Friday, May 15, 2009

KDrama : East of Eden (2008/2009)


Synopsis

The drama will be about two men whose fates are crossed from the very first day that they were born. Both men were born in the same hospital. When he was a teenager, Lee Dong Chul witnessed the death of his father. From then on he promised to seek revenge on the man who caused his father's death, Shin Tae Hwan. But unbeknownst to everybody is the fact that Dong Chul's younger brother, Dong Wook, was switched at birth with Tae Hwan's son, Myung Hun. Dong Wook grows up to become a prosecutor and vows to help his brother seek revenge. But what happens when they find out that they're not brothers? What will Dong Chul do when he finds out that his real brother was raised by Shin Tae Hwan and that the brother that was beside him all these years is the son of his enemy?
Total episode : 56 + Special

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/East_of_Eden , MBC, WITHS2


seboleh-boleh nak tangkap jugak abang dia 

Akhirnya tamat sudah menonton drama penuh tragis ini secara rasmi hahaha. Rasmi sebab ending dia saya KIV dulu tak nak tengok. Lama gak KIV sebab belom ready nak tengok. Agak-agak dah ready nak meraung baru tengok haha. Sebab ending dia sangat kuciwa. Bencikk

Drama meleret pertama yang saya follow dari mula hingga awal hingga akhir tanpa rasa givap. Givap mungkin sebab banyak pengulangan, meleret dan meletihkan. Tapi tak givap sebab dah memulakan. Orang tua-tua selalu bilang tak baik buat keje separuh jalan. Kekeke. Drama yang penuh dengan emosi dan kontrobesi. Antara kontrobesinya ialah pelakon tarik diri dan penulis skrip bertukar orang sebab penulis skrip asal sakit. Bila dah tukar orang, konsep penceritaan mungkin tak sama.


ni je yang menyedarkan si Wook ni


Drama ni dibikin sempena dengan ulang tahun MBC yang ke 47. Jadi barisan pelakon dia ala konsep kenduri gitu. Meriah dan hapenning. Ramai pelakon ternama Korea menjayakan drama ni.

RIBIU

Sapa yang follow blog ni ambe ada ribiu episode by episode seperti berikut :

1&2 , 3&4 , 5&6 , 7&8 , 9&10 , 11&12 , 13&14 , 15&16 , 17&18 , 19&20 , 21&22 , 23&24 , 25&26 , 27&28 , 31&32 , 33 , 34 , 35&36 (ada stem M'sia), 37&38 , 39&40 , 41&42 , 43&44 , 45&46

Stop sampai episode 46 sebab sentap dengan ending hahaha Jadi u all boleh la tengok, kalau nak tengok, epsiode 47 ke atas. 10 episode je lagi

hyungggggggggg, andeyyyy

Beberapa bahagian yang tak puas hati :

1. Watak Lee Dong Chul di matikan. Setelah kita bersama-sama dia dari kecik sehingga beso, dari serabai hingga hensem, kemas bergaya, dari Korea ke Macau kemudian balik Korea semula (jauh perjalanan tu), bersama-sama merasai pengorbanan beliau, susah, senang, pahit getir, masam, payau, sedih, pilu, akhirnya beliau dimatikan. Sapa yang tak emosi, sedih dan sentap?? Kekeke over

2. Watak Lee Dong Wook lepas dia dapat tahu bapak sebenar dia ialah Shin Tae Hwan. Tak de skrip yang smash dia kaw-kaw buat dia sedar tentang pengorbanan abang dia. Last epsiode baru ada. Tak pueh ati.

3. Lee Dong Wook tak de aweks sampai kesudah. Tak pueh ati gak. Ahaks.

4. Shin Tae Hwan tak de pembalasan si pitung yang kaw-kaw. Alih-alih mati begitu saja. Ampeh


Saranghanda


Kisah mengenai 2 keluarga yang saling bermusuhan antara dari sama lain. Dari mula sampai akhir bermusuh tak sudah-sudah. Keluarga Lee dan keluarga Shin. Kemudian turut diselitkan dengan kisah gengster, casino, slot machine dan tema utama ialah perbezaan darah iaitu adik bradik se-darah dan berlainan darah. 
Sekarang mari tengok pelakon-pelakon yang menjaya kan drama darah dan air mata ini :


Kim Bum as Dong Chul (15 years old)

Adek comey ni sebagai Lee Dong Chul masa umur 15 tahun. Sebuah persembahan yang outstanding walaupun sekejap. Berbeza sangat dengan watak Yi Jung sunbae dalam Boys Before Flowers. Watak dia dalam BBF tidak pamerkan kebolehan lakonan dia yang sebenar. Nak wat camne dah watak Yi Jung sunbae dah macam tu kan. Asek tangan masuk kocek seluar je kontrol macho hahaha Dalam drama ni tangan dia tak de masuk kocek. Tangan dia digunakan untuk beraksi. *dush dush dusyummmm* (kesan bunyik)



Song Seung Hun as Lee Dong Chul

Come back drama dia selepas tamat military service. Watak seorang Hyung (abang) yang berdedikasi dan mamikasi, berkorban untuk keluarga terutama adik lelaki nya Lee Dong Wook. Dong Wook ada lah nyawa dia. Mati Dong Wook mati la dia. Dia amat sedih bila dapat tahu Dong Wook bukan adik kandung dia. Bukan dia saja sedih, penonton ni pon turut terasa tempias sedih dan sebak. Kekeke

Masa kecik dia menyaksikan kematian terancang bapak dia oleh Shin Tae Hwan. Maka misi dan visi kehidupan dia adalah untuk membalas dendam terhadap kematian terancang bapa nya itu.

Transformasi rambut Hyung, ambe suka masa rambut dia ala serabai gitu (baju biru)


Yun Jung Hoon as Lee Dong Wook

Pertama kali menghayati lakonan dia. Dekat-dekat nak habis memang hangin tol dengan dia ni. Dari kecik bercita-cita nak jadi peguam untuk menangkap pembunuh bapa nya menerusi undang-undang. Tatapi setelah rahsia terbongkar beliau pon berubah menjadi setan jugak macam bapak kandung dia. Orang yang ko kenal membesar bersama susah dan senang, dia boleh hilang kepercayaan. Manakala insan yang baru dikenali, yang memang diketahui kejahatan sejak dari kecik, dia boleh termakan cakap. Seperti kacang nganyin lupakan kulit.

Dia kata dalam drama ni dia banyak hilang suara sebab banyak menjerit dan menangis. Jeritan beliau antara yang best dengar dalam drama ni. Beriya-iya. Aku mahkotakan kau pemenang kategori Jeritan Terbaik dalam banyak-banyak jeritan dalam drama ni. Hehehe



Park Hae Jin as Shin Myung Hun

Mata air baru yang dikenali menerusi drama ni. Dia ni banyak blakon drama yang panjang-panjang 50 episode lebih. Patut kurang dikenali. Dia yang mula-mula sekali tahu rahasia pertukaran bayi dalam episode 33.


Han Ji Hye as Kim Ji Hyun

Watak dia sebagai isteri kawin paksa Shin Myung Hun dan bekas awek Dong Wook. Myung Hun dah perkosa dia dan mak Dong Wook plak tak suka dia, maka terpaksa la dia berkahwin dengan Myung Hyun dan jadi ahli keluarga Shin

Lee Yeon Hee as Gook Young Ran / Grace

Gandingan Song Seung Hun yang ambe tak berkenan. Tetap tak leh terima sampai habis. Tah macam lemau je la dia ni


Lee Da Hae as Min Hye Rin

Watak sebagai pelajar jurusan undang-undang bersama Dong Wook pada awalnya. Syok sama Dong Wook tapi Dong Wook rijek dia. Kemudian bekerja sebagai wartawan di syarikat akhbar bapak dia sebab bapak dia sakit.

Kemudian beliau menarik diri dari drama ni hingga episode 40 saja. Gosip mengatakan beliau konpius dengan watak ni yang tiada hala tujuan.


Lee Mi Sook as Yang Chun Hee (Dong Chul and Dong Wook's mother)

Mak kepada adik bradik Lee. Masa dia dapat tahu Dong Wook bukan anak kandung dia, terus histeria dan pingsan. Last sekali dia menyesal sebab dia tak ajar anak dia konsep maaf memaafkan orang. Apa yang diserapkan kepada anak-anak dia ialah dendam, dendam, dendam dari kecik sampai ke beso. Ye sangat betul.

Omuni, happy mother’s day. (dalam bulan Mei lagi) hehe


Shin Eun Jung as Yoo Mi Ae / Rebecca

Ni misi (jururawat) yang tukar bayi tu.

Jo Min Ki as Shin Tae Hwan (Myung Hun's father)

Watak setan dalam drama ni. Rakus dan tamak haloba membawa kepada pembunuhan.


Yoo Dong Geun as President Gook / Gook Dae Hwa (Young Ran's father)

Ketua mafia yang digeruni dan merupakan bapak Yong Ran. Dia ni tak suka Lee Dong Chul jadi menantu dia sebab tak sama stended. Tapi lepas tau dia ada kangker (barah daa) baru la nak terima Dong Chul sebab orang sekeliling dia dah belot nak rampas tampuk kuasa cip mafia kecuali Dong Chul yang memang setia dan ikhlas bersama.

Pape pon ambe nak mahkotakan dia Vokal Paling Seksi dalam drama ni. Suara dia perghhh...ambe suka. Masa 1st dengar suara dia..eh best nye suara ahjussi ni. Kalau dia menyanyi lagu rock mesti sedap. Kekeke

Dennis Oh as Mike Packard (Gambar tercicir..nnti haa)
Suami kepada Yong Ran.

OST

Satu kelebihan drama ni ialah OST dia semua meletop-letop best. Sebab ni projek besar mungkin lagu-lagu kena best. Akan diingati sepanjang zaman. Lagu paling feveret No One Else oleh Lee Seung Chul. Tapi ni bukan OST asal. Ni OST pinjam dari filem Sad Than Sadness. Setiap lagu ada memory masing-masing. Bila dengar lagu ni, kita akan ingat scene ni, lagu tu scene tu dan seterusnya.


PENUTUP


Pheww tutup buku East of Eden. Hehehe

No comments: