Showing posts with label Lee Hong Ki. Show all posts
Showing posts with label Lee Hong Ki. Show all posts

Monday, February 22, 2016

Modern Farmers - Episod 1

Salam. 

Dah lama tak ribiu kdrama sebab masa amat mencemburui akak. Tapi hari ni akak sempat nak ribiu sikit sebab episod pertama drama ni sangat kelakor hahaha Dah lama tak gelak cam ni tengok citer komedi drama korea. 

Drama ni tahun lepas punya drama. Memang nak tengok sebab ada Lee Hongki. Akak suka tengok Hongki berlakon.  Bab lakonan akak follow. Bab FT Island dia tak follow langsung.



Kisah mengeni 4 orang budak band ni. 7 tahun lepas dorang tubuhkan band bernama Exso - Excellent Soul. Tah apa yang terjadi band ni gagal menyerlah. Album tak laku sebab dah kertu dan kebanjiran band baru yang bagai cendawan tumbuh yang anggotanya muda belia ada enam pek segala. Memang tewas la mereka. Maka masing-masing pon membawa haluan memasing.



Hero bernama Minki. Beliau tetap meneruskan impian dia menjadi penyanyi sebab darah seni berterusan mengalir dalam tubuhnya. Mana ada expo atau fun fair yang nak guna penyanyi dia akan menyelitkan diri. Atas tu dia tengah nyanyi lagi She's Gone nyanyian Steelheart. Minki nyanyi dah ujung2. Akak suka lagu ni. Nyanyi lagu best pon tak ramai penonton. Kecewa lah Minki. Sebab yang menonton semua kategori kilauan emas. Lagu She's Gone tu memang tak feel langsung buat mereka.



Lepas buat persembahan di atas Minki di bayar dengan lada hijau. Hahaha


Kemudian Minki ni ada pinjam duit Along. Biasa lah bila lambat bayar Along akan cari hingga ke lubang cacing. Dialog bab ni sungguh akak tergelak.

 "Aku tak tahu lah kau ni ketegori genius atau bebal. Orang lain kalau tak bayar hutang aku depa akan melarikan diri pindah alamat yang susah dicari atau lari keluar negara. Tapi kau boleh pulak pindah ke rumah sebelah je" kata Hyungnim Along tu

"Saya tak mampu nak bayar sewa rumah sebelah bang" kata Minki

Bab genius tu tak larat. Kekeke

Bla bla bla Hyungnim tu bagi tempoh 3 bulan untuk langsaikan hutang berjumlah 100,000.



Ni heroin Miss Korea Honey Lee. Eh lain betul tengok wajah dia dalam drama ni. Last  tengok dia berlakon drama Partners 2009.



Nak dijadikan citer nenek Minki ni mati dan dia ada meninggalkan sekeping tanah untuk Minki. 

Abang sedara dia cakap tanah ni subur amat sesuai untuk tanam kobis.


Congak punya congak Minki dah berangan nak jual tanah ni. Boleh dia bayar hutang Along. Dia tanya abang sedara tu serapa nilai tanah ni kalau nak jual. Abang sedara dia kata per square feet bernilai 'twenty cents' (ikut kata sarikata) haha. Dalam Won 2 keping duit syiling 100.

Abang sedara dia cakap, "Ko jangan harap nak kaya jual tanah ni. Kau tengok sekeliling. Seme hutan abu.. hutannnn. Sapa yang nak beli tanah ni. Kawasan ni kawasan jin bertendang"

Kecewa lah Minki sekali lagi.


Minki meneruskan pekerjaan nya sebagai pencuci pinggan di sebuah restoren. Satu hari ahjumma tokei kedai tu suruh Minki bersihkan kobis untuk dibuat kimci. Sebabkan rasa kecewa Minki masih berbaki, Minki basuh kobis ala kadar dengan membuang kobis yang belah atas.


Sekali kena ketuk kepala dengan ahjumma yang terkejut melihat Minki cuci kobis. 

"Woii ijashika..kau tahu tak sebijik kobis ni harga berapa? Yang kau sesukati buang kenapa?? Harga kobis sekarang melambung naik, kau tau tak? Aigoo aigoo" marah ahjumma tu


Tiba-tiba Minki mendapat idea untuk gogel mengenai harga kobis dan juga cara penanaman kobis. Tiba-tiba juga Minki rasa berminat untuk bercocok tanam kobis di tanah peninggalan mendiang nenek nya.






Ni pula kawan Minki. Dalam gambar paling atas dia yang rambut panjang pakai jeket merah. Kawan dia ni ada masalah sakit perut dan kemdian telah di sahkan mendapat cancer liver. 

"Do you want me to beat around the bush or to be honest and direct?" tanya doktor

"Honest please" kata kawan Minki ni

 "Awak kena cancer. Kalau saya nak duit saya akan suruh awak buat pembedahan sekarang. Kenapa awak tak buat pemeriksaan awal2?" tanya doktor lagi

"Saya ni kerja part time. Tak de duit nak buat medikel cek up doktor"

Kawan Minki ni terasa hidup nya gelap. Sebab nak buat pembedahan pon dia tak mampu.

Sampai ofis ketua dia suruh interkom staf lain untuk remind buat medikel cek up sebab syarikat ada peruntukkan untuk staf buat regular cek up.  

Bila ada staf yang malas nak buat cek up, kawan ni terus hangin satu badan marah. Part dia beriya marah tu tak tahan. Penuh perasaan. Kekeke



Lepas gogel pasal kobis Minki pun mencari kawan-kawan lama dia untuk ajak bersama menanam kobis.


Minki hasut kawan yang ni untuk berhenti kerja part time, dah la gaji ciput lepas tu treat him like trash. 

However, kawan ni menolak ajakan Minki sebab dia dah serik. Dulu Minki juga yang ajak ber-band, ujung-ujung band ke mana, masa depan ke mana, duit harem tak de.  Mak dia pon marah dia berkawan dengan Minki.


Gagal hasut kawan yang pertama, Minki mencari kawan band dia yang kedua. Mamat ni. Apa ke nama tah. Belom kenal sangat. Mamat ni juga menolak pelawaan Minki.


Minki pon hangin satu badan. Timbul semua urat leher

"Do you see any hope at all in your life, asshole? At least the cabbage has a future"

Kikiki kobis ada masa depan


Kawan Minki pon sound balik kat Minki

"Kau ingat bercocok tanam tu senang ke derr? Ingat semua orang boleh buat ke toq?"




"Sudah. Kalau kau tammo ikut aku sudah. Kau teruskan hidup dengan MSG kau" kata Minki

Kawan dia tu tengah makan mee segera. Kekeke


Dipendekkan citer 2 kawan dia tu pergi ke rumah Minki dan mahu ikut rencana Minki menanam kobis.

Total semua 20 episod. Harap boleh habiskan segera. Jalan citer macam ni yang seronok tengok. Berbakti kepada  tanah :)

Friday, November 30, 2012

J-Drama : Muscle Girl (2011)


  


Synopsis

Ichikawa plays the part of Azusa, the only child of the owner of a small female pro wrestling organization. After her father dies of illness, she has to take over the business, which is already losing money and is on the verge of shutting down. To make things worse, their referee suddenly disappears on the day of one of their shows, leaving behind only a resignation letter. The desperate Azusa then runs into a young Korean man (Lee). She persuades him to serve as a referee just for that day, though she doesn't realize he is actually a popular star in Korea. --Tokyograph


Tetiba jumpa pulak dengan citer ni. Terus la muat turun dengan gigihnya.

Jumlah episod 10 dan durasi setiap episod tanpa iklan ialah 23 minit. Sekejap je. Sambil-sambil pam susu depan PC sambil layan Hong Ki hehehe

Kalau baca sinopsis omputeh kat atas tu, macam best je jalan citer dia. Mengenai ahli gusti wanita. Sesuatu yang lain dari drama yang saya pernah nonton sebelum-sebelum ni.

Ok begini kisahnya.

Drama ini mengisahkan sebuah pusat latihan gusti yang melatih ahli gusti wanita. Pusat latihan ni bernama Shiratori sebab bos dia bernama Shiratori.

 
Come come la hai ahli gusti dia. Ni kalau lawan dengan Hak Hogan harus berterabur tulang rusuk...kekeke


Satu hari pokcik Shiratori ni mati dan pusat latihan di ambil alih oleh anak perempuan beliau bernama Azusa. Sikit lagi nak dekat dengan Azura hehehe

Selepas Azusa ambil alih pusat latihan gusti bapanya, datang la Along untuk mengutip hutang-hutang pusat latihan. Jika hutang tidak dilangsai dalam masa 3 bulan, pusat latihan akan dijual dan segala harta benda akan dirampas.

Maka berhempas pulas la Azusa mencari duit untuk melangsaikan hutang. Salah satu cara untuk melangsaikan hutang ialah dengan memenangi Muscle Cup. Pertandingan ahli gusti wanita

Apa pula watak Lee Hong Ki dalam ni?



Watak beliau sebagai artis k-pop bernama Jiho dari Korea yang telah datang ke Jepun untuk mencari omma beliau yang telah melarikan diri ke Jepun.

Sebab apa mak dia lari kan dirik, kena lah saksikan sendiri.

Setelah sampai di Jepun, Jiho telah ter-salah anggap oleh Azusa sebagai pengadil Shiratori yang telah belot. Dari gaya dressing Jiho dari belakang, sejibik macam pengadil Shiratori yang belot itu. 

Azusa lantas smack down Jiho dan di bawa ke pusat latihan. 

Jadik la Jiho pengadil sementara di pusat gusti Shiratori dan dalam masa yang sama beliau terus gigih mencari ommanya.


Yay harta benda tak jadik di rampas sebab menang Muscle Cup
 

Jiho dan omma nya
 

Jiho bersama ahli keluarga nya di Jepun yang terdiri dari ahli-ahli gusti yang genit

Tersenyum melihat gamba kenangan masa jadik referee


Terer jugak dia speaking Jepun

Monday, November 26, 2012

Noriko Goes to Seoul (2011)




Synopsis

Mori Noriko is a Japanese housewife with a taciturn husband, Hiroshi, and a teenage daughter, Miyuki, neither of whom can understand her interest in the Hallyu star Kim Hyun Jae. When Noriko receives the news one day that she has lung cancer, she decides to gather her courage to travel to Seoul and see Hyun Jae, who's judging a music audition. There, she meets Kim Min Ha, a young man who continually fails auditions despite his talent and passion for music. The two develop a friendship, with Noriko helping Min Ha overcome obstacles to achieve his dream.



Kenapa Noriko pergi ke Seoul?

Dalam banyak-banyak ibu negeri kenapa dia pergi ke Seoul?

Adakah untuk berjumpa dengan mamat ni?


Owh I'm very happy. Hengbokkeeeeeeeee...;)



Citer ni mengisahkan seorang ahjumma bernama Noriko dari Jepun yang telah berkunjung ke Seoul sebab nak sertai rancangan pencarian bakat baru k-pop. Hadiah kalau menang pertandingan ini, akan dapat jumpa retis k-pop pojaan dia yak itu Kim Hyun Jae. Entah sapa Kim Hyun Jae ni, mungkin retis rekaan semata-mata untuk citer ni barangkali.

Juri pada awalnya senyum sinis bila ahjumma masuk bilik odisyen.

Ala-ala juri macam nak perli ahjumma dengan pepatah,

"Rumah kata pergi, kubur kat mari. Ada hati nak jadik retis k-pop"

Tapi bila fikir kali kedua, juri berubah fikiran. Ahjumma ni ada ciri-ciri untuk naikkan rating rancangan realiti itu, jadi dia harus di ambil menjadi peserta.

Maka ahjumma Noriko pon berjaya ke pusingan seterusnya walaupun nyanyian ala ke laut.


Pertemuan pertama mereka


Nak dijadikan citer, kebetolan yang datang odisyen dengan ahjumma itu ialah seorang anak muda yang berbakat besar bernama Kim Min Ha. Anak muda ini selain datang untuk odisyen, dia juga mengambil upah kecil-kecilan mengajar orang nyanyi berdasarkan bakat dan minat dia di dalam bidang nyanyian.

Bila ahjumma Noriko ni nampak Min Ha sedang ajar vokal di tepi jalan, dia follow Min Ha itu dan minta Min Ha ajarkan dia teknik-teknik nyanyi yang betul dengan bayaran yang lumayan.
 

Ujibakat


Min Ha pada awalnya malas nak layan ahjumma itu kemudian bertukar fikiran bila nampak wang yang banyak depan mata. Min Ha turut menyewakan biliknya kepada ahjumma yang tiada tempat untuk menetap buat sementara waktu. Wang yang diperolehi itu Min Ha buat untuk membeli sebuah gitar.

Dipendekkan citer, tujuan ahjumma pegi odisyen itu bukan sembarangan tujuan. Di mahu tunjukan kepada anak beliau bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

*Jalan sudah ada. Jalan pahang, jalan johor, jalan melaka*



"Jika kau  fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu usaha mu tidak menentu. Hait arigato" kata ahjumma

Min Ha dengan eksyen suruh Noriko panggil nya Samunim (Master)


Anak Noriko sering memandang rendah kepada Noriko kerana hobi Noriko selain menjadi surirumah tangga ialah mengejar retis pojaan nya terutama retis-retis k-pop. Huhuhu.

Di marah sebab tak hapal lirik. Sebelum dia datang odisyen, dia telah diejek oleh kawan dia hingga menyebabkan dia tak boleh fokus sewaktu odisyen dan patah semangat nak menyanyi.

Sedih bila anak sendiri tidak menghargai nya
Sedih ambe lihat wajah sedih dia yang sedih bila ahjumma tu sakit. Baru la dia tahu kisah sebenar kenapa ahjumma itu beriya iya nak masuk pertandingan menyanyi
Setahun  kemudian Min Ha berjaya menjadi vokalis kumpulan Island atas dorongan Noriko
Selepas popular beliau pon menziarahi ahjumma Noriko di Jepun

Saksikan la telefilem ini jika anda nak tengok Lee Hong Ki berlakon :)