Tuesday, December 22, 2009

Billu (2009)



Billu - filem Shah Rukh Khan yang dikeluarkan pada tahun 2009. 1 filem ni saje. Sebuah filem re-make dari filem Malayalam dan diterbitkan oleh sendiri oleh pakcik Sarok dan isterinya.

Info lanjut mengenai filem ini boleh la rujuk Encik Wiki ni http://en.wikipedia.org/wiki/Billu

Sebagai peminat setia ku di sini, saya tidak ketinggalan menyaksikan filem ini. Filem ni tak la berapa hit sangat. Mungkin sebab remake kot. Atau mungkin sebab beliau bukan pelakon utama.


Watak utama ialah pakcik ni. Irfaan Khan sebagai Billu. Ambe saspek nama penuh dia mesti Sembillu. Kalao tak Sembillu 1 mesti Sembillu 2. Kena cek IC dia lah. Sembillu Khanna. Ensem kan? Kekeke

Filem ini bukan lah kisah cinta jiwang tangkap leleh. Di sana menanti di sini menunggu. Kisah cinta hero heroin yang dihalang oleh kedua belah keluarga sebab yang sorang kaya, yang sorang miskin. Tak sama darjat. Tapi ending mesti bersatu sebab nak elak panggung wayang dari kena bakar. Bukan kisah tu ya. Kisah tema yang di angkat dalam filem ini ialah kisah mengenai sahabat.

Kisah 2 sahabat. Sorang kaya lagi femes, yang lagi sorang miskin. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang yang bekerja sebagai tukang gunting rambut yang bernama Billu.


Disebabkan kemiskinan terlampau, beliau tidak mampu membayar yuran persekolahan anak-anak nya. Pendapatan gunting rambut pon tah berapa sen sangat. Anak-anak beliau terpaksa berhenti sekolah


Kemudian satu hari ada sorang aktor popular lagi femes nak datang buat shooting kat kampung Billu. Sahir Khan nama nya. Maka berpesta la orang kampung menyambut kedatangan aktor popular di kampung mereka. Mereka tidak sangka aktor hebat tu sanggup datang shooting kat kampung mereka yang busuk itu.


Sahir Khan cek in di sebuah rumah penginapan. Manager dia tak sangka crowd begitu hangat sekali di kampung


Berita Sahir Khan buat shooting kat kampung di sampaikan oleh anak-anak Billu kepada nya. Al-kisah Billu ni merupakan kawan Sahir Khan sewaktu mereka kecil dahulu. Bila dah besar berpisah. Sahir Khan pegi Mumbai jadik aktor, manakala Billu menetap di kampung saja.

Maka kecoh la satu kampung bila dapat tahu si Billu ni kawan Sahir Khan. Jika dulu orang kampung pandang hina Billu yang miskin lagi kedana, tapi bila dapat tahu Billu ni kawan aktor popular diva negara, Sahir Khan, persepsi orang kampung terhadap Billu berubah. Billu mula di hargai, Billu ini, Billu itu. Dengan sekelip mata Billu di angkat menjadi hero kampung. Siap buat lagu untuk Billu lagi. Sebab apa? Sebab orang kampung nak berjumpa dengan Sahir Khan mintak otograp.

Part ni dengan spontan ambe berkata,

"Eeii haram zadey nye dorang ni"

Yang paling tak larat cekgu sekolah suruh anak-anak Billu masuk sekolah balik. Tapi ada udang di sebalik mee wantan rupanya. Cekgu besar nak suruh Billu ajak Sahir Khan bagi ceramah kat sekolah sempena hari guru ke hapa tah. Sebab nak tarik crowd ramai datang pesta kat sekolah dan sekaligus dapat keluar TV


Billu sebenarnya segan nak kontek Sahir Khan sebab, ye lah dia miskin dan susah. Takkan Sahir Khan nak mengaku dia kawan kot. Disebabkan terpaksa, desakan dari cekgu sekolah, orang kampung dan ahli keluarga dia sendiri yang semua nak jumpa Sahir Khan, Billu pon tepon Sahir Khan menggunakan telefon awam. Yang jawab manager dia.

Biasalah kan, bila orang susah dan miskin yang tiada kepentingan telefon mengaku kawan aktor popular, mesti orang tak percaya. Billu dicarut dengan penuh perasaan di telefon oleh manager Sahir.

Part ni ambe tergelak sikit la. Sebab ekspressi wajah Billu yang menahan telinga kena marah. Purak-purak sembang dengan Sahir Khan. Sebab kat luar pablik fon orang kampung dah kerumun nak tahu perbualan Billu dan Sahir Khan. Hahaha. Tak kosser.


Berlakon watak miskin pon tetap ayu kan. Al-maklum la Miss Universe. Lara Dutta sebagai isteri Billu. Billu di hina sekali lagi sebab orang kampung kata dia tipu sebab tak dapat jumpa Sahir Khan. Bukan dia yang pecah lobang sebenonya. Anak-anak dia yang kepoh citer kat orang kampung.


Billu terjengah-jengah mahu mendengar ceramah Sahir Khan di sekolah


Berucap punya berucap, akhirnya terkeluar la kisah sahabatnya, Billu dari mulut Sahir Khan. Billu banyak berkorban, bla bla bla hingga dia jadik aktor popular sekarang ni bla bla bla "Billu had brought out the actor in me"


Billu pon terkasima sebab tak sangka Sahir Khan ingat kat dia lagi. Orang kampung apatah lagi. Dah membanjiri rumah Billu sebab nak jumpa aktor popular.


Sahir Khan pon datang ke rumah Billu.

"I heard everything you said. It was wrong of me to think that you've become a rich man, who would have forgotten everything"

Billu pon insap seketika. Tak semua orang kaya lupa akan asal usul nya.

"Mujhe maaf kar do, Sahir" Maaf kan aku Sahir.



"Aku maaf kan kau Billu sebab aku Datuk Shah Rukh Khan. Walaupun aku Datuk tapi aku tak pernah lupakan kau. Kau memang teman sejati ku. Lage raho munna bhai (Terjemahan : Nanti aku bawak korang makan ikan bakar kat Umbai Melaka)"

Begitu la kisah nya ya. Saksikan la sendiri filem ini jika anda peminat SRK. Disebabkan filem ni mengenai aktor popular dan beliau yang terbitkan filem ini, banyak kedapatan sedutan-sedutan dari filem lama beliau untuk up-kan beliau lagi. Konon-konon dia popular sangat la. Tapi memang popular pon. Jadi anda saksikan lah bahagian itu. Bila anda tengok filem ni mungkin akan berkata, 

"Oh patut la"

No comments: