Showing posts with label Ha Ji Won. Show all posts
Showing posts with label Ha Ji Won. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Empress Ki - Episode 1 & 2


Kalau kawin pakai crown gini pon cantik. Mekap simple gini pon dah nampak naik seri pengantin. 


Ternampak chenta hati lama di hari perkahwinan


Sabar lah ahjussi. Bunga bukan sekuntum


Asalnya seorang yang lasak. Terer menunggang kuda dan memanah. Identiti sebagai lelaki untuk mencari pembunuh omma nya.

Macam mana boleh jadi Empress Ki? 

Ni yang tengah nak tengok ni
Raja yang adil lagi hengsem, raja disembah. Kekeke

 Nota rakyat jelata : 

Tuko selera kejap dari citer moden hero pakai kot tangan masuk kocek ke citer chonaaa

Tuesday, November 23, 2010

Secret Garden - Episode 1


Episode 1 & 2 yang sangat mengujakan. Kaum hawa akak-akak, adek kakok, mokcik-mokcik pasti suka jalan citer macam ni termasuk lah saya. Huhu

Kita stori episod 1 dulu. Citer ala-ala Cinderela dan mungkin juga Chapalrela.

Hero seorang lelaki ada-ada yang sangat kaya raya, punya shopping komplek 5 bintang sendiri, pake kreta sport, rumah tersergam indah ditengah-tengah nak kata hutan tak hutan, yang terletak di pendalaman yang jauh dari hiruk pikuk jem dan pencemaran udara dan pastinya poket nya banyak wang mas. Dah la kaya hengsem plak tu. Dalam pada kaya raya dan hengsem, beliau masih single dan teruna barangkali. Mungkin sikap nya yang agak sedikit eksyen, dingin dan sukar di dekati, beliau masih belom berjaya dipikat oleh mana-mana perempuan.

Heroin pula seorang yang meskin, tinggal di rumah sewa yang kecik lagi murah. Seorang yang bersopan santun, berhemah, berbudi bahasa dan berdiri di atas kakinya sendiri. Indiependen kata orang. Zahirnya nampak lemah lembut tapi beliau seorang yang berhati waja. Gemarkan aktiviti lasak seperti bermain pedang dan melompat dari bangunan tinggi. Tiada boipren. Perwatakan nya agak sedikit tomboi dan ada tatu naga di lengan. Ganas, memang ganas.

Pembukaan citer. Lokasi rumah hero. Nak kata hutan bukan hutan kan. Nak kata semak bukan semak. Buah kesemak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan


Belah dalam. Duduk siang hari memang best, malam hari ambe tak berani. Jauh dari orang dan tiada pagar. Kiri kanan depan belakang berdindingkan cermin lutsinar. Kala malam bulan mengambang mungkin ada makhluk asing akan skodeng kita dari luar. Eeeiii serem y'all


Kim Joo Won nama nya. Seorang sajangnim (CEO) di sebuah komplek membeli belah bernama LOEL. Dekat-dekat dengan LOL haha

Ada sikit persamaan dengan watak dalam My Lovely Samsoon. Dalam Samsoon beliau fobia nak pandu kereta, dalam citer ni pula beliau fobia dengan lif. Kenapa ini terjadi? Masih lagi misteri rumah tua


Ini pula Oska, sepupu kepada Kim Joo Won. Seorang penyanyi popular. Bila dah popular tu kasanova la beliau


Menurut Oska, sepupu nya ini "hundred times more evil"

"If I buy a sport car, he has to buy a sport car store. If I buy a yacht, he would buy the land around that dock"

Dia lagi kaya daripada Abdul Wahab dan Abdul Wahib.


Gil Ra Im nama nya. Bertopi, berbaju tiset tiada bunga, berseluar yengki dan bertatu naga di lengan


Philip Lee sebagai Im Jong Soo. Majikan kepada Gil Ra Im. Mempunyai action studio sendiri

Konsert Oska yang dihadiri oleh Gil Ra Im, yang sangat meminati Oska.

Lagu nyanyian sendiri Secret Garden OST



Ambe suka dialog dia yang ni,

"Do you think we will get richer if we exploit people?"

Manager beliau suggest satu peraduan untuk menarik orang ramai sertai yang mana hadiahnya macam menipu orang awam dan beliau tidak bersetuju. Ala-ala konsep skim piramid gitu.


Perlu latihan supaya tidak cedera di kemudian hari



Mereka pon berlatih. Dressing sama. Apakah kerjaan beliau?



