Showing posts with label Kang Dong Won. Show all posts
Showing posts with label Kang Dong Won. Show all posts

Wednesday, December 05, 2012

Jeon Woo Chi (2009)




Filem ini box opis masa tayangan dia dulu di tahun 2009. Dan sekarang 2012 filem ini telah di-dramakan.

Sebelum tengok drama nya, kena tengok dulu filem nya. Best sangat ke citer dia sampai perlu di-dramakan. Ottokee? Wae?

Jeon Woo Chi adalah sebuah filem fiksyen dan aksi.

Agak sarat dengan kesan khas yang mengkagumkan.

Pada awalnya serabut jugak menonton sebab melibatkan 2 zaman. Zaman purba dan zaman moden.

Secara am nya kisah ini mengisahkan perebutan sebatang paip. Bukan paip air atau paip pembentungan tapi paip seruling.

Sapa yang dapat memiliki paip ini dia lah yang berkuasa dan semua makhluk akan sembah ratu kepada nya.

Bila ada adegan "perebutan",  mesti lah melibatkan yang baik dan yang jahat.

Pada zaman dahulu, 500 tahun yang lalu, paip itu telah jatuh ke pihak jahat yang bernama goblin.

Goblin ini bermaksud jembalang lebih kurang.

Pada zaman itu juga ada 4 ahli sihir yang baik yang cuba untuk merampas kembali paip itu. Mereka berdiskusi bagaimana mahu menewaskan goblin itu.

Akhirnya goblin berjaya ditewaskan dan dipenjarakan di dalam botol. Ala hantu dalam botol kicap. 

Paip itu berjaya direbutkan oleh pihak baik dan dibahagikan kepada 2 bahagian dan di amanahkan kepada seorang Master untuk menjaganya.

Master ini mempunyai seorang anak murid yang nakal yang bernama Woo Chi. Woo Chi ini juga terer menggunakan kuasa mejik dan boleh terbang ke sana ke mari menggunakan kertas tangkal azimatnya.

Satu hari Master itu mati dibunuh dan Woo Chi dituduh membunuh Master itu sebab mahukan paip itu.  Maka 4 orang ahli sihir itu telah menangkap Woo Chi dan dipenjarakan di dalam sebuah lukisan.

Itu kisah 500 tahun yang lalu.

Kini kisah di 2009.

Entah macam mana bandaraya telah di haru birukan oleh kedatangan goblin. Goblin yang 500 tahun dahulu telah ditangkap dan dimasukkan di dalam botol, kini telah terlepas dan bebas berlari.

Siapakah yang telah melepaskan nya?

3 daripada 4 ahli sihir itu telah kalut bila goblin telah mengejarnya. Mereka tidak mampu lagi untuk menewaskan goblin sebab mereka telah bersara di dalam bidang sihir dan kuasa mejik.

Tiba-tiba mereka teringatkan Woo Chi. Lantas Woo Chi di bebaskan dari penjara dan di arahkan supaya membunuh goblin-goblin itu. Goblin itu boleh menyerupai manusia. Ini yang merbahaya.

Dipendekkan citer, salah sorang 4 ahli shir itu ialah cip goblin rupanya. Beliau telah memperdayakan semua orang hingga menuduhkan Woo Chi yang  bunuh Master.

Rupa-rupanya, dia lah angkara semua itu. Demi hanya untuk menakluki sebatang paip. Ish ish ish. Mari kita cekik dia.




Lakonan kacak Kang Dong Won, yang persis wajah Joo Won (Bridal Mask) katanya
 

Misi mencari paip


3 ahli sihir


Masterji ini berfirasat mungkin ada goblin di kalangan 4 ahli sihir itew
 

Ini dia goblin, yang tiada kaitan dengan goblok
 

Jeon Woo Chi versi drama lakonan Cha Tae Hyun. Pasti kelakor. Hehehe

Monday, March 26, 2007

Filem : Maundy Thursday (2006)



Synopsis

Yu-jeong, a suicidal young woman, is introduced to a man on death row named Yun-soo by her aunt, Sister Monica. Raised by an abusive father, Yun-soo has led a hard life. It got even harder when he was left in an orphanage with his younger brother after his father's suicide and his mother's abandonment. Growing up in the gutter, he became involved in a violent crime, for which he was convicted of three counts of murder. Yu-jeong, on the other hand, comes from a rich family. However, her childhood was marred by traumatic neglect, which has led to her self-destructive impulses. These two wounded souls slowly open their hearts and find the motivation to live on in each other's compassion. Yu-jeong realizes how spoiled her life has been compared to Yun-soo's, and embraces his guilt that would otherwise never be forgiven.
Starring : Kang Dong Won , Lee Na Young

Credit : Hancinema




Citer ni boleh tahan best.

Citer mengisahkan 2 orang berlainan latar beakang yang mempunyai masalah kekurangan kasih sayang dan trauma sewaktu zaman kecil nya kemdian bertemu di penjara dan lama kelamaan mereka menjadi ngam dan langsung mengenal erti kasih mcm lagu dayang hehe...sehingga menimbul rasa sebak di kalangan penonton.

Hero sewaktu kecil ditinggalkan emak terkontang kanting sorang diri bersama adik dia sebab mak dia kawin dengan lelaki lain. Suami baru mak dia plak garang, ganas dan kaki pukul. Dia nak jumpa mak dia pun secara rahsia dan curi-curi. Yang lebih mengharukan mak dia langsung tak de hati nak jumpa dengan anak dia sebab takut akan suami nya yang kaki pukul itu. Maka jadi la hero pengemis jalanan bersama adik nya dengan baju yang melantong lagi bacin. Kemdian adik dia mati sebab kena blasah dengan cip pengemis. Bila dah besar hero terlibat dengan satu pembunuhan dan telah dijatuhkan hukuman mandatory gantung sampai mati.




Heroin plak sangat benci dan dendam sama mak dia. Kaw-kaw punya dendam terhadap mak nya sendiri sehingga mendorong dia membunuh diri sebab tidak mahu menjadi anak mak dia lagi. Namun kesemua cobaan membunuh diri nya menemui kegagalan. Mungkin ajal belum sampai lagi. Diawal citer buat penonton tertanya-tanya pesal la dia ni benci sangat dengan mak dia. Alkisahnya heroin telah dirogol dengan sepupu dia masa berumur 15 tahun. Pas kena rogol dia ngadu dengan mak dia. Ingatkan mak dia akan membantu dia sebalik nya mak dia sepak dia dan salahkan dia dan bilang jangan hebohkan hal dia kena rogol pada adik bradik yang lain. Mak dia suruh tutup kes. Pesal apa tak pasti. Mungkin mak dia orang kaya high class malu la kalu orang tahu anak pompuan dia dirogol oleh anak sedara dia sendiri.

Antara kata-kata heroin pada emak nya yg sedang sakit waktu itu "Killing myself is much easier than forgiving you mother" Sebaris dialog yang dilontarkan begitu kejam dan dengan penuh penghayatan skali.



Disebabkan kekerapan heroin cuba membunuh diri, makcik heroin seorang 'Sister' telah menemukan nya dengan hero seorang pembunuh yang menunggu detik di hukum gantung. Di awal pertemuan mereka kelihatan dingin sebab hero tak kosser nak jumpa sesapa yang nak bagi nasihat sebab dia memang nak mati. Kerak nasi jika direndam lama kelamaan akan lembik jua. Begitu jua dengan hubungan mereka di mana mereka kelihatan semakin akrab dan saling bertukar cerita malang mereka. Heroin akan datang melawat hero setiap hari Khamis. Sebab tu tajuk citer dia hari Kamis...hehe

Citer ni pengarah mahu mengatakan kalau kita rasa nasib kita buruk, yang sebenarnya adalah lagi orang yang mempunyai nasib lagi buruk dari kita.

Moral of the stori, budak-budak yang dirogol masa kecik akan memberi kesan negatif pada tumbesaran dan jiwa raga nya ye u ols. Oleh itu perogol harus diberi hukum yang setimpal dan sekeras-kerasnya. Kesan zahirnya mungkin tak nampak dalam jangka panjang tatapi batin nya sengsara sepanjang idop mcm citer ni.

Tajuk lain citer ini Our Happy Time. Citer Korea ni suka noo tajuk citer lebih dari satu sampai konpius orang.

Rekemen untuk ditonton :)

Saturday, October 14, 2006

Filem : Duelist (2005)



Synopsis

Based on a novel, this beautiful period film centers on a tomboyish detective by the name of Nam Sun (Ha Ji Won) who ends up being assigned to investigate a case revolving around some counterfeit coins. Going deep undercover in a variety of diverse disguises, Nam Sun quickly finds herself chasing after a notorious assassin named Sad Eyes (Kang Dong Won), who just may be involved in the crime she's investigating.

These two warriors from opposite ends of the law end up clashing time and time again, but with each passing encounter, they soon discover that they share a mutual respect and attraction for one another. Will a love affair bloom on the battlefield?

 
Starring : Kang Dong Won , Ha Ji Won , Ahn Seong Gi



Gimana rasanya bila terpaksa meliat filem aksi yg bisu? Citer ni saya terpaksa meliat secara mute sebab kalau audio nya korea, sabtaitel nya siam. Kalau sabtaitel nya english maka audio nya Thai kerna citer ni dibeli di Hatyai. Makanya terpaksa mutekan sore sebab kalu tengok citer korea cakap siam langsung la tak best nyaaaaaaa hehe.

Every time saya berjumpa dengan citer hero ni saya akan beli. Tatau pesal suka tengok dia hehe. Dalam citer ni penampilan dia agak lain sket dari citer sebelum ni saya tengok. Juga dalam citer ni dia tak banyak bercakap. Sekadar senyum misteri dan merenung orang.


Citer mengisahkan heroin seorang detektif ditugaskan mencari dalang disebalik pembikinan wang pelesu. Siasat punya siasat ketemu la dengan seorang suspek yg mencurigakan yg digelar 'Sad Eyes' sebab dia mempunyai sepasang mata yg menyedihkan hehe.

Sebuah filem period aksi yg menarik. Banyak menonjolkan aksi pedang-pedangan. Telah memenangi Best Art Direction kat festival filem di Korea.

Thursday, July 20, 2006

Filem : Romance at Their Own (2004)



Synopsis

Han-Gyeong transfers back to Seoul after 4 years, to live with her mom and step-family. The excitement of the return is generated by the chance for her to meet with her sweetheart, Dae-Han, again. However, her dreams are crushed when she discovers Dae-Han has been taken by an old friend of hers. She also finds herself caught between two popular guys — one claiming to have met her before, and one wanting to make her his.




Saya membeli citer ini kerna itu wajah hero Kang Dong Won (KDW) terpampang di kulit muka vcd ini. Sapakah KDW? Ala itu hero drama samting about 1 %

Ini citer saya jumpe sewaktu berkunjung ke Singapura hujung minggu lepas. Yaa saya sudah ketemu tempat jual dvd/vcd citer Korea yang memenuhi kehendak saya. Di mana lokasi nya?

Lokasi nya adalah di stesen MRT Raffles. Di kedai nya ada menjual vcd/dvd cerita-cerita yang terkini lagi latest dan tak ketinggalan cerita-cerita terdahulu. Tapi sebab saya dah borong citer hari sebelum nya di JB maka saya dapat beli ini satu citer dulu. Next change bleh datang lagi.

Selain tajuk di atas citer ni ada satu lagi tajuk 'Temptation of Wolves' katanya. Po la depa ni tamak sampai ada 2 tajuk huhuhu namun citer dia boleh la tahan...ampeh. Disebabkan mau layan hero dia maka sabar je la sabariah hehe.

Saya ada bilang mau tengok citer lain yang heroin drama ni blakon dan dia ada lam ini citer sebagai heroin. Haueber lam citer ni dia kelihatan sangat muda belia seperti lepasan USPR atau kita kasik up sikit la umo dia bagi lepasan PMR hehehe.

Kisah mengenai 2 pelajar lelaki yang terlibat dengan gejala kurang sihat ala² samseng kampong dusun. Dedua tak bleh ngam.

Kemdian datang seorang pompuan berhijrah dari kampong ke Seoul. Berjumpa ngn 2 lelaki tersebut dan dedua suka sama itu pompuan.

Nak dijadikan citer salah sorang lelaki tersebut adalah abang kepada pompuan tersebut yang telah lama menghilang.

Nak bagi kemuncakkan citer abang dia telah 'jatuh cinta' sama adek sendiri dan sangat cemburu bila pompuan tersebut berdating sama lelaki yang satu lagi.

Nak bagi abiskan citer abang dia disaspek mengidap sejenis penyakit hati cardiac disorder yg diakibat dari aorta valvular disease (mek siap salin lagi nama penyakit dia yeww hehe) Penyakit ni lebih menyerang lelaki yach katanya lam artikel tu.

Disebabkan penyakit itu maka abang dia membawak diri ke Ostolia bagi menjalani rawatan dan dalam masa yang sama mau melupakan perasaan cinta terhadap adek sendiri.

Kemdian pembedahan abang dia gagal. Maka mati la abang itu. Dan abang dia ialah iteww hero mek. Sob sob.

Sekian saja citer.

Monday, November 14, 2005

Filem : Too Beautiful To Lie (2004)




Synopsis

Starring Kim Ha-neul ("Ice Rain") and Kang Dong-won (“Something About 1%"), love comedy "Too beautiful to lie" tells a hilarious tale about.


Hee-chul who is about to propose to his girl and a con girl Young-ju who just got parole.On her way to her sister's wedding, Young-ju (Kim Ha-neul) runs into Hee-chul (Kang Dong-won), a guy heading to see his girlfriend to propose. Hee-chul's promise ring is picked on the train and finally falls into Young-ju's hand as she gets off the train to catch the picker. To return the ring to Hee-chul and recover the luggage she left on the train, Young-ju goes to Hee-chul's home. Arriving home with the ring, Young-ju is mistaken as Hee-chul's girlfriend by his family!




Selepas melihat inniew hero berlakon dalam drama
ini maka perasaan teruja mau lihat citer lain lakonan beliau. Tak banyak drama juga filem lakonan beliau. Ni ada satu pilem lakonan beliau yang dapat di cari. Ok la citer dia. Heroin dia tok sah cakap memang dah best. Watak hero agak berlainan sket dalam citer ni. Kalu aku jupe hero dia ni aku nak tebas sket rambut depan dia kasik trim bior tampak ensem lagi haha.

Moral of the stori : Kadang² nipu boleh membahgiakan. Nak nipu...nipu betol². Jangan ngn org ni cakap cam tu...ngn org tu cakap cam ni...cakap mesti se-tone jgn lari tempo :P Kalu tak kang menda kecit jadik beso ngalahkan masalah negara. Pis pis kacang pis.

Wednesday, November 02, 2005

KDrama : Something About 1% (2003)




Total Episode : 20

Synopsis

What would you do if you were given the first right to marry a certain girl who will bring you a fortune? Based on an original novel of the same title, is an exhilarating romantic comedy that takes you on a ride into the boy-meets-girl type of love story. This cute romantic comedy is sure to attract audience of all ages.

Da-Hyun Kim (heroine) teaches Korean in middle school. One day, on the way home in the subway, she gives seat to a poor old man and helps him with his bags. She soon forgets about this but from that day on, all kinds of strange things start happening in her life. In the meantime, Jae-In (hero) is in a meeting at his office when he's interrupted by an urgent phone call. He had become estranged from his grandfather ever since he ran away from home. This also meant deletion of his name from his grandfather's will. But all of a sudden, he now gets a call that his name was written back on his grandfather's will again and what's more, he is also given the order of priority. He's even more surprised when he finds out that it is not the first right to inherit the fortune but the first right to date a certain girl. To make things worse, his grandfather says he'd bequeath his every single fortune to the girl Jae-In has never even heard of.

Credit : MBC


namanya Kang Dong Won yach

Antara salah satu drama Korea yg aku rasa jalan citer dia menarik. Kelakar. Tak boring tengok. Beli vcd pon berbaloi. Hero pon sedap mata memandang hehe. Muka memalu poyo gitew. Tak ensem tapi kiyut. Tak sengaja tengok kat TV2 masa tunggu waktu buka aritu. 3 kali tengok cam bes. Balik kampung terus pi cari vcd dia kat City Square JB sebab tak sabau nak tau episod² seterusnya. Rancangan raya pon banyak yg tah pape. Kat kampung tak de Astro so layan la vcd ni sampai abis. Numpang tengok Astro kat umah sedara mana rancangan yg ada melibatkan bintang kesayangan itewww.

Something about 1% berkisah mengenai seorang datuk kaya yg ingin mengubah cucu nya, seorg yg panas baran, cakap kasar dan punya ego yg tinggi. Salu buat sakit ati datuk dia. Cara nak balas dendam datuk dia temukan dengan seorg pompuan yg baik hati tok jadi jodoh cucu dia. Kebanyakan citer Korea ni cucu² seme hormat kat datuk derang walau cemana ego cucu iteww. Mungkin realiti kehidupan derang pon cam tu gaknya. Datuk dia tulis la wasiat kalu nak harta seme kena kawin dengan cucu menantu pilihan dia.

Dipendekkan citer karakter hero dan heroin 99% kontra. Hero seorang yg panas baran dan dari keluarga yg kaya raya mana kala heroin seorg yang lemah lembut, baik hati dan keluarga org kebanyakan. Pantang jupe musti bertekak. So yg lagi 1% ni la yang menyatu padukan mereka hingga ke jinjang pelamin. Part yang best keluarga heroin tanak terima hero sebagai menantu sebab org kaya. Berbalik kot lak. Biasanya seme org nak kawenkan anak dia ngn org kaya.

Moral of the jalan citer drama ni setiap benda kita kena kasik cuba dulu bak kata pepatah belom try belum tahu walaupun kemungkinan sakses cuma ada 1%. Mana kita tahukan. Yang penting berusaha. Usaha tangga kejayaan. Rekemen tengok citer ni pada peminat drama Korea. Sekarang tengah tayang kat TV2 Isnin-Jumaat jam 6 petang.