Monday, January 04, 2010

Entri baru di tahun baru



1. Mianhe tak dapat nak online di tahun baru. Tahun baru yang tak berapa best buat ambe sebab diserang sakit tekak dan batuk yang terlampau. Telan airlio tersangat sakit. Macam nak rodok-rodok tekak tapi kang disaspek bunuh dirik pulak. Tak jadik. Hehehe. 2-3 hari hanya melepek kat rumah lama sambil layan repeat Full House kat KBS World. Caya lah. Ambe tengah boring dia main cite komedi 3 beruang

2. Rutin setiap tahun baru. Hari pertama di opis ambe akan beli kad Thank You untuk bagi bos-bos besar ambe. Bos-bos besar ni yang bagi increment dan bonus setiap tahun. Ada 3 orang kesemuanya. Jadik sebagai tanda terima kasey yang tidak terhingga hanya sekeping kad Thank You pengganti diri. Bukan bodek tapi ucapan penghargaan. Kalu nak bodek pon tak jalan. Sebab semua orang kat sini akan dapat increment dan bonus yang sama rata dan sama banyak. Sebab apa yang penting kat sini ialah kerjasama.

3. Mati hidup semula, mati balik, hidup balik pon ambe takkan dapat kompeni macam ni rasanya. Jadi selagi bernyawa kita kena hargai apa yang baik yang ada di depan mata kita. Mana nak dapat kompeni yang tiap tahun ada increment, tiap tahun dapat bonus. Tiap hari boleh apdet blog kat opis sambil goyang kaki. Stress keje je apdet blog kejab hik hik. Tahun lepas dapat bonus 2 bulan. Bonus paling sikit dalam sejarah bonus kat sini. Alhamdulillah, daripada tak de. Mudahan 2010 ni dapat bonus banyak sikit sebab ada sorang director nak benti keje. Jadik bahagian bonus dia boleh kasik kat kitorang. Hehehe


4. Malam tahun baru ada abang ensem ni kat TV. Wah encem skali. Ambe memang suka kemraman beliau yang ni Kim So Cool yang amek gambo. Very de close up, jelas dan encem gitu. Tatau la kemraman peribadi dia ke atau fan club dia. Memang cun gambo-gambo yang dia snap. Di mana ada Lee Minho di situ ada dia. Tapi kat KL aritu tak de plak nampak gambo yang dia snap

5. Chukaheyo Lee Min Ho, Best New Actor. TATAPI, ke mana pergi nya Eppepor (F4) yang lain ek? Oh Yi Jung sunbae di SBS menang Top 10 New Comer. SBS & MBC Drama Awards ambe belom tengok lagi sebab avtiviti mendonlot tergendala buat seketika sehingga umah baru ambe di pasang strimik.

6. Bulan ni pon ambe rasa gumbira sebab last jaga kutu bagi 2009. Yehaaa. Setelah 2 tahun menjaga amanah orang, tahun 2010 ni ambe ingin serahkan kuasa kepada orang lain sebab dah tak larat nak jaga duit. Jaga duit tak de masalah sebenarnya. Yang masalah ni pemain kutu yang tak paham bahasa. Dia ingat kita ni ALONG ke tukang kutip hutang tiap bulan. Tiap bulan nak kena remind suh bayar kutu. Ini pengalaman ambe masa 2008. Ada 2 orang pemain yang cekik darah masa tahun ni. 2009 ok sikit sebab kita dah tendang 2 ekor ni tak kasik join kutu dah.

7. Ada ke orang paksa ko main kutu? Ada ke orang letak pisau kat leher ugut ko mesti main ini kutu. Macam filem DoReMi jual berus gigi. "Kau mesti beli ini berus gigi. Ini dari France, Italy, German...". Main kutu ni kan sukarela. Maka, anda perlu jadik sukarelawan yang berhemah dan mampu ye. Jangan orang main, kau pon nak main. "Orang beli sofa baru, dia mau sofa baru." Lepas tu liat nak bayo. We all main 1K sebulan seramai 12 orang. Jadi jumlah semua 11 ribu akan ada dalam akaun ambe tiap bulan.

8. Satu yang ambe pelajari sewaktu jaga kutu ni. Orang dah percaya kat kita, kita kena jaga kepercayaan itu sampai bila-bila. Jangan biarkan duit menggelapkan mata dan hati kita. Jangan kerana duit kita sampai putus kawan. Tak berbaloi rasanya kalu kerana RM100 sampai nak putus kawan.

9. Apa lagi nak cite. Oh azam baru. Ambe berharap dapat katam Quran dalam tahun 2010 ni kat kelas Al-Quran. Sekarang ni dah juz 19. 9hb Januari ni kelas bukak balik. 3 minggu dah cuti sekolah. So azam baru naik sekolah, kurangkan ponteng kelas. Hehehe

10. Selamat bekerja di tahun 2010. Tingkatkan produktiviti, kurangkan kontrobesi yek

No comments: