Showing posts with label Wang Seok Hyun. Show all posts
Showing posts with label Wang Seok Hyun. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

KDrama : My Fair Lady (2009)



Synopsis

Of the high-rolling top 'hot celebrities' of the wealthy upper class in Korea's high society, Kang Hye Na is the one desired by the men, feared and hated by the women. Being the only successor to the largest conglomerate company, Kang San Group, Kang Hye Na has both the looks and the background. She is the owner of the ‘Lady Castle’ and lives a ‘princess-like’ life with her servants.

Total episode : 16


Drama ni ambe ada ribiu sikit sampai episode 6.


Seterusnya macam biasa la sekerat jalan disebabkan faktor masa tidak mencukupi, faktor mim alif lam sim dan faktor-faktor persekitaran yang sewaktu dengannnya. Cheoseong hamnida

Ribiu terakhir untuk di-wrapkan di masukkan di dalam arkib ribiu kdrama koleksi waiem.belogsepot. Nanti bila dah tua dah pencen, boleh baca balik ribiu-ribiu yang telah ambe buat sewaktu berkecimpung di dalam alam blogging suatu masa dahulu. Boleh cite kat anak cucu atau anak buah ke nnti. Hehe

Gigolo terhangat di pasaran tahun 2009

Rasanya ramai dah tengok cite ni. Kisah seorang gigolo esmem yang menjadi pembantu rumah (butler) di sebuah rumah orang kaya. Ada yang kata citer ni Boys Over Flowers versi pompuan.

Boys Over Flowers - lelaki kaya jatuh cinta sama pompuan miskin

My Fair Lady - pompuan kaya cinta sama lelaki miskin

Dia terbalik kot. Walaupun basic jalan citer dia sama tapi banyak yang tak sama. Drama ni juga termasuk dalam kategori biasa-biasa juga sebab jalan citer dia kita dah boleh agak. Sebuah drama komedi ringan untuk tontonan seisi keluarga di masa lapang

Kali ni kita cite adegan-adegan pilihan dlm drama ni dalam episode 7 ke atas

Dalam episode 7. Suka adegan ni sebab penghayatan Moon Chae Won (Eui Joo) sangat bagus ketika ini. Eui Joo menangis di dalam kereta Lee Tae Yoon selepas pulang berjumpa dengan Dong Chan di rumah Haena. Ayor mata tidak dapat ditahan lagi sebab terlalu sebak. Lee Tae Yoon menjadi kaget sebab tiba-tiba Eui Joo menangis.

"Eui Joo sshi, wae gere? Wat hapen? Apa telah terjadi? Adakah sesuatu telah berlaku antara kau dan Dong Chan??"

"Kwenchanayo. Tak apa-apa. Can I just cry for a little while?" kata Eui Joo dan Eui Joo pon menangis lah.

Beliau menangis bukan sebab cinta nya ditolak tapi sedih bila mengenangkan nasib Oppa Dong Chan yang terpaksa menjadi hamba di rumah Kang Haena sebab nak bayar hutang.

Disamping itu scenery di luar kereta sungguh cantik dikelilingi pokok-pokok nan hijau alam semulajadi ciptaan Ilahi.

Juga dalam episode 7. Masa ni Dong Chan sedang ajar Haena naik beskal. Dong Chan sebak sebab akan meninggalkan Kang Haena. (Brape banyak adegan pilihan sebak daa) Lepas ni dia tak dapat ajar Haena naik beskal lagi. Lirik lagu tu kena dengan wajah Dong Chan pada ketika itu "Even so for now...goodbye" Goodbye Kang Haena. Sob sob.

Dalam episode 13. Suka gak adegan ni. Ala suwit gitu hehe. Sekali lagi kena dengan lirik lagu. "Even if it hurts, I keep you in my heart". Waktu ini chentar dihalang oleh haraboji tetapi mereka tetap lena tidur, makan kenyang dan mandi juga basah.

Para pelakon nya pula :


Yoon Eun Hye as Kang Hye Na


Yoon Sang Hyun as Seo Dong Chan


Jung Il Woo as Lee Tae Yoon

Tak sangka pula beliau jadik hero kedua selepas jadi hero pertama dalam Return of Iljimae


Moon Chae Won as Yeo Eui Joo

Drama kedua beliau yang saya tonton selepas Painter of the Wind

Tahukah anda beliau pernah berlakon bersama Lee Min Ho? Rucci tau la ni. Ambe ingatkan dia ni heroin baru. Rupanya tidak. Beliau pernah berlakon disamping Lee Min Ho di dalam drama berjudul Mackerel Run yang mana ambe baru tengok sekerat jalan. Baru episode 2. Zaman Lee Min Ho tidak di pandang dengan sebelah mata pon


Wang Suk Hyun as Kang Soo Min

Tidak lain dan tidak bukan. Pojaan hati beloksepot ini. Penampilan yang tidak mengecewakan di dalam drama pertama. Boleh digilap lagi. Perlu dilebihkan kemunculan di masa akan datang bagi memuaskan hati penulis. Penulis memang tak puas hati dengan scene beliau dalam drama ni. Ciput beno. Tak puas hatiiii!!! *sambil hentak tetikus* Ambe nak mogok. Kekeke

" Sumin ah, noona saranghaeeee"


Watak-watak penting juga di dalam drama ni. Pakcik ni salu jadik jahat tapi dalam drama ni dia ala sopan santun gitu

Lee Jung Gil as President Kang / Kang Man Ho (Hye Na's grandfather)

Ambe mahkota kan haraboji ni Anugerah Hatrik Popular untuk kategori drama KBS Rabu-Khamis. 3 drama berturut-turut ada muka dia. Dalam Partner dia ada. Lepas Partner, My Fair Lady. Lepas My Fair Lady, IRIS pon ada muka dia. Shabas haraboji. Mesti banyak masyukk ni


Last but not least. Setiap drama mesti ada benda yang buat ambe tertarik menarik. Untuk drama ni ambe tertarik dengan tempat letak buah bertingkat dia ni. Memang nak kena carik ni sebab cantik. Boleh letak lilin tiup macam kek besday. Adegan dalam episode 12 masa keluarga Kang yang satu lagi selebret enibesari mak & ayah Sumin.

"Sumin, omma beli kat mana benda ni ek? Tolong belikan noona satu. Pos laju"

OST

Drama ni juga banyak lagu menarik sperti :

Nampaknya kedua pelakon utama turut menyumbangkan suara menyanyi OST drama ini ye

Akhir kata, guna lah losyen Fair & Lovely untuk kulit yang cerah dan menawan seperti My Fair Lady Kang Haena (Iklan tak berbayar)

Monday, November 16, 2009

I Have An Uncle - Episode 4


Awal episode 4 menerima sorang tetamu khas dari Amerika iaitu Bianca Noona dari rancangan Chit Chat with the Beautiful Ladies. Samchoon melarikan diri buat sementara. Terkebil-kebil la Seuk Hyun bila Bianca Noona cakap English ngn beliau


Bianca tanya what is your name?


Seuk Hyun dengan wajah blurr

"Apa kebenda la Noona ni royak. Ambe dok pahang se abuk"

Samsoon sebenarnya sedang mendengar rakaman perbualan Samsoon dengan Bianca di luar rumah


"Do you understand English?"

Seuk Hyun angguk hehehe


Bianca Noona masuk bilik dan nampak poster Abang rambut curly ni

Skali lagi Bianca Noona tanya soklan dalam English sebelum dia meng-Koreakan diri dia di hadapan Seuk Hyun


Sesi belajar sebutan English dengan Bianca Noona


Bianca Noona yang cantek manes yang fasih berbahasa Korea


Kemudian aktiviti dilanjutkan ke zoo. Beruang pegi kat tepi kereta untuk cakap annyeong haseyo ngn Seuk Hyun


Ikrar apa tah ni. Tak larat topi hijau, beg pon hijau


Samchoon bergurau senda dengan ular sawa
*Misai tebal ular sawaa*


Reunion dengan 'haraboji' dan 'omma' dari Speed Scandal dalam episode 5.

Tonton video (Cam biasa tak de sab)

Friday, November 13, 2009

Fesyen GO : Kang Sumin


Edisi GO pada kali ni turut memuatkan ruangan fesyen. Fesyen pilihan pada edisi kali ini ialah fesyen pakaian kanak-kanak lelaki elit yang tampak mewah lagi berjenama. Si pemakai akan kelihatan begitu comey sekali pabila menggayakan busana ini dengan syarat si pemakai mesti la comey juga orang nya.

Busana seperti ini hanya sesuai di pakai ketika majelis resmi, korporat, open house rumah menteri ke, dan juga di kapet merah oleh si pemakai dalam lingkungan usia 7 tahun. Bukan calang-calang orang yang boleh menggayakan rekaan fesyen seperti ini. Bapaknya mesti lah orang ada-ada, ada kereta besar, ada rumah besar, ada cincin berlian dan ada sepupu yang kaya raya bernama Kang Haena.

Model terpilih untuk menggayakan fesyen kita pada kali ni ialah, tidak lain dan tidak bukan juara kid model 2009 iaitu KANG SUMIN dari drama My Fair Lady.

Mana satu kah pilihan fesyen anda? Mari kita sama-sama saksikan


Aksesori utama reben pelbagai warna



Turionim-maa


Prop suratkabar digunakan untuk menambahkan gaya elit si pemakai cilik ini

Ottoke?


Tampak comey dengan style rambut tersendiri

Tali leher yang tidak asing di kalangan hero-hero Korea. Main basketball pon tak bukak tali leher kekeke


Eh pesal L ada 2? Aigooo tak pasan hahaha



Gaya seorang juara model kanak-kanak


Gaya kena sengat tebuan di entri bawah...kekeke

3 pilihan peberet penulis yang sangat suka

Pertama. Rasa muka dia masa ni nampak comey dan lucu


Kedua. Masa ni plak sangat comeyyyy


Ketiga. Tak larat yang ni. Comey dan klako sket sebab tak nampak leher kot hehehe

Sekian ruangan fesyen kita pada kali ini. Akan datang kita tengok fesyen apa la pulak.

"Fashion is not something that exists in dresses only. Fashion is in the sky, in the street, fashion has to do with ideas, the way we live, what is happening" - Coco Chanel
Selamat ber-fesyen!

Drama yang ada kaitan dengan fesyen
Fashion 70's

Monday, October 19, 2009

I Have An Uncle - Episode 3


Episode kali ni sesi belajar naik basikal


Sebelum naik basikal main panah dulu


Siap-siap pakai alat keselamatan mengayuh basikal untuk mempertahankan dirik

Dipersembahkan basikal Seuk Hyun


Kalau mak ambe tengok nih mesti dia nak beli satu buat perhiasan kat umah. Hahaha. Penerbit rancangan ni geng hijau gak kot


Tiba-tiba Samchoon dipanah petir. Pinjam sound effek dari bollywood kah? Kekeke


Kelas bermula. Dimulakan dengan basikal roda 4. Kayuh dan kayuh


Kemdian tukar roda 2


Malangnya kayuhan gagal di seimbangkan. Pom pom keceper jatuh. Banyak kali jugak jatuh


Tidak dapat menahan sebak di dada


Akhirnya hero tewas jua dengan basikal roda 2


Jari dia terkehel kot


Seuk Hyun ahh, fighting.

Sebab tu ambe gigih gak nak tengok rancangan ni walau tak de sub sebab adegan cam ni tak jupe dalam drama atau filem


Tiba-tiba sorang awek cun datang mengobati kesedihan


Ceria ko ye awek datang. Mereka berdua berkayuh-kayuh ditepian


Di rumah pula. Ada tetamu datang. Tetamu speaking omputeh ngn Seuk Hyun. Member sengih je sebab tak paham hehehe


Jeng jeng, Bianca in the haus. Bianca dari Chit Chat with the Beautiful Lady. Dia ni dari negara mana ek? Ambe lupa


Mereka belajar bahasa inggeris dalam episode 4. Kembang kempis hidung Samchoon blaja bahse inggeris hehehe