Showing posts with label Cha Tae Hyun. Show all posts
Showing posts with label Cha Tae Hyun. Show all posts

Friday, December 06, 2013

The Grand Heist (2012)


Duk-Moo (Cha Tae-Hyun) is the son of a nobleman, but he is also the son of a concubine. Due to the laws and customs of the Joseon Period, Duk-Moo is unable to to get a government position due to his mother's background. Because of this, Duk-Moo is a book seller in a traditional market. At this time, ice is a high priced commodity and controlled by the royal family. The most powerful nobleman of the era, Jo Myung-Soo (Nam Kyeong-Eup), wants to have exclusive rights to all of the ice. To accomplish his goal, Jo Myung-Soo needs to get rid of Duk-Moo's father, who is his rival, and Dong-Soo (Oh Ji-Ho), a public officer in charge of the "Seobinggo" (ice warehouse). 

With his plan in place, Duk-Moo's father and Dong-Soo are exiled. Duk-Moo now hatches his own plan to get rid of Jo Myung-Soo. Duk-Moo comes up with the idea to steal all the ice stored in the Seobinggo. In order to accomplish this brazen heist, Duk-Moo recruits the top experts in specific fields needed to steal the ice. With his team now set together, they set out to to make the heist of their lives. 

Sila baca sinopsis atas ni dulu yach.

Baca sinopis atas tu dah boleh tahu keseluruhan jalan citer. 

Ribiu selanjutnya. 

Agak unik jalan citer dia yak itu berkenaan dengan ais. Skandal ais, kepentingan ais di zaman itu, monopoli harga ais oleh menteri yang jahat, menteri yang jujur dan amanah di singkirkan dan seterusnya.


Di sebuah kampung pada zaman ini, ais memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian penduduk kampung terutama dalam hal-hal kesihatan di mana ais dapat menyembuhkan demam. 

Wanita yang miskin ni pergi meminta sedikit ais dengan penjaga gudang ais yang macho ini bernama Dong Soo.

"Anak ini demam dan memerlukan ais. Tolong laaa"

*Tuhan tolong lembutkan hati diaaaa...* sambil nyanyi di dalam hati

"Maaf aku tidak boleh bagi ais sewenangnya sebab ini peraturan."

Berlalu la wanita itu dengan hampa.


Permintaan wanita itu telah dicuri dengar oleh lelaki ini. 

"Ayuhlah pak, beri la dia sedikit ais" kata beliau dari jauh

Mintak cara baik tak bagi, selepas itu beliau tolong curikan sedikit ais untuk diberikan kepada wanita itu. Wanita itu adalah pojaan hatinya di dalam diam.

Lelaki ini bernama Duk Moo dan pekerjaan beliau sebagai tukang jual buku di kedai buku miliknya.


Tempat di mana ais diproses


Selepas bapa Duk Moo disingkirkan oleh menteri yang jahat yang mahukan hak ekslusif penjualan ais, Duk Moo telah men-rencana satu plan mahu menyingkirkan menteri yang jahat itu pula. Dia mahu bekerjasama dengan Dong Soo (bekas penjaga gudang ais Diraja), yang sedang jogging ditepi pantai itu.

Tapi Dong Soo bilang dia mahu bunuh siapa yang telah menganiyakan beliau sehingga beliau dipecat dari jawatan penjaga gudang ais. 

Duk Moo bilang pertumpahan darah tidak bisa menyelesaikan permasalahan ini. Masalah ini harus di tewaskan dari akar umbinya. 

Plan itu ialah mencuri ais sewaktu hari ulangtahun Raja dan memerangkap menteri yang jahat itu di atas kesalahan menyalahgunakan ais seperti meletakan harga yang tinggi dan sebagainya. Sebab dia dah dapat hak ekslusif jadi harga ais ikut suka dia nak letak berapa.


Begini la scenarionya. Hanya orang ada-ada yang dapat melihat ais sekaligus dapat makan ais kacang.

Macam nak baling ais ketul kat ahjussi yang belah kiri tu.


Untuk menjayakan rencana itu Duk Moo harus bekerjasama dengan beberapa pakar seperti pakar bahan peledak (bom). Beliau merupakan pakar meletopkan bom negara. Tapi telah dipecat sebab masalah pendengaran. Lain orang cakap lain yang dia buat. 

Ala-ala macam adegan ni

"Siti dah tinggalkan kami dua beranak"

"Abu, Abu bilanya Siti bunting? Tau tau dah beranak"

Satu terowong bawah tanah akan digali menuju ke bilik yang menempatkan ais.


Sorang lagi pakar iaitu perompak makam. Dia ni pakar gali kubur Maharaja China dari bawah tanah untuk mencuri emas yang ditanam bersama mayat. Dan sekarang dia diburu oleh Kerajaan China kerana maling.

Bermula la kerja-kerja menyekop tanah. 
 
Diskas punya diskas Duk Moo dapat perkhabaran bahawa ada emas yang hilang di zaman Raja dulu disembunyikan di dalam istana. Dan Duk Moo mahu mereka mencuri emas itu sekali bersama-sama ais.


Brader ni marah sebab mereka dah berjanji tidak akan menyentuh harta-harta Ismet Ulam Raja..eh harta-harta kepunyaan Raja / harta negara tapi Duk Moo tetap mahu meneruskan rencana nya.

Jujur betul dia ni. 

Dah la jujur, hengsem pulak.

*Jujur la sayang, aku tak mengapa...*


Seterusnya mereka berjaya mencuri blur print istana untuk mengetahui di mana bilik ais yang sebenar. Tetapi di dalam pelan lakaran tiada menunjukkan sebarang petunjuk. 

Lalu marahlah perompak makam itu. 

Bagaimanakah mereka nak tahu lokasi bilik ais itu? Menggunakan firasat perompak makam itu sebab dia pro bab-bab ni.


 Cha Tae Hyun dan komedi tidak dapat dipisahkan

Akhir sekali semuanya ok. Kalau anda tengok citer ni mesti akan ingat sign "ok" yang dibelajar dari luar negara iaitu Belanda. Hehehe

Saya dapat info mengenai citer ini melalui penulis buku femes ini  Dingin (Encik Bahruddin Bekri) di fesbuk beliau. Beliau telah menonton citer ni dan ulas sikit di fesbuk nya dan saya pon gigih mencari di torrent sebab hero dia Cha Tae Hyun hehehe

Thursday, May 21, 2009

Filem : Speed Scandal (2008)




Synopsis

Mid 30's Nam Hyeon-su is a popular radio d.j. and entertainer (who was even more popular in his younger days as a teen idol). One day, Hwang Jeong-nam suddenly appears and tells Hyeon-su that he is her father. Furthermore, she informs him that he is now a grandfather to her young son, Ki-dong.Jeong-nam then follows Hyeon-su everywhere he goes. This causes the media to take notice and mistakenly identify Hyeon-su and Jeong-nam as a couple. A complicated scandal then erupts.

Cast : Cha Tae Hyun, Park Bo Young, Wang Seok Hyun

Credit http://asianmediawiki.com/Speed_Scandal

Citer ni klako banget u ols. Cha Tae Hyun mana tak klako kan. Tengok muka dia je dah boleh gelak. Muka komedi. Tambah komedi bila terbayang-bayang wajah dia pakai topeng dalam filem Highway Star sebab malu jadi penyanyi trot.

Dalam citer ni dia malu jugak sebab tiba-tiba menjadi 'datuk' di usia yang muda. Bukan datuk macam Datuk K atau Datuk S, tapi datuk yang ada cucu. Tiba-tiba dia yang masih bujang ada anak dan cucu. Dari manakah datang nya mereka ini? Lantas keadaan menjadi hingar bingar. Hingar di umah dia je lah. Maka macam-macam lah dia buat untuk menutup malu dia

Citer ni meletop di box office semasa tayangan di panggung pada tahun lepas. Tiada sapa menyangka, tiada sapa menduga bahawa citer filem ini akan meletop. Berjaya memungut kutipan berjuta-juta Won dalam masa beberapa minggu. Adakah sebab jalan citernya kah, mungkin sebab tarikan Cha Tae Hyun kah, atau mungkin sebab 'Hwang Ki-dong' kah yang menarik penonton untuk ke panggung? Kena lah tanya warga Korea

Jalan citer dia biasa saja dan tidak bersesuaian dengan budaya kita di sini iaitu tema dia anak luar nikah. Skrip dan lakon layar dia yang gedebas



Seorang pemuda bernama Nam Hyun Soo (pas ni dikenali sebagai Incik Nam) yang bekerja sebagai DJ radio. Agak pemes jugak dia ni sebab selain menjadi DJ beliau juga berlakon iklan. Kemudian satu hari dia didatangi oleh seorang ibu tunggal muda bersama anak lelaki nya berusia 5 tahun, mengaku bahawa Incik Nam adalah bapa nya. Bertekak punya bertekak akhirnya Incik Nam tingat bahawa masa dulu Incik Nam pernah melakukan hubungan sulit dengan seorang wanita yang 5 tahun senior dari nya di kolej. Incik Nam tidak menyangka bahawa hubungan sulit nya itu membuahkan hasil.

Itu satu hal. Kemudian perempuan itu, anak luar nikah Incik Nam pulak ada anak lelaki yang juga hasil hubungan sulit dengan boipren dia. Maka lahir la Hwang Ki-dong yang comey itu. Berapa banyak anak luar nikah daa. Aigoo.

Dipendekkan citer, Incik Nam tidak puas hati dan pergi buat DNA test dan keputusan DNA ialah 100%. Sebagai seorang DJ popular dan selebreti (sbb blakon iklan) Incik Nam takut jika perkara ini dapat dihidu oleh wartawan, maka reputasi nya sebagai seorang selebreti yang bersih dan suci dari skandal dan kontrobesi akan terjejas. Incik Nam pon sedaya upaya cuba untuk cover line agar hal itu tidak tersebar di dalam konti. Di samping itu beliau juga kawatir saham beliau sebagai DJ teruna yang segak bergaya akan jatuh merundum dan tiada aweks yang mahu berkenalan dengan beliau jika dapat tahu beliau mempunyai seorang cucu dan berstatus 'datuk' atau haraboji dalam bahse Korea

Filem ini berjudul Speed Scandal sebab Incik Nam mempunyai skandal dalam masa yang singkat. Terlampau speed terus ada cucu skali gus. Hehehe


Nam Hyun Soo sedang mengendalikan segmen beliau bertajuk 'Nam Hyun Soo Afternoon Program'. Objektif program ni adalah untuk memberi motivasi dan menyelesaikan masalah pendengar. Satu hari ada sorang ibu tunggal ni tepon. Tanya pendapat harus kah dia berjumpa dengan ayah nya yang setelah sekian lama tak jumpa. Bak lagu Zur Eda Lama Tak Jumpa. Sejak lahir dia tak pernah jupe ayah dia. Sekali DJ pon kata "You should go look for your father". Dia tak tahu yang dia lah father itew. Kekeke


Yang baju merah tu wartawan. Wartawan ni keje dia membongkar skandal selebreti. Sekali dia kata kat Incik Nam "Wah u ols ni bagus ya tak de skandal setakat ni. Pandai u ols cover line ya"

"Mana mak ada semuyikkan skandal nyah. U ols jangan nak tuduh-tuduh. U ols cipta satu skandal buat mak. Mak nak gak mrasa dok muka depan surat kabo opss " Incik Nam bermulut tak de insuran yang nak berskandal


Sekali skandal pon datang. Sorang budak pompuan bernama Hwang Jung Nam mengaku anak nya dan mahu menetap bersama-sama nya. Siap ada cucu sekali. Cucu itu bernama Hwang Ki-dong atau Gi-dong pon sama gak. "Anyeong Ki-dong ah"


Ampeh nya haraboji makan sorang-sorang. Sian Ki-dong 


Jung Nam ni minat menyanyi dan stesen radio itu ada terbit satu rancangan mencari bakat baru dan dia pon pergi la ujibakat. Cuak la bapak itu bila Jung Nam pi ujibakat kat stesen radio dia. Balik rumah Jung Nam di suruh balik kampung. Incik Nam pon bebel la kat Jung Nam "Kau pegi nyanyi sapa nak jaga anak? Bla bla bla...pesal ko takde etika ni? Wae? Ottoke" Incik Nam pok pet pok pet

"Mungkin sebab saya membesar tanpa ayah" Jung Nam kasi satu smash ke Incik Nam.

Nama anak Jung Nam, nama bapak Incik Nam. Jangan konpius yach. Mak dia mungkin Kak Nam kot keke


Sekali Jung Nam bagi cadangan nak hantar Ki-dong ke tadika. Tapi sebelum pi tadika kena apal hiraki kaum keluarga. Incik Nam tamau di kenali sebagai 'datuk'. Hahaha lawaks. Jenuh lukis datuk ada 3 orang anak lelaki. Anak kedua ialah bapa Incik Nam.


Sebelum daftar di tadika, depa prektis lagi sekali

"Who am I?"

"Samchoon yo (pakcik)"


"Pakcik belah mana?"
"My dad's grandpa's second son's son"
Tak larat

Atas, Ki-dong frust sebab ada sorg awek tu tanak kawan ngn dia kat tadika. Posing ala-ala model lelaki kecewa yang awek dia lari ikut balak lain dalam video klip lagu jiwang tahun 80an kan hahaha. Kat pusat karaoke banyak video klip dedolu posing ginih

Bawah, Ki-dong ngn haraboji main game terup 'go stop'. Incik Nam tanya Ki-dong, kat tadika ada tak sapa-sapa tanya dia anak sapa. Kalau ada jawab macam yang dah prektis tu


Haraboji kalah ngn Ki-dong


Kat skola Ki-dong jadi spy Incik Nam sebab Incik Nam nak ngorat cekgu sekolah Ki-dong haha
 

Kemdian ada satu insiden buat Incik Nam sangat amaroh dan halau depa 2 keluar rumah. Sayu je Ki-dong mau berpisah dengan haraboji



Kemdian dipendekkan cite Ki-dong hilang. Jung Nam meraung-raung sebab Ki-dong hilang dan inform Incik Nam. Mula-mula Incik Nam buat tak tahu je. Kemudian mereka berdua repot polis atas kehilangan Ki-dong

Kat balai polis, polis dapat maklumat mengenai Incik Nam dan Jung Nam dari Ki-dong. Ki-dong plak buat repot polis kehilangan mak

"So you're Hwang Ki-Dong's father's grandfather's second son's son?" 



"And you Hwang Ki-dong's eldest uncle's daughter's older sister?!"

"What de hell" Pak polisi pening kepala. Sebab Incik Nam dah ajar Ki-dong cam tu kalau orang tanya haha


Aigoo sian dia. Sebenarnya Ki-dong tak hilang. Ki-dong disemuyik kan sebentar oleh wartawan yg baju merah atas tu sebab nak korek skandal Incik Nam. Wartawan tu dapat gosip mengatakan Incik Nam ada pompuan simpanan 


Keluar la front page kisah skandal Incik Nam 
 


Ending mereka 3 generasi menyanyi gumbira di hari raya. Ki-dong main piano. Filem ini kabarnya bakal di-remake oleh Hollywood. Nanti kita tengok Ki-dong versi Hollywood comey ke idak.

OST
1. Because I Love You by Cha Tae Hyun
2. Free Time by Park Bo Young

INFO : Park Bo Young
1. Beliau blakon dengan Lee Min Ho dalam filem Our School E.T
2. Beliau memenangi New Best Actress Film di Baeksang Awards menerusi filem ini

Friday, August 22, 2008

Filem : Babo / Fool (2008)



Synopis

Once a very bright boy, Sung-ryong had an accident and now he is in late 20s with the mind of a six year old. He is very forgetful, but he has never forgotten his first love Ji-ho. Other half of Sung-ryong’s dumb mind is occupied with his only family – younger sister Jee-in. To take care of her, Sung-ryong sells toasts in front of Jee-in’s school. But Jee-in is embarrassed of her idiotic brother and ignores him. And Sang-soo is Sung-ryong’s old friend who understands Sung-ryong’s innocent mind. But he inevitably falls to the world of gangsters. Ji-ho is still in her slump, Jee-in falls sick and Sang-soo gets involved in a bloody dispute. But all of their agonies are miraculously saved by Sung-ryong in a way nobody has forseen.

Cast : Cha Tae Hyun, Ha Ji Won

"YAHHHHHHHHHH...babo yahh? Bichosoo...aigooo...."

Mesti anda penah dengar dialog amarah itu dalam citer Korea yang bermaksud,

"Woii ko bodoh eh? Gilaa eh? Nak mati? Haaaah?"

 
Hehehe

Citer ini mengisahkan seorang pemuda yang 'babo'. Babo bermaksud bodoh. Tapi dalam citer ni babo lebih membawa arti kurang cerdik atau kurang normal sebab masa dia kecil dulu dia mengalami kecederaan yang telah menyebabkan urat saraf otak nya cedera. Oleh itu bila dah besau dia bersikap babo. Tapi walaupun dia seorang yang babo tetapi dia adalah seorang yang berdikari. Pandai mencari duit dan simpan duit.


di gerai nya...


Watak pemuda babo ini dibawakan oleh aktor versatile iaitu Cha Tae Hyun sshi (hero My Sassy Girl itew) bersama aktress Ha Ji Won sshi. 2 orang pelakon ngetop Korea. Citer ni diadaptasi dari novel.

Mengisahkan Sung-ryung yang tinggal bersama adik perempuannya. Mak dan bapa mereka telah meninggal dunia. Sebelum mati mak Sung-ryong pesan suruh jaga adik.

"Hanya kau yang mampu jaga adik Ryong. Omma serahkan adik di bawah penjagaan kau. Ingat Ryong jaga adik kau baik-baik"

Antara kata-kata wasiat mak Sung-Ryong sebelum meninggal.

adik Sung-ryong

Adik Sung-ryong bernama Jee-in dan masih bersekolah. Bagi memantau dan menjaga Jee-in dari kejauhan, Sung-ryong membuka gerai menjual roti bakar berhampiran sekolah Jee-in. Sung-ryong tidak berani berdepan dengan adiknya secara serampang ampat mata kerana adiknya tidak suka akan Sung-ryong. Jee-in malu berabangkan Sung-ryong, yang comot lagi jarang mandi itu. Hehehe.

tiang TNB menjadi saksi skodeng Sung-ryong di depan umah aweks nya


Walaupun babo, Sung-ryong ada minat dengan sorang aweks kat kampung dia. Aweks itu ialah kawan masa dia di sekolah rendah. Setiap hari dia akan pergi skodeng kat umah aweks itu untuk melihat aweks itu. Tak dapat tengok muka, dapat tengok balkoni umah pon jadi lah. Dan sehingga la mereka menjadi kawan baik bila dah dewasa selepas aweks itu pulang belajar dari luar negara.


aweks pojaan Sung-ryong...Ji Ho

Ending : Sedih. Benciiikkk.

'Twinkle twinkle little star...how i wonder what you are...'
- lagu kegemaran Sung-ryong

Photobucket
Popular Hallyu Production Award
Cha Tae Hyun (Babo / Fool)
@ The 45th Grand Bell Awards (2008 Daejong Film Festival)

Friday, December 14, 2007

KDrama : Flowers for My Life (2007)



Synopsis
 
Na Hana loves money more than anything. She left her home town for Seoul. She decided that the only way she could be with money is to marry a rich man who will die soon. She soon meets Yoon Ho Sang, a young man who is a poor, troublemaker, and also loves money, but is in diguise of a very rich man who died. these two meet and soon love sparks but Ho Sang has a serious cancer problem which he first lied to a man who he owes money to.


