Showing posts with label Dennis Oh. Show all posts
Showing posts with label Dennis Oh. Show all posts

Sunday, June 10, 2007

KDrama : Witch Yoo Hee (2007)



Synopsis

As the director of her father's advertising company, Ma Yoo Hee (
Han Ga In) is known as a witch for her ruthless, no nonsense character. After a string of failed attempts to hire a housekeeper, she (literally) runs into Chae Moo Ryong (Jae Hee), ex-medical student turned aspiring chef. As a way to work off his debt for crashing into her car, he agrees to become her housekeeper and personal love affairs coach for one month. Gladly, he gives her a makeover that attracts both her old friend Johnny Kruger (Dennis Oh) and her first love Joon Ha (Kim Jeong Hoon). Despite having a girlfriend, Sung Mi (Jun Hye Bin), Moo Ryong eventually finds himself falling for Yoo Hee.Cast : Han Ga In , Jae Hee , Jun Hye Bin , Kim Jeong Hoon , Dennis Oh
Total episode : 16

Credit : DramaWiki,
SBS, BON Fansub

OST
First skali kita cakap mengenai OST dia dulu sebab citer ni yang meletopkan dia ialah OST dia. Banyak lagu best. Lebih dari 4 lagu best. Mana citer yang saya tak de sentuh pasal OST makna nya lagu dia tak berapa mesra telinga atau lagu best cuma ada 1-2 saja. Macam citer Thank You cuma ada 1 lagu best pada pendengaran saya.

Bila dengar OST Witch Yoo Hee rasa macam klon ngn OST My Girl. My Girl ada lagu rap, Witch Yoo Hee pon ada. Mana tak klon sebab pengarah citer ni sama ngn My Girl. Second heroin turut menyumbangkan suara dalam satu lagu berjudul 'If'. So saya percaya u all akan terpikat ngn OST dia.


Jalan cerita
1. 3 lelaki suka pada seorang pompuan

2. Cinta perempuan dihalang oleh bapa nya sendiri tanpa sebab. Rasa bapak dia ni sakit mental gak nya sebab dapat calon menantu dokter pon tanak hahaha

3. Heroin digelar 'witch' oleh staff di pejabat sebab karakter tidak mesra alam dengan staff

4. Heroin mempunyai masalah dalam mencari teman hidup disebabkan karakter dia tadi yang seperti 'witch'. Banyak kali dah pergi blind date dan kesemuanya gagal hingga dia bertemu dengan hero yang meng-make over kan diri nya menjadi seorang wanita anggun, ayu, vogue lagi bersopan santun

5. Keseluruhan jalan citer boleh dikalssifikasikan sebagai lemau ;p

Pelakon -pelakon :



Han Ga In
as Ma Yoo Hee

First time tengok dia blakon. Makin lama tengok makin cute dengan gaya potongan rambut dia yang pendek. Sebagai seorang perempuan yang berkerjaya tinggi hingga sukar mencari pasanagan. Ok je la lakonan dia dalam citer ni

Di luar skrin dia merupakan isteri kepada 2nd hero Sad Sonata


Jae Hee as Chae Moo Ryong

Hero pojaan hati pengarah kot hehe. Nama watak pon pengarah bagi yang sama seperti dalam citer Sassy Girl Chun Yang.

Dalam citer ni dia seorang chef masakan Perancis. Parents dia mahu dia jadi seorang doktor tapi dia berminat nak jadi chef. Mengamuk la mak dia bila dia belajar medical separuh jalan. Bertemu dengan heroin melalui pelanggaran kereta. Bila tak mampu nak bayar duit repair kereta BMW heroin, maka dia menjadi orang gaji heroin untuk melangsaikan hutang piutang dia.


Kim Jeong Hoon as Yoo Joon Ha

Dalam citer ni dia sebagai doktor. Merupakan chentar pertama heroin. Tapi cinta tidak kesampaian dek halangan dari bapa heroin. Watak dia agak negatif sket dalam citer ni berbeza dengan citer Princess Hours.


Dennis Oh as Johnny Kruger

Chef ganteng dari New York dengan lakonan yang agak kejung dalam citer ni. Lagi suka dia dalam Sweet Spy. Penguasaan bahse korea bagus sekali sebab dalam citer ni 100% dia bertutur dalam bahse korea. Walaupun cakap sebijik-sebijik tapi kira ok la tu hehe.


Jun Hye Bin as Nam Seung Mi

Salah sorang penyumbang suara dalam OST sebab dia pelakon cum penyanyi

Dalam citer ni dia selaku teman tapi mesra hero sejak zaman sekolah.



Pelakon watak bapak favorit pengarah haha Bapak kepada Moo Ryong



Bapak kepada heroin. Boleh tahan keji watak bapak dia. Tah pape. Memoskel kan sebab dia tak suka kawan lelaki anak dia walaupun kerja dokter. Calon menantu chef lagi le tamau. Apa kelas chef. Dia nak calon menantu hantu kot hehehe


Selamat menonton !!!

Wednesday, June 28, 2006

KDrama : Sweet Spy (2005)



Synopsis

Nam Sang-mi plays widowed police officer Lee Sun-ae who finds herself suddenly immersed into international espionage by Han Yoo-il (Dennis Oh), an undercover agent. Lee Joo-hyun plays Kang-Jun, who's recently transferred to the Criminal Investigation Department. He opens an old case involving Sun-ae's past that leads him to an entanglement between the current political/economic powers and their secrets. One of them, oddly enough, being Han Yoo-il. Who is this man? Why is he here?

Starring : Nam Sang Mi, Lee Joo Hyun, Dennis Oh, Yoo Sun

Total episode : 20

Credit : DramaWiki, MBC

Sat mau lompat² kenggeru setempat sebagai tanda ketidakpuasan hati terhadap ke-poyo-an citer ni. Ending tah pape tergantung. Melopong jap tengok ending dia. Eh dah abis. Eloo eloo Incik Pengarah apo nye ending daa. Apa kes ending maklumat penting kat jam tangan pulis pompuan tu? Pesal pulis pompuan yg sorang lagi bunuh somi dia? Apa reaksi jabatan Spy / CID tu nnti bila dapat tau iteww pulis pompuan terlibat ngn pembunuhan somi pulis wanita yg sorang lagi? Sapa yang bagi dokumen kat kawan pulis pompuan tu hingga sebabkan somi dia mati? Dan seterusnya lah tanda soal. Konpius lagi mengstreskan. Banyak tergantung jalan citer dia.

Dari segi sudut komunikasi pon hebat citer ni. Tak reti cakap Korea tapi bleh baca tulisan Korea dengan fasih lagi cekap dan paham percakapan Korea. Awal² episode tak paham langsung bahasa Inggeris, pertengahan episode terus paham mungkin chentar nye pasal kot...hahaha


Inspektor gerak gerak khas...bergerak demi utk negara...melawan musuh durjana....tak kira pangkat atau pun harta la la la la....aiseh lupa lirik lagu gerak khas hahah


Ekceli citer ni 10 episod dah bleh abis. Ni tak derang drag sampai 20 episod. 6 episod awal saya konsentret tengok. 14 episod terakhir saya fast-forward cd jugak. Tarak bleh sabar mau tau ending. Sapa yang sebenar-benarnya Spy? Sapakah Spy Manis yang dimaksudkan? Apa kaitan Spy ngn rasa manis? Ada kah Spy Manis itu ada kena mengena ngn penjual Apam Manis? Atau berapakah tinggi kadar manis yang ada lam Spy itu? Adakah kategori manis dia tergolong dalam 'manis leting' atau 'manis melekak'?...huwak huwak

Pertengahan epsiod pi mai pi mai tang tu jugak. Even fast-forward masih bleh paham jalan citer sebab masih leh baca sarikata dan tidak kebuntuan jalan citer dia. Tapi yg tukang terjermah sarikata memang ampess.

Dalam fast-forward mau bagi cepat abis, taim part hero (ehem) kita tekan button play balik sebab kena focus bebetol...ahak ahak

asl...25/male/american korean...dennis oh

However factor ke-poyo-an jalan citer dia telah berjaya diselamatkan oleh 2 hero yang taste² belaka. Nasib baik. Kalu tidak memang sia-sia abiskan masa ngadap 20 episod muahahaha. Saya sukak hero yg polis iteww. Sangat macho dan kool. Hero kedua plak kacukan America-Korea terlalu sangat ensem dan good-looking *segala puji bagi Tuhan yang menciptakan sekelian makhluk*
Citer mengenai...ala cam citer sepai-sepai yg besa tu. Menyiasat sebatang pen yang hilang dicurik orang. Pen bukan sebarang pen. Dalam pen tu terkandung maklumat penting yang teramat dikehendaki oleh pihak pulis antarabangsa. Salah guna maklumat tersebut boleh membahayakan hidupan dan tumbuhan yang berada di atas muka bumi ini. Juga ada satu lagi kes menyiasat kematian sorang anggota pulis yang mati 2 tahun lepas. Orang ni upah orang ni jadik sepai menyiasat. Yang orang tu plak tersalah upah orang yang satu jadik sepai. Maka lintang pukang dan terjadik salah faham di antara semua sepai-sepai yang ada dalam ini citer.
Akhir citer aku yg kena kencing manis sebab bengang :P

Keseluruhan jalan citer saya bagi 1 kad merah dan 1 kad kuning