Showing posts with label Kim Rae Won. Show all posts
Showing posts with label Kim Rae Won. Show all posts

Friday, December 10, 2010

KDrama : Gourmet (2008)



Synopsis

Talented chefs Bong Joo and Sung Chan were raised like brothers after Sung Chan was orphaned and taken in by Bong Joo's family. Bong Joo’s family owns a famous traditional Korean restaurant and claims descent from the last royal chef of the Joseon Dynasty. Bong Joo assumes that as the eldest, he will be the one to take over his family’s restaurant and marry Joo Hee when his father makes a surprising announcement about a special cooking contest! Sung Chan is seen as a threat by some because of his youth, talent, creativity and non-conforming ways. Feeling sorry for him, Joo Hee tries to help him. Discovering the truth about their great-grandfather causes a crisis for Bong Joo, but he later becomes even more determined to be a success while Sung Chan decides to leave. Sung Chan becomes a food peddler, specializing in the freshest and best ingredients in traditional Korean cuisine. Will he ever become a chef again? Will they ever become united as "brothers"?

Total epsiode : 24

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Gourmet , BON

Rencana di sebalik pembikinan drama ini

Versi filem drama ini ialah Le Grand Chef. Versi drama lagi detail dan meleret-leret.

Akhirnya setelah setahun lebih terperap citer ni tengok separuh jalan, berjaya juga tamatkan menonton drama best ini. Pepatah orang tua-tua ada berkata tak baik buat kerja separuh jalan. Maka saya pon menghabiskan perjalanan ini untuk menjadik seorang yang baik. Haha

Drama ini sangat merangsang untuk kita cuba memasak makanan Korea dan berjaya jugak kiranya saya membuat kimci hasil rangsangan melalui drama ini. Sungguh menguja nengok cara mereka masak dan makan. Kelihatan sungguh menggiurkan sekalis.

Drama ini mengisahkan tentang ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasik. Kalau dah keturunan tukang masak hebat, masak apa pon sedap dan lazat waima masak mee segera sekali pon.

Sesi teka bahagian-bahagian lembu seperti ini. Loya gak nengok makan daging mentah...aigooo

Drama ini berlokasi di sebuah restoren yang kabarnya terkemuka di Korea yang bernama Un Ahm Jung. Sapa-sapa yang pergi ke Korea musti cuba try makan di sini. Sebagai sebuah restoren yang femes yang tiada tolok tandingan masakan sedapnya, tahap kualiti masakan mereka dijaga dan dikawal dengan penuh rapi. Dari bahan-bahan masakan utama hingga bahan masakan yang halus sekali iaitu garam, mereka menitik beratkan kualiti nya.

Part garam ni ada sikit tak larat. Begitu detail sekali mereka. Dalam episode 20, sos soya buatan sendiri Un Ahm Jung mengalami kerosakan. Busuk dan tidak sedap. Pihak restoren begitu gempar dan tokojut bagaimana masalah itu boleh berlaku. Kimci-kimci buatan Un Ahm Jung semua telah dipulangkan balik oleh pembeli kerana kualiti rasa nya berubah tak sedap dengan drastik sekali. Insiden itu juga telah menyebabkan CEO restoren aka bapa kepada chef-chef itu terkena serangan jantung sebab nama baik restoren telah tercemar.


Ini pula sesi pelanggan Muslim datang makan di restoren dan pelanggan itu mendapati ada kedapatan alkohol di dalam makanan itu dan lantas mak arab atas tu marah dan kemdian pekerja restoren pula di marah oleh big bos sebab cuai.

Kira pihak produksi drama ini ambik kisah juga akan halal haram makanan umat Islam. Kemdian ada satu adegan tu mereka membeli daging halal di Itaewon sebab ada pelanggan Muslim nak datang makan di restoren. Kat Itaewon ni banyak kedai makan halal untuk pelancong Muslim. Tapi seme makanan Pakistan der. Nasik lemak tak de...hehehe


Pelbagai faktor di siasat untuk mencari punca masalah kerosakan sos soya itu.

Antaranya :

1. Kacang soya, adakah di taman dengan betul dan dipetik pada waktunya

2. Tempat menyimpan sos itu, adalah level penyimpan nya sama rata di atas tanah. Tiada yang senget benget

3. Kemudian garam. Untuk membuat sos ini, garam yang digunakan haruslah berusia 3 tahun dalam simpnan. Tapi mereka telah tergunakan garam yang berusia 2 tahun yang telah memberi kesan buruk terhadap kualiti sos itu sewaktu diperam. Aigooo. Part ni je dah makan masa 1 jam (1 episode) nak cari punca masalah. Haha. Ada beza ke rasa garam yang di simpan 2 tahun dengan 3 tahun ek? Boleh la ambe nak buat ujikaji sendiri nanti kat umah.

"Hai la garam, walaupun rupa mu halus dan mulus, tatapi kesan penyalahgunaan mu begitu besar sekali yek di restoren Korea. Tak di sangka-sangka"

 
Ini adegan biasa tengok sesi membuah kimci berjemaah (dalam Episod 15). Adegan ini penyebab ambe terus di pasar beli kobis dan try test buat kimci buat pertama kali nya...kekeke


Di dalam drama ini juga kita boleh saksikan chef pojaan ramai iaitu Chef Sung Chan menjelajah ke seluruh Korea dengan lori sayurnya untuk mencari bahan-bahan masakan untuk pertandingan memasak sekali gus untuk mempromosi tempat-tempat menarik di Korea.

Antara pertandingan yang boleh disaksikan ialah :

1. Pertandingan makan daging lembu mentah (dalam episode 8)

2. Pertandingan masak daging menggunakan arang yang berkualiti ada memberi kesan terhadap rasa daging itu (dalam episode 13). Arang itu di buat sendiri oleh Sung Chan dengan menebang pokok di dalam hutan, di bakar dengan suhu kepanasan yang betul demi untuk mendapat kesan kualiti yang sedap terhadap daging yang hendak di bakar itu. Very der rajin y’all. Ambe imajin penjual sate yang besar-besar di negara kita ni ada tak tempah khas arang untuk bakar sate itu. Rasa macam nak interbiu Haji Samuri nanti tanya. Adakah kualiti arang di ambil kira untuk memantopkan lagi rasa sate itew?

3. Pertandingan melapah daging lembu terpantas (dalam episode 9-10)

4. Pertandingan memasak daging lembu dengan kreatif sekali (dalam episode 14)
Cuma satu saya tertanya-tanya kenapa tak de pertandingan masak daging khinzir? Kan depa suka makan khinzir. Wae? Wae?

Part ni chef macho itu gayat naik kabel car. Oh boleh sambil makan ek dalam kabel car dia.


Di samping kisah memasak dan pertandingan masakan, drama ini turut memaparkan konflik 2 beradik angkat. Kedua nya terer masak tatapi ada rahasia terselit di celah-celah ketereran memasak mereka.

Apakah rahasia itu?

Si Abang sungguh jeles dengan si adik sebab bapak lebih sayangkan adik walaupun adik itu cuma anak angkat saja. Tak patot, tak patot.

"Bukan ku pinta lahir ke donia, bukan ku pinta di-angkatkan begini" bisik hati sedey si adek

Saksikan lah drama ini jika anda mahukan kelainan dalam drama Korea sebab bertumpu pada masak-memasak
Adegan menyiasat gudang garam

Ok seterusnya di dalam drama ini ada memaparkan adegan masak nasik yang di bubuh arang. First taim tengok nih.
Tujuan nya adalah untuk menyedapkan lagi bau nasik itu

"Why are you adding charcoal?" tanya awek chef itu

"The charcoal emits infrared rays into the grains of rice, natural minerals. Natural minerals will be released into the rice and the rice would become more fragrant" terang chef itu dengan lemah dan lembut sekali

Ok tambahan kisah arang di masak bersama nasik. Selain orang Korea, orang Jepun juga masak nasik bubuh arang. Tujuan orang Jepun ialah untuk me-nyahkan bau nasik. Orang Jepun ni pelik sikit sebab mereka suka makan nasik tetapi tak suka bau nasik. Ada jugak manusia macam ni yek. Cian nasik tu mesti dia sedey kalau dapat tahu kisah sebenar kan.

Info ini saya dapat melalui sorang pokcik sedara yang penah kerja dekat FRIM. Sebab masa pergi umah dia saya nampak ada door gift arang yang beliau dapat dari kementerian. Maka beliau pon bukak la citer kisah selera orang Jepun yang pelik itu. Tapi arang bukan sebarang arang yek. Arang spesel namanya dan rege dia sangat mahal u ols.

Dan tahukah anda Malaysia merupakan peng-ekspot arang spesel itu ke Jepun? Tak de jual kat sini. Untuk eksport saja. Jangan korang try masak guna arang yang bako sate tu yek. Kalau koma nanti ambe tak tanggungjawab. Arasoo...hehe

Antara pelakon yang menjayakan drama ini ialah :


Kim Rae Won as Lee Sung Chan 
Tak lain dan tak bukan abang kita ni (yang sekarang sedang berkhidmat utk negara). Di pilih melakonkan watak ini sebab beliau memang terer masak di luar set


Nam Sang Mi as Kim Jin Soo

Sebagai wartawan untuk kolum masakan


Kwon Oh Joong as Oh Bong Joo 
Sebagai abang kepada Sung Chan. Seorang yang takde basic masak langsung tapi sungguh terer masak dalam drama ni...hehehe


Kim So Yun as Yoon Joo Hee 
Sebagai pengurus di Un AHm Jung. Syok kat adik tapi abang plak syok kat dia. 


Won Ki Joon as Min Woo

Sebagai pesaing Chef Sung Chan yang jahat dan pembelot semasa Un Ahm Jung mengalami masalah. Dia ingat dia boleh naik pangkat bila dia belot. Skali bos baru dia cakap, "aku tanak ambek ko keje sebab ko tak loyal"

Kahkah padan muka. Moral of the stori, setia la pada majikan anda yang baik waktu senang mahu pun susah. Sekali kita belot, orang dah tak percaya kat kita lagi.

OST

Tuesday, February 27, 2007

Filem : Sunflower (2006)



Synopsis

 
Tae-sik, who cleansed up the neighborhood back alley with his bare knuckle after dropping out of high school, is released on parole. The once sacrificial sheep of Tae-sik’s frank Min-seok has become a detective and Tae-sik’s henchmen friends have turned on each other’s back. As if have forgotten the old days he shared with them, Tae-sik only does what he wishes to do, which was written down on his crumpling small scrapbook. Tae-sik finds a warm shelter in the small neighborhood food joint 'Sunflower', where Tae-sik handed his scrapbook to its owner before. Tae-sik tries to live a quiet new life with the lady who runs the restaurant and her daughter, Hee-ju. However, nobody believes him but the owner and her daughter of the 'Sunflower'.


Cast : Kim Rae Won ,
Heo Yi Jae , Kim Hae Sook

Credit : Hancinema

wajah samseng yg telah insaf

Movie Korea yang dinantikan.

Ini hero kalu dtg kl mau mek gelabah 3 kali ganda dari Rain aritu hahahaha

Citer dia ok-ok je la. Tak lah best sangat. Ala citer orang jahat nak rampas harta orang baik. Common sangat sabjek ni dalam citer gengstar Korea. Dan tajuk nya mengingatkan kita pada sapa...yaaa Jakpa Onn hahaha

Mengisahkan hero seorang samseng no.1 di kalangan samseng-samseng yang ada di Korea. Kira kalau ada award kategori samseng paling popular, dia akan menang. Sebut je nama dia seme orang akan kecut dan akan hormat sama dia.

Kemdian satu hari dia terbunuh sorang geng samseng dan di masukkan penjara selama 10 tahun. Selama dalam penjara dia telah insof dan ingin kembali ke pangkal jalan dan berjanji tammo jadi samseng lagi dan menjalani kehidupan seperti orang baik yang lain.



mau buang tatu satu badan sebab suda insaf...brapa lama gak nya depa amek masa bikin tatu ni...satu badan tatu sampai kaki...gamba naga ada...gamba buluh ada...gamba api ada...mcm² gambar adaa



 

3 azam dia lepas keluar dari penjara ialah :

'I don’t want to fight' (aja aja fighting dikecuali kan haha)

 
'I don’t want to drink' ( itu minum arak laa sebab kalu dia mabuk dia leh jadi mambang mabuk menom brandi yg akan ada kuasa luar biasa di mana dia boleh membelasah 50 orang sekali gus sampai koma dalam satu masa...ala pilem industan jugak la ni hehe)

 
'I don’t want to cry' ( sebab dia ni kalau nangis muka buruk benor hehe)

 
Lepas keluar penjara dia menetap bersama mak dan adek pompuan dia. Mak dia ada membuka sebuah restoren bernama Restoren Sunflower. Tapi tak de joint venture ngn Jakpa Onn yach hahaha Restoren ini la yang menjadi idaman samseng-samseng kampong dusun sebab ketua samseng mau bikin shopping komplek kat tanah berdekatan restoren bunga matahari itu.

Macam biasa emak itu tammo lepaskan restoren tersebut sebab ada sentimental value pada nya.
juga merupakan heroin goong s aka prince hours

Dan cam biasa jugak samseng-samseng tersebut akan cuba buat kacau dengan melingkupkan barang-barang dalam restoren dan juga bagi hero naik hangin supaya mak dia bersetuju jual restoren tersebut.

Karena terpaksa hero mengingkari 3 azam nya itu sebab mak dia dibunuh oleh ketua samseng itu.

So kalu anda minat sama ini hero boleh la menonton citer ni. Rasanya ini pilem terakhir nya sebelum di kuarantinkan di kem askar dalam tahun ni.

Monday, August 14, 2006

KDrama : Which Star Are You From (2006)



Synopsis

Sueng Hui (Kim Rae Won) is a director who was deeply in love with Hae Soo (Jung Ryu Won). Even though her family was opposed to Sueng Hui, Hae Soo still wanted to marry Sueng Hui. As he is proposing marriage to her in the car, they end up getting into a car accident resulting in Hae Soo's death.

The drama takes place 3 years after Hae Soo has passed away. Even after three years, Seung Hui's cannot seem to forget Hae Soo nor put his life back into order. Determined to forget Hae Soo, Sueng Hui takes a trip into the the rural areas of Korea. There, after declaring that he is going to move on with his life and forget about his girlfriend, he goes into town where he sees a girl (Bok Shil) that looks just like his past girlfriend. The resemblence is so startling that he can't help but stare at her and ends up following her. They eventually end up spending a few days together but after parting, end up meeting again when Bok Shil comes to Seoul and ends up working with Sueng Hui.It is later revealed that Bok Shil is actually Hae Rim, Hae Soo's youger sister that was lost in a fire.

Starring : Jung Ryu Won, Kim Rae Won

Total episode : 16

Credit : MBC, DramaWiki



Citer ni romance komedi mencuit ati ala² Sweet 18, Full House, My Lovely Samsoon, My Girl

Selagi tak abis tengok citer ni tak bole buat keje lain kan. Tak tenteram idop dibuatnya hahaha. Nasihat saya kalau nak fanatik drama, fanatik lah drama dari satu negara saja selain drama negara sendiri. Kalu tak idop anda tak tenang, huru hara keje tak siap sebab jenuh nak tengok cd drama seme negara hahaha Lagi satu koleksi aktor / aktress peberet jgn banyak. Cukup sekadar 2-3. Sebab bila tengok drama peberet aktor anda blakon, seboleh² anda akan habiskan tengok sekali jalan. Kalu ada 20 cd = 20 jam, merasalah berjaga 20 jam tak tido terus pi opis huhuhu

Ok dah abis tengok citer ni. Ini pertama kali saya menonton citer yang didonlod terus dari internet. Kat mana tah member saya donlod tak ingat. Tanya dia ada tak citer ni. Dia kata dah donlod. Yiehaaaa arebaaaa arebaaaa. Sebab member saya tu Ratu donlod citer Korea. Tapi kena menonton melalui KM Player. Korea Media Player rasanya. Try pasang kat tv tak bole.





Memang ditunggu-tunggu citer terbaru ini hero pojaan ati Kim Rae Won huhuhu. Taun 2005 tak de drama lakonan beliau. Last drama tengok 'Love Story in Harvard'. Pending tengok citer lakonan dia 'Say U Love Me' sebab baru episod pertama tengok dah bole feel macam cipan jalan citer dia ngn gandingan heroin² hahaha Nanti la sambung tengok.

Kalau anda suka hero ni dalam citer Attic Cat dan My Little Bride anda pasti suka ini drama sebab genre dia sama dan saya rasa dia sangat la seswai nye bawak seperti ini. Di kaca mata saya drama ini sangat la besttttttttttttttttnyeee huhuhu. Rasa cam cepat plak abis 16 episod. Kalu buat 100 episod pon tak pe muahahaha. Citer ni sangat direkemen menonton dan bole beli vcd/dvd original tok dibuat koleksi. Aaa kau bold lagik tu huhuhu Yang paling buat drama ni best, malatop, outstanding, standing ovation, standing in the eyes of the werll ialah heroin dia. Superb dia membawak watak ni. Plus gandingan berkimia biologi fizik matematik tambahan sama hero dia huhuhu *tu yang pakincik sukaaa tu* hehe

Heroin dia seken heroin citer My Lovely Samsoon. Dalam citer Sam Soon lakonan dia tak brape nak menonjol sangat. Dalam citer ni sangat menguji lakonan dia yang sebenar-benarnyeeee cewahhh hehe Lam citer ni dia pegang 2 watak. Pertama anak orang kaya kemdian mati. Kedua jadik pompuan yang asal dari kampung pendalaman di kaki gunung yang bekeje cocok tanam kemdian jual sayor kat pasar, bela kambing dan bercakap dengan kambing. Kalu takat terserempak ngn 2-3 ekor babi utan kat dalam utan dia no hal nye. Bas yang lalu nak pi umah dia hanya lalu sekali dalam sehari. Bayangkan betapa ulu yam nya umah dia.


Kemdian watak hero nye plak ehem ehem...seorang direktor pilem terkenal. Pilem dia penah menang best pilem kat pesta antarabangsa. Seorang direktor pilem yang berkaliber, suka membaca dan bersungguh dalam prefessionnya. Nak kata ensem tak bape ensem sangat tapi saya suka tengok dia ahakss. Dalam citer ni dia tangkap cintan sama heroin anak orang kaya. Bercinta tanpa restu mak heroin. Kemdian heroin maut dalam kemalangan di Australia bersama hero. Sejak dari itu hero trauma nak bawak keta, kuciwa bangat kerna chentar agung putus di tongah jalan raya dan tambah rasa bersalah sebab famili heroin menyalahkan nya atas kematian heroin.

3 tahun berlalu. Satu hari yang sepoi² bahse hero berjalan² membawa hati yang sedih ke luar bandar Seoul untuk mencari lokasi penggambaran baru. Kat situ dia menemui heroin yang iras muka mak we yang mati iteww. Lantas diekori nya heroin tersebut sampai la ke rumah heroin.

Dipendekkan citer mereka berkawan dan menjalin hubungan erat lagi mesra. 'Berendut' la kata org johor hehe. Dalam masa yang sama banyak halangan berpagar

Dipendekkan citer lagi heroin yang asal dari kampung tu adalah adik heroin yang mati iteww. Ooo patut la muka sama.

Antara kemuncak citer
*bek ground muzik saspen* :P
Bagaimanakah reaksi hero bila mendapat tahu heroin adalah adik makwe nye yang telah mati? Bermakna dia akan bersemuka famili yang sama skali lagi. Tak kosser dek non.

Adakah famili heroin boleh menerima hero setelah hero yang mengakibatkan kematian kakak heroin yang mana hampir membuat mak heroin masuk tanjung rambutan?

Bagaimanakah cara hero menyelesaikan masalah dan halangan cintanya tak direstui buat kali kedua?

Adakah depa kawin lari ke Siam atau makan racon tikos bunuh diri berjemaah? Ye la kan drpd tak dapat bersama bek mati je kan hehe

Kwang kwang kwang



Ok saya bagi spoil sket. Mereka mengambil keputusan menamatkan hubungan mereka di situ saja demi menjaga hati keluarga yang tak merestui hubungan mereka. Tengok gi mana ekpressi wajah heroin dalam pelbagai mood dan emosi. Excellent !!! Bila dia rasa sedih dan sebak kita pon rasa nak nangis sama hehe. Tang hero simply the best through out the drama huhuhu (matilaa menngoverrated hero katanya kang hiks)
Selanjutnya saksikan la sendiri yach hehe. Lagu² citer ni pon sedap. Sekali imbas dengar cam lagu tema Full House pon ada

Lepas habis menonton citer ni anda akan jelas akan tajuk drama ni 'Which star are u from?' Ala² nak sama ngn komen ni 'Aku tak boleh tak suka kau. Aku pun tatau dari planet mana ko datang' huhuhu. Yang pasti sambil tengok citer ni anda akan tersengih² syok sendiri cam kerang busuk melihat gelagat hero dan heroin nya muahahaha

Sekian

Sunday, January 29, 2006

Filem : Mr. Socrates (2005)




Synopsis

Asking his father who is imprisoned in jail for money, threatening a friend who became a murderer by mistake, stealing money from his friends...KU Dong-hyuk (KIM Rae-won) is the worst scumbag you can ever imagine. Living a low-life existence like a street dog, one day, Dong-hyuk gets kidnapped by a mysterious gang. Held captive for no reason, Dong-huk is repeatedly trained by the gang in a secret and inhumane way. Dong-hyuk tries to escape but fails, which makes the training more harsh and cruel than before. After finishing all the training, the gang orders Dong-hyuk to become a police detective as their secret connection

Starring : Kim Rae Won (yang lain pelakon tambahan saje)




Filem yang tiada heroin dan kisah cintan centon. Pertama kali melihat lakonan pojaan hatiku menjadik gengster samseng kampung dusun. Veriii der brutal dan ganas. Samting different la. Kalu tak asek jadik hero baik kontrol macho aje hehe

Citer mengisahkan hero seorg yang tak guna sampah masyarakat, hidop umpama anjing jalanan merangkap kaki pukul yg akhirnya menjadi polis. Paling tak guna dia ada ati mintak duit kat bapak dia yang ada kat penjara. Rupanya bapak dia ni pun pencuri dan famili dia ada masalah sebab tu dia menjadi cam tu.

Ada satu sindikit 'jahat' yang diketuai oleh peguam hebat mencari seorang yang gagah tahan lasak tak takot mati untuk dijadikan polis suruhan selepas polis suruhan mereka mati. Beberapa calon gengster yang berbakat telah diculik dan menjalani proses ujibakat. Hero berjaya mencuri perhatian dan lulus ujibakat. Dia harus menjalani proses pembelajaran yang membolehkan dia menyertai pasukan polis. Dia berjaya menjadi polis yang disegani sebab kepakaran dia mencari orang jahat. Mau tak tera kesan org jahat sebab dia dulu pun jahat jadik dia tau mana port ada org jahat.

Sapa suka filem aksi gedebak gedebuk dusyum peng peng boleh la tengok citer ni yach :)

Credit : DramaWiki

Thursday, May 26, 2005

KDrama : Attic Cat (2003)



Image hosted by Photobucket.com

Synopsis :


Kim Rae Won is a lazy but smart law student who seems to have no other goal in life but to start a relationship with Choi Yoon Jin, a snobby law student who has a striking resemblence to his dead mother. Jung Da Bin is a high school graduate, who tries so hard to find a job and support herself. She is materialistically poor, but carries a strong spirit and an optimistic view on life. When Kim finds out that Jung is Choi's friend, Kim tries so hard to be good friends with Jung. When Jung decides to move out of her house, Kim helps out with the money. When Kim starts being chased by kkang paes (thugs) because he has a gambling debt, he starts living with Jung at the house he rented for her. Although they pretend they don't have feelings for eachother, they care for eachother and help eachother out. Lee Hyun Woo is Jung's new employer, who falls in love with Jung's simplicity and personality. Choi also starts showing an interest towards Kim when she finds out that he is the grandson of a rich man. In this confusing love triangle, Kim and Jung have the funniest moments together while living with each other, but will their love ever overcome the love they have for other people, and the love that people have for them?

DramaWiKi

Annyong haseyo (kabare) !!!

Image hosted by Photobucket.com

Baru abis tgk citer ni. Citer ni sekarang tengah tayang kat 8tv Isnin-Kamis 3 petang. Dah dekat episod 12 kot. Citer diadaptasi dari komik.

Mengisahkan sorang laki ngn pompuan tinggal sebumbung di sebuah rumah kecit terletak di atas bangunan. Ada sebab mereka tinggal bersama. Dan sebab ni yang jadik jalan citer dia. Kat Korea kalu laki pompuan dok sekali tak kisah sangat kot.

However ada bosan sket citer ni. Banyak pengulangan adegan dan banyak adegan makan. Sikit² makan. Sikit² makan. Berdeting of course la pi makan. Kalau ada 100 kali deting, 100x gak la adegan makan. Tu lom campur adegan makan kat umah laie. Sampaikan aku teruja nak pi makan kat restoren Korea haha. Nak ajak Ijip la.

Disebalik kebosanan adegan makan², citer ni dimantapkan dengan lakonan sangat hebat para pelakon. Aku terpikir cemana la derang ni depan kemra leh bakon dengan sangat real nye. Macam bukan berlakon. Kalu ga-bra nampak sangat ga-bra. (bukan nampak bra yee huhu) Kalau geram memang geram betol la. Keseluruhan citer ni kelakar dan menghiburkan. Tapi kena tengok versi bahse Korea. Kalu tengok yang alih bahse mandarin nye kurang feel yeww. Nak wat petition gak la bantahan drama Korea di alih bahse.
Nanti korang tulun sign ek muahahahaha

Wednesday, May 04, 2005

Filem : ...ing (2003)



Image hosted by Photobucket.com

Citer ni tewas ngn Sepet di
International Women’s Film Festival di Creteil France bulan Mac lalu. Tahniah lagi skali wat Sepet. Bercakap pasal Sepet ada sorang kawan saya itewww telah dapat carik lelagu cina yang terdapat dalam citer Sepet. Dia dapat dari tokeh cina kedai gambo kat Low Yat. Cayalah sama iteww kawan. Memang tajam sungguh tinger dia…leh bikin pisau potong daging daaa :P * kenyit² kat Kak Aidid * Lagu² dari penyanyi Hongkong Sam Hui. Klik sini utk nengok muka Sam Hui. Sam Hui ni penah datang wat konsert kat Genting pada tahun ni kalo tak silap. 


Image hosted by Photobucket.com

'...ing' tiada maksud dalam bahse Korea, menurut sorang warga Korea. Masa belajo dolu English 'ing' merujuk kpd perbuatan yang belom berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Marey belajo
English semula hehehe. (Tima kasey Kak Leen di atas laman web tersebut) *gelak getik* Mungkin ini yang cuba disampaikan oleh pengarah dengan meletakkan judul '...ing'. Refer pada tagline filem ni 'the most beautiful day in my life'.

Mempunyai tema citer yang serupa ngn Sepet iaitu chentar yang tak kesampaian. Tapi aku rasa Sepet best lagik. Kisah mengenai sorang pelajar sekolah perempuan bernama Min-na yang sering kesepian kerana berpenyakit. *minna minna minnaaa (lagu doremon)*:P Dia lebih suka bersendiri dari bergaul dengan rakan² lain. Mungkin kerana penyakit dia iteww maka dia merasa rendah diri. Bila boring memalam dia akan merokok sambil dengar lagu di tepi jendela. Selalu keluar masuk hospital sampai misi kat spital dah jadi kawan dia. Tangan sebelah kiri dia cacat yang boleh membawa maut. Dalam kelas pun dia banyak berdiam. Aku tau perasaan ni mcm mana sebab aku pernah mengalami nya sewaktu di sekolah dedulu. Bila kita sedar akan kekurangan diri, self esteem akan turut berkurang ...*uhuk*

Image hosted by Photobucket.com
mak Min-na yang mcm kawan

Min-na tinggal bersama omuni (mak) dia. Aboji (bapak) dia sudah meninggal. Mak dia sentiasa beri semangat kat Min-na supaya enjoy life, having fun, carik boipren dan jangan fikir yang bebukan. Walhal dalam ati mak dia kesedihan yg terlampau sebab dia tahu dia bakal kehilangan anak tersayang. Anak dah le sorg tu aja. Kemudian satu hari sorg lelaki bujang yang ensem, sorg fotograper pindah kat apartmen Min-na, dok level bawah umah Min-na. Lalu mereka berkawan baik. Dah lama sket kawan Min-na pon ada rasa kuch kuch hota hai sama iteww lelaki. Baru dia nak berchentar, mengenali erti bahagia, Min-na terpaksa pergi tak kembali (cam lagu Rabbani) *srotttt lap ingus kat tisu premier*

Image hosted by Photobucket.com

Lakonan hero wajah kesayangan hamba Kim Rae Won bersama pelakon citer A Tale of Two Sisters iaitu Lim Su Jeong. Dalam citer Two Sisters dia ni jadik kakak yg tua atau singkatannya kakak tua hehehe. (Tak tgk laie citer Two Sisters ni…almaklum citer antu :P ) Jalan citer yang simple tapi diolah dengan baik beserta idea yang lucu serta touching.

Friday, April 15, 2005

KDrama : My Love Patzzi (2002) featuring Explorace Korea



Image hosted by Photobucket.com

*iklan kopipes* :P kebetolan tuan guru kebetolan…sekarang saya adiahkan kedai ini utk dijadikan umah sekolah anak² yatim* :D


Kebetolan dek non...pas je aku abis tengok citer ni, Explorace Episode 13 plak berlokasi di Korea Selatan, jadik aku tau la nama tempat shooting drama ni iaitu di Taman Tema Everland ;)

Makin teruja mao menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Tengok Explorace Kamis lepas, aiyo ma nak termuntah pun ada tengok derang makan sutun kurita idop² yang dipotong patblas cicah ngan cili sos. *nyam nyam * (Maksud tersurat aku tak layak masuk Explorace ni hehe) Bukan sutun yang kecik iteww u ols yach. Sutun seperti dibawah.


Image hosted by Photobucket.com

Dialog Dani pas sutun² iteww dipotong "eee idop lagik siot". Amir dah muntah dah. Apa raaa org pompuan stedi jek makan hehehe (dalam ati tuhan aja la yang tau ek). Tapi aku tak puas ati beza wang tunai tempat pertama dan kedua. Macam tak ikhlas jek bg adiah. Penat lebih kurang sama, dah lah tasks dia mcm nak 'bunuh' orang, jarak masa pon tak jauh. Yang menang tu nasib dia kira baik la menang…hmmm (hanya pendapatan saja)

Tahniah pada yang pemenang!

Image hosted by Photobucket.com

Mungkin ada yang dah tengok lama citer ni sebab dah penah tayang kat TV3 sikit masa dulu. Aku tak tengok laie. Citer dia cam Cinderella ala² versi Korea la. Seorang anak majikan kaya, bergaya, ensem, berkaca mata dan suka pakai baju kot. Bapak dia la empunya Everland tu. Suka akan seorg pompuan, Gadis A yang selalu bernasib malang dan serabai. Yang buat dia suka Gadis A ni sebab dia baik hati dan telah menyelamatkan dia sesama keretapi berhias terbakar. Gadis A ni ada sorang kawan baik iaitu Gadis B bersama² satu sekolah, tinggal bersama dalam satu bilik tetapi menjadi musuh dalam selimut. Gadis B ni pulak sorang yang cantek, lemah lembut, ada keja bagus tapi iri hati dengan Gadis A. 

Terbalik kot la plak. Patutnya Gadis A yang iri hati dengan Gadis B. Busuk ati punya olang. Memacam komplot si Gadis B ni buat untuk bagi semua di Taman Tema tu tak suka kat Gadis A. Satu je dia tak buat antor emel layang fitnah Gadis A. :P. Memang mencik tol nengok Gadis B ni walaupun dia ahh cunnyaaaaaaa. Mereka ni semua bekerja di Taman Tema Everland.

Pelakon :

Image hosted by Photobucket.com
Jang Nara sebagai Gadis A(Successful story of Bright Girl)

Image hosted by Photobucket.com
Kim Jae Won (lain drama Romance, 100 days with Mr. Arrogant) esmemnye dia pake spek ngn kot..mcm familiar ini ayat..dengar di mana yaa? huhuhu

Image hosted by Photobucket.com
Kim Rae Won (lain drama Attic Cat, Love Story in Harvad, pilem '...ing', My Little Bride) Ekceli mau nengok seme citer² lakonan dia nih.

Monday, April 04, 2005

KDrama : Love Story in Havard (2004)

Image hosted by Photobucket.com

Tengok citer ni tingat masa zaman dedolu betapa 'azabnya' kena apal kes² yg tah pape masa blaja sabjek law. Dapat D+ dah boleh buat kenduri kesyukuran. Janji tak repeat paper...hehehe

Drama ni mengisahkan 3 orang pelajar Korea menuntut di University Havard. Dedua hero ambik jurusan undang² manakala heroin ambik jurusan perubatan. Macam kebiasaan citer chentar depa berdua ni tangkap cintan sama heroin dan berlumba menunjuk kepandaian memasing. Perbagai insiden berlaku di U yang mana heroin hampir dibuang U lantas diselamatkan oleh hero, bakal peguam merangkap buah hatinya bekerja keras membela dan membantu heroin dengan mengemukakan hujah² serta kes² yang berkaitan bagi menyelamatkan heroin. (Hero citer ni aku rasa bekerja keras untuk mengapal dialog dalam bahse inggeris...mau ada terkehel lidah dia cakap omputeh. Tak pe pas ni bole blaja dialog kat bawah pokok ngn cik salmah laks :P)

Image hosted by Photobucket.com

Dedekat nak grad heroin berhijrah ke negara lain buat praktikal lalu meninggalkan hero keseorangan. Mereka berpisah selama 3 tahun. Lepas grad memasing balik Korea untuk bekerja. Mereka berjumpa semula di sepital tempat heroin bekerja. Kebetolan hero kena siasat satu kes konspirasi di sepital tempat heroin berkerja. Mereka 'Kembali Bersama' (bak lagu Kaer) menyambung kaseh yang terputus di tengah jalan sewaktu di Havard. Gadoh gadoh berpisah baik semula (agaknya sbb nak cukupkan 16 cd kot). Akhirnya berjaya gak kawen.

