Showing posts with label Rain. Show all posts
Showing posts with label Rain. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

The Fugitive : Plan B - Episode 1


AWASSSS...ketulan-ketulan pek di hadapan

Owh ambe nampak coklat. Ahaks.

Baru berkesempatan melayan episode 1 semalam. Sebuah drama komedi aksi, tembak menembak, siasat menyiasat dan misteri. Ya penuh dengan misteri rumah tua. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.


Aksi merempit sambil tembak menembak. Peng peng peng...*O
oo kau peng aku ya*

*Te te te te...ha ini mesin gan....*
Dah nama nye hero, musuh tembak guna mesin gan boleh tak kena


Kemudian kereta pun terbakar dan hero macam biasa terselamat. Selamat lantas membuka baju, periksa kot-kot pek nye itu ada cedera ringan atau tidak


Lee Dae Hae, cameo sebagai gelpren hero. Hero seorang yang mata keranjang, pantang tengok aweks-aweks seksi. Lantas gelpren nye pon bengang


Sanggup berjanji pelsu menutup mata keranjangnya jika mereka berkawen demi untuk memikat hati si dia. Cocok je mata dia dengan garpu


"Chagia, saranghae..."
Memang suka melihat ekspresi Rain membuat aksi lawak sengal berwajah cute macam ni


Pakcik Chow Yun Fatt ini juga ada. Intonasi lebih kurang


Ehemmm, hero seterusnya sebagai Detektif Do Soo. Sedang menyiasat kes kecurian potret Buddha di Thailand. Citer ni banyak syuting di luar negara. Thailand, Pilipin, Jepun, Taiwan, Macau. Agak menyerabutkan sebab kejap dia kat sini, eh kejap lagi kat belah sana pulak. Aigooo


2nd heroin, Yun Jin Seo (heroin Return of Iljimae). Kali ni beliau sebagai polis jugak. Berkapel dengan hero atas tu


Beliau sebagai Ji Woo, seorang PIA (Private Investigator Administrator). Kat Korea tak leh pakai PI, menurut kata beliau

2 pelakon Slave Hunters cameo dalam episode 1.


Heroin, Lee Na Young, yang penuh dengan misteri. Ada orang nak bunuh dia. Sebelum ni haraboji, halmoni, appa, omma, appa dan omma angkat dia semua dah kena bunuh. Pasai apa? Ini yang misteri. Dengan keluarga angkat semua kena bunuh. Tak patut, tak patut.


Kecanggihan teknologi, sentuh imej kat meja zasss hantar kat skrin TV, terus boleh sembang. Macam cakap kat telefon daa. Drama Jepun yang ada meja yang bole keluar data macam tu, Mr. Brain, tahun lepas.

Secara kesimpulan nya, drama ini mengisahkan Ji Woo seorang PIA, yang membuat servis untuk mencari apa sahaja yang hilang. Apa saja, benda kah, orang kah, haiwan kah, dia b oleh carik sebab tagline kompeni dia "If it's possible, we do it" Kemudian dia ada kroni-kroni dia di serata tempat, Jepun, Thailand, Pilipin, Taiwan untuk berkolaborasi membantu dia mendapatkan maklumat dan selesaikan masalah.

Kes terbaru heroin datang berjumpa dia mintak tolong dia mencari orang. Hanya nama diberi. Lain-lain maklumat takde. Ottokee...

Berjayakah Ji Woo menyelesaikan kes terbaru beliau?

Ok ambe nak sambung tengok episode 2.

Thursday, May 24, 2007

Filem : I'm A Cyborg But That's Ok (2006)



Synopsis

I’m a Cyborg, But That’s OK is a Korean romantic comedy stars Rain and Lim Soo Jung (Lump Sugar, Tale of Two Sisters). Young Goon (Lim Soo Jung) ends up in an asylum after her suicide attempts. Her problem is, she thinks that she is a cyborg. She refuses to eat human food and communicate to her friends, vending machine and coffee maker. Even she tries to recharge herself with batteries. Il Soon (Jung Ji Hoon) is her asylum mate. He has trouble with stealing. Recognizing that Young Goon is in trouble, the love-struck Il Soon tries his hardest to help her eat again, bringing both of them onto a path of romance and healing. (credit synopsis )


Starring : Rain , Im Soo Jung

Director :
Park Chan Wook

Credit : Hancinema, DramaWiki

versi esmem dan jelita...


Bahse Korea = Saibogujiman kwenchana

Citer ni mengenai pesakit-pesakit mental di sebuah hospital sakit mental. 2 kali kena tengok citer ni baru paham dan jelas kisah citer nya. Kena masuk ke alam sakit mental sebentar hehe.

Ada yang mengalami gangguan mental berpunca dari depressi, ada yang berpunca dari pengabaian dari ibu bapa, ada yang berpunca dari rasa bersalah dari dalam diri dan ada yang melalui keturunan. Ada ahli keluarga yang sakit mental dan kemudian berjangkit pada anak cucu nya.

Mari kita lihat apa jenis pesen masalah mental mereka



Yang ni mengalami depressi kulit muka berminyak. Dia begitu tensen sehingga mengganggu mental dia. So pada u all seme jangan tensen-tensen sangat kalu mempunyai kulit jenis berminyak. Tips mengurangkan minyak di muka ialah kurangkan makanan yang berminyak


Yang ni mengalami gangguan mental selepas mengalami kemalangan. Dia berprasangka bahawa kemalangan tersebut berpunca dari dia dan sentiasa berasa bersalah. Tu pasal dia sudah tukau stail jalan mengundur haha.

Yang ni plak jaguh bermain pingpong. 5 kali juara berturut-turut sampai sakit mental. Masa ni dia marah banget kat Il Soon (Rain) sebab mencuri stail main pingpong dia hahaha



Filem pertama lakonan Rain. Yang ni dia tak berapa sakit mental kronik. Dia masuk tempat ni sebab bagi mengelak masuk penjara. Kisah hidup dia, sewaktu kecil mak bapak dia abaikan dia dan waktu umur dia 16 tahun mak dia melarikan diri. Di sebabkan terabai maka dia menjadi pencuri. Dia wujud ke tak wujud sama saja sebab tu dia tera mencurik. Curik punya curik satu hari dia ditangkap polis dan kena hukum penjara. Dalam penjara dia kena rogol or may be kena sakat kot sebab mempunyai wajah yang ensem sebab tu bila kat spital mental dia pakai topeng nak sorokkan wajah esmem dia haha. Kemdian sejak peristiwa itu dia tak bercampur dengan penghuni penjara lain sehingga digelar 'anti-sosial' sehingga buat dia stress dan mintak pindah ke umah rawatan sakit mental.

Kat spital sakit mental dia dikenali sebagai pakar curik tapi bukan curik harta benda atau pun wang tetapi pakar curi emosi dan sikap haha. Penghuni yang ingin melarikan diri dari masalah akan berjumpa dengan Il Soon suh mencuri perasaan diorang. Contohnya seperti curi perasaan simpati dan curi sikap 'polite'. Kemdian dia terhadapan dengan satu tugas besar di mana dia bertindak sebagai technician bagi merawat teman semental dia supaya bernapsu untuk makan. Untk watak ni Rain telah memenangi Best New Actor di festival pilem Korea bulan lepas. Totally different watak dia dengan drama-drama dia sebelum ni. Yang pasti muka dia memang lawak citer ni hahaha Next film akan blakon Hollywood muvi "'Speed Racer"

"His first American film, "Speed Racer" by "The Matrix" creators Andy and Larry Wachowski, is based on "Mach Go Go," a 1960s Japanese comic book and cartoon series about car racing. The projected budget is 300 billion won." (source korea.net)




Yang ni mengalami gangguan mental melalui keturunan dia. Nenek dia bela tikus dan menganggap tikus-tikus itu adalah cucu dia termasuk Yoong Goon. Dan kemdian Yoong Goon sering menganggap diri dia cyborg iaitu robot. Hari-hari bersembang dengan lampu, vending machine, radio sebab dia menganggap benda-benda ni semua kawan dia hehe. Peh tu dok cas bateri untuk badan dia bagi mendapatkan tenaga. Dan kemudiannya dia mengalami lemah badan dan tidak bertenaga sebab dia tidak mahu makan. Macam mana mahu makan sebab dia telah menganggap dirinya robot yang tidak perlu makan. Dan seterusnya datanglah technician II-Soon yang membantu me-repair badan dia untuk merangsang dia makan nasik.
koleksi sarung muka yang dipakai oleh Il Soon haha

Tengok citer ni anda pasti terguling-guling ketawa bukan sebab kita ketawa kan depa sakit mental tapi sebab lakonan yang begitu mantap sekali oleh semua pelakon. Yang sebenarnya memang tak baik kan nak mentertawakan orang yang sakit mental ni kan. Maka bersyukur la kita dilahirkan dalam keadaan serba sempurna segala tubuh badan.

Dalam citer ni anda boleh dengar Rain menyanyi 'yodel'. 3 bulan dia prektis yodeling untuk pilem ni. Apakebenda nye yodeling ni, sila baca sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Yodeling



Tips mengambil anak angkat luar nikah
Terlanjur citer ni mengenai sakit mental saya ingin berkongsi satu info jika anda ingin mengambil anak angkat luar nikah atas faktor kasihan. Ini sembang-sembang saya dengan seorang kawan yang mana ada logik nya. Kajian mendapati…eh bukan kajian tapi sembang-sembang hehe. Melalui sembang-sembang tersebut dan juga melalui pengalaman seseorang yang telah mengambil anak angkat luar nikah mendapati bahawa mental anak luar nikah tersebut tidak sempurna bila budak itu meningkat besar. Cek punya cek di dapati ibu luar nikah tersebut telah memakan pelbagai benda / ubat untuk menggugurkan janin. Siasat punya siasat lagi ibu luar nikah tersebut sedang menjalani rawatan pemulihan akhlak. Tapi dengan izin Allah bayi itu tidak mati tapi ada kesan negatif terhadap mental nya. Waktu kecil kanak-kanak tersebut memang nampak comel dan cute. Tapi bila kanak-kanak tersebut mula membesar nanti boleh nampak mental dia ada masalah sedikit demi sedikit.

So pada anda yang ingin mengambil anak angkat luar nikah pastikan anda semak dulu latar belakang ibu luar nikah itu. Memang payah gak nak cek tapi kalu boleh biar la dari sumber yang boleh dipercayai. Mustahil ibu yg mengandung anak luar nikah tidak berbuat sesuatu bagi membunuh janin tersebut kan especially kalu bohsia-bohsia atau remaja yang masih bersekolah. Memang la kesian kan bayi tidak berdosa. Tapi sekiranya anda mampu dan berupaya fizikal, mental dan material, Alhamdulillah.

Moral of the stori, jaga diri hiasi peribadi, elakkan mengandung luar nikah.

Sekian citer cyborg kita pada hari ini :)

Thursday, February 22, 2007

KDrama : Sang Doo! Let's Go To School (2003)






Synopsis
Growing up as the best of friends, Sang-doo (Bi) and Chae Eun-hwan (Gong Hyo Jin) make lots of lasting memories during their shortened high school years. When Eun-hwan's family goes into bankruptcy, debtors rush into their house to grab all of her family's belongings away. When somebody takes her father's old record player that she really loves, Sang-doo goes after the guy. In a physical fight, the man falls off the bridge and enters a coma. Eun-hwan, not knowing this, runs away from the town. Sang-doo goes to jail, returning to find out that his family and Eun-hwan have left him. Years later, he becomes a gigolo (with his uncle) in order to raise the hospital bills for his sick daughter (Se-ra (Hong Soo Hyun) claims that Bori is her daughter). 

Eventually, he meets his long-lost first-love, Eun-hwan as a high school math teacher. In an effort to never lose her again, he returns as a high school student (to finish his last years of high school) and gets placed in Eun-hwan's class. In numerous funny yet heart-touching moments, Sang-doo vows never to become a gigolo again. Yet, his past deeds have caught up with him, and he is soon sought after by the police. Eun-hwan's boyfriend, Min-suk (Lee Dong Gun), also does not want to let go of Eun-hwan. First love is something beautiful yet painful to these two lovers, who have reunited after ten years to find out that everything is not the same anymore.
 
Starring :
Rain , Gong Hyo Jin , Lee Dong Gun , Hong Soo Hyun

Total episode : 16

Credit :
DramaWiki





Sudah kah anda menonton Rain menerusi drama ini? Jika belom saya sarankan anda bersegera la menonton kerana pada pendapatan saya Rain dalam citer ini lagi meletop dari citer Full House. Drama ini merupakan drama pertama lakonan Rain setelah bergelar penyanyi. Bayangkan lakonan dalam drama pertama pon boleh meletop. Tak de sikit pon species kayu nye lakonan atau pon species patung cendana, pon tak de. Itu la dia artis Korea (promosi jangan tak promosi ;P)
 
Buhsan ke citer pasal Rain? Kalau bosan bak kata hos ABP 2006 'tolong tutup telinga' *sambil gelak sengau ala Kak Engku* :P

 
Kalau tidak kerana 'berjumpa' dengan Rain tempohari saya juga mungkin tidak menonton citer ni. Tengok tu akan tengok jugak la tapi bukan priority sebab dedua heroin dia mcm kureng sket kan hehe. Banyak lagi citer best yang lain mau tengok.
(Cewah berjumpa dengan Rain macam la dok melepak menom kopi ngn dia kat Stabak ke. Padahal cuma interaksi sehala sahaja. Hik Hik. )

Watak Rain dalam citer ni sebagai seorang bapa tunggal di usia muda yang kerja jaya nya sebagai seorang gigolo terhangat di pasaran Seoul hahaha. Lawak seh. Kerana desakan hidup dia terpaksa mencari pekerjaan yang mendatangkan wang yang lumayan dalam masa yang singkat kerana nak bayar bil hospital anak nya yang sakit kronik. Dengan berbekalkan rupa paras yang menarik maka dia pon menjebakkan diri dia ke kancah gigolo dengan menekel ajumma-ajumma isteri orang-orang kaya yang di abaikan suami demi mahu mendapatkan wang. Kalau gigolo mcm ni punya kiyut tentu ramai yang berebut hehehe

Citer ini juga bisa membuatkan terguling-guling gelak sebab dialog dia mengandungi banyak lawak serius dan juga bisa membuatkan anda sedih tak henggat. Juga dalam citer ni anda dapat belajar beberapa peribahse baru. Kalau Incik Karam Singh Walia tengok citer ni mesti dia suka.

Contoh peribahasa
'umpama seluar dalam tiada tali penegang'
 
Contoh ayat nya 'Tak best la Abang Sang Doo tak de umpama seluar dalam tiada tali penegang'


Bukan ayat saya tau tapi ayat sarikata hahahaha. Sapa la gerangan translator itu. Adegan masa bebudak skolah tu nak pi piknik kat pulau.



makcik ni mesti suka blakon watak ni kan hahaha

Citer mengisahkan Sang Doo yang telah terpisah selama 10 tahun dengan sahabat baik dia Eun Hwan masa zaman sekolah yang juga merupakan chentar pertama dia. Dalam 10 tahun dia mencari Eun Hwan tak jumpa-jumpa.

Kemdian mereka berjumpa sewaktu Sang Doo mencopet henpon Eun Hwan di sebuah stesen MRT. Kemdian Sang Doo dapat tahu Eun Hwan kerja sebagai cekgu di sebuah sekolah. Sang Doo pon pergi la ke sekolah tempat Eun Hwan bekerja. Motif Sang Doo ialah nak menekel Eun Hwan kembali.

Di pendekkan citer demi nak ngorat Eun Hwan, Sang Doo mintak keje sebagai pak guard di sekolah tu. Bila tak berjaya ngorat guna cara jadi pak guard, dia jadik pelajar dengan sokongan cekgu besar sekolah. Sebab Sang Doo ni dulu kena buang sekolah sebab ada satu insiden berlaku. Oleh yang demikian Sang Doo di terima masuk kelas Cekgu Eun Hwan.

Lepas tu macam-macam la kejadian berlaku hingga tertangkap nya Sang Doo oleh polis sebab menipu wang ajumma. U all tengok sendiri. Panjang la mau citer hehehe.




Rain as Cha Sang Doo

Tak de pe la nak citer pasal dia sebab dia terlalu best dalam citer ni. Biasa nya kalau sesuatu yang best dan bagus kita sampai speechless tatau nak kata pe. Cam tu jugak la konsert dia yang membuatkan orang ramai yang menonton terkejut


Gong Hyo Jin as Chae Eun-hwan
Seorang guru yang brutal. Watak nangis dia ni excellent. Abaikan saja heroin ni jika ianya memberi halangan pada anda untuk menonton citer ni heheh


Lee Dong Gun as Kang Min-suk

Seorang dokter. Kan dah kata dokter glamer dalam drama Korea. Citer Snow Queen pon ada dokter muahahaha Boipren kepada Eun Hwan. Dokter yang merawat anak Sang Doo. Nanti mereka berdua berebut Eun Hwan.


Hong Soo Hyun as Han Se-ra

Terlalu tangkap cintan sama Sang Doo sampai sanggup menipu anak yang dia kandung adalah anak Sang Doo. Yang si Sang Doo pon bulat-bulat percaya hingga memusnahkan hidup dia sendiri sebab terpaksa jadi gigolo demi nak menyara dan menyelamatkan seorang anak yg bukan anak dia yang sebenarnya. Tapi nanti Sang Doo kata tak mengapa sebab kerana anak itu telah berjaya menyelamatkan nya dari membunuh diri sebanyak 900 kali hahaha. Banyak tu 900. Nak bunuh diri tapi tak jadi sebab ada tangan yang menarik iaitu anak dia dan Eun Hwan. Poyo nye jantan ada hati nak bunuh diri hahahaha

Song Min Joo as Cha Bo-ri (Sang-doo's daughter)

Tang rambut ngn gigi sejibik macam mak dia. Pandai carik budak.

Selamat menonton Rain. La ni tengah tengok sitcom pendek lakonan Rain. Nanti kita stori mori haaa. Aja aja fighting!

Friday, July 28, 2006

KDrama : Full House (2004)




Synopsis

Han Ji-eun lives alone in the house that she inherits from her parents. Her parents named the property 'Full House.' She has two close friends who end up selling the house behind her back to Lee Young-jae. Through a series of incidents, the two make a contract to marry, so that Ji-eun can stay in the house that her parents built. Although not in love with each other when they marry, a love between them develops slowly over time. The feelings of love are constantly interrupted by Gang Hye- won, Young-jae's love interest for quite some time and by Yu Min-hyeok, a man that Han ji -eun likes

Total episode : 16

Credit : WikiDrama

Taraaaaa tora datang lagik muahahaha. Baru ada idea mau tulis pasal ini citer setelah sekian lama tertangguh. Begitu susah idea mau datang dengan perut yang kosong hehe. Dapat idea sebab tadik terdengar Muzik FM lagu saduran lagu tema citer ni (rasanya)
'Eh mcm penah ku dengar ini lagu tapi di mana yach?' *benti sat wat keje konsentret dengar lagu sampe abis dengan riak muka moskel*

'Owh lagu Full House ropanya'

'Ku pasti yakin dan pasti lagu tema Full House'

Malangnya tak sempat dengar DJ tu cakap sapa penyanyi yang menyanyi. Penyanyi kumpulan rasanya. Sapa ada penah dengar? Yang pasti bukan suara Hazami, penyanyi lagu Winter Sonata versi Melayu itoo

Citer komedi lomatik yang bersahaja lagi ngetop dan buat kita lapa tengok sebab banyak adegan makan hahaha. Mungkin ramai yang dah tengok. Awalnye dulu tengok sapa la mamat hero Rain ni mcm muka budak skolah plak. Terus macam...ermmm...ok la nanti tengok. Nanti punya nanti sampai la membawak ke tahun 2006 hehe.

Kisah mengenai heroin yang kehilangan rumah pusaka kesayangan bernama 'Full House' milik keluarga nya dek dijual oleh 2 kawan baik nya. Haha part ni mcm klakar plak umah kita sewenangnya orang lain bole jualkan pindah milik tanpa kehadiran tuan punya umah. Tak perlu sign-sign dokumen bagai ek hahaha.

Nak dijadikan citer umah tersebut dibeli oleh hero membawa watak sebagai seorang artis popular Korea. Dia berminat beli umah tersebut sebab kedudukan lokasi umah tersebut yang jauh dari orang supaya dapat berprivisi.

Maka heroin pon berusaha Sinchan untuk mendapatkan kembali rumah pusakanya hingga terpaksa kawen kontrak bersama hero. Sekiranya heroin mematuhi klausa-klausa yang terdapat dalam kontrak kawen tersebut dia berjaya mendapat umah nya kembali.

Hero kawen paksa sama heroin sebab kuciwa wa wa sama gelpren dia yang menat sama hero lain.

Paling best tengok lakonan hero yg begitu notti dan heroin yang ayu jelita disamping lagu 3 beruang hahaha. Saya suka tengok mekap heroin masa nak kawen. Sangat cantik la depa mekap.

Dan umah tersebut dibina khas bagi drama ini yang berharga hampir 4 juta ringgit kalu kombet duit mesia. Huh? Mahal nyeee. Tu belom masuk kos penggambaran, kos beli beras, kimchi, penyapu dan juga mop muahahaha. Kaya kaya *lebih kaya dari Abdul Wahab...lebih kaya dari Abdul Wahib* :P Kalu buat umah tu kat Mesia musti dah lama dimasuki perampok dengan mudah hehe

Sapa yg belom menonton citer ni boleh la menonton sebab anda pasti menyukai nya.

Apdet 01 Ogos 06
Penyanyi dia nama Izwan Filus dengan tajuk Erti Kasih. Lirik ditulis sendiri oleh Izwan. Boleh dapatkan albumnya di pasaran sekang

Monday, June 19, 2006

KDrama : A Love to Kill (2005)



Synopsis (yg ringkas senang mau paham)

An innocent woman loves a man then leaves him. Because of her, the man becomes a human vegetable, and the man’s brother swears revenge. But the brother ends up falling in love with the woman.
Starring : Rain, Shin Min Ah, Lee Ki Woo

Total episode : 16

Credit : DramaWiki


Arini bos tak de kat opis baru leh gerak pala otak tulis pepanjang hehehe. Baca banyak komen lam internet tak suka citer ni and not recommended. Ada yang tak suka ngn Rain kapel sama heroin ni. Aiyoh takkan nak kapel sama sorang heroin jek selamanya. Atau mungkin ada jeles sama iteww heroin kot sebab kedapatan banyak scene kissing dia sama Rain huhuhu. Atau mungkin watak² lam citer ni seme sengsara dan sedih lagi tidak komedi. Tangkap leleh seme ayor mata ayor idong. Mungkin ramai yg kurang gemor watak Rain lam citer ni banding 2 drama sebelum ni (Full House sama Let's Go School sama Rain)

Unfortunately aku suka jalan citer dia. Besa la yg orang tak suka tu la mek suka hehe. Aku suka olahan bila tamat episode 1, nak masuk episode 2 dia akan reverse balik kupas secara detail apa yg berlaku masa penghujung episode 1 sebenarnya. Huhu. Tarak paham? Kena tengok sendiri la. Besa kan kalu abis episode 1 terus masuk ke episode 2 jalan lurus. Tapi citer yg ni dia ada undur blakang dulu then baru masuk episode baru seterusnya. Nak explain lanjut tak reti la haha.
Contoh nye cam ni la : Ending episode 1 tunjuk Maradona score gol. Opening episode 2 akan tunjuk detail cemana bola iteww di score. Sapa yg pass bola, adakah dari sepakan penjuru atau sepakan percuma. Cam tu la lebih kurang hehehe



ini heroin pon comel gak la...apom manes :D


Tapi just to be fair jalan citer dia ada lah kelainan sket dari citer² yg aku tonton selama ni cuma ending dia cam kureng sket. Mcm tergantung ending dia. Dan Rain begitu cocok skali ngn watak ni hehe.

Secara ringkas kisah cinta bersegi segi 2 beradik.
Abang suka ngn heroin
Heroin suka banget sama abang
Abang kecelakaan koma
Adik nak balas dendam bagi pihak abang
Kemdian adik tersuka plak ngn heroin
Heroin pon tersuka gak ngn adik tapi dia tatau yg 2 lelaki tu adik bradik
Muahahaha kan bersegi segi itoo

Secara panjang lebar mengisahkan Kang Bok Ku (Rain) yang mengalami famili problem sejak kecik. Bapak dia ala² gengstar kaki pukul orang dan baka ni tertumpah kat Bok Ku jua hehe. Dia ada sorang abang dan telah terpisah selama 10 tahun. Bila dah besar Bok Ku jadik la boxer bagi tidak membazirkan bakat yg dia ada.




Kemdian dia jumpa ngn abang dia setelah 10 tahun terpisah. Pada hari dia jumpa abang dia, abang dia tetiba jatuh bangunan sebab terkojut tengok iklan kat skrin beso setentang ngn umah dia. Umah dia atas bumbung. Pas jatuh bangunan abang dia koma tak sedar diri buat jangka masa yang lama. Iklan kat skrin beso tu tunjuk sorang artis wanita popular akan bertunang tak lama lagi. Artis wanita tersebut iaitu heroin merupakan gelpren abang dia.

Siasat nye siasat Bok Ku mau membalas dendam bagi pihak abang dia pada artis wanita tu yg menyebabkan abang dia koma. Bok Ku kemdian apply jadik bodigad dan berjaya jadik bodigad heroin.

Bok Ku mula menjalankan misi dia dengan purak purak baik dan jatuh cinta sama itu heroin kemdian tinggalkan heroin supaya heroin dapat rasa camne perasaan org yang kena tinggal cam abang dia.

Heroin senornya amat cinta sama abang Bok Ku tapi sebab famili heroin sudah ugut abang Bok Ku supaya jangan dekat sama heroin maka heroin ingat abang Bok Ku yang jahat mau tinggalkan dia. Yang si Bok Ku ni plak ingat heroin yg kijam tinggalkan abang dia. Hahaha komplikated kan. Tu yg makincik suka tu komplikated² ni hehe.

Dipendekkan citer abang Bok Ku ni pulih sket tapi tapi tak leh cakap dan tak leh jalan. Heroin mintak izin ngn Bok Ku mau jaga abang Bok Ku sebab dia masih sayang sama abang Bok Ku. Bok Ku ngn berat hati sbb dia pun sudah kuch kuch hota hey sama heroin. Tapi Bok Ku tau abang dia sentiasa lam hati hati heroin.

Ok masuk part abang Bok Ku plak. Abang Bok Ku cam dapat rasa Bok Ku suka sama heroin lantas dia pon tunjuk perasaan benci sama heroin. Dalam dia lumpuh tu macam² dia buat kat heroin. Baling objek kena dahi heroin, heroin tido sblh dia dia tendang nya kawan tu. Watak sengsara tol la heroin ni dapat haha.

Overall ok la citer ni. First tengok lakonan hero sama heroin. Ok la gandingan depa berdua. Tajuk citer dia pon kijam 'A Love to Kill'...'bercinta untuk membunuh' Kita tengok sapa yg mati yach hehehe. And lelagu dia pon not bad.

Pas ni mau tgk Full House plak.