi saya jawab dalam hati saje...hehehe

2. Kisah ibu aktres glamer dan anak bekas banduan nya. Bagi selebriti yg biasa hidup glamer akan selamanya cuba untuk mentenkan ke-glamer-an dia. Kalau pun dia merupakan selebreti suam-suam kuku maka dia akan berusaha panas kan kuku nya itu. Dengan kata lain kembalikan kehangatan zaman glamer dia supaya terus di kenali dan diingati oleh peminat. Dalam citer ni selebreti itu merupakan seorang actress veteran. Aktress teater. Bila dia tahu dia telah berjumpa dengan anak perempuan nya yang terpisah sekian lama dia berasa sangat gembira sebab telah berjejak kasih dengan anak perempuannya itu. Tambahan pula anak perempuannya mempunyai wajah yang cantik. Tumpang bangga dia kerana anaknya cantik dan ada harapan menyertai Korean Top Model. 
Banyangkan jika judul drama ini ialah Insoon Is Not Pretty. Anda bayangkan la sendiri ye. 

Ok kemudiannya bila aktres itu mendapat tahu bahawa anak itu pernah masuk penjara dan mempunyai rekod jenayah dia lantas kecewa dan tidak mahu menghiraukan anak itu sebab malu nanti pihak media dapat tahu dan sekaligus menghancurkan status nya sebagai seorang aktres terkenal kerana mempunyai soerang anak perempuan bekas banduan. Kemudian pula pada satu hari anak itu telah melakukan sesuatu kebaikan yang telah mendapat liputan meluas media sekaligus men-glamerkan anak perempuan nya, lantas ibu itu kembali berlembut dengan anak perempuannya dan acknowledge anak perempuan nya. Ke-siamang-an sangat ibu / aktres itu kan. Sebab saya yang menonton juga berasa hangin.

Quote kata-kata sedih anak perempuan nya itu : 


Photobucket

"I...I am your daughter. As a mom, shouldn’t you not doing this. You are a mom. You are a mom. I am a murderer. How can you as my mother not be curious? Why didn’t you ask me why I did it? As a mom you should be curious now. No matter how much the world rejects me, a mom can’t be like that. Because you are a mom. Because shouldn’t a mom not be like that? This is I thought all along. No matter how bad I am, that you would be able to understand and accept me. I am really disappointed. It’s really strange. I am unable to forgive you. I’m unable to forgive you for abandoning me.

"I didn’t abandoning you"

"YOU ABANDONED ME!!!! " *back ground sound effect guruh berdentum tum*


3. Kisah sebuah rumahtangga. Si suami seorang ahli perniagaan yang sukses. Si isteri seorang surirumah tangga sepenuh masa. Si isteri seorang yang baik dan telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang surirumah dengan baik. Jaga makan pakai suami dan anak. Kemas rumah, memasak, basuh baju, mop lantai dan lain-lain kerja rumah telah dilakukan dengan begitu baik dan dengan penuh kasih sayang. Sebaliknya segala kerja umah isteri itu tidak dihargai oleh sang suami dan si suami itu berasa tiada kebahgiaan dan rengsa bila berada di dalam rumah. Mungkin pemikiran isterinya tidak setaraf dengannya. Kasihan la surirumah begini ye puan-puan.

Quote kata suami pada isterinya yang rajin memasak,



Photobucket
"All day long all you do is cook...cook...cook. Are you haunted by god of hunger?"


Pandai masak salah, tak pandai masak komplen. Haiyaa doniya doniya. Suami oh suami.

Bila suami itu mendapati tiada kebahagiaan di dalam rumah maka….seperti yang diketahui dan dijangka, ya betol, suami itu mencari kebahagiaan di luar rumah. Dia pergi la menonton wayang dan teater berseorang diri untuk meng-enjoy-kan diri dia. Bila sudah kemaruk menonton teater maka suami itu berminat dengan pelakon teater itu. Antara adegan-adegan yang saya tak larat tengok. Orang tua-tua bercinta hahaha. Yang lelaki nya pula sangat comei untuk adegan dating ini hingga menyebabkan saya kegulingan ketawa. Dia nampak comei sebab tubuh badan nya kecil. Anak lelaki dia lagi tinggi dari dia.

4. Kisah 2 bradek perempuan. Sorang ingin kan tumpuan emak, yang sorang lagi tidak mahu lagi diberi tumpuan supaya dia bebas membuat pekerjaan yang diminati nya.

Mari kita lihat para pelakonnya pula :




Kim Hyun Joo as Park In Soon

Sebagai bekas banduan itu. Diminati oleh seorang rakan sekolah dia dari zaman persekolahan hingga dewasa. Malangnya bila lelaki itu tahu yang dia merupakan bekas banduan maka persepsi dia terus berubah dan mula menjauhkan diri. Cipan punya jantan. Di kala seorang teman memerlukan kawan dia menjauhkan diri.

Hanya sorang saja yang yakin dan percaya dengan Insoon yak itu cekgu sekolah dia yang sering memberi semangat dan keyakinan untuk memeruskan hidup selepas keluar dari penjara.

Kesalahan Insoon ialah dia di dapati bersalah kerana menyebabkan kematian seorang rakan sekolah dia yang kaki buli. Mungkin disebabkan Insoon berseorang diri dan tida sokongan kuat sebab mak pak tak de maka dan bukan anak orang kaya, maka segala tuduhan berpihak pada Insoon yang malang dan disumbat ke dalam penjara. 



Kim Min Joon as Yoo Sang Woo

Ya ini lah dia jantan / kawan yang agak tidak berperikemanusiaan itu pada awalnya. Watak dia sungguh kureng memberangsangkan dalam citer ni. Mendatar saja. Tapi entah kenapa saya masih tertarik untuk melihat wajah nya yang tiada luar biasa itu. Nak kata ensem tak ensem, nak kata tak ensem, boleh lah. Hehehe.

Dia sebagai wartawan di KBC. Bapak dia yang bercinta dengan mak Insoon , aktres teater itu.


Nah Young Hee as Lee Sun Young (In Soon's mother)

Ibu kepada Insoon, seorang aktres persembahan pentas.



Choi Il Hwa as Yoo Byung Gook (Sang Woo's father)

Bapa kepada Sang Woo. Ahjusshi ni berjaya memikat saya dalam citer ni. Bravo.


Lee Wan as Jang Geun Soo

Adik angkat Insoon. Alkisah (spoiler) dia sebenarnya yang bunuh rakan Insoon itu dan Insoon yang menanggung kesalahan itu hingga disumbat ke dalam penjara dan kemudian di pandang serong oleh masyarat. Sungguh tidak adil yang arif.


Seo Hyo Rim as Kim Jung Ah (In Soon's sister)

Adik tiri Insoon. Agak menarik juga perwatakan dia sebab dia cantik.


Adegan favourites buat saya terkekek-kekek. Kisah percintaan terlarang 2 warga emas. Yang pompuan tak feel sangat. Yang lelaki overexcited sebab telah berjumpa dengan pojaan hati hahaha

Adegan 1

Photobucket
Photobucket
Ahjussi itu telah menubuhkan fan club utk aktres pojaan nya haha

Adegan 2

Photobucket
Kiri, ahjusshi marah isterinya kerana masuk bilik tidak ketuk pintu sebab ganggu dia berangan selepas membeli kemeja warna oren untuk dipakai sewaktu berdating haha Warna oren menjadi pilihan kerana aktres pojaan nya favourit kaler ialah oren. Oder air pon air oren haha

Photobucket
Aksi shy shy cat

OST. Biasa saja.

Rating saya. Sebab saya tidak berapa feel dengan citer ni so tak de rating. Saya kira citer ni akan ditonton oleh hanya peminat hero dan heroin kot. Tapi kalu anda mahu lihat adegan Ahjussi dengan kemeja orennya, kena lah tonton citer ni haha

Friday, November 10, 2006

KDrama : Ms. Kim's Million Dollar Quest (2004)




Synopsis

On the day of Eun-jae’s wedding, the groom, Young-hun, fails to turn up and the delivery man hands her a letter from him saying “sorry.” The photographer, Moo-yeol, takes Eun-jae by the arm as she stands panicking in front of countless guests and runs out of the hall. Unable to bring herself to admit the annulment of her wedding, Eun-jae pleads Moo-yeol to play the role of her husband at the housewarming party, and Moo-yeol does a splendid job. Meanwhile, Eun-jae finds out that the reason for the break-up of her wedding was because of her poor financial situation. Young-hun had gravely worried about reality issues if he were to marry Eun-jae and Seo Wu-gyung had suggested just on time full financial support if he drops the wedding with Eun-jae. Eun-jae makes up her mind to make money, thinking that she’d be able to get Young-hun back if she becomes rich.

Starring : Ji Jin Hee , Kim Hyun Ju , Park Gun Hyung

Total episode : 16

Credit : DramaWiki

 
Citer ni mengisahkan Ms Kim yang ditinggalkan sewaktu hari nikah. Dah siap dengan gawon pengantin ropol-ropol tetapi malangnya pengantin lelaki membuat dajal mahu putuskan hubungan pada hari nak kawin. Pengantin lelaki tak hantar sms batal majlis kahwin tapi hantar surat. Maka sedih banget la Ms Kim sebab dia chentar banget sama boipren nya itu. Boipren nya itu tetiba telah berjumpa dengan seorang wanita lain yang kaya yang bapak dia juga kaya. Maka dia ingat dia ada can nak jadi menantu orang kaya. Lepas kaya nanti boleh la carik perempuan lain. Perempuan Mongolia pon boleh. Apa ada susah. Jantan macam ni kalau dapat kita pancung kan dia aja huhu. Jumpa pompuan yg tah datang daripada mana, tak kenal hati budi terusan sanggop putuskan hubungan dengan bakal isteri nya yang telah dikenali nya selama 3 tahun sekelip mata.

Ms Kim kemdian dilarikan oleh jurugambar kawin bernama Encik Park sebab Encik Park kasihan melihat Ms Kim sedih bermuram duka dan takut Ms Kim alami gangguan mental hehe. Encik Park cuba menenangkan Ms Kim dan menempatkan Ms Kim di sebuah hotel.

Keesokan hari nya kawan-kawan sepejabat Ms Kim yang tak dapat hadir majelis perkahwinan Ms Kim ingin berkenalan dengan suami Ms Kim. Ms Kim gawat. Mana dia ada suami. Lantas dia tingat kat Encik Park dan minta tolong Encik Park menyamar menjadi suaminya.

Keesokan hari nya di hari yang lain Encik Park mengalami masalah yang mana bapak nya telah di penjarakan akibat tak bayar pinjaman duit dan rumah banglo nya akan di tarik oleh pihak Along sebab bapak dia pinjam duit dengan Along daaa buat cagaran. Maka Encik Park pon dah jatuh miskin papa kedana satu sen haram tak de duit nak sewa umah lain. Maka Encik Park mendapat idea mau menumpang umah Ms Kim.

Tumpang punya tumpang Ms Kim dan Encik Park pon menjadi kawan baik. Ms Kim mempunyai cita-cita mahu mengumpul wang sebanyak mungkin dan membuka perniagaan.




Dalam pada mau berjaya dalam perniagaan nya Ms Kim menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Ada pihak ketiga yang sengaja tidak mahu lihat dia gembira dan sakses. Pelbagai tektik keji dilakukan oleh pihak ketiga itu untuk menjahanamkan perniagaan Ms Kim.

Siapakah pihak ke tiga itu? Dia ialah seorang jejaka A yang minat kat Ms Kim secara senyap. Jejaka A itu telah bekerja sama dengan mak we bekas boipren Ms Kim untuk menghalang Ms Kim dari berjaya. Dengan alasan bila Ms Kim gagal, Ms Kim akan mintak tolong dengan jejaka A sebab jejaka A orang ada-ada, banyak wang mas. Hehe. Tapi Ms Kim tidak memerlukan pertolongan sesapa. Dia boleh berdikari sendiri.

Saya geram tengok perbuatan jejaka A pada Ms Kim tapi dalam masa yang sama saya tergelak tengok muka dia sebab selama ni dia tak penah jadik jahat mcm ni. Selalu watak dia kalu tak jadi kawan hero, musti jadi lelaki lurus bendul muahahaha. Potong stim betul dia jadi ketua kongsi gelap kali ni hahaha.

Encik Park kemudianya jatuh cinta dengan Ms Kim tapi Ms Kim macam tak paham sebab Ms Kim masih menyimpan hasrat mau kembali pada bekas kekasih nya itu. Tapi nanti bila Encik Park mengambil keputusan mengundurkan diri dan berpisah dengan Ms Kim, Ms Kim meraung bagi nak rak sebab dia rasa dia tak boleh kehilangan Encik Park. Encik Park lah selama ini yang membantu Ms Kim di saat perniagaan Ms Kim dikhianat.

Citer ni ketegori komedi romance. Memang setiap episod akan tergelak dengan gelagat mereka yang baik dan juga yang jahat hehehe. 

Thursday, July 20, 2006

KDrama : To Marry a Millionaire (2005)



Synopsis

To a girl, what is real prince? A warm love story like this may tell you the answer. A poor young guy with no money, but pretend as a millionaire, is hoping to find his fate next half. And then he meets her...

Total episode : 16

Credit : SBS, DramaWiki

Komen saya citer ni sebuah kisah cinta yang sungguh touching dek lakonan sangat berkesan hero nya. Banyak memainkan emosi. Tapi ada kala rasa cam nak masuk lam tibi jap cuit bahu hero cakap

'Elo elo uppa jangan banyak kerot dahi bleh tak? Mek rengsa la tengok u ols asek kerot dahi' haha ('rengsa' adek bradek 'rimas' gak la dikalangan org johor)

Buat kita ikot mengerut dahi sebab dia banyak mengerutkan dahi melakonkan ini watak. Tambahan lagi saya terus ingat sama amma saya yg sokmo tego kalu saya kerot dahi sebab dia kata tak bagus salu kerot dahi. Nanti cepat nampak tua ke hapa mak cakap.

Selain daripada itu gandingan hero ngn heroin veri de kimia umpama gabungan H + 2 + O = H2O = air hehehe

Ada beberapa adegan yang bisa membuatkan saya meneteskan ayor mata kerna dek terlalu menghayati *gelak getik* (kekekek)




kawen bleh naik keta kuda :P


First time menonton lakonan dan gandingan hero sama heroin. Mungkin lepas ni saya boleh nonton drama Green Rose. Muka heroin sangat mengingatkan saya pada aktress Cina Singapura yang fofular sikit masa dulu dan menten fofular skrg yak itu Zoe Tay (dulu saya fanatik drama Cina tv SBC/TCS/MediaCorp)

Citer ini diadaptasi dari realiti tv Joe Millionnaire yg rancangan tersebut saya tak berkesempatan tengok. Ala² Akademi Fantasia pon ada sebab dalam bilik tido pon ada kemra untuk merakamkan aksi peserta mana yang kita nak Afundi. Eh silap tiada Afundi. Ada 8 peserta pompuan hanya sorang akan dipilih dan kawin sama iteww 'jutawan pelesu'. Identiti sebenar 'jutawan pelesu' tersebut akan dibongkar pada akhir rancangan.

Tetapi yang lebih menjadi tumpuan bila mana si hero yang muka bleh tahan taste kena rejek ngn heroin sebab hero dapat nombor corot dalam kelas masa depa satu kelas sekolah menengah dulu. Memula hero jejak kaki ke sekolah heroin suka kat hero terus tulis surat cinta. Pas tau hero dapat nomo corot terus tak suka...muahahaha bleh plak cam tu ek. Peristiwa tersebut membawa hingga depa dewasa yang mana heroin masih tak dapat terima hero kunun bodoh la dari dia. Dah la bodoh skola tak abis, miskin lak tu. Keje pon tah pape tak de keje tetap.

Kemdian bila hero dapat tahu heroin pandang rendah dan tammo kawan sama dia, hero terasa hati dan menjauhkan diri. Buat hal memasing hingga mereka ditemukan kembali dalam satu rancangan realiti tv 'To Marry a Millionnaire' yang mana hero terpilih 'melakonkan' watak seorang jutawan sebab memiliki ciri-ciri yang diperlukan 'Yahoo pakcik kayo'

Ada satu stesen tv yg hampir nazak mahu meninggikan rating maka depa create rancangan tersebut. Lokasi penggambaran bertempat di sebuah daerah di Perancis.
(Huh Perancis? takotnyaaa...takot kena tandok ekekekek...:P)


ini seken hero pon ada taste muka...iteww misai fake sangat potong stim lahhh huhu...tapi tak pe nnti half citer misai ilang

Hero dalam citer ni cam lurus bendul orang nya dan muka salu konpius. Tiap episod musti ada dahi berkerut sebab blur² apa org cakap. However dia seorang yang baik dan kuat keje sebab dalam famili dia yg seramai 5 orang dia yang dok tanggung famili. Ada abang pon tak guna. Asek blaja blaja sampe tua tarak keje. Tang ni rasa cam nak flying kick abang dia.

Yang membuatkan touching pe tau...hero tetap chentar seratus persen sama heroin sebab itu pes lap dia walaupun heroin tak suka dia dan sanggup buat apa saja yg heroin request. Heroin kata tammo jupe hero dah...ok maka hero pon menjauhkan diri as long as heroin puas hati. Kira idop ngn mati dia kerna itu heroin. Kerna iteww heroin pemangkin semangat dia tok terus idop dan berkerja keras.

Heroin ada bilang begini pada hero lepas ditokok tambah. Kalu tiru style Mak Dara lagi ada kesan hehe
'Sudah ko jangan pedulik kan sama aku dan jangan kaco sama aku. Aku tatap tidak sukak sama ko walau engkau kaya jutawan punya misai tebal skali pon. Berambus ko dari sini''Anak ko tak de aku sudah kasik sama orang lain'
'Kashi shama shiapa?'

Eh tu 2 dialog yang las tu iklan :P

Bila heroin dah cakap itew machiem maka hero tatap menten kool dan tidak pedulikkan heroin sebab dia sedar ruang
'oh ok tak pe aku sedar diri aku bodoh tak sepadan dengan kau'
Bila berjumpa ngn heroin dia tak tengok pon muka heroin. Tapi yang sebenarnya lam ati heroin mau dipedulikkan. Cam mentel la giteww kan. Muahaha.

Sehengga la hero bebetol mengambil keputusan menjauhkan diri pergi ke sebuah daerah terpencil demi kebaikan heroin sebab ada satu insiden berlaku. Heroin terasa kehilangan yg amatsss sambil nyanyi lam ati *aku merinduiiiii muuuuuu...ting tong* Lantas dia pon menjalan misi mencari hero. Pas dah jupe hero plak rejek heroin berkata (lepas di alih bahse + merapu)
'Aku miskin tak de pe bleh kasik kat kau Azizah. Dan lagi aku kurang pandai dari kau. Sudah la pergi la kau dari sini. Biarkan aku sendirian di sini''Uwaaa sampe ati kau cakap cam tu. Aku dah tak kisah itu seme...aiman tak kisah...aku cintak sama ko Amran...terima la aku kembali...owh Amran'
Saya sangat sukak part yang mana hero kelihatan hero sejati tidak tunjuk pras menonggeng dia seperti yang salu ditunjukkan dalam kebanyakan love story bila heroin tak layan hero, hero meraung mcm org mati anak sampai air idong seme terkuo, atau tak bermaya mau teruskan idop lantas mau tejunkan diri dari tingkat 20 umah pangsa atau mabok menom brandi sampai lupa dirik atau jupe bomoh ala² Haji Labu bomohkan Manisah...hahahaha

Oh ada lagi satu, lepas hero tammat ngn rancangan realiti tersebut dia terus malatop dan fofular. Dia di-offer blakon iklan dan pilem. Jadik la di bintang pilem menuju puncak gemilang cahaya. At one time dia berada di puncak, dan kemdian dia berada di bawah sebab ada insiden berlaku. Apakah insiden tersebut? Saksikan la sendiri.

Saya amat berpuas hati ngn olahan citer ni. Skrip dialog hero saya sangat suka especially tang dia membalas percakapan. Kita teka dia jawap cam ni tapi lain jawapan diberikan. However lelagu lam citer ada kureng sket. Direkemen tengok watak hero dia juga heroin nya. Nama hero dia Go Soo. Dedekat ngn Gosok daaa 'Gosok jangan tak gosok...sampe berkilat...'