Pertemuan pertama atas suruhan Oska. Oska suruh jumpa orang lain, tapi beliau telah tersalah jumpa orang lain sebab pakai baju sama kat atas tu.


Di saat ini bunga-bunga kuch kuch hota hei berdesup ke dalam sanubari beliau buat pertama kali melihat heroin. Waktu ni Gil Ra Im sedang berlatih untuk watak aksi seterusnya.


Lantas beliau pon dah tahu apa pekerjaan perempuan itu

"You're a stuntman?"

"No, I'm a stuntwoman"


Keperihatinan mula menjelma tatkala melihat stuntwoman nya cedera


Lantas hero membawa heroin ke spital, namun heroin secara terangan me-rijek kebaikan hero itu dan tidak mahu ke masuk ke dalam spital untuk mendapatkan rawatan. Melihat heroin yang degil, hero pon bersuara seperti dialog di atas.

"Kau kenapa? Adakah kerna aku terlalu hengsem hingga buat kau menggeletar? Bukan salah ku dilahirkan hengsem sebegini"


Dipendekkan citer heroin mendapatkan rawatan juga di spital. Sewaktu heroin di dalam keadaan tidak sedar (tido), hero ternampak sesuatu yang membuat dia hangin.

Gil Ra Im pakai stoking ada gambar Oska hahaha. Tertulis "Oska forever". Beliau cemburu barangkali. However stoking tu comey skali. Lepas ni harus stoking tu laku ramai nak beli

GO Msia Kmusic Store, make sure lepas ni ada jual stoking Oska ni. Kekeke


Beliau dengan senyap-senyap menarik stoking tu dan buang ke dalam tong sampah. Menyampah melihat wajah kazennya yang menjadi pojaan wanita pojaan nya barangkali


Dialog femes dalam drama Korea. "Woi cik yah, ko mao mati kah?"


Bersambung barangkali

Nota sarung kaki Oska : 1st time guna sab Vikii. Tak sebest WITHS2 lah. 

***Kemas kini : 
Episode lain yang rajin diribiu







 

Wednesday, November 18, 2009

Haeundae (2009)






Untuk jalan citer terperinci sila baca di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Haeundae_(film)

Bagi citer tema bencana alam cam ni, rasanya lah, jalan citer jatuh nomo 2. Tarikan utama nya ialah kesan khas (spesel efek) yang ditonjolkkan dalam filem itu. Kita nak tengok segempak mana kah dia punya kesan khas itu.

Jika filem 2012 kisah mengenai dunia kiamat, ada tsunami, gempa bumi dan gunung berapi, filem Haeundae ini hanya fokus pada tsunami saja.

Ribiu 2012 boleh la anda gogel carik sendiri. Blog ni tak ribiu lah cite Hollywood sbb dah ramai rasanya pengulas blog citer Hollywood di luar sinun. Kita sini tumpu pada Korea saja lah ye dan jiran sebelahnya iaitu Jepun (kadang-kadang) dan Malaysia, jika ada tengok.

Mula-mula ambe ingat "Haeundae" ni bermaksud tsunami dalam bahse Korea. Rupanya bukan.

Haeundae ialah nama daerah di Busan/Pusan, Korea Selatan dan di Haeundae ni ada pantai yang terbesau di Asia katanya. Tapi ambe tak sempat lah nak pergi ke Haeundae dulu. Hanya lepak di kawasan Changwon saja untuk tamatkan 3 hari terakhir yang hazab di Korea hahaha. Busan destinasi terakhir.



Seperti yang tertera di gambarajah atas, "Haeundae has one of the biggest beaches in Asia"


Ha Ji Won. Adakah beliau dipilih sebab tajuk filem bermula dengan 'Ha' jugak? Ha Ha Ha


Filem ini menggunakan dialek Busan sepenuhnya sebab shooting kat Busan. Dialek Busan ni berbeza dengan Seoul. Bunyik dia macam kasar sket. Perkataan pon ada beza. Contoh perkataan yang berjaya di-spot :

"Wae" jadik "Wa" (Kenapa)

"Chaka-man-nyo" jadik "Chaka-man-nye" (Nanti sekejap)



Antara tanda-tanda tsunami. Burung-burung kelam kelibut berterbangan di udara. Ada satu lagi tanda, ikan-ikan timbul lam laut kan?


Tsunami datang


Omo











Akak berbikini ni pon kelam kelibut berlari mahu menyelamatkan diri


Tersangkut dalam lif. Ottoke?


Antara adegan yang menyedihkan. Adegan di tengah-tengah laut. Petugas penyelamat tengah selamatkan mangsa naik helikopter. Skali tali nak putus sebab tak boleh menampung beban 2 orang. Petugas itu iaitu aktor Lee Min Ki nama nya, suka rela mengorbankan nyawa nya dan terjun ke laut dalam. Uwaaa. Inilah wira negara sebenar yang kita carik tuan direktor.


Tak larat tengok Manager Ma dalam ni. (Manager Ma dari You're Beautiful)


Selepas tsunami

Sekiranya kita sendiri yang ditimpa tsunami, agak-agak apa yang kita akan lakukan ya?

Ambe rasa ambe pon tatau nak buat apa. Perkara ni tak terjangkau dek fikiran.

Panik, tergamam, menangis, mengucap dan berserah, barangkali.

"DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali"

Friday, August 22, 2008

Filem : Babo / Fool (2008)



Synopis

Once a very bright boy, Sung-ryong had an accident and now he is in late 20s with the mind of a six year old. He is very forgetful, but he has never forgotten his first love Ji-ho. Other half of Sung-ryong’s dumb mind is occupied with his only family – younger sister Jee-in. To take care of her, Sung-ryong sells toasts in front of Jee-in’s school. But Jee-in is embarrassed of her idiotic brother and ignores him. And Sang-soo is Sung-ryong’s old friend who understands Sung-ryong’s innocent mind. But he inevitably falls to the world of gangsters. Ji-ho is still in her slump, Jee-in falls sick and Sang-soo gets involved in a bloody dispute. But all of their agonies are miraculously saved by Sung-ryong in a way nobody has forseen.

Cast : Cha Tae Hyun, Ha Ji Won

"YAHHHHHHHHHH...babo yahh? Bichosoo...aigooo...."

Mesti anda penah dengar dialog amarah itu dalam citer Korea yang bermaksud,

"Woii ko bodoh eh? Gilaa eh? Nak mati? Haaaah?"

 
Hehehe

Citer ini mengisahkan seorang pemuda yang 'babo'. Babo bermaksud bodoh. Tapi dalam citer ni babo lebih membawa arti kurang cerdik atau kurang normal sebab masa dia kecil dulu dia mengalami kecederaan yang telah menyebabkan urat saraf otak nya cedera. Oleh itu bila dah besau dia bersikap babo. Tapi walaupun dia seorang yang babo tetapi dia adalah seorang yang berdikari. Pandai mencari duit dan simpan duit.


di gerai nya...


Watak pemuda babo ini dibawakan oleh aktor versatile iaitu Cha Tae Hyun sshi (hero My Sassy Girl itew) bersama aktress Ha Ji Won sshi. 2 orang pelakon ngetop Korea. Citer ni diadaptasi dari novel.

Mengisahkan Sung-ryung yang tinggal bersama adik perempuannya. Mak dan bapa mereka telah meninggal dunia. Sebelum mati mak Sung-ryong pesan suruh jaga adik.

"Hanya kau yang mampu jaga adik Ryong. Omma serahkan adik di bawah penjagaan kau. Ingat Ryong jaga adik kau baik-baik"

Antara kata-kata wasiat mak Sung-Ryong sebelum meninggal.

adik Sung-ryong

Adik Sung-ryong bernama Jee-in dan masih bersekolah. Bagi memantau dan menjaga Jee-in dari kejauhan, Sung-ryong membuka gerai menjual roti bakar berhampiran sekolah Jee-in. Sung-ryong tidak berani berdepan dengan adiknya secara serampang ampat mata kerana adiknya tidak suka akan Sung-ryong. Jee-in malu berabangkan Sung-ryong, yang comot lagi jarang mandi itu. Hehehe.

tiang TNB menjadi saksi skodeng Sung-ryong di depan umah aweks nya


Walaupun babo, Sung-ryong ada minat dengan sorang aweks kat kampung dia. Aweks itu ialah kawan masa dia di sekolah rendah. Setiap hari dia akan pergi skodeng kat umah aweks itu untuk melihat aweks itu. Tak dapat tengok muka, dapat tengok balkoni umah pon jadi lah. Dan sehingga la mereka menjadi kawan baik bila dah dewasa selepas aweks itu pulang belajar dari luar negara.


aweks pojaan Sung-ryong...Ji Ho

Ending : Sedih. Benciiikkk.

'Twinkle twinkle little star...how i wonder what you are...'
- lagu kegemaran Sung-ryong

Photobucket
Popular Hallyu Production Award
Cha Tae Hyun (Babo / Fool)
@ The 45th Grand Bell Awards (2008 Daejong Film Festival)