Wednesday, September 16, 2009

My Fair Lady - Episode 1 & 2


Salam saranghae buat semua. Disebabkan drama ini bakal menemui anda malam ini jam 9 malam di KBS World, maka ambe dengan rasa berbesar hati ingin meribiu sedikit drama ini. Kita kasik happening sket. Memang sengaja tunggu drama ni masuk Estero baru ambe nak ribiu. Tak waiem beloksepot la kalu tak ribiu drama ni

Mungkin ada yang dah tengok online terlebih dahulu. Drama ini mengisahkan Kang Hae Na (KHN), seorang hartawan yang makan di pinggan dan minum di cawan. Beliau sangat kaya raya dan memiliki karakter orang ada-ada yang berlagak lagi eksyen. Beliau juga mempunyai ramai orang gajian dari pelbagai department. Seramai-ramai tidak orang gaji dia kan.


Ini dia Kang Hae Na. Come back lepas Coffee Prince-sek. Dan atas itu cip orang pembantu rumah yang bernama Manager apa tah. Ambe lupa nama


Atas, Kang Hae Na mahu berangkat keluar rumah dan semua orang gajian beri tunduk hormat pada beliau satu kali.

Bawah, seorang free lunch sedang berucap memberi nasihat di gereja mengenai kisah hidupnya yang pernah hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Beliau berkata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.


Macam-macam kerja dia buat ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang cum makan malam sekali. Adik angkat dia pon membebel sebab dia banyak hutang sebanyak 50 juta. Apaa?? 50 juta


Beliau pon berdoa agar duit jatuh gedebab dari langit. Sama la doa kita. Ambe pon salu doa agar duit jatuh dari langit. Kan best. Sedang dia memandu, beliau dicilok oleh sebuah kereta mewah dengan sombong sekali. Tengok-tengok driver pompuan yang cantik manes iaitu KHN. Walaupun cantik tapi tiada budi bahasa budaya kita

Mereka pon tertekak sampai lanjut ke balai polis. Biasa lah mula-mula hero ngn heroin mesti bercakar ayam, tidak mesra dan anti satu sama lain. Hero komplen dia dilanggar dengan niat mahu membunuh oleh KHN.

Dipendekkan citer, KHN di dapati bersalah dan didenda menjalani khidmat masyarat (community service) selama 150 jam kot. Ambe pon lupa


Berita KHN di denda mendapat liputan meluas akhbar. Al-maklum, generasi hartawan paling berpengaruh di Korea di denda menjalani khidmat masyarakat.

Dan satu keluarga Kang ni, sedara belah atuk KHN bergelak sakan bila melihat KHN di denda. Sedang mereka bergelak-gelak, si hero kecik pon mencelah dengan nada seriyes,

"Ini bukan satu perkara yang lucu. Adakah kita tidak risau akan kejatuhan harga saham Kangsan grup bila perkara ini berlaku ke atas Hae Na noonim?"

Kemain lagik cite pasal saham...kekeke


Setelah selesai menjalani denda, KHN berdendam dengan hero itu. Dengan kekayaan beliau, beliau mendajal plak hero dengan tuduhan pelesu mengkidnep KHN


KHN di-grounded oleh Haraboji beliau selepas kejadian itu dan tidak dibenarkan berpoya-poya. Manakala hero mahu menuntut keadilan dan mencari KHN di rumahnya


Part ni tengok sendiri. Hehehehe


Dipendekkan citer lagi KHN di kidnep oleh hero di lapangan terbang. Kidnep bawak balik rumah atas suruhan Haraboji

Episode 2


Haraboji dengan kuasa vetonya telah melantik Mr. Seo menjadi
butler Hae Na dan tiada siapa boleh pecat Mr. Seo kecuali Haraboji sendiri. Sebab Haena sebelum ni pecat ramai butler sesuka hati nya


Kenalkan Encik Butler, Seo Dong Chan, yang sedang meningkat glamer sekarang ini. Dari orang tak kenal, dah kenal dia. Beliau pernah tertahta di hati suatu ketika dolu...kekeke
Part ni lawak sket haha. Beliau ada motif lain sebenarnya. Beliau mahu buat Haena jatuh chentar padanya supaya dapat songlap duit Haena untuk bayar hutang 50 juta itew. Sebab profession dia sebelum ni ialah gigolo yang berjaya. Sebab tu dia kata, kalau dia tak berjaya tawan Haena, maka dia akan ucap selamat tinggal pada career gigolo nya. Haha


Antara tugas-tugas seorang butler


Part ni paling peberet. Adegan di dapur

KHN tak puas hati Dong Chan jadi butler dia dan dia nak pecat Dong Chan tak boleh, so dia bagi Dong Chan masalah supaya Haraboji tak suka dengan khidmat Dong Chan lantas pecat Dong Chan. Rencana Haena, semua tukang masak disuruh pulang dan Dong Chan kena sediakan makan malam seorang diri.

Sedang Dong Chan bizi mentelaah menu resepi, datang seseorang kenit mintak jus. Kekeke


"Kumaa ah (little boy), how old are you?"

"Kumaa?? No, turionim (young master)"

Turionim maa, annyeong


Dipendekkan citer lagi adegan di kandang kuda. Haena nampak seorang persis boipren lama dia dan mengejar lelaki itu. Sekali salah orang. Dong Chan pon korek-korek rahsia dengan Manager pompuan tu sambil makan "bibimbap"

Sesame oil (minyak bijan) ni busuk kan? Boleh bayang bibimbab rasa dia cam ne kan?


Haraboji mengaturkan pertemuan untuk kenen-kenen kan Haena dengan seseorang. Dong Chan cuba gagalkan rencana itu sebab kalau Haena jatuh chentar dengan lelaki lain, maka rencana dia musnah. Pelamin angan ku musnah


Sekali bertembung dengan jejaka yang nak dikenenkan dengan Haena. Jejaka yang Haena kejar silap orang masa kat kandang kuda tempohari. Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah Haena berkenan dengan jejaka itu sebab ada persis Prince Shin (Ju Ji Hun) sket? (Tetiba Ju Ji Hun enterprem dlm ini gambar). Saksikan sambungan episode 3 & 4 yg akan diribiu pas balik raya

Apakah Ju Ji Hun + Lee Jun Ki = Jung Il Woo???
Pe cite Ju Ji Hun sekarang ni?

*Credit sub WITH2S

No comments: