Friday, March 13, 2009

Filem : Our School E.T. (2008)





Synopsis

Seong-gun (Kim Soo-ro) is a lazy high school gym teacher. But when the school decides to strengthen its English program, Seong-gun decides learning and teaching English is the only way to survive.

Credit : Hancinema

Para hadirin yang saya kasihi sekalian, citer ini sangat la lawaknya. Kalau tidak kerana si dia, saya pon tak menonton cite ni kekdahnya. Disebab kan dia dah glamer sekarang maka saya pon mahu menompang glamer dia walaupun tiada kaitan benornya...kekeke Masa filem ni release Sept 2008, dia blom popular sangat. Harus kalau cite ni tayang sekarang di panggung, akan mencapai tahap kotak pejabat




Kisah budak-budak sekolah bersama cekgu nya. Cekgu itu adalah cekgu Pendidikan Jasmani (PJ) dengan nama gelaran ET, yang sangat mengambil berat akan anak muridnya hingga ke luar sekolah. Jika dia dapat tahu ada anak murid nya ponteng sekolah dan pergi bermain snooker, dia akan pergi hambat dan rotan anak muridnya itu. Gambar di atas disnap sewaktu cekgu ET pergi serbu pusat snooker dan tangkap gambo anak muridnya yang tengah ponteng sekolah untuk diambil tindakan. Melihat cekgu ET datang serbu, mereka lintang pukang lari sehingga wajah bertukar seperti Ju-On sebab terkejut beruk


cekgu ni dengki dengan cekgu ET...diperbetulkan nya sebutan inggeris 'Thank You' cekgu ET dengan pitching yang betul

Kemudian satu hari pihak sekolah mahu membuang sorang cekgu PJ sebab dah ada 3 cekgu PJ. Macam menyemak gitu ramai sangat 3 orang. Lagi pun sabjek PJ ini tak masuk dalam SPM. Dan calon terpilih kena buang ialah cekgu ET. Kekosongan jawatan cekgu PJ akan diganti dengan cekgu Bahasa Inggeris (BI) sebab pihak sekolah mahu mantopkan lagi BI di sekolah. Cekgu ET itu di rekemen oleh timbalan pengetua sekolah untuk diserap masuk menjadi cekgu BI.

Persoalan nya, bisa-kah cekgu PJ bertukar menjadi cekgu BI dengan sijil kelayakan yang dia ada? Di sini lah bermula jalan cerita yang pecah perut dan memberi inti pati yang berguna buat kita semua. Bukan sekadar lawak saja.



Pelajar-pelajar nakal mahu bertumbuk dan cekgu ET datang meleraikan depa. Student atas tu dia seorang yang malas belajar dan suka berkelahi. Boleh lihat aksi dushh dush beliau dalam filem ini. Muka pon toya je kan hehe



Cekgu ET mahu mengadili mereka. Bukannya disuruh berhenti gado. Lagi di galakkan bertmbuk siap betting lagi. Sebab dia kan cekgu sukan, dia memang sokong bab-bab dush dush lasak cam ni



Scene paling tak larat tengok. Scene yang bawah. Scene ini sewaktu cekgu ET mengejar sorang anak murid beliau yang mahu berhenti sekolah. Berlaku la sesi merempit di antara cekgu dan anak murid. Rempit punya rempit, sekali skuter cekgu ET keluar api dan boleh terbang dan berjaya memintas anak murid itu hahaha Anak murid itu berjaya dipujuk untuk hadir ke sekolah



Konflik sama ada mahu mengajar English atau Math. Sebelum beliau layak menjadi cekgu English, beliau kena test dulu. Kena duduk peperiksaan. Kalau markah melebihi 80, beliau layak jadi cekgu English



Disebabkan naluri ke-cekgu-an nya tinggi, beliau pastikan beliau tidak dipecat begitu saja. Beliau sahut cabaran menduduki peperiksaan BI. Blom terai belom tahu. Eden torai. Lantas beliau meminjam nota English anak murid nya dan pulun belajar. Beliau belajar di library seperti di bawah. Dan mendapati belajar English is toooo hard sampai nak pecah kepala beliau kekeke


Hahaha ET is back. Cekgu ET telah berjaya dalam exam English dan kembali ke kelas mengajar BI.


Ucapan pengenalan beliau di dalam kelas BI pertama nya.
"I know you all call me alien. No, The Dumb E.T. I will be your great English teacher...."

*tingat dulu kat skolah suka bagi nick name gak kat cekgu...ampun cekgu hehe*




Seperti biasa di sekolah mesti ada cekgu yang iri hati satu sama lain. Cekgu "Thank You" atas tu mahu pastikan cekgu ET di pecat sebab dia memang tak sebulu dengan cekgu ET. Lain cekgu lain bulu nya. Eh lain cekgu lain approach nya. Mungkin dia jeles cekgu ET mesra alam dengan murid-murid nya. Maka dipendekkan cite pihak sekolah dan pihak PIBG bersidang sebab mereka dapat komplen negetip mengenai cekgu ET. Komplen mengenai cekgu ET menyuruh pelajar berlari di padang semasa kelas BI. Sekali cekgu ET mengambil keputusan belah dari sekolah itu.

"If I'm not fit to be a teacher, then for the sake of the kids future, it's right for me to leave"

However, sekali lagi timbalan pengetua bertindak sebagai penyelamat keadaan. Timbalan pengetua yang tangan di meja tu. Beliau sangat mem-beking cekgu ET. Jadi beliau cadang peluang sekali lagi diberi pada cekgu ET. Satu 'open class' BI di adakan. 'Open class' di mana cekgu ET mengajar di hadapan, manakala kat belakang cekgu besar dan ibu bapa memerhati sama ada cekgu ET lulus atau tidak. Apa nama ni, kat sekolah ada 'open class' bila cekgu baru buat praktikal kat sekolah. Dia dok belakang tengok cekgu senior mengajar kan



Ketua kelas mahu membantu cekgu ET supaya tidak dimalukan di khalayak ramai masa 'open class'. Ketua kelas yang atas pon panggil beberapa pelajar untuk buat diskusi macam mana mereka boleh membantu cekgu ET. Sekali yang datang semua pelajar 'the best three of our school'. Best dari bawah hahaha. Yang paling bawah sekali studen lelaki tu.


Ketua kelas bawak cekgu ET jumpa cekgu tuishen BI dia untuk membantu English cekgu ET.
Mesti ada kenal 2 pelakon tu kan haha. Tokei restoren Jandi sekali lagi berkolaborasi dengan Goo Jun Pyo


Bermulalah sesi 'open class'. Time ni kan wartawan TV semua datang.


Dipendekkan cite cekgu ET tarik diri dari sekolah itu dan jadi cekgu boksing. Sebab dia sangat sedih dengan komen pelajar-pelajar yang disiarkan di TV selepas 'open class' itu. Komen-komen itu sungguh mengguris hati, peparu dan limpa nya sebagai seorang guru. Saksi kan lah sendiri


Cekgu ET bersama anak murid nya. E.T bermaksud
English Teacher.
(Filem ni ada 2 Best New Actor di Baeksang Award lepas. Lee Min Ho (Drama), Park Bo Young (2 dari kanan) utk kategori Filem)

Anak murid yang paling corot sewaktu PC
OST -
Our School E.T
The Making OST-bersama Lee Min Ho di studio

Lirik dia dengo macam ni
Sunkist sunkist ET...chunky chunky ET
Kunci kunci kimci...camca camca kimci
Ha ha haaa (wahahaha)


No comments: