Showing posts with label Park Ki Woong. Show all posts
Showing posts with label Park Ki Woong. Show all posts

Friday, October 07, 2016

KDrama : Monster (2016)


Akhirnya habis juga drama ni. Panjangnyeeee. Sepatutnya tak payah sepanjang 50 episod. Tah macam tak berbaloi sampai 50 episod. Drag sesangat. Aura negatif kuat sangat dalam drama ni. Buat kita sakit hati. Baik stop. Pusing-pusing kot tu jugak pergi nya.Serabut pala otak.

Kalau drama saeguk (purba) episod panjang-panjang boleh gak tahan. Kalau jalan citer tak menarik syiok jugak tengok scenery dia dan pakaian mereka. Contohnya drama Kekasihku Moon Lovers Wang So Putera Raja Keempat. Kemain panjang tajuk. Yang ni patutnya episod sampai 100 pon tak pe hahaha. Tapi nanti drag jugak. Dia berpusing tah kemana-mana nanti.

Monster ni akak tengok awal-awal episod je sampai 18 episod kalau tak silap. Itu pon fast forward. Tak larat aku nak tunggu. Cuma nak dapatkan gambaran jalan citer seterusnya.  Masa sangat terhad sekarang ni so tak boleh nak layan sangat drama macam zaman bujang-bujang dulu. Tengok drama yang hit saja atau drama yang jalan citer dia menarik. Yang ni special kes sebab hero.

Sikit ribiu episod 1-4 boleh baca SINI

Ending akak terus ke episod 49 dan 50. Haha. Tak larat nak tengok semua. Tapi akak donlot semua episod untuk simpanan. Akakkan penyimpan dan pendonlot tegar drama Korea. Yang mana citer best dan hero feveret je la. Kalau tak sempat tengok sekarang, tengok nanti masa pencen jaga cucu nanti hahaha. Entah hidup lagi ke tidak. Tapi betul, kalau tak donlot tak boleh nak layan citer. Tengok online pon tak sama. OCD dah daku? Kekeke 

(OCD = Obsessive Compulsive Disorder)

Chairman Kang Kitan sedang skodeng perempuan idaman dia dari kejauhan. Masa bila dia jadik Chairman akak tak tengok. Tak tengok jugak cinta mereka tidak kesampaian. Lagi kuciwa. Seb baik tak tengok haha


Hero ni masa mula-mula dia buta. Lepas tu celik sebab nak balas dendam di atas kematian mak ayah dia. Lepas tu dia kena tembakan kat kepala. Ada peluru terlekat kat kepala dia. Terer kemain. Dekat nak ending, dendam dia dah terbalas, dia nak jadik buta balik. Di sebabkan kesan tembakan tu. So sebelum dia buta balik dia nak tatap wajah kesayangan dia ni buat kali terakhir. Doktor kata dia ada 6 bulan lagi untuk berhidup.

Hai la Kang Jihwan, nko punya pasal la ni aku layan drama ni. Nape la dapat drama macam ni. Next drama make sure komedi ya. 


Heroin Oh Seo Yoon.  Masa mula-mula nama dia lain. Dia pon nak balas dendam jugak di atas kematian bapa dan adik dia. Lepas tu dia guna nama orang yang dah mati untuk laksanakan misi dia. Dia ni kawin atau bertunang dengan hero kedua. Lepas tu berpisah. Pasal apa tah. Tak tahu haha.


Dia ni lah setan monster dalam citer ni. Pakcik kepada Kang Kitan. Bila tamak haloba menguasai diri cam ni la jadi nya. Masuk keluar penjara steady tak insof-insof.  Hujung-hujung ke tali gantung.


Hero kedua. Do Gunwoo. Dan akhirnya mati jugak.


Rumah ni familiar kan. Rasanya banyk drama guna pakai bangunan ni. 

Antara nya : Drama My Fair Lady


Ni hero dah buta balik. Scene yang sama masa depa remaja dulu. Heroin jadi pembantu rumah hero. 3 kali silap kena buang keje. 


Menjalani rawatan


"Kau mesti berhidup Kang Kitan. Aku tunggu kau di sini."


Throwback zaman gembira dolu


 Belanja sket gambor feveret. Kekeke


Mekasih la buat drama ni. Jumpa lagi di lain drama.

Tuesday, April 12, 2016

Monster - Episode 1-4


Ok ini salah satu drama yang teruja sangat nak tengok. Almaklum hero pojaan hati. Gandingan dia pon akak suka Sung Yuri. Sekali lagi mereka digandingkan bersama di dalam drama yang berjudul Monster ini. Sebelum ni mereka telah bergabung di drama Hong Gil Dong dan filem Runaway Cop. Kali ni drama 50 episode. Cukup puas hati malah lebih dari iteww.

Walaupun sekarang di mana-mana yang ada peminat k-drama sedang di landa angin ribut Descendants of the Sun, tapi akak nak citer pasal drama ni dulu. DOTS kita tunggu sampai abis dulu. Lagi 2 episod je kan. Mesti nak ribiu sebab nak simpan gambo Captain Yoo Si Jin dalam blog ni haa...ha ha ha ha ha (saya bagi 5 HA)

Monster ni berkisar pasal pembalasan dendam. Dah biasa sangat jalan citer kdrama macam ni. Harap-harap ada lah kelainan. Katanya jalan citer dia mengambil kisah krisis kewangan yang berlaku kepada dunia pada tahun 1998. Jadi akak harap sangat ada kelainan. 

Sebab bila tengok episode pertama dah ada iras, drama Incarnation of Money (lakonan Kanhg Ji HWan jugak) dan I Can Hear Your Voice (nama hero tak ingat, heroin dia Lee Bo Young, isteri kepada Ji Sung).  

Drama balas dendam ni akan ada pembunuhan di kalangan ahli keluarga sendiri, pastu hero akan menghilangkan diri, menghilangkan diri sama ada dia lupa ingatan atau nak bangkit semula dengan berwajah baru untuk balas dendam. Nama pon akan bertukar. Dalam masa dia menghilangkan diri tu dia akan jadi kaya raya dan membeli saham syarikat mak bapak dia yang telah dikebas oleh ahli keluarga yang jahat dulu. 


Kisah dimulakan dorang ni sambut besday anak muda ini yang bernama Lee Guk Chul lakonan ahli kumpulan kpop BEAST ni. Akak pon ni first time tengok dia. Kpop ni akak tak berapa minat. Kalau budak-budak kpop ni berlakon drama yang kebetolan akak tengok, baru lah kenal. Tak kenal maka tak cinta. Kumpulan BEAST ni baru akak ingat ada seorang member dia yang kiyut tu hapa ke nama tah. 

Dalam pada tengah makan-makan, mak pak dan pakcik makcik dia bersembang pasal hal kerja. Stress la Guk Chul ni.  

Perhatikan pakcik pake kot tu yang belah kanan tu, dia memainkan peranan penting lagi jahat lepas ni. 


Selesai makan-makan tadi tu, mereka pon mahu pulang. Pulang mari lah pulang bersamaa-sama. Dalam perjalanan nak pulang tiba-tiba brek kereta bapak Guk Chul tidak berfungsi. Mati lah kedua ibubapa Guk Chul dan Guk Chul menjadi anak yatim piatu. Selepas kejadian itu mata Gul Chul menjadi buta. Di sebabkan Gul Chul belom cecah 18 tahun, maka segala urusan syarikat diuruskan oleh makcik nya. Walaupun dia kaya tapi dia tetap buta sebab makcik dia tamau dia sembuh. Makcik dia pon ada rencana tersendiri. Seperti Kasim Selamat kematian isteri, butalah Guk Chul buat seketika. 

Selain buta, Guk Chul juga berkebolehan mendengar orang bersembang dari jarak jauh selepas dia kemalangan. Yang ni yang iras I Can Hear Your Voice.


Kemudian Guk Chul mengupah seorang pembantu rumah peribadi yang cantik manis untuk keringkan rambut beliau setiap hari dan juga buat kerja-kerja perbadi yang lain. Itu la dia heroin bila dah besar. Pertemuan pertama mereka tidak begitu baik. Tapi disebabkan hero ni takde kawan maka heroin keje jugak dengan dia.



Dicepatkan citer, makcik Guk Chul pulak mati. Makcik dia mati dibunuh oleh kekasih gelap suaminya. Suami dia yang atas tu. Suami ni terpaksa lah mencari kambing hitam untuk selamatkan kekasih gelapnya. Dalam pala otak dia Guk Chul la yang sesuai dituduh sebagai pembunuh. Sebab dia pon memang nak hapuskan Guk Chul selepas ini.