Cast : Cha Tae Hyun , Kang Hye Jung , Kim Ji Hoon , Gong Hyun Joo

Total episode : 16

Credit : WikiDrama




praktikal jadi mayat


Citer ni bertemakan "kematian" dan best jugak untuk ditonton sebab agak kelainan dalam jalan citer nya. Ada banyak adegan kematian dalam citer ni yang memberi kesan yang berbeza pada yang hidup dan juga yang bakal mati. Bagaimana mereka yang hidup menerima hakikat bahawa orang tersayang mereka telah mati. Bagi hero yang memegang watak insan yang bakal mati tidak lama lagi akibat barah, dapat membayangkan suasana sekeliling apabila dia sudah mati kelak.

Ibu dan bapa heroin menguruskan sebuah kedai yang menguruskan jenazah orang mati. Tentunya banyak adegan mati, ye tak. Hehe.

Profession ibu bapa heroin menguruskan mayat orang mati telah memberi kesan pada tumbesaran heroin. Heroin menjadi seorang yang keras hati, tiada perasaan, tidak ada perasaan sedih, air mata dia payah nak keluar walau menghadiri upacara pengkebumian. Heroin juga tidak mempunyai kawan sebab kawan-kawan lain takut dia ni pembawak suwey orang mati dll.

Kemdian heroin menjadi seorang yang mata duitan dan mahu bertemu jodoh dengan orang kaya yang mempunyai penyakit kronik yang bakal mati. Lepas mati dia akan mewarisi semua harta-harta suaminya. Untuk tujuan itu dia bekerja di hospital sebagai jururawat untuk mencari mangsa-mangsa yang dapat merealisasikan impian dia.




Kemdian dia dapat mengenal pasti mangsa iaitu hero, yang telah disalah anggap sebagai orang kaya dan mengidap kanker pancreas. Heroin lantas cuba mengorat hero sampai dapat sampai hero terjatuh hati dengan heroin dan mahu berkahwin dengan hero. Hero dengan moskel merasa rimas dengan kehadiran heroin yang tidak jemu-jemu mengikuti nya di mana jua dia berada dan berkata di dalam hati 'Apsal pompuan sewel ni tetiba syok kat aku nih?' Hero telah menggelarkan heroin sebagai 'chewing gum' sebab heroin sentiasa melekat di sisi hero tidak kira waktu dan masa.

Hero tidak mengetahui bahawa heroin mendekati nya sebab hanya mahu akan harta nya, bukan kerana wajahnya yang nak kata ensem tak de la ensem sangat. Nak kata tak ensem plak, tak de la buruk sangat. Sederhana manes je la wajahnya. Dan heroin pula tidak tahu yang hero miskin papa kedana satu sen haram takde. Ye bagus kedua nya saling tidak tahu menahu tetapi kita penonton tahu haha. Ada salah paham di sini ya. Apa kah salah faham itu? Anda kena lah saksikan.



ending dia ala-ala buat kenduri untuk si mati...kemdian mereka yang mati pon datang join kenduri skali...mati idop semula hehe

Berbalik pada kisah hero pula.

Hero dalam citer ni hidup sebagai 'orang yang telah mati'. Bagaimanakah itu? 'Mayat' hero dijumpai oleh orang kampong dalam suatu kebakaran dikampung nya. Tapi yang sebenarnya mayat orang lain. Oleh kerana hero telah 'mati', maka dia pergi ke sebuah kampong lain yang kebetolan kampong heroin dan menetap bersama keluarga heroin iaitu bakal keluarga mertua nya. Kang kalu nak eksplen yang dia maseh hidup, panjang lak citer nya. Di samping itu dia berjaya lari dari pengutip hutang dengan identiti nya sudah mati. Hero ada pinjam wang ceti dan belom langsaikan lagi.

Saya suka part transformasi watak heroin dari seorang pompuan yang tiada hati dan perasaan berubah menjadi wanita yang ada sifat kasih sayang dan menghargai orang-orang disekeliling nya dan menghargai kehidupan yang dimilki nya.

Perkara yang boleh dipelajari melalui drama ini ialah :

Andai kita mendapat tahu ada di antara ahli keluarga tersayang kita mengidap penyakit kronik yang akan mati dalam jangka masa terdekat, menangis, bersedih, meraung, putus harapan, risau, bukan jalan penyelesaian. Sebaiknya berbuat sesuatu yang menggembirakannya dan kita pon rasa gembira untuk kali terakhir pada si pesakit itu.

Sebalik nya jika tidak mendapat klue atau petunjuk terlebih awal akan kematian seseorang itu, mungkin bole ikut gerak hati dan tidak bertangguh-tangguh jika mahu melakukan sesuatu supaya kita tidak menyesal sepanjang hayat kita hidup.

Sebagai contoh, jika mahu melawat orang sakit di hospital, jangan tangguhkan melawat. Mana tahu mungkin itu kali terakhir yang kita akan berjumpa dengan dia.

Tapi jika anda berhasrat mahu kemping di Gunung Nuang tapi dipospon-pospon kemping tidak mengapa sebab takkan lari gunung dikejar. Ye tak. Huhuhu

"Setiap yang hidup pasti akan mati" sebab diri kita adalah milikNya. Enitaim Dia bole mengambil milik nya kan.

Cha Tae Hyun as Yoon Ho Sang / Wang Dae Bak

Tak bole tengok muka dia ni la, mesti mau gelak dulu. Sederhana je kan muka dia? Dulu tak suka kat hero ini masa citer Prince 1st Love sebab minat dengan hero sorang lagi. Lepas citer Highway Star tersuka plak hahaha Macam biasa la lakonan dia outstanding untuk watak bukan komedi kali ni walaupun wajah beliau lebih sherashi dengan watak komedi. Antara hero yang versetile.

Yang pasti suara nyanyian dia best. Bole dengar sini nyanyian beliau dalam pilem Highway Star
 

Kang Hye Jung as Na Ha Na


1st time blakon dalam drama dalam arena seni lakon beliau kurang lebih 8 tahun. Sebelum ni dah 2 kali tengok dia blakon watak pompuan sakit mental atau pompuan terencat akal iaitu dalam filem Welcome to Dongmokgol (menang supporting aktress) dan Herb (calon Best Aktress dalam 6th Korean Film Awards yg lepas)

 
Di awal-awal episode, watak dia ala-ala pompuan terencat tak normal sket tengok. Dalam hati saya berkata, 'Huk ala dia ni muka terencat po?' Bukan mengejek orang terencat akal tapi nak tengok dia dalam watak yang berlainan. Tapi sekiranya u all tak tengok lagi 2 pilem tersebut mungkin tidak nampak kesamaan.


Kemudian baru la watak dia berkembang dan mekar seindah bunga di taman.



Kim Ji Hoon as Go Eun TakDia ni pon kendo jugak. 1st time tengok dia. Sebagai pekerja pembantu menguruskan jenazah mayat.

Ji Hoon juga namanya selepas Jeong Ji Hoon (Rain), Lee Ji Hoon (hero Hello Miss), Joo Ji Joon (hero Goong) dan Bi Hoon (goreng pon sodapppp)



Gong Hyun Joo as Oh Nam Kyung

Sebagai kawan baik hero dan bekerja sebagai anggota Rescue 119. Hero syok kat dia tapi dia dah bertunang. Jelita juga wajahnya kan.

Bapak heroin

Pelakon watak mak favourit saya. Kalau dia marah anak kan macam kena rasuk hantu setan dalam badan kan. Yo yo an je kan. (Antara nya dalam kdrama Sorry, I Love U & Wonderful Life & of course dalam Capital Scandal sebagai Madam Sachiko...bravo hahaha)

 

Dia ni pulak pelakon watak bapak favourit saya haha. Donno why tapi hampir kesemua lakonan dia mencuit hati saya dengan muka-muka dia skali mencuit hati. Dalam citer ni dia bapak 2nd hero.

OST : Citer ni tak de official OST sebab banyak menggunakan lagu omputeh sebagai muzik latar. Antara nya lagu 74, 75 yang dinyanyikan oleh band Amerika The Connells

Akhir kata, citer ni best pada saya sebab jalan citer dia, then ada hero kesukaan dan ada 2 plakon veteran peberet ada dalam citer ni hehehe