Showing posts with label So Ji Sub. Show all posts
Showing posts with label So Ji Sub. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Ghost - Episod 1 & 2

Ok ni satu lagi drama best bagi yang suka genre CAI (crime, action, investigation) menurut sini

Baru sempat layan. 


Ambe kaddang-kaddang suka jugak layan citer genre gini. Berubah angin lah katakan. Ini kalilah huhu

Mari kita lihat separuh jalan drama ini berkenaan apa. Separuh lagi belum habis tengok.

Kisah utama mengenai 
  1. Penggodam komputer / smart phone yang membawa kepada pembunuhan. Penggodam ni sangat professional dan boleh godam apa saja.
Kalau citer genre macam ni mesti ada : 
  1. Pembunuhan misteri. Siasat lah pihak berwajib bagai nak rak. Dan kita yang nengok pon saspen kemain. Lepas ni apa akan jadik, dan seterusnya
  2. Motif balas dendam. Kalau citer genre gini ujung-ujung musti ada balas dendam punya. Siasat punya siasat, lapan lagi, si polan ni nak balas dendam terhadap kematian bapanya ropanya. 
  3. Polis makan rasuah, yang dibayar oleh penjahat untuk dapat maklumat dalaman polis. Harapkan tin, tin makan beskot. 
Yang menarik dalam drama ni
  1. Plastik surgeri yang ohsem


Episod bermula di mana abe kacak yang dah lama tak nengok dia blakon ni :P memberi ceramah kepada para junior polis bagaimana semat fon mereka telah digodam bla bla bla bla...dan seterusnya. 

Abe ni nama dia detektif Kim Woo Hyun (KWH). Dia bekerja di bahagian jenayah siber. Seorang yang bersih, cekap dan tak berapa amanah. Nanti episode 2 dia mati.


Kemdian pihak polis dikejutkan dengan kematian terjun bangunan oleh seorang aktress muda. Sebelum terjun bangunan beliau telah menulis tuiter berbunyik, 

"Aku bosan. Aku stress. Nah nak pergi mati lah"

Maka bermula lah kerja keras polis dan jenayah siber menyiasat akan kematian misteri aktres ini. 

Ada yang speku dia mati bunuh dirik sebab skandal seks dia.

Ada yang speku dia mati di bunuh di tolak orang dari tingkap rumah dia. 

Ada yang speku tuiter tu bukan dia  yang tulis, tapi telah di godam oleh pembunuh dia supaya nampak macam dia mati bunuh diri. 

Macam-macam speku ada. Speku manakah yang benar belaka? Kena lah tanya Zarul Payung barangkali. Kekeke


Mamat ni pulak nama dia Park Ki Young atau nama godam dia Hades. Hades ni dengan detektif KWH merupakan rakan baik semasa menuntut di akademi polis dulu. Bagaimana pon Hades ni telah memilih untuk bersara awal dari polis berikutan satu insiden di mana dia menggodam email peribadi Ketua Polis Negara dan telah ternampak satu surat sulit yang tidak sepatutnya dia nengok dan dia telah diminta untuk tutup mulut dan buat-buat tak nampak akan surat itu. 

Tapi dia protes sebab dia tidak mahu jadi polis yang macam itu. Lantas dia pon meletak jawatan.


Detektif tengah pening kepala menyiasat kes aktres mati itu. Saspek utama ialah Hades. Tapi Hades cakap bukan dia yang bunuh. Ada orang lain. Dia cuma godam komputer aktres itu untuk mencari video misteri yang ada wajah pembunuh sebenar aktress itu.


Tapi lain video pulak yang dia jumpa. Dia telah menjumpai nya pun satu video yang mana seseorang telah mati dibunuh di sebuah ruang tamu.


Dan lebih mengejutkan penglihatan Hades, detektif KWH turut berada di tempat kejadian dan hanya menengok saja mangsa rebah di atas lantai tanpa menghulurkan bantuan seperti gambo di atas.


Pertemuan di antara Park Ki Young dan detektif KWH di dalam sebuah gudang. 

"Sejak aku bersara dari polis, aku sudah tidak percaya pada sorang pon pegawai polis melainkan kau, Kim Woo Hyun. Tapi kenapa kau boleh berada di situ? You stori me."

KWH lantas acukan pestol ke muka Park Ki Young.

"Bukan aku sorang yang bersubahat, ada lagi beberapa pegawai yang bersubahat sama. Oleh kerana kau sudah tahu aku ada dalam itu video, maka bersiap lah untuk mati"


Belum sempat detektif KWH peng peng ke Park Ki Young, satu letopan telah berlaku di dalam gudang. Letopan yang amat dahsat dan mengakibatkan kematian. 

Namun cuma seorang terselamat. Ajalnya belom sampai.


Beliau ialah jeng jeng jeng. Walaupun berbungkus boleh tahu sapa. Jawapan pon dah bagi tau kat atas hehehe. Yang mati ialah detektif KWH tapi di sangka hidup sebab pihak polis telah menjumpai kad kerja beliau di tempat kejadian dan berita yang masuk sok kabar ialah Hades dijumpai mati hangus. 

Tapi yang sebenonya Hades hidup. Dan Hades mahu mencari siapa yang meletopkan gudang pada malam itu hingga menyebabkan kawan dia mati. Hanya ada satu jalan untuk mengetahui kebenaran iaitu dengan Hades menyamar menjadi detektif KWH. 

Dan di sini lah berlaku nya transformasi plastik surgeri yang ohsem. 

Hades pon berkata pada dokter, 

"Tuan dokter, memandangkan wajah saya yang kacak ini dah rentung melecur lagi terbakar, saya mohon buatkan wajah baru yang lebih kacak untuk saya iaitu seiras So Ji Sub. Chaeballll"


Sorang saja tahu akan rahsia transformasi ini iaitu rakan sekerja detektif KWH iaitu heroin. Klik sini

(Mereka pernah berkolobrasi di dalam drama pendek U-Turn (2008)

Maka bermulalah episod Hades menjadi detektif KWH untuk menangkap pembunuh sebenar.
 

Thursday, January 08, 2009

Filem : Rough Cut (2008)




Synopsis
Gang-pae, #2 in his organization, is swamped with routine violence, and his dream of becoming an actor never went away. Star actor Soo-ta lives behind a veil, away from public eyes. Over time his behavior becomes increasingly agitated, provoked by paparazzi wanting a piece of him wherever he goes. This behavior puts him in a series of spiraling and uncontrollable situations. Now he begins shooting a new movie playing a gangster. Because of his bad temper, he beats up a fellow actor and forces the production to a halt. Feeling responsible, Soo-ta requests Gang-pae, whom he met by chance, to play alongside him in the movie in order to save the production. Gang-pae agrees with the condition that the violence portrayed in the movie has to be real and not fake acting violence. Soo-ta accepts the condition and they get ready for the real match.
Credit :

Akhirnya...ya akhirnya kini pasti. Filem ini dapat ditonton jua setelah bermacam komen telah dibaca, gambar-gambar disebalik pembikinan telah ditatap, setelah kapet merah di majlis anugerah telah ditonton, setelah beberapa anugerah telah dirangkul, akhirnya filem yang dinanti-nanti dapat ditonton dengan senyum simpul dan girang hati.
Macam poyo je ayat. Hehehe.
Cite ini mengisahkan seorang gangster dan pelakon popular yang angkuh lagi hot temper. Kedua nya panasss, kendo dan mempunyai ketinggian yang lebih kurang sama. Kang Ji Hwan 184 cm, So Ji Sob 182 cm. Oh beza 2 cm saja. Bukan apa ketinggian memainkan peranan juga dalam ke-kendo-an seseorang jejaka. Tapi jika anda oppa-oppa di sana kurang tinggi tidak mengapa. Janji hati mau baek. Apa melalut ke tinggi plak ni.

Okke kembali ke jalan cerita



Dimulakan dengan kisah seorang gengster bernama Gang-pae yang baru selesai menonton wayang. Beliau ini suka menonton wayang bila tiada tugasan mengharok orang. Masa free dia, dia suka menonton wayang. Kalau kat umah dia suka menonton DVD. Sebab dulu dia bercita-cita nak jadi pelakon gak. Gengster pi tengok wayang...hehe

Taraaaa...pelakon nya

Dia ada masalah dengan co-star dia dimana dia telah menyebabkan co-star lelaki itu masuk spital sebab terlebih real berlakon aksi adegan dush dush dusyummm

Makanya terpaksa mencari co-star baru. Filem yang beliau sedang menjalani penggambaran berupa sebuah pilem aksi gengster

"Orang kata bukan dia terjatuh tangga tapi kau yang belasah dia sampai koma. Dahsat juga kau ya"

"Dah tau aku dahsat, buat apa kau nak berlakon dengan aku?" kata yang baju putih itu

"Aku tak kisah. Tak de masalah berlakon dengan kau. Kau ingat kau sorang je ada penumbuk??"

Kemudian sedang dia berclubbing di sebuah kelab, datang seorang peminat beliau nak mintak autograp. Oh ya lupa nama pelakon itu ialah Soo-ta.

Ini dia peminat dia. Dia pon ada berangan nak jadi pelakon dulu. Tapi angan hanya tinggal angan.

Dengan sinis dia berkata, "Bukan semua orang boleh jadi pelakon"

"Irimi? Nama kau apa?"

"Gang-pae"

"Huh Gang-pae bukan Gang-ster?"

"Oo kurang asam kau ketawakan nama aku ya"

*Penulis turut imajin mintak autograp kat Soo-ta*
Heheee


Mereka pon ber-shake hen buat kali pertama


Di lokasi penggambaran. Yang pakai topi comel sket tu ialah tuan direktor


*Lain kali aku bilang action...cakap*


Tuan direktor tak puas hati. Action lagi. Kali ni depa nak buat real baek punya

Real punya real Soo-ta naik hantu dan terbelasah co-star dia hingga cedera parah. Tuan direktor comey tu pon membebel

Dan berita panas tu pon keluar akhbar

Ni masa peminat co-star itu datang serang dia dan suruh dia mintak maaf sebab telah menyebabkan pelakon tu cedera parah sewaktu penggambaran. Kena baling telo sekali..kehkeh

Member pon hangin sebab kena baling telo. Telo satu hal. Dengan tepung sekali kena baling. Hahaha. Saba je la siap bawak tepung. So u all kalau tak puas hati dengan selebreti mana-mana boleh la bawak tepung dan baling ke arah mereka

Kemudian no jalan and no road. Tak jumpa pelakon pengganti lain. Tiba-tiba Soo-ta tingat kat Gang-pae yang penah kata minat blakon. So Soo-ta pon offer blakon. Tapi Gang-pae nak tahu sebab sebenar dia kena berlakon

Tak de actor lain nak berlakon dengan dia sebagai seken lead

"Jadik kau betul-betul belasah dorang ek? Wehhh la. Gedebe mu. Apo kata kito berlakon dengan real jugak?"

Gang-pae pon setuju nak berlakon. Member pon apal skrip.

Penggambaran pon dimulakan dengan 2nd lead yang baru buat kali ketiga

Tuan direkter ni penyuntik elemen komedi dalam cite yang bukan komedi ni

Part ni lawak sket sebab banyak kali take sampai jadi macam aram rambut dia

Babak seterusnya

Soo-ta pulak tergolek dog kena belasah dengan seken lead baru. Rasain

Dan kemudian manager Soo-ta sound Gang-pae di atas 'ke-real-an' nya berlakon

"Sekarang apa kau rasa?? Oren??"

Suka dialog ni


Dan ini juga

Dan ada lagi..kena tengok sendiri

Dialog ni nak gelak besar. HAHAHAHA
Every cite Korea boleh jumpa dialog ni. Tak kira dalam drama atau pilem
"Mau mati kaa?"



Dalam serabai terserlah kemacho-an dan ke-karisma kapor nya kann. Hehehehe

Bersambung CD2

Nota : Cite untuk tontonan 19 tahun ke atas. Nampak tak no.19 kat tepi tu? Hehe

Tuesday, June 03, 2008

KDrama : U-Turn (2008)



Synopsis

The story is that So Ji-sub falls for Lee Yeon-hee’s awkward yet lovable charm when she enters his life.


Cast : So Ji Sub, Lee Yeon Hee

Category : Mini Drama

Total episode : 4 (5 mins each episode)

Credit : Hancinema, Soompi, JSA


Ini adalah sebuah drama pendek lagi kontot yang durasi nya cuman 5 min ++ setiap episod. Mungkin bertujuan mahu promosikan kereta Actyon model terbaru keluaran Ssangyang Motors kerana kereta ini (seperti gambar di atas) menghiasi di setiap episode drama ini dari pelbagai penjuru.


Penjuru 1 : Di suatu senja di kala hujan sedang turun dengan renyai, kelihatan seorang lelaki kacak lagi kendo sedang memandu Actyon dengan berhemah, bersopan santun, berhati-hati serta memakai tali pnggang keledar di jalan raya kerana dia ingat orang yang tersayang


Penjuru 2 : Sewaktu sedang memandu beliau terdengar bunyik hentakan dari luar kereta lantas beliau pon brek mengejut dan keluar dari kereta dan periksa adakah dia ada terlanggar sesuatu objek. Kiri dan kanan line clear tak de apa-apa kemalangan. Namun hati kecil nya tidak puas hati lantas dibuka bonet belakang Actyon itu dannnn...jeng jeng jeng


Owh rupa-rupanya ada aweks sedang landing di bonet belakang kereta nya. Lelaki itu amat terkejut. Dalam keadaan terkejut, moskel dan bersangka baik, lelaki itu membawa aweks itu pulang ke rumah untuk di soal siasat. Mahu tanya lebih-lebih di tengah jalan nngak bisa kerna hari sedang hujan, nanti demammm...


Dengan nada keras dan bertubi-tubi lelaki itu menyoal aweks itu. Macam mana kau bole berada di dalam kereta aku. Adakah kau makhluk asing yang jatuh dari langit? Atau adalah lelaki itu mempunyai peminat misteri secara rahasia? Atau adakah perempuan itu mahu mencuri Actyonnya? Namun sia-sia saja usaha lelaki kendo itu kerana awek itu tidak mahu bercakap apa-apa. Misteri rumah tua berterusan... 



Lelaki itu mengadu pada kawan nya bahawasanya ada perempuan giler mengekori kereta Actyon nya


Keesokan harinya, lelaki itu membawa aweks itu pergi spital untuk menjalani rawatan mental. Adakah aweks itu mengalami kecelakaan hingga menyebabkan mental dia mengalami masalah atau dia purak-purak hilang ingatan untuk lari dari bayar hutang along. Bertambah saspen nampaknya drama ini...

Selepas menjalani rawatan di hospital, aweks itu di bawa ke studio rakaman untuk merakamkan lagu. Lelaki itu adalah seorang komposer. Kenapa pula tiba-tiba dia menyuruh aweks itu merakamkan lagu? Kerana malam semalam aweks itu telah humming satu lagu merdu yang telah menambat halwa telinga komposer itu lantas komposer itu mahu merakamkan lagu tersebut


'Ok action'


'Aku bilang action kenapa engkau tidak nyanyi? Aku peng kau karang. Nyanyi cepat' Tiba-tiba komposer itu naik hangin sebab aweks itu tidak menyanyi sebalik nya dia berdialog seorang diri hingga darah komposer itu naik dan menggelegak



Akhirnya mereka berdua menyanyi di belakang bonet Actyon kerana drama ini ditaja oleh Actyon Sports



Keesokan harinya pula lelaki itu menerima panggilan telefon dari balai polis mengatakan ada keluarga telah kehilangan anak perempuan. Lelaki itu membawa aweks itu ke balai polis untuk pengesahan identiti. Tetapi malang sekali identiti tidak sama. Lelaki itu kecewa kerana aweks itu harus menetap dirumahnya lagi. 'Kenapa aku...aku tiada kena mengena dalam ini gambar' keluh lelaki itu di dalam hatinya


Penjuru 3 : Adegan ini mencuit hati kerana lelaki itu membebel kat aweks itu selama beberapa minit tanpa henti. Dan bebelan dia kedengaran macho sekali. Hahaha.


Adegan feeling feeling bila terlihat bunga


Bunga tersebut mahu dibawa ke kubur pada keesokkan harinya. Lelaki itu bersama ahli keluarga nya menziarahi kubur omma mereka.


Dan bersebelahan kubur omma nya, lelaki itu ternampak sesuatu yang wat saspen jer. Jeng jeng jeng...


Lelaki itu kelu lidah seketika


Pose Actyon seterusnya. Pose ini agak merbahaya kerana keluar asap untuk menguji daya ketahanan dan kemampanan Actyon sewaktu membuat U-Turn mengejut. Sebab tu judul drama ini ialah U-Turn. Hehehe.


'Siapa kau sebenar nya? Kenapa kau ekori aku? Adakah kerana aku kendo dan mempunyai Actyon Sports?'


Dan misteri rumah tua ini terjawab separuh jalan...


Untuk mengetahui misteri lagi separuh, anda saksikan lah drama pendek ini. Sungguh saspen dan misteri. Dan kenapa kalu misteri mesti dikaitkan dengan rumah tua? Anda fikir la sendiri :P

Dan belilah Actyon Sports untuk perjalanan yang selesa dan selamat.

Drama pendek So Ji Sub sementara menanti drama panjang beliau yang ontah bila mau setat daa...