Wednesday, February 04, 2009

East of Eden - Episode 35 & 36


Kembali ke cite ayor mata. Sepanjang saya berkecimpung di dalam drama Korea (cewah), ini episode dan drama paling vasss sebab ada diselitkan setem Malaysia haha Terkasimass gituh. Setem u ols. Setemmm. Bukan bangunan KLCC atau Lot 10 atau pon Melaka :P


Myung Hun pergi ke opis Dong Chul untuk menyerahkan Income Tax punya dokumen. Dong Chul dengan wajah moskel amat moskel sekali Myung Hun singgah di pejabat nya. Myung Hun merenung sayu ke wajah Dong Chul dan memanggil 'Hyung' banyak kali.

'Shin Myung Hun, ko ni dah kenapa? Buang tebiat?' kata Dong Chul

'Hyung, dunia ni kadang pelik. Kita tidak akan jangka sesuatu perkara yang amat aneh akan berlaku di dalam hidup kita di masa hadapan'

Yo lah kalau dapat jangka senang la idop Myung Hun oii


Di rumah Ji Hyun sudah ternampak surat DNA iteww dan beliau amat terkejut hingga senak perut. Scene dia kat atas katil. (Tiada gambar di sini.) Tengok sendiri. Hehe.


Kemudian...jeng jeng...Yong Ran mendapat bungkusan drpd Mike dan bungkusan itu datang dari Malaysia. Aigoo. Complete dengan setem lagi. Ottoke? Mentang-mentang ini drama episode panjang pertama yang waiem tonton (54 episod), dia selitkan stem Malaysia lagik huhuhu.
Mike hantar warkah berlagu pilu bersama cincin kawinnya kepada Yong Ran


Balik rumah bapak Yong Ran tanya kenapa muka nya pucat dan Yong Ran tunjuk surat dari Mike.

Dan President Guk pun berkata 'Apaa...tak boleh harap punya Mike. Malaysia kat mana?' President Guk tanya Dong Chul

Dong Chul pon menjawab akan tanya kawan dia di Malaysia. Aigooo oppa. Orang lama tunggu call tak call, call. I ols kat sini Subang Jaya Selangor Malaysia. Kekeke. *You are my pren*


Kemudian telefon berdering dan Janice-se tlefon untuk beritahu kabar sedih. Mike sudah tiada.


Kemudian Ji Hyun plak pergi jumpa dengan Rebecca. Lepas jumpa Rebecca, Ji Hyun pulak meroyan sebab dapat tahu suami dia dan Dong Wook sudah tukarrr la. Ji Hyun tidak dapat menerima kenyataan. Dia lantas bertemu suami nya dan bilang jangan bocorkan rahsia demi untuk masa depan Tae Ho, anak mereka. Sebab Ji Hyun tiba-tiba tamak bin haloba juga nak kan harta dan kuasa keluarga Shin. Sebab kalau Myung Hun pergi ke kelurga Lee, Ji Hyun tidak dapat apa-apa warisan


Kemudian di satu hari Myung Hun jemput Tae Ho dari sekolah. Sambil jalan Tae Ho cakap dengan bapak dia,

'Appa, kawan Tae Ho kat sekolah semua cite depa ada 2 nenek. Kenapa Tae Ho ada sorang nenek je?'

Appa pon konpius macam mana nak eksplen dan lantas bawa Tae Ho pergi restoren mak kandung dia. Hajat di hati nak tengok mak dia sebenarnya. Di kedai dia di halau seperti biasa sebab status dia anak Shin Tae Hwan


Mak Dong Chul suruh dia pergi. Myung Hun berkata dalam hati dengan wajah yang sedih,
'Omoni (Mak), budak ini adalah cucu mak yang sebenarnya'


Tae Sung group buat fesyen show amal bersama pereka fesyen terkenal Korea, Andre Kim sempena kehadiran First Lady Korea yang baju biru tu. Ji Hyun selaku emcee majlis. Tak paham betul konsep fesyen si Andre Kim ni kan


Kemudian adik pompuan Dong Chul kawin dengan Wang Gun


Dan kemudian majlis kawin di ganggu oleh samseng yang mungkin sakit hati dengan Dong Chul. Ternampak plak kelibat Myung Hun di majlis kawin dan Dong Chul pon obor tahap maksima satu badan. Tiada angkara orang lain ni. Tak lain dan tak bukan musti Shin Tae Hwan


Myung Hun pun di belasah oleh orang-orang Dong Chul sebelum Dong Chul sendiri men-dush desyum Myung Hun dengan tangan nya sendirik

'It's not me' kata Myung Hun. Maksud dia, bukan dia yang merosakkan majlis itu


'Baik kau cakap perkara sebenar kalau tak mayat kau yang akan keluar dari sini' Dong Chul berkata dengan amaroh sekali kerana majlis kawin adik nya telah jahanam

Prangg pong prenggg mereka bertekak dan keluar la kata-kata Myung Hun,

"hyung, ne ga jin ja dong sseng nnya...ne ga hyung dong sseng ha ra gu...na, shin myunghun ahnyo, lee dong wook iiya...LEE DONGWOOK II HAAGUU!!"

(sapa paham boleh translate kan..hehe)

Dan bersambung lahhh...next Dong Chul punya turn meroyan

*credit WITHS2*

No comments: