Tuesday, March 13, 2007

Filem : Vampire Cop Ricky (2006)



Synopsis

Na Do-yeol (Kim Soo-ro) is a crooked cop who became a vampire after being bitten by a monstrous mosquito from a Transylvanian castle, brought by the caring people at DHL.His Dracula instinct boils up whenever he sees a woman's flesh in a closed space. His teeth sharpen when he is stuck in an elevator with a girl wearing a miniskirt. He stares at pictures of naked girls on digital broadcasts and his legs move as fast as a cheetah's when he runs out to fight a group of mobster thugs.

Starring : Kim Soo Ro

Directed by : Lee Si Myeong

Credit : Hancinema


Ini citer drakula komedi ye.

Opening citer dah tak masuk akal. Seekor nyamuk menghisap darah seorang drakula di Russia. Kemdian nyamuk educated tersebut menaiki pesawat yang menuju ke Korea. Tera nyamuk naik flight. Kemdian nyamuk yang educated ini juga bijak memilih mangsa. Mangsa tersebut ialah seorang anggota polis yang makan rasuah yg bernama Inspekter Ricky. Digigit nya leher Inspekter Ricky lantas Inspekter Ricky pon jadi la drakula bila tiap kali bulan mengambang. Selain dari itu gigi drakula nya akan bertambah tajam bila melihat wanita seksi lagi menjolok mata...hehe


mari kita geget dia...

Dalam pada itu pihak polis sedang mencari siapakah dalang yang menbocorkan info polis pada pihak mafia yang mengendalikan tempat judi haram. Asal polis serbu je tempat judi haram itu akan menjadi senyap sunyi seperti tidak beroperasi. Asal sunyi senyap je tempat judi haram tu taim tu jugak la pihak polis pun buat serbuan. Polis syak dalang yang membocorkan rahsia adalah anggota polis sendiri.

Satu hari Inspekter Ricky berkonfrant dengan ketua mafia mengatakan dia sudah insaf dan mahu bersara dari jadi tali barut mafia. Ketua mafia berasa marah lantas menangkap Inspekter Ricky dan membunuhnya dengan kijam dengan cara mencampakkan Inspekter Ricky dari atas tingkat 6 bangunan yang sedang dalam construction lagi. Ketua mafia gumbira kerana berjaya menamatkan riwayat polis yang tidak guna iteww. Lepas ni dia bole cari lain polis untuk jadi tali barut dia plak. Apa ada susah. Satu pergi 10 lagi boleh cari bagi rasuah fikir ketua mafia itu.

Nak dijadikan citer 'mayat' Inspekter Ricky yang jatuh dari bangunan tingkat 6 itu di jumpai oleh seorang paderi. Paderi tersebut mengubat Ricky dan dapat detect bahawa Ricky terlah terkena virus nyamuk drakula dan paderi tersebut pon bagi la tips mcm mana nak hilangkan virus drakula itu dan kembali menjadi manusia normal kembali.

Dalam masa yang sama Ricky nak bersihkan nama busuk nya yang telah tercemar akibat menjadi tali barut mafia masa zaman idopnya. Ricky pon pergi cari ketua mafia and the geng hingga ke lubang cacing dengan menggunakan identity baru sebagai 'vampire cop ricky' dan membongkar segala kegiatan jahat mereka. Siap bole melekat kat siling mcm cicak man masa nak pi selongkar info jahat. Hasrat Ricky kalau dia mati pon dia mati dalam iman sebagai seorang anggota polis yang telah kembali ke pangkal ibu pejabat polis kontijen Seoul.

Moral of the stori, kepada wanita yang suka memakai pakaian menjolok mata, kurangkan la jolokan anda sebab anda boleh merangsang drakula untuk bertindak ganas dan panas...hehehe ;p

No comments: