Wednesday, January 06, 2010

Info TV GO : Tahun baru, drama baru


Perang drama kembali lagi. Pembukaan tahun 2010 menyaksikan 3 drama baru menghiasi slot Isnin-Selasa di 3 stesen TV utama Korea.

God of Study . KBS mencaturkan drama yang diadaptasi dari manga Jepun berjudul Dragon Zakura Azura. Nampak macam hapenning jugak drama ni. Kisah budak-budak sekolah. Budak gemuk tu mesti kena buli nih


Ambe rasa cite ni lawak sebab ada pakcik Kim So Roo ni. Beliau merupakan English Teacher Lee Min Ho dalam filem Our School ET dan juga seorang vampire lucu dalam filem Vampire Cop Ricky Memang konpem lawak drama ni


Pasta . MBC pula memilih drama bergenre masak memasak di dalam drama berjudul Pasta. Pasti banyak jenis pasta yang akan di masak ni. Nyam nyam

Kisah mengenai sorang perempuan yang bercita-cita menjadik seorang chef yang terkenal seperti Chef Wan. Tahniah Chef Wan dapat menantu pada 01/01/10. Drama ni pon ambe rasa best sebab cite masak memasak. Memang konpem kita akan lapar bila menonton drama ni. Turut memeriahkan drama ialah ratu cantik Cik Honey Lee. Selepas Partner beliau dapat offer blakon drama ni. Encik Alex Man jugak ada blakon sama. Eh bukan Alex Man tapi Alex saja.

Lama dah akak ni tak blakon drama. Last drama dia ialah Komapseumida ( Thank You).

Jejoongwon. Seterusnya SBS tampil dengan drama sejarah pula. Sejarah yang menjadik pilihan kali ini ialah sejarah dokter dan hospital di zaman dulu kala. Oh macam menarik jugak jalan citer dia.

"Jejoongwon is the first modern hospital in Korea established in the Joseon era in 1885. Baek Do Yang is a nobleman who gives up his status to enter its ranks. Hwang Jung is a butcher’s son who becomes a physician, while Seok Ran enters Jejoongwon as an interpreter but takes on medical training to become a doctor. "

Jejoongwon ialah sempena nama hospital pertama di Korea pada tahun 1885. 125 tahun yang lalu. Wah lama nya. Episode pon tak bape banyak. Hanya 36 episode saja jika mengikut perancangan awal. Kalau rating memberangsangkan harus tambah episode lagi ni.

Fighting "Lee Dong Wook" (East of Eden)!!! Selepas menjadi loyer dalam East of Eden, beliau menjadik dokter pula tahun ni.

Heroin dia "Intan" versi Korea.

Seterusnya slot Rabu-Khamis. Nampak nya hanya 1 drama baru. Yang lagi 2 carry forward tahun lepas punya drama yang belom habis lagi


CHUNO atau The Slave Hunters bakal ke udara di KBS menggantikan IRIS. Sebuah drama kampung nampak nya.
Drama kampung Lee Dae Hae yang pertama rasanya. Boleh la kita saksikan LDH ber-hanbok dalam drama ini.

2 hero yang tidak asing lagi dari segi ke-gantengan mereka iaitu Oh Ji Ho dan Jang Hyuk bakal menyucikan mata kita dengan macel-macelnya menerusi aksi-aksi hebat mereka dalam drama ini nanti. Jangan lupa saksikan drama ini di KBS World lepas IRIS habis ye.

"Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan. Intai la ambo di KBS, anda pasti terhibur"

HERO Seterusnya Cik Hero terus beraksi dengan kadar rating yang lemah. Nampak nya sebuah drama yang flop buat Lee Jun Ki bagi tahun 2009.

"Kwenchana Lee Jun Ki sshi. Hwaitinggg"

Will It Snow at Christmas. Drama feveret Khai setakat ni hehehe. Belom lagi teruja nak tengok. Tapi rating boleh tahan ye. Mungkin come back drama Encik Go Soo lepas beliau pulang dari PLKN. Peminat-peminat beliau pasti ternanti-nanti drama baru beliau

Sekian apdet terkini mengenai drama-drama Korea yang baru.
~GO Waiem Jihwan melaporkan dari bilik KTV Seoul USJ

No comments: