Wednesday, February 25, 2009

Voice - Episode 5


Drama ni saya tak kisah sangat jalan citer dia. Yang mengisahkan ialah gelagat 5 orang student forensik tu. Aigooo comey-comey belaka aksi mereka. Terutama yang jaket merah tu ahaks. Saling kimia antara satu sama lain. Saya kena ulang tengok 2 kali. Pertama kosentret kat ekspresi dan gelagat mereka. Tonton kali kedua baru baca sarikata dan baru paham jalan cite hahaha Episode kali ni pon lucu-lucu belaka

Kes kali ini kematian sorang lelaki berusia 42 tahun, seorang jurugambar tabloid dan mati ditepi reban ayam. Misteri reban ayam. Bagaimana kah beliau boleh mati di situ? Apa yang dicari nya di reban ayam itu? Bapak hayam? Atau mak hayam?

Di makmal pelajar ini mengambil gambar daun teh di dalam cawan. Wajah sedang tekun mengambil gambar...hehehe

Dia ni plak kata orang sekarang suka mengambil gambar tah apa-apa menggunakan henfon. Gambar daun teh pon amek

Men-tsuyu itu sejenis cecair dalam botol ala-ala kicap la gitu. Bertambah moskel kenapa kemraman tu ambil gambar close-up label botol men-tsuyu itu


Pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka tentang kematian di tepi reban ayam itu. Antara nya ialah skandal ayam hahaha. Mungkin kemraman nak buat skop berita pasal skandal ayam

Sapa ada blog akan ambil banyak gambar. Tak kira gambar apa. Ye betul hehehe

Kemudian mereka pergi ke rumah kemraman yang mati itu dan berjumpa dengan bekas isteri dan anak beliau untuk mendapatkan sedikit klue.
Tengok muka pemuda yang jaket hitam tu hahaha

Sekali budak tu lari.
Yang jaket merah tu kata "Kenapa kau tenung dia macam tu? Kan dia dah lari"
"Idiot. I gave him my best smile"
Yang atas tu dia punya best smile la tu hahaha

Episode ni pon banyak makan

Cian dia tatau strong point dia apa. Meh sini datang blog ni. Ramai ada kat sini boleh bagi tau strong point awak apa...kekeke
Dia kata dia macam tak sesuai jadi studen forensik. Tak macam Daiki (yg jaket hijau). Daiki terer selesaikan masalah

Siasat dan terus menyiasat

Suka tengok dia pakai baju hospital attenden ni

Al-kisah rupanya bapak yang mati tu nak tangkap gambo ayam untuk anak dia. Mereka saling bertukar-tukar gambar. Mak ngn bapak dia dah bercerai maka bapak dia communicate dengan anak dia melalui emel dan gambar. Dalam masa yang sama dia ajar anak dia melalui gambar. Mungkin dia nak cite dengan anak dia pasal ayam tetapi tak sempat dah mati. Episode yang bagus jugak ini


Last sekali budak tu tangkap gambo mereka ni guna kemra bapak dia. Aigoo comey

*credit subs d-addict

No comments: