Thursday, February 05, 2009

Voice - Episode 3


Kisah di episode 3...


Dimulakan dengan Daiki yang belah kiri tu yang jari letak didagu moskel melihat kawan nya mengasah pencil kedua-dua belah
'Nan-de (why)...kenapa?'
'Apa??'
'Kenapa ko asah pencel dua-dua belah ah?'


Kematian kali ini, seorang penumpang teksi wanita dijumpai mati di dalam teksi


Disyaki terkena Crush Syndrome


Kemudian Aki-chan ternampak kesan lebam di kaki mayat dan beliau teringat kisah silam 15 tahun lampau di mana mak dia mati dan mempunyai kesan lebam yang sana di kaki. Tetapi tiada siapa yang peduli kata-kata beliau sebab mungkin budak kecik lagi


Aki-chan sedih dan 2 orang tu cuba memujuk beliau


Kemudian mereka pergi makan di kedai makan yang selalu depa lepak. Kali ni tokei kedai tu masak makanan Korea
'Why Korean??' beliau bertanya tak pueh hati
Hehehe


Disebabkan kesan lebam misteri itu, mereka bertiga pon pergi ke kampung Aki-chan menaiki bas untuk menyiasat kesan lebam mak Aki-chan yang mati 15 tahun lalu


Siasatan di mulakan. Tanya orang tempat keje mak dia, tanya polis dan orang kampung. Kes 15 tahun dulu tapi semua info masih segar diingatan hehehe


2 orang ini pulang ke makmal manakala Daiki-san terus kan siasatan sendiri. Dalam perjalanan pulang mereka berdua bersembang. Beliau pon cite kenapa dia pilih kursus Forensic Medicine sebab dia takut nak berdepan dengan orang hidup. Dia lebih selesa berdepan dengan orang mati. Hehehe


Bukti-bukti telah berjaya dikumpulkan dan...kalu muka dia nih macam ni maknanya dia dah dapat selesaikan puzzle misteri-misteri itu. Ini satu kelebihan beliau


Scene yang lain pulak. Bapak dia ni telefon ke makmal mahu anak dia berhenti dari Forensic Medicine. Bapak dia kan ada hospital. Bapak dia nak dia keje dengan dia dan dia pun kata dia takkan quit seminar itu


'Kau nak lawan cakap bapak ko eh?'
Jangan labu jangan derhaka...hehe


Flash back Yuki-san (mak Aki-chan) sedang buat keje dan besi jatuh terhempap kaki mak dia. Tu yang ada kesan lebam tu. Kisah ini dicite oleh orang lelaki itu


Aki-chan pon tidak dapat menahan kesedihan. Akhirnya terjawab sudah misteri kematian mak dia 15 tahun yang lampau. Sebab dia join Forensic Medicine ni sebab kesan lebam di kaki mak dia tu lah. Dia mahu menyelesaikan misteri yang tidak dapat diselesaikan oleh orang lain

Gambar hiasan untuk afundi..hehehe





Misteri seterusnya dalam drama lain...



Nak nangess...:P

No comments: