Showing posts with label Lee Dong Gun. Show all posts
Showing posts with label Lee Dong Gun. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

KDrama : When It's At Night (2008)







Synopsis

Kim Bum Sang was a university arts instructor who got passed over for promotion due to lack of family connection. He specialized in examining archeological treasures and all he wanted was to make a name for himself and get ahead in this world. Heo Cho Hee worked as a supervisor at the Cultural Heritage Administration in the hope that it would help her find her father who was a treasure hunter-thief and had been missing for 7 years. The story evolves art thefts and how these two clashes in their pursuit.
Total epsiode : 17

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/When_It%27s_At_Night, BON Fansub





Citer ni ala-ala misteri sikit ya. Misteri Hong Gildong. Penuh saspen dan seprais dalam mode komedi. Jika anda peminat Kim Sun Ah dan Lee Dong Gun, jangan ketinggalan menyaksikan drama ini. Gerenti puas hati


Lagi satu suka cite ni sebab banyak sebut Hong Gildong. Tingat ke Hong Gildong sorang lagi kekeke

Kisah jalan citer nya...zasssssssss

Kisah 1

Cite mengenai barang-barang seni negara yang berharga yang dicuri oleh seorang pencuri handalan pada 7 tahun yang lepas. Barang-barang seni yang dicuri itu dipercayai dijual secara haram kepada ahli korporat yang hartawan yang makan di pinggan dan minum di cawan. Hartawan itu sangat minat kepada benda-benda seni berharga ini. Maka dia pon simpan barang-barang seni itu secara senyap-senyap. Pihak polis nak tangkap tapi tiada bukti kukuh.


Kisah 2
Kemudian barang-barang seni yang dicuri itu kemudian nya dipulangkan kembali ke muzium negara satu per satu oleh seseorang yang beridentiti rahsia lagi misteri. Pencuri misteri atau identiti rahsia itu diberi gelaran Hong Gildong. Pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan untuk mencari siapakah Hong Gildong itu. Dalam masa yang sama pihak berkuasa berterima kasih pada Hong Gildong kerana telah memulangkan balik barang-barang seni berharga negara itu. Dan dalam masa yang sama nak tangkap jugak Hong Gildong sebab telah mencuri khazanah negara yang dicuri. Kenapa dia memulangkan kembali harta-harta antik negara itu? Kenapa dia tidak menjualkan saja barang-barang seni itu dengan harga yang tinggi di pasaran gelap dan simpan wang itu seorang diri? Mungkin boleh joli wang itu sorang diri. Wae? Wae? Ye, "wae" lah persoalan nya.

Namun, Hong Gildong sangat licik dan sukar dikesan. Dalam pada licik itu, Hong Gildong ini lupa dengan satu pepatah Melayu iaitu
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".
Ye lah kalau tak jatuh ke tanah ju amaka tak habis la citer ni sampai bila-bila, ye tak? Lagi pun mana lah Hong Gildong tahu akan pepatah itu sebab dia bukan Melayu. Kekeke

Lagi kisah
Hong Gildong



siapa iteww?


Kisah 3

Heroin iaitu Heo Cho Hee mempunyai sorang ayah yang telah menghilangkan diri 7 tahun. Ayah dia ni seorang pencuri tegar. Kalau dia tak mencuri dalam 1 hari, akan menggigil la seluruh badan dia. Tapi ayahnya ada hasrat untuk insaf tapi tatau bila. Asek mintak tangguh je nak insaf dari mencuri sampaikan anak-anaknya fedap. Satu hari ayah itu menghilangkan diri meninggalkan heroin dan adik lelaki nya. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, ayah nya lah yang mencuri 7 harta negara itu. Heroin bagaimana pon masih mengharap kepulangan ayahanda beliau di hari raya dengan selamat walaupun dalam hati marah, geram dan hampa dengan sikap bapa nya. Beliau bekerja di Cultural Heritage Administration untuk mencari dan menangkap ayahnya.

Adakah ayahnya masih hidup?

Siapakah Hong Gildong yang sebenarnya?

Saksikan la sendirik

Para pelakon terdiri daripada :


Kim Sun Ah as Heo Cho Hee

Lakonan dia seperti biasa la gedebas. Tapi tak selawak Samsoon. Lawak dia terkawal. Mungkin sebab watak dalam citer ni sebagai pegawai tinggi di Cultural Heritage Administration. Beliau juga mempunyai seorang adik lelaki. Jadi dia kena tunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda seperti adik nya


Lee Dong Gun as Kim Bum Sang

Dalam citer ni dia sebagai pakar dalam melihat barang antik asli atau palsu. Jadi jangan nak propa sama dia. Dia boleh detact dengan kemahiran yang dianugerahkan kepada beliau.

Sebenarnya nak tengok dia ni jugak. Watak ni dia dapat semasa beliau masih dalam mode berkabung lagi kerna adik dia mati kena bunuh di Ostolia. Ingatkan akan bercuti dari berlakon bagi menenangkan hati dan perasaan tetapi tidak. Kerja tetap kerja. Walaupun tidak nampak kesedihan itu tetapi rahsia di hati tak siapa tahu. Umpama penyu menangis tak siapa tahu. Budak-budak jaman sekarang ni, gado sket bunuh, gado sket tikam. Aigoo 


Kim Jung Hwa as Wang Joo Hyun

Lama tak nampak dia ni. Dia ni pon best di sini.


Lee Joo Hyun as Kang Shi Wan

Oh dia ni. Ternanti-nanti drama baru beliau. Dah aim dah dia ni dalam
Sepai Manis. Ternyata puas hati. Malah lebih dari itu. Hehe


Park Ki Woong as Heo Gyoon (Cho Hee's little brother)

Sebagai adik Heo Cho Hee. Seorang yang diam-diam ubi berisi. Dia adalah kejutan dalam drama ni. Hehehe. Sepraissss



 

Dalam drama ni dia panggil Kim Bum Sang "brother in law" Kakak dia marah sebab belom konpem jadi abang ipar. Lantas dia memahami perasaan merana Hong Gildong yang tak boleh panggil "ayah" pada ayahnya sendiri. Hehehe


Part samseng White Hair ni pon klako gak hahaha


OST


Yang meletop 4 lagu ni :

03. sarang tam hum - Buga Kingz (Sedap gak suara dia ni. Group ni yang nyanyi lagu Siren)
04. nae ggoom ee yuh - M To M
05. Happy Rain – Oliver
06. woo seub ji - SG Wanna Be

Thursday, June 21, 2007

KDrama : If In Love...Like Them (2007)




Synopsis

Lee Na (
Lee Hyo Ri) is a rising singer who was about to debut but tradegy struck her when she found out she had leukemia. Another girl took her place and sang her debut song at her concert. Now everybody thinks that the other girl is her. Jung Tae (Lee Dong Gun) survived a department store collapse only to find out that he has cancer. Lee Na and Jung Tae meet and fall in love.
Cast : Lee Hyo Ri , Lee Dong Gun , Jung Joon Ho

Total episode : 4

Credit : DramaWiki , SBS, TV Mnet

kalau anda stress atau bosan tatau nak buat apa...boleh la lepak-lepak tepi rel ketapi dan melakukan aktiviti seperti ini...heheh


Judul lain citer ni 'Perhaps Love' / A Special Promise'

Fakta-fakta menarik mengenai drama ni :

1. Harga kos produksi 5 billion won
(lebih kurang RM15 juta gitu tapi tak nampak pun apa yang mahal nya)
2. Jangka masa penggambaran 24 jam

3. Di-banned tayangan di Korea kerana banyak promosi menyelit dalam drama ni seperti iklan atau promosi produk-produk tertentu sebab telah melanggar akta pengiklanan yang sepatutnya. Kabarnya lah. Kita kat sini iklan lebih tak pe citer 2-3 min je kan

4. Mini drama ni mungkin hanya sebagai promosi heroin yang akan mengeluarkan album nya. Bukan album gambar yach tapi album lagu sebab heroin merupakan penyanyi terkenal lagi seksi di Korea hehe

jika kawan atau sedara anda liat nak bayar utang anda bole kidnep dia dan dera dia seperti gamba di atas sampai dia bayar balik utang anda...lokasi menarik di tepi laut


Jalan citer boleh tahan poyo. Dua insan yang berpenyakit bertemu di hospital kemdian berkenalan lantas menjalin hubungan cinta dan akhirnya mati.

Kalau anda minat dengan actor atau actress nya bole la menonton citer ini.

Para pelakon terdiri :

Lee Dong Gun as Jung Tae. Suka noo pesen rambut tak siap merimaskan bijik mata orang tengok haha


Lee Hyo Ri as Lee Na. Bercita-cita menjadi seorang penyanyi terkenal.


Jung Joon Ho as Yeong Noh. Sebagai pengurus artis.


Watak-watak tambahan ala Panca Sitara

Akhir kata, cegah lah barah sebelum parah.

Thursday, March 08, 2007

KDrama : Smile Again (2006)




Synopsis

Ban Ha Jin (Lee Dong Gun), an orphan and high school drop out. He is calculating and ambitious. Even though he dropped out of high school and lives with Choi Yoo Kang (Yoon Se Ah) due to extenuating circumstances, he used to be the high school president and hoped to go to college. Through coincidence, he meets Yoon Jae Myung (Lee Jin Wook), the popular former baseball player from high school, at a bar in Switzerland. Ha Jin manipulates a series of events to become Jae Myung's best friend. Also coincidentally, he meets Oh Dan Hui (Kim Hee Sun), the girl he loved and hurt in high school.

Oh Dan Hui used to play baseball on the boy's team but now plays softball in college. Her baseball hero is Yoon Jae Myung. All three meet again in Switzerland and again back in Korea. Ha Jin starts working in Jae Myung's father's company and does everything to make the rich chairman like him. Jae Myung starts working as the softball coach of his father's company's team but then gets transferred. He falls in love with Dan Hui who's headstrong and optimistic personality attracts him. He asks Ha Jin for advice, but Ha Jin cannot bear to watch Jae Myung take his true love.
Starring : Lee Dong Gun
, Kim Hee Sun , Lee Jin Wook , Yoon Se Ah
Total episode : 16
Credit : DramaWiki

Citer ni pasal apa ek? Kejap ingat balik. Dah lama tengok ingat-ingat lupa

Citer mengenai hero yang pandai belajar masa kat skolah. Masa nak melanjutkan pelajaran ke IPT dia tak cukup duit. Mintak tolong bapak kawan dia seorang yang kaya tapi hampa sebab itu bapak tammo tolong dia. Kemdian kawan nya itu bernama Sarip Dol (nama samaran) offer nak bagi wang yang lumayan dengan syarat hero kena tolong dia pedajal kan sorang studen pompuan. Sarip Dol salu kalah dengan student pompuan tu. Banyak kali dia cuba kenakan student pompuan tu tapi tak berjaya sebab karakter student pompuan tu ala-ala tomboy sket. Setakat lawan lumba lari 10 pusingan kat padang sekolah dia no problem punya. Sebab kan ego yang tinggi maka Sarip Dol nak nak jugak tewaskan student pompuan tu sekali seumur hidup dia pon jadik la.

Lantas hero pon menggunakan la taktik romeo dia untuk bagi student pompuan tu kuch kuch hota hey sama dia. Bila dah masuk ke bab kuch kuch hota hey, student pompuan itu menerima kejutan letrik yang teramat di mana dia telah di malukan di hadapan semua pelajar sekolah mereka. Apakah kejutan nya? Kena la tengok citer ni

Sejak dari itu, studen pompuan tersebut pindah ke kawasan lain. Hero kemdian telah membawa diri ke Switzerland bersama teman wanita nya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perfume. Di Switzerland, hero dan heroin terserempak semula dan kenangan silam mengusik jiwa menerjah pi kotak fikiran masing-masing. Dan adegan tekel menekel kembali bersambung semula di Korea.

Ending pon tah pape. So kalu anda ingin menyaksikan ending yang tahpape ni boleh la menonton citer ni.

Sekarang mari liat siapa kah para pelakon nya :


Lee Dong Gun as Ban Ha Jin

Watak dia veri de hampeh kali ni. Saya quote satu komen yang saya jumpa dalam blog mengenai watak hero ni "Ban Ha Jin is the most deceitful bastard in all the korean dramas I've ever seen"
Amek ko bastard kekdahnya hehe. Kalu anda minat hero ni boleh tengok citer ni sebab watak dia lain dari sebelum nya. Dalam citer ni urat senyum dia banyak tak berfungsi heheh

Citer terbaru dia bersama heroin 3 Leaf Clover. Suker heroin ni.





Kim Hee Sun as Oh Dan Hui

Dalam citer ni watak dia makan baseball, tido baseball, minum baseball, berak baseball sampai letih tengok hehe. Dia bercita-cita nak jadi pemain baseball terkenal di seantario dunia.


Lee Jin Wook as Yoon Jae Myung

Ini hero veri de boleh tahan sedap mata memandang hehe. Next citer baru dia bersama heroin Choi Ji Woo yach berjudul 'Air City'. Veri de tak sabar mau tengok.


Yoon Se Ah as Choi Yoo Kang

Watak dia ni ada misteri sket. Apa yang misteri…anda tengok la sendiri. Tak reti dah nak citer.

Tu la alkisahnya citer Kembali Senyum yang buat anda tak senyum langsung tengok citer ni. Lagi geleng pala ada sambil tepok² dada carut 'yanadei ayoyo amma appa...yinggei yinggei...podacit' ;p

Pastu adek Raju pon datang enterprem iklan 'tu la korang pre-occuped sangat sampai bas pon tertinggal..'

Hahahahahaha

Thursday, February 22, 2007

KDrama : Sang Doo! Let's Go To School (2003)






Synopsis
Growing up as the best of friends, Sang-doo (Bi) and Chae Eun-hwan (Gong Hyo Jin) make lots of lasting memories during their shortened high school years. When Eun-hwan's family goes into bankruptcy, debtors rush into their house to grab all of her family's belongings away. When somebody takes her father's old record player that she really loves, Sang-doo goes after the guy. In a physical fight, the man falls off the bridge and enters a coma. Eun-hwan, not knowing this, runs away from the town. Sang-doo goes to jail, returning to find out that his family and Eun-hwan have left him. Years later, he becomes a gigolo (with his uncle) in order to raise the hospital bills for his sick daughter (Se-ra (Hong Soo Hyun) claims that Bori is her daughter). 

Eventually, he meets his long-lost first-love, Eun-hwan as a high school math teacher. In an effort to never lose her again, he returns as a high school student (to finish his last years of high school) and gets placed in Eun-hwan's class. In numerous funny yet heart-touching moments, Sang-doo vows never to become a gigolo again. Yet, his past deeds have caught up with him, and he is soon sought after by the police. Eun-hwan's boyfriend, Min-suk (Lee Dong Gun), also does not want to let go of Eun-hwan. First love is something beautiful yet painful to these two lovers, who have reunited after ten years to find out that everything is not the same anymore.
 
Starring :
Rain , Gong Hyo Jin , Lee Dong Gun , Hong Soo Hyun

Total episode : 16

Credit :
DramaWiki





Sudah kah anda menonton Rain menerusi drama ini? Jika belom saya sarankan anda bersegera la menonton kerana pada pendapatan saya Rain dalam citer ini lagi meletop dari citer Full House. Drama ini merupakan drama pertama lakonan Rain setelah bergelar penyanyi. Bayangkan lakonan dalam drama pertama pon boleh meletop. Tak de sikit pon species kayu nye lakonan atau pon species patung cendana, pon tak de. Itu la dia artis Korea (promosi jangan tak promosi ;P)
 
Buhsan ke citer pasal Rain? Kalau bosan bak kata hos ABP 2006 'tolong tutup telinga' *sambil gelak sengau ala Kak Engku* :P

 
Kalau tidak kerana 'berjumpa' dengan Rain tempohari saya juga mungkin tidak menonton citer ni. Tengok tu akan tengok jugak la tapi bukan priority sebab dedua heroin dia mcm kureng sket kan hehe. Banyak lagi citer best yang lain mau tengok.
(Cewah berjumpa dengan Rain macam la dok melepak menom kopi ngn dia kat Stabak ke. Padahal cuma interaksi sehala sahaja. Hik Hik. )