Guk Chul berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah di dalam penjara dan dibebaskan. Pakcik dia tidak puas hati dan terus mencari Guk Chul hingga ke lobang cacing. Dipendekkan citer, bila dah jumpa Guk Chul, Guk Chul pulak terjun dari jembatan tinggi dan hanyut. Hanyut sementara. Hero mana boleh mati.


Ni dia Guk Chul bila dah  besor. Hidup sebatang kara papa kedana. Kais pagi makan pagi. Tapi semangat dia kuat untuk membalas dendam dan mengumpul duit untuk operesen mata dia. 

Lepas tu, 

PLINGGG


Transformasi. Dah bertukau wajah dalam episod 3. Dengan kuasa duit adalah raja (Cash is King) Guk Chul telah menjadi celik dan hengsem. Seseorang telah bagi derma kepada Guk Chul untuk dia berhijrah ke Amereka, operesen mata dan masuk kolej. Nama juga telah tukar ke Kang Ki Tan. 

Bermula lah kisah hidup baru Kang Ki Tan. Atas tu dia tengah bersiap-siap untuk pergi interbiu di sebuah syarikat bernama Dodo Group. Dodo Group yang telah telan syarikat mak bapak dia dulu. So untuk membalas dendam dia kena bekerja di dalam syarikat itu.


Heroin ni pon nak mintak kerja dengan Dodo Cheng. Eh Dodo Group. Sebab bapak dia dulu keje kat syarikat ni. Bapak dia  telah pon mati. Ada misteri di sebalik kematian ayah dia.


Ahjussi itu aka pakcik Guk Chul ni sebenarnya tiada apa-apa kekayaan atau kuasa yang mutlak di dalam Dodo Group. Dia jenis nak kaya dengan cepat dengan jalan pintas. Isteri baru dia merupakan anak CEO Dodo Group tetapi keluarga belah pompuan tak iktiraf dia sebagai menantu. Mungkin sebab peel dia macam hantu. Bila dia tahu kedudukan di dalam Dodo Group bakal terancam dia pergi cari mangsa seterusnya yang dia boleh blackmail di masa hadapan. 

Dia pon pergi cari hero kedua ni kat US. Hero kedua ni merupakan anak luar nikah Chairman Dodo Group. Tapi Chairman itu tidak pernah peduli akan anak dia yang ni. Kesempatan ini dia ambil oleh Ahjussi itu untuk memperkuatkan kedudukannya di dalam Dodo Group seandainya dia dipecat dari syarikat itu satu hari nanti. Nanti boleh dia malukan Chairman ni guna anak luar nikah dia.

"Only do what I ask you to do, say what I tell you to say, and act the way I ask you to act" kata Ahjussi itu kepada hero kedua
  
 

Bermula lah sesi interbiu di syarikat Dodo Group. 


Bukan senang nak masuk kerja di syarikat Dodo ni. Kau tak boleh menipu. Kalau menipu nanti kena karen.

"Betol ke bohong sayang?"

Semua kena betul


Dia nak keje situ sebab nak cari bapak dia. Tapi disebabkan ada kabel maka dia lulus semua ujian. Kabel dia Ahjussi tu. Ahjussi itu siap bagi dia jawapan bocor sebab Ahjussi itu salah sorang ahli panel yang akan pilih staff dan Ahjussi tu nak dia keje di situ.


Disebabkan Kang Ki Tan selalu cemerlang di dalam setiap ujian, Ahjussi nak singkirkan dia. Kalau tak hero kedua tak dapat kerja di situ.

Adakah Kang Ki Tan berjaya disingkirkan? 

Sama-sama kita saksikan 

Tuesday, May 26, 2009

KDrama : When It's At Night (2008)







Synopsis

Kim Bum Sang was a university arts instructor who got passed over for promotion due to lack of family connection. He specialized in examining archeological treasures and all he wanted was to make a name for himself and get ahead in this world. Heo Cho Hee worked as a supervisor at the Cultural Heritage Administration in the hope that it would help her find her father who was a treasure hunter-thief and had been missing for 7 years. The story evolves art thefts and how these two clashes in their pursuit.
Total epsiode : 17

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/When_It%27s_At_Night, BON Fansub





Citer ni ala-ala misteri sikit ya. Misteri Hong Gildong. Penuh saspen dan seprais dalam mode komedi. Jika anda peminat Kim Sun Ah dan Lee Dong Gun, jangan ketinggalan menyaksikan drama ini. Gerenti puas hati


Lagi satu suka cite ni sebab banyak sebut Hong Gildong. Tingat ke Hong Gildong sorang lagi kekeke

Kisah jalan citer nya...zasssssssss

Kisah 1

Cite mengenai barang-barang seni negara yang berharga yang dicuri oleh seorang pencuri handalan pada 7 tahun yang lepas. Barang-barang seni yang dicuri itu dipercayai dijual secara haram kepada ahli korporat yang hartawan yang makan di pinggan dan minum di cawan. Hartawan itu sangat minat kepada benda-benda seni berharga ini. Maka dia pon simpan barang-barang seni itu secara senyap-senyap. Pihak polis nak tangkap tapi tiada bukti kukuh.


Kisah 2
Kemudian barang-barang seni yang dicuri itu kemudian nya dipulangkan kembali ke muzium negara satu per satu oleh seseorang yang beridentiti rahsia lagi misteri. Pencuri misteri atau identiti rahsia itu diberi gelaran Hong Gildong. Pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan untuk mencari siapakah Hong Gildong itu. Dalam masa yang sama pihak berkuasa berterima kasih pada Hong Gildong kerana telah memulangkan balik barang-barang seni berharga negara itu. Dan dalam masa yang sama nak tangkap jugak Hong Gildong sebab telah mencuri khazanah negara yang dicuri. Kenapa dia memulangkan kembali harta-harta antik negara itu? Kenapa dia tidak menjualkan saja barang-barang seni itu dengan harga yang tinggi di pasaran gelap dan simpan wang itu seorang diri? Mungkin boleh joli wang itu sorang diri. Wae? Wae? Ye, "wae" lah persoalan nya.

Namun, Hong Gildong sangat licik dan sukar dikesan. Dalam pada licik itu, Hong Gildong ini lupa dengan satu pepatah Melayu iaitu
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".
Ye lah kalau tak jatuh ke tanah ju amaka tak habis la citer ni sampai bila-bila, ye tak? Lagi pun mana lah Hong Gildong tahu akan pepatah itu sebab dia bukan Melayu. Kekeke

Lagi kisah
Hong Gildong



siapa iteww?


Kisah 3

Heroin iaitu Heo Cho Hee mempunyai sorang ayah yang telah menghilangkan diri 7 tahun. Ayah dia ni seorang pencuri tegar. Kalau dia tak mencuri dalam 1 hari, akan menggigil la seluruh badan dia. Tapi ayahnya ada hasrat untuk insaf tapi tatau bila. Asek mintak tangguh je nak insaf dari mencuri sampaikan anak-anaknya fedap. Satu hari ayah itu menghilangkan diri meninggalkan heroin dan adik lelaki nya. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, ayah nya lah yang mencuri 7 harta negara itu. Heroin bagaimana pon masih mengharap kepulangan ayahanda beliau di hari raya dengan selamat walaupun dalam hati marah, geram dan hampa dengan sikap bapa nya. Beliau bekerja di Cultural Heritage Administration untuk mencari dan menangkap ayahnya.

Adakah ayahnya masih hidup?

Siapakah Hong Gildong yang sebenarnya?

Saksikan la sendirik

Para pelakon terdiri daripada :


Kim Sun Ah as Heo Cho Hee

Lakonan dia seperti biasa la gedebas. Tapi tak selawak Samsoon. Lawak dia terkawal. Mungkin sebab watak dalam citer ni sebagai pegawai tinggi di Cultural Heritage Administration. Beliau juga mempunyai seorang adik lelaki. Jadi dia kena tunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda seperti adik nya


Lee Dong Gun as Kim Bum Sang

Dalam citer ni dia sebagai pakar dalam melihat barang antik asli atau palsu. Jadi jangan nak propa sama dia. Dia boleh detact dengan kemahiran yang dianugerahkan kepada beliau.

Sebenarnya nak tengok dia ni jugak. Watak ni dia dapat semasa beliau masih dalam mode berkabung lagi kerna adik dia mati kena bunuh di Ostolia. Ingatkan akan bercuti dari berlakon bagi menenangkan hati dan perasaan tetapi tidak. Kerja tetap kerja. Walaupun tidak nampak kesedihan itu tetapi rahsia di hati tak siapa tahu. Umpama penyu menangis tak siapa tahu. Budak-budak jaman sekarang ni, gado sket bunuh, gado sket tikam. Aigoo 


Kim Jung Hwa as Wang Joo Hyun

Lama tak nampak dia ni. Dia ni pon best di sini.


Lee Joo Hyun as Kang Shi Wan

Oh dia ni. Ternanti-nanti drama baru beliau. Dah aim dah dia ni dalam
Sepai Manis. Ternyata puas hati. Malah lebih dari itu. Hehe


Park Ki Woong as Heo Gyoon (Cho Hee's little brother)

Sebagai adik Heo Cho Hee. Seorang yang diam-diam ubi berisi. Dia adalah kejutan dalam drama ni. Hehehe. Sepraissss



 

Dalam drama ni dia panggil Kim Bum Sang "brother in law" Kakak dia marah sebab belom konpem jadi abang ipar. Lantas dia memahami perasaan merana Hong Gildong yang tak boleh panggil "ayah" pada ayahnya sendiri. Hehehe


Part samseng White Hair ni pon klako gak hahaha


OST


Yang meletop 4 lagu ni :

03. sarang tam hum - Buga Kingz (Sedap gak suara dia ni. Group ni yang nyanyi lagu Siren)
04. nae ggoom ee yuh - M To M
05. Happy Rain – Oliver
06. woo seub ji - SG Wanna Be

Saturday, September 01, 2007

Filem : My Tutor Friend 2 (2007)




Synopsis

Junko, a Japanese of Korean ancestry, comes to Korea to find her sweetheart. She finds lodging at a guest house that provides room and board. Unfortunately, the room that she is supposed to stay in belongs to the owner’s son, Jong-man. On her first night in Seoul, Junko is forced to share the room with Jong-man. Junko wants to find another place, but the owner desires to keep Junko as a guest and offers Junko free Korean lessons from Jong-man. It is going to be some adventure for Junko in Seoul!


Cast :
Lee Chung Ah , Park Ki Wong

Credit : Hancinema

hero Park Ki Wong...first time tengok dia


Sekuel kepada My Tutor Friend 1. Kalau dalam My Tutor Friend 1, pompuan jadik tutor, kali ni dalam My Tutor Friend 2, lelaki plak jadi tutor.

Citer mengisahkan heroin, bernama Junko, warga Jepun menjadi pelajar pertukaran Jepun Korea dan pergi ke Korea. Tujuan utama dia pergi ke Korea selain belajar adalah untuk mencari buah hati nya yang merupakan warga Korea yang dia jumpa sewaktu pelajar itu datang ke Jepun dan makan direstoren 'udon' bapa nya. (Udon sejenis mee sup Jepun lebih kurang)



Di Korea, Junko menyewa di sebuah guest house (cantik banget guest house dia). Di guest house ini Junko bertemu dengan anak lelaki tuan punya guest house bernama Jong Man dan di situ kisah 'tutor' bermula. Di awal perkenalan mereka di mulai dengan bergaduh (biasa la ni kan dalam kebanyakkan citer komedi romatik mula-mula hero ngn heroin jumpa mesti gado)

 
Jong Man kemudian telah dipaksa dengan bapak dia untuk mengajar Junko bahse Korea sebab bapak dia dah terlebih amek duit sewa dari Junko. Sebagai balasan Junko mahu di ajar cakap Korea sebab Junko nak fluent cakap Korea supaya nanti senang nak bersembang dengan pakwe nya orang Korea iteww. Sebab Jong Man tak pueh ati kena paksa ajar Junko kelas bahse Korea, Jong Man ajar ayat-ayat yang tak senonoh kat Junko hingga dia mendapat malu di depan rakan-rakan sekuliah dan juga pensyarah.




Dan seterusnya saksikan citer ini sampai kesudahannya. Sangat lawak. Saya rasa lebih lucu dari My Tutor Friend 1.

dimeriahkan lagi dengan pelakon pembantu penghuni guest house yang happening...mat saleh tu pon tera cakap korea...kali ni tengok part makan dalam citer korea dah boleh imajin bau dan 
rasa dia macam mana hahaha
 
however adegan ni tak de lam pilem...ala adegan dalam winter sonata...adegan ni ada tengok promo kat tv Korea aritu...sekali takde lam movie lahh...
Selamat menonton.