Nak masuk penghujung citer seswatuh terjadi pada heroin. Ceh buhsan tol. Jalan citer stereotype mcm citer Autumn in My Heart dan Stairway to Heaven. Balik² heroin sakit. Aper laa ko din. Bikin la jalan citer lain. Nasib baik happy ending. Kalo tak mao aku gigit sampai terbahagi 7 bahagian cd akhir tu. Overall citer ni ok. Jalan citer bertumpu pada kerjaya dan etika seorg loyer dan dokter dan chentar semata².

Image hosted by Photobucket.com

Pelakon :

1st hero, Kim Rae Won sebagai Kim Hyung Woo (Drama lain My Love Patzi, Attic Cat, pilem My Little Bride 16)


Heroin, Kim Tae Hee sebagai Lee Soo In (Drama lain Stairway to Heaven)


2nd hero, Lee Jung Jin sebagai Hong Jung Min (first time tengok dia ni berlakon) 
Total episod : 16

Thursday, March 24, 2005

Filem : My Little Bride (2004)



Synopsis

Boeun (Moon Geunyoung) is an ordinary high school girl who worries about SAT's and has a crush on her school's baseball team ace, named Jungwoo. One day, Boeun's grandfather orders her to marry Sangmin (Kim Raewon). When they were very young, Boeun's and Sangmin's grandfathers had promised that they would become in-laws. Despite their opposition, they are forced to marry because of the strong influence of Boeun's grandfather.

Boeun's undercover married life begins: She pretends that she doesn't have a husband and starts dating Jungwoo. Boeun believes that she can manage both men and live a double life. Everything goes smoothly until Sangmin visits Boeun's school as a student teacher.


Bes citer ni yeww. (Citer Korea best ajerrr hehe) Citer Korea ni banyak romance komedi tapi bukan komedi yang slapstik. Anda pasti suka bila dah tengok sekali. Dari segi lakonan memang first class, dari segi expression muka dan penghayatan watak. Aku sajes tengok citer ni. Kalau baca sini dapat 'A' dari segi plot, originality dan cast.Citer berkenaan seorang pemuda Sangmin, lakonan Kim Rae Won (owhh dia berjaya memasuki carta hero paberet ku) terpaksa berkahwin dengan jiran juga kawan baik dia yg berusia 16 tahun iaitu Boeun, lakonan Moon Geun Young. Kalau anda masey ingat dia ni belakon drama Autumn In My Heart, watak heroin kekecit. Dah besar ropanya budak ni. Atuk Boeun ni la beriya nak depa kawen sebab nak eratkan silaturrahim kunun walaupun cucu dia masih dibangku sekolah. Buat² sakit tenat. Maka terpaksa la cucu dia kawen sama Sangmin. Menurut undang² kawen Korea, perempuan yg sudah capai usia 16 tahun boleh kawen dengan izin mak bapak. Terus ingat kat penyanyi Azreen. Dulu dia kawen pun masa umo 16 kan? Pe citer dia skrg ek?

Alkisah maka kawen la depa ni sebab tak mau kecitkan hati datuk tersayang. Amma sama appa Boeun terpaksa turutkan jugak kehendak datuk Boeun. Tapi di hati kecik amma Boeun dia tak rela. Ye lah budak skola lagi. Amma Boeun kasik warning sama Sangmin jangan dia 'apa² kan' Boeun dulu. Tunggu dia abis belajar. Sangmin pun anggap Boeun mcm adek dia sendiri la. Masa nak pi honey moon Boeun cabut lari.

Kemudian depa pindah rumah sendiri. Tidur balik asing². Buat mcm tak pe pape berlaku as if derang ni tak kawen la. Berlagak cam hubungan adek ngn abang. Boeun pergi skola mcm besa dan perkahwinannya dia rahsiakan kepada pihak skola. Hanya Pengetua dan kawan baik Boeun yang tahu dia dah kawen. Sebab Boeun bercita-cita tinggi nak blaja sampai universiti. Kat skola Boeun ada minat kat pemain baseball skolah dia. Ngedate la dia sama pemain baseball tersebut. Sangmin kemudian tu kena hantar ke skola Boeun untuk wat praktikal dan berlakulah insiden cemburu-buruan sebab ada cikgu pompuan mau tekel sama Sangmin. Besa lah ending nya mereka sedar bahawasanya mereka saling sayang menyayang...cinta di kenal...puncak kasih berpanjangan oooooo

Lakonan yang ngetop oleh hero dan heroin. Heroin dia kiyut nyeee. Saspek sama hero boleh 'bertahan' sebagai somi hahaha. Jalan citer ni versi drama Sweet 18. Pon best gak hehe