Watak Rain dalam citer ni sebagai seorang bapa tunggal di usia muda yang kerja jaya nya sebagai seorang gigolo terhangat di pasaran Seoul hahaha. Lawak seh. Kerana desakan hidup dia terpaksa mencari pekerjaan yang mendatangkan wang yang lumayan dalam masa yang singkat kerana nak bayar bil hospital anak nya yang sakit kronik. Dengan berbekalkan rupa paras yang menarik maka dia pon menjebakkan diri dia ke kancah gigolo dengan menekel ajumma-ajumma isteri orang-orang kaya yang di abaikan suami demi mahu mendapatkan wang. Kalau gigolo mcm ni punya kiyut tentu ramai yang berebut hehehe

Citer ini juga bisa membuatkan terguling-guling gelak sebab dialog dia mengandungi banyak lawak serius dan juga bisa membuatkan anda sedih tak henggat. Juga dalam citer ni anda dapat belajar beberapa peribahse baru. Kalau Incik Karam Singh Walia tengok citer ni mesti dia suka.

Contoh peribahasa
'umpama seluar dalam tiada tali penegang'
 
Contoh ayat nya 'Tak best la Abang Sang Doo tak de umpama seluar dalam tiada tali penegang'


Bukan ayat saya tau tapi ayat sarikata hahahaha. Sapa la gerangan translator itu. Adegan masa bebudak skolah tu nak pi piknik kat pulau.



makcik ni mesti suka blakon watak ni kan hahaha

Citer mengisahkan Sang Doo yang telah terpisah selama 10 tahun dengan sahabat baik dia Eun Hwan masa zaman sekolah yang juga merupakan chentar pertama dia. Dalam 10 tahun dia mencari Eun Hwan tak jumpa-jumpa.

Kemdian mereka berjumpa sewaktu Sang Doo mencopet henpon Eun Hwan di sebuah stesen MRT. Kemdian Sang Doo dapat tahu Eun Hwan kerja sebagai cekgu di sebuah sekolah. Sang Doo pon pergi la ke sekolah tempat Eun Hwan bekerja. Motif Sang Doo ialah nak menekel Eun Hwan kembali.

Di pendekkan citer demi nak ngorat Eun Hwan, Sang Doo mintak keje sebagai pak guard di sekolah tu. Bila tak berjaya ngorat guna cara jadi pak guard, dia jadik pelajar dengan sokongan cekgu besar sekolah. Sebab Sang Doo ni dulu kena buang sekolah sebab ada satu insiden berlaku. Oleh yang demikian Sang Doo di terima masuk kelas Cekgu Eun Hwan.

Lepas tu macam-macam la kejadian berlaku hingga tertangkap nya Sang Doo oleh polis sebab menipu wang ajumma. U all tengok sendiri. Panjang la mau citer hehehe.




Rain as Cha Sang Doo

Tak de pe la nak citer pasal dia sebab dia terlalu best dalam citer ni. Biasa nya kalau sesuatu yang best dan bagus kita sampai speechless tatau nak kata pe. Cam tu jugak la konsert dia yang membuatkan orang ramai yang menonton terkejut


Gong Hyo Jin as Chae Eun-hwan
Seorang guru yang brutal. Watak nangis dia ni excellent. Abaikan saja heroin ni jika ianya memberi halangan pada anda untuk menonton citer ni heheh


Lee Dong Gun as Kang Min-suk

Seorang dokter. Kan dah kata dokter glamer dalam drama Korea. Citer Snow Queen pon ada dokter muahahaha Boipren kepada Eun Hwan. Dokter yang merawat anak Sang Doo. Nanti mereka berdua berebut Eun Hwan.


Hong Soo Hyun as Han Se-ra

Terlalu tangkap cintan sama Sang Doo sampai sanggup menipu anak yang dia kandung adalah anak Sang Doo. Yang si Sang Doo pon bulat-bulat percaya hingga memusnahkan hidup dia sendiri sebab terpaksa jadi gigolo demi nak menyara dan menyelamatkan seorang anak yg bukan anak dia yang sebenarnya. Tapi nanti Sang Doo kata tak mengapa sebab kerana anak itu telah berjaya menyelamatkan nya dari membunuh diri sebanyak 900 kali hahaha. Banyak tu 900. Nak bunuh diri tapi tak jadi sebab ada tangan yang menarik iaitu anak dia dan Eun Hwan. Poyo nye jantan ada hati nak bunuh diri hahahaha

Song Min Joo as Cha Bo-ri (Sang-doo's daughter)

Tang rambut ngn gigi sejibik macam mak dia. Pandai carik budak.

Selamat menonton Rain. La ni tengah tengok sitcom pendek lakonan Rain. Nanti kita stori mori haaa. Aja aja fighting!

Friday, April 08, 2005

KDrama : Sweet 18 (2004)


Image hosted by Photobucket.com

Atas saranan beberapa rakan aku pi carik citer ni. Best dan kelakar citer ni depa kata. Ya citer ni boleh dikategorikan sebagai kelakar. Ada kelakar yang serius, ada yang kelakar yang tak di sengajakan, juga ada adegan yang tak kelakar tapi kita tengok nak ketawa hahaha. Pendek kata terhibur la tengok citer ni.

Ok kita citer jalan citer dulu. Mengisahkan hubungan 2 buah keluarga bermula dari pangkat datuk yang ingin mengeratkan lagi ukhwah kekeluargaan lalu membuat wasiat untuk mengkawenkan cucu mereka bila depa dah besar nanti. Jarak usia cucu² depa ni kemain jauh lagik 10 tahun yewww. Hero ngn heroin lah nii.

Image hosted by Photobucket.com

Bila dah beso hero seorang yang berjaya dan bekerja sebagai pendakwaraya terkenal di Seoul manakala heroin masih menuntut dalam tingkatan 5 la cenggitu kalo kat Mesia ni. Seorang pelajar yang nakal dan tak begitu cemerlang dalam pelajaran. Pas SPM malas nak further study, pegi U, dapat lak bakal tunang yang esmem meletop, menggeletis lah dia nak kawen :)

Dipendekkan citer hero bersetuju gak kawen dengan heroin yang baru berumur 18 tawon atas desakan datuk dia dengan syarat pas kawen memasing buat hal memasing. Datuk dia ni pun satu, budak pompuan tu budak lagi tak nyenyabor nak suh kawen dengan alasan dia dah tak lama nak idop. Veri der tak seswai tau atok ni. Depa kawen ikut cara traditional orang kampung Korea iaitu di daerah bernama Andong (dan dan tingat kat Anding hehe)

Image hosted by Photobucket.com
cubit² pipi diaaa gerammnyeee

Kehidupan selepas kawen kena lah tengok sendiri. Kedapatan banyak adegan² yang mencuit hati. Aku paling suka tengok expresi muka terkejut malu depa. Veri the real wan lakonan. Adegan kelakar serius yang aku boleh ingat bila mana geng penjahat nak melarikan ke Amerika. Sempat bawak buku bahasa inggeris sebab nanti senang nak berkomunikasi kat Amerika especially bila nak oder makanan...muahahahaha * terus ingat kat cip pelanduk :P *

Adegan tak kelakar tapi nak ketawa bila tengok bila mana hero balik dari kampung pas atok dia mati memakai tali leher. Mcm nak pi opis daaa padahal nak balik umah je. Kemudian heroin yang doplohpat jam bersanggul tak bukak² waima waktu tidur sekali pun. Sanggul tetap maintain pas bangun tido :D Overall sangat direkemen nontonin nya sambil makan kopok cikedis.

Pelakon utama :

Image hosted by Photobucket.com
Lee Dong Gun (Lovers in Paris, Stained Glass, filem My Boyfriend is B Type)

Image hosted by Photobucket.com
Han Ji Hye (Summer Scents, Scent of a Man, filem My Boyfriend is B Type, Singles dll) sepet ya amaatsss

Jumlah episod : 16
Lagi gegambars