Monday, December 28, 2009

Lapuran GO : Seorang murid yang bersopan santun


Kisah hujung minggu dan minggu yang lain

1. Peking dan angkut barang


Barang besar naik lori, barang kecik dan barang baek guna kereta. Penat dia, perghh toksah cakap. Nak cakap pon tak tercakap. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa seksanya pindah rumah ni.

"Tuhan saja yang tahu perasaan ku. Berperang dengan suasanaaaaa"

Bak lirik Slam Mentari Muncul Lagi

Lebih-lebih apartmen yang tak de lif. Memang zalim betol orang yang buat apartmen 5 tingkat tak de lif ni. Kijammmm...uwaa

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua pembuat apartmen 5 tingkat sempena tahun baru 2010 ini, tolong lah buat lif. Kasihan warga emas yang terpaksa naik turun tangga demi untuk menikmati kehidupan 1Malaysia yang aman dan damai.

2. Zaman Skool



Sambil-sambil kemas fail-fail peribadi, terbelek la sijil tamat sekolah. Tamat Tingkatan 5. Komen cekgu besar,

"Pelajar yang rajin dan sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk berjaya"


Yang ni pulak masa tamat Tingkatan 3. Tingkatan 4 ambe tukar sekolah lain. Dari SIGS ke Teknik JB.

"Seorang murid yang bersopan santun dan bertanggungjawab"

Sopan santun nyeee dia. Haha

Tak larat tanda tangan tu. Siap nama penuh lagi. Hahaha. Taim ni taim tengah ghairah nak reka cipta tandatangan sendiri kan. Jenuh pikir macam mana nak sign. Dulu ingat tanda tangan kena nama penuh. Dah dewasa sket tanda tangan tukar yang simple punya sebab tengok orang dewasa lain punya tandatangan main suka hati je sign tak ikut nama pong.

4. Kalender 2010 Korea mari


Wah kalender dari Korea sudah tiba. Wah besar nye kotak. Tapi pegang kotak rasa ringan


Tengok dalam, aigoooooooo 2 ketul je kalender dia bagi. Taik idong masin betol. Sebesar-besar kotak ada 2 je kalender dengan envelop kosong. Ampeh


Belek kalender yang kecik tu dihiasi wajah kanak-kanak Korea yang terpilih. Cari muka Kidong tak de plak. Hehe "Kidong ahh, ottokee?"


Budak-budak tu lukis gambo dalam kalender. Bulan 6 yang ni. Bulan lain ambe tak sempat nak snap sebab kemra buat hal. Mian he

Ruha, Rozie dan Eyyla dapat kalender Korea 2009. Kalender 2010 punya macam tak dapat nak kasi sebab tak banyak dapat. Tunggu lagi satu kompeni hantar plak ye

5. Jang Geun Suk huhu


Ambe nak apdet pasal cite ni minggu lepas tapi tak sempat. KBS World repeat drama Hwang Jini jam 10.10 malam Senin hingga Kamis rasanya. Sapa ada tengok?

Hwang Jini - sebuah drama period yang sangat best bagi sapa yang suka drama macam ni. Rekemen tengok ya. Boleh saksikan juga Jang Geun Suk di zaman mula-mula berlakon. Ambe rasa masa drama ni dia baru lepas PMR kot. Kekeke


Menerusi drama ni juga beliau menang Best Couple Awards bersama Ha Ji Won di KBS Drama Awards 2006. Nampak sopan santun dan bertanggungjawab gitu hahaha.

Ha Ji Won pula memang Grand Prize untuk watak Hwang Jini ini.

Nostalgia : Ambe beli DVD drama Hwang Jini ni di Jakarta tu. Zaman belom reti donlot lah katakan. Hehehe Kebetolan ternampak.

6. Henfon dan kemra

Berita sedih menjelang tahun baru. Henfon buat hal. Skrin dia kejap terang, kejap gelap. Kalau ikut hati yang panas memang dah kena hempas henfon tersebut kat rel ketapi. Biar kena langgar dengan ketapi. Biar dia rasa. Taim-taim gini nak buat hal. Biasa dia. Tapi masalahnya nanti dulu sebab tak de henfon extra. Tengah sebey henfon yang sesuai untuk dimiliki sempena 2010. Ada 3 calon :

a) Blackberry

b) Samsung Corby warna Jeremy

c) Atau NEC yang ada hati pink ni.


Kalau beli henfon ni dapat dengan model dia skali, memang hepi tak terkata. Ahaks

7. NOBODY di Hot FM


"I want nobody, nobody but chuuuu"

NOBODY versi omputeh berkumandang di HOT FM. Sapa ada terdengar? Ambe dah terdengar 3 kali secara tak sengaja. Tukar-tukar channel terdengar. Tapi versi omputeh tak best. So makna nya lagu GEE (SNSD), Sorry Sorry (Super Junior), U R Man (SS501), Bad Woman (FT Island), sekadar menyebut berapa-berapa lagu kena tukau lirik omputeh baru dapat keluar radio

8. Nak buat recap 2009 macam Shee, tapi macam tak sempat. Banyak kenangan manes di 2009. Paling manes di Singapura bulan Oktober yang lepas

Photobucket

Belom ribiu lagi kisah ni dan rasanya tak ribiu lah sebab biar lah ianya menjadi kenangan manes dan indah antara kami berdua saje. (Muahaha tak kosser nye stetmen)

9. Banyak benda nak apdet tapi tak berkesempatan. Kita carry forward la di tahun hadapan

10. Jangan lupa tengok KBS Drama Awards 2009 31 December kalau ada live. Malam tahun baru. Ada budak-budak EpPePor, sudah tentu. Hopefully Wang Seuk Hyun jugak ada menerusi drama My Fair Lady. Mintak-mintak dia perform dengan budak-budak bunga BOF. Mintak-mintak jugak Lee Minho hadir dengan rambut curly nye

Sekian lapuran untuk hari ini
Dari bekas murid yang bersopan santun dan bertanggungjawab satu ketika dolu
~GO Kang Waiem Hiroshi Malhotra~

No comments: