Harini kita ke segmen Enobasi di dalam majalah GO edisi tahun baru. Cara-cara untuk menjimat ubat gigi.
Pernahkah anda terfikir untuk menjimat ubat gigi?
Jika anda pernah cuba untuk menjimat ubat gigi, bagaimanakah cara nya?
"Alaahhh bape sen sangat la ubat gigi sampai nak berjimat bagai?. Berbaloi ke?"
Mungkin ada yang akan beranggapan demikian. Ubat gigi tidak berapa mahal, maka tak perlulah nak bersusah payah nak jimat. Beli je la sedozen dua letak kat rumah. Habis buang ambek yang baru
Ini bukan masalah mahal ke tak mahal ye u oll. Ya anda memang mampu beli ubat gigi setiap hari.
Tapi bak kata Haji Bakhil, duit 1 sen kalau di kompol-kompol boleh bikin rumah batu daaa.
Kita cuma nak cuba mengurangkan amalan syaiton nirrojim di dalam diri kita iaitu pembaziran.
Oleh yang demikian, Encik Zull ada me-reka cipta sebuah alat bagi penjimatan ubat gigi. Ambe terbaca ni di dalam akhbar Utusan semalam. Bagi yang takde baca ni ambe ada scan keratan akhbar tersebut
Klik untuk tumbesaran yang jelas
Bagi yang malas klik ni ambe kopipes langkah-langkah membuat alat penjimat ubat gigi ni
Tajuk kecil : Innovasi bersama Zull.
Setiap rumah menggunakan banyak ubat gigi, terutamanya yang mempunyai anak ramai dan mempunyai keluarga besar. Adakalanya banyak ubat gigi yang tertinggal namun apabila susah hendak dikeluarkan maka isinya dibuang.
Bayangkan seramai 30 juta rakyat Malaysia, jika setiap bulan seorang membazir 100ml ubat gigi jika didarab dengan 30 juta kita akan bazirkan 3 juta liter.
Cuba lah reka penjimatan ini, selain mengelakkan pembaziran, secara tidak langsung ia juga menjimatkan perbelanjaan.
Alatan yang diperlukan :
1) Paip PVC berdiameter 1"
2) Papan 3" x 6" x 1/2" tebal = 2 keping
3) Paku
4) Gam
5) Kayu (dipotong bulat mengikut saiz lubang paip)
1) Paip PVC berdiameter 1"
2) Papan 3" x 6" x 1/2" tebal = 2 keping
3) Paku
4) Gam
5) Kayu (dipotong bulat mengikut saiz lubang paip)
Langkah-langkah
1) Potong papan bersaiz 3"x 6" sebanyak 2 keping
1) Potong papan bersaiz 3"x 6" sebanyak 2 keping
2) Potong paip PVC kpd 10cm panjang sebanyak 2 batang
3) Tutupkan lubang pada paip dengan menggunakan kayu yang dipotong mengikut saiz lubang paip kemudian gam
4) Letakkan ke-2 paip antara kedua-dua papan yang telah dipotong tadi kemudian paku. Pastikan ruang antara paip dengan paip berjarak 15 mm
5) Selitkan bahagian bawah ubat gigi dicelah paip. Apabila hendak menggunakan ubat gigi, tarik bahagian bawahnya dengan perlahan mengikut kesesuain penggunaan
Gambo close-up. Kreatif tak?
Pasti ada yang tertanya, sapa pula Encik Zull ni yang tiba-tiba masuk dalam ini gambar.
(Quote) Encik Zul ni memang kreatip mereka cipta alat-alatan. Beliau pernah digelar sebagai McGyver Malaysia kerana kemampuan beliau menghasilkan reka cipta dan innovasi yang jumlahnya mencecah 2,000 sejak 20 tahun yang lepas. Untuk info lanjut anda boleh la lawat laman web Encik Zull ini sendiri.
Terima kasih ye Encik Zull di atas rekaan yang kreatif itu
Tapi bila dilihat pada bahan-bahan nak buat tu, rasa macam tak kuasa pulak nak gergaji kayu dengan PVC tu kan. Nak beli papan pon bukan boleh beli sikit-sikit kan?
Jadik yang itu Innovasi bersama Encik Zull.
Untuk segmen Enobasi bersama Waiem ini, ambe sajes kita beli saja bendalah yang dah siap ni seperti gambo di bawah ni.
Toothpaste squeezer namanya. Senang, cepat, mudah dan menjimatkan. Ensem pon ensem rupa dia. Ada kaler hijau lagi. Mak ambe mesti teruja nak buat koleksi ni huhu
Lagi satu jenis yang macam ni, yang macam roll rambut ni haa. Ada sapa penah beli ke benda ni? Ambe macam tak penah jumpa lah. Tak penah ambek tahu pon pasal benda ni. Kat mana ek nak beli?
Sebenarnya saya tergelak masa baca artikel pasal penjimat ubat gigi ni. Ada 2 isu yang pernah berlaku pada saya berkaitan dengan ubat gigi ni.
Cara lain jimat ubat gigi
Isu 1 - Cara picit ubat gigi boleh mendatangkan gaduh di kalangan somi isteri. Ada lah sorang kawan ambe yang pernah hangin dengan suami dia sebab salah picit ubat gigi. Suami dia picit belah atas dulu. Dengo macam kelako je. Picit ubat gigi pon nak gado. *Pasal belacan pon sampai nak memancung-mancung nih*. Isu kecik yang bole buat isteri sentap. Ye ke?
Isu 2 - Ambe sendiri pernah kena jerit dengan mak sebab salah picit ubat gigi daaa hahaha. Bukan peristiwa masa kecik tapi tahun lepas
"Sapa makhluk yang picit Colgate macam ni????" tanya mak ambe sambil bawak keluar Colgate dari bilik air ke ruang tamu tunjukkan kat semua orang untuk mengenal pasti saspek
Ubat gigi baru lagi kan, main picit je la belah tengah. Buat apa nak susah-susah picit dari bawah dulu. Oh tak boleh. Kena ada disiplin nak picit ubat gigi. Bila ubat gigi baru kita picit tengah macam gambo atas tu, rupa dia akan jadik hodoh gitu kan. Kemek-kemek gitu. Ooo tak boleh, kena marah. Emosi mak ambe terganggu dek salah picit ubat gigi kekekeke
Pernahkah anda kena marah dengan mak sebab salah picit badan ubat gigi?
Adakah anda menggunakan ubat gigi sehingga titisan ubat yang terakhir, kemdian baru guna ubat gigi baru?
Renung-renungkan dan selamat mengamal
No comments:
Post a Comment