Showing posts with label Toma Ikuta. Show all posts
Showing posts with label Toma Ikuta. Show all posts

Tuesday, June 04, 2013

Osozaki no Himawari - Episod 1

Ok kita ke citer Jepun pulak.  Di sebabkan telah menonton drama hantu berturut-turut (Ghost  & Arang dan Yang Arif)  yang sangat menguji fizikal dan mental (cewah) maka saya memerlukan drama yang ringan sikit untuk meredakan emosi saspen saya ketika menonton drama-drama hantu tersebut. Lupakan seketika drama yang mendebarkan-yang- tak-sabar-nak-tahu-ending. Kehkehkeh

Dan terjumpa lah drama ini. Kisah dalam drama ini juga macam menarik terutama lokasi penggambaran dia di luar kotaraya Tokyo. Dan tempat ini saya dah aim nak pergi jika saya berkesempatan ke Jepun suatu hari ini. (Ye ye oo je)

Kisah mengenai seorang anak muda bandar yang bekeje di sebuah syarikat di tengah ibu kota Tokyo. Beliau bekerja sebagai part time saja. Dengar citer bos dia akan naikkan beliau ke full time. Sangat happy la beliau. Tapi sebaliknya berlaku. 

Bos dia cakap dia hanya boleh rekemen beliau ke full time, tapi dia bukan pembuat keputusan. Keputusan sebenarnya ialah beliau gagal naik ke full time.



Lama tak nampak mat tahir ni. Beliau terkejut bila mendengar kebenaran.

"Apaaa saya telah gagal???? Ini tidak adil"

Dan nama dia  ialah Kodaira Jotara.

Hai Kodaira Jotara, 
Nama saya Azura

Boleh buat pantun dua kerat daaa. Kekeke


"Sabar lah. Kumbang bukan sekor, bunga bukan sekuntum, pekerjaan pon bukan ada satu ni je. Watashi yakin tak lama lagi dikau akan dapat pekerjaan baru dengan rupa paras kau yang sebegini. Jangan berputus asa. Gambate ne" pujuk bos itu kepada Jotara


Di satu tempat yang lain, seorang doktor yang iras Natasha Hudson ni telah dihantar untuk bekerja di sebuah daerah kecil di selatan Jepun iaitu di daerah Shimanto dalam daerah Kochi. 

Beliau terpilih kerana beliau merupakan anak jati Shimanto dan hospital di sana amat memerlukan dokter yang muda dan segar kerana hospital di sana kekurangan dokter.

Awalnya dia memprotes tapi apa kan daya dia hanya sebiji mentimun, manakan dapat melawan sebiji durian musang king. Hasratnya untuk bekerja di sebuah hospital gah ditengah bandaraya Tokyo musnah. Dia kena balik kampung. 

*Wohooo hooo balik kampung hati girang*

Orang lain girang nak balik kampung tapi dia tak girang.


Memandangkan gaji beliau yang ciput tidak akan naik, Jotara pon mula untuk mencari bilik sewa yang murah sikit di lawan sesawang bagi menjimatkan kos. Cari punya cari, lapan lagi, sekali beliau ternampak sebuah iklan yang memerlukan pekerja sosial berkhidmat untuk warga mas di Shimanto.

"Alang-alang takde keje apa salah nya aku terai keje ni" kata hati beliau

Dan Jotara berjaya mendapat pekerjaan baru dan harus menetap di Shimanto. 

Kat Shimanto ni kebanyakan penduduknya terdiri dari warga mas yang tengah RTM. 

RTM = Rehat Tunggu Mati

Kerja beliau ialah menolong warga mas itu meneruskan kehidupan. Keadaan geografi Shimanto adalah bergunung ganang dan pengangkutan awam juga sukar di sana. Jadi tugas beliau ialah menjadi drebar kepada warga mas di sana. Tolong bawak mereka pergi ke hospital, tolong mereka angkat barang dan sebagainya.


Ini dia Sungai Shimanto yang terkenal di kawasan itu.  Dan jembatan dia macam ngeri je nak lalu sebab terlalu terbuka. Tak tahu la jalan dia sehala atau dua hala.

Dia dibekalkan dengan sebuah van untuk mengangkut penumpang warga mas itu.



Satu hari ada kematian seorang makcik. Makcik ni tinggal berdepan dengan rumah sewa Jotara. Walaupun baru tapi Jotara boleh ngam dengan makcik tu dan selalu makan di rumah nya dari hari mula beliau tiba di Shimanto.

Jotara merasa sangat sedih dan bersalah sebab sebelum makcik itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, makcik itu telah ajak Jotara untuk makan malam bersama tapi Jotara tolak atas faktor kepenatan. Rupanya itu la kali terakhir Jotara bercakap dengan makcik tu.
  


Yang ni tak paham, boleh bergelak riang ria di majlis pengkebumian sahabat mereka. Mungkin mereka tahu mereka pasti mati suatu hari nanti tapi tak tahu bila. Yang mati biarlah mati, yang berhidup harus la beriang gumbira. Malam ini kita menari rumbaaaa


Bagi mengobat rasa kesedihan Jotara pon pergi berkenu kenu reeves di sungai Shimanto bersama dokter itu


Ala shomei shomei nya dia huhu

Wednesday, December 02, 2009

JDrama : Voice (2009)



Synopsis

A group of five medical students take on the task of conveying the "voices of the dead."

Kaji Daiki fails to get into a popular heart surgery seminar but is somehow accepted into a seminar on forensic pathology. When he approaches professor Sagawa and asks him why he ended up in the seminar, Sagawa challenges him by asking why he wants to study heart surgery. Daiki replies that medicine is meaningless after the heart stops, but Sagawa counters that medicine also applies to the dead.

And so, together with fellow students Ryosuke, Kanako, Teppei and Akira, Daiki begins to explore the mysteries of death. --Tokyograph

Total episode : 11

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Voice

Antara drama Jepun yang dilayan pada tahun ini. Lambat atau cepat mesti habiskan jugak tengok sebab ada adek manes Toma Ikuta.


UPSR dapat berape la ni agaknye?

*Gambo cilok dari blog ashie

Drama ini mengisahkan pelajar-pelajar jurusan forensik yang membuat praktikal di sebuah makmal forensik untuk mengkaji beberapa insiden kematian yang memerlukan siasatan lanjut. Maka, tugasan pelajar-pelajar ini untuk mencari punca kematian, merungkai segala permasalahan dan kekusutan yang menyebabkan kematian. Jika tidak roh si mati tidak aman dan tenteram. Jika roh tidak tenteram, si mati kebarangkalian menjadi hantu sepert Ju-On.

Drama ni ilham dari CSI la ni. Sebab ada sorang tu peminat tegar CSI. Rumah beliau penuh dengan DVD CSI. Yang paling kagum sekali sikap ketegaran beliau ialah beliau beli DVD CSI original sebanyak 2 set. Satu set untuk ditonton, satu set lagi untuk buat perhiasan dan masih berada di dalam kondisi baik. Plastik tak bukak lagi. Bayangkan kalau ada 200 siri CSI, beliau akan beli 400 DVD setiap satu. Caya, caya. Siapakah dia? Anda saksikan lah drama ini.

Drama ini juga bertema kan sahabat. Mereka berlima pada mula nya tidak mengenali antara satu sama lain tetapi lama kelamaan kemesraan terserlah dan ukhwah persahabatan menjadi kukuh seperti teman sejati.

Drama ini mengandungi 11 episode dan setiap episode berlainan dan tidak berkait antara satu sama lain. Minggu ni orang ni mati, minggu depan orang lain plak mati.

Ribiu yang berjaya dibuat sehingga episode 7 saja. Time ni tengah rajin mem-voice-kan dirik.
Episode 1
Episode 2
Episode 3
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Episode 7
Episode taching ialah episode 8 di mana sorang sahabat sipi-sipi terkena HIV positif akibat mengutip serpihan mangkuk kaca yang pecah. Dalam mangkuk kaca itu pula mengandungi hati mayat ada yang dijangkiti kuman HIV untuk di-post motem. Sahabat itu mengutip kaca dan jarinya berdarah. Darah bertemu darah dan mengakibatkan darah semua orang di makmal berderau-derau. Berderau menanti keputusan dokter. Sahabat-shabat lain tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi pon tak basah. Berdoa la mereka bersungguh-sungguh supaya sahabat mereka itu negatif HIV. Sungguh taching sekali adegan ini.

Bak kata pepatah, pantang ajal sebelum maut.

Saksikan la drama ini untuk mengetahui kesudahan nya.

Para pelakon :
 
Eita as Kaji Daiki 
Ikuta Toma as Ishimatsu Ryosuke
Endo Yuya as Kirihata Teppei
Ishihara Satomi as Kuboaki Kanako 
Sato Tomohito as Hanei Akira

Wednesday, May 27, 2009

Majo Saiban - Episode 1


Ada orang suka membaca tapi tak suka menonton

Ada orang suka menonton tapi tak suka membaca

Ada orang berpendapat dengan membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan

Ada orang berpendapat menonton drama hanya membuang masa

Tapi tahu kah anda, dengan menonton drama juga kita sebenarnya "membaca"?

Satu, ya membaca sarikata, of kos...hehehe

Kedua, kita membaca apa yang 'dibaca' oleh penulis skrip. Seumpama membaca novel dalam versi bergerak. Kebanyakan penulis skrip Jepun dan Korea mereka membaca, mengkaji, membuat homework sebelum menulis skrip tentang sesuatu topik yang ilmiah dan infomatif.

Jadi, jika anda rasa gusar dan khuatir sebab anda kurang membaca tetapi banyak menonton drama Jepun dan Korea, padamkan rasa gusar anda berdasarkan teori waiem belogsepot ini. Ajaran datang daripada mana la ni. Ya, ini lah ajaran blogger tegar drama Korea dan drama Jepun sikit-sikit. Drama Jepun tengok hero...Kekekeke

Tiba-tiba datang idea nak tulis mengenai teori di atas selepas menonton episode 1 drama ini. Dalam drama ni kita belajar mengenai 'Lay Judge'. Siapa kah 'Lay Jugde' ini? Terus google mencari

Menurut Encik Wiki, Lay Judge ialah 'the law which requires selected citizens to take part in criminal court trials of certain severe crimes and make decisions together with professional judges both on guilt and on the sentence. These citizens are called "Saiban-in" (lay judge). Saiban-in are randomly selected out of the electoral register. In most of the cases the judicial panel is composed of six Saiban-in and three professional judges. In cases where there is no substantial dispute over guilt, the panel will be composed of four Saiban-in and one professional judge'


*Ngiat enson matakaji semer ngiseng* Kes pembunuhan di buka


Antara calon-calon yang hadir untuk menjadi Lay Judge. Mr. Oren-ji itu saspen nak tahu apa kes yang akan mereka terima


Kes itu ialah kes bunuh yang berlaku pada tahun lepas


Sebelum terpilih menjadi Lay Judge, setiap orang awam akan di interbiu dulu


Nak tiset jugakkkk. Nama dia Mr. Oren sebab masa terpilih jadi Lay Judge dia pakai tiset oren hehehe


Antara mereka yang terpilih menjadi Lay Judge. Terdiri daripada orang awam yang pelbagai latar belakang. Ada pakcik tua tu, ada minah keberet, ada cekgu, ada student law, ada cik abang designer tu


Seterusnya, bagaimana nak tentukan tertuduh bersalah atau pon tidak?


Sistem nya begini ya. Ada 3 Judges professional, 6 Lay Judges utama dan 2 Lay Judges di bangku simpanan. Lay Judges di bangku simpanan ni hanya mendengar saja tapi tak boleh berbincang. Lay Judges simpanan ni hanya berfungsi untuk mengganti 6 Lay Judges utama kot-kot depa last minit sakit ke tak leh join, kot-kot mati ke dan sebagainya.


Mereka 9 Judges akan duduk berbincang kes togede-gede hingga depa mencapai kata persetujuan


Keputusan di buat berdasarkan undian majoriti


Contoh, Afundi Tidak Bersalah vs Afundi Bersalah


Keputusan nya ialah, eh sarikata dia konpius


Sesi First Trial, kes pembunuhan Presiden Tojo


Yang dituduh mengaku tidak membunuh


Phewittt..penuh penghayatan. Jari jemari dia macam pompuan ek. Yang halus yang mulus gitu...kekeke


Judge based on evidence presented in the court


Kekeke...part ni lucu sikit. Dia pon pelik kenapa dia dissappointed padahal dia dah ada aweks


Ni la aweks dia


Drama ni agak saspen dan misteri sebab semua aksi Lay Judges itu di rakam di CCTV dan akan ada orang yang peratikan mereka. Misteri sungguh. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri


Wajah penenang yang boleh menghilangkan debaran misteri...kekeke

Okay basically drama ni mengenai Lay Judge (Saiban-in) ni lah. Bagaimana mereka akan merungkaikan kes pembunuhan itu. Drama ini drama pertama yang menekel isu sistem baru Lay Judge di Jepun.

Sekian pengenalan dalam Episode 1

Credit : http://wiki.d-addicts.com/Majo_Saiban , Tomalicious fansub

Tuesday, January 06, 2009

JDrama : Maou (2008)



Synopsis

This drama is a remake of the popular suspense drama The Devil that was aired in Korea last year. Ohno Satoshi will be playing the role of a two-faced lawyer, one of which is a kind hearted soul and the other who is plotting revenge, using his brilliant mind, on the person who killed his relative. On the other hand, Ikuta Toma will play the double lead role of the man, who has become a detective due to his dark past, who is pursuing the mysterious series of murders and fighting against the devil (maou).

 
Total episode : 11

Credit : http://wiki.d-addicts.com/Maou


gambar-gambar sasaran yang akan menemui ajal...gambar yang tengah tu kan...buat poster tampal kat dinding sejok mata memandang...ekekeke...dalam pada nak balas dendam kemraman tu tera amek shot yang kendo...hehehe


Drama Jepun ni remake drama Korea The Devil. The Devil salah satu drama feveret saya jugak. Jadi nak tengok Maou ni bagaimana pula. Namun saya menonton tanpa apa-apa perasaan kerana dah tahu jalan citer dia. Lepas ni gini, lepas ni, ni. Tiada saspeng dan stress. Cuma konsentrate tengok acting nya saja dan juga detektif-san. Ahakss

Ada beberapa babak nak tengok mana yang best. Korea ke Jepun ke.

Sebelum tu, jika diberi pilihan terbitkan drama versi ni sendiri, pilih pelakon pilihan sendiri, saya akan pilih :

Detektif-san : Ikuta Toma


Peguam : Ju Ji Hoon

Heroin kena 'oo jus'. Dedua boleh.

Dan tajuk dia ialah 'Setan...Gondol'


Huhu


Ending



However ada sket kelainan versi Jepun. Of course la kan sebab Jepun nya episode pendek. Tapi jalan citer tak lari. Nasib baik tak remake dengan kaler keta sekali macam drama tuu. Dengan keta, warna keta sekali di-kopipes nya huhu Tak laratt

1. Versi Korea tak tunjuk wajah yang tikam peguam tu di akhir episode. 

2. Versi Jepun sangat ringkas. Dia amek babak yang penting-penting saja. Kalau versi Korea, heroin ada mak yang bisu dan pandai masak. Nanti peguam tu akan pergi makan malam di rumah heroin dan beliau akan ter-syahdu seketika sebab teringatkan saat dia, abang dia dan mak dia makan togede-gede.

3. Versi Jepun wartawan tu mati kat gudang, manakala versi Korea wartawan tu mati kena langgar. Versi Korea nya part ni paling kagum sebab dia boleh tahu wartawan tu nak lari ikut jalan mana dan drebar lori dah stendby nak langgar sebaik saja wartawan tu lari menuju ke jalan raya besar hahaha

4. Versi Korea peguam tu nanti bawak heroin pi kampung dia. Versi Jepun tak de. 

5. Kesamaan yang sedih bila detektif itu kehilangan abang dan bapak dia juga kawan-kawan dia.




Part yang saya looking powed nak tengok yang ni bila mana kakak peguam tu dapat tahu bahawa adik dia bukan adik kandung dia. Peguam itu telah menyamar menggunakan nama adik lelakinya yang sudah mati. Sapa kah yang menangis dengan penuh gaya? Huhu



Kesudahan nya saksikan la sendiri.

Para pelakon : 



Ikuta Toma as Serizawa Naoto

Detektif-san. Aigoo...boleh tahan ahakss.

Ohno Satoshi as Naruse Ryo/Manaka Tomoo

Ahli kumpulan Arashi ni sebagai peguam. Boleh polish lagi bakat lakonan dia. Nampak comey sangat dan kurang mantop

Kobayashi Ryoko as Sakita Shiori

Pustakawan yang mempunyai kuasa paranormal yang turut membantu di dalam menyelesaikan misteri

OST

MV : Truth (eng subs)

Antara wajah-wajah Detektif-san :


Yang ni paling cute. Gambar dalam gambar...dia kata cakkk...hehehe

Akhir kata, jangan biarkan diri anda dikuasai oleh Maou dan juga Mawang. Pulang lahhh...

Pautan :

Akhir sekali, soalan menguji ketangkasan mata :

BERAPA KALI KAH DETEKTIF SERIZAWA TELAH BERLARI DI DALAM DRAMA INI?