Showing posts with label Kwon Sang Woo. Show all posts
Showing posts with label Kwon Sang Woo. Show all posts

Friday, July 31, 2009

Filem : A Sadder Story Than Sadness (2009)



Synopsis
Radio producer K (Kwon Sang Woo) was abandoned by his family. Lyricist Cream (Lee Bo Young) lost her family to a car accident in a split second. These two people continue their lives filling in each other's longings like family, friends and lovers. But K has less than 200 days to live. When he's gone he knows she'll be all alone. K decides to find someone who can be with her for the rest of her life. Joo-hwan (Lee Bum Soo) is a dentist, a kind and gentle soul. But most importantly, a healthy human being, someone who can be by her side. Joo-hwan falls in love with her the moment he sees her. (Credit Hancinema )

*********************************************

Citer ni alkisahnya dikatakan sangat sangat sedih dari kesedihan yang ada atas muka bumi ni. Apa la yang sedih sangat tu ek. Disebabkan nak tahu, maka saya pon menonton citer ni. Tapi faktor utama mendorong menonton citer ini ialah kerna OST nya berjudul "No One Else" nyanyian Lee Seung Chul yang telah digunakan pakai dalam drama East of Eden terlebih dahulu yang mana bertujuan untuk mempromosi filem ini. Bukan 1 lagu tatapi 2 lagu filem ni diguna pakai dalam drama East of Eden.

Bila dah tengok filem ni baru tahu kenapa OST ini diberi pinjam dalam drama East of Eden. Sebab muncul nya lagu tersebut di akhir filem saja. Penat hamba menunggu. Kerana Lee Seung Chul hamba tunggu jugak. I wait u poreber Lee Seung Chul. Jika lagu ni diperap saja dalam filem ini, adalah menjadi kerugian sangat sebab lagu ini teramat besttttt. Lagu ini berjaya memintas lagu lain di dalam carta OST lagu jiwang pilihan waiem sepanjang zaman, untuk berada di tangga pertama. Tidak ku sangka-sangka hehe

Citer mengisahkan seorang pemuda yang akan mati tidak lama lagi. Beliau ada minat satu pompuan ni tetapi beliau tidak terluah untuk melafazkan "sarangheyo" pada kekasih hati nya kerana beliau tidak lama berhidup. Kemudian beliau berusaha menyatukan kekasih hati nya dengan lelaki lain walaupun hatinya pedih bagai ditusuk peluru seperti Baek Ji Young itu (dalam sedih megi tetap tak tinggal keke). Boleh la agak nape citer sedih ni sedih bebeno ya Cik Peah.


Kisah bermula di studio rakaman. Seorang artis rakaman sedang merakam kan lagu. Sekali lagu yang nak dirakamkan itu tidak memenuhi piawai lagu-lagu meletop sebab lirik nya kureng


Kemdian pengurus artis mencelah, "Ahhh gasak la, pedulik apa lirik bagus ke tak bagus. That is show biz"


Sekali...jengjengjeng, artis rakaman ni pon komplen,

"Singing about a girl to come to me at my age? Isn't it childish?"

Ni mesti lagu jiwang karat ala lagu Spoon, Scoin, Spin ni hahaha "Rinduuuu, rindu, serindu serindu nyaaaa, namun engkau yang tak mengertiii..wohooo"

Memperkenalkan, penyanyi OST sebenar turut berlakon tempelan dalam citer ni. Lee Seung Chul in de haus


Kemudian mereka teruskan pencarian lagu yang best dengan lirik yang mantap. Sekali tu jumpa la satu lagu lama berjudul "No One Else like Thee by Cream". Bila dengar lagu tu mereka nak jumpa penulis lirik bernama Cream ni.

Menurut kawan manager tu, penulis lirik itu sudah mati. Maka beranjak la kita ke zaman flash back


Pada zaman dahulu ada 2 orang kawan baik. K dan Cream. K yang lelaki. Nama dia bukan Kalid tapi Kang. Mereka berkawan sejak sekolah lagi dan bila di alam pekerjaan mereka tinggal serumah untuk jimat kos. Masing-masing anak yatim piatu. Mereka saling jaga menjaga antara satu sama lain. Dan lelaki itu bagaimana pun kuch kuch hota hei sama perempuan itu tapi perasaan itu hanya dipendamkan saja sebab dia sedang bertarung nyawa dan bakal mati tak lama lagi. Tiada guna dia beromantika di amor jika hayatnya tidak panjang


Satu hari beliau pingsan. Tatapi Cream tak tahu K sedang sakit tenat sebab K pandai cover line


Dipendekkan citer, K dapat tahu yang Cream minat dengan sorang dokter gigi ni. Malangnya dokter gigi ini telah bertunang. K yang akan mati ingin menyumbangkan satu jasa kepada kawan baik nya Cream sebelum dia mati. Maka K berjumpa lah dengan tunang dokter gigi tu dan buat permintaan sempena dia nak mati (siap tunjuk surat dokter) suruh mereka putus tunang


Pertunangan berjaya diputuskan. Dan tiba la hari bahagia Cream akan berkahwin dengan dokter gigi itu. Ni masa try test baju pengantin.


Lepas try baju pengantin, K pon lari membawa diri sebab dia terlalu sedih. Lari punya lari sambil menanges sampai tengah jalan raya. Wanita idaman nya akan berkahwin dengan lelaki lain. Tapi dia juga yang suruh Cream kawin.* lagu bek ground -kerna terpaksa aku rela kau pergiii - Franceska Peter*

Rasanya watak sedih ni memang khas untuk beliau hehe


Tiba la hari kawin Cream dan dokter gigi itu di mana K bertindak sebagai Oppa yang menghantar adik nya kawin sebab pompuan tu tiada punya bapa.

Bagaimana kah kesudahan nya? Dapatkah Lee Seung Chul bertemu dengan penulis lirik, Cream itu? Bagaimana perasaan Cream bila dapat tahu K akan mati? Sama-sama lah anda saksikan. Ada sedikit twist di akhir jalan citer

Dengarkan OST feveret ambe ini

No One Else by Lee Seung Chul

dan juga

A Sad Story Than Sadness by Kim Bum Soo

Tak de lah sedih mana citer ni. Cuma yang paling sedih lagu No One Else keluar di akhir citer. Penat tunggu. Sob sob :P

Friday, May 06, 2005

KDrama : Into the Sun (2003)




Image hosted by Photobucket.com



Summary:

Kang Suk-min (Kwon Sang-woo) is a marine who falls in love with a doctor named Jun Hye-rin (Myung Se-bin). The only problem about being in love with Hye-rin is that she is still mourning over her fiancee's death. Lee Seung-ha (Jung Sung-hwan) is a doctor who is also in love with Hye-rin. Eventually, Hye-rin, seeing the positive and good side of Suk-min, starts to develop feelings for him too. But when Hye-rin's fiancee's death incident seems to have more to it than what meets the eye, suspicion of Suk-min's AND Seung-ha's relation to the death rises.

Different relationships of a few marine's are seen through this drama. But, what does Suk-min and Seung-ha have to do with Hye-rin's fiancee? Hye-rin must question the love and sheer honesty of these two men.

Starring : Kwon Sang Woo, Myung Se Bin, Kim Jung Hwa



Total episod : 20
Credit : www.yesasia.com




Image hosted by Photobucket.com

Aku suker citer macam ni. Contoh kalu askar laut tu ada tunjuk sket tugas² askar laut cemana. Kengkonon cam real askar ler. Kemdian ada semangat keaskaran. Cam tu gak la kalu watak cekgu ke, dokter ker dll. Bukan sekadar enterprem. Kisah cinta tu memang la kena ada tapi bukan dari mula sampai akhir dok pi mai pi mai tang tu mcm tak de keje lain. Letih la nyah citer cinta cam ni (baca : Sembilu) :P Ada wawasan, matlamat dalam idop dan keje yang harus dibuat selain bercinta walaupun ianya hanya drama semata² hehe

Image hosted by Photobucket.com

Paling best taim tengok citer ni musti ingat kat boss. Almaklum aku ada boss ex-Navy. Penah la dia citer masa atas kapal cemana. Cam dlm citer ni gak nye bole imajin.

Image hosted by Photobucket.com

Nice drama to see bagi yg menat drama Korea la;) Dah penah tayang kat 8tv sebelum ni.

Cuma terpikir kalau ada drama melayu mcm ni kan bes. Ni balik² citer pasal anak Dato', Tan Sri keje kat syarikat konglomerat besar, umah beso, keta beso, 2 bisnes famili nak jodohkan anak mereka...bla bla bla dot com dot mai. Alamakkk eeeiii buhsan nyee.

Saturday, March 12, 2005

Filem : Love, So Divine (2004)

Image hosted by Photobucket.com

Citer dalam bentuk DVD yang pertama aku beli walaupun belom ada DVD player sebab hero Korea paberet berlakon. *Yayy* Bila la mao beli ini player ni iskk...entah coming soon ke...ntah next change ke. Sib bek kat opis sekarang dah boleh tengok DVD * yay lagik*

Citer ni mengisahkan bagaimana sorang pemuda yg bercita-cita mahu menjadi paderi gereja. Entah mcm mana dah dekat nak jadi paderi dia bersama kawan dia tak sengaja melakukan kesalahan dan di denda. Dia diarah pergi ke sebuah gereja kecil di kawasan pendalaman dan menjalani 'denda' dia di sana dan belajar dengan Father Nam. Semasa berada di sana beliau telah di uji dengan perlbagai dugaan yang mana mengganggu jiwa hati dan perasaan dia untuk menjadi sorang paderi yang benar² 'bersih dan suci hati' . Bila masa dah cukup time, dia kembali ke tempat asal beliau untuk menjalani upacara ordination (upacara mengangkat seorang menjadi paderi) Di situ dia terpaksa membuat pilihan antara Tuhan dan cinta (yak ini perempuan)

Image hosted by Photobucket.com

Lakonan Kwon Sang Woo sebagai Kyushik, berbeza dari citer² dia yg aku tengok sebelum ni, citer Stairways to Heaven dan My Tutor Friend. Dalam kedua citer tu dia jadi anak org kaya. Kali ni dia jadik anak org yg tak berapa kaya dan tak berapa kedana. Suka nye tengok Sang Woo dalam citer ni yg mcm lurus bendul gitu. Bawak kereta pun tak tahu. Jantan jenis apa kah ini? :P Mungkin masa dia banyak di abis kan dengan ilmu untuk jadi paderi sampai tak dan nak blajo memandu kot. Dan asek kena buli sama itu heroin, lakonan Ha Ji Won sebagai Bong-hee. Heroin ni la yg banyak mengganggu dan menguji 'kepaderian' beliau. * mari kita cekik dia * Itu perempuan anak sedara Father Nam yang baru datang dari Amedikaa. So hari² la dia berjumpa dengan heroin itewww.

Kyushik cuba untuk membaptistkan Bong-hee sebab Bong-hee terbawak² peel US dia ke situ. Kemudian putus chentar sama balak dia. Dan dari situ dalam masa yg sama mengajar Kyushik erti chentar sama manusia. Tu aa don play play.

Image hosted by Photobucket.com

Eh si Kyushik ni ada sorg kawan bernama Sundal yewww. Huhuhu. Wat a name. Aku terbaca dalam internet ada yg eja Seon-dal. Subtaitel kluar Sundal. Sundal oh Sundal :P Muka pun kiyut dengan mata yang shay-pet. Kalau anda peminat Sang Woo gak jangan lepas tengok ini celita. Bila dia nangis kita pun nak nangis sama hehe

"No matter where I am and who I am I will love you"

Image hosted by Photobucket.com
buat persembahan masa kawan depa kawen

Saturday, December 18, 2004

Filem : My Tutor Friend (2003)



Dalam bahse Korea tajuk dia donggabnaegi gwawoehagi. Terbelit lidah nak sebut. Sebuah cerita yang simple dan mudah di fahami. Lakonan hebat daripada Kwon Sang Woo (hero Stairway to Heaven) sebagai Kim Ji Hoon dan Kim Ha-Neul sbg Choi Su Wan (first time menonton citer lakonan dia ni). Citer ni mengisahkan sorg pelajar universiti, Choi Su Wan yang buat kerja sambilan sebagai cikgu tusyen utk menampung yuran pembelajaran dia. Dia tinggal sama amma dia yg bukak kedai jual ayam goreng. Appa suda tak de. Satu hari amma dia kata ada kawan dia nak cari tutor utk anak lelaki dia. Kaya org ni. So amma dia pon suruh dia pi jadi tutor kat situ. Alkisah, anak lelaki itu adalah sorg yg bermasalah. Baru kena buang dari tempat dia belaja kat luar negara iaitu hero ni la, Kim Ji Hoon. Umur mereka sama, 21 taun. Dah byk tutor yg angkat kaki pas tutorkan Ji Hoon ni sebab perangai dia mak datuk...mcm setan daaa. Kemudian otak dia ada kaler kunin-kunin sket :P Buku Bahse Inggelish yg bawak pi skola ialah 'Playboy'.

Maka tutor ni dengan sabar meneruskan menutorkan Ji Hoon ni. Prinsip dia, dia takkan buat kerja separuh jalan. Kalau Ji Hoon tak suka dia, boleh pecat dia. Tapi utk dia tarik diri tidak sama sekali (tapi sama amma dia, dia cakap tak mo dah tutor si Jo Hoon tu). Asalkan si Ji Hoon ni dapat duduk di meja study selama 2 jam dah cukup baek. Dia memang dah tak nak blaja tapi takut sama appa dia. Sebab appa dia akan tarik kemudahan kad kredit...itu yg paling dia takoti sebab nanti dia tarak bule joli-joli sama pompuan la.




Kemudian pd suatu hari dia bergaduh, kena tikam dengan pisau pas tu kena tangkap dengan polis. Dia lari drpd rumah. Amma dia dah risau ya amatss. Dah lari tu lari la jejauh, ni tidak dia balik semula ke rumah dia tapi tak masuk ikot pintu depan. Dia panjat masuk ikut tingkap bilik dia (cam spiderman tu kot dia panjat dinding). Kebetulan tutor tu ada dlm bilik dia. (Derang mmg belaja berdua dlm bilik lelaki itu). Tetengah berkonfrantasi dlm bilik, amma dia termasuk bilik. Ji Hoon terus nak lari tapi tutor ni dapat tangkap kaki dia. Pas tu bawak ketemu sama appa dia. Appa dia kata ' ko kena pi US blaja kat sana'. Ji Hoon kata 'Nehi nehi nehi'. Sampai nak bertumbuk dia sama appa dia. Dipendekkan crita, Ji Hoon ni berjanji akan score markah lebih average iaitu 51 dlm ketas Bahsa Inggeris dia. Markah sblm ni dia dpt 8 je. Sebab dia tanak pi obersi studi.

Tutor dia dah gelabah. Mcm mana dia nak score average padahal dia blaja pon memain, ini kan nak dpt markah drpd 8 ke 51. Mustahil. Ji Hoon lak cakap 'kalo aku leh dpt 51 markah apa ko nak buat?' Tutor kata ' Ok aku akan menari di pentas skola'. Punya semangat lelaki ni nak kenakan tutor dia supaya menari depan org ramai, dia membuat kejutan dengan belajar bersungguh. Semua kawan skola dia terkezut beruk. Waima dlm tandas masa nak buka zip sluar pun dia dok menghapal:P Semangat punya semangat sehingga dia mengupah beberapa budak skola utk buat 100 soalan setiap sorg , yg mana 50% drpd soklan tu agak2 leh kuo time exam berpandu pd last-last year exam paper. Bukan semangat nak berjaya dlm peksa tapi nak kenakan tutor dia.

Keputusan keluar dia dapat markah 51...hahaha. Tutor tu terkejut lalu makan slip peksa kawan tu. Sib baik tak sempat telan. Menarilah tutor tu dgn tarian ala2 penari kelab malam. Sampai masa tutor tu akan menamatkan kelas tusyen Ji Hoon ni. Ji Hoon lak suda ada rasa kuch kuch hota hai sama Su Wan. Mcm sedih nak berpisah dengan Su Wan ni. Si Su Wan lak kena tinggal ngn pak we dia kerna pak we dia nak jadi paderi gereja. Frust la dia. Su Wan kembali nolong amma dia antar ayam goreng yg org oder. 


Dipendek pendek kan cerita, citer ini berakhir dengan happy ending yg selamba sebab kedua-dua nya berlakon dengan selamba. Seronok tonton citer ni. Kalau anda mao beli ini citer kat Speedy pon bole sebab nak pijam sama saya, saya jua sewa ini bicidi. Lakonan Kwon Sang Woo ada lain sikit dari watak dalam drama Stairway to Heaven. Selamat menonton.

Thursday, December 02, 2004

KDrama : Stairway to Heaven (2003)


I'll follow you wherever the place you may go. Be it heaven.

Aku tengok citer ni kerna hasutan sorang kawan yang sungguh fanatik banget citer-citer Korea. Dah lama dah tak tengok drama Korea pas citer Hotelier kat TV3 sikit masa dulu sebab kepadatan waktu (mengalahkan menteri lak hehe) Kekadang tu tak de masa nak tgk TV, inikan pulak VCD, DVD jauh skali sbb tak de pemainnye. Bila tah mao beli *sambil gosok-gosok mate*

Dari kiri : adek tiri, abang tiri, bapak, mak tiri, heroine, hero

Citer Stairway To Heaven (STH)ni ditayang di 8TV bebaru ni. Silap timing plak sbb tayang bulan posa. Dapat tengok masa awal-awal episod je. Orang kata citer bersiri ni kalau dah follow sket memang tak buleh tinggal. Maka dipendekkan crita aku sewa la VCD ni kat Speedy untuk tahu kesudahan citer ni. Lagi pun aku kurang suka tengok kat tibi nyer versi cakap Mandarin. Bengang tol...pesal tak dikekalkan saja dialog Korea. *tinger kuo asap* Sebelum tu, aku ada pengalaman yang tak dapat aku lupakan pasal menonton citer Korea ni yak itu tak tido 1 mlm sbb nak abiskan 20cd Hotelier arituh jugak bersama 3-4 org lepak umah kawan pas tu tala tgk citer tu. Time solat pause jap, seme solat & buang air, pas tu ngadap tibi balik hahaha. Sib baek tak meletop tibi. Tu la dia penangan citer Korea. (Penangan AF lain lak haha) Moral of the stori setiap rancangan ada penangan masing2 hehehe.

Berbalik pd citer STH ni, aku boleh simpulkan sebagai kisah chentar yang terlampau. Tak larat seh nak tunggu ending. Meleret gilos hehe tapi tengok jugak. Drama Korea memang terkenal dgn kelembapan dan kemeleretannya namun menyentuh sanubari juga boleh menyebabkan air mata penonton mengalir tanpa henti. Kalu anda sorang yang berjiwa sentimental dan jiwang, seswai benor ler nonton citer ni. Satu aku nak puji citer-citer Korea ni ialah lakonan para pelakon yang penuh jiwa, dari watak utama hingga ke pelakon extra hingga aku terpanggil nak mengulas hehehe

Ni ler hero dia, Kwon Sang Woo

Citer ni mengisahkan 2 orang sobat baik (hero dan heroine) yang berkawan dr kecik hingga besar. Dari pada perasaan sbg sorang kawan hingga timbul rasa cinta di antara keduanya. Hero ni anak org kaya ya amatss, setiap kali keluar umah musti ada 6 bodigad yang mengiring dia. Famili dia menjalankan bisnes taman tema. Bapak dah tak de. Tinggal ngn mak dia. Dia baik dgn bodigad dia yg paling senior. Dah anggap mcm bapak dia. Pertama kali menonton lakonan hero ni. Hebat lakonan dia. Tapi banyak beno adegan menangis nye..rimass tengok orang jantan nangis. Tapi dah skrip cam tu tak buleh kata pe la. Dan dia menangis dengan begitu baik sekali hehehe



Heroine, Choi Ji Woo

 
Heroine ni dia mak tak de, dah mati sebab kanser mata. Ayah dia pensyarah pastu kawen ngn pelakon ada 2 org anak laki dan pompuan. Pastu tinggal serumah ngn heroine. Pelakon ni iaitu mak tiri heroine sebenarnya nak kikis reta jek so dia pon umpan anak pompuan dia suh ngorat hero. Makna di sini dia nak kikis reta laki baru dia juga reta haroin tu. Tamak-tamak. Maka mak tiri ni pon jalankan strategi nak bolot harta dan juga nak pisahkan hero dan heroine ni. Di situ la citernye bermula. Mcm mana adik tiri heroine ni membuat cubaan membunuh heroine hingga hilang ingatan, hero pras tertonggeng, abg tiri dia lak ada hati kat heroine...bawak lari heroine. Pas tu heroine ingat balik...pas tu dia di dapati kena kenser mata mcm mak dia jugak. Sedih giler la part ni. Pas tu abg tiri dia berbaik ngn hero, abg tiri kene mati (sukarela bunuh diri) sbb nak derma mata kat heroine sebab kaseh yang begitu mendalam pd heroine. Hero kawen jugak ngn heroine walaupun tau heroine kena kanser...chentar nyer pasal. Hatta, heroine memang dah tak dpt di selamatkan lagi sebab sel kanser dah merebak ke tempat lain...mati jua akhirnya *sob*sob* Tinggal la hero terkontang kanting sorg diri sambil main piano.



Salah satu adegan masa depa nak kawen


Satu perkara potong stim aku masa tengok citer bila mana aku terbayang Erra Fazira bila tengok heroine dia. Kalau drama ni buat versi Malaysia, Erra Fazira calon yang seswai pegang watak heroine ni. Yang potong stimnyer bila ada Erra Fazira sure pengarahnya Prof Madya Razak Mohiden...nehi nehi hahaha. Heroine juga merupakan heroine citer Winter Sonata, Mr.Duke dan A Romantic President(antara citer2 lakonan beliau yang aku dah tengok)


Saat-saat akhir heroine sblm mati


Kalau nak citer bebetol sampai minggu depan pon tak abis. Kesemuanya ada 20cd. Lagu-lagu dari citer ni jugak sedap. Giler nyer bes. Kalu ada penyanyi Mesia nak sadurkan lagu tema dia, amat la aku alu-alukan. Soundtrack dia dah di jual di Speedy. Tunggu masa yang seswai nak sambar hehe. 

Kredit foto :