Showing posts with label Joo Ji Hoon. Show all posts
Showing posts with label Joo Ji Hoon. Show all posts

Tuesday, January 15, 2008

KDrama : The Devil (2007)



Synopsis

When Homicide Detective Kang Oh Soo hit a dead end in his investigation of two seemly unrelated murders, except for the Tarot cards left behind at both crime scenes, he sought help from Seo Hae In, a woman with
psychometry ability. She revealed that the killers were different in each murder, but the victims were chosen for their connection to a death of a high school boy. Later, the cases proved to have one more thing in common: the suspects have the same defense attorney, Oh Seung Ha.

Seung Ha's defense for his clients severely shaken Oh Soo’s conviction to catch the Tarot Card mastermind. Oh Soo was reminded that years ago he had killed a high school classmate in a fight. He was acquitted of all charges and began his life anew. Now, someone has came back to revenge the boy’s wrongful death by killing those who got him off.

 
Cast : Joo Ji Hoon , Shin Min Ah , Uhm Tae Woong


Total episode : 20

Credit : DramaWiki


Bahse Korea The Devil = Mawang (bukan adek bradek dengan bunga lawang mahupun daun bawang juga sawang) :P

Ok sekarang kita ke citer revenge, saspen dan misteri. Jeng jeng jeng *bek ground musik misteri*

Pada saya citer revenge ni amat best. Agak mengejutkan saya akan ke-best-an citer ni. Plot-plot dan twist jalan citer dia menarik. Pada awalnya saya tiada menaruh harapan yang citer ini akan begini best. Biasa nya yang tiada menaruh harapan Jeton Sameon ni la yang akan memberi pulangan yang berbaloi kan.

Untuk menonton citer ini anda perlu lapangkan minda, tiada pending keje tertangguh untuk mengadap tv / laptop / PC, dah siap makan dan minum seme, dah siap kemas rumah mop lantai seme, dah siap masak untuk anak dan suami dan bersedia untuk menghadapi misteri-misteri yang akan dipaparkan dalam drama ini dengan perasaan teruja. Bila dah teruja jangan pula bukak baju yek. Hiks. Tapi kalu nak bukak baju pon apasalahnya kat rumah. Melainkan umah anda ada pasang CCTV. Bahye. Nanti orang buat DVD gambar anda bukak baju di rumah :P Saya pasti anda tidak akan menyesal dan kecewa menonton drama ini. Tapi kalu tak minat genre drama sebegini tak dapek la den nak nolong.

Alkisah berkisar mengenai 3 orang watak utama. Seorang detektif / polis, seorang peguambela dan seorang pustakawan yang ada kuasa paranormal.




Props utama : Tarot kad, surat layang dan bahan-bahan bukti yang dijumpai di tempat kejadian.

Alkisah jalan citernya.

Gambaran jalan cerita 1
Kisah peguambela. Seorang peguam bernama Oh Seung Ha membalas dendam di atas kematian abang nya 12 tahun lalu akibat ditikam oleh rakan sekolah nya. Lepas abang dia mati, emak dia plak menyusul mati sebab tak bole terima kematian anak dia. Lantas dendam amaroh peguam itu bertambah meluap-luap kerana pembunuh remaja itu terlepas dari dikenakan sebarang hukuman kerana keluarganya kaya. Bapa pembunuh itu seorang ahli perniagaan yang terkenal telah menyalahgunakan kedudukan dan pangkat untuk melepaskan anak nya dari dikenakan sebarang hukuman. Begitu la kebiasaannya tingkah laku orang ada-ada. Yang bersalah boleh jadi tidak bersalah asalkan ber-uang. Yang jadi mangsa ialah orang miskin sebab tiada kedudukan, wang dan pangkat.

Maka peguam itu pon mula mengatur jalan cerita seperti yang dimahukan. Jalan citer bertemakan pembunuhan.

(Tera budak ni kecik-kecik dah plan nak balas dendam. Blajar pandai-pandai sampai jadi loyer. Mesti giler babeng study nak jadik jugak loyer. Kemdian kumpul maklumat mangsa-mangsa dan kemudian manipulate jalan citer pembunuhan terancang)

Bila ada kes bunuh, maka pihak polis pon seperti cacing kepanasan tidak senang duduk untuk mecari pembunuh sampai dapat. Siasatan demi siasatan dilakukan namun tiada bukti yang lengkap dan kukuh ditemui. Bukti-bukti yang ditemui adalah bukti-bukti yang membawa pada kes-kes bunuh di masa akan datang. Dengan bantuan seorang pustakawan yang mempunyai kuasa psychometry , pihak polis membongkar satu demi satu misteri yang terkandung di dalam jalan citer misteri pembunuhan terancang peguam itu dan misteri-misteri itu ada kaitan dengan kes pembunuhan 12 tahun lalu.

Gambaran jalan cerita 2
Kisah pembunuh remaja iaitu seorang pelajar sekolah menengah. Anak orang kaya. Dicabar dan diejek oleh seorang rakan sekolah (iaitu abang peguam) sebagai seorang yang pengecut. Buat apa semua bergantung pada bapa nya yang kaya. Tidak tahu berdikari. Member pon hangin la kan bila dikatakan pengecut. Darah muda la katakan. Berlaku la pertengkaran di antara mereka dan dengan tidak sengaja, sebilah pisau tertikam di pankreas abang peguam itu dan berakhir dengan kematian. Remaja pembunuh itu dan 4 rakan saksi yang lain melarikan diri. Tapi ada sorang lagi saksi yang sembunyi di belakang dinding turut menyaksikan kejadian bunuh itu.

Bapa yang kaya itu telah menyuruh salah sorang 4 rakan saksi tadi menjadi kambing hitam untuk melepaskan anaknya dengan sedikit bayaran dan memerintahkan 3 rakan yang lain menutup mulut dari bercakap kebenaran. Bak kata pepatah biar pecah diperut jangan dimulut.

Tetapi adakah pembunuh remaja itu tenang kehidupan nya walau berjaya terlepas dari hukuman membunuh? Tidak ya. Sebagai insan biasa yang normal yang telah melakukan kesalahan dia dihantui rasa bersalah dan kesal. Dia mahu mengaku kesalahan dia tetapi bapak nya menentang.

Disebabkan bapak dia banyak mengatur kehidupan dia dari dia kecik sampai la dewasa, remaja itu berazam tidak kira apa jadi dia mahu memilih kerjaya yang diminati nya iaitu menjadi detektif / polis sebab dia mahu menegakkan kebenaran setelah dia menjadi mangsa tidak bercakap benar semasa zaman remaja nya.



spoiler...ending...



Gambaran jalan citer 3

Kisah peguam vs detektif.

1) "Kau seorang bekas pembunuh ada hati nak tangkap pembunuh. Apa kes. Kalau kau detektif yang bijak bistari cubalah kau tangkap aku" kata peguam itu kepada detektif itu selepas detektif itu mengetahui bahawa peguam itu adalah dalang / manipulator di dalam setiap kes bunuh dan mahu menangkap peguam itu. Tetapi tidak berjaya menangkap peguam itu kerana tiada cukup bukti. Tambahan peguam pandai putar belit fakta hingga menyebabkan detektif hilang kata-kata.

2) Setiap tertuduh di dalam kes bunuh akan dibela oleh peguam bela tersebut untuk mengelirukan pihak polis

3) Bukan setakat detektif itu saja menjadi sasaran peguam itu, 4 rakan baik (merangkap 4 saksi kes bunuh 12 tahun yang lalu yang tidak bercakap benar) dan ahli keluarga detektif semua nya menjadi mangsa sasaran dan korban si peguam itu. Betapa punya dendam kesumat.

4) Bila dalam hati manusia punya dendam, maka Syaitan, Iblis, Mawang, Devil, Satan pon mencocok jarum dan menjalankan peranannya untuk membawa manusia tersasar lebih jauh dan jauh dan jauh dan lapan lagik.

5) Oleh itu u all elakkan la dari berdendam kerana si Mawang itu sentiasa menunggu peluang untuk menghasut.
 

Dan para pelakonnya :




Joo Ji Hoon as Oh Seung Ha / Jung Tae Seung

Sebagai peguambela yang mahu membalas dendam di atas kematian abang dan emaknya. Menggunakan indentiti palsu untuk meneruskan rencana nya. Sebab tu nama dia ada 2. Dan mempergunakan orang lain untuk menyampaikan perasaan dendam nya supaya pihak polis tidak curiga / ragu-ragu / saspek langsung kat dia. Bijak bijak. Saksikan la sendiri.

Baru la impress sedikit (sikit je :P) dengan lakonan dia kali ini. Watak-watak lelaki misteri, tak de emosi, tak perasaan, tak banyak pergerakan badan memang seswai la dengan dia ni. Pandai je depa ni pilih pelakon. Tapi kenot imajin kalu dia jadi Hong Gil Dong. Nasib baik kau tolak jadi HGD ye labu huhu



Uhm Tae Woong as Kang Oh Soo

Sebagai detektif yang berkaliber tetapi zaman remajanya hitam kerana membunuh. Kalu realiti ada orang macam ni rasanya tak lama lagi dia akan register masuk Tanjung Rambutan sebab kehidupan penuh dengan stres apabila peguam itu mahu membalas dendam terhadapnya dan orang sekeliling nya. Sebab saya yang menonton dapat terasa stress nya. Watak berat jadi polis ni memang seswai dengan dia.


Shin Min Ah as Seo Hae In

Sebagai pustakawan yang kemudian nya berkawan dengan peguam dan detektif itu. Mempunyai kuasa psychometry iaitu dia berkeupayaan melihat gambaran berkaitan insiden yang berlaku dengan menyentuh objek yang dijumpai di tempat insiden berlaku.

Contoh : Pisau dilumuri darah dijumpai di tempat kejadian. Dengan menyentuh pisau itu dia bole melihat sapa yang pegang pisau itu sebelumnya etc etc etc.

Amat sesuai membantu mengesan penculik kanak-kanak nih.


Watak pembantu juga di dalam drama  Resurrection




OST.
Juga best. 

My rating
(out of 10)


Storyline : 9
JJH : 8
UTW : 9
SMA : 7
OST : 8

Lepas u all tengok citer ni, tengok pula Resurrection (same director, script witer, hero, genre)

Drama genre balas dendam yang tidak kurang juga best

A Love to Kill 

Di sebabkan drama ini best, maka pihak Jepun telah berminat untuk remake drama ini. Judul Jepun nya ialah Maou

Di sinun la ambe berkenalan dengan mat tahir Toma Ikuta. Terikut-ikut dia hingga ke harini. Hehehe
 

Friday, May 19, 2006

KDrama : Princess Hour / Goong (2006)






Synopsis

Due to a promise between the former king of Korea and an ordinary, strong-willed girl's grandfather, our heroine finds herself betrothed to a seemingly cold-hearted prince of Korea. How can she marry a guy who she overheard him proposing to another girl! Both unwilling parties agree to the marriage, each with his and her own different motivations for the agreement to marry. Can love bloom under the strain of love rivals and political ambitions?

Total episod : 24

Credit : Goong, Photo gallery






Ini drama katanya tengah meletops pom pom sekarang kat Korea. Sapa yang mengikuti drama² latest Korea musti tau. Tajuk lain dia Princess Hours / Palace. Seme plakon ada lah plakon baru dan kebanyakan merupakan model².

Bagi saya ini drama gitu-gitu je saja. Jalan citer dia veri de biasa. Citer Sweet 18, Little Bride pon jalan citer cam ni. Arrange marriage dari kecik.

Cuma yang yang melainkan dia dari drama-drama yang saya tonton sebelum ni ialah citer kisah dalam istana dari sudut undang², peraturan, hukum alam kehidupan di istana dan percintaan anak² raja Korea
(however Jewel Palace mek lom tengok laie yach)
Yang buat citer ni lagi kureng sebab hero dia pada saya macam kayu daaa hahaha Jgn mare. Tarak bleh feel sama lakonan dia. Tatau la mungkin disebabkan dia kena bawak watak cam tu dia blakon cam tu atau.... Kena tengok dia blakon citer lain baru leh nilai. 4 kali pandang muka hero ada sket cam Leon Lai Ming iteww Hongkong actor bukan Leon Saling Merindu yach...muakakakak. Atas permintaan ramai kabarnya citer ni nanti ada sambungan Goong 2.

Heroin dia cun sedap mata memandang cam muka heroin Full House sket. Seken hero leh tahan ayu hehe

Citer dia mengenai anak raja yg masih skolah kena paksa kawin ngn pilihan atok dia yg tengah gering sebab atok heroin penah tulung atok hero suatu masa dulu. Ala² tanak bagi tali silaturrahim putus dan juga balas budi la ni. Sesuka je derang ni ek arrange kawin cam ni. Bayangkan kalu di alam realiti, buat nya jantan tu samseng, brutal kaki pukul pompuan buat naya je pompuan tu heheh
Hero ngn heroin satu skola. Lepas kawin depa teruskan persekolahan juga tapi tidur berasingan sbb lom cukup umur. Cukup umur tok kawin je hehe. Majlis kawin ala² anak Sultan Brunei kawin kena arak satu bandar, masuk tv, wartawan luar pon ramai datang wat liputan sebab anak raja tu bakal Sultan.

Hero dah ada gelpren tapi kawin jugak. Hero cakap ngn heroin pas kawin depa bercerai. Heroin plak terpaksa mengkawinkan diri juga sbb nak bagi senang parents dia. Bapak dia kena buang keje. Untung² kawin ngn anak raja nnti leh dapat restoren kimchi sebijk ke, jadik bapak dia leh keje situ.

Cam besa la kan memula kawin mencik antara satu sama lain. Dah lelama hero terpikat lak kat heroin sbb heroin ni ala² bengong sket ada fius longgar hehe dan tak jadik nak ceraikan.

Kemdian muncol lak seken hero anak raja gak sepupu kpd hero. Tinggal lam istana gak. Heroin salu ngadu nasib kat seken hero ni kata hero (asben dia) ada suka pompuan lain. Dia ngadu asben dia tak chentarkan dia, tensen dok lam istana, tak bebas buat itu ini etc etc etc. Seken hero pon simpati hingga kuch kuch hota hey sama heroin. Sanggup tunggu heroin bercerai sama hero kemdian mau masuk minang heroin.

Melihat keakraban seken hero dan heroin, hero jeles. Jeles jeles gado haha. Gelpren hero plak still in lap sama hero. Dia mau pelan² rampas hero ala² Camilia rampas Putera Charles.

Gitu la citer nye. Senak perot nak abiskan tengok. Ada 24 episod kesemuanya. Rasanya tak lama lagi sure kuo tv citer ni. Ini dvd saya beli lanun maka kualiti sangat tidak bagus. Saya amat tak puas ati tapi padan muka saya sapa suh beli yg lanun. Oleh itu elakkan beli dvd lanun demi kepuasan org umah kita menonton bersama...kekeke Dan saya mau carik soundtrek ini drama sebab muzik dia best ada elemen tradisional.

Slamat menonton!!!