Tuesday, January 05, 2010

Sikandar (2009)



.

Entri yang sedia ada di dalam deraf.


Masa haritu ambe ke India deting dengan Billu kan, lepas deting kat Taj Mahal India ambe ke utara India plak menuju ke Kashmir. Hajat di hati nak makan Nasik Kandar kat Kashmir, namun gagal. Restoren Nasik Kandar ambe tak jumpa carik. Yang ambe jumpa ialah Sikandar ni


Tengah ambe pusing-pusing satu pekan Kashmir mencarik restoren nasik kandar dengan wajah kepenatan yo yo or, ambe di sapa oleh seorang budak lelaki ni. Dia tanya ambe,
"Khon hei?" (Terjemahan awak sapa?)

"Mera nam waiem hei" (Nama saya waiem)

"Kya kar rahe ho?" (Awak buat apa kat sini?)

"Meh lapar ho, nasik kandar carik pusing-pusing, nehi tak jumpa ho"

"Mera nam Sikandar hei. Awak carik saya ke?" (Tiba-tiba dia cakap Melayu)

"Nehi nehi. Meh nasik kandar mau makan hei"
 
"Jom jom"

Apabenda tah yang jom hahaha

Ok ambe tengok movie ni. Hero dia budak Sikandar ni. Baca sinopsis macam best je. Lepas dah tengok ambe pon gogel lah pasal hero dia iaitu budak ni.


Al-kisah budak ni ada blakon Kuch Kuch Hota Hai disamping hero pojaan ramai. Ingat tak lagi budak ni? Dah beso panjang budak nya. Ensem jugak. Sekali imbas ambe tengok macam kacukan Kim Joon dengan Mr. Bean budak ni bila dah besar haha. Parzan Dastur namanya

Untuk info dan ribiu beretika lagi berhemah boleh baca sini : 
http://en.wikipedia.org/wiki/Sikandar_(2009_film)

Untuk ribiu yang tiada etika ribiu langsung di bawah ni huhuhu


Cite ni basically pasal terorist, militan, jihad, politik dan juga KAKA. Ahaks Intro cite sebuah pekan telah dibom. Saspek nye ialah satu grup militan yang digelar sebagai Jihadis. Abang askar atas tu cakap dengan pakcik politikus tu suh cari sapa dalang yang mengebom ni


Abang askar dalam pilem ni sapa lagi kalau bukan mata air Ashie, Madhavan hahaha. Abang askar tersenyum kacak dengan posing dagu terbelah nye. Ahaks


Watak utama seterusnya, Nazreen lakonan Ayesha Kapoor. Sapa pernah tonton filem Black, Raji Mukerje dan Amitabh Bachan, kalau masih ingat Rani Mukerji masa kecik di lakonan oleh beliau. Dah beso jugak budak nya. Sekali imbas macam Wardina Safiah sket


Sikandar dan Nazreen merupakan rakan sekolah. Sekolah menengah kot. Pergi sekolah bersama melalui hutan belantara. Nampak macam best je lalu kat hutan tu. Tengah jalan depa terserempak dengan sepucuk pestol. 


Sebagai remaja yang penuh perasaan teruja dan ingin tahu Sikandar pon amek pistol tersebut dan buat main. *pengpengpeng* Sekali pistol betul daa. Sikandar amat terkejut sekali lantas beliau pon simpan pistol tersebut di dalam beg sekolahnya untuk mempertahankan dirik. Kalau ada sapa buli dia, ragut beg sekolah dia ke, dia kan peng satu kali. Gedebab pencopet itu jatuh


Perkenalkan Kashmir Kaka haha. Sikandar ni minat main bola. Dan idola dia sapa lagi kalau bukan Kaka. Taim nak tido pakai jersi Kaka.


Sikandar dengan eksyen menunjukkan kepada Nazreen pestol nye itu. Nazreen cuba untuk nasihatkan Sikandar agar jangan main-main dengan pestol. Kelak bisa membinasakan diri.

"Sikandar, pestol hanya akan membawa kau masalah Kandar. Usah lah kau bermain dengan pestol lagi" kata Nazreen

Namun nasihat Nazreen tidak dihiraukan oleh Sikandar


Seterusnya, Brader ni dapat tahu Sikandar ada jumpa pestol. Brader ni ada niat jahat. Diajarkan Sikandar cara-cara menembak yang betul. Bila Sikandar dah terer menembak, Sikandar diarah menembak seorang ahli politik


Namun misi itu gagal. Brader Zahgeer nama sebenarnya, dengan kasar menarik rambut Sikandar sebab Sikandar gagal menembak ahli politik itu. Tah macam mana, Sikandar melawan dan tertembak la Brader Zahgeer itu dan beliau pon mati

"Brader Zahgeer, nehi nehiiiiii" jerit Sikandar 

Selepas itu Sikandar melarikan diri selapas di syaki mengebom sebuah mesjid pula. Dah bunuh orang kemudian bom mesjid ye ko. Misi mencari Sikandar giat dijalankan oleh pihak berkuasa. Nazreen menolong Sikandar melarikan diri


Akhir sekali, Sikandar mengacukan pestol ke seseorang dan berkata,

"Why me??? Wae? Wae? Wae? Sekarang aku akan tembak kau"

Alkisahnya Sikandar telah dijadikan mangsa konspirasi oleh pihak tertentu. Bermula masa dia jumpa pestol. Ada orang nak perangkap remaja ini supaya membunuh. Kasihan budak yang tidak tahu apa-apa dijadikan alat untuk bom mesjid dan membunuh. Memang haram zadey. Untuk kesudahan citer ini saksikan lah sendiri

Satu perkara yang sangat menarik mengenai filem ini ialah sinematografi nya. Memang meletop. Terus rasa nak pergi Kashmir sekarang jugak. Beberapa shot yang ambe suka



Lihat la keindahannn


Awan sepoi-sepoi bahasa


Ni masa dalam hutan. Best nye kalau camping sini


Ini pula selepas kelas menembak tamat, Brader Zahgeer dan Sikandar merenung ke sini. Ada air yang sedang mengalir di kaki gunung itew


Mesjid yang kena bom. Terletak ditepi sungai. Lepas solat boleh berkelah di tepi sungai yang jernih itu

Wah ni saya suka sekali. Jembatan di tengah sungai. Lihat air sungai nya warna ijau bersih gitu. ada banyak lagi. Lihat la sendiri


Jika anda dah boring dengan cite hindustan yang banyak nyanyi-nyanyi keliling pokok bunga, yang kurang sound effek bunyi guruh dan kilat sabung menyabung, tonton la filem ni. Pasti berbaloi-baloi sebab scenery dia cantik-cantik.

No comments: