Showing posts with label Daniel Hanney. Show all posts
Showing posts with label Daniel Hanney. Show all posts

Wednesday, February 20, 2008

Filem : My Father (2007)



Synopsis
 
James Parker, adopted overseas as a child, comes back to Korea as a U.S. soldier to find his birth family. He finds his biological father, who is in jail awaiting the death sentence. Their meeting is awkward at first, but sympathy and love grow between them.

Cast : Kim Yeong Cheol, Danniel Hanney

Director : Hwang Dong Yeok

Credit : Hancinema


Filem ini adalah kisah benar yang difilemkan ceritanya. Pada awalnya kedapatan kontroversi mengenai penayangkan pilem ini kerana mendapat bantahan dari individu berkenaan.

Kisah seorang anak Korea yang menjadi anak angkat sebuah keluarga di US. Dia pindah US sewaktu dia masih kecil. Bila anak itu sudah dewasa dia datang ke Korea untuk mencari keluarga sebenar dia dan keluarga angkat US nya tidak pula melarang dia mencari keluarga sebenarnya.

Kenapa dia dijadikan anak angkat keluarga US, tidak Australia, England, Perancis, Republic Czech atau Italy atau AC Milan?

Mana lah saya tahu. Dah jalan citer cam tu. Hehehe




Filem ini banyak sungguh twist nya hingga saya sendiri pun tokojut. Kita agak jalan citer nya begini begini begini. Rupanya tidak. Begini begitu macam ini macam itu berliku-liku.

Nama US anak itu ialah James Parker. Untuk memudahkan dia mencari keluarga sebenarnya di Korea, dia menjadi askar US kerana di Korea ada pangkalan tentera US. Jadi kalu orang tahu dia askar mudah sket kot urusan birokrasi dokumentasi mencari keluarga sebenarnya. Menjadi seorang askar hanya kerana mahu mencari keluarga asalnya.

Maka bermula lah pencarian mencari ibu bapa kandung James Parker. Bermula dengan menanya info di rumah anak-anak yatim di mana James ditinggalkan di situ sewaktu kecil dahulu. Kemudian James muncul dalam rancangan TV jejak kasih di Korea.




Kronologi klimaxnya

1. Selepas ke udara di dalam rancangan jejak kasih, James mendapat info bahawa bapa kandung nya adalah seorang banduan dan James pon pergi la melawat bapa nya yang menetap di dalam penjara itu bersama dengan pihak media yang membuat liputan.

2. James gembira dapat bertemu dengan bapa kandung nya walaupun bapa nya itu seorang banduan. James selalu melawat bapa nya itu di penjara

3. James mendapat tahu dari bapa nya bahawa ibu nya sudah meninggal. James mintak foto ibu nya untuk melihat bagai mana wajah ibu nya sebab bapak James kata muka James persis wajah ibu nya. Bapanya menangguh-nangguh pemberian gambar ibu James (tang ni dah ada sesuatu tidak kena...takkan tak de simpan gambar binik)


4. James menelefon bapa US nya memberitahu bahawa dia telah bertemu dengan bapa kandung nya. Dan bapa US nya menyuruh menyampaikan mesej pada bapa kandung James "Thank you for giving us a wonderful son"

 
5. James belajar bahasa Korea supaya senang berkomunikasi dengan bapa kandung nya. Nanti bapak dia kena marah sebab tak blajar bahse Inggeris




6. James membuat petition awam untuk menyelamatkan bapa nya "The death penalty is an outdated mode of punishment. It repays violence with violence. Save my father. Please save my father"

 
7. Petition James dihalang oleh seorang keluarga mangsa yang dibunuh oleh bapa kandung James. Tahu la James sekarang bapa kandung nya adalah seorang pembunuh. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. James melakukan siasatan sendiri kerana bapa kandung nya masih berdolak dalik mengenai foto ibu James

8. Bapa James di US pula meninggal sebab serangan jantung

9. James berjaya mengupas beberapa kes silam yang melibatkan bapa banduannya itu dan James telah mendapati bapanya banyak menipu (jeng jeng jeng...dalam penjara pon kau nak menipu lagi labu)



10. James tergerak hati mahu melakukan ujian DNA tanpa pengetahuan bapa kandungnya. Hasil ujian DNA terdapat 3 tanda 'X' dan dokter mengesahkan si beliau itu bukan bapa kandung James. James marah doktor sebab kata doktor tipu. James berkali-kali kata itu adalah bapa nya (Ye la James bapak kau la itu. Pedulik hapa sama kata orang dan kata DNA jika kau yakin benar dia adalah ayah mu James. Oh tidak James, aku tidak sanggup melihat wajah mu menanges James :P ekekeke)

 
11. James sebenarnya tidak dapat menerima hakikat bahawa itu bukan bapa nya selepas bapa nya di US meninggal. James tidak sanggup kehilangan sorang lagi bapa



Seterusnya saksikan la citer menyayat hati ini ye. Di akhir cerita anda dapat melihat wajah sebenar anak angkat itu bernama Aaron Barter dan kisah benarnya di paparkan untuk tontonan umum. Aaron sekarang menetap di Arizona.

Photobucket

Moral of the stori, dedua anak angkat itu kendo u. Hahaha.

Friday, March 02, 2007

Filem : Seducing Mr. Perfect (2006)



Synopsis


Competent in work but clueless in love, Min Joon (Uhm Jung Hwa) throws herself wholeheartedly into every relationship, but always comes up empty-handed. After getting dumped yet again, this time on her birthday, she enlists the advice of her newly arrived boss Robin (Daniel Henney), a slick and handsome womanizer. He teaches her how she should really treat men to keep them interested - don't call, hang up first, let him pay, play hard to get. Robin presents her with the ultimate challenge: try to seduce him.

Cast : Daniel Henney , Uhm Jung Hwa
Director : Kim Sang Woo

Credit : Hancinema
marah dia bang...

Sapa minat Danniel Henny saksikan la citer ni. Alkisah taun lepas dia ada datang Putrajaya seh. Melepasss...muahahahaha

Heroin dia heroin kdrama Tropical Nights in December / December Fever.

Sekian ulasan...hehe

Saturday, September 02, 2006

KDrama : Spring Waltz (2006)



Synopsis

The story begins with Eun-young’s plane ride to Austria, where she happens to sit next to Song Inna, who is on her way to meet her childhood love, Jaeha. However, Jaeha (a.k.a: Chris Y), who has now grown up to be a young, accomplished pianist in Austria, seems not pleased with meeting Inna again after 15 years for some reason. Eun-young, on the other hand, excited about her first overseas trip, bumps into Phillip (Jaeha’s manager and best friend), who has mistaken her as Inna of whom he was suppose to pick up at the airport. The four meets, each in different turns of circumstances and incidents, and their story of love, fate and destiny begins.

Starring :
Seo Do Young , Han Hyo Joo, Daniel Henney , Lee So Yeon

Total episod : 20

Credit : KBS , DramaWiki , Koreanwiz

Dimulakan dengan gelak sebab saya rasa tema warna citer ni ialah ijo. Warna baju hero dan heroin kebanyakan warna ijo, kaler peberet mak saya. Pengarah dia sama taste warna ngn mak saya kot ahakss.

Drama Spring Waltz melengkapkan citer empat musim pengarah
Yoon Suk Ho. Bermula dengan Auntumn in My Heart (drama Korea pertama yg saya beli vcd), kemdian Winter Sonata dan ikuti dengan Summer Scent (citer ni belom tgk lagi) dan terbaru Spring Waltz.
Jalan citer menten mendayu-dayu. Kalau tak mendayu tak sah la pengarah ni hehehe


bersama pengarah

Spring Waltz kisah menyayat hati cinta agung 2 kanak-kanak di sebuah pulau yg berkawan baik masa kecik. Kemdian depa terpisah. Kemdian jumpa balik. Kemdian terjebak ngn cinta 4 segi. Kemdian cinta terhalang oleh ibu bapa. Kemdian setelah ayor mata penonton tercurah semangkok (bergantung pada darjah kejiwangan penonton), akhirnya baru la happy ending hehe

Hero sewaktu kecil telah diambil menjadik anak angkat seorang kaya sebab muka hero masa kecik sejibik dengan anak orang kaya tersebut yang telah mati. Isteri org kaya tersebut tidak dapat menerima hakikat bahawasanya anak kesayangan dia telah mati. 2 kali isteri tersebut coba untuk membunuh dirik. Kemdian secara tak sengaja bertembung dengan hero di spital. Sembang punya sembang, pujuk punya pujuk, maka hero bersetuju menjadik anak angkat orang kaya tersebut dengan syarat org kaya tersebut membiayai kos pembedahan sabahat baik nya yak itu heroin yg pada ketika itu sangat² perlu di bedah tapi tak punya duit yg cukup.

Maka terpisah la mereka hingga besar selama 15 tawon. Hero menetap di Austria. Heroin menetap di Korea.

Setelah memasing dewasa :

Hero masih tidak dapat melupai heroin dan masih menyimpan souvenir yg heroin bagi sewaktu kecil. Benda tu yang bagi dia sumber inspirasi untuk terus hidup dan menjadi org yang berjaya. Bagaimanapun hero telah diberitahu oleh bapak dia bahawasanya heroin telah mati sewaktu pembedahan sebab bapak dia takut nanti hero pergi carik heroin dan meninggalkan mak ngn bapak dia.

Heroin tidak dapat memaafkan hero yg meninggalkan dia di spital sorang diri tanpa pesan. Lagi dendam pada hero sebab kerana dia la mak heroin mati eksiden. Sebab bapak hero telah mencopet wang mak heroin dan melarikan diri.


Mari kita lihat watak² dia plak.

Hero sewaktu kecil bernama Lee Su Ho. Kecik² dia ala samseng kampong dusun. Blajar malas. Masa kecik dia dihabiskan dengan mencari bapak dia sebab dia sering ditinggalkan bapak dia. Mak dah tak de. Bapak dia ni kaki judi so salu tinggalkan anak dia merata². Last sekali dia tinggalkan dengan famili heroin. Sejak dari tu depa berkawan baik. Bila diambil jadik anak angkat nama dia bertukar kepada Yoon Jae Ha sekali gus karakter dia bertukar sebab asuhan org kaya tersebut yg bertugas sebagai duta. Seorang pemain piano yg terkenal di Austria. Kemdian pi Korea sebab nak buat album baru bercirikan irama muzik Korea. Seorang yg murung dan tak hepi sebab dia sedih banget bila dapat tau heroin telah mati. Sewaktu berada di Korea beliau cuba mengimbas kembali kenangan bersama heroin. 

Hero ni muka bersegi. Kejap dia nampak cute, kejap nampak tak ensem, kejap nampak suwit plak muahahaha. Sebagai seorang pemain piano, seswai la dia pegang watak ni. Masa episode 13 mata belah kanan dia kelihatan merah cam cedera. Ropanya masa shooting ada berlaku kemalangan. Seken hero telah tertumbuk muka dia daaa hingga masuk spital dan shooting kena pospon. Gagah sungguh iteww seken hero. Boleh baca sini pasal eksiden
Sebagai Suh Eun Young juga Park Eun Young. Seorang yg berpenyakit. Lepas pembedahan dia di jaga oleh sorang mokcik ni penjual 'kimbab'. (Kimbab sejenis sushi Korea) So dia guna surname keluarga mokcik tu la. Saja nak bagi konpius dan panjangkan citer kan hehe. 

Sebab bila dapat tahu nama pompuan tu 'Eun Young' maka hero excited nak tahu lebih lanjut pasal Eun Young. Sekali tengok surname lain. Maknanya bukan sabahat baik dia masa kecil. Ini mengkonpemkan lagi kata ayah nya yg Eun Young telah mati. Heroin menpunyai kisah citer yang sedih sewaktu kecil. Mokcik kimbab tu jaga dia seperti anak sendiri juga.



Jeng jeng jeng. Saya rasa tarikan citer ni salah satu nya sebab dia ni hehe. Awalnya watak dia tak de lam skrip. Kemdian dia pi odisen pengarah terpikat dgn dia. Makanya Incik Pengarah telah create satu watak lagi semata² untuk dia. Saya rasa keputusan yang bijak amek dia ni blakon dalam ini citer huhuhu. Boleh baca sini

Beliau berlakon sebagai Philip, pengurus kepada artis Yoon Jae Ha. Juga merupakan kawan baik hero. Juga mempunyai kisah sedih yg mana mak dia warga Korea dah mati. Bapak dia kawin lain. Citer ni seme watak sedih² belaka hahaha. Kendian tangkap cintan sama heroin. Tapi heroin tak dapat terima cinta nya. Heroin kemdian cakap (setelah di alih bahse oleh penulis) 'Aku memang suka pada dirimu...namun aku ada yg punya...lebih baik kita berteman saja...teman tapi mesra...' muahahaha. Watak dia kali ni menarik. Seorang yang patah hati, sentiasa berada di sisi heroin sewaktu heroin kesedihan sebab dia sayang banget sama itu pompuan. Kali ni banyak dialog cakap Korea. Dan cam besa dari angle mana pun jua dia kelihatan sedap mata memandang hohoho

Sebagai Song Lee Na. Suka dengan Yoon Jae Ha dari kecil. Seorang direktor syarikat muzik yg nak terbitkan album hero. Tapi Yoon Jae Ha dulu dah lain dengan Yoon Jae Ha sekarang. Nanti dia berjaya kesan kisah penipuan Yoon Jae Ha dan Lee Su Ho. Dia cuba jugak nak rampas Jae Ha dari Eun Young walau apa cara sekali pun.

Yang menjadikan semua situasi maha kelam kabut ialah bapak hero sebab dia yang telah menimbulkan segala masaelah. Memang tarak guna satu sen pon ini bapak.

Ada satu part cam kelakar plak tengok citer ni dalam episode 20. Mungkin ada sapa dokter boleh confirmkan. Jari telunjuk cedera terkena mentol pecah telah mengakibat pemain piano tersebut menjalani pembedahan secara serius. Kalau tengok pada keadaan dalam episode tersebut mcm pesakit tersebut menjalani pembedahan hati ke, jantung ke dan yg sewaktu dengannya. Lantas pianist tersebut tidak boleh bermain piano seumur hidupnya. Alasan diberikan pesakit telah lambat mandapatkan rawatan hingga jari nya rosak tak boleh men piano dah. Mek tengok cam moskel plak hehehehe.

Pada saya citer ni sangat 'cantik'. Cantik dari segi jalan citer juga lokasi nya. Tapi kena banyak sabar sebab citer dia agak slow and stedi hehe. Jangan lompat terus tengok ending dulu yach. Tak aci. Ending dia nnti bitau samada hero nak jadik Yoon Jae Ha atau Lee Sun Ho sebab wartawan seme sibuk nak tau citer sebenar. Wat PC ke gamak nye. Lelagu dia pon ok boleh tahan sedap.

Selamat menonton!!!

Wednesday, April 26, 2006

KDrama : My Lovely Sam Soon (2005)


Synopsis
The story revolves around a 29 year old chubby normal girl called Sam Soon. Being the third daughter of a rice mill owner, she has no special talents or abilities, save for her passion and skills in baking. She is also a certified patiesseur and dreams of changing her name and owning a shop of her own. After her breakup with her boyfriend, she managed to land herself in a big company working as a patiesseur for a rude and angsty 27-year-old man called Hyun Jin Heon. Both were in bad terms ever since they set eyes on each other. But one day, Sam Soon finds herself involved in his affairs and they ended up together. When things seem to go accordingly, Hyun Jin Heon's ex-lover, Yoo Hee Jin, enters the scene and life for Sam Soon..couldn't get much worse.

Starring : Kim Sun Ah, Hyun Bin Jung Ryu Won Daniel Henney

Total episod : 16

Credit : DramaWiki


Citer ni baru abis tayang kat 8TV. Kabarnya citer ni sangat meletop di Korea tahun lepas. Sudah ramai rekemen aku suh tengok ini celita. Ok ok nnti saya tengok. Ada member dah ulang tengok 10 tanpa muntah haha. Cayalah beb. Makanya Sabtu lepas pas habis kelas Iqra' singgah ke Kotaraya sat bersama ini orang dan ini orang. Beli 2 DVD ini cerita sama Rondo
Ini Rondo pon best citer sebab ada Takenouchi Yutaka huhu. Later kita citer Rondo. Tak abis laie tengok. Promo Rondo di slide atas yach *oh Takenouchi* :P

Pes taim beli DVD drama Korea. Besa beli VCD. Sangat puas hati malah lebih dari itu. Rege sama je ngn VCD. Tengok DVD tak penat bangun mau tukar² cd. 4 kali bangun. 1 disc ada 4 episod hehe.

Ok la citer dia. Yang meletop kan citer ni ialah lakonan heroin dia. Superb dan excellent. Tengok la dia blakon versi cakap Korea. Watak seorang yang ala² bengong tapi menarik hati walaupun bentuk badan dia kurang menarik dan usia pon agak lanjut untuk dijadikan mak we. Tengok lakonan dia terpikir jap. Untuk jadik pelakon yang hebat tak perlu melakonkan watak orang cacat kurang upaya, watak pelacur ke, watak perogol ganas (err ada ke perogol yg tak ganas) hehe dan sebagainya.

Kim Sam Soon nama nya. Tapi dia tak suka nama Sam Soon. Pada dia nama tu cam suwey dan tak cantik. Sebab nama tu jugak yang menyebabkan dia tak kawin² lagi. Banyak adegan mencuit hati yang logic dan selari dengan budaya di Korea. Heroin dia membawakkan watak tersebut dengan begitu cute skali. Saya sangat sukak *tepok tangan*. Kabarnya dia sanggup mengggumukkan badan dia tok memegang watak ni. Tak larat tengok adegan dia joget, pas tu beriya nak gambo berdua ngn hero sbb nak letak gambo kat enpon muahahahaha dan banyak lagi adegan klakar. Pastu masa Sam Soom cakap Korea ngn Dokter Henry, Dokter Henry terkebil² tersenyum ensem sebab tak paham hahaha

dokter Henry yg sangat taste...kacukan Korea America tapi tak reti cakap Korea....kalu dapat dokter cam ni hari² sakit pon tak pe haha


Gandingan hero juga sangat cocok. Ini hero sudah lama mau carik citer dia. Baru jumpa citer Ireland. Tapi tengok citer ni duluk. Ini hero ada iras vokalis Peter Pen iteww. Pada kaca mata saya lah. Hehe. Saya suka bila dia bilang begini sama heroin 'You're attractive. Your charm is that you don't realize you're attractive' bila heroin bilang dia tidak lawa dan buat pe nak suka kat dia.

Kepada perempuan cewek di luar sana yang salu rasa rendah diri sebab tak lawa, anda sebenarnya lawa.

'Beauty lies in the eyes of the beholder'

Jangan plak kita nyebok² nak pertikai
'mak aii ensem maut pak we dia tapi mak we dia aiyahh mcm kuih apom, tong deram...cemana la laki tu leh terpikat ngn dia...aku lagi lawa...bla bla bla...'
Ketahui lah anda kecantikan bukan jaminan kebahagian. Kalu tak takkan la orang yang lawa² kawin dan bercerai berai plak kan? Ye nngak

Jangan banding diri ngn artis. Artis sekarang punya kecantikan pelesu kebanyakkannya. Cuba suh depa buang mekap. Mau muka cam ju-on huhu. Ni citer adek laki aku yg pernah terserempak sorang penyanyi pompuan popular kat hotel kat JB. Adik aku keje hotel masa tu. Dulu la. Penyanyi tu plak tak pakai mekap masa lalu depan dia. Balik umah dia citer kalu bagi free kat dia pon dia tanak. Cess. Jahat tau adek aku ni. Dia banyak harta la. Macam mana cantek keta dia, ko imajin dia cantik gak aku bilang sama adek aku. Hehe.
tengok citer ni pon stres hahaha

Bila org tanya ada yang istimewanya Sam Soon iteww, hero ngn bangga kata 'dia salu buat saya ketawa', 'saya hepi bersama dengan dia' Beza umur 3 tahun tidak jadik penghalang. Ada apa pada usia.

Saya suka banget sama watak Secretary kepada mak hero. Muka tak de perasaan haha.

Satu je tak best citer ni. Lagu dia tak sedap. Bak kata Walls 'Hidup Biar Sedap' Hehe.

'Don’t fall in love unless you want to be hurt' nasihat Sam Soon.

Sapa yg dah lama tak gelak atau urat senyum hampir² nak putus, rekemen tengok citer ni. Anda pasti tersenyum *senyum la senyum la ahai cek mek molek